Monday, December 31, 2018

LIVE from Cyberview Lodge Resort and Spa

Assalamualaikum...

I Live from Cyberview Lodge Resort and Spa ni. I tengah depan kolam ni, Shein and Sazli tengah mandi pool lepas tu I duduk tepi kolam je la update blog. Gigih aku. Ni semua korang la punya pasal. Semalam kita nak share pasal Resort ni dalam IG lepas tu ada je yang comment and DM 'Kaksu, blog jangan lupa update pulak'. Eeeee seteressssssss! Hahahahah. Tapi takper la, I tak mandi kolam pon ni sebab semalam masa nak mandi tengok ada bebudak 2-3 orang yang tengah peluh-peluh main kejar-kejar lepas tu gedegus masuk kolam. Pakainya pulak T-Shirt biasa. Siap ada yang basuh be-bird lagi lepas kencing huwaaaaaa whyyyyyy. Terus turn-off. Sini dia punya kolam takde strict sangat pon. Takde orang jaga. Tak pakai swimming attire pon takpe. More to family punya tempat. Sazli suka je sebab sini ala-ala resort. I pon duduk bilik Deluxe mengadap taman. Ada jugak yang bilik direct access to the pool. Harga dekat Agoda RM420 macam tu include breakfast. Macam I, I lagi suka hotel. Takyah jalan jauh nak pergi breakfast. Hehe. Dasar pemalas nak jalan. Tapi sini best la makan dia. Ada this one Chinese Restaurant sedaaaaaaap. I a few time makan dengan Ellis. Dimsum dia sedap and murah. Malam tadi kitorang makan kena tak sampai RM100.00 pon. Yang tu nanti I share later. Actually dekat KL ni macam susah kan nak cari tempat ala-ala resort. Ingat tak last time I pergi Villa Samadhi. Yang tu bapak la cantik and puas hati taaaaaapi Sazli cakap takde ketenangan hati sebab mandi kolam tak boleh jerit. Kids below 12 tahun is not allowed actually. Kalau korang nak bawak family datang dekat Cyberview Lodge ni pon OK jugak. Breakfast buffet dia pon tak mahal sangat. Around RM40++ macam tu je. Shein OK je dia. Mana-mana pon dia OK. Janji hotel houze. Haritu pernah sekali bawak dia pergi De Palma (RM130 semalam without breakfast) poooon happy hahahahahha. I macam tingin nak pergi St Regis tapi tengok dekat Agoda harga starting from RM800 macam tu. Maaaahal ala-ala Samadhi jugak tapi tingin. Ko la ni Shein punya pasal. Melayan dia punya kehendak tak pepasal Mama involve jugak. Minggu depan ingat nak balik Jengka. Dah 4 bulan tak balik. A week after tengok la kalau Abah Shein baik hati, maybe dia bawak pergi hotel house lagi heeeeeeeee.


Bilik kitorang mengadap bangunan lain. OK je. Pagi rasa fresh je. Malam tadi pulak huzan. I letak je kepala terus gone. Tak sedar apa.

Friday, December 28, 2018

Genting Highland Outing With Anny Ariffin

Assalamualaikum..

Ya Allah bizainya this week. Dengan farewell office, kemas office tak abes-abes and banyak menda nak setel before masuk tahun 2019. Ni pon banyak menda yang tak setel lagi. Adeh. Ada a big changes dekat office yang I taknak cerita sekarang ni (nanti la tunggu bila ada ketenangan tapi tu pon tak janji la) Tapi I nak bagitau, cleaner office I nama Kak Aida. Dia orang Medan. Cantik, baik, rajin, jauh giler dengan Imah. I sukaaaa giler dia. Kita sama-sama masuk toilet, buat toilet audit sama-sama lulz. Toilet opis I dari karat uweeek tak selera aku nak berak, now dah cantik. Abes segala Clorox dengan Ajax I bawak pergi office. Hahahaha. But ni Kak Aida komen dekat I cakap sakit dada tak tahan sejuk dalam office ni. Nanti ingat nak belikan dia baju sejuk. Dia baik la, pengemas oranya. Punya rajin, sampai notes Boss I sepah-sepah atas meja pon dia buang hahahah comel la Kak Aida ni. Beza dengan perangai Imah. Imah dulu garang betul. Nak mintak dia buang sampah dalam bilik Dato' pon bertolak-tolak dengan Intan. Dia asyik cakap dia busy. Kerja macam-macam tak siap. Tak sangka Cleaner pon kerja sama naik stressed dengan kita. Mana entah pergi Imah tu. I taknak dah jumpa dia. Nightmare. Ni I ambik masa sekejap update blog sebab ramai dah DM tanya I OK ke tak, Dyba OK ke tak, Intan OK ke tak. Jawapan : Semua OK but semua orang bizai. Intan 2 minggu sebok focus dengan Exam and harini dia ada final exam. Kaksu tau Intan work hard and InsyaAllah akan lulus exam. Kaklong pon ada orang tanya dah sihat ke belum, Jawapan : Dah sihat al-hamdulillah. Doakan Kaklong sihat sentiasa OK? Blog ni dah macam a part of me dah. Ada la rasa macam nak tinggal sebab sekarang advert pon dah tak banyak macam dulu tapi bila ramai DM cakap rindu nak tau updates, so kena la jugak menulis. I know banyak yang I tak share, mintak maaf sebab I level bawah sikit je dari Syed Saddiq punya busy tau? Jangan main-main. Hahahaha. Anyway today nak share pasal Outing dengan Anny last week. Kitorang pergi Genting Highland je. Dari pagi jejak ke petang and lunch dekat Burger & Lobster. Lamaaaa dah plan nak outing ni but baru tercapai last week. Cerita macam-macam dengan Anny. Somehow rasa a bit relief walaupon lepas tu akan kena tembak dengan dia betalu-talu. 'Ko memang kan Suraya, saiko. Suka block aku dekat IG lepas tu marah-marah aku. Ko kenapa giler??' Lepas tu I cakap 'Ko naseb baik aku marah nko, aku jeles, aku meroyan. Kalau semua tu dah takde, maknanya aku dah tak sayang nko. So mana nko nak?' Lantas Anny pon takde jawapan and kena la redha. Hahahaha.


