Thursday, February 25, 2016

How Do I Get Pregnant

Assalamualaikum…

Semalam kan dah janji dengan nkorang nak share I punya pregnancy journey? I hope, entry ni akan bagi korang serba sedikit pengetahuan especially pada TTC (Try To Conceive). Nak share pendapat pon boleh jugak dekat ruangan komen, mana tau kita boleh bantu TTC mom indirectly kan? I cuba la explain apa yang I tau tapi takde la detail sangat, setakat apa yang I paham je la sebab I kerja Secretary bukan Doktor. Takkan la korang nak tanya I beria macam I ni Obstetric and Gynecologist ??? Tu pon tak kena explen ke??? (Tetiba garang. Hahahaha bongok).

Macam I, if ada yang tanya I, I akan jawab. Tapi kalau tak tanya, I diam je la sebab kekadang nak cakap pasal pregnancy ni pon susah. Sebab sensitive issue kan? Lagi-lagi TTC dorang cepat terasa and sensitive. Takot ada yang tak selesa but since dah ada yang tanya, I pon jawab la. Mintak maaf awal-awal kalau pendapat I ni tak sama macam korang sebab journey untuk get pregnant ni subjective. Ada macam-macam cara dari traditional sampai la kaedah moden. InsyaAllah, tapi yang paling penting kena always positive, usaha besungguh-sungguh lepas tu tawakkal. Usaha, tawakkal and doa. Ok?

I paling malas nak buang masa bagi nasihat, bagi nama doktor, jumpa I etc buang air liur explain my journey lepas tu yang tukang dengar nasihat buat kerja half way. Nak call buat appointment pon malas, semua nak harap orang bantu and follow up. Nampak konon macam bersungguh lepas tu dalam pada cakap tingin nak baby semua boleh complain cakap ‘I penat la kerja, tak boleh imagine kalau ada anak nanti macam mana. Dengan nak handle baby, kerja dekat office, rumah lagi. Haih’. So, kalau jenis yang macam ni please stay away dari mintak nasihat pasal pregnancy pada I sebab you kinda waste my time you know? Malas aku nak layan. Ada anak macam tu la, takkan la tak boleh fikir. Nampak budak buas sikit cebik-cebik muka. Pang nak?

Macam I, I kawen July 2009 and pregnant April 2012 kira sendiri la berapa lama I besuka-ria tadek anak. Almost 3 tahun. Masa first and second year, I do natural way. Takde urut, takde makan ubat, takde jumpa doktor semua. Bajet jenis subur lulz. In between ada la I pergi mengurut and Mak Bidan cakap, I susah nak mengandung sebab I punya peranakan kebawah so dia naikkan. Kata dia sebab I ada terjatuh kuat dulu whatever. Lepas tu dia suruh minum air akar daun pandan. After sometime I rasa macam nak cuba kaedah modern pulak selain dari makan ubatan dan rawatan traditional. Tak salah mencuba kan? Lepas tu dalam January 2012 I dah start buat appointment dengan Dr. Adilah Amat, Obstetric and Gynecologist dekat Hospital Pantai Bangsar. Sazli yang dapat advice dari kawan dia pasal Dr. Adilah ni. So I called Klinik Dr. Adilah and buat appointment.

Sebagusnya kalau korang nak datang jumpa Doktor  untuk buat fertility assessment ni, datang masa hari pertama atau kedua period. So masa tu boleh buat TVS (Trans Vaginal Scan). Actually kalau nak datang time tak period pon takpe. I pon tak ingat kenapa Doktor cakap kena datang time first or second day period. Yang tu korang nanti tanya sendiri la nurse dekat klinik. Haha. Please datang sekali dengan suami sebab masa ni kita boleh check 2 2 side, mana satu yang bermasalah. Please ready untuk sebarang menda yang korang akan tau. Just remember, apapa kena terima dengan hati yang terbuka dan percayalah kaedah rawatan modern, might help you. OK? Jangan risau. Sediakan aja duit. Yang penting usaha, lebih tu kita serahkan pada Allah swt.


Trans Vaginal Scan. Seram.


Macam I, firstly doctor tanya I punya period cycle. I dulu memang huru-hara period you alls. Ada period sampai sebulan tak berhenti. Bleeding banyak hari-hari sampai naik pucat muka. Makan pil hormones baru stop and start new cycle. Lepas tu 3 bulan 2 kali period. If period senggugut macam rasa nak terajang orang. Sakit guling-guling level nak bunuh je semua orang yang ada depan mata. Hahahaha. Tapi wei seriously I punya period pain urrrgghhhhh sakit gila babi nak mampos. Rasa macam nak roboh perut. Lepas tu doctor tanya la kita punya lifestyle macam mana, ada tak penyakit lain etc kira macam health screening la.

