Thursday, December 15, 2011

Program Diet Tahik Kucing


Uik korang, buat aper? Jom malam ni kiter borak-borak kosong. Sebab kalau hari-hari pon nak citer pasal makan jer bosan dan menyampah pulak kan? *Letak tangan dekat dahi. Ni dah kalau sampai menyampah nak citer pasal makan ni memang buang tebiat nak mamfus ni.

Jom kiter mulakan dengan borak pasal program diet taik kuceng I ni. Sebenarnya segan jugak nak kongsi (macam good-good jer kan?), tapi memandangkan ada permintaan dari pembaca, I kasik la tips sikit-sikit. Ni yang I amalkan la yer?

Dulu-dulu I pernah la cuba Atkins diet. Memang berjaya la lose weight dalam tempoh yg singkat. Seminggu kalau betul-betul disiplin, boleh lose dalam 3kg la pendek kata. Tapi kalau lepas dah turun 3kg, bantai makan macam orang giler pon tak ok jugak kot? Sekejap turun, sekejap jer naik. Mana tak turun cepat kalau tak ambik gula, carbs semua kan? Ambik protein jer.

Correct me if I'm wrong. Sebab setahu I, Atkins diet ni sebenarnya dia menipu badan kiter sebab kiter cuma ambik protein jer semata-mata dan tak ambik carbs/sugar dalam satu tempoh yang agak lama. So, badan kiter ingatkan kiter tengah struggle nak mati kebuluran sebab tak cukup makanan so dia burn fat banyak-banyak sebagai ganti menjadik tenaga. Macam menipu punya cara la. Pui!

Itu fasal la cepat bebenar turun sebab fat-fat telah dibakar dengan pantas oleh badan kiter. Some people berjaya sebab disiplin. Some people (aku ler tu) memang tak berapa nak berjaya la. Ko giler? Semua jenis gula termasuk dalam buah, sayur, juice SEMUA tak boleh ambik, no carbs (nasik, roti, mee) at all, no kekacang also. Yang boleh makan cuma protein which ayam. Sekor ayam pon boleh nak makan. Tapi ayam semata-mata yang dibakar, dipanggang. Perisa sangat-sangat kurang. Kulit semua buang.

Sedih sangat tau? Kicap, sos semua pon tak boleh. Masuk hari ketiga badan I dah lembik, masuk hari keempat I dah berhalusinasi time bawak kereta. Tetiba rasa macam bawak kapalterbang. Caneh? So, Atkins diet boleh masuk kategori bahaya jugak la. Kepala fening, mabok, loya, lemah satu badan la pendek kata. Ko giler? Gula tadek dalam badan oi. Buah sayur semua tak boleh makan.

Tapi kalau dah berjaya survive sampai hari ke-5 actually kiter dah boleh ajar badan kiter supaya bertahan and boleh la teruskan sampai la hari ke-14. Lepas tu, baru la kiter mulakan program diet yang seterusnya. Atkins ni I rekemen kepada sesiapa yang betul-betul desperate nak kurus. Memang bagus. Lepas tu kulit menggeleber tak hingat la. Badan tak firm sebab tadek tenaga nak exercise kan? So lembik je rasa daging.

Diet yang I amalkan sekarang diajar oleh anak buah yang bekerja sebagai doktor yang tidak kurang kacaknya malahan single pulak itu. Izzi nama dia. Dia tau I tengah nak diet. I makan sikit, tapi bedal milo tin, fruite juice banyak-banyak bajet kalau tak makan cuma minum cepat la kurus kan? Sebenarnya salah cara tu. Sebab setin milo tu jer dah beratus-ratus calories dia.

Simple je dia ajar. Kira BMI kiter and kena tahu berapa banyak calori yang body kiter consume dalam sehari. Let say dengan ketinggian I dan berat badan I yang dirahsiakan ini, I memerlukan 1200 calori/day. So, I cut into half. I cuba ambik 500 calori jer sehari. I kira calori each foods yang I makan. Google la. Kiter boleh tau dari situ and process food pulak, tengok jer dekat label berapa jumlah calori dia.

Fast food I makan. McD I makan, tapi I kira la berapa calories dia. Let say, I ambik ayam McD tapi seketul jer. Minum dengan air mineral. Buah pon sama, I kira jugak calori dan jugak I kurangkan minum air manis serta tak makan malam. Cut portion makanan into half at the same time. And mesti ambik half dari calories yang badan kiter perlu. Setiap orang berbeza tau? So, check korang punya BMI sendiri. Google la macam mana cara nak kira. Jangan pemalas sangat kalau nak kurus. Aku tampar kang.

