Thursday, April 28, 2016

Sayonara Sarah

Assalamualaikum..

Satu persatu teman… Ada disekelilingmu… Satu persatulah jua… Tinggalkan diriku…. Eh, tetiba ternyanyi pulak. Setiap kali I teringat pasal Sarah yang dah nak tinggalkan office sebab dia nak migrate to Melaka, I mesti stuck lagu ni dalam kepala. Ala, sedih la. Lepas ni Sarah dah takde dekat office. Sorang-sorang tinggalkan I. Dulu Fiezul, Lepas tu Sarah pulak. I remember masa Fiezul nak resign and nak jadi Bomba (Lepas tu dia hitam and menyesal jadik Bomba padan muka) Fiezul cakap. ‘Kaksu jangan la sedih. Sarah kan ada?’ Tak sangka dalam masa setahun 5 bulan, finally Sarah pulak tinggal I. Kata Sazli, ‘Bukan Sarah meninggal pon. You still boleh jumpa dia kan?’ Memang la. Tapi ni lain. Dengan Sarah, I jarang communicate sangat sebab dia busy, I also busy yang aku pon tak paham apa yang nak dibizikan dekat office ni ha tapi asalkan dia ada I dah ok. Bukan I always need her pon. Kekadang jumpa pagi tak bertegur, balik karang baru bercakap. Tu pon ‘Bye BB’.


My Makcik Wok, Sarah Bendey, BB, Sarabanon. 

Bagi I, Sarah punya kehadiran dalam office sama macam Arwah Kak Tonah. Tak bercakap takper but I know dia ada. Dengan Sarah, semua perkara jadik senang je. Let say kalau nak ajak pergi mana-mana or buat apa-apa dengan dia. Senang je nak deal sebab takyah nak check up on menda lain or with condition ke apa. So, I rasa dengan Sarah ni urusan I akan jadik lebih mudah. Let say eh I nak ajak tengok wayang, Harini ajak esok pergi. Kalau dengan Dyba and Intan dia punya condition punya la banyak. Plan plan lepas tu tak jadi. Sebab tu I selalu merajuk. Hahahahahah. Lagipon dua orang tu dia kalau apapa nak buat mesti salah sorang kena ada. Sorang takde, sorang lagi cancel. Menyampah betul.

I always can count on Sarah. Kita borak as an adult. I suka share idea dengan dia. I ambik kira pendapat yang dia bagi. Bila I ada apapa issue dekat office, I akan refer pada Sarah. Lepas borak dengan dia, I feel relief. Activity dekat office ni pon I banyak pair dengan Sarah. Sarah ni sejenis manusia yang senang nak tolerate. Kekadang I rasa dia ni perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki. Dia memang jenis susah nak ada issue dengan sesiapa. Merajuk, kecik hati, berselisih pendapat sepanjang 6 tahun kitorang punya friendship ni mestilah ada. Tapi I cepat clear dengan dia and kita tak drag drama lama-lama. I sangat appreciate kehadiran Sarah dalam hidup I and I hope, silaturrahim ni takkan terhenti setakat ni je. I still want you to exist and be a part of my life BB.

Sedih la you dah nak tinggal I. Tapi I know you kena sacrifice untuk your family. Tinggalkan keselesaan di office KL sekarang yang gives you a good salary also good position yet you choose to pindah ke Melaka. You choose family than career and I hope Allah akan permudahkan segalanya untuk you. I doakan you murah rezeki BB and I still put hope yang nanti kita akan kerja under one roof again. Things would never be the same again without you ada dekat sebelah I. Lepas ni kalau I craving over something, dah susah dah la sebab Dyba suka makan nasik. Intan pulak susah nak bergerak sebab Boss dia memang nak dia sentiasa ada depan mata je. So I nak makan dengan siapa? Huwaaaaaa.

Tomorrow is Sarah punya last day. I nampak dia pack barang dia dekat dia punya meja semalam tapi I buat-buat tak nampak. These two weeks, I avoid dari selalu lepak dengan dia sebab I taknak nanti if dia takde, I rasa kehilangan dia. For you BB, I wish you all the best. Please promise me to keep in touch ok? I akan rindu you and I hope you takkan lupakan I.

Though miles may lie between us
We are never apart
For friendship doesn’t count miles
It’s measured by the heart
Till we meet again BB. XOXO.


-eNd-

2 comments:

Reena Kamarudin said...

huhu sedih pulak entri ni. sama macam apa yg reena alami ni kaksu. cuma sarah tu adalah reena. 7 tahun kat opis putrajaya, tutptup dapat tukar (memang mintak pun) ke pahang. nak tinggalkan kengkawan tu yang sedih sgt sebenarnya. tang lain tak sedih pun. kawan-kawan pulak masa seminggu lagi reena nak pindah tu memasing buat buat tak tau je, nak taknak je layan kita. rupanya memasing tgh plan majlis and sediakan hadiah. sedih :( tapi pengorbanan kena buat untuk family.

goodluck puan sarah in everything you do!

Anna Dayana said...

abis i ni apa.. i bawa u ke majlia transgluta.. i drive pergi balik.. i jd tukang cakap.. u kena ingat.. i dgn a anak u kawan baik sejak kecil ok. u kena ingat tu. i selalu kena marah dengan bos i sbb teman u g makan sedap2 tu.. u kena ingat juga pengorbanan i tak pakai perfume setahun sebab u kena morning sickness. u kena ingat tu.. u panggil i dengan penuh manja lunak suara u tu semata2 suh bukak kipas padahal kipas sejangkal je dr u.. u kena ingat u pernah main kan hati dan perasaan i sbb u tipu diri u konon2 u safuan mahadi.. ingat cik salmah...