Anny macam biasa cakap 'Kau macam nak gemok ni Suraya, tapi takpe. Ada chance lagi nak kurus'. OKlahhhh Pengetua. Dia memang bising kalau badan I naik.

Monday, December 24, 2018

Live from The Majestic Hotel KL

Assalamualaikum...

Hi, tengah kerja ke tu. Siannnnn sesapa yang kena kerja. I sambung cuti. Rabu baru masuk kerja lepas tu ingat Khamis and Jumaat nak sambung cuti balik sampai tahun depan tak payah masuk-masuk kerja dah, terus melingkup. Hehe. I LIVE from The Majestic Hotel ni. Bawak Shein datang sini. Dari last week dia cakap nak datang hotel houze. Tapi Abah was busy with new house so postpone minggu ni la. Last week bawak dia pergi Sunway Lagoon skali dengan Kanik. Macam biasa, entry tu taktau la bila yang nak siapnya hahaha. I busy menyelamatkan dunia sampai diri sendiri pon keadaan tak berapa nak selamat pon masih tak sedar-sedar. Ni nak balik ni kang satu hal. Si Shein ni dia ada penyakit kalau datang check in hotel, dia count jari dia kekadang sampai seven. Maknanya nak ajak tido sini sampai 7 hari 7 malam la tu. Banyak cantik muka? Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap 'Abah money'. Takpon tunjuk ATM and dia bajet kat situ, kalau takde duit semua orang boleh cucuk and dapat duit free. Hahahaha. Tak lama dah dia nak masuk sekolah, but takde bawak dia decent holiday pon. Sian Shein. Takper, nanti kalau ada rezeki lebih, Abah bawak kita jalan jauh-jauh sikit next year. Dia dah janji tu. Tulis dekat sini biar kasik dia tekanan sikit. Hahahaha. Actually ni first time kitorang check in dekat The Majestic. Biasa dekat Concorde je. Balik-balik situ so kelmarin masa nak check harga semua, I cakap pada Sazli ubah angin la. Tengok harga Agoda dengan Booking.com pun tak sampai RM400.00 so OK la. Tapi rasa macam kena tipu je dengan Agoda sebab dia tulis with breakfast, but bila dah bayar and dapat confirmation rupanya without breakfast. Sini pulak per head breakfast dalam RM68.00 macam tu and Shein pulak half price. Malam tadi pulak kitorang makan dekat Colonial Cafe so campur-campur semua tetiba eh jadik mahal pulak stay dekat sini. Kalau dekat Concorde lagi murah hahahaha OMG berkiranya. Tengok Spa dekat sini macam layan jer sekali sejam pon paling murah RM400++ Okbye. But bilik memang cantik, service memang tiptop and decoration dekat dalam memang cantik la. Gym 24 hours and pool 7.00am - 7.00pm. Malam kalau dekat Colonial Cafe tu dia ada performance orang nyanyi-nyanyi semua. For me, The Majestic ni perfect untuk Couple la. Nak celebrate anniversary ke, or nak celebrate birthday ke memang best. Nak lagi best bawak duit dalam RM3-4k baru best layan Spa yang sekepala RM1,000 tu perrrrrghhhh...


Bilik Deluxe pon cantik macam ni, kalau Superior ke, Suite ke entah macam mana cantik dia. Interior hotel ni memang cantik, but exterior biasa-biasa je. Kata Sazli Mat Saleh memang macam ni la, depa suka la bangunan lama-lama nampak buruk dari luar tapi dalam cantik. Yeeeeeee je.

Thursday, December 20, 2018

Ellis's Birthday Dinner at Jogoya Starhill Gallery

Assalamualaikum..