Untuk para suami pulak, doktor akan advice untuk buat ujian kesuburan sekali but of coz different way. Kata dia, if merokok usually sperm count akan low so kalau korang taknak stressed tengok sperm count, makesure a day before sila rehat secukupnya and jangan la beria isap rokok. Test kena buat dekat tempat lain complete with equipment termasuk towel, sabun, lotion etc lulz. 18 SX sangat. Yang equipment ni, I pandai-pandai reka cerita. Mana la I tau macam mana keadaan dalam tempat tu tapi specimen sperm tu nanti dia akan buat test and result dapat dalam 2 3 days tak silap I. Nanti doctor akan explen la mcm sperm count excellent ke tak, dia punya lari laju mana, dia punya jangka hayat lama mana. Masa ni la paling saspen bagi guys sebab korang akan tau korang ni subur or tak. Mana yang tadek masalah and excellent macam Sazli, keluar klinik jalan nak berkepak je. Hahahaha.

Untuk I pulak, masa buat TVS doctor bagitau I punya telur tak banyak sangat. Yang paling besar is size yang paling kecik for normal person. Takde satu pon telur I yang strong and healthy. Belah kanan takde telur langsung, belah kiri je yang ada. Cyst ada bersepah melambak tapi cyst I tak memerlukan pembedahan, cukup rawatan makan ubat. Ni la penyebab kenapa I period sakit giler. I tak down pon bila tau I ada masalah macam ni, sebab I know selagi I period and ada telur, selagi tu I boleh pregnant cuma I need help. InsyaAllah rawatan modern boleh membantu anda. OK?


Doktor bagi I Clomid. Ubat kesuburan. Doktor bagi I jadual as well bila nak makan, bila nak stop. If korang makan Clomid ni, let say harini makan pukul 7.00pm, esok kena makan pukul 7pm jugak sampai complete satu cycle. Kata Doktor Adilah, untuk normal person usually waktu subur ialah hari ke-14 dari first day period. So, let say korang nak pregnant, buat la homework masa hari ke 14-16. Masa tu chances to get pregnant agak tinggi. Lepas complete makan Clomid, I buat another appointment and do another TVS and al-hamdulillah I ada 1 biji telur yang healthy and 1 biji telur yang besar. Yang lain cinonet je. So, doktor bagi date buat homework and datang balik appointment untuk check progress.

Lepas 2 3 hari (I tak ingat) I datang balik for 3rd appointment and do another TVS and Alhamdulillah I punya telur dah berkembang and InsyaAllah boleh pregnant. So doctor bagi I injection kecik je dekat tangan untuk kuatkan rahim I and dia cakap lagi 2/3minggu (tak berapa ingat jugak) if tak period, boleh buat pregnancy test. I remember masa tu I dekat Europe and the date yang I suppose buat pregnancy test, I was in Barcelona. I tak buat sebab I takot. I takot to get pregnant (Biasalah emos). So I buat dek je sampai la masa dekat Malaysia, I demam teruk (padahal morning sickness) sampai la admitted dekat Gleneagles. I tak larat giler nak bawak badan and rasa macam nak mati. Memula doctor tahan sebab I kena URTI tapi sebenarnya I pregnant. Lepas 9 bulan lahirlaaaaah Sheindong selepas drama mabok teruk selama 9 bulan.


Apple of my eyes. Mohamad Shein Iskandar.

So, itulah journey I how do I get pregnant and I dapat Sheindong. Lepas I pregnant, I suggest a few of kawan-kawan I untuk jumpa Doktor untuk buat Fertility Assessment if tak berjaya dengan kaedah rawatan traditional and all. Most of them pregnant dengan izin Allah. Frankly speaking, if korang dah try many things but tak berjaya, jumpa la Doktor. OK? Husband and Wife kena support each other. Ada jugak kawan I yang dah buat checkup but takde problem langsung tapi  the husband pulak refuse to do ujian kesuburan. Mungkin takot dengan result and mungkin ego. Ada jugak yang both side takde problem tapi tak dapat jugak anak. Always consult dengan Doctor korang macam mana ok? Jangan henti usaha, jangan putus asa. Itu je nasihat I.

Cost? Lebih kurang RM4 -5k jugak dari mula jumpa sampai la pregnant. Lebih kurang eh? Sebab I pon tak ingat. I buat dekat Klinik Dr Adilah Amat, Pantai Hospital Bangsar. Dekat tempat lain I tak sure berapa. Korang boleh call and tanya sendiri berapa kos. Dekat hospital kerajaan I tak sure ada fertility assessment or not. Tau je pregnant, I terus start makan folic acid and obimin. Sampai tak tertelan. Hahahahaha. Nanti nak dapat second baby pon I still kena go for this procedure again. 

