Sunday, July 12, 2015

Thank you for your support - #tartnenasterpalingsedap

Assalamualaikum..

Esok InsyaAllah I akan deliver #tartnenasterpaling sedap pada bebudak office pulak. Memang tak sabar-sabar dah nak deliver sebab selagi tak bagi, memasing asyik bertanya je. Lepas tu kang ada ja yang nak tambah order. Stressed I. Jalan pon menunduk je tak angkat kepala. Bukan sebab pemalu tapi sebab nanti ada la yang cakap nak tambah. Eeeee. Dari awal taknak order lapan terus. Ni dah last minute nak tambah. I pon dah segan-segan nak whatsApp Miezi dengan H siap cakap 'Tolong jangan marah and takyah reply'. HAHAHAHA. Pastu H pon boleh tahan selenga, memang tak reply sungguh. Sabar je la.

To-date order dorang dapat almost 500 balang dah. Giler bapak boleh buat kilang dah ni. Haritu Intan tanya Miezi bila boleh masuk minang Intan. Kata Miezi kalau dia bukak kilang baru boleh masuk minang Intan. So bila Intan dengar order dah almost 500 balang dia pon happy la sebab kalau dorang bukak kilang, Miezi masuk la minang dia. Hahaha. Haritu masa kakak kat office ni tanya sapa buat tart nenas ni? Kata Intan dengan kompiden. 'BF Intan. Kak Ros doa la dia bukak kilang sebab kalau dia bukak kilang, dia nak masuk pinang Intan'. Lepas tu Kak Ros jawab 'InsyaAllah'. I dah gelak-gelak. Bongok la Intan nih!


Tengok la tart nenas dari dorang. Kemas je buatannya. Kan? Tengok pon dah tau sedap. Rugi la pada yang tak rasa. Heeeeee

Kepada yang Miezi and H tak sempat nak ambik last minute order (most of them is repeat order) jangan risau sebab InsyaAllah lepas raya ni dorang continue produce untuk korang buat open house or kunyah-kunyah demi mengisi masa lapang. Lagipon belaka-belaka yang makan dah addicted dah. I pon sama. Lepas tu bebaru ni Miezi bagi I rasa dia punya Choc Cookies ponnnn sedap! Si Shein bekepit je dengan cookies tu. Dah la I puasa, Shein pulak nganjenggg je makan siap jilat jari. Memang mengundang sungguh!

Anyway, kepada semua yang dah order dengan dorang, Miezi and H cakap thank you very much for support their #tartnenasterpalingsedap. Also yang take risk suruh post tu, mintak maaf kalau sampai pada korang dah jadik serbuk roti. Lol. Tapi tetap ada jugak yang nak mintak pos. Gitu skali penangan tart nenas ni. I pon sendiri order buat makan dah 7 balang kot? Ni tinggal 1 je ni. Memang tak sempat buat raya ni. Nak mintak lagi 1 balang takot kena marah. Hahaha.

-eNd-


6 comments:

farae al-farafisya said...

Rajin kak su update blog hari ahad...
sy pun dah selamat dah ambik tart semalam..
Tak dan nak makan je lagi sbb kalau bukak balang tu, confirm tak cukup satu...hehehe

Chooyaya! said...

Farae al-farafisya : saja update kang korang rindu. Heheh. Nape beli 1? Lain kali beli 8

NaZa Luv said...

su..kabor kat intan, i sokong 150% kalau mizi menjadi future husband dia.hahaha.soft spoken je si mizi tu.. muka dah la cuwit tahap potong kaki sampai peha dia pnya manehhh.. hihi.sambil i sambut tart i beratib dlm hati.."ak bini orang 200x". hahaha..kalau tak takut tersawan2 depan dia. dah la drive mazda.. maigad2..hahahah. to intan..kipidap and dungibab bebeh..huhu

Anna Dayana said...

Hahaha.. Sis Naza.. doakan semoga mereka dapat buka kilang cepat eh.. Intan da tak sabar ni.. Moga kali ni berjaya.. Banyak yg Intan da terlepas pandang ni..

Hahahahaha

Salina Johari said...

sedapnyer sis....salam akhir ramadhan dan salam perkenalan...

NurFatihah Che Daud said...

Tengok pn sedap...rasa lg la kot...tak byk yg jual kt luar tu sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...