Happy Birthday Baby! Actually dinner me with Ellis ni on 5th Dec lepas. Tachiu baby coz spend time with me on your birthday night. I really appreciate that. Dah banyak tahun we dinner sama-sama for our birthday kan? Macam-macam restaurant dah we tried. Hope kita dapat do this for many more years to come and sampai la sama-sama warga emas and berjalan pun pakai tongkat. Promise? Actually few more years dah boleh dapat tiket warga emas dah ni baby hahahahah. Nak pecah perut kitorang gelak dalam kereta bila cakap pasal Ellis dah tuweeeee and soon dapat title warga emas. OMG. Tapi takpe, tuwe at age but young at heart kan? Ellis ni pon petite kecik molek mana yang nampak tuanya. I tengok pon macam budak sekolah menengah je. Bilanya yang nak besar, aku pon taktau. Usually bila kitorang makan sama-sama nanti ada je yang cakap muka sama and nampak macam adik-beradik (^_^) Eh? I tak perasan pulak part mana yang nampak sama. For Ellis's birthday kali ni, kitorang makan dekat Jogoya Japanese Buffet dekat Starhill Gallery. Si Nora yang suggest tempat ni. Dia kata untuk ladies ada less 50% macam tu and bayar dalam RM60++ je, so I terus ON! Hahahaha. I rasa promo for ladies 50% tu dah end kot? Tak sure sebab Nora yang buat reservation semua. Kalau korang nak confirmation call je Jogoya terus. I datang dengan Ellis, goyang tetek je tinggal makan. Tachiu Nora! Nora sampai awal dengan Hanim. Kitorang pulak a bit late sebab jemmmm boleh tahan la masa nak sampai ke JW Marriot. I memang sengaja biar lapar sebab nak makan banyak sekali masssssukkk OMG macam Food Paradise. Makanan dari hujung sinun sampai la hujung sini. Inilah Buffet paling meriah, paling besar, paling variety yang I pernah makan. If kena bayar RM60.00 sepanjanggggg keretapi macam ni memang la worth every penny. Si Ellis nampak eskrem Haagen Dazs satu peti lepas tu dia cakap 'Tu mesti imitation punya tu baby, takkan la dia letak Haagen Dazs betul'. Eh helloooooooo sini Starhill la, merajin pulak kan orang nak buat Haagen Dazs imitation. Nampak dessert semua berbaris macam Pengakap tingat Shein. Ni kalau dia ada ni, sampai-sampai je terus baring atas lantai mulut dah berbuih sebab sewel tengok cake and iceream. Tengok Dimsum tingat dekat Saz. Kalau dia ada ni, sure dia akan makan slow-slow menikmati makanan. Tengok Sushi berbaris dengan sashimi tingat kat diri sendiri. Ni kalau I ada ni, sure I makan salmon sashimi 30 ketul. Eh, tingat dekat diri sendiri pon boleh ke? Hahahahaha. Bongok.


Birthday Girl ni. Malam ni pakai tudung Neelofa kemain tau? Ellis pakai cantik je, I kalau pakai macam ni samadengan kuali terus muka hahahaha. Orang kurus, kecik ni pakai tudung saji pon cantik.

Wednesday, December 19, 2018

Ha Tomyam Keramat Sama Sedap Dengan Suraya Seafood

Assalamualaikum...

I kan dah laaaaaaaaaaaaaaaama giler nak makan Sup Ekor and Masakan Panas Thai yang sedap tapi tempat tak pack macam Suraya Seafood tu tapi punya lah susah nak cari. Yang jumpa it's either sedap tapi sesak, or tak sedap tapi lengang. Macam dekat Suraya tu, nak makan memang takde ketenangan hati sebab tengah makan, orang dah tunggu dekat belakang sambil buat muka bila la ko ni nak siap makan. Kekadang makan pon sumbat-sumbat je. Sesak pulak tu, nak benapas pon susah. Tapi makanan memang sedap. Nak taknak, kena datang jugak taaaaaapi now I dah ada jumpa satu Kedai Tomyam Thailand yang ala-ala Suraya Seafood tu. Ada Bubur, ada Pulut Mangga, ada Songtam buat depan mata, Ada Thailand dessert yang Sagu+Santan tu, Ada Kerang Bakar, Fish Ball Grilled and you name it apa yang ada di Suraya Seafood, ada di Hah Tomyam. Apa nama tak commercial Hah je dia letak kah kah kah. Eh, tapi S E D A P and most important, parking senang also tak sesak. Bestnyaaaaaa!! Tachiu Kanik bawak Mama, Shein and Abah makan dekat sini. Bagi I semua dekat sini sedap and rasa dia memang authentic Thailand. Nak compare dengan makan dekat Krabi, memang tak aci. OK? I sampai sekarang rindu nak makan Nasi Ayam Thailand. Malaysia takdak. Yang ada dekat restaurant tu tak sedap. Anyways, location Hah Tomyam ni dekat Keramat. Waze I tak sure hantar sampai sini ke tak. Kalau datang dari LRT Damai tu, terus je and dia sebelah kanan. Tau tak Roti John Titiwangsa Viral tu, ha dekat situ la. Belakang Bekas Balai Keramat. Berdepan dengan kedai Hardware.


Siakap Tiga Rasa. Sedap sangat! Ikan ni dia goreng rangup. Kitorang meratah je ikan ni.

Tuesday, December 18, 2018

Shein's Sunway Lagoon Birthday Treat - Part I

Assalamualaikum..

