Assalamualaikum..
Masih teringat-ingat lagi experience makan Seafood
dekat Dataran Todak Kota Kinabalu. Si Nora la yang suggest tempat tu. Dataran
Todak tu tak jauh dari tempat kitorang stay (Marina Court Condo). Depan condo tu
ada HRC, jalan depan sikit dah nampak Pasar Philippine and tak jauh dari situ
dah Dataran Todak. Kalau naik Uber dalam RM4.00 cenggitu. Nak jalan kaki pon OK
tapi basah la sikit ketiak. Hahaha. Actually agak tragedy jugak masa hari
pertama kitorang nak makan dekat Dataran Todak tu akibat dari miscommunication dengan
Driver Van. Fikir balik, lawak pon ada. Kah kah kah. Macam mana la dia boleh
fikir I ajak dia makan saja-saja ala-ala nak dating dengan dia. Sah-sah la kitorang pergi by group and ajak
dia pon sebab nak mintak dia drive kitorang ke sana. Sekaaaaaaaali dia boleh
tanya ‘Akak, nak saya bawak van ke atau
tak payah?’ T_____T Abes kalau tak payah bawak van, kitorang nak pergi
macam mana? Sudahnya selepas dekat sejam tunggu, kitorang naik Grab je. Dia
punya pasal malam tu I tak dapat makan Udang dengan Ketam. Huwaaaaaaa. Dah la
first night tu Ketam Kam Heong dekat Ummi and Family tu sedap compared to Haji
Manja but takpelah, dah rezeki dia kan? (Walaupon I bengang hahahahaha). Masa
malam kedua tu pon ada nampak dia dekat Dataran Todak tapi I buat-buat bizai.
Sekali dia nak makan sekali jugak aje mampos. Hahahahahaha. If korang tanya I,
either I suggest or not Dataran Todak ni, I pon tak reti la nak cakap. Price
wise memang murah la compared to Semenanjung sebab malam pertama kitorang makan
berlapan, seafood saja cuma RM25.00 seorang. Ada ketam 2 jenis, udang debab,
ikan 2 jenis, sotong, sayur 2 jenis and nasik. Murah kan? Tapi sebab order air,
tetiba dah jadik mahal. Malam pertama oder air buah, malam kedua air mineral je
kah kah kah. Kat Dataran Todak ni ada macam-macam jenis kedai ada. Harga pon I
agak lebih kurang je. Konsep dia bayar harga seafood je. Masak jenis apa pon
tak kisah. Dari segi kebersihan am a bit skeptical. Si Tomato diarrhea sampai
pucat-pucat muka and malam tu menggigil sebab dehydrated. Kaklong pon sama kena
sakit perut. Nik pon. Air dekat situ pon taktau mana punca dia. So, tepuk dada
tanyalah selera. Agak perut jenis tak tahan, I tak cadangkan tempat ni untuk
nkorang makan. Macam I, takde masalah. Bedal je semua. Perut I sejenis kebal.
Alhamdulillah.
Ada
lobster, kepah, udang, ketam you name it semuaaa ada. Mak bapak je yang takde.
Readers mintak I kasik harga specific berapa semua. Mana la nak sempat. I pon
suap dah gigil-gigil punya tak sabar nak makan hahahaha. But don’t worry sebab
harga memang muuuuuuuuuuuuuuurah dari Semenanjung. I wonder kalau la Seafood
dekat Semenanjung ni murah macam dekat sini, I lah dulu yang kena gout.
Udang
memacam jenis. I ngeri jugak tengok Udang yang pelik-pelik sebab nampak macam
Ulat Gonggok pon ada.
Kitorang
ambik Udang ni la haritu. If korang nak makan dekat sini, pilih sendiri la
Udang korang sebab kalau dorang ambik, yang tak fresh pon main tibai je. Tu
yang jadik sakit perut tu. Udang kalau busuk, boleh kena keracunan tau? Jangan
main-main. I makan kat sini takpe, tapi kalau Shein, I taknak bagi dia makan.
Takot sakit perut.
Tingin
jugak nak makan kerang tapi tak kesampaian. Yang sebelah dia tu rasaksa kerang ke
apa?
Ni
Soft Shell Crab. I ambik haritu buat masak Salted Egg.
Sotong
sini memang fresh la. Ada jugak Sotong Katak. I ngeri nak letak gambar. Makan OK
pulak hahahaha.
Ikan
Biru tu nama dia Ikan Bayan. Eh? Yang sebelah tu Kerapu kan? Ke tak? Memandai
je aku cakap Ikan Kerapu. Ikan Biru tu, seriously I cannot la. Mengigau I tido
malam tu terkejut-kejut tingat Ikan Biru. Macam Avatar pon ada. Dapat kat Wawa
lagi bongok. Dia pergi picit-picit kepala ikan tu yang dah siap masak. Kaklong
pulak mintak masak halia je. OMG mimpi ngeri I.
