Thursday, October 30, 2014

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum..

Menggigil tangan nak taip. Melayang-layang rasa badan. Tak mampu nak berdiri. Sedih. Terkilan. Sebak. Pilu. Tak boleh nak kumpul pon jadik ayat. She’s like my own family. Close sangat. GF I pon dia panggil Mak jugak.

Al-Fatihah untuk Kak Maslina Mansur yang baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Dia meninggal akibat komplikasi jantung semasa pembedahan kali kedua selepas pembedahan pertama pada hari Isnin baru-baru ni untuk buang cyst dalam perut dengan Dr. Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar. (Tak official lagi sebab meninggal).

Kak Mas kawan sekolah De. I kenal sejak dari umur 13 tahun. Memang dari sekolah lagi dia sakit migraine teruk. Membawak sampai la sekarang. Period pain teruk sangat skali dengan ada cyst dalam perut. Tak sangka. Pembedahan untuk buang cyst yang I rasa macam tadek apapa end up jadik macam ni. Dah ajal Kak Mas agaknya. Padahal pembedahan dia lambat lagi. Kena queue sebab Dr. Hamid Arshat ramai patient but ditakdirkan ada patient lain tak jadik bedah so dapat slot in untuk dia.

Janji Allah itu pasti. Ajal maut takkan tercepat/terlewat walau seminit pon. Pergilah Kak Mas. Dah lama sangat Kak Mas menderita menanggung sakit. Dikcik pasti akan rindu bebelan Kak Mas dekat FB. Mengadu pasal menda remeh temeh yang kadang-kadang mencuit hati. Pergilah Kak Mas… Kami pasti akan menyusul nanti…. Berehatlah… Forever you will be missed.

Mintak tolong yang baca entry ni untuk spend masa sekejap sedekahkan Al-Fatihah untuk Kak Mas yer? Doakan semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


-eNd-


Kak Mas yang tengah-tengah. Masa raya aidlfiti baru-baru ni.

4 comments:

mamabeauty said...

Al-fatihah.. semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman

cikpuanfairul said...

Al Fatihah. Cantek orangnya...

menemalish said...

Cantiknya arwah...Al Fatihah

eda said...

al fatihah ..