Ok harini nak share pasal experience I and the rest
bercuti dekat Saufiville Boutique Resort dekat Janda Baik last month. Seronok
sangat dapat spend time sama-sama dengan kawan-kawan. I suka la suasana dia sebenarnya tapi tu la cold treatment pulak, jadik potong mood sikit. Bila pagi dekat sini berkabus je and
rasa macam dekat Tanah Tinggi pon ada. Sini sejuk-sejuk ayam la. Takde la sejuk
macam dekat Genting Highland/Cameron Highland sana tu tapi tetap la ada rasa
sejuk dia. Villa ni pon terletak di atas
bukit so imagine bangun tido, bukak je tingkap nampak kebun Passion Fruits
saujana mata memandang. Hijauuuu and fresh sangat! Sesekali bila tido
bertemankan unggas ni best jugak. Unggas ye? Bukan Pontianak. Haha. I rasa bila
duduk tempat yang macam ni, nak bernafas macam lapang je sebab maybe banyak
oxygen. Kan? Ker tak sebenarnya? Memandai je. Eh, tapi betul la nak bernafas
best. Seronok la kalau bercuti tempat banyak pokok-pokok, ada sungai macam ni.
Sesekali nak jugak lari dari kesibukan kota yang dilimpahi dengan lampu neon
dan hutan kongkrit. Kan? Tapi fikir balik seram pon ada. Sebab SaufiVille ni
dia sorang-sorang je dekat atas bukit. Yang lain ada tapi jauh sikit la.
Hahaha. Dah gitu pulak. Eh, tapi jangan takot sebab sini ada caretaker,
bibik-bibik dekat kitchen, ada guard, ada anjing penjaga semua tu. So selamat
InsyaAllah. Pekerja-pekerja pon I tengok ada ramai dekat sini. Sebab sini
concept dia is makan provided. Breakfast, Lunch, Snack and Dinner. Korang dah
tak payah susah-susah nak masak. Goyang je tetek , relax. Sebab semua
disediakan.
Gambar
Saufiville ni I ambik dari belakang. Belakang tu ada swimming pool. Tapi nampak
tak air dia hijau? Masuk-masuk je dah frust sebab ingat nak mandi kolam tapi air
macam tu macam mana nak guna? Yang ni I tak sure air dia yang kotor atau tiles
bawah tu yang dah tukar warna. Kata Mr David, air ni guna sumber dari sungai
sebab tu warna dia hijau. If letak chlorine dia akan jadik jernih tapi bagi I
senang je. Doesn’t matter la air sungai or air paip. Yang penting, air kena la
jernih. If tiles bawah tu yang kotor, the owner kena la do something kalau tak,
air hijau macam ni sapa yang nak mandi? Baik takyah ada kolam. Click read more for full entry
Tu tengok yang belah sana air dia macam biru kan? Actually I rasa bukan sebab dia basuh separuh je kolam ni tapi tiles dia dah kotor. Maybe sebab dah lama tak buat maintenance kot?
Memula kitorang ingatkan tukang cuci kolam ni cuci separuh je. Tapi tak. Dia memang cuci semua it just tiles bawah tu yang kotor. Mr David memang tak allowed kitorang mandi dalam kolam ni. Shein je yang degil mandi. Sudahnya, 2 days after Saufiville, Shein admitted sebab food poisoning. Probably sebab tertelan air ni. Be careful eh korang, if pergi resort jenis macam ni check la mana sumber air tu. Risau kena kencing tikus je kalau air tu tak dirawat. We never know.
But effort pekerja dekat situ cuci kolam ni kitorang appreciate la. It just, bila dah cuci pon cenggitu jugak ghupernya. So tak dapat la swimming. Padahal memasing dah beria plan nak berendam. Too bad.
Macam yang I cakap tadi, dekat sini konsep dia meal
disediakan. Harga untuk satu malam is RM3,000 so harga tu include meal. Best kan?
Sebab untuk emak-emak takyah la susah hati fikir nak bagi suami and anak-anak
makan apa. Semuanya disediakan. Sampai-sampai dekat sini dalam pukul 4.30pm
macam tu dia bagi kita makan cekodok ikan bilis siap coffee and tea. I pulak
bawak Sambal Ketuk extra pedas memang
layan la makan cekodok ikan bilis. Malam tu ada BBQ Buffet and makanan memang
meriah and more than enough untuk kitorang semua. Esok paginya pulak ada Nasik
Lemak, Roti semua. Coffee and Tea memang all the time ada dia letak dekat hall
and satu peti ais besar di sediakan dekat luar, which is kita tak boleh ganggu
Kitchen area sebab situ is prohibited. So if ada bawak makanan, boleh letak
dalam peti ais yang ada dekat luar tu. Now, jom kita tengok bilik-bilik yang I
sempat snap.