Entry yang ni, I share gambar 'mahal' dulu la. Mahal sebab Sunway Lagoon bagi gambar soft copy dari camera dorang ni RM116.00 lepas tu sekeping je print size kecik. Kentot betul. I nak yang soft copy je padahal. Kejam kan? Kejam-kejam pon beli jugak. Hahaha. Sazli memang berbulu je cakap dengan Bangla tu. Dia tanya kenapa mahal sangat. Dah tuuuuuu kata nak bisnes kan? Pandai la dorang take advantage. Macam tiket nak masuk Sunway Lagoon ni pon boleh tahan la menyirap dia. Kalau beli direct dari Sunway Lagoon harga Dewasa is RM120.00 seorang and Kanak-kanak RM96.00 tapi I beli dari Wonderfly Asia dapat la murah sikit. Dewasa RM90.00 je and Kanak-kanak lupa berapa. Hahahaha. Malas I nak check. Wonderfly ni bagus. Kalau korang nak pergi mana-mana recreation park or Aquaria ke, Kidzania ke, Berjaya Time Square Theme Park ke semuaaaaa jadik murah sikit la. Lagipon senang. Book, Bayar and lepas tu dapat dah tiket through email. Semua boleh buat dalam masa 10 minutes je takyah beratur panjang. IC jangan lupa bawak pulak. Macam dekat Sunway Lagoon ni, time nak masuk Scream Park je la beratur lama masa first trip tu. Masa tu mula la I menyesal kenapa tak beli Express Lane punya. Tambah 50 hengget je sorang dahhhh dapat VIP treatment. Takyah dah nak beratur-beratur. Sazli berbulu je tengok orang tiket mahal potong queue lepas tu I cakap 'Papa, dorang tiket mahal'. Ko tau la kan muka orang tiket mahal ni macam poyo giler. I rasa I ada la buat muka poyo macam ni kekadang. Jenis nak poyo tak tentu pasal. Especially bila kena tabik masa nak masuk parking dekat Menara F dulu. Padahal semua orang pon Pak Guard Naza tu tabik. Kah kah kah. Base on my experience I pergi Sunway Lagoon, I ajak Saz pergi kat Theme Park dulu then baru basahkan badan dekat Water Park. Scream Park tu WAJIB pergi. I rasa tu antara yang best kena pergi dekat Sunway Lagoon ni. Shein nak naik Roller Coaster tapi tak sure dia punya ketinggian boleh lepas ke tak. Takyah beria la Shein, Abah you dah cakap 'Takyah nak extreme sangat'. So kita main je la yang level extreme dia 4/10 je. Mama and Kanik dapat naik slide yang laju tu, puas hati. Shein tengok menyirap je sebab Abah dia tak kasik naik. Hahaha. Tu pon banyak tempat kita tak pergi macam Jambatan Gantung and Mini Zoo dia. Next time la eh Shein.


Shein naik slide ni dengan I and Sazli ada la 10-12 kaki kot? Sampai tak larat la nak naik tangga tu. I wonder, bila masa yang Shein ni akan penat. Sangat energetic. Siap mandi dalam swimming pool, Nasi Tomato 1 setengah bungkus setel. Padahal Nasi Tomato tu portion melambak giler. Ko kebulur ke apa ni Shein?

Monday, December 17, 2018

Buat Ape Tu?

Assalamualaikum..

Hari semalam I bawak Shein pergi Sunway Lagoon. Actually plan nak bawak dia pergi Genting Highland tapi hotel dekat sana yang paling murah pon dekat RM1,000.00 ko aperhal? First World Hotel je pulak tu. Yang bilik kecik, lepas tu kalau nak berak, kena bangun slow-slow kalau tak tersagat bontot dekat dinding hahahahaha. I wonder jugak kenapa yang mahal sangat bilik, rupanya cuti sekolah. Perrrghh kaya owner Genting ni kan? Tu Outdoor Theme Park tak siap lagi tu. Kalau dah siap, imagine macam mana pack dia. Kalau nak ad-hoc book hotel memang tak dapat la. Kena plan 2 minggu kot baru dapat bilik so kitorang tukar plan ke Sunway Lagoon. Read Kitorang = I sebenarnya. Hahahahaha. Shein ajak pergi Hotel Houze tapi macam biasa sangat Hotel Houze so plan la lain. I kan pernah pergi Sunway Lagoon so I tau Shein memang akan suka lah. Patut haritu beli je Annual Pass boleh pergi sebulan sekali ke, memang berbaloi. Shein sukaaaaa giler dekat sini. Rumah hantu je masuk 2 kali. Naseb masa second time masuk tu, queue tak lama sangat. But yang queue first time tu, muka Sazli dah macam kura-kura. Dia memang taaaaaaaaaaaak la nak beratur lama-lama ni. I memula cakap dalam hati, memang tipis la harapan nak dapat masuk rumah hantu, tetiba lepas turun dari menda ala-ala ferris wheel tu eh, dia nak beratur. Alhamdulillah... Shein ni pulak sepesen susah nak terkejut. Geram pulak bila hantu/zombie asyik nak sergah I dengan Nik jer. Pergi la kejar Shein tu hahahahaha. Tu nanti I akan update kemudian OK? Actually merata dah jugak I punya activity sepanjang-panjang sebulan-dua ni tapi jenis merajin update bab makan je. Hahahahahaha. Padahal I ada pergi Farm in The City dekat Seri Kembangan. Hiking dekat Menara KL, holiday dekat Villaku Residence and ada a few times pergi hotel houze tapi tak sempat-sempat jugak nak update. If korang nak follow activity I, boleh je follow dekat IG. Kat situ I rajin la update dalam Instastory. Update gambar pon jarang. Seminggu 2-3x je. Anywayyyyyy today nak share Sambal Cili Api Petai yang I buat dalam minggu-minggu lepas. Sazli mintak. I tumbuk cili hijau dengan kasih sayang. Petai beli dekat this one kedai runcit dekat Ampang Jaya tu. I panggil Kedai Runcit Hi-End sebab situ barang memang mahal wei. Macam petai sekali masak ni RM8.90 harga dia. Ada la 20 biji je petai dia I rasa.


