Monday, July 29, 2019

Makan Seafood Sedap and Affordable Di Swan Seafood, Kuantan

Assalamualaikum..

Hari Sabtu-Ahad kitorang pergi ke Kuantan. Impromptu plan je. Jumaat tu tetiba Kaklong cakap nak bawak Kaseh pergi ke Gambang Water Park. Dia kata malam tu dia balik Jengka dulu and bawak Mak terus ke sana. So I pon OK la. Lagipon Shein sure suka main-main air ni. Based on experience, usually kalau dah sampai ke Gambang, kitorang akan dinner dekat Kuantan. Better la check-in je dekat Kuantan, so takde la nak balik terus malam tu ke Jengka. Ingat lagi tahun 2011 ke Gambang, dengan penat badan main air dari pagi jejak ke petang, kitorang terus ke Kuantan (Tanjung Lumpur)  makan kat Makcik Sombong lepas tu straight balik ke Jengka. Time tu gerak dari Kuantan dah 10.30pm macam tu. Masa OTW nak balik Jengka,  dekat Jengka 4 jumpa dengan Pocong toing toing tepi jalan. Hahahahahaha. Sazli la kesian. Berapa malam pejam mata tido, nampak Pocong. I tak jaga pon sebab membuta. Tau Saz nampak hantu pon sebab dia baca-baca ayat quran. I terus tanya 'U, nampak hantu ke?' Saz pulak time tu nak lawan takot, dia bukak tingkap and hisap rokok. Lepas nampak hantu pergi bukak tingkap, tak paham aku. Hahaha. Time tu pon memang famous pasal orang jumpa Hantu Bungkus dekat Jengka 4. Setan Bodoh la tu sengaja nak kacau. Jalan nak ke Jengka pon, kalau malam memang gelap gelita. Lepas lalu jengka 4, lalu pulak Bukit Gajah. Situ Hutan kiri kanan. Sesuai la untuk pengambaran cerita hantu. Eeeee takot. Kitorang ni banyak betul experience dengan jalan gelap semua ni. Ada sekali masa balik Johor, dari Kemelah nak masuk highway, Shein nak poo-poo. Lepas tu kitorang berenti kedai makan tepi jalan entah dalam hutan mana, lampu pon malap je. Ada pulak tu orang makan and was wondering, tu kalau la kita mintak bungkus, lepas tu masuk dalam kereta and by the time nak makan tengok-tengok caaaaaacing. Hahahaha. Adoi, besar pengaruh tengok drama melayu. Anyways! Kali ni I nak share satu tempat makan dekat Kuantan yang sedap, murah, berbaloi and lagi sedap dari kedai makan seafood dekat Tanjung Lumpur. Eh, tapi ni pendapat I tau? Pasal rasa ni very subjective. Ni mengikut tekak I la. Tachiu Asma and Go yang suggest tempat makan ni. Cuma masa order tu, I tak bawak my handphone turun so tak boleh nak ingat apa yang Go suggest untuk order. Masa tu masuk-masuk restaurant I dengan baju and seluar tido, bungkus kepala dengan towel, duduk and order. Meja sebaba Dato' Zaki, meja sebalah sana Dato' Zainal. Dato'-dato' belaka. I cakap kat yang ambik order, 'You tunggu eh, kejap lagi I turun dah Siti Nohaliza'. HAHAHAHAHAHA.



Must order tanpa banyak alasan. Patin Assam. Ni kalau korang jenis makan Ikan Darat la. Kalau jenis tak makan Ikan Darat tak payah order. Ni first time I makan Ikan Patin masak macam ni. Bapak la sedap! Ikan dia fresh and tak hanyir. I saspek ni Patin Buah. Harga RM120.00 sekor. 

Thursday, July 25, 2019

Draw Your Ambition - Shein

Assalamualaikum..

