Tuesday, November 18, 2014

Toilet and Transgender

Assalamualaikum..

Memetik laporan dari Malaysiakini.com mengenai Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender (laporan penuh klik sini), dimana Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman keatas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan bermakna secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpewatakan dan berkelakuan seperti wanita. 


I know macam lambat dah nak ulas pasal issue ni. Dah basi. Dah more than a month pon. Tapi takper la, nak bincang boleh jer lagi kan? Biasa lah Malaysia memang macam ni. Semua ikut trend and bermusim. Semua hangat-hangat tahik ayam sahaja. Dulu sebok dengan banned Barangan Israel. Siap ada yang makan nasik lemak dalam Mc D la, pastu order dekat drive thrue lepas tu pergi maki budak Mc D yang amek order tu la and sekarang dah tadek apa dah. Banyak je yang makan KFC Mc Donald balik (ehem-ehem) lepas tu ramai je yang beratur dari malam jejak ke pagi sebab nak jadik antara yang terawal memiliki iPhone 6 di Malaysia dekat Blue Cube Sunway Pyramid. Kan? Dulu kata takkan beli la apa la… Haaaaaa… Acane?

Lepas tu trend pulak pasal Mangga Asam Boi. Lepas tu Issue Transgender and now tengah meletop pasal suami curang skendel dengan janda sebab isteri dah busuk. Sana sini hangat bincang pasal tu. I memula ada la rasa macam nak komen tapi malas pulak. Bukan tak kisah tapi kekadang pendapat kiter ni kalau disalah ertikan nanti dah jadik medan bergaduh. Malas laaaaaaaaaaaaaa. Baik cerita pasal Shein and makan. Lagi best. Kah kah kah.

Yang pasal issue transgender ni pon sebab I nak share komen-komen dekat FB I bila I up status pasal toilet. Simple. Takyah susah-susah nak fikir yang complicated issue transgender ni. Pasal toilet jer. So, sebab Malaysia dah iktiraf transgender, maknanya lepas ni kiter kena share toilet dengan dorang ke macam mana? Which toilet they supposed to go? Toilet Lelaki ke Toilet Perempuan? Ha… Cane?

I pon ada je kawan-kawan dalam golongan ni. Tadek hal nak kawan. Ok jer. Selagi dia baik, mulut tak macam cilaka melaga-laga kan orang and tak ganggu hidup I, I ok jer. Transgender ke, lelaki ke, perempuan ke sama jer. Ada yang baik, ada yang jahat. So jangan la kiter sesenang nak label asal transgender jer jahat. Asal transgender jer pekerja sex. Jijik dan membawa penyakit. JANGAN. I tak menyokong tapi jangan kiter buka aib sesame manusia. Biar dia deal dengan Allah jer. Doa kan yang baik-baik agar mereka mendapat Hidayah. Tu lebih bagus dari kiter mencaci menghina secara terang-terangan. Kang I cakap macam ni kang, ada pulak kata I subahat. Haih. Susah kan?

So back to our topic tadi. Bila I baca balik komen, nak gelak pon ada. Semua bangang sekor-sekor. Si Apai la paling bongok. Dia kata tak kasik Transgender kongsi toilet dengan lelaki sebab nanti takot kena rogol. Bongok la Apai. Hahahha. Nah, korang baca. Macam ni la I sayanggggggggggg sebab tadek gaduh-gaduh.

But sebelum tu ada komen dari Kak Lenny yang seorang doktor. Kata dia, Transgender ni term Mat Saleh. Bukan orang Islam. Transgender dalam Islam ialah Khunsa. Khunsa ni dilahirkan ada 2 sex organ, so dalam Islam untuk elak dari confuse he or she kena pilih either to be a women or a man dan tak boleh jadik dua-dua. Kalau sex organ lebih cenderung kepada lelaki, dia mesti jadik lelaki. Hidup, berpakaian dan amalkan cara hidup seperti lelaki. Bukan rasa nak jadik lelaki so dia pilih jadik lelaki or bukan rasa dia nak jadik perempuan so pilih nak jadik perermpuan.

Mat Saleh pulak cakap, Transgender ini ialah kecelaruan identity dimana seseorang dilahirkan mempunyai sex organ normal but they tend to choose the opposite gender. Transgender, homosexual, bisexual semua ni adilah penyakit or disease which must be treated properly in Islamic and medical way. These entire problems are from psychiatry actually. **Mulut melopong.

So jom tengok apa dorang komen pasal issue toilet and transgender ni. BTW, yang Yasmin ni is my ‘transgender’ childhood friend yang kerja kapal gaji banyak giler. 5 angka sebulan sesenang je dia nak dapat. Lepas tu dia amek cuti tanpa gaji and balik kampong jaga Mak dia. Jaga mak dia tu ialah buatkan rumah yang selesa untuk Mak dia, masakkan, suapkan nasik, mandikan, pakaikan baju Mak dia yang sakit and tak boleh urus diri sendiri. Sampai duit simpanan dia dah menyusut, then dia kerja balik. So adik-beradik dia yang lain pulak jaga Mak dia. Dia buat semua tu. SEMUA. Kekadang I rasa, kiter yang perempuan pon kadang-kadang tak boleh nak buat macam ni so mintak tolong readers I jangan judge dia ok? Doakan yang baik-baik je untuk dia semoga satu hari nanti, Allah bagi Hidayah terus dia jadik lelaki macho gagah perkasa. Aminnnnn…..

