Assalamualaikum..
Dah 2 minggu dah Shein sekolah. So far so good.
Al-hamdulillah. Nampak dia happy dekat school. Bangun pagi pon ceria je. Masa
hari kedua and ketiga ada la dia sebut ‘No
School, No New Friend, No Cikgu’ tapi lepas tu dah takde dah. Dia pulak
yang remind I jangan lupa Lunch Bag dia. Lepas tu mandi semua happy. Bila dah
sampai parking, suruh I lari cepat-cepat sebab dia cakap Zombie is coming. Kena
pergi School. Ada this one day, I pusing la 2 kali sebab susah nak cari parking
lepas tu Shein tanya nak pergi mana, dia nak go to school. Budak kelas dia ada
macam-macam bangsa. Sama macam dekat BBI dulu. Ada Korean, Nepalese, Middle East,
Caucasian etc. Cikgu kelas nama Miss Dave. Setiap kali balik, excited la cerita
dekat I pasal sekolah dia. Tadi main ball dengan kawan-kawan lepas tu bagitau
makanan yang I masak nice. Kekadang complain pedas, kekadang cakap grapes sour
and ask for more Mango. Joyah sangat Shein sekarang. Dah la debab. Every day I
buatkan bekal breakfast and lunch memang habes. Shein OK je. Tak memilih makan
kot? Tak pon dia kuat makan. Tak pon dia akan habeskan semua makanan sebab Miss
Dave suruh ke, I tak sure. But kalau nampak habes tu I bersyukur sangat. Sayur
pon dia makan. Tengok dia debab, I know dia cukup makan but he’s so huggable tau?
Sedap peluk. I hari-hari tido berpelukan dengan dia. Kita dua memang becinta
hehe. Now siang memang dia dah Free Diapers. Last week masa dia nak tido, I nak
pakaikan diapers dia taknak. Huwaaa sedih jugak rasa anak I dah Free Diapers.
Shein cita-cita tinggi sangat tau? Nak Free Diapers at night tapi padahal kalau
pakai diapers, bangun pagi lencun kot? Hahahaha. Ada haritu I pakaikan jugak,
bangun pagi dia rasa ada diapers, marah la dia suruh bukak. Ya Allah bujang dah
anak I. Kalau dia poopoo dalam toilet dah pandai nak lock the door eh? Kemain.
Ni Maktok, Baba, Abah beratur luar toilet takot dia terkunci. Padahal member
dekat dalam elok je happy do big business.
Last
week Friday I bekalkan dia Breakfast Sandwich, lepas tu Lunch soup ayam with
cherry tomatoes, ikan bilis, telur dadar dengan orange (Dia request nak orange).
Isnin
bekal Ayam Masak Kicap, Telur Rebus 2 bijik dengan Apple. Chocolate Croissant
beli dekat Lavender.
Khamis
Gulai Ayam, Telur Dadar, Grapes and Salad. Breakfast dengan Mini Sosej Bread
beli dekat Isetan Bakery.
Today
buat Macaroni Goreng je sebab Friday balik awal. So takde heavy sangat. At
School I buat dia sandwich 4 keping je roti. Kalau kat rumah minima 6 keping (3
set sandwich). CT cakap jangan bagi banyak sangat makanan for breakfast nanti
Shein ngantok dalam class. Hahahaha.
I masak untuk Shein simple je. Bukan masak beria
macam kita biasa masak. Basic-basic je. Masak simple pon anak I dah debab.
Hahahahahaha. Breakfast I memang bagi roti je. Taknak heavy sangat macam
mee-mee sebab dia breakfast 9.00am, nanti 12.00-12.30 lunch pulak. Friday I
akan buatkan simple je sebab dia balik awal. 12.30pm class dah habes. Semalam
Sazli bagitau dah dapat rumah sukan. Shein rumah Tulips! My favorite flower!
Tak sabar nak tunggu Shein punya Sports Day. Dia lari tak laju sangat sebab
debab kan? But swimming dia pandai. Mana tak pandai kalau tetiap minggu nak hotelhouse. Ni tadi sebelum keluar
kereta dah cakap kat I ‘Mama, we go hotel
house OK?’ HAHAHAHAHA. Shein suka mandi swimming pool je sebenarnya or
berendam dalam bathtub. Dia suka tu hotel punya ambient. Ni la kalau dari kecik
dah ajar dia keluar masuk hotel. Kalau tetiap minggu ko nak hotel house Shein,
parah la Mama and Abah. Adoi. Now gigi bawah dia dah 2 batang goyang. I ingat
nak pergi bawak dia ke dentist weekend ni, cabut je la. Dia pon dah banyak kali
cakap ‘Ask abang throw teeth’. Dia
cakap Doktor tu Abang. Sazli cukup jaga tau gigi dia. Berus gigi atas bawah,
depan sehari 2 kali. So far gigi Shein memang semua OK and takde rosak pon.
Cuma jarang-jarang la sebab dia sampai sekarang dok suck thumb. Blanket pon
memang tak boleh bepisah lagi. Adoi Shein.. Tak macho la macam ni.
I
pesan kat Sazli ‘Papa tak payah la
pakaikan Shein bedak comot, tak macho la’. Kata Sazli ‘Kalau nak macho, suruh dia mandi sendiri’. Hahahahahaha.
-eNd-
1 comment:
tolong update pasal bento ye so that mudah utk i tiru nanti hehehe
Post a Comment