Sambal Petai + Nasi + Selom. Sazli makannya memang kering-kering macam ni. I tanya nak tulur mata tak, dia cakap taknak. Kicap pon taknak. Bengang je. Makan dengan kicap la baru sedap. E!

Friday, December 14, 2018

Progress Rumah Mak di Jengka

Assalamualaikum..

Kata Mak, dia dah jemu dah duduk KL. Tak sabar dah nak balik rumah sendiri. Hahaha. Rindu nak sapu sampah dekat laman rumah la tu. Sian Mak. Dah 4 bulan jugak dia duduk rumah De sebab rumah dekat kampung sekarang tengah renovate. Renovate ke? I rasa roboh kot? Hahahaha. Rumah depan tu roboh and buat rumah lain. Kaklong and Abang Long yang buatkan rumah tu untuk Mak. Dorang nak bagi Mak rasa duduk rumah yang selesa selagi ada hayat Mak. I respect sangat dekat Kaklong dengan Abang Long. I tak rasa ramai yang boleh buat macam Kaklong and Abang Long. Keluar duit RMxxx,xxx.oo and buatkan Mak rumah. Padahal duit tu actually boleh je kalau dorang upgrade rumah yang dorang duduk sekarang or beli landed properties. But then, they put Mak first. I rasa, I sendiri pon tak mampu nak buat macam tu. TQ Kaklong and Abang Long sebab happykan Mak. Semoga Allah murahkan lagi rezeki korang berdua, amin.... Lepas ni balik kampung, bilik ada aircond. Woo hooo!! Bestnya! Tak sabar nak tunggu rumah siap. Mesti raya ni Mak happy sebab dapat beraya rumah baru. InsyaAllah lagi sebulan boleh la Mak balik kampung and duduk dekat rumah baru.

Now boleh kata dah siap 90% dah, alhamdulillah. Kaklong and Abang Long memang kerap balik nak tengok progress. Rumah ni punya design asal from Kaklong and Abang Long la. Lepas tu Sazli lukis plan. Rumah Mak ni bukan la design ikut suka lukis atas tanah je or sesuka hati roboh lepas tu agak-agak je nak buat macam mana. Sazli siap buat plan 3D, pandangan depan atas belakang sisi semua siap. Dorang la pening kepala ukur-ukur semua sebab susah nak cantum dengan rumah Mak yang belakang. Ruang tamu taknak nampak dapur la, taknak nampak belakang la. I tak berapa paham sangat and tak boleh nak imagine sebab tu I tak jadik Architect macam Sazli. Hahaha. Contractor pon kitorang ambik dari KL yang ada team dia. Kena explain macam ni sebab ramai sangat yang concern dekat family kitorang pasal rumah ni. Hahahaha. Jangan risaaaaaaaaau, kitorang laaaagilah nak rumah ni cantik and siap sempurna. OK? Masa memula roboh and baru nak naik tiang, Mak memang stressed out la sebab ramai reporter dok report dekat dia rumah tak serupa rumah orang la, tak elok la, naik tiang tak betul la and macam-macam lagi lah. Sian kat Mak tak pepasal risau sampai tak boleh tidur. Hadoiiii memang I angin time tu. Now dah siap 90% ni alhamdulillah nampaknya masyarakat dah boleh terima design rumah ni hahahaha. Sabar ajer la nak handle over concern people ni alahaaaaaai. Anyways, TQ la jugak sebab prihatin. Dah jom tengok rumah Mak macam mana.


Simple je. Tingkap tu memang Kaklong nak macam tu. Lain sikit dari typical design rumah-rumah yang ada dekat kampung Mak. Ramai dah pon buat macam ni dekat Malaysia cumanya maybe orang kampung tak biasa tengok so depa rasa pelik la kot? Nak buat atap tu pon bukan senang nak design. Puas jugak la Kaklong, Abang Long and Sazli meeting. Hahahaha.

Thursday, December 13, 2018

Shein's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! Semalam puas dapat gomol dia, gigit bontot dengan lengan dia. Masa tu I pakai lipstick so melekat la dekat kulit dia and dia ingat darah. Nanges yang kuat giler 'Huwaaaaaaaaaaa blooooooood! Hahahahaha. Why you bite me Mama? Why????????' Sampai je Sazli dekat rumah, dia mengadu la dekat Sazli mintak simpati sekali Abah dia join I gomol dia hahahahaha. Sian Shein kena buli dengan Mama and Abah.. Shein ni good boy. I hulur lengan, suruh dia bite I balik tapi dia bite slow je. I tau dia taknak I sakit. Tapi I gigit dia sampai berbekas HAHAHAHAHA geeeram! Sorry Shein... Lama dah nak tengok dia ceria macam ni. 2 minggu demam melepek je. Ajak fight apa semua taknak. Nanti weekend we go to Genting Highland OK? Abah and Mama treat you for your birthday. Tak sempat nak pergi jauh-jauh sebab Abah busy with new house. Nanti we buy the Ultraman Ginga thing dekat ToysRus for your birthday although Mama rasa menyirap tak worth it sebab RM370.00 tapi dapat macam gun je. Amenda la... Semalam lepas makan-makan, masa dia cakap nak menda tu pon dah nanges huwaaaaaaa, maka Maktok dah kesian, so dapat la Shein. Untung la jadi Shein... Mama dulu masa kecik, anak patung pon guna beluti kayu je. Lepas tu bungkus dalam kain batik - jalaaaan... Anak patung pon kalau dapat yang dekat kedai cina jenis plastik pink tu je. Baju dia Atok akan jahitkan sendiri. Mainan lain memang takde la. Si Shein punya toys ni kalau kumpul-kumpul semua mau dapat handbag Celine kot? Mainnya sekejap je. Paling lama 2 hari lepas tu simpan buat tukun. Bukan dia berminat pon. Palingggg lama dia main is Ultraman and Monster punya collection. Yang segala mala Tobot yang besar-besar tu main sekejap je lepas tu good bye forever. Malam tadi tetiba ajak pergi Zoo nak tengok Giant Cat Fish lepas tu nak main Football with Kanik T____T hahahaha. Macam-macam dia mintak nak buat bila badan dah sihat ni. I ingat nanti bila dia bebetul fit, nak bawak pergi Sunway Lagoon lah. Sure di suka.