I selalu borak dengan Saz, nanti bila Shein dah besar nak suruh dia jadik apa. I cakap, I nak Shein jadik Dentist. Nanti bukak Klinik sendiri. Senang. Takyah doktor dekat Hospital nanti busy la kena oncall and all. Bukak je Klinik sendiri. Sazli pulak cakap, dia tak kisah Shein nak jadik apa. Asalkan Shein happy. Takyah pandai sangat on academic pon takpe kata Sazli T___T Haritu masa Teacher's and Parents meeting, Ms Dave cakap Shein is really into music. Dia cepat tangkap. So dia suggest masa long holiday summer break ni, bawak la Shein pegi Music Class. I was thinking nak bawak dia pergi Yamaha dekat Ge Mall. Tengok apa yang dia suka. Guitar ke, Drum ke, Piano ke. I pon nak tengok jugak kot ada Drum Class ke, boleh I join sekali. Shein class lain, I class lain. Dah lama dah berangan nak belajar main Drum. Tetiba Mak Shein yang excited. Hahahah. Bak kata Sarah, anak sorang boleh la belajar music dekat Yamaha. Nanti dapat anak kembar macam dia masuk kelas main kompang je hahahahahaha. So nanti bebila ada free time, I nak pergi Yamaha.

Macam Shein, kita tak pernah cakap dekat dia Abah kerja apa, Mama kerja apa. So dia tak didedahkan dengan apa yang kitorang buat. Cuma ada masa tu I kena bagitau dia, Mama and Abah have to go work sebab nak buy you toys, pay for a movie ticket and for a 'hotel house' vacation. So, dia paham la. Now pon kalau tanya dia, apa dia nak jadi bila dia dah besar, I rasa dia pon confuse jugak tu. Hahaha. Ingat tak dulu masa sekolah rendah ada column cita-cita yang kena isi? I dulu tulis No 1 nak jadik Polis, 2 nak jadik Cikgu, 3 nak jadik Pramugari amboi. Yang Stewardess tu almooooooooooooost dah I nak pergi. MAS and Air Asia both pon dapat dah. Tapi mendapat tentangan dari kedua Ibu Bapa. So mereputlah I kerja dekat sini sampai la bila-bila. Hahahah. But takper la, I tau apapa pon yang jadik. Baik buruk, sedih gembira, tu semua Allah dah tentukan. Happy pon takde la all the time dia kasik happy, nanti lupa diri. So ada masa, dia tarik sikit-sikit kegembiraan tu sebab dia nak kita go back to Him. Kan?


Ni Shein lukis. Ms Dave cakap 'Draw your ambition'. Bila Shein lukis ni and cakap dia nak jadik 'Builder', maka terkejut la kitorang sebab kita tak pernah cakap pada Shein yang Abah dia kerja Architect. 

Tuesday, July 23, 2019

Soukhascarves Is Ready To Order! Get RM10.00 Less For Introduction Price

Assalamualaikum...

Ingat tak masa dalam bulan puasa haritu, I ada share pasal I punya new collection tudung? Time tu I memang excited sangat nak launch taaaaaaaapi my partner is cerewet like that. Dia cakap tunggu dulu. Nak kena siapkan kotak and gift card semua. At that time kan Raya Aildilfitri? So semua orang macam ada deadline and tak boleh nak cater things on-time. Based on my previous experience with product, I dah taknak buat kelam kabut but at the end of the day, result tak dapat macam apa yang I nak. Lagipon tudung ni takde menda pon nak risau sebab dia takde expired day... Keluar cepat atau lambat tak kisah janji end result sama macam apa yang kitorang nak. So Alhamdulillah now that semua dah setel and now I presenting to U, Naema Square Series! Made from Premium Satin Crepe with exquisite custom design. Ada 5 different color. I gaduh-gaduh dengan my partner nak pilih color tau? End up we have these 5 colors. I buat Naema Square Series ni dengan penuh kasih sayang and detail dari mula nak design sampai la nak jahit semua. Semua I bagi the best yang I can give. InsyaAllah.... Design semua kita buat sendiri and korang takkan jumpa this design dekat mana-mana tempat pon. Exclusive sangat! Material I pakai Satin Crepe sebab nak nampak exclusive. Dia actually tak berkilat pon, tapi sebab lighting dalam studio ni bright sangat so dia nampak macam kilat sikit. Senang nak bentuk. Itu paling I tengok sebab I pon pakai tudung jugak kekadang (Ya Allah ampunkan dosaku) so of coz I nak carik yang senang nak bentuk. Ukuran tudung ni standard, bidang 45 and ukuran 25x25 sama macam tudung Ariani. Tak besar, tak kecik. Untuk Naema Square Series ni kita buat macam ni dulu and next, I akan buat macam-macam jenis lagi kalau ada masa and umur panjang. InsyaAllah.... So, mempersembahkannnnnn!! 



