Assalamualaikum..
Sapa pernah pergi Chow Kit? I pernah! Masa bulan
puasa baru-baru ni dapat chance menjelajah ke Chow Kit dengan Kaklong and
Intan, rasa macam a different side of KL. Tetiba rasa macam tak sangka la KL
ada tempat macam ni. Biasa kan kita pusing-pusing Ampang/KLCC je hahahaha. I
ada la rasa macam takot sikit sebab sini dia punya society macam lain sikit la.
Jenis semua kerja yang kerja keras angkat-angkat barang so bila buat kerja muka
macam serious je, mak takot. Lepas tu maybe ramai pekerja Indonesia dekat sini
semua muka garang hiuhiu. Betul la wei sini semua ada. Ikan/Sayur/Ikan
Bilis/Bunga/Perkakas hardware and many more. Mak Bapak je takde. Actually I
pergi tu sebab nak beli lampu lip lap untuk office. Dari tepi-tepi jalan
kitorang masuk sampai kedalam. Tu yang tetiba terbeli Ikan Bilis, Cendawan
Kukur segala hahahaha. Pakkal la tak cukup tangan nak jinjit kalau tak dengan
tong air pon I nak beli. Sebelum balik, tapau pulau Murtabak and beli Cucur
Udang sebab Kaklong cakap sedap. Dah la puasa time tu Ya Allaaaaahhhh rasa
macam nak nanges. Air Milo yang jual tu pulak nampak berpeluh-peluh. Kuatkan
lah imanku. Dah la panas. But al-hamdulillah I tak tergoda dengan Mc Donald
yang dua orang tu. HAHAHAHAHA. I sangat appreciate I punya experience dekat
Chow Kit ni. Tak reti nak put into words macam mana but sesekali datang tempat
macam ni, I sedar yang tak semua orang kerja senang mengadap PC pakai handsome
dan wangi tapi orang cari rezeki dengan macam-macam cara dan I rasa dorang
happy je dengan apa yang dorang buat. Sebab tu Allah jadikkan manusia pelbagai
peringkat dan golongan. Dah kalau semua kaya, sapa yang nak jual ikan. Kan? I
tengok je bebudak baya Shein lari-lari area sini pakai baju macam kotor je…
Haih… Anak… One day, Mama bawak Shein datang sini so that you can learn it’s
not easy to earn money and macam mana orang lain hidup Ok?
I
datang sini dengan Kaklong and Intan. Lepas tu macam biasa kita berangan and
play tourist. Kitorang parking dekat Plaza Safuan lepas tu jalan kaki la. Tak
jauh pon.
Ni
Ikan Patin Salai tak silap I. Sini kan, ada jugak jual lauk-pauk. Nampak semua
pon sedap. Harga pon murah cuma I tak sempat nak snap gambar je. Plan nak beli
bila patah balik but sekian, balik ikut jalan lain.
Nampak
tak tu ada jual kerepek. Sini macam franchise pon ye jugak. Semua kedai memang
jual menda yang sama ke?
Kerepek,
bahulu, dodol…
Bunga
pon ada. Sirih pon ada la wei. Limau purut pon ada. Alamak, macam mistik pulak.
See
ada terung pipit and petai. Kata Intan, anggur. Banyak la ko anggur.
Intan
with terung pipit. Sedap ni buat sambal air mata berdarah.
Jering
and Cendawan Kukur pon ada jugak. Sapa kata KL takde menda-menda macam ni.
Adaaaaaa. Cuma kena pandai carik je.
Ko
tengok, Tikar Getah pon ada jual kat Chow Kit. I pon sempat beli ramekin 10
bijik. Taktau la nak buat apa. Saja beli buat pemangkin semangat nanti
konon-konon kat rumah baru nak baking. Cecece.
Sebelum
balik beli Murtabak. Sini sedap tau Murtabak dia. RM3.50 sekeping debab.
Ada
ayam and ada daging. No no tel dia. 018-2703483 Hafiz. Kalau korang nak order
boleh, nanti dorang delivery. But maybe area KL je la kot?
Tak
cukup dengan Murtabak, kita tapau pulak Cucur Udang. Kata Kaklong kat sini
sedap Cucur Udang dia and memang sedap pon. Paling special is dia punya kuah. BTW, That's my sister, apesal you nak manja-manja dengan kakak I?
Gerai
ni dekat depan Plaza Safuan tu. Sebelah tu ada jual buah-buah. Pepandai la
korang carik.
Laksa
pon ada la wei. Tapi Laksa I tak beli.
Siap
beli makanan, kitorang patah balik kat jalan menuju ke Plaza Safuan tu untuk
beli lampu lip-lap. Puas meneroka Chow Kit, tak jumpa pon lampu-lampu. Sudahnya
banyak beli makanan je.
Actually sebelum masuk Chow Kit tu kitorang dah
jumpa dah lampu-lampu semua ni, tapi kata Intan kat dalam ada jual lagi tu yang
kitorang nak carik tu. Tapi sudahnya takde pon but it’s Ok, dapat jugak
tengok-tengok apa yang ada kat dalam Chow Kit tu. I actually suka jugak kat
sini sebab banyak jual sayur but tempat jual sayur dia a bit spooky. If korang
nak datang sini bawak la kawan and jangan datang sorang sebab macam bahaya
jugak. Bak kata Intan, nak pergi sini kena check Etika Berpakaian. Takyah pakai
cecantik. Pakai baju basahan and selipar je, senang nak lari kot kena kejar
dengan anjing. BTW kat sini memang ada anjing pon. Tapi anjing dia tak kacau I
pon. I dah jeling dia, lepas tu dia takot (or maybe malas nak layan pempuan
giler ni so dia tido balik). Hahahahaha. TQ Chow Kit, Intan and Kaklong for my
beautiful experience at Chow Kit. InsyaAllah one day I will come back here. I
dah pergi Chow Kit. Ko pernah? Wooooot woooot!
-eNd-
3 comments:
best la Sue, new experience kan..SA x pernah pi Cho Kit..lalu pernah la..asal i nak pi jer orang sebelah bagi jelingan meninggal..stress
Hahaha megat site chow kit ...aku tanya apa best dia kata takde apa ..nampak sgt tkaut wife perabis duit
SA : Kena pergi sekali tau? Best!
Mimy Hamid : Yerla, haritu jumpa Pak Megat dekat sana. Hahahaha. Eh, ko kena pergi. kutip experience. Best!
Post a Comment