Semalam balik kerja I singgah KLCC beli cake and balloons for Shein. Saja je makan-makan ambik gambar dekat rumah Maktok. I beli satay jugak. Shein macam biasa la nak ajak bergambar sikit punya seksa. Kita nyanyi birthday song dekat dia, dia menyorok bawah meja. So takde la proper photo kitorang sekeluarga. Mama + Abah + Shein pon takde gambar.

Wednesday, December 12, 2018

Happy 6th Birthday Sheindong!

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! 12/12/12 - 12/12/18 Tak sangka Shein dah 6 years old dah. Besar dah dia... Teringat lagi macam mana I merana mabok dulu masa mengandungkan dia and also pengalaman masa dalam OT masa bersalinkan Shein (boleh baca dekat sini). Rasa macam sekejap je masa berlalu tetiba Shein dah 6 years old and dah masuk sekolah pon. Bila nak ada adik tu? Hehe. Takpe nanti next pregnancy Mama tapau kembar terus. Lepas tu takyah dah beranak. I malam tadi tunggu until 12.00am nak wish dekat dia. Dia pon dalam mamai-mamai cakap 'Tachiu Mama, I want to go Hotel House Higher with Adrieyl and Altaav. I want to eat chocolate, strawberry and ice cream. I want to sleep, shower and swimming at Hotel House Mama'. InsyaAllah Shein... Nanti Mama and Abah will arrange for you, Dia cakap nak Chocolate Cake and blow fireworks candle as well lepas tu nak Cat. Semalam tengok Upin Ipin dengan kucing tetiba mintak Cat. Lama dah dia ask for Cat tapi malas nak layan. Shein memang suka kucing... Tapi I tak boleh pulak sebab 1, nak kena handle dengan taik dia semua lepas tu no 2, kalau meninggal ke kucing tu nanti I akan merana giler. So cannot. Pergi check in pon maybe dekat-dekat je sebab Abah busy with new house... Target nak pindah hujung bulan 12 entahkan tercapai entahkan tidak. Ni dekat office bersusun kotak tak unpack lagi, lepas tu nak kena pindah rumah pulak, Ya Allah... I dah boleh imagine macam mana penat dia tu but at the same time of coz I'm exited untuk start our journey at new house. Shein pon bila new house dah ada bentuk, dia dah suka la nak pergi sana. Kalau tak dulu, lalu dekat simpang pon dah jerit-jerit cakap 'No new house Mama'. Anyway, Shein now dia punya appetite dah back to normal. Macam I cakap dalam previous entry, I bagi Shein makan supplement yang I beli dekat Vitacare and macam biasa sebab ongtue, So I dah lupa la nak ambik gambar. Actually I Google, any supplement yang ada Pribiotic bagus untuk perut anak-anak. I beli jenis syrup perisa orange sebab kalau tablet or serbuk confirm dia taknak punya. Tak boleh lupa I bila Shein muntah every meal yang dia makan. Muntah macam hujan tu.. Lepas tu badan dia susut giler. Now dah back on track slowly. Dah nak mintak makan cake, chocolate, abeskan Mama punya Yogurt Drinks and mau makan keropok goreng dah. Malam tadi 2 trip I goreng keropok kembang. Lepas tu siap mintak makan Rice and Cully (Curry). Hehe.



Kenangan Shein masa rambut panjang. Time ni dia 4 tahun.

Tuesday, December 11, 2018

Zeeshan and Zaheen Birthday Party

Asslamualaikum.. 