Code Satu :  Warna Light Blue. Punya pemalas nak letak nama code, aku letak Satu je. Hahahaha.

Friday, July 19, 2019

Movie and Outing with Aliah and Atig

Assalamualaikum...

2-3 minggu lepas Aliah and Atig ajak kitorang tengok movie cerita Alladin. SI CT and Zairi dah tengok so dorang tak join la. Lepas tu ajak tengok dekat KLCC. Berani kan? Biasa dorang tengok dekat Spectrum je. Perbincangan jadik kelakar sebab Si Sazli pesan kat Atig 'Tiq, ni KLCC. Ko jangan nak pakai selekeh-selekeh'. Lepas tu kata Si Atig, dia baru plan nak pakai kain. Ni KLCC kena la cantik-cantik. Jangan nak pakai seluar senteng tu. I dengan Aliah memang menyampah dah tengok Si Saz and Atig pakai seluar British India yang nak kata pendek tak, nak kata panjang pon tak tu. Kata Aliah tu seluar banjir. Saz cakap, 'Ni fashion, korang apa tau?' Lepas tu Saz cakap kalau KLCC dia pakai selekeh je, pergi Spectrum baru dia pakai smart-smart hahahaha..  I pon book la online. Lepas tu bagitau dekat Aliah and Atig, satu tiket RM22.00 lepas tu Aliah cakap 'Mahalnyaaaaaaaaaaaaaaa, tiket aku ko beli 3 ke 4?' Pastu Sazli cakap 'Beli 4 la bongok, ni KLCC. Spectrum boleh la ko masuk 4 orang beli tiket 3'. Si Aliah bengang tiket mahal lepas tu I printscreen harga online, tiket dewasa RM22.00, tiket kanak-kanak RM9.00 baru laaaaaaa nak percaya! Hahahahaha. Tu la, bezaman tak tengok movie dekat KLCC macam ni la jadiknya. Ni pon Aliah ajak pergi KLCC sebab dia nak pergi Sephora. Dekat Spektrum mana ada Sephora. Kalau dekat Spectrum Aliah and Atig suka beli couple seat je. Pastu masuk bole tido amik 3 seat. Kat KLCC mana boleh buat macam tu. Kata Sazli takpe, sementara waktu beli je dulu 4 seat ni. Kalau nak buat perangai macam tu tunggu Saz beli KLCC, dia ubah la peraturan. Hahahaha. Dorang ni sembang kencang je. Sazli nak beli KLCC, Si CT pulak nak beli Spectrum. Dah la harga RM22.00 tu kata Aliah mahal sebab I markup, sebab I agent TGV KLCC. Sesuka hati kan? Semenjak bila TGV ada 'ulat' jual tiket? Si Saz cakap pada Aliah, kenapa nak beli bedak dekat Sephora, mahal. Pakai je bedak ketul cina yang macam chalk tu. Murah. Lepas tu bertahun boleh pakai. Hahahahaha. I ingat lagi bedak tu I pakai dulu masa zaman sekolah. Selalu la mintak kat Ayu Ayob sebab dia memang supplier bedak. Sekarang taktau ada lagi ke tak.


Kata Saz 'Aku seram dah ni Tig, aku pukul 10 dah ngantuk. Ni Aliah dah cantik-cantik ni. lepas movie sure dia taknak balik. Tapi ni pukul 12.00am, kedai makan best mana ada bukak dah'. Ehhhhh sapa kata takde? Adaaaaaaaaa.

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.

