Showing posts with label Sayfol. Show all posts
Showing posts with label Sayfol. Show all posts

Thursday, January 30, 2020

Shein's CNY Celebration at School

Assalamualaikum..

Last week ada CNY Party dekat sekolah Shein. Sehari sebelum party barulah I gelabah tetek cari baju dia. Biasa la kan last minute? Tak last minute, tak la Suraya nama dia. Lambat-lambat baru la dramatic sikit hidup. Baru thrill (thrill nenek engkau hahahah). So balik kerja, I terus pergi Sogo. Itu pon sebab ada readers cakap kat Sogo ada. Yang tempat lain jauh-jauh macam Tesco Puchong, memang tak la I nak pergi. Happy sangat I bila ada baju tu. I memang failed bab nak predict Shein punya size. Setakat ni 80% akan terkecik sebab I bajet, Shein ni tak debab kot? Macam baju CNY ni I ambik size 10. OK la kan untuk budak 10 tahun. Sekali bila Shein try, senteng segala seluar and baju. Tuuuuuuukar balik. Dari Ampang, I kena pergi Sogo semula. Naseb la dah hebat nak pergi sana sebab laluan ke Sogo sama macam I nak pergi kerja.

Sampai Sogo, tengok warna merah size 12 dah takde. So I ambik la warna beige je. Lagipon Amoi tu cakap tak warna merah pon takpe sebab tahun ni tahun Tikus. So I pon macam dah malas nak fikir, ambik je la. Dah tukar tu excited la sebab dalam hati, Shein mesti suka ni. Tak sabarnyaaaaa nak balik rumah.

Sampai je rumah, I bukak-bukak pintu bilik, terus dia tanya I, 'Mama, where is my Gong Xi Ni shirt?' Bila I tunjuk dekat dia, dia cakap 'Tapi saya nak warna merah'. Lepas tu sulking. Huwaaaaaaaaaaaaa. Why???? Tau tak Mama susah payah dah untuk baju ni. Shein merajuk wei, dia macam tak happy. Asyik sebut nak warna merah. 'Tapi.... Tapi...' Punya banyak dia punya tapi. Sazli pulak jadi kesian kat I and cakap kat Shein. 'Sian Mama, penat pergi tukar baju Shein'. Naseb baik la Si Shein punya merajuk tak lama. Lepas tu dia dah OK. But, I still saspen untuk esok pagi. Ya Allah dengan Shein ni memang hari-hari berdebar je. Takot silap I dekat mana-mana nanti dia moody and tak happy. Itu la kita berdua apapa memang pecintaan sangat pegang tangan hug pujuk memujuk semua. Cakap I love You tu memang all the time lah.


Fit him well! Size 12 ye. Besar benar ko ni Shein.

Wednesday, May 15, 2019

Shein and Peter Pan The Panto School Concert

Assalamualaikum...

Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shein ada Concert Peter Pan The Panto dengan Sayfolian (Sayfol International School) dekat KLPAC. Dorang ada 2 session rasanya. Siang untuk budak Primary and malam untuk budak Secondary. Shein involve bahagian tarian. Dia jadik Red Indian. Adrieyl pon masuk jugak tapi menari modern la dengan bebudak Year 3. I enjoy the show very much! Masa tengok Shein menari tu tetiba rasa kembang kuncup semua lah. Sebak semua ada. I cakap dengan Ct 'Ct tak sangka anak kita dah buat Concert dekat KLPAC' Hahahahaha. Melampau kan bebudak ni? Concert Sekolah pon dekat KLPAC, I dulu masa sekolah mana ada macam ni. Yerla, dah nama pon sekolah Jengka. Celah mana nak KLPAC? Anyway, pandai tu Shein menari synchronize dengan music and kawan-kawan dia. I tak boleh imagine macam mana la Cikgu-Cikgu ni semua nak handle the kids dekat backstage. Ramai tau? Dari Year 1 sampai la Year 6 tak silap I. Bukan sikit tu... Setiap persembahan akan involve dalam 20 orang macam tu. Memang salute la. Show ni kena bayar. RM80.00 sekepala. Lepas tu ada 2 session. First session 10.30am and second session 1.30pm. Kitorang ambik yang second session, senang nak balik terus lepas tu. I rasa, dalam dewan tu, suara I, Ct, Sazli and Zairie paling kuat bagi sokongan dekat bebudak ni. Si Adrieyl sure malu sebab lepas dia menari, kitorang siap panggil 'Adrieyl Good Job!!!' 'Sheeeeeeeeeein Good Job!' Hahahahaha. But the kids was soooooo amazing!!! Seriously la. All cast semua bagus. Saz paling favorite yang Captain Hook tu. Memang semua talented lah. Nak hafal script semua bukan senang tau? Shein and Adrieyl ni pakkal la kitorang dapat tengok masa concert ni sebab dorang jenis takkan tunjuk apa yang dorang practice. Suruh buat balik pon dah taknak. Thank You Sayfol for this opportunity and exposure. Bagus tau ada menda-menda macam ni. Bebudak jadik berani and ada self-confidence. Ingat senang nak perform macam ni depan hundred of crowds. U did it Shein! Mama sooooo proud of you. 