Floor Plan. Ada 5 rooms so boleh la masuk 5 family. If lebih pon ok, boleh la tido style kampung lepak dekat Living area. 2 bilik ada bathroom and 3 bilik kena kongsi toilet. 1 tu untuk big business and 1 lagi tu untuk mandi. Nampak macam ada dua kan? Sebenarnya untuk mandi tu ada 1 je. Kena take turn la. 2 bilik king size bed (kemboja and rose), 3 room queen size bed (chempaka, melur and kenanga) and 1 room single bed tapi bawah dia boleh tarik so muat je 3 orang (santalia). Bilik mengadap pool is Rose and Santalia. Chempaka tu ada balcony mengadap bukit and kebun passion fruits (kitorang ambik bilik tu) and the rest mengadap laman rumah je.
One of the Queen Size bed room.
Yang ni pon Queen size bed room.
Balcony dekat Chempaka Room (Bilik I) selepas I sendiri sapu segala mala habuk and taik cicak. Sapu sendiri je. Sebab helper dekat sini sejenis Imah Cleaner Office dekat Balai dulu,
Tu nampak la menghijau je kan pemandangan? Memang best!
Hi Mr Mohammad! Gambar ni masa memula kitorang sampai. Dorang main perang Nerf Gun. Yang bapak-bapak and anak-anak la. Huru hara and bising giler! Kitorang memang ada sorang satu nerf gun ni. Bullet dia pon kalau kena tak sakit. Shein pon pandai main cuma yang gun ni dia tak berapa kuat nak reload bullets, yang pistol dia pandai la tapi pistol Rayyan punya. Shein punya is gun.
Nerf Gun
Masa kitorang sampai tu, bilik memang dah siap
kemas semua tapi area hall, lantai masih lagi tak bersapu so penuh la dengan
rambut and habuk. Balcony bilik I tu pon siap ada taik cicak, so nampak sangat
la memang dah lama tak kemas betul-betul. Villa mengadap ke swimming pool tu
pulak ada kawasan luas untuk karaoke, ada meja makan 3 bijik and ada piano. All
bersepah. Dengan kerusi bersepah, meja pon kotor tak lap. Time tu helper semua
dalam kitchen katanya bizi nak buat minum petang. So sebab I sakit mata, I ask
for penyapu and kemas sendiri. Seriously I tak kisah to help lagipon memang
suka sapu sampah kan? Penyakit keturunan dapat dari GF. Hahaha. Tapi one thing
yang kitorang paling regret and bengang nak mampos is dia punya helper sangat sangat sangat sangat la tak membantu.
Kita nak mintak tolong punya la susah. Bila tekan bell nak mintak macam bekas
isi ulam-ulam pon sampai 10 kali baru bukak pintu. Bukak pon pintu kecik je.
Kita ni kejap kang nak pisau (kupas jering), nak bekas, nak chopping board, nak
penyapu, nak itu nak ini tapi subhanallah susahnya lah nak dapat.
Pasal Ulam pulak kan? Sazli ada la bawak macam
petai, jering, selom, ulam raja, pegaga penuh seplastik besar untuk kitorang
makan dekat sana tapi masa nak mintak dorang basuhkan pon katanya, ‘Kami lagi sebok nak sediakan makan’.
SERIOUSLY? Sebok sangat nak buat cucur ikan bilis sampai kitorang mintak a
little help pon tak boleh ke? Sudahnya sampai la malam tu kitorang tak dapat
ulam. Last-last Sazli dah hangen, dia cakap biar dia yang buat. Sazli masuk
kitchen and basuh sendiri. Lepas tu bila tanya, susah sangat ke nak buat? Semua
buat muka. Ada sorang ni kakak Melayu tak sure la dia sapa. Supervisor kot? Dia
punya muka masaaammmmmmmmmmm tak payah nak cakap. Sombong bukan main. I pulak
nak buat Kicap Cili potong tu kan? Mintak pisau susah, mintak bekas nak letak
susah, serba serbi susah. Kekadang nak mintak gula untuk minum dengan coffee
sebab dah habes poooooooooooooooooooooooon susah. Lepas tu jenis helper dekat
sini macam tak serik walaupon dah kena sound. Kan masa malam tu Sazli dah redah
je masuk kitchen sebab nak basuh ulam kan? Tapi malam tu bila kitorang mintak
suruh dia simpan ulam and kicap dalam peti ais pooooooooooooon tetap susah
jugak. Buat tak tau and derk je muka memasing. 3 4 kali ingatkan baru la
bergerak. NOT HELPING AT ALL.