Tuesday, July 16, 2019

Sri, Azah and Apai Coming Over

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama Sri mintak nak makan makanan yang I masak, finally Ahad haritu terlaksana. Dengan syarat, kita main masak-masak. So maksudnya kena masak sama-sama lah. Hehe. Sri ni busy je kesana-kesini. Cycling la, diving la... Merata-rata dia berjalan. Haritu mintak buat main masak-masak macam ni sebulan sekali pon Azah cakap, Sri ni mengalahkan PM. Dia busy all the time. I pon kekadang tengok IG Sri, rasa macam tak penat ke dia ni bejalan je... Macam I, nak sangat try Diving, tapi jenis cepat panic..  Duduk dalam terowong lama-lama pon rasa tak boleh nak benapas. Anyway, yang makan-makan kali ni Saz ajak Sri, Azah and Apai. Semua kawan-kawan Architect dia masa dekat Shah Alam. Kata Saz, dorang ni semua budak pandai. Dia je yang tak berapa pandai. Nanti kalau ada exam ke, dia menempel la dekat bebudak pandai ni. Aina pulak patut datang dengan husband dia but ada hal lain pulak last minute. Ni first time I jumpa dengan Azah. Tapi Azah macam tau semua I buat. Kata Azah, dia follow I dah lama on IG sebab dia suka I share bab makan. Kekadang tengok I posting gambar makanan malam-malam rasa bengang je. I kan, masa memula Azah datang tengok dia imej grunge ada rasa seram. Tapi bila dah lama-lama tengok dia kupas bawang, goreng ikan, tumbuk sambal rasa macam cute pulak. Hahahahah. Tachiu Sri and Azah sebab tolong masak. Haritu pon I slow movement sebab a day before I main futsal, so kaki sakit. Masa lepas makan, dorang lepak borak, I dah tak boleh nak join. Satu, sebab tak paham apa dorang cakap. 2 sebab kasi chance la. I paham kita ni kalau jumpa kawan-kawan lama memang la nak mengimbau kenangan silam. Puas jugak I korek dengan Sri and Azah, Saz ni ada tak girlfriend, dorang cakap takde. Kata Azah, memang ada orang minat dia tapi Saz jenis rimas. Lagipon macam mana nak ada orang kacau kalau Saz asyik bekepit je dengan Sri. Hahahahaha. Saz cakap, kawan-kawan dia ni ramai. Tapi ada different group. I kenal most of kawan-kawan Akikemon Sazli. Semua pon baik-baik. OK, dah jom I share apa yang I masak haritu OK?


I buat Sambal Tahun, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ikan Goreng Asam, Sambal Belacan Goreng, Ulam-ulam and Cili Padi Bawang Kicap.

Monday, July 15, 2019

Kisah Raya Apai dan Sejarah di Sebalik Wak Dan. (Poyo je tajuk)

Assalamualaikum..

