Thursday, November 7, 2013

Kes Penderaan Di Taska Taman Melati

Assalamualaikum.

Semalam I tengok video yang kes Pengasuh pukul budak-budak yang dihantar Ibu Bapa dekat nursery area Melati. Bila I tengok video tu rasa sebak, geram, marah, sedih taktau nak describe macam mana. Tengok video tu, obvious yang budak tu tak buat apa pon. Bukan jenis melasak (Macam Shein), dia diam jer. Tapi kena pukul dekat kepala beberapa kali sampai tersembam.

Astaghfirullah. Takper la. Maki dalam hati jer. Memang kepalat la Pengasuh tu (tadi kata padahal nak maki dalam hati jer).  

Kisahnya budak yang kena dera tu Bapak dia pelik sebab each time nak hantar kat nursery  mesti anak dia taknak. Menangis. Dah empat bulan macam tu. Bila tanya Pengasuh kata dia biasa la. Bebudak kalau lepas mandi mesti menangis. Tak puas hati, Bapak budak tu letak camera bentuk pen dalam beg and rakaman setengah jam tu menunjukkan ada budak yang kena pukul kepala, kena tampar sampai tersembam kat lantai.

Lantai keras kot? Memang sial la. Bukan anak sendiri pon I rasa nak marah. Apa la ada manusia hati binatang macam ni? Budak kecik tu apa la dia tau? Bak kata Dr. Adrian. Jangan marah baby. They don’t know what is wrong, what is right. Yang dia tau nak main jer..  Teach them slowly. Macam tu kekdahnya.

Kalau nak baca pasal kes Nursery Taman Melati ni boleh baca dekat sini. Yang menyedihkan, buat hal kejam macam ni ialah warganegara tempatan eh? Sekarang ni asal kejam, asal jahat nak cakap Indon. Sekarang ni, orang Melayu kiter pon dah ada hati busuk, hati jahat pukul anak-anak. Ko pukul anak-anak boleh la Gile! Meh la belawan dengan orang besar macam I. Tau la aku nak mengajar macam mana. Pui!
 

Kiter memang takkan dapat wajah sebenar Pengasuh yang pukul budak-budak ni sebab takot kalau disebarkan wajah sebenar nanti ada perkara yang tak diingini berlaku. Cukup la pihak berwajib mengenakan tindakan undang-undang pada dia. Rupanya dia pemilik Taska tersebut. Anak ramai and suami bekerja sebagai pemandu teksi. Taska tu satu-satunya sumber pendapatan beliau. 


Ni video kes penderaan dekat Taska Taman Melati tu I tengok dekat Youtube. Kalau ada kekuatan boleh tengok.



Muka Pengasuh jahat tu.

BOLEH? Yang dah tau itu jer punca rezeki pergi buat kerja bodoh pukul budak-budak kenapa? Tak boleh nak bekerja dengan amanah ke? Sekarang Nursery  tu pon dah kena tutup so PAHADAN MUHUKER la nko kan? Lepas ni makan pasir la. Dia fikir tak tindakan dia tu akan menyusahkan seisi keluarga dia sendiri. Dengan anak ramai. Haish!

Untuk Ibu-Bapa yang hantar anak pergi nursery, If anak-anak menangis tanya la elok-elok. Or kalau baby lagi tak pandai nak cakap, molek la siasat kalau each time dia menangis bila sampai Nursery. Kan ada bebudak yang dah pandai cakap. Tanya. Macam Nursery Shein ni senang. Tak payah tanya nanti Ayish dengan dengan Aniq peramah giler. I dekat pintu jer terus bebudak tu cakap, ‘Mama Shein, Mama Shein. Tadi kan Shein muntah’. Or, “Shein nanges kuat’, or ‘Shein jatuh’. Haha.

Haaaaaaaa. Mungkin ada sebab kenapa dia menangis. Ni dah empat bulan menangis, kepala dah benjol lebam pon tak buat apapa tindakan jugak. Yang tu I pelik. Seriously. 4 bulan kot? Kepala dah lebam kot? Takkan la nak tunggu dan lihat jugak.

Untuk Mommies yang duduk rumah dapat jaga anak sendiri jangan la pulak cakap something like this. ‘Sanggup eh sebagai Ibu korang bekerja dan memperjudikan nyawa anak-anak by sending them to nursery’. Tak baik la cakap macam tu. Sapa yang nak kejadian macam tu terjadi pada anak-anak mereka kan? Mommies yang bekerja pon mesti ada sebab kenapa mereka bekerja. Mungkin nak membantu suami bagi keluarga hidup lebih selesa.

Tak baik menunding jari. Cuma kena la alert and lebih prihatin. Macam yang I cakap tadi la. Kena sentiasa peka dengan keadaan anak-anak macam mana. Hubungan dengan Pengasuh and Owner Nursery pon kena la baik.

