Friday, March 18, 2016

Boboiboy with Shein and Abah

Assalamualaikum..

Viral sekarang cerita Boboiboy dekat cinema kan? I baca review semua hebat-hebat. 2 hari tayangan dah RM3 juta dapat. Sampai sekarang dah almost RM10 juta perrrrghhh. Kayoooooo la producer. Pandai dia tackle hati bebudak kan? Tengok pada kutipan banyak tu, mesti best. Masa iklan pon Shein seronok je tengok tv. Sampai berenti main dia. Lepas habis iklan baru la dia sambung kerja so maksudnya dia suka la. Sazli cakap boleh bawak Shein tengok movie so kitorang decide nak pergi on Saturday last week. Memula Jumaat tu I nak beli dekat kaunter terus sebab TGV ada priority lane untuk Maybank card user. So let say kalau korang beli dekat sini, ticket charge only RM10.00/ticket tapi dengan syarat kena beli hari yang nak tengok tu la. I kan nak tengok esoknya? So tak boleh beli murah guna Maybank card. So cancel.

I sanggup ok nak datang KLCC pagi Sabtu tu untuk beli ticket tengok petang punya show.Kedekut giler! Hahaha. Tapi jadik tak senang duduk sebab Sazli dok call-call tanya ticket dah beli ke belum so finally I beli je online ticket. Now kalau nak beli online macam leceh sikit sebab kena register la apa la. Naseb memang I dah register dengan TGV. Tu pon sebab nak dapat 2 free ticket yang boleh redeem as a new user. Hahaha. KLCC tiket mahal la wei. RM20.00 seorang. Kalau Rabu I tak sure berapa. RM10 macam tu kot? Tapi best online ticket sekarang ni kalau korang beli, boleh print terus and tak payah pergi kaunter dah. So senang la. Ke ni semua orang dah tau sebenarnya? Hahahah. Maklumlaaah ongtue dah lama tak tengok wayang macam ni la. Dulu ada jugak I ambik cuti date dengan Sazli tengok wayang berdua. Last kitorang movie double date dengan Aliah and Atiq tengok Dilwale. Janam janam janaaaaam.


Rare ni dapat ambik gambar berdua dengan Sazli. Hehe.

Kata Sazli, ambik show petang dalam 5.30pm macam tu. Shein pon dah puas tido tengahari. Lepas movie, kiter dinner terus. Set! Dalam 4.00pm kitorang gerak ke KLCC sebab Sazli ajak jalan-jalan and dia nak tengok Lego. Untuk dia ok? Bukan untuk Shein. Hahaha. Kebetulan masa I pergi KLCC, kata Anny dia ada dekat sana jugak lunch dekat Madam Kwan dengan family Alan husband dia. Masa tu dia baru 12 hari give birth, dah berjalan dah. Kata Anny dia pantang jugak. Tapi pantang duduk rumah la, tu yang kena bejalan-jalan kalau tak dia pening kepala. Untunglaaaaaaaaaa family sporting. Kalau I, mampos kena bebel dengan Mak, Mak Mertua, Suami, Sabahat handai  jiran tetangga belaka. Tapi Anny pon jaga makan, stoking pakai and limited kan dia punya pergerakan. I rasa ok je. Mat Salih pon jenis lepas 2 3 hari bersalin dah keluar pergi mall. Amereka! Haha.


Anny yang masa ni baru 12 hari bersalin. Steady je.


Cepat je kurus Anny.


Ni dekat depan Toy R Us. Belonggok kitorang dekat sini layan Aaron and Shein main.


Belakang tu MIL Anny.


Aaron buat peace!


Suka Shein dengan Hot Wheel set ni.


Tengah syok main kitorang ajak pergi cinema. So start la Drama baring atas lantai - Part I

Start masuk cinema memula Shein ok la. Menekun tengok screen. Bebudak kan suka iklan? Masa movie start Shein ok, tapi lama-lama dia buat hal. Kejap kang nak baring dekat lantai, kejap kang nak duduk dengan I. Time lawan-lawan dia ok tapi lepas tu kalau time scene borak-borak dia boring. Tapi I agak Shein ni saja nak test Sazli je. Bukan ada apa pon sebab masa Sazli keluar solat Shein ok je duduk dengan I. Diam je. Bila Sazli datang balik, mula la dia huru-hara. Sazli pulak jenis kejap nak lap tangan dia, kejap cuit sana cuit sini so Shein pon rimas agaknya. I tengok Boboiboy ni best, pack dengan action and lawak. Sudahnya yang enjoy tengok bukan Shein, tapi aku. Hahaha. Macam citer Upin Ipin takde pon lawan-lawan tapi Shein suka je pon. Bila eh Upin-Upin nak buat movie lagi?


1 ice lemon tea, 1 BBQ chips and 1 egg-curt. Settle Shein sorang.