Try kunyah makanan yang kiter nak makan tu slow-slow. Yang ni I kurang berjaya, sebab I bangsa makan cepat/laju and suka sumbat-sumbat makanan dalam mulut selagi muat. Ni tiru Yatie la ni. Dia makan macam tu, terus I terikut-ikut. Haha. Suka jer nak salahkan orang kalau ada sikap buruk padahal sendirik punya salah. Apoda.

At the same time, kalau ada masa lebih, cuba la exercise sikit. Lagi la cepat fat burn process. Macam I, balik kerja, I park kereta dekat rumah and jogging ke rumah mertua. Lari non stop selama 10 minutes pon dah cukup. Buat hari-hari kalau boleh. Tu yang I cerita I jogging dari rumah ke rumah mertua tu takyah la nak impress sangat. Sehari jer aku buat pon. Har Har Harun.

I rasa, sebab last month setiap kali lunch kan I buat latihan menari, tu yang banyak fat burn tu and jugak, I suka lari guna treadmill. Kat situ kan kiter boleh tengok berapa banyak calories yang kiter dah bakar. So, I cuba untuk berlari non stop atas treadmill selama 15 minutes at least. 5 hari seminggu and hasilnya amat memberangsangkan.

So, I can say, within 3 months ni, I dah manage to lose around 8kg. Sikit-sikit jer lose weight tapi masuk bulan ketiga dah nampak hasilnya. Cuba guna pendekatan ni, setahun ada 12 bulan kan? So sebulan turun sekilo pon dah ok sangat-sangat. Jangan jadik tamak. Tamak kan amalan syaiton? Cecece. Macam good-good jer berkata-kata.

So, apa lagi eh yang I tertinggal? Oooo.. I perasan one thing. Masuk bulan ketiga, penurunan berat badan nampaknya lembap nak mamfus, so ada seminggu tu, I ambik dinner. But very light. Macam roti bakar and scramble egg. Ingatkan naik la balik berat tapi lagi cepat turun. Rupa-rupanya, kalau kiter makan malam sikit, dalam kuantiti yang tak banyak, kiter akan meningkatkan tahap metabolisme badan kiter, SO lagi la cepat turun and tak la statik jer. Kalau statik lama-lama bukan apa, takot putus asa jer.

Jadik, jangan lupa ambik dinner. Tapi beragak la. Jangan mengada nak makan nasik ker apa. Buah pon ok. Milo panas tadek susu dengan biskut mayat pon ok. Tapi jangan la makan sampai setinggi kondominium pulak biskut tu. Sama jugak dengan makan nasik jer. Haih!

Dah la tips. Ngantuk pulak rasa. So kalau ada sesiapa yang nak ikut program diet tahik kucing ni dipersilakan. Nanti boleh share pengalaman. Sebagai pempuan berangka besar, susah sikit la nak nampak badan I ni kurus sikit, tafi bila sarung baju dah boleh tuck in dalam skirt tanpa terkeluar lemak-lemak dekat pinggang I dah bersyukur sangat.

Harap dapat turun la dalam 5kg lagi ker, baru la I puas hati. And jugak, I perasan... Bila I dah cut food portion I ni, lama-lama I sendirik dah taknak makan banyak-banyak. Itu yang I respek dekat I. Boleh jer kan respek dekat diri sendiri? Rasa macam nak tampar jer. Haha.

So korang, diucapkan selamat berjaya. Ni aku tulis panjang-panjang ni syok sendirik ker atau ada orang nak baca ni? Dah la. Mencik! Lengoh tangan ai taw?

Oh. Last but not least, korang ambik gambar korang yang terpaling gemok, letak dekat tempat yang korang biasa tengok, tepi PC sebagai contohnya untuk memberi semangat pada diri sendiri. Sebagai motivasi. I guna cara tu and bila tengok jer, mula la rasa, 'Apa perasaan aku eh masa gemok macam vavi dulu. Ko giler, tinggi 162 cm, berat 69kg. Tak kelakar kot?'

-EnD-

31 comments:

Cik Puan Bunga said...

Eh! KAKAK! Ko dah kurus eh? Lama tak mengumpat dengan kau. Ada masa call heh! HAHA!

Mimy Hamid said...

aku diet atkins tak berjaya...turun mmg turun tp pastu aku makan macam org tak pernah makan setahun...tak mo la...aku prefer diet kalori

genuine1224 said...

erk..mampus la nak turun ke berat ideal nih.pas bersalin plak,ada spare tyre ni...nak ikut gak ah program diet taik kucing nih.. hehhehe

Chooyaya! said...

CPB : Bukan kurus, tp kurus la sangat.. Haha. Eh, kalo mengumpat, lebih afdal di hari Jumaat kan? ko takder tingin nak makan menda2 lain ker?

Chooyaya! said...

mimy : Tu pasal aku kata kalo nak Atkins kena kental. Macam aku, setarap ko jer la. Atkins 4 hari, pastu melantak mcm orang giler 2 minggu. punya la tak belen.

