Tuesday, September 6, 2016

Makan Nasik Pon Boleh Je Kurus

Assalamualaikum..

Bagi I kan, nak menguruskan badan tu macam takde masalah sangat tapi nak menten berat badan tu perrrrghhh hazab. Nak kurus ni walaupon takes time tapi misi untuk menguruskan badan ni, semuanya terpulang kepada kecekalan diri sendiri je. Antara nak dengan taknak. Seriously. Pilihan ditangan anda. Paling penting, jangan rasa dah terlambat and rasa macam gagal sebelum usaha. Contoh : Harini dah cakap nak mula diet, lepas tu tetiba lunch kawan ajak makan. Dah gagal hari pertama. Esoknya ada office punya dinner, lusa ada gathering, tulat ada kenduri and the list go on kan? So terus rasa ‘Tak payah la diet, susah sangat. Hari-hari ada majlis makan, macam mana?’ No. Jangan give up  sebelum usaha. Paling penting 1) minum cukup air masak at least 2 liter untuk meningkat tahap metabolism dalam badan 2) Cut sugar 3) Cut portion 4) Jangan makan malam. One more thing, kena stay on mana diet program yang kita nak buat. If Atkins, go with Atkins, if buat Diet GM teruskan dengan Diet GM. Jangan tetiba dah middle of diet program, baca pulak dalam FB, ‘Rahsia Rozita Che Wan kekal badan lansing ialah dengan memakan nasik setiap hari’. Lepas tu zaaaapppp terus carik nasik dekat dapur makan seperiuk terus. Padahal portion and lauk RCW makan macam mana pulak kan? Yang tu taknak pulak korang kaji. Hahahaha.



Tapi kalau dapat lauk ikan masin pekasam campur petai macam ni, manakan mampu ditolak



Lawan pulak dengan Ikan Tenggiri Goreng. Perrrrghhhhh!!

Boleeeeh makan nasik. Sapa kata tak boleh? Tapi jaga la portion and check balik waktu makan macam mana. Jangan la makan waktu malam. Nasik tu ambik la segenggam cukup. Makan dengan mana-mana lauk yang kita teringin. Jangan biasa amalkan cheat day sebab cheat day akan bertukar menjadik cheat week, cheat month and cheat forever. Yang ni banyak jadik. Hahaha. Kena ada determination. Kena fikir, nak makan sedap and kenyang sampai bentak (Bak kata keluarga I bila guna isitilah terlalu kenyang) sampai bila kan? Percaya cakap I, lepas makan korang akan rasa menyesal. Takkan la nak menyesal each time kan? Taknak macam tu. So if ada jamuan dekat luar, pergi ajer la. Tapi macam I cakap, control your portion. Tu jer. Sugar tu cut la. Dessert ni elak. Manis-manis ni mana bagus. Air manis-manis berkarbonat semua ni kalau boleh elak, sila elak. Yogurt drinks tu pon jangan nak biasakan minum. The best is real fruit juice. Tu yang terbaik. Jangan pulak ko tambah gula or buat smoothies terus siap nak sedap, letak full cream milk, baik tak payah.

Kalau sesapa yang jenis malas nak ikut mana-mana diet program, kira je calories intake. Ambik less than 1,000 cal sehari. Start dengan tu. Kawal portion. Nanti lama-lama dah get used to it dah ok and takde la menggelupur nak makan sampai bentak every day. Ada yang cakap makan kentang, makan pisang and makan roti boleh gemuk lepas tu phobia terus. Tak. Bukan macam tu. Apa-apa pon boleh makan tapi dengan kuantiti yang sedikit. Tetiba rasa nak makan cake or ice cream pon boleh je. Jamah la sesuap. Takyah seksa diri sangat. Tapi sebagusnya elakkan tapi kalau dah teringin sampai siang terbayang malam merindu, makan ajer la… Jamah. Jamah tau tak macam mana? Rasa sesudu. Kalau sebalang tu bukan jamah namanya. Haha. Jangan sampai kempunan sudah.

Masa I dekat Tanah Aina dari Rabu and sampai balik KL on Sunday, I tak pakai corset. Makan pon bermaharaja lelas sebab setiap hari makan 6 kali + durian party. Naseb la cover dengan activity so boleh burn back calories but still I rasa badan macam mengembang sikit. Semalam and harini pakai balik, so mental rasa badan dah firm and kurus and terus semangat balik and back on track. Sebab tu penting untuk maksimumkan masa pemakaian korset unless kalau dah tak boleh nak elak, tapi bila dah berenti, jangan stop lama. Ok? Pakai corset ni memang really work on me.


M (40-45kg) | Waist : 61-67cm | Hip : 80-90cm
L (46-55kg) | Waist : 67-73cm | Hip 83-93cm
XL (56-65kg) | Waist : 73-79cm | Hip 86-96cm
XXL (71-78kg) | Waist : 79-85cm | Hip : 89-99cm
XXXL (71-78kg) | Waist : 85-91cm | Hip 92-102cm
4XL (79-85kg) | Waist : 91-97cm | Hip 98-105cm
5XL (86-90kg) | Waist : 97-103cm | Hip 104-110cm

Nak tau size apa korang pakai senang je. Korang ukur la size punggong. If punggong masuk, confirm muat AND PADA YANG TAK CONFIDENT DENGAN SIZE TAKPE. KATA LA SALAH SIZE, KORANG BOLEH TUKAR SIZE dengan syarat corset tu try je. Jangan pulak dah pakai sehari baru kata salah size. Ada jugak yang size 5XL tu hips 115-120cm also boleh fit sebab dia stretchable. 

I pon ada 2 size. XL and 2XL. Ada masa nak push diri, I pakai size XL. So, bila makan tu berkadar la sikit. Tapi jangan pulak korang tak makan kang pengsan tetiba sampai surat saman dekat I. Hahahahaha. Mana yang Whatsapp tanya kenapa rasa macam nak pengsan pakai korset ni? Jawapan : Ye, untuk first 2 weeks memang akan rasa tak selesa sangat but please bertahan. Nanti lepas 2 weeks, I promise semua akan ok. Sebab routine ni if lepas 2 minggu dia akan ok and lepas tu kita akan survive. So pada mana-mana yang nak start kuruskan badan, mulakan dengan kawal makanan macam yang I cakap dekat atas tadi, lepas tu pakai House of Corset macam I. InsyaAllah slowly akan turun berat. Jangan give up, tu yang penting. Ada yang cakap, ‘Pakai dah 2 minggu Kaksu, badan dah rasa susut and dah kurang babat tapi kenapa tak turun berat pon?’ Memang. Memang akan ada masa berat kita akan static tak menurun, tapi give time to your body. Nanti dia akan turun. Jangan bagi lemak semua tu menang. OK? WhatsApp 012-9184042 kalau nak mintak advice. Kbye

Good luck!

-eNd-

3 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Su,m dah kuruih ni lembek2/landoq dak apa2 yg tergantung tu :(
Share tips jg na

Cikla Shahril said...

Betul tu.. Nk diet x semestinya tahan mkn kan... Nk mkn apa, makan lah tapi sikit sikit.. Bak kata org makan sikit tp kerap... Btw, good sharing sis....

ZULHILMI TEMPOYAK said...

penah gak nk mula atkin. tp skdar 2 hari. ahahaha