Assalamualaikum..
Semoga hari ini akan jadi hari yang lebih baik lagi
dari hari-hari yang lepas. Semoga kiter terus diberi kekuatan untuk menangkis
semua aura-aura negative dalam hidup. And for myself, semoga terus diberi
kekuatan dan lebih kesabaran untuk membesarkan Shein. Untuk kesilapan yang
pernah Mama buat sepanjang membesarkan Shein, semoga Allah ampunkan Mama and
semoga lepas ni Mama akan jadik lebih sabar lagi. No more tarzan-tarzan. Mama pernah
berjaya satu masa dulu and why not teruskan kejayaan tu sampai bila-bila kan?
As manusia biasa, kadang-kadang I admit, kesabaran
tu depends on situation. Bila dah serabut over something else, mula la
kesabaran melayan Shein punya karenah menipis. Banyak contoh, tapi malas nak
ingat. And bila baca article yang Adik Dyba share ni buat I think twice. Betul.
Macam mana didikan kiter pada anak-anak, itulah yang dia akan jadi. Bila Shein
tengok Mama selalu moody over
menda-menda kecik, so itulah yang dia akan jadik. Anak kiter, ialah cermin diri
kiter sebenarnya. Kan?
Mana yang boleh baiki, kiter baiki. Yang perlu ubah
kiter ubah. Cuba sikit-sikit. Tak perlu drastic sebab nanti macam tebiat nak
mampos mati plak. Haha. Slow-slow takper, tapi konsisten. Yerlah kan? Shein
makin besar, makin banyak akal. Kekadang sakit dada nak menegur dia jangan
panjat sofa, nanti jatuh. Jangan bukak tutup laci kuat-kuat nanti tangan
tersepit. Jangan lari laju-laju dalam rumah nanti jatuh, langgar meja semua
kepala bocor baru dia tau, jangan pecahkan make up Mac Mama, jangan ambik telur
dalam peti ais lepas tu sepak macam bola and many more of jangan.
Kadang-kadang tu jadik tinggi suara sebab kiter
risaukan perkara buruk berlaku pada dia. And nak control tantrum some more
bukan tugasan mudah. Syukur dalam tinggi suara I, Sazli pulak back up dengan
kesabaran dia. Alhamdulillah. Kalau dah Sazli pon sama naik hantu macam I,
Shein taktau la macam mana. Thank you Papa for indirectly help Bubu. Itu pon dah
tolong namanya. Sazli pon bila I dah tarzan dia diam je… Dia mungkin tau yang I
pon dah banyak sabar dengan Shein.
Nakal budak 20 moths kan? Tau la macam mana. Level
dia tengah nak explore all things. Ikut kepala dia je. Tak diikut nanti marah.
Macam tu la. Takper. Korang baca article ni. Kita sama-sama ubah and perbaiki
mana yang patut. Ingat pesan I, Ubah sikit-sikit takper. Janji konsisten. Jangan
berubah 360 darjah lepas tu meletop
blast segala naik tangan dekat anak pon tak guna jugak. Ok? Kiter sama-sama.
Untuk yang dah memang lahir penyabar takpe. Ini untuk sepsis-spesis kuat
meroyan macam I je. Kah kah kah. Lekas give me five!
Credit to Syed Putra Haizam Page on FB
Satu hari, anak lelaki saya umur 3 tahun dimarahi oleh umminya. Masa tu dah hampir jam 12 lebih tetapi anak saya ni masih aktif bermain. Umminya minta dia untuk dia masuk tidur. Dia enggan dan teruskan bermain. Saya tidak tahu apa yang berlaku, tiba-tiba dia terus berlari ke dalam bilik tidur. Masa tu, saya ada dalam bilik tidur tu. Dia masuk dan terus menghempaskan pintu. Dalam keadaan bilik tidur yang gelap, dia kemudiannya menarik kerusi, sambil mendongak ke syiling rumah. Saya memerhati dari jauh dengan hairan “Apa hal pula dengan budak ni?”. Setelah meletakkan kerusi itu pada satu kedudukan yang dia sudah berpuas hati, dia terus duduk di atas kerusi tersebut. Kedudukannya menghadap kiblat?!. Tiba-tiba dia mengangkat takbir sambil menyebut “Allahu akhbar!”. Subhanallah. Dia solat 2 rakaat dalam keadaan duduk atas kerusi?
Setelah selesai memberi salam, dia mengangkat tangan berdoa dan menyapu muka. Setelah itu, dia kembali menolak kerusi ke kedudukan asal dan terus datang baring tidur disebelah saya, Dia peluk saya. Dalam hati saya “ Masya Allah, mana dia belajar semua ni?”. Baru saya teringat, rupa-rupanya apabila saya pulang ke kampung isteri saya di Sungai Buaya, setiap hari biasanya tepat jam 2 pagi, bapa mertua saya akan bangun untuk menunaikan solat tahajud. Biasanya, setiap kali bapa mertua saya bangun untuk solat tahajud, anak saya akan terbangun. Ini kerana, bapa mertua saya berjalan menggunakan tongkat disebabkan oleh sakit lumpuh. Bunyi derapan tongkatnya menyebabkan anak saya selalu terbangun ditengah malam.
Anak saya akan meluru ke dapur dan memerhatikan bapa mertua saya menunaikan tahajud. Hari ini dia telah tiru-tiru datoknya solat tahajud. Subhanallah. Wahai ibu bapa jaga akhlak di depan anak-anak kita, mereka sedang memerhatikan kita. Mereka akan buat apa yang kita buat. Kalau kita pemarah, anak kita akan ikut jadi pemarah.
Kita selalu hairan, kenapa perangai anak saya macam ni, kenapa macam tu.. tengok2 balik.. rupanya, apabila suami lalai dari perintah Allah, isteri mula tidak taat pada suami, anak2 mula derhaka pada mak ayah.. keluarga menjadi kucar kacir.. ummat jadi tenat.. negara jadi mundur.. rahmat Allah xdtg.. bala mula turun..
Cerialah depan anak-anak. Tegur mereka dengan hemah dan kasih sayang. Tahan marah dan sabar dengan mereka. Memang pahit. Tapi, yang pahit itulah bila ditelan menjadi ubat dan penawar. Dunia dah tak lama. Nikmat bersama mereka juga sementara. Jadikan mereka anak-anak syurga. Akhlak anda dengan mereka hari ini penyebab akhlak mereka esok. Bersabarlah dengan mereka.
ya Allah kurniakan taufiq kami utk dtg pada amal agama yg sempurna dalam kehidupan kami dan ummat ini, ini semua salah kami.. kalaulah Nabi saw masih ada dgn kami..
Aminnnn…..
-EnD-
One of contoh perbuatan Shein ikut I. Bila time sapu sampah, kemas rumah muka serious je. And automatic jadik sombong. Orang panggil pon buat tak layan. Haaaaaa kan???
4 comments:
tq suraya share info ni...sangat betul n mcm terkena kat btg hidung...hihii...kena ubah pelan2 yerrr...akak pun sama...kadang2 jadik tarzan...maklumlah rakyat ada 5 org....hahahha...
rakyat jelata ada 5 orang kalau nak tarzan takpa dah kot kak suhaila? hahah.
Salam Suraya, salam kenal! saya search google, kisah anak 3 tahun dimarah umminya... tu jumpe blog suraya tu... pohon share juga artikel di fb page ya! TQ...
eMMe : sure. share la. semoga memberi manfaat. pastu belanja i eskrem. haha
Post a Comment