Monday, December 16, 2013

Pro-Vaccine vs Anti-Vaccine

Assalamualaikum.

Dua tiga hari, dua tiga minggu ni. I ada la email dengan ibu-ibu yang tak bagi vaccine pada anak-anak mereka  atas SEBAB-SEBAB yang tertentu. (I kan peramah U’Olls sampai nak email segala) and baca 2 3 blog secara tak sengaja yang mana Ibunya memang mengamalkan kaedah perubatan homeopathy dan jugak mengelakkan anak dari ambik vaccine dan mengamalkan makanan organik. 

Mereka share macam mana cara pemakanan Rasulullah s.a.w yang bagus yang boleh elak dari dijangkiti penyakit. Apa makanan yang ada contain zinc and folic acid bagi mommy yang mengandung and nak elak makan folic acid yang doktor bagi. For mom, for babies and untuk semuaaaaaaaaaa orang. Sebenarnya dalam sayur-sayuran sendiri each of them ada khasiat masing-masing. Mana yang ada banyak zink, mana yang anti oksida. Pergi Google sendiri. Jangan nak malas sangat.

Ada satu entry ni I baca pasal home-birth. Memang masa I baca tu, meleleh air liur menitis dekat keyboard. Macam impressed giler la. No epidural, no drugs, no nurse, no doctor no nothing. Infect baby pon dia tak potong tali pusat and biar luruh sendiri jer. Dia memang nak elak baby dari kena amek vaccine dekat hospital. Alhamdulillah molek selamat both mommy and baby.

Dalam pemerhatian I, actually ada 3 jenis mommies dalam dunia ni. 

1. Yang memang pro-vaccine. Ikut semua schedule immunization yang Doktor bagi. Up-to-date (I tak malu mengaku, I ler tu). Anak sakit sikit, gelabah pergi klinik. Doktor kata bagi paracetamol. Ok. Antibiotic. Ok. Masuk wad. Ok. Memang ikut semua cakap doktor coz trust. Ye. Memang I trust Doktor Shein sebab kata Sazli, susah payah doktor belajar sampai jadik surgeon pastu kiter takmau dengar cakap doktor T___T  Kan?

2.Yang anti-vaccine. Sebenarnya bukan anti- vaccine. Cane eh nak bagi ayat yang molek skek? Ibu-Ibu yang macam ni memang banyak membaca, buat research. Amalkan pemakanan yang sihat. Tadek MSG. Tadek perisa. Everything is natural and organic. Tadek garam until 2 years old and everything semuanya dari alam semulajadi.  Demam kalo? Tengok balik apa yang baby makan. Apa yang kiter makan. Dari mengandung, bersalin, anak-anak punya hal kesihatan is all using natural way.

3. Ikut jer mana yang mana pon. Macam lalang. Haaaa yang ni adaaaaaaaaaaaaa. Orang kata amek vaccine. Ok la. Amik la sampai anak umur enam bulan. Pastu baca plak pasal keburukan vaccine. Ok la. Berenti. Malas nak tanya. Malas nak research and ikut je. Macam De la. Apa pon dia ok je. Tak makan folic acid anak aku ok je. Haaa. Tapi dah la tak makan pil doktor bagi, makan pon tak jaga. Naseb baik la semuanya ok jer.  Haha. Comel sangat De ni. Meh nak jotos sikit.

Ada this one entry I baca pasal kenapa Allah bagi ibu mabok 2 3 bulan pertama. Bagi muntah. Sebabbb nak keluarkan semua menda bukan-bukan dalam badan yang mengandungi bahan yang kiter sendiri tak tau since a long time ago. Tau pasal keburukan corn syrup? Pergi Google. Apa makanan yang contain corn syrup. Malas I nak share dekat sini sebab rasa macam nak nanges. Apa menda yang ada dalam MSG semua. Kenapa tak elok untuk kesihatan. Menung I baca. Haha.

Bila mabok cepat sangat makan ubat tahan muntah. Padahal dalam ubat tahan muntah tu sendiri kiter taktau apa isi dalam dia kan? Nanti bila ubat tu dah merencatkan pusat muntah dalam badan, nanti akan ada la masalah air ketuban tak cukup, placenta previa etc. Acane ni? (Harap bertenang semua. Ini  I cerita balik apa yang I baca. Bukan I reka cerita. Kot nanti ada yang komen kata ‘R U sure about this’, memang la aku sentap. Haha)

I ni cakap pandai la pung pang sana sini. Organic la. U are what U eat la, Tok Nenet bagai. Hahaha. Kot nanti dah tak larat sangat memang menyerah diri la kat hospistal. Apapa U chose apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Kan?