A week before kitorang pergi ke Villaku Residence Balok dengan kawan-kawan Teknik Kulim Sazli untuk kali ketiga bagi family kitorang T___T I sempat la kitorang attend Zeeshan and Zaheen punya birthday party dekat Jungle Gym, Atria on 25th November lepas. TQ Poja tak pernah lupa aku each time buat apapa. Actually time ni je la yang I boleh jumpa dengan Poja sebab dia duduk bapak jauh dekat Bukit Jelutong sana, while I'm in Ampang. Tak sangka Poja dah ada dua anak. Zeeshan dah masuk 3 tahun and Zaheen dah masuk 1 year pon. Rapat-rapat anak dia. Now Poja cakap dia busy dengan FG Walet dia and dah lama tak berlakon sebab dia cakap now dia fikir nak kembangkan business dia je. I ingat lagi Poja start buat FG Walet ni dalam tahun 2007 macam tu and now dah masuk 11 tahun dah. Memang dia start slowly but dia consistent and sustain. Memang susaaaaah nak sustain dalam business ni. I selalu cakap pada Anny, jadikkan Poja as a contoh. Masa FG Walet start dulu, bukan ramai orang tau and now FG Walet dah masuk Lulu Hypermarket and ada baaaaanyak dekat Kedai Petronas especially dekat Petronas Bukit Jelutong. Congrats Poja! Knowing her I know dia ni memang jenis serious dalam apa menda pon kerja yang dia buat. If dia berjaya, it is atas kerja kuat dia. Poja always down to earth. Actually dia dah Datin pon sebab Zhaf dah dapat Datuk tapi dengan kawan-kawan dia macam tu jer la. Takde nak berdatin-datin semua. Haritu I tanya dia, nak kena panggil ko Datin ke acane ni? Marah dia terus tanya nak kena lempang ke tak. Hahahaha. Haritu I tengok Poja kurus je macam anak dara. Now pon dah bertudung. I tanya dia, 'Poja, macam mana nko boleh ada kekuatan pakai tudung for good?' Dia jawab 'Dah menda wajib, tak pakai bedosa' Setepek kena dekat muka. Hehehe. I dengan Poja dah kenal dalam 12 tahun macam tu. I tak selalu pon jumpa Poja tapi kitorang memang selalu update with each other. WhatsApp dengan DM dekat Instagram. She is really nice girl. Memang budak baik, walaupon dulu dia artis boleh tahan hot. Masa sama-sama tak kawen, memang kerap jugak jumpa. I ingat lagi time tu kitorang selalu lepak sama dengan Saz, Poja once told me 'Su, ni la jodoh nko'. So menda tu la dia keep on cakap kalau jumpa dengan sapa-sapa or introduce I dekat sapa-sapa. Bangga sangat la tu konon dia dulu yang tau dengan sapa I kawen. Rindu ko Poja.. Aku nak nko tau, although kita tak selalu jumpa tapi aku sayang nko and appreciate our friendship. Poja selalu paham apa dalam hati I.. Dia ni Tok Bomoh, sebab boleh baca orang by mata, hidung, muka, tapak tangan semua. Seraaaaaaaam...



12 years of friendship and counting...

Sunday, December 9, 2018

Pasal Pindah and Pasal Special Jumulung

Assalamualaikum..

I memang bussssyy sangat lately.. Tengah bizai packing dari Menara F nak ke Wisma F. Tu yang blog ni macam tak berapa nak update. Weekend pon kena datang kerja untuk siapkan packing. Lepas sort out, ada 4 box je tinggal and lagi 3 plastik besar is sampah semua. Entah document apa la I keep sampai banyak macam tu. Paling best, ada 1 kotak bawah meja I tu, barang yang tak sempat susun lagi dari Balai F dulu. Hahahaha. I pejam mata je buaaaaaang segala-segalanya termasuk bekas-bekas, kotak, fridge magnet and bekas pencil + stationaries melambak giler. Tapi silap la, patut asingkan 1 bekas bagi pada Kakak Cleaner kot dorang nak guna ke apa kan? But nasi dah jadik bubur. Kalau dorang rajin, dorang kumbar bag sampah tu and asingkan la sendiri apa yang dorang nak. Took me 4 hours jugak nak siapkan semua. Esok, nak siapkan packing document company pulak. Wei, penat la pindah office ni. Dari 2003 kerja dekat F ni, maksudnya dah 3 tempat la office I. Pindah company pon 3. Dari Transport, ke Sutrajaya Shipping and now Rubber. Tak kena gaya lepas ni pindah company lain pulak. I pon sedih sebenarnya dengan situasi sekarang but I believe memang everyone pon struggle sekarang ni. Banyak company yang offer VSS or worst Retrenchment terus. I ingat lagi dulu, happy je kerja. Hari-hari seronok datang kerja. Rindu dekat kawan-kawan yang dah resign macam Fiezul, Sarah, Ira, Mas... Ada jugak yang dah transfer department macam Ross, Gee and Siti. Latest ni, Intan and Izzah pon dah tukar department. Yang tinggal now dekat company sekarang is Dyba dengan Ezy je. But each time I rasa down and sedih, I keep on remind myself yang dorang semua still hidup bawah langit yang sama and akan dapat jumpa jugak. Cuma yang resign je la susah nak jumpa. Macam Fiezul dah jadi Abang Bomba and Sarah dah duduk Melaka. Intan and Izzah still kerja F, so still boleh jumpa although dah tak sama tempat. InsyaAllah soon kitorang akan re-united back sebab kitorang pon esok akan 100% berada di Wisma F lepas siap transfer semua barang dekat sana. Sedih memang sedih nak tinggal Menara F ni. I suka sini, dekat dengan KLCC but then fikir, apa guna stay sini kalau Kaklong, Intan and Izzah takde dekat sini kan? Thank you Menara F for the memories.. Anyways, harini throwback sikit makan dekat Koryowon dengan Intan 31 October lepas, last day dia dekat Menara F sebelum pindah Wisma F. 


Special Jumulung RM80.00 good for 4 person, tapi kena makan dengan nasik la. Haritu kitorang makan berdua, memang kenyang giler!