Shein dalam full dress. Costume tu I beli je terus dari Pintar Resources. Jimat sangat-sangat bila beli dekat dorang. Harga yang Shein pakai ni dalam RM70.00 macam tu. Kalau sewa RM150, deposit RM150. Yang ni beli terus. Senang. Korang boleh check out dekat sini kalau-kalau la ada nak beli costume untuk bebudak. 

Thursday, March 14, 2019

Sayfol International School Sports Day 2019

Assalamualaikum..

15 Feb 2019 lepas Shein ada School Sports Day. Teka sapa paling excited? Mestilah I. HAHAHAHA. I memang dah lama dah tunggu Shein punya Sports Day. Although tau yang Shein confirm takkan menang acara apapa (sebab dia debab mana la nak lari laju) tapi I dah berjanji akan jadik his No 1 supporter. Biarpon sekarang tengah musim panas lit-lit eh tetap gigih Mama and Abah beliau berada di tengah panas. Sama-sama panas dengan Shein, takpe (adil). I memang tak letak apapa harapan Shein akan menang but unfortunately Shein balik with GOLD Medal! Tak sangka kan Shein menang Gold Medal? Tapi takyah la beria tak sangka sangat sebab semua orang balik dengan Gold Medal pon hahaha. Bagus Sayfol ni, dorang buat acara sukan memang for exposure and fun je. Takde lawan sapa menang sapa kalah but more to ajar the kids kerjasama berpasukan. Untuk Kindy and Lower Primary School takde lawan-lawan pon cuma ada 4 type of games je. Tak silap I nanti bila dia dah masuk Year 4 kot baru la ada lumba lari and wakil rumah sukan masing-masing. Shein rumah Tulip! Tau-tau je dia Mama punya favorite flowers. Sayfol International School ada 5 rumah sukan. Tulip, Shamrock, Clover, Magnolia and Violet. 5 bunga ni, Tulip je yang I tau. Beria la Google. Lepas tu confuse antara Shamrock dengan Clover. Beria giler study. Lepas tu baru la I tau yang Clover ada 4 kelopak, Shamrock ada 3 kelopak. Warna and bentuk lebih kurang sama. Actualy dedua jenis ni is daun. Violet dengan Magnolia I memang taktau langsung bentuk apa. Hahaha. Eskrem Magnolia I tau la. Tulip maju warna oren and warna rumah sukan lain I tak ambik tau. Masa memula sampai tu, ada perbarisan tau? Bebudak Year 5/6 tu main instrument sendiri Ya Allah rasa macam nak nanges. Tu baru Shein peserta I dah sebak. Imagine kalau Shein main Trompet ke mau Mama dia nanges tengah-tengah padang tu hahahaha. Acara start dalam 8.00am and end lebih kurang dalam 11.30am macam tu. Bapak la panas! Balik tu rentung la Shein. This time Sayfol buat dekat Komplek Sukan MSN Setiawangsa. I rasa next year dorang punya sukan facilities siap so takde la dah buat dekat MSN. Shein had so much fun. I tau... Seronok tengok dia berkawan and lari kedek-kedek. Masa time break for snacks tu I datang la sana konon nak suap dia sekali kena halau. 'You go away Mama'. Sampai hati. Hahahaha.