Sebelum Apai pressure I tanya bila nak keluar entry dia beraya, baik aku masukkan sekarang. Kang nanti abes semua gambar dalam FB yang takde kena mengena dia comment 'Maksu, entry raya Apai bila nak masuk?' Hahahaha. Aaaahhhh banyak cakap la ko Apai, orang order kipas sampai sekarang dah 2 tahun tak dapat-dapat. Dia cakap sebab quota dah takde. Dulu masa zaman ada quota, takde duit. Bila quota dah takde, duit pulak ada. Sudahnya sampai Apai resign dengan Dyson, kipas kemana.. apa kemana. Kipas Dyson takde bilah tu pon taktau sapa yang dapat. Rasanya macam Apis sorang je. Hahahaha. Alia and Atig pon ada aim vacuum but tak dapat jugak sebab 3-4 tahun lepas kita semua macam tengah mencari arah tujuan dalam hidup, duit pon tak berapa nak ada. Macam sekarang pon duit tak masih tak berapa nak ada lagi but hidup ada improvement la. Hahahahah. Kitorang sebenarnya kalau lepak ni, rasa macam kelakar pon ada. Sebab nanti sorang-sorang mula la cakap pasal kenangan dulu-dulu. Wakdan ni asalnya team bola gabungan WakLu FC (Bebudak Kajang) dengan DanDan FC (Bebudak Perth). Macam Ghofur dia main untuk both team and dia la yang menyatukan kitorang bebudak Wakdan ni. Actually yang paling tuweeeee and yang paling takde kena mengena ialah I la. I ni sebab kawen dengan Sazli, so jadik la a part of WakDan. Dalam WakDan ni pulak yang kelakarnya related to each other. Macam Apis dia kawan baik denga Khatig dari zaman study dekat Johor. Pastu Si Lia pulak kenal Apai, Amie semua dari UiTM Shah Alam kot? Boleh kenal time tu sebab kata Lia, Apai dulu popular la sebab ada Satria. Anak Dato' kayaaaaaaaaa boleh la kan dah bawak Satria time study. Dulu sapa ada kereta ni, memang popular la sebab senang nak tumpamng pergi mana-mana. Kereta Apai, Si Amie pulak tukang duduk sebelah, so kalau ada awek lalu Amie la tukang panggil, 'Nak tumpang ke? Nama I Danial'. HAHAHAHAHAHHAHA Mampos nama nak Danial je. Lepas tu dorang borak la cakap waktu tu pergi clubbing malam, balik tido depan surau lepas tu pukul 9.00am masuk kelas pakai baju clubbing malam tadi. Si Sazli pulak kenal Khatig dah lama. Dulu Mak Atig tender kentin dekat Sekolah Menengah tempat Sazli belajar. Kat Ampang. Lupa dah apa nama. Kata Saz, Khatig dulu belagak la sebab Mak tender kentin. Zaman dulu kalau Mak ada tender kentin pon dah belagak sebab dah cukup kaya. Mintak nak beli keropok pon Atig taknak bagi (padahal ada dah siap goreng). I tanya, 'Apesal ko taknak jual keropok?' Atig jawab 'Sebab belagak. Mak aku punya kentin, suka hati aku la nak jual ke taknak'. HAHAHAHAHA. Bangang.



So meh I citer macam mana friendship dalam gambar ni terjadi. 

Thursday, July 11, 2019

Selamat Bercuti Sekolah Shein

Assalamualaikum..

Kepada Apai sorry tak masuk-masuk lagi entry Raya yang ada muka Apai tu. Yang tu nanti Maksu masukkan minggu depan eh? Tak sabar nak citer pasal Apai punya experience kena anxiety. Boleh citer ke tak boleh ni? Hahahahaha. Tapi masa Yash citer tu, kelakar pon ada. Patut orang sakit, kita kesian ni jadik macam kelakar pulak. Sementara nak dapat permission on cerita Apai, I nak share pasal Shein and school la. Haritu dia ada sleep with the shark program dekat Aquaria. Program dari Khamis sampai la Jumaat tengahari baru boleh pick up. The kids sleepover at Aquaria tapi Shein kitorang ambik la malam tu lepas habes program sebab tak harap nak tido sendiri lagi. Paling risau dengan blaket busuk dia. Buatnya hilang ke, aje mampos nak kena mencari. Shein ni dah nak masuk 7 tahun tapi dengan blanket busuk tu, berpisah tiada. Itu la dia dok kelek kehulu-kehilir and sampai bawak pergi sekolah. Bau tak payah cakap la, memang kalau campak dalam Aquaria, semua ikan terapung hahahaha. Time waktu sekolah dia tak cium la, tapi nanti masuk je kereta time Baba ambik terus zaaaaaaaaaaaaaaaaaaap dia cium, peluk lepas tu ibu jari masuk dalam mulut. Semalam Shein last day untuk Term 4. Harini sampai la 28/8 ni dia cuti Summer Break. Sebulan lebih woi cuti, suka la eh ko Shein? Malam tadi dia count 'Tomorrow no school, no school. no school, no school' sampai banyak-banyak kali. Last-last dia sendiri cakap, 'So many no school Mama'. Hahahahha . During school holiday ni, I nak carik la kalau ada apapa program untuk Shein join. Macam Scientist Program ke... Korang kalau tau ada apapa program seangkatan dengannya bagitau I eh? Untuk School holiday ni I still ambik Kelas Mengaji and Phonics untuk Shein. Tak boleh bagi dia bergembira sangat. Dia ingat sebulan dia tak sekolah, dia takyah belajar at all? BTW, masuk Bulan 8 ni Shein masuk Year 2 = Darjah 2. Korang boleh imagine tak, Shein dah Year 2! That fast kan masa berlalu? Umur dia kalau ikutkan still 6 years lagi. Naik term baru ni, Shein kena beratur makan sendiri dekat Cafe. No more bawak bento from home yahooooo!! Tak payah dah Mama bangun pagi masak untuk Shein. Tapi dengar citer Set nasi pon dah belas-belas ringgit satu. Huwaaaaaa.



