Bebaru ni kannnn???? I ada la amek gambar tudung
untuk FarliyaHijab. Hari Ahad pagi minggu lepas. Masa tu sehari selepas balik
dari Melaka. Lokasi dekat Taman Tasik Permaisuri Cheras. Nak kata jadik model
rasa macam poyoooooo dan geli-geleman bulu ketiak (tak shave ker?) sebab dah
tetua bangka malahan gomok pulak lagi nak model-model. Tumbuk nak? Hahaha. So
kiter kata amek gambar tudung FarliyaHijab dah la eh? Heeeeee :D
MUA haritu ialah Nadyrah Khairi dari nktouch.
Khairi tu nama suami dia. Konon anje-anje la tu nak cantum nama dengan suami?
Haha. Dia datang all the way dari Rawang. Orang kata pukul 8.30am start mekap,
pukul 8.00am dia dah meses bagitau dah sampai. Geram jer. I pulak baru siap
mandi. Sepantas kilat bersiap. Zup zap zup zap tetiba dah ada kat jalan. Haha.
Dari Ampang ke Taman Tasik Permaisuri 10 menet jer pon. Langsung tadek jem. Dah
sapa plak nak keluar pukul 8.00 pagi time cuti ni. Ye dak?
Nadyrah ni sebelum mekap asyik cakap, ‘Saya guna mekap biasa-biasa ajer Kaksu.
Takde la semua mahal’. I cakap ‘Ok
Nadyrah. Takper. Kaksu tak kisah pon’. Lepas tu bila nak mekap asyik la
cakap nebes nebes nak mekap Kaksu. Siap renjis-renjis tangan. Dah kenapa semua
MUA ni kalu nak mekap I jadik cold feet? Kalo Nadyrah ni takper la jugak sebab
baru je menceburkan diri dalam arena mekap. Haritu Ayang Kamell senior MUA pon
sama. Cakap ketar nak mekap I. Tak cukup dengan wasap, dia post kat FB
timeline. Time dia mekap artis bebetul
pon tak senebes mekap I. Korang dah kenapaaaaaa???? Hahaha. Bukan I makan orang
pon! Pffft.
Nadyrah kata sponge dia ni semua dah basuh la, brush
semua bersih siap kering la apa la. Eeeeee. Mekap ajer laaaaaa. Hahahha. Pastu
Nadyrah kerja berhalus. And bila dia shading, tak siap lagi nanti dia dah
cakap, ‘Kaksu, tak siap lagi tau? Nanti
saya bagi kemas’. I was like grrrrrrrr. I trust you Nadyrah. No problem.
Nadyrah ni bagus, sebab walaupon semua weapon dekat
tangan dia, tapi dia still tanya kiter, kiter nak mekap yang macam mana. Dia
terima kiter punya pendapat. Tapi as a MUA I rasa, dorang sendiri tau apa yang
terbaik untuk muka kiter kan? Tak lama pon mekap, lepas lebih kurang 30-40
menet I dah siap pon. By the time I siap, Aliah Ongkaya owner Getcovered (now
bukak FarliyaHijab pulak dengan partner dia) sampai. I pesan suruh bawak
cermin, dia bagi cermin dekat dia punya compact powder. Geram jer.
Rasanya tak lama kot I amek gambar. Memang I nak
cecepat habes sebab kata Nadyrah nanti Khairi nak datang jugak bawak anak-anak
dia and pulak Cikgu Khairi ni kawan sekolah Sazli. I segannnnnnnnn. Naseb by
the time siap amek gambar baru Cikgu Khairi sampai. Hahahaha.
Before and after make-up. Gambar ni tadek filter or edit or guna camera 360 ke apa eh? Ni amek dari camera phone jer. Tu muka sebelum mekap agak-agak boleh ke hantar dekat Ellfie untuk testimonial? Hahahaha.
Ni la Nadyrah. Baik sangat orangnya.
Aliah pon dah naik malas nak melayan I punya perangai. Dia terpaksa la redha. Sebab model 30-an memang perangai macam ni kata dia. Haha. Oh btw, nanti I buat entry lain pasal FarliyaHijab tapi kalau korang nak cek dulu instant shawl yang macam I pakai ni, boleh klik sini (IG FarliyaHijab)
So korang, kalau ada any event macam dinner ke, photo-shoot
ker, bertunang, nikah sanding segala mala yang memerlukan khidmat mekap korang
boleh cari Nadyrah. Korang boleh contact dia dekat 013-3594240. Dia base in
Selangor/KL tapi dia also boleh travel ke Penang dan Kedah. Nadyrah ni baru jer
berjinak-jinak dalam this field but I believe dia punya hasil mekap memang
banyak improve sekarang ni. Tengok jer la yang dia mekap I dekat gambar tadi.
Cantik jer kan? Natural make-up. Suka sangat I.
Ni price detail promo dia. Affordable sangat.
- Dinner/Event : RM150
- Photo-shoot : RM200
- Engagement : RM250
- Solemnization : RM280
- Wedding/Reception : RM300
- Bridesmaid : RM100
Murah kot??? So grab your chance now. Bila lagi nak
rasa kena mekap lawa-lawa kan? Sesekali pergi dinner company or kenduri kawen
anak boss amek mekap macam ni apa salahnya? Lagipon Nadyrah ni omel
sangat-sangat. Baik orangnya and very punctual. Tadek la kiter rushing or
terkejar-kejar nak mekap. Kalau korang ada Company Dinner and nak mekap untuk
menari pon Nadyrah boleh mekap.
Check IG nktouch untuk tengok hasil mekap dia yang
lain. OK? Untuk Nadyrah thank you sebab ‘mencantikkan’ Kaksu haritu. Love you!
-eNd-
2 comments:
Eh mmg cantik la mekap dia...I suka...suka natural look....
tq kak suuuu......
tq jugak amanda suria...hihihi
Post a Comment