Biasa la masa nak pergi, gaduh dulu dengan Sazli pasal nak pakai baju apa. I suruh dia pakai seluar pendek yang bukan seluar sukan, dia taknak. Kata dia, ni sukan mana ada orang pakai seluar jeans... Sekali.......

Monday, February 4, 2019

Shein's CNY Celebration at School

Assalamualaikum

Gong Xi Fa Chai! Syok la orang kerja KL yang cuti dari Friday last week kan? Ambik cuti 3 hari dah dapat 10 days leave. Bestnyaaa! Ni kalau kaya boleh la jalan-jalan pergi Europe. Dah lama tak pergi. Agak-agak tahun ni ada ke harapan? Okbye (Hahaha). Anyway Tachiuuuuu to Followers IG sebab suggest I beli baju CNY for Shein dekat Tesco. I happy giler sebab baju Shein tahun ni kena RM35.00 je yahooooo. Dulu masa zaman tak berapa nak pandai, asal CNY untuk sekolah je I spend RM150++ macam tu. Sama jugak dengan Deepavali. But tahun tahun I bangga la baju semua spend below RM50.00. Sazli pon sure bangga ni jugak dengan I sebab claim sikit. Tapi untuk baju Shein ni, seluar dia koyak dari bontot sampai ke peha haritu hahahaha. Puas hati punya koyak. I agak Shein berkuntau ni dekat sekolah. Should bekalkan dia seluar panjang la next time kalau dia pakai seluar RM15.00 macam ni. Lawak la Shein ni. Seluar tu boleh jahit balik tu. Nanti I hantar repair kat Tailor tapi bila pon nak pakai lagi. Usually baju-baju macam ni pakai sekali je. Lepas tu mana pakai dah. Shein happy la pakai baju ni. Naik kereta dah nyanyi Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni. Kata Maktok, balik tu pon dia nyanyi jugak masa dari dalam kereta sampai la ke rumah. Seluar koyak sampai nampak sependa tu yang tak tahan. Seluar and Baju I beli asing. Baju at Tesco RM30.00 jeeee. Dapat discount 70%, naseb beli lambat. Kalau tak harga asal RM100.00 selai. Stock pon dah tak banyak. Yang design macam ni ada Blue and Maroon je tapi not bad kan? Memula I plan nak pakaikan dengan seluar jeans je tapi bila I jalan-jalan dekat Ampang Point nak cari leggings for Shein tetiba jumpa seluar ni. Dah la size dia and RM15.00 pulak tu, terus la beli. Seluar ni sehelaaaaaai je tau? Memang rezeki Shein. I tengok dekat kedai-kedai banyak jual baju CNY untuk girls je, untuk boy kurang. Ada kedai yang jual for girls je. Dah la comel-comel pulak tu. Menyirap je I. Ni dasar diskriminasi terhadap lelaki ke apeni?



Hensemnyaaaaaaa. Shein tau dah, kalau play costume macam ni, dia kena posing. Kasik kerjasama at first lepas tu lama-lama dia cakap 'Enough la Mama'. Yerlaaaaaaa. Tak sporting la Shein ni. Kena biasakan ni melayan ambik gambar. Esok-esok dapat GF sawan camera (macam Mama) ko tau la. Hahahaha.

Wednesday, November 7, 2018

Costume Party and Diwali Assembly

Assalamualaikum..

