Assalamualaikum..
Kesinambungan dari entry ni yang I bagitau pasal
our weekend hen gateway ke Langkawi, this time I nak share tempat kitorang
duduk untuk 3 hari 2 malam tu. Best gilers! I rasa The Andaman, a Luxury
Collection Resort, Langkawi ni ialah sama best macam Karambunai yang I pergi
masa Honeymoon dengan Sazli dulu. Zeriousssssly best korang! I sangat rekemen
untuk sesapa yang nak pergi honeymoon or nak celebrate anniversary supaya
datang sini.
The Andaman ni kalau korang nak datang tak berapa
sesuai kalo untuk singgah tido malam jer, siang hari busy dengan activity
membeli belah dekat Idaman Suri and so on. Maksudnya membazir la kalau setakat
rombongan Cik Kiah Makcik-Makcik yang nak carik periuk belanga, kain batik and
minyak gamat lepas tu check in sebab sini sangatlahhhhh romatik. Bayar
mahal-mahal and nak buat untuk singgah tido jer tak ok jugak kan? Kalau nak
tempat untuk tido better pergi ambik mana-mana hotel yang tak jauh dari town or
Pantai Cenang or Airport sebab jarak dari The Andaman ke Airport lebih kurang
dalam 30 minutes and nak ke Pantai Cenang lebih kurang dalam 45 minutes.
So maknanya kalau korang nak lepak sini, takyah
pergi tempat lain dah. Spend time dekat sini je. Buatlah apapa activity yang
The Andaman offer. Klik sini untuk Recreation & Entertaintment at The Andaman. Korang boleh lepak by the beach, swimming sampai lebam,
hiking, explore pantai, kayaking on so on. Pasal makan takyah risau sebab dekat
The Andaman ni ada 7 restaurant. Japanese pon ada. Memang carik pasal betol.
Kalau malas nak keluar makan and nak berendam dalam bathtub or nak lepak dekat
balcony sambil tengok pantai pon boleh.
Dorang punya room service bukak 24-hours. Makna kata kalau pukul 2.30am tetiba
kelaparan, call jer. Nanti dalam masa 30 minutes dorang hantar sampai dalam
bilik. So masalah kebuluran takkan berlaku di The Andaman. Haha.
Ni The Andaman punya private beach. Maknanya sesiapa yang check-in dekat sini je yang akan guna beach ni.
Tetengah berjemur nanti ada pekerja dorang datang hantar cold face towel bau serai. So refreshing. And a glass of cold water.
Taknak sun-bathing pon takper. Boleh lepak by the pool.
View dari pool waktu siang
Nite view. taken from Google.
More pool
Seluas-luas alam pool dia. Takyah rebut. (Sapa pulak nak rebut pool?) Haha.
Ni kitorang lepak tepi beach dekat dorang punya cafe. Brunch. Makanan pon sedap. Sediakan je duit.
Sebesar-besar alam dia punya entrance.
Bilik ada banyak jenis. Klik sini untuk check jenis bilik. Standard, Deluxe, Luxury
Rooms, Luxury Seaview Rooms, Jacuzzi Studio Suites and Suites. Bilik kitorang
haritu jenis Luxury Seaview Rooms. Harga? Ok. Harga ni kalau nak murah, korang
better book online macam booking.com, agoda.com and so on. Dorang offer better
price kecuali kaya raya boleh la sesuka-suki book sendiri dekat hotel. Kitorang
punya bilik is RM1,000.00 over. Tapi puassssssss hati sebab ada bathtub, bilik
air mewah, view menarik and sangat-sangat la comfy. Masuk je bilik terus
turn-on kekdahnya. Memang sesuai untuk mengawan. Hahahahahahhaha.
Double bed
Cantik sangat bilik punya decoration
Ni day bed. Tu kalau bukak tirai memang terus nampak laut.
Dalam laci tu ada penunjuk arah kiblat.
Bathroom best. Besar. Siap ada bathtub.
Lagi? Ok. Selain dari bilik yang best, The Andaman
jugak ada offer beberapa package yang korang boleh pilih dekat sini.
Diantaranya ialah A Par Five (Sini ada tempat main golf. Bapak mesti suka ni.
Boleh ajak dia datang sini), ada Azure Adventures (Cruise) yang boleh masuk up
to 12 person, V Soul Connection (Massage, Anti-Aging Facial) etc for 2 person, Family
Escapade (Water Sport’s Activities), Romantic Escapade (Romantic dinner,
private car, morning/evening nature walk and spa) and ada a few other package.
Semua package ni termasuk very hi wireless internet access, welcome drinks,
breakfast and airport pick-up *term and condition apply. Detail
just check dekat dia punya website ok?
Ni kalau dari pantai, boleh jalan dekat dalam hutan ni terus menuju ke bilik.
Best!
View from room balcony. Bestnyaaaaaaaaaaaaa
So apa lagi? Cepat-cepat masukkan The Andaman, a Luxury
Collection Resort, Langkawi ni dalam korang punya list. Confirm tak menyesal. I
promise, one day nanti I akan sampai sini balik dengan Sazli and Shein. Klik sini untuk check The Andaman website. Ada information yang lebih detail dekat situ.
The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi
Jalan Teluk
Datai · Langkawi, 07000 · Malaysia
Phone: (60)(4) 959 1088
-eNd-
1 comment:
oh no sue....aku sgt suka andaman ni...aku gi langkawi asik je datang andaman ni..padahal jauhhh...hahah dapat gi lobi jadi la..fefelling...berangan nak bulan madu sini...hahaha....tq sue..at least aku tak gi aku dpt tgk rupa sebenar....muahh la
Post a Comment