Naik geram kitorang dibuatnya and memasing pissed
off and memang hilang mood. Susah kan? Kekadang nak mintak pinggan pon susah
OMG SAUFIVILLE PLEASE DO SOMETHING ON THIS. No matter what, kitorang ni is your
customer and bayar RM3,000 satu malam tu bukan murah ye? Please la ada budi
bahasa and membantu sikit. Sumpah berbeza sangat dengan Helper dekat VILLAKU
RESIDENCE. SUNGGUH! Malam tu I dah bengang, I text owner tapi tak dilayan. Kah
kah kah. Bila masukkan dalam Facebook rupanya ramai yang face the same experience
dengan kitorang pon. Ada sorang ni cakap sebelum balik, dia nak jumpa la owner
sebab masa tu kebetulan owner ada dalam Kitchen tapi the helper cakap owner
bizi. Tak boleh jumpa. Oooooo bizinyaaaaaa. 2 minutes nak salam pon bizi
kisahnya.
Always happy to help sapu sampah. No problem.
Ni waktu ada orang cuci kolam. Sayang kan? Tak dapat nak mandi.
Ni laman rumah
Ada Gazebo tepi kolam.
Yang ni the other side.
Pemandangan dari balcony bilik I duduk.
Ni dari belakang. Oooo ada Astro tapi dekat sini dengan TV, Karaoke semua ada technical issue and takes forever for the technician untuk datang solve the problem. Sama naik perangai dengan helper.
Sejuk sikit hati nampak bunga-bunga cantik keliling rumah.
Ni kemboja kan?
Ni bunga apa?
Cantik jugak landscape dekat sini cuma macam tak berapa nak kemas.
Ni dekat laman rumah. Best kan? Ada banyak pokok-pokok and bunga.
Ni air terjun buatan dekat depan rumah. I ambik dari jauh sikit supaya nampak keseluruhan dia.
Beautiful Scenery waktu pagi.
So, apa yang I boleh simpulkan dekat sini is
SAUFIVLLE bukan lah tempat untuk berehat dengan aman damai kalau kita mengharapkan
warm treatment dari staff. Totally not. If tak kisah kena layan cold macam ni, Ok.
Boleh lepak sini sebab memang suasana cantik. Suasana la. Bukan rumah. Sebab
rumah pon kemas tak betul. Bayar dah la mahal lepas tu service serupa pundek.
Ni la first time I rasa macam tak sabar-sabar nak keluar dari sini. Potong mood
habes. Helper dekat sini jenis cakap sembah macam mana pon takde der nak
menolong. Sama pesen macam Imah la. Cakap la lembut macam mana, gitu jugak pon
perangai. I feel sorry for the owner and management. Please do something.
Jangan sampai nanti ada ‘Orang Besar’ yang terkena and tempat you jadik viral
sebab bad service baru korang nak take action. Time tu apa pon tak guna sebab dah
takde sapa dah nak datang. Korang sendiri yang kill the business kalau macam ni
punya service. Mana-mana complain dari customer kena ambik. Yang I cerita dekat
atas tadi pasal ada readers cakap owner sombong tu, I pon tak sure betul ke
that lady is the owner tapi the one yang dalam kitchen masa kitorang dekat sana
muka masam giler bai. Senyum pon tak.
Tapi makanan semua sedap. Yang tu korang jangan
risau. Sedap and banyak. Now, tepuk dada tanya selera. Apa yang korang harapkan
untuk percutian. Nak makan sedap? Saufiville memang boleh offer but nak warm
services here definitely not the place lah.
Kampung Chemperoh, Janda Baik
Bentong, Pahang
017-6076691
-eNd-
3 comments:
ek eh kita yang baca ni pulak sakit hati!!!
tak kot nak mai sue..byk tempat lain lawa2 and service letop2 kot kan??? mekasey kasi review jujur mcmni. atleast kita tak terkena..doesnt mean nk tutup periuk nasi orang, kita anggap bkn rezki dia nak terima tetamu dari reader choyaya. thats it!
lagipun tgk rumah dia mcm rundown je..kna refurbish dah ni!
Teringat thn 2012 pgi dgn kawan 2 family..thats the 1st & last.kalau tak kerana pemandangan yg mengadap prgunungan titiwangsa tu jgn hrp org nk stay situ.Org kaya2 bolelah...
Not recommended, sorry Saufiville. Pemandangan memang cantik tenang sejuk. Puan Raja & Kakak Isma memang mesra. Tapi condition villa kecewa. Minta plastik sampah pun susah (biasa penghuni bawa sendiri katanya) (minta tukar plastik sampah di tepi sinki sebab sudah melimpah, katanya buang di plastik tepi tangga swimming pool. Bila kami bagi kerjasama untuk jaga kebersihan bersama macam tu pulak kerjasama dari pihak Saufiville. Sinki tersumpak kami fix sendiri (dgn cara curah air panas).Tidak ada extra toto atau bantal yang disediakan. Tekanan air shower dalam rumah dan di tepi swimming pool slow. Pili kurang mesra wudhuk. Untuk family day tidak la sesuai bagi, tapi untuk lari dari kesibukkan kota bau asap kereta lori boleh datang di sini sangat damai sekali.
Post a Comment