Ni Ms Dave and Ms Alyson. Cikgu kelas Shein 1Y. Shein ni dia paham ke yang next term Ms Dave dah tak jadi Cikgu Kelas dia? Shein relax je, yang sedih is Mama. Huwaaaaaaa! 

Tuesday, July 9, 2019

Spaghetti Meatball and Trifle Sedap from Kak Fieza

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu last buat makan-makan sempena dengan Hari Raya. Ikutkan Syawal pon dah habes kan? Tapi sebab tak dapat nak slot time so Sabtu haritu kira Raya jugak lagi. Sekarang kita tak guna term 'Raya Kan Sebulan' tapi I upgrade 'Raya Kan Setahun', hahahahaha. So Sabtu haritu first time la I prepare makanan semua by myself. S E M U A guna ayat macam bagus je padahal buat Spaghetti Carbonara dengan Spaghetti Meatball je. Hahahaha. Ala, please la kasik chance. Dessert pulak I mintak (read:paksa) Kak Fieza buatkan. Dia memang stressed kalau I yang suruh buatkan apapa sebab nanti kang ada je tok nenet yang takde. Haritu Swiss Roll takde yang vanilla. I naaaaaaaaaaaaaaaak jugak perisa Vanilla taknak coklat ke, apa ke, taknak. Bagi I Trifle kena Vanilla cake. Tak kisah la sponge kek ke, swiss roll ke, dia kena vanilla. Kalau perisa lain dia jadik kentut tak sedap. I don't like. Merata la Kak Fieza carik last-last ada dekat 7E hahahahaha. Tu la ngada pergi carik mall besar, padahal kedai-kedai Indon tepi jalan pon ada takpon guna je Swiss Cake Apollo perasa Vanilla tu, poooon sedap tau? Tetengah dia ada macam strawberry ke blueberry jem entah. Dah tu I mintak Kak Fieza improvise resepi. Jelly dengan Custard kasik cair meleleh. Sekali dia buat sama macam I nak, YA AMPUNNNNNNN sedapnyaaaaa. Sazli yang tak berapa suka makan dessert pon jadik suka la. I makan tu, rasa macam eskrem pon ada and buah dia I beli and letak sendiri. Memang generously put dalam mangkok sampai melimpah-limpah. Puas hati aku. Tak cukup tabur on top, time nak makan I letak lagi dalam dia. Memang sedap la. Petang Sabtu tu makan, balance I letak dalam peti. Pagi Ahad bangun pagi makan dia tengah sejuk-sejuk Ya Allah... Sedapnyaaaa!! I mintak Kak Fieza buat lagi, dia taknak layan dah. Eksyen betul. Dah la yang dia tu kira tolong buatkan aje. Bayar kos bahan je hahahahahaha. Mampos Kak Fieza nak melayan I. Tapi dia sayang I, apapa I mintak dia OK je. Tachiu Kak Fieza!


Yang nak datang 6 orang je, so I buat 1 botol Carbonara, 1 botol Meatball Bolognese. Still ada lebih untuk 3-4 kali makan. OK la. Konsep dia, nak jamu orang makan biar berlebih jangan terkurang. But berlebih tu jangan la sampai membazir beria.

Sunday, July 7, 2019

Selamat Hari Ahad

Assalamualaikum..