Ni second time la Shein tengok movie. Last time dia tengok Minion tu. Yang tu dia elok tengok dari mula sampai habes. Takper la, experience kan? I ok je takat Shein huru-hara sekejap-sekejap sebab kalau nak ikut dia decent all the time, memang I duduk rumah je la. Tak payah jalan mana-mana kawan je dengan dinding.

Anyway, I nak ucapkan terima kasih pada staff/cleaner TGV KLCC sebab jujur. I ni sebetulnya jenis akan check all the time phone ada ke tak dalam handbag. Tapi masa haritu careless ke apa, I terjatuhkan handphone I dalam cinema. Perasan handphone takde masa kitorang nak queue dekat Chili’s. I panic tapi belakon cool. Sedih memang sedih sebab iPhone 6 tu, Sazli yang belikan I. Baru je lagi dia bagi. Tak sampai 3 bulan pon. Kalau hilang matilaaaaaaaaaaaaa. Lagipon sayang la gambar-gambar tak sempat transfer lagi.

Sazli pergi check dekat dalam cinema. Jumpa orang kat sana and dorang suruh pergi Management Office. Masa dekat sana dia tanya handphone jenis apa and dia mintak masukkan password. Kalau dapat baru la dia bagi handphone tu pada kita. Kata Abang dekat situ, usually kalau cleaner jumpa dorang akan ambik and bagi pada Management Office tapi kalau orang lain yang jumpa, dia akan ambik la (kalau dia tak jujur). Ni my second time la tercicir dalam cinema. Dulu sekali dekat Pavilion zaman tak kawen lagi. Sampai rumah, tengok handphone takde. Gigih pergi balik. Naseb I put handphone on silent mood so cuma ada blink-blink lampu je. Dapat jugak bawah kerusi masa show orang lain. Kata Anny, kalau 3 kali tercicir lagi lepas ni, memang hilang terus. Choi!

Lepas dapat handphone semula baru la I boleh senyum balik. Kitorang makan dekat Chili’s and order Triple Platter (Triple Play). Shein suka makan ayam salut tepung tu. Setel 3 ketul dekat dia. Slowly je dia makan. Tapi in between, macam-macam menda dia nak buat. Nak hiris celery dengan pisau, buat bunga rampai guna tissue and main gigit-gigit ais. Kata Sazli takpe dia nak buat apa, asalkan Shein makan habes. Kitorang dah kenyang sebab makan snack masa movie banyak. 3 beranak punya snack dah RM50.00 melampau. Haha. Padahal I on diet. Aku pon tak paham macam mana boleh selamba makan chicken cocktail. Asal cuti je, gone la diet.


Becinta ni dua orang


Sazli makan buffalo wings, Shein makan ayam. I makan angin. 


Sazli banyak handle Shein sebenarnya compare dengan I. Makan kat kedai pon dia duduk sebelah Sazli biasanya.


Bak pinjam Shein, nak ambik gambar. Tengok muka Shein, macam muka I kan?

Habes makan, kitorang balik. I tengok Shein happy so kitorang pon happy. Thank you Papa Bubu belanja movie and makan. Sesekali jalan-jalan macam ni memang syok. Drama Shein sikit-sikit tu takper la. Bagi dia expose dekat mall and tempat yang dia tak biasa pergi. I memang suka berjalan time weekend. Sazli pon tau. Dia pon tak pernah halang especially masa dia ada game bola and tak boleh teman I dengan Shein. I memang ada handle Shein alone dekat Ge Mall semua tapi seronok dia takat seronok dapat keluar je la. Bila complete ada Sazli, Shein macam ni dengan I, I rasa extra happy. Rasa complete. Hope I dapat buat macam ni dengan Sazli and Shein for many more years to come. InsyaAllah.

Happy Weekend korang! Sabtu ni Ayang bertunang dengan Eddy my best friend masa sekolah dulu. Haha. Jodoh ada depan mata since 10-12 tahun rupanya. Eddy selalu datang raya rumah I dari Ayang kecik-kecik lagi. Tak sangka berjodohan. InsyaAllah tahun ni jugak dorang kawen. Welcome to the family Eddy. Call me Su, don’t call me Makcik. Ko jangan nak perasan muda sangat. Tumbuk baru tau. Mak semua dah ada dekat KL. Doakan Majlis Pertunangan Ayang and Eddy esok berjalan lancar ok?


-eNd-

1 comment:

mama tisya said...

tk bw lg ank pegi tgk boboiboy...esok kot insya allah...tgv klcc mmg mahal...kalo nk tgk wyg ole booking thru application tgv..install kt hp lps tu bila dh succes just diorang bg barcord scan..so tkyh gi kaunter or print...diorang scan je dr hp ..bole bc link entry saya
http://mamatisya.blogspot.my/2014/02/booking-wayang-thru-tgv-cinemas-mobile.html