Assalamualaikum..
Hari kelmarin Sazli tanya I pasal Ultraman Live In Genting punya
show I tau ke tak? I cakap I tau. Sebab Ira dengan Sarah asyik la cakap pasal
show Ultraman ni. Si Ira sebab nak ajak Mel adik dia. Sarah plak nak bawak dia
punya twins. Tapi yang peliknya, perginya tak jugak sampai sekarang. Hahaha. I
pon tadek la cakap dekat Sazli sebab seingat I kalau I suggest dia nak pergi
Genting semenjak dari zaman dahulu kale dia tak pernah yang nak so I assume
kalau I bagitau pasal Ultraman ni, dia taknak la jugak.
Uishhh... Ramainya adik beradik Ultraman! I suka yang 4 dari kanan sebab dia kurus and nampak Poyo. Yang siap ada kain macam Superman tu mesti dia dulu sebenarnya nak jadik Superman tapi tak cukup jambu muka. So kena pakai topeng and jadiklah Ultraman. Jadiklaaaaaaaaaaaaa. Superhero jugak. HAHAHAHAHAH
Ultraman Live In Genting 2015 from 19/2/2015 - 29/3/2015 at Genting International Showroom.
Hiyaaaarrrkkkh!!
Kata dia nak bawak Shein. I check dalam internet
show ada sampai 29 Mac ni. Syukur al-hamdulillah. Sempat la pergi. Sazli suruh
I setelkan semua dari ticket sampai la ke hotel. Macam biasa la, I kan
secretary dia. Kata I, ‘Leave it to me you. No problem’. Lepas tu sambung cakap
dalam hati, ‘Duit macam mana?’ Hahahahaha. So InsyaAllah kalau ada rezeki, umur
panjang and tadek halangan kitorang akan pergi tengok show Ultraman Live In
Genting jumaat ni pukul 4.00pm. Show time ada 2 setiap hari. Pukul 4.00pm and
8.00pm.
I tak boleh imagine macam mana Shein nanti. Suka ke
tak dia entah. Apapa pon dia punya penerimaan I redha dan berlapang dada.
Taknak dah I sama naik meroyan sebab Shein punya mood ni bukan boleh kira. Time
ok dia ok, time dia moody sekian berguling la dia kat lantai macam cerita
Hindustan. Yang tu I dah accept. Manja lebih sangat-sangat Shein ni. Pang nak?
Semalam masa I nap petang lepas balik dari Nadia punya nikah, I sakit perut.
Pastu tengah work out dalam toilet, Shein bangun guling depan toilet. I buat
bodoh je. Malas nak layan. Lama pulak tu nanges. Orang ajak masuk sekali
taknak. Eksyen. Hahaha.
Shein punya favorite Ultraman is Ultaman Mevius.
Tak sabar nak tengok dia punya reaction nanti macam mana. I hope Shein suka.
Each time kalau dia excited berdiri tunjuk apapa I rasa macam happy sangat.
Nanti kiter tengok macam mana Jumaat nanti ok?
Kata Ira, dia dah belikan ticket Mel nak tengok
Ultraman tu. Pastu masa petang nak pergi dalam pukul 1.00pm tu Abah dia nak
pergi Kubur dekat Bilut sebab ada kematian. Si Mel guling-guling nak ikut pergi
kubur. So tiket tu membazir macam tu je la. Abah dia suruh Ira dengan husband
dia pergi kata Ira, kurang kerja la dia nak pergi tengok Ultraman. Dia suruh
Mel bayar balik duit dia. Hahaha, Balik dari kubur pukul 5.30pm tu Ira tanya
Mel, ‘Seronok pergi kubur?’ Mel jawab, ‘Best Angah! Tengok kubur Tok Wan, kubur
Tok Ki…’ Haha.
Sapa yang dah tengok show Ultraman meh la share dengan
I kalau ada any info nak share. Kitorang maybe tido terus dekat Genting kot?
Esoknya pulak baru balik ke KL. Sekian Terima Kasih.
-eNd-
6 comments:
kitorg pegi last minit jumaat lepas. husbd kata gamble jekk.. konfem ade tiket punye. sekali hampehhhh...fullhouse jumaat sabtu. tak kuasa nak tggu. haha sian anak2 yg excited nk jumpa otomen. jap gi baru nak try bli tix online. harap2 dapat lerrr... huhuhu... eh ira tu org bilut ke? saje nk kepochi. my husbd org bilut.
alaaa sue.. kita pun gi jumaat ni tapi amik tiket kol 8 nye... usaha nak VIP tike dok depan supaya leh nampak jerawat otomen... stay sana ke? leh la ngintai rambut kinting..
aku nk gi tp schedule padat....28-29 tu dah ada benda lain...so sian fayel tak dpt tgk idola
Aritu adalah pegi Ultraman kat Alam central shah alm.. punyalah rmi, sbb xde tempat nak berdiri. dpt tgk bontot & kepala org depan aje.. pastu 'hos' sgt membosan kan, sbb ultraman x muncul2. hos yg membosankan, panas & sesak tahan nak pitam. balik aje dgn 'tangisan' si kecik.. last2 dpt ambik pic kat banner ada pic ultraman aje.. jadilah
Best nyaaa. Nk amek leave for otomen. Haha. Ske gila otomennn!!
babe..i pegi dgn anak i yg 2 tahun...dia tu fanatik gile kat rumah smpai i kena jadi raksasa..naik sana 3 weeks ago..end up jumpa ultraman nangis2 takut..tgk ngintai..bapaknya siap beli tix vip lagi tu..then bapaknya terpaksa la bawa keluar dia..tinggal omaknya dgn baby 1 year tgk ultraman dgn raksasa tu...sound dia kuat..then mc tu ckp mcm menjerit..try la tgk camna..rasanya kalau dorang dah 3 tahun ke atas ok kut..
Post a Comment