Minggu ni Shein cuti sekolah seminggu Ya Allaaaaaaaaaaaaaah rasa macam puas sangat tido. Kunci jam 6.00am, pukul 6.20am baru bangun. Time Shein sekolah jangan harap la nak bangun lambat. Tak bangun 5.30am, alamatnya Shein pergi sekolah makan kaki je la. Dah la seteressss hari-hari fikir nak masak apa. Ni minggu depan back to normal routine la. Huwaaaaaaa. But the best thing is, now kitorang anak beranak memang akan tido awal la. 10.00pm - 10.30pm dah melesap sampai Hongkong. Shein now kalau nak tido, S E M U A kena tido berpelukan sekali. Lepas 'I Love You Mama, I Love You Abah, everyone please close your eyes'. Sazli dalam pada nak acah-acah tido sebab Shein marah pegang handphone terus gol. Hahahahaha. But better la macam ni, rasa macam dapat solid sleeping hours. TQ to you Shein. Tapi masalahnya I, kalau cuti sekolah pon akan tido awal, berjaga awal sebab dah macam routine. Hahaha. Ongtue sangat dah ni. BTW last week Shein ada Costume Party and Diwali Assembly dekat sekolah. Sapa lagi yang excited lebih kalau bukan Mama beliau? Hahahaha. Macam untuk Costume Party tu, Shein cakap dia nak jadik Ghost. I plan nak pakaikan dia baju Dracula, tapi takde pulak time tu dekat Jom Fiesta. Yang ada costume skeleton je, boring pulak. Nak jadik King segala mala King pon costume sold out sebab last week I agak banyak International School buat Costume Party sempena Halloween. Pilih punya pilih, ada la baju Joker dari cerita Batman and ngam pulak dengan size Shein so I ambik yang tu je la. Harga sewa RM100.00 but deposit kena RM150.00 so total RM250.00, after pulang baju deposit dapat la balik RM150.00 tu. Kira OK la kan? Shein sure suka ni. Pagi tu masa nak pakaikan dia, saspen jugak sebab dia cakap 'I want Superman!' (Dah pulak semalam cakap nak ghost klcsodpsmkcdnasudsjkdak!!!) But bila Sazli tunjuk poster Joker, Shein happy pulak and ask for face painting. Naseb la memang I dah standby brush and water color semua. Shein's face is by Mr. Abah! Tu pon dia mintak color his hair warna green, but I tipu sunat hair later at school we color. Naseb Shein OK.


Muka tu guna water color, yang bibir and mata tu I guna my make ups. Takot la Shein allergic ke apa. All by Huda Beauty kemain ko Shein.

Friday, September 14, 2018

Pasal Shein and Bento Shein

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu dah Shein sekolah. So far so good. Al-hamdulillah. Nampak dia happy dekat school. Bangun pagi pon ceria je. Masa hari kedua and ketiga ada la dia sebut ‘No School, No New Friend, No Cikgu’ tapi lepas tu dah takde dah. Dia pulak yang remind I jangan lupa Lunch Bag dia. Lepas tu mandi semua happy. Bila dah sampai parking, suruh I lari cepat-cepat sebab dia cakap Zombie is coming. Kena pergi School. Ada this one day, I pusing la 2 kali sebab susah nak cari parking lepas tu Shein tanya nak pergi mana, dia nak go to school. Budak kelas dia ada macam-macam bangsa. Sama macam dekat BBI dulu. Ada Korean, Nepalese, Middle East, Caucasian etc. Cikgu kelas nama Miss Dave. Setiap kali balik, excited la cerita dekat I pasal sekolah dia. Tadi main ball dengan kawan-kawan lepas tu bagitau makanan yang I masak nice. Kekadang complain pedas, kekadang cakap grapes sour and ask for more Mango. Joyah sangat Shein sekarang. Dah la debab. Every day I buatkan bekal breakfast and lunch memang habes. Shein OK je. Tak memilih makan kot? Tak pon dia kuat makan. Tak pon dia akan habeskan semua makanan sebab Miss Dave suruh ke, I tak sure. But kalau nampak habes tu I bersyukur sangat. Sayur pon dia makan. Tengok dia debab, I know dia cukup makan but he’s so huggable tau? Sedap peluk. I hari-hari tido berpelukan dengan dia. Kita dua memang becinta hehe. Now siang memang dia dah Free Diapers. Last week masa dia nak tido, I nak pakaikan diapers dia taknak. Huwaaa sedih jugak rasa anak I dah Free Diapers. Shein cita-cita tinggi sangat tau? Nak Free Diapers at night tapi padahal kalau pakai diapers, bangun pagi lencun kot? Hahahaha. Ada haritu I pakaikan jugak, bangun pagi dia rasa ada diapers, marah la dia suruh bukak. Ya Allah bujang dah anak I. Kalau dia poopoo dalam toilet dah pandai nak lock the door eh? Kemain. Ni Maktok, Baba, Abah beratur luar toilet takot dia terkunci. Padahal member dekat dalam elok je happy do big business. 


Last week Friday I bekalkan dia Breakfast Sandwich, lepas tu Lunch soup ayam with cherry tomatoes, ikan bilis, telur dadar dengan orange (Dia request nak orange).