Thursday, December 6, 2018

Bangsa Johor Jommmmm Ke Iskandar Main-Main Weekend Ni

Assalamualaikum..

Untuk orang Johor yang takde buat apapa weekend ni boleh datang bawak anak-anak ke Iskandar Main-Main pada 8 and 9 Disember ni dekat Puteri Harbor, Iskandar Puteri, Johor. Nak senang waze je Senrio Hello Kitty Town. Apa yang ada dekat sana? Best ke? Sesuai ke untuk semua golongan EH OF COZ LA. Untuk bebudak, ada Dinosaur Kingdom. Dengan Moscow Circus Show. Menda-menda macam ni susah nak dapat kalau takde event macam ni, kalau ada pon kena bayau. Yang Iskandar Main-main ni ADMISSION IS FREE. Takyah bayar apa. Nak tengok Dinasor dengan Sarkis pon for FREE. Tapi untuk 2 menda ni, korang kena register je dekat UEM Sunrise booth untuk redeem ticket tau? Street Circus pon ada.  Ni la peluang untuk keluar spend time dengan family sama-sama and semua pon boleh happy. Bebudak boleh tengok dinasor and circus, emak-emak boleh cuci mata sebab ada Bazaar/Market lepas tu ada pulak artis-artis yang akan datang macam Man Bai, Rahim Maaoof, Hujan, Joe Flizzow, Zee Avi and ramai lagi lah.  Ada jugak Performance Art macam LED Drum Dance, Orang-Orang Drum Circle, Lee Wushu Arts Theater and more than 10 performance yang akan ambik bahagian. Kalau nak tulis semua memang akan meleret sampai ke bawah la entry ni. Ada apa lagi? Outdoor Activities macam Bag Jump, Boat Rides semua and untuk dak-dak Art korang boleh join Workshop Abstract Drawing, Bamboo Art, Comic, Sewing Embroidery, Photography and many more. Best kan? Memang a good event untuk hang out seisi sekeluarga. Takde pengecualian. Apa laaaaaaagi Bangsa Johor, kasi serbu la Iskandar Main-Main ni. I bet memang event ni happening lah. Circus Moscow tu bukan senang eh nak tengok. So pleaseeeee korang jangan terlepas untuk grab peluang ni. OK? Meh I summarize sikit.

Iskandar Main-Main
8 and 9 Disember 2018 (12.00pm – 12.00am)
Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor


Besarnyaaaa Dinosaur! Jangan kata bebudak, ongtue pon akan suka ni weh!

Wednesday, December 5, 2018

Kula Cakes, Kuantan

Assalamualaikum..

Hi Orang KL apa kabar? Ramai DM tanya I dengan Shein dah sihat ke…? TQ sebab sayang I dengan Shein and care about us. Jawapan : Shein dah sekolah semalam. Last week dapat 7 days MC. Tapi dalam pada tak berapa fit tu lepas kitorang ke Kuantan 4 hari. Hehe. Trip Villaku Residence ni pon Sazli and ‘adik-beradik’ dia dah plan since April lagi kot? Memang semua looking forward and kitorang pon pantau jugak keadaan Shein macam mana. Ubat memang semua standby. Shein OK je kat sana cuma ada masa dia off a bit. Bagus jugak la, kurang hingaq dia cumanya dia tak jadi diri dia sebenar la. Pasif je. Biasa bangun pagi dah fight dengan Sazli ni Sazli bagi pipi suruh slap pon dia taknak. Biasa tengok dia huru-hara and mentarzan semua bila dia diam ni ada rasa rindu. Appetite pon kurang sangat-sangat. Sian tengok dia tak enjoy makan. Kalau suap makan apapa pon, makanan tak sampai mulut dia lagi, dia dah nampak meloya. Biasa makan nasik sehari 2x ni tengok dia makan sikit, sedih pulak. Tekak dia nak makan macam-macam. Nak milo, nak chicken, nak soup, nak rice semua dia mintak. Tapi bila bagi, sikit je dia makan. Sian anak Mama. Kek Coklat yang dia suka pon terkuis-kuis dia makan. Dia selalu buat mulut macam rasa-rasa tu. Tau kan? I rasa Shein tak sedap mulut tu but nak cakap taktau macam mana. Hahahaha. Tu dia buat mulut dia macam tu. Get well soon anak Mama. Sian sangat tengok. Game pon dia tak lalu nak main jugak. Pegang je iPad tu lepas tu menung. Selalu mengadu, 'Mama, I'm so tired. I'm sleepy. I want to sleep'. Harini I nak check darah Shein. Just to makesure yang everything is OK. Korang doakan Shein sihat Otomen balik macam dulu eh? Biarlah dia huru-hara lari lompat sana sini, no complain. Dari dia diam je, naik risau pulak I. Anyways, ni nak share yang kitorang makan dekat Kula Cakes masa Saturday. Dekat sini memang popular with their Mango Cheesecake and I kena admit, memang takde lagi Mango Chesecake yang sesedap dekat sini yang I pernah makan. If korang tanya, 'Izzit worth to queue?'. For me, YES it is worth it. Tapi for Mango Cheesecake je la. Untuk yang lain-lain I rasa biasa-biasa je. Sedap lagi Huda punya cakes.


Mango Cheesecake RM8.00 1 slice. 4 kali ngap gone.