-EnD-


\


Ini status I


Kata Kak Tini, dia tak boleh nak hadam dalam otak pasal share toilet dengan golongan ni. Sebab bagi dia, lelaki tetap lelaki. Next!


Sarah kata, dari segi security tak ada. Kata la kalau ada lelaki yang menyamar jadik transgender and lepas tu masuk dalam ladies, tak ke bahaya? Buatnya dorang pervert ke kan? Make sense Bb. I up gaji U. 


Kata Diana Green Apple,  dia tak kisah pon share toilet dengan transgender. Bukan masuk toilet sama-sama janji jangan pengotor. Lepas tu dia musibatkan perempuan yang letak pad atas rentokil. So padan muka perempuan pengotor dah dapat musibat. Yang ni I terpaksa setuju. Eeeuwww geleman. 

Kata aD pulak, Sebab kiter boleh tengok tetek dia, tapi dia tak boleh tengok tetek kiter. Hahaha. Bongok aD. Kesitu pulak. Tapi memang betul. Aurat kan? Sebab kat toilet la biasa nak betulkan baju la, butang la. Kang nampak tetek dah dosa.


Pastu Apai sebok nak komen, kata dia kaum lelaki takkan benarkan Transgender share toilet dengan dorang sebab nanti dorang kena rogol acane? Apai ko dah kenapa? Ko kan lelaki sejati, takkan la transgender pon kalah kot???? Mungkin Apai goyang sebab transgender ramai yang makan sos cili. Menurut kajian peribadi Maksu, sapa makan sos cili laki kuat dari yang makan sos tomato. Haha. 

Lagipon Apai, Taste trangender kekadang melebih kiter wanita sejati. Nak lelaki yang perfect. Dorang only consider yang smart, intelligent man for more intellectual talk, (kau dah out Apai so tak payah risau kena rogol). Lelaki yang suka membaca dan berfikir, ATHEIST man, rugby player sebab 'rugger' born to be tactical person. Look bukan priority but yang penting BETIS KERAS. So Apai cuma ada BETIS KERAS aje. Ko bukan taste Transgender. Haha.


Rlong Chuya plak cakap No. Dia kata kena back to Islam. Yang ni ramai yang komen serupa.


Last but not least, Kak Shina share pasal maksud khunsa and transgender.

-End-

5 comments:

Rawlins GLAM said...

Nicely written Suraya
Praying for the best for everyone
Singgah entry saya gak ye. TQ

mamabeauty said...

memang isu sensitif kan..
so far berkawan dengan dirong ok jer kot depa pun manusia mcm kita gaks.. cumanya depa ada lebih ja..

Bab toilet ni if tak pasan tu dia TG tu biaq pi la nak guna pun.. haha.. jgn lebih2 sudahlah sampai pebetui bra bagai kans..

Kita tak boleh jatuhkan hukuman yg teruk sebab dia dilahirkan TG..

Hayati Ghazali said...

Aku ok je klu share dgn transgender, tp tak boleh blah dgn komen yg kata dia tetap lelaki, tetap haram klu tgok tetek pompuan..ye betul..dari segi agama tp dari segi logik, diorang takde napsu, dan satu lagi, apsal lak ko nak tunjuk tetek..dari segi logik, klu ko nak betulkan bra ke tukar bra ke or whatever, ko betulkan dalam toilet kan, takkan depan cermin pulak...dan satu lagi kdg2 transgender ni lagi sopan dari sebahagian wanita...

- hayati -

..nOWa.. said...

Agreed. Kena differentiate dan faham antara khunsa dan transgender. Sekarang ni dah jadi macam trend pulak. Fizikal lelaki, pakaian lelaki tapi cara bercakap, cara berjalan dah patah mengalahkan perempuan. Inikan pulak, yang lahir bertelur sempurna siap ereksi setiap kali bangun pagi (sorry lebih2 hahaa! Just nak bagitau yang they are phisycally are normal) tapi pilih untuk nampak macam perempuan bertetek cup C segala. Tak boleh nak salahkan naluri sebab naluri datang dari hati. Hati kita ni kuat tak kuat bergantung pada agama. Jangan pandang remeh hal macam ni dan jadikan isu ni kita boleh tolerate sebab kita sokong kebebasan menjalani hidup. Sebab tu ikut Islam, anak yang lahir khunsa pun kita kena tentukan kecenderungannya dari kecik bukal bila bulu pubis dah tumbuh (sorry emosi lagi. Gewam nih!) Semua orang boleh berubah, asalkan berbalik kepada agama.

Chooyaya! said...

Rawlins : Aminn. Tq rawlins

Mamabeauty : Betul... Walaupon dalam tandas wanita, pelakuan kena jaga. mana boleh sesuka hati nak betulkan bra singkap baju nampak tewteks. orang yang tengok pon segan. lainlah kalau dah tahap comolots. dengan stranger, sikap kena jaga. Kan?

Hayati Ghazali : Tapi kan??? Hahaha. Aku pon ada perasaan takot dengan transgender ni hatta dorang tadek perasaan kt pempuan. Allah kata kunfayakun. tetiba dia jadik normal time kiter sexy2 pilow talk or slumber party. lepas tu kena rogol. sesia jer. **tinggi imaginasi i. haha

..nOWa.. : Beeetul. Pendek kata semuanya dari hari and balik pada hukum Allah kan? Dosa tetap dosa. Betul tu. Cuma kalau menegur mereka kena guna saikologi. Jangan sampai mengaibkan. Sebab kekadang manusia ni dia ada ego. Yang dilarang tu lah yg dia suka no buat.