Friday, January 6, 2017

Cerita Lawak di Langkawi, Masak-masak dan Keria Gula Melaka 'Tanah Liat'

Assalamualaikum..

Dah lama pulak tak share gambar masakan sendiri dalam blog. Sebok dengan trip manjang. Ni entry Langkawi tak habes lagi, kang nanti minggu depan nak pergi Langkawi lagi. Tapi this time relax-relax and more to free and easy sebab kumpul pon memasing dengan anak kecik semua. So takde la nak renyah beria. Lagipon haritu dah puas berjalan dekat Langkawi so this time relax-relax je. Cakap pasal Langkawi, I teringat masa last day paling kelakar nak mampos. Si Ain pergi beli handphone cap ayam sebab iPhone dia I buat macam mana entah lepas tu lock terus. Dia tinggalkan kitorang dekat Coco Valley Cenang tu sementara dia nak repair handphone dia. Lepas lunch tu Ain call cakap dia dah otw nak ambik kitorang. Dia suruh tunggu tepi jalan. Masa Ain sampai, I naik duduk depan. Yang lain duduk belakang. Bila dah dengar pintu tutup, Ain pon gerak je la terus kereta. Mak duduk tengah landing dagu dekat kerusi I anje-anje lepas tu kitorang pon berborak la pasal handphone ain. Kutuk-kutuk handphone dia level baling anjing tu. Dah jauh tu, Mak tetiba cakap. ‘Bebudak dua orang tu tak naik kereta lagi’. Relax je dia cakap macam takde apapa. Lepas tu I pandang belakang tengok Kaklong dengan De takde. Hahahaha. I tanya Mak, ‘Maaaaaak!! Kenapa tak cakap De dengan Kaklong tak sempat naik lagi? Hahahaha. Ain pulak main terus je tinggal takde nak check. Hahahaha’. Lepas tu I dengan Ain ketawa sampai meleleh air mata. I ni suara dah tak keluar. Air mata je keluar.

Mak pon ketawa sampai tekan-tekan perut. Dia boleh je duduk tengah, borak-borak macam takde apapa. Dah jauh pulak tu baru dia relax je dia cakap De dengan Kaklong tak naik lagi. Bila Ain patah balik, nampak Kaklong dengan De dah depan dah jalan kaki. Nampak je kitorang terus semua gelak. Ain pon masa kutip dorang balik dok sorry sorry. Dia pon tak perasan yang Kaklong and De tetinggal. Kata De, masa dia tak sempat naik lagi Ain dah slowly gerak so dia tutup la pintu. Dia ingat Ain nak kedepan sikit ke, kot ada kereta dekat belakang. Tetiba terus je. De pon melopong tanya Kaklong kenapa dorang tinggal kita? Kata Kaklong ‘Ni ada penjahat ni dalam kereta nak culik dorang agaknya’. Hahahaha. Siap fikir nak naik taxi je pergi Airport. HAHAHAHA. Memang kelakar nak mampos la. Keras perut memasing gelak dalam kereta masa menuju ke Airport tu. Sekian cerita lawak di Langkawi. Ni sambung cerita pasal lauk yang I dengan De masak last week dekat rumah De.



Ayam Masak Kicap Pedas Minyak Berlinangan diberi nama. Cara nak masak senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia and cili padi. Tumis dengan minyak. Masukkan sos tiram sesudu, air asam jawa 4 sudu, kicap kipas udang merah sesuka hati. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng awal tadi and kalau nak berkuah tambah la air. Last sekali masukkan hirisan bawang besar. Perasakan dengan gula sikit. Dah. Garam semua takyah sebab dah cukup masin.



Ni De masak. Sambal Telur Goreng. Bawang merah, bawang putih, halia tumbuk. Panaskan minyak and tumis sampai garing. Masukkan Cili blender and air. Masak sampai cili tu terbit minyak maksudnya dah masak la sambal tu.  Air asam jawa sikit. Perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto (optional) lepas tu masukkan sesudu kicap manis. Ni petua kasik sambal gelap and sedap macam ni. Last sekali masukkan tulur goreng dan bawang besar. Siap.


Fish Ball and Prawn Veggie Soup. Gittewwww nama tetiba Mat Saleh. Cara masak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk. Masukkan air ikut suka hati banyak mana dengan satu cube ayam. Renjis white pepper sikit. Lepas tu masukkan segala mala ball dan udang. Tutup api and last sekali masukkan sayur. Siap! Sayur tu lepas tutup api baru masukkan. Nanti lecur sangat I don’t like.

Petang tu kitorang try buat Keria Gula Melaka guna resepi viral dalam FB. Resepi cakap secawan keledek + secawan tepung kek. Tu je takyah dah baking soda ke, baking powder ke apa. Kitorang buat dapat la 3 cawan keledek rebus. Buat la sebijik ikut resepi. Bila dah siap, bagi Amsyar makan. Lepas tu dia tanya, ‘Ibu, ni tanah liat ke?’ HAHAHAHAHAHAHAH. FAILED! Tapi lepas 3 kali buat, baru lah De dapat dah cara nak buat Kuih Keria Melaka yang lembut dan sedap. Nanti I share resepi dalam entry lain ok? Susah betul nak dapat sukatan yang betul. Konon nak yang paling sedap la resepi lepas tu Amsyar cakap Tanah Liat. Hahahahaha. Bebudak kecik memang la ikhlas je kalau bagi pendapat. Shein langsung tak jamah. Dia tengok je lepas tu terus lari. De pulak bangga la dapat buat yang sedap and menjadi. Padahal masa first time buat dah ada rupa Kuih Telinga Keling. Hahahaha.


Kuih Keria Gula Melaka 'Tanah Liat' by Siti Nurhaliza


Kuih Keria Gula Melaka Debab by De. Untunglaaaaa dah pandai buat.

-eNd-

4 comments:

ADEEYA said...

Sedap pulak nampak kuih keria. Sekarang kan viral kuih keria hihi

adda syuhada said...

mmmm yummy....

farah wahida said...

Assalam.. Hi Kak Su, sy silent reader kak su sejak sekian lama.. Enjoy je bc blog kak su, especially bab makan.. Tp yg lawak dlm cite kali ni, mmg sy gelak sakan smpi trkeluar air mata jugak��

Chooyaya! said...

Adeeya : harini boleh la share resepi

adda syuhada : asal ada gmbr makanan, ada la ko komen eh? hahaha

farah wahida : yer ker? tenkiuuuuuuuuuuuuuuu. korset, anne suraya skincare, transbella semua dah beli?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...