Chooyaya! said...

genuine1224 : dipersilakan. kalau berjaya jangan lupa kirim pulut kuning ke ampang.

kutak jinggong said...

Salam kak,

Just nak share my experience. Seronok bercerita pasal diet ni:)Kalo silap harap betulkan ye kak esp to atkiners yg expert2 yg baca post akak ni.

I buat Atkins. Dah lost 8kg in 50 days. So far i rasa ok je. Xpernah pulak rasa lemah and xsihat.Rasa bertambah bertenaga lagi. Cuma 3 hari pertama tu rasa pening sket.

Sebenarnya buat atkins ni kena makan dengan mencukupi, sampai rasa kenyang. Let your body tells u bila u rasa cukup. Xle makan sket sangat nnt badan rasa lemah and lembik. Kena malan 3 kali sehari + snack. Cumanya kena pandai pilih makanan. Kena tgk content carbohydrates. Kalo makan ayam xperlu buang kulit kecuali kalo goreng ayam ngan tepung and cara masak pun xde restriction. So kalau nak join lunch ngan geng masa keje pun boleh cuma jangan ambik nasi. Lebihkan lauk and sayur.Pastu kalo rajin kat tenet ada banyak sangat resepi makanan low-carb yg lazat2. Nak buat coffee-blended pun boleh.. sedap!!

Atkins bukan NO-carbs diet tapi LOW-carbs diet. Even xamik makan high carbs cam kanji and sugar tapi still dapat carbs from fruits and nuts. Restriction pun yg ketat masa induction je (14days)coz nak didik selera besar kita pastu dah kena tambah carbs sedikit demi sedikit. Bila dah capai berat ideal dah boleh tambah makanan berkabohidrat cam nasi and roti tapi portion kena berpada2 and lagi best kalo amik brown rice and wholemeal bread.

Saya konsep guna atkins tapi dah lepas 14 hari xde la saya ikut melampau sangat. Tambah gak sos and kicap kat makanan tapi sikit. Makan gak aiskrim tapi sket. Amik je nasi tapi sikit.So far ok. Turun 1kg per week secara consistent.

Atkins ni sebenarnya lebih kepada nak mendidik kita supaya makan secara bersederhana. Kira nak didik nasfu kita supaya xmakan keterlaluan and xambik makanan yg terlalu manis and jaga kesihatan.Before start buat diet ni kena banyakkan membaca testimonial org2 yg dah lama amalkan hidup cara atkins.

Tapi jgn lupa amik multivitamin daily and buat senaman cardio sket tuk tone-up our muscle balik.

Diet akak menarik sgt. Nanti bila dah capai berat ideal nak try buat diet akak lak.

Jom sama2 diet kak. Chayok!!!!

Chooyaya! said...

kutak : kaksu nak publish komen dari awak ni kejap lagi lepas lunch. boleh? kaksu pon buat research jugak pasal atkins. ni. kaksu ambik yg btol2 strict kot? tu pasal la boleh lose 3kg/seminggu. gula mmg tak amek langsung. hatta gula dari sayur dan buah jugak. ni kiranya atkins yg hard-core punya. ada satu dulu tu, kaksu tengok dekat blog akutaknakgemok ker apa entah. try la google. anyway tq for sharing! tapi atkins ni kaksu buat masa nak kawen dulu, now kaksu prefer diet calories jer. tak mampu la nak atkins dah. :)

Liyana said...

kaksu...baru nak ajak makan voltan chocolate kat Chili's tuh! eyh molten cekelat...hihihi...apa nih diet-diet nih?mcm bukan kaksue je yg tulis entry nih? *jeles sbb kaksu dah turun 8kg*

kutak jinggong said...

Ok kak. No prob. Blog femes tu saya dah khatam. Hehehe..

Saya tak buat strict sgt lps 14 hari sebab nak buang 12kg je tuk dapat balik berat ideal (anyway, tinggi and berat saya dulu lebih kurang ngan akak punya berat dulu). So saya buat pelan2 ikut keselesaan saya.

Saya minum je manis tapi instead of guna gula pasir saya tukar guna stevia. Equal stevia ada jual harga rm19.90 dlm 200 biji.

Betul tu kak. Cara diet ni kena try and cari mana yg sesuai ngan kita kan.Coz setiap org lain2. Coz kita nak jadikan cara makan ni as lifestyle and buat long term bukan takat nak buat short term je.

Mana2 diet pun bagus yg penting sihat.

Jom hapuskan lemak2 berlebihan ittew!!