Untuk I sendiri, Alhamdulillah Shein molek-molek saje dekat Nursery. Communication dua pihak kena ada. Kiter hantar anak dekat situ so kena bagitau macam mana yang kiter nak. Macam Shein, I pesan pada Kak Wani. Shein sekarang makan 3 kali. Pagi dengan petang makan heavy. Tengah hari bagi la snack (Farley Rusk). I mintak Kak Wani monitor susu Shein. Macam yang Shein kurang menyusu tu I mintak Kak Wani spend more time dengan Shein time dia menyusu. Bagi perhatian. Sebab Shein kalau dia menyusu dibiar jer dia tak usap-usap kepala, tak gentel, takde eye contact memang sikit jer dia minum. Ngada. Tunjal baru tau.

So far Alhamdulillah ok. And Shein pon duduk nursery every Monday dengan Wednesday jer sebab hari tu jer yang Baba and MakTok tak available. Yang MakTok ni dia memang ikut sebijik sebijan apa I cakap. Susu tido and menyusu mesti ikut time. Hatta Shein tengah main pon Mak Tok ngan Baba kata, ‘Shein, time to sleep’. Gitu. Haha. So Shein lebih berdisiplin bila dengan dorang. Yer la. Cucu seorang boleh la kan? Kot Shein dah ada adik nanti, I taktau lagi macam mana nak buat. Tu kemudian la fikir.

Sampai sekarang Maktok still bagi Shein mandi guna Buds. Lotion semua Buds. I tadek der. Guna jer macam-macam. Hahaha. Sebab sapa suruh Buds mahal sangat.

Satu lagi, kalau kiter dah tau nursery tu ada 40 orang budak and Pengasuh ada 2 orang jer jangan la gamble dok hantar depa kat situ. Study sikit pasal nursery macam mana. 5 kids/babies  untuk seorang Pengasuh. So kalau dah ramai-ramai macam tu mana la depa ada time nak focus pada anak kiter kan?

Kena usaha carik tempat yang elok. Kot nanti dah 3 4 tahun, dah lasak, nanti anak kena ketuk dengan kawan lain, kena cakar etc kan kiter juga tak senang hati?

Usaha, tawakkal dan doa. Semoga semuanya akan selamat. Jangan la lat-lat doa jer. Pon tak ok jugak.

Semoga semua readers I ni, anak-anak mereka sentiasa dalam lindungan Allah selalu. OK? Balik ni pi cek anak masing-masing and borak dengan depa. Google sikit kat internet pasal rules and regulation Nursery. Kalau tengok ada yang tak kena cepat-cepat take action. Ok?

Good luck Mommies!

-EnD-

 
Semoga dalam lindungan Allah selalu anak Mama. Love U. Shein. Nak uweeettttttttt!

10 comments:

Rai Ourkizuna said...

hai bambam cute.. hehe..

semoga anak anak kita dilindungi dari manusia yg takde hati perut camtu kan..ishk..

honey bedazzled said...

awak bukan taman melawati, tapi taman melati. sentap weh anak cheq antaq taman melati juga tapi nursery lain rupanya

Irfa said...

siyes sakit ati
smpi hari ni percubaan nak tgk video itu adalah gagal..asal tekan je,kensel.tak jd sbb taknak nanti aku xleh tido.huhu

bila ada kes anak kena dera,dan dan tu rasa nak duk umah jaga anak sndiri.huhu

Chooyaya! said...

Rai Ourkizuna : Amin......... :)

Chooyaya! said...

Honey bedazzled : Ok! Sepantas kilat edit. Hehe. naseb baik nursery lain. Alhamdulillah.

Chooyaya! said...

Irfa : kalau duduk rumah jaga sendiri anak rasa mcm lega sikit kan? tp tu la... tak boleh nak berenti kerja lagi :(

Azziah Nawawi said...

yaaaa. i tgk video tu rasa nak menangis. pukul kepala kut! haishhh. gamaknya kan? takda budak tu ko pun takda pendapatan. bodoh!!
tapi kena pikir 2 pihak. maybe ada sebab dia pukul budak tu. stress dgn laki ke pastu budak2 bising. tapiiiiiiiiiiiiii, tu bukan cara. tu budak je weii!! geram ahhh! seb baik bukan anak i. klau tak.. huiiiiii, xtau nak cakap.

NenetPenne (NP) said...

orang yang bukak taska atau nursery tu for the sake of money jer bukan for the sake of dia sayang budak2 tu...

dah perangai mcm firaun last2 dari ada punca pendapatan terus tak ada pendapatan..

i tak tengok pun video tu sebab tak sanggup...

raF|za said...

sedihnya..napa kena pukul macam tu? budak tu bukan buat apa pon..haihhhhh..gerammmm! eh sorry, hi suraya! first time ni i leave comment :)

mrs kayrul said...

baru padan muka taska tue tutup..sakit hati betul tengok rakaman tue....klu dapat depan muka memang siap la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...