Tuesday, August 15, 2017

3 Things Malaysian Failed To Do

Assalamualaikum..

Sapa yang pernah pergi Europe and Japan mesti tau macam mana keadaan negara dorang yang bersih dan society mereka yang berdisiplin. Kan? Sampah punya lah susah nak jumpa. Tong sampah pon elok je, takde pon nampak sampah melimpah ruah, tepi tong sampah pun ada sampah, atas tong sampah pun ada botol air kosong. Lagi satu, toilet dia pon bersih. Bersih walaupon jenis takde pili air macam kita. Aim kencing betul masuk dalam lubang. Takde nampak fenomena taik terapung (sebab tak flush) or taik/air kencing bersepah atas lantai. Lepas tu toilet dia tidak la pulak hancing and takde pulak vandalism macam merosakkan harta benda awam ke, kan? KALAU lah ada, Cuma kes-kes terpencil je. Itu kalau nak compare how society dekat luar negara jaga kebersihan dan disiplin berbanding negara kita. Dalam kes ni, tak aci eh kalau nak compare dengan negara lain yang bawah sikit dari Malaysia. Yang tu macam takde tamadun pon ye. Berak pon terbuka je. Pantai, tepi jalan semua dia taram berak dah macam spesis kucing dah. Lepas berak ada jugak yang pandai kambus. Yang lagi ngek dari kucing pon ada sebab beliau berak tak kambus. Kata Orang Bangla Berak tu Vara. Vara pon boleh kah kah kah. Kita kena compare Malaysia dengan negara yang lebih maju sebab kalau tak, kita akan berada dekat level kita sekarang sampai bila-bila lepas tu taknak improve. Ok? Harini I nak share based on I punya observation. 3 things yang WE MALAYSIAN FAILED TO DO. 1) Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal 2) Lepas berak tak reti nak flush 3) Buang sampah merata-rata walaupon tong sampah dah ada. Paling tidak pon sampah dia letak dekat luar tong tu. Betul tak I cakap ni?

Yang Pertama
Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal




Yang ni tak payah cakap la bro, almost every day kita nampak. Kekadang taktau apa cerita, tengah laju-laju lepas tu zaaaaaaaaaaaaaaappp masuk simpang rupanya. Kalau sempat elak, Ok. Kalau tak memang mencium bontot la jawabnya. Tapi yang salah tetap siapa yang melanggar and bukan yang tak kasik signal tu. I berapa juta kali dah jumpa orang macam ni. Punyaaaaaaaaaaaaaaaaalah susah nak bagi signal. Spesis-spesis ni kalau kita tekan hon pon dia muka selebet selamba macam takde salah. Kekadang jugak korek idung. Geram! Macam nak suruh bg signal tu kena renjatan elektrik. Hesh! Bahaya la wei kalau tak kasik signal. Boleh accident tau? Cuba jadikkan habit, tak kisah la time tu 2 3 pagi pon TETAP kena bagi signal. Paham?

Yang Kedua
Lepas berak tak reti nak flush



Dulu I ingat menda macam ni banyak jadik dekat tandas awam sebab kekononnya tandas awam ni semua golongan guna. Mat/Minah Rempit and segala Indon pon guna so dia jadik tak pelik kalau ada kes lepas berak tak flush. Kononnya pasal depa punya mentality tak sama macam kita yang belajar elok ni. Konon depa tak sekolah tinggi so tak reti nak flush lepas berak. Kot depa kutu berahak mana yang pengotor. Tapi tak. Sebab jenis berak tak flush ni I pernah jumpa dekat Lobby 5 S Star hotel dan jugak tandas office. Office yang kerja 9 to 5 pakai baju kemas-kemas and becantik-cantik pergi Pejabat also ada mentality tak reti nak flush lepas berak. Muka cantik mekap tak bermakna kencing aim masuk lubang jamban ye? Tak. Tak segan ke berak lepas tu taik kasik orang tengok? Kita kena set dalam kepala. How kita nak toilet tu ditinggalkan untuk kita, macam tu jugak kita kena tinggalkan toilet untuk orang lain. Eee nak muntah la kalau fikir. Lagi-laghi tandas R&R adoi mau muntah hijo. Segala bijik lada, sambal, sayur ada melekat dekat taik yang terapung tu.

Yang Ketiga
Buang sampah merata-rata walaupon tong sampah dah ada



Haritu I pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Jumpa banyak Tong Sampah yang dekat keliling and atas dia penuh dengan sampah. OMG I cannot brain this. Apa yang susah sangat wei? Buang la dalam tong sampah tu. Dah ko kenapa yang letak dekat luar dia? Pelik kan? Kasik 0.5% effort je lagi lepas tu dah perfect dah. Ni tak, dia tinggalkan jugak sampah tu dekat luar. Why? Ada jugak yang jenis malas nak bukak penutup tong tu. Diletaknya botol kosong atas tu. Padahal if bukak penutup tong and buang sampah dalam tu kan lagi bagus? Ada la sebab kenapa tong sampah ada penutup. Takot masuk air hujan, takot anjing kucar sampah-sampah tu so dia ada penutup but WE MALAYSIAN tak nak usaha lebih untuk keep environment clean. Tak kiralagi yang jenis suka buang sampah keluar dari kereta, WHYYY? Ada je yang buang pampers yang ada taik keluar dari kereta, buang sampah dari tingkat atas keluar tingkap (yang duduk apartment). Hesh. Mongkey see, monkey do ye? If korang buang sampah merata-rata macam ni and anak-anak nampak nanti dia akan ikut tabiat tak baik korang and turun la dari generasi ke genarasi macam tu. Bak kata Shein, ‘Not nice’.

Yang I share ni, korang admit tak? Betul kan? So I hope jangan ada yang baca dengan perasaan marah. Not that I nak memburuk-burukkan bangsa sendiri tapi I share apa yang betul. Jangan la suruh I pindah keluar negara kalau tak suka duduk Malaysia pulak. No. I suka Malaysia sebab sini ada makanan yang sedap-sedap hahahaha. Tapi kan lebih baik kalau kita ikut disiplin and mentality society dari negara yang lebih maju dari kita? Islam tu sendiri mendidik kita jadik pembersih. Ajar anak-anak kita jadik pembersih. Simple je. Lepas berak flush, buang sampah dalam tong sampah and jangan buang merata lepas tu nak masuk simpang kasik signal. Senang kan? Bukan susah pon. ITU PON TAK BOLEH BUAT KE? Eee marah kang!

-eNd-

1 comment:

Zarina said...

Time aku baca ni..aku tengah lunch...adoyaiii...
terbayang dah biji lada dalam toilet....hahahha....