Kerang
sebesar tapak tangan. I nak. Tapi Nik cakap tak sedap. So tak jadik la makan.
Kerang
dengan Lala harga sama je. RM30.00 untuk sekilo.
Lobster
1kg RM180.00 kira murah la kan? Kata Pakcik Driver Grab, dulu lagi murah harga
Seafood dekat Sabah, now after dorang bawak masuk Brunei, harga dah jadik mahal
sikit dah.
I
masukkan dalam IG Story, lepas tu ada yang tanya apa beza Ikan yang belah kiri
and belah kanan. I cakap sekor jantan sekor betina. Percaya pulak tu
hahahahahah.
Rumpai
laut pon ada. Tapi I tak makan pon. Was searching for Pucuk Midin (Pucuk Manis)
tapi bukan musim kot? Takde pulak this time.
Macam yang I cakap tadi, kalau dekat Dataran Todak ni nkorang akan bayar harga bahan mentah je. Masak tu FREE. Duration menunggu dalam 15-20 minutes macam tu and dorang akan hantar by peringkat. Air buah gelas besar dalam RM14.00 tak silap I. SO nak jimat, minum air mineral je sebotol singget. Hahahaha. Dataran Todak ni bukak sampai midnight. Sabah ni 6.30pm pon dah gelap tau? Kalau semenanjung tu dia macam awal sejam la lebih kurang. Nak parking kereta pon macam hazab je I tengok so kalau korang duduk nearest this area, better jalan kaki or ambik Grab je OK? Makan la dalam group 4-5 orang macam tu so senang nak order. Crowd sini memang happening every night. Now jom tengok apa yang kitorang order masa malam pertama dekat Dataran Todak ni.
Baby Khailan masak Oyster. Sayur dekat sini terbaik.
Pucuk Paku Goreng Belacan.
Ketam Kam Heong yang I tak dapat makan tu. Hahaha.
Ketam Kam Heong dekat Gerai Ummi dan Family ni lagi sedap dari Haji Manja.
Udang Sweet Sour
Kerapu Sweet Sour
Sotong Goreng Tepong
Ikan Bayan Masak Halia. Ni yang buat I ngigau ni. I rasa Ikan Bayan ni better goreng kot? Lebih sedap mangkali.
Soft Shell Crab masak Telur Masin
Sederet ni semua kuat makan. Hahahaha. Dari kiri Nik, Nora, Wawa and Simaa.
Tomato, Siti Babe, Kaklong and Siti Nohaliza. Kitorang makan semua habes liceeeeeeeeeeen. Hahahahaha.
Mengikut tekak I, gerai Ummi ni lagi sedap dari Hj Manja. Hj Manja bagi I a bit overrated but tastebud ni subjektif. Kalau tanya I, I suka sini more.
Familiar kan muka Nora ni? Nora is Netball National Player yang menang masa Sukan Sea lepas. Bapak tinggi dia ni. Lobster yang dia pegang tu harga RM300.00, nak ambik gambar boleh tapi kalau jatuh kena bayaaaaaaar.
Dia pon nak jugak.
Nik dengan Simaa time ni takde, pergi berak hahahahaha.
Nanti kalau merajin, I share pulak yang I makan dekat HJ Manja tu eh? Macam yang I cakap, Seafood sini memang murah and rasa dia sedap. Not Bad. Yang jadik best tu sebab murah so otomatik kita akan gembira sebab Orang Malaysia suka barang murah and barang free hehe. Rasa jatuh number 2 3 4 dah kan? Cumanya kalau naseb tak baik, korang akan sakit perut. Tu je... So untuk yang bawak bebudak kecik, go la carik a proper seafood area. I bet banyak lagi yang ada dekat KK ni cuma tak sempat nak explore je. Haritu ada readers cakap, Tom Yam Isi Ikan pon sedap jugak. Nampak gambar pon macam sedap. Nantilah next time kalau ada rezeki, boleh la datang Sabah lagi. Sian GF I dah lama menyebut nak ke Sabah. InsyaAllah bila rumah semua setel, kita datang Sabah OK Mak? Kepada yang terliur, I mintak maaf OK? Hehe. Jangan kata korang, I tengok balik pon macam tingin pulak nak makan Seafood. Kalau dekat KL ni, I suka makan dekat Stadium Jalan Yap Kwan Seng tu. Tapi kalau makan portion and berjenis macam ni mau lapan ratus juta. Hahahahaha.
-eNd-
4 comments:
Hi sis u should try kuching punya seafood topspot. Chinese style cooking tapi halal certified. The best n murah n is bukit mata seafood stall. Dia kat parking rooftop atas utc kuching. I dat time order lobster rm 90 sekilo. Better than dataran todak ni i tell u. Kat sabah u should either pegi gayang or salut baru sedap n murah seafood dia.
Nana : Kuching Sarawak kan? Bila la nak sampai sana. hehe
Sedapnya
Kelakar baca blog dia ni hehee.. jom ikut i balik sbh ..😂
Post a Comment