Sebenarnya apa yang I nak cuba sampaikan sikit je, tapi terbebel pulak. Kah kah kah. Tak kira la kiter ni dalam golongan Ibu yang mana satu yang I memandai kategorikan tadi tapi as a human, as a mom. Kiter mesti nak yang terbaik untuk anak kiter kan? Kiter mesti ada sebab dan alasan yang kukuh kenapa kiter nak jadik yang macam kiter sekarang.

Semua menda ni subjektif. Sama macam yang I pernah bebel pasal Susu Ibu vs Susu Lembu dulu. Yang penting, kiter respects each other dan jangan sampai buat the other side kecik hati dengan kiter, lepas tu orang cakap kiter cembagus marah pulak. Kan? Kata orang kalau kiter nak mengajar jangan sampai ada yang terasa sedih. Kan tak best macam tu.

Kiter respect each other punya pendapat ok? Dah. Takmo gaduh-gaduh. Kiter semua kena kawan baik-baik. Yang paling terharu, ada pulak blog I ni dekat link blog ibu yang mengamalkan cara hidup organic ni. Macam. Eh. Tenkiu la awak nak kawan dengan kiter eh. Nak uweeeet!

-EnD-


13 comments:

Nurul Aziz said...

sy mak no-3 kot. hahaha..

Azziah Nawawi said...

i type no 2 kut. hahaha. walau tak berjaya bg bf kat anak sampai 2 thn, tp try la jaga pemakanan dia. now anak dan 2y++, masih blm terdedah dgn makanan manis and other junk food. alhamdulillah. eh, i dlu mabuk masa peknen, tapi xmkn ubat tahan muntah. redho jelah.. haha

missalongwani said...

idup kak su!!!hahahahhaha....terbaekkkk

Nur Alya said...

Sueeeeeeee.....
hugs u ketat-ketat!!!

Rai Ourkizuna said...

pst..dulu kecik kecik nak jadi doktor sebab mak kata doktor gaji besar.. hahaha.. tapi in the end tak jadi pun doktor.. jadi doktor utk anak2 pun cukup lah.. alhamdulillah.. anak anak dah lebih setahun bebas dari ubat ubatan.. bukan tak pergi jumpa doktor tau.. pergi jugak.. tapi untuk diagnosis yang tepat.. saya pun takde homopati bagai tu. just natural remedies je..

Chooyaya! said...

NURUL AZIZ : mak number tiga pon ok. heeeeee. meh peluk meh!

Chooyaya! said...

azziah nawawi : **tepuk belakang
awak mmg ibu yang hebat!

Chooyaya! said...

missalongwani : takyah nak hidup kaksu sgt la. hahahaha

Chooyaya! said...

Nur Alya : peluk balik kuat2 smpi pengsan. hahaha

Chooyaya! said...

Rai : jadik doktor pada anak2 pon boleh. hehehe.

harzharun said...

yang penting, mak2 zaman sekarang kne banyak membaca...baca gosip artis kes skandal adi putra boleh je kan...eh, aku la tu..hahaha...

mmg kne rajin baca dari semua sudut...i bukan anti vaksin...nak kata pro vaksin pun x jugak....tp anak2 i seme amik vaksin yg KKM suruh...cuma i pantau dr segi side efek...org anti vaksin ckp, MMR boleh sebab kan anak autisme..sapa x takot hoi...jd, dr pembacaan, i dpt tau, MMR boleh dilewatkan sikit..x semestinya genap setahun kne injek...so, kita kasi delay sket..tgk perkembangan anak...anak mcm pandai je, mcm bijak je, mcm bagus je, so, kita proceed la...takde lg kan penemuan yg mengatakan hari ni injek MMR, esok anak terus hilang fokus, terus autisme...

so, tepuk dada, tny selera...mmg ah mkn yg ada msg lebih berselera...iklan msg kat tv pun kaw2 skang ni...tp, utk anak2, elakkan semua tu...

eh, panjang plak i melalut hari ni...hehehehe..daaa!!

Mimy Hamid said...

aku kategori mak no.1..go for vaksin..apa pun anak kita kita yang decide which one better...tapi aku tak kondem pun mak anti vaksin..pilihan masing masing

Effanina Mokhtar said...

Hi Sis Sue,
sy mama yg no. 1, mmg ikut peraturan tpi dlm ms yg sma tetap cuba amalkan petua tradisional.. mcm klu flu letak kunyit kat btg hidung. klu demam, guna tuala letak kat dahi gn air suam.. byk jugak membantu amalan petua2 ni.. klu msh x mujarab than refer doc, ambik jgk ubat clinic. yg penting kita pantau darisegi suhu badan time demam.. jgn sampai x nk bagi ubat clinic.. tpi panas bdn ank smpi cecah 40'c. tu dah bahaya.
kita ibu2 mst lebih kenal dgn anak kita,, jdi tahu apa yg perlu diberi tindakan segera atau bole diubati slow2, chaiyok lah sis sue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...