I remember I ada share pasal journey I dekat this one senior office I. Excited la sebab boleh pregnant so nak share la kononnya. Sekali dia jawab, 'I prefer natural way sebab I heard people said, if you atur and get help to get pregnant macam ni, nanti anak you perangai macam setan. Dia akan jadik orang jahat'. Lepas tu dah. Memang I serik dah kena bahasa dengan orang macam ni. Taknak sudah la. Takyah la bagi komen negative. Ye dak? Nak guna natural way sudahnya sampai sekarang dah 13 tahun tak jugak pregnant. Macam I cakap, semua ni subjective. Suka buat, tak suka sudah. Buat, cakap dan doa yang baik-baik je. InsyaAllah Allah bantu.

Sekian, semoga bermanfaat

Dr. Adilah Ahmat  
Address: Pantai Hospital Kuala Lumpur, B403,
No. 8, Jalan Bukit Pantai, Taman Bukit Pantai, 
Wilayah Persekutuan, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia




16 comments:

Ease Elias said...

salam kak, boleh x share kos semua ni berapa. sy nak rekemen kat kawan. 10 tahun try to conceive kak...sy ni jenis beranak tiap2 tahun..jadi sy nak cuba bantu kawan2 yg ada prob mcm ni..

AyuArjuna BiGoshh said...

very the details...

but i like ..

thanks for sharing this kak su

Ease Elias said...

eh sorry kak..akak dah mention pasal kos..x perlu publish soalan saya kak..my mistake..x perasan..maaf

Unknown said...

umangaaiii sesedap perasaan dia cakap nanti anak perangai and jadik orang jahat.. dah tentu laa anak tu lahir putih bersih, terpulang pada makpak dia laa camne nak corakkan anak dia stay putih ke hitam ke pelangi ke apa ke.. hoiihhhh

mama tisya said...

good sharing...tp ayat yg perenggan last tu org komen negative mmg tk patut..kita usaha kn

Mimy Hamid said...

sue aku cuba kaedah clomid dah 3 cycle...aku buat kat klinik panel ofis dia doc o&g..semua prosedur aku dah buat ..cuma satu la bab homework tu sakit hati sikit...selalu tak kena timing...haha doc bising gak la ngan aku...kadang lupa..kadang time tu la gaduh ..tak jadi la homework..buat fertility ni homework kena ikut waktu subur tu...hehe..apa pun rezeki kan sue

The Putra Diverse said...

good sharing. sya yg x kahwin ni lg xtau sihat ke idok. tp bila baca rasa x la risau sbb bkn kita je yg susah. tq kak su

Anas Irdina said...

Waahhh.. tetiba rasa emos. Kita buat treatment ni sebagai satu usaha nak dapat baby. Bukan kita yg atur nak anak ke taknak. Gewaaammmnyaa.. rasa macam nak kasi cili boh.. btw, after 9yr i dpt twin w ivf treatment
... ����

norasiahnasir said...

THANKS SHARE..I KAWEN DARI 2007, tapi sekarang ni tak dpt anak lg..nak buat mcm u..tak mampu..rasanya ada hikmah disebaliknya kot..

btw, hope u cepat2 dapat 2nd baby soon...

Suria Amanda said...

nice sharing...

Haizan Qaseh said...

Kaksu.... Saya Bangga JADI PATIENT DR ADILAH AHMAT...
Haizan pon pg jumpa dr.... lansung dapat jawapan kat mana yang tak kena...
after 6 Months operation lansung lekat..alhamdulillah

http://haizanakhir.blogspot.my/2015/01/dr-adilah-ahmat.html

Jueliza Jamani said...

Sakit pulak hati kita kawan u kata buat kaedah ni nanti anak mcm setan.. lempang nak.. hello itu usaha la.. mcm kawan i suruh mkn jamu nak bg lancar period pun seminggu makan dah surrender.. u tahu dia lagi teruk period setahun sekali.. kawin dah 15 thn takder anak.. org nasihat tp tak nak buat lantak la org mcm ni.. by the way i suka citer u nak dpt kan shein ni.. good luck utk 2nd baby.. kita pun dah delay period ni. Hahahah hope gegurl lah

Janna said...

Kak sue,kite punya cerita lebih kurang sama,kawen 2009,pregnant 2012,ank sulong lahir 11/12/12 (see dkt2 kn) n get pregnant pon kaedah sama,same problem (telur x cukup besar n healthy). Rase mcm bc kisah sendiri pulak...Alhamdulillah,2Nd pregnancy 2013 natural.anak tu rezeki tapi ttp kn usaha utk dapat kan.

Chooyaya! said...

HOI BANYAKNYA KOMEN POS NI

Unknown said...

betul tu..anak2 tu rezeki..dr kita seorg yg kurang sabar..bila dah ada anak tu..jdi sangat pnyabar..akak plak skrg lain plak kesnya..jenis subur trlajak sudah..so kna la mkn perancang.haha..takut 40tahun berbaby la plak..kahkahkaj

Haizan Qaseh said...

Sepppp kita sama... I pon patient dr adilah hehehe.. Penyakit je lain