Chooyaya! said...

eh? ok ok. kaksu kena carik la menatang stevia tu. tgh hari ni jugak kaksu pergi.. adoi... bila fikir zaman gemok gilers dulu, kaksu jadik malu sendiri. walaupun sekarang tadek der kurus mana, tp atlis ada jugak turun...

btol awak cakap, cara diet ni kena ikut yg sesuai dengan badan kiter... kaksu dah terasa skarang kaksu mcm tak kontrol makan sgt dah. tp malam kaksu mmg kurangkan makanan la. dulu nasik mmg tak sentuh lgsg. ni ha baru habes makan nasik goreng sepinggan. caneh?

aliaaroslan said...

nak gambar terbaru. nak jadikan sumper inspirasi. hehe

m a r i s s a said...

NAK KURUS JUGAK!!! SO FAR, 1 KILO PON TAK KURANG! TIBE2 NAIK JE... KENE LA BLAJA DARI U OL YG DAH BYK TURUN.. TQ FOR SHARING!

http://diyanamarissa.blogspot.com

Chooyaya! said...

ALIA : hikhik. yg ada ni semua gambar baru pon. yg pakai tudung, baju kuning ang-ang tu.. tadek la nampak kurus sgt, cam biasa, kompang mau lebih. haha

Chooyaya! said...

yana : apa salahnya. diet kaksu kan bernama diet tahik kucing. so, eskrem semua molten ker volten ker, semua di benarkan. haha

Chooyaya! said...

marissa : takper. pelan2 kayuh, sure berjaya. i masih banyak babat disekeliling badan. dah ilang semua, baru la i riak banyak sikit kt sini (tu pasal Allah tak bg kurus, baru sikit dah ada niat nak riak) LOL

bettyboops said...

sue,

entry about doc. izzi pleaseeeee.. hahahhahaa..

talking about diet, body concious, looking hot blablabla ni kan.. tetiba i teringat a friend of mine yang sangat particular when it comes to his gf appearance n look..

to the extent of kalau his gf tummy bulge out sikit je, dia boleh tegur suruh do something to d tummy.. kalau i la in his gf shoe, memang aku angkat kaki bubbye kan aje laki cam tu..

* i selalu rasa kesian kat orang rumah tingkat bawah kalau i jalan terhentak kuat sikit.. yeahhh.. an elephant is staying right on top of ur place.. hehehhee..*

Naddy said...

like like like....mari diet secara sihat...huhuhu tq share info (ayat skema)

-- said...

cemburu!

doakan aku pon turun berat ye chooyaya!!

Chooyaya! said...

bettyboops : u, rumah u tingkat berapa eh? u sangat tak aci tau? adakah u berada di dalam lift sama2 dengan i kelmarin? talking about ur friend, apa la kijam sgt bf dia tu. cam dia tu hemsem sgt ker apa? i bet bf dia boroi. haha

Chooyaya! said...

diha : ala, dia da kurus tinggi.... takyah diet2 dah kan?

Chooyaya! said...

pidah : ko kan ker mmg dah kurus? kok mau diet2 lagi?

eda said...

diet atkins nafas berbau woii .. tak sanggup hoho ~~~
go go ~~
#tetibadahtakjadiksilentreaderboleh?

Chooyaya! said...

mmg la nafas akan berbau kuda! sebab kurang pemanakan kan. eh. btol ke teori ni?

ijan said...

tahniah Su..

Sgt motivated membaca entry u... siap dah google cari kira BMR dan DCR!!

Yesss, terus teruja utk membuang byk spare tyre di mana2 bahagian badan.

Yessss, ajak my husband to join too!

p/s : boleh tgk menu plan Su utk sehari tak? :D

write to me, nazfarun@yahoo.com..thx dear

Chooyaya! said...

Jan : Ala, takyah la tahniah sesangat. gemok pon lg nih. tapi kalo da capai 55kg, boleh la tahniah. kasik kiter lagi 3 more months untuk dptkan 55kg. Biar lambat asal turun.

ajak la hubby buat skali, saz tu hangat2 tahik kambeng jer dia. boroi semacam. menyam! hahahaha

diet seharian? errk... bedal jer jan, janji sebelum makan, cek kalori. tu kalo fast food. kalau yg goreng2, kiter google jer. no spesific pon. cuma, malam tak makan. or kalau makan pon, ambik buah, roti+telur atau hot milo dengan biskut mayat.

siyes tadek spesific.

ijan said...

ok, thanks for the reply.

tuhlah nak mengurangkan en.suami punya boroi dan I punya..hahaha

Chooyaya! said...

no problem dear. hugs!

Cik Puan Bunga said...

Kata dah nak cokelat tapi buat dunno jek. Hampalah jugak! HAHAHAHA!

Chooyaya! said...

EH, memandai jer. Bila mintak???? takder pon! Tapi kalau send coklat ke Batu Pahat, bila sampai sana dah jadik coklat cair. Sanggup ker? Kalau sanggup, gua On jer.

nini said...

wow...half kaloriiiii....k2n rjin kir kalori ni....hihi