Good morning.. Happy Sunday everyone! It's a gloomy day kan? Dari semalam lagi hujan lebat. Membawak sampai pagi ni. Rasa macam malas nak buat semua menda. Harini suppose 11.45am I nak tengok movie dengan Shein cerita Spiderman dekat KLCC, tapi Washing Machine pulak rosak. So nak kena tunggu orang datang repair. Burn la tickets. Naseb movie session pagi kalau TGV KLCC cuma RM9.00 so takde la banyak sangat burn duit. Washing Machine I tu, I beli start dari kawen lagi. Malam tadi nak spin, tak boleh. Sampai spin punya process, dia jadik error. Pagi ni, bila Technician datang nak repair eh boleh OK pulak berjalan macam biasa. Technician cakap kena tukar absorber sebab tak balance (which is I rasa takde kena mengena pon). Taktau lagi berapa dia charge. I cakap pada Sazli, kalau mahal sangat tak payah la. Washing Machine I tu pon memang duduk luar rumah berhujan berpanas. Pakai je la sampai melingkup selagi dia boleh guna. Nak beli baru macam sayang jugak sebab nanti kena letak dekat luar. Kita punya laundry room entah zaman bila yang wujud. Hahahahaha. Takperlah, tunggu and sabar dulu. OK dah tau kena berapa. RM195.00. You better be good. I ni memang masalah becinta kalau dengan kain baju semua ni. Kalau involve basuh baju, memang I stressed sikit. Jap lagi semua siap, kitorang nak pergi Ikea Mytown cari barang sikit. Sazli suka la cancel tengok movie sebab dia tak suka Marvel punya movie. I pulak suka Superhero punya film. Haritu masa End Game, kan Iron Man meninggal? Sazli cakap 'Yes!!' sebab I paling suka Ironman. Kalau tengah tengok TV, lepas tu alih siaran tengok ada IronMan sure I akan tengok walaupon dah 80 kali tengok sebelum tu. Anyways, semalam I ada pergi Open House rumah Abang Jai. Lepas tu petang pon ada Mak and Bapak datang dengan Cik sekeluarga. I buat Spaghetti Carbonara and Spaghetti Meatballs. Malam tu tetiba lapar Nasik. I tengok ada yang post dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) gambar Nasi + Ikan Goreng + Sambal Belacan, huwaaaaaaaa sedapnyaaaaaa!!


Nasi simple macam ni pon boleh selera and terliur. I menung je tengok. Rasa sebak pulak. Haahahha. Dengan makanan, I beremosi sikit.

Friday, July 5, 2019

Raya Rumah De

Assalamualaikum..

Habes dah bulan Syawal.... Tapi I rasa, memang 'Raya' dekat rumah I akan continue sampai Raya Haji ni. Ramai lagi yang tak sampai turn nak beraya. Maksudnya blog ni nanti hari-hari la eh update pasal raya sampai Raya Haji? Hahahahaha. Mampos kena kecam dengan Forumer lagi. Macam laaaaa dia sorang je ada rumah baru, tak abes-abes nak cerita pasal orang datang beraya kat rumah. Hehe. Anyways, I baju raya haji pon takde prepare lagi. Azam tahun ni nak ada baju raya haji sepasang sekali dengan Shein and Sazli. Biasa I sorang je pakai baju raya haji. Yang dua orang lagi tu tak payah sebab focus pada Mama je. Sebab Mama Princess. Dorang tu watak sampingan je. But base on experience, macam Shein ni memang baju dia kena ukur badan baru la ngam-ngam. Kalau beli tu, ada je yang tak kena. Seluar dah OK, dah baju pulak besau. Baju dah OK, seluar pulak sedut jubur (cawat pendek). Jap. I gelak kuat ni. Teringat dulu masa kerja kat Pahang, ada sorang Manager ni almost everyday pakai seluar sedut jubur. I rasa sebab seluar semua dia bagi yang dah siap by size. Bukan customize, sebab tu size dia macam takde. Comel sangat dia. Imagine eh, dia tu badan besar. Putih. Mata sepet. Misai jenis kotak kecik kat bawah hidung tu, sebijik macam orang jepun dalam drama tv zaman perang dulu. Jalan macam mendada sikit, seluar sedut jubur OMG comelnya. I pon kekadang ada jugak seluar sedut jubur. Beli time dah kurus, pakai time gemok. Tau kan macam mana rupa dia kesian giler. Jap I nak google ada tak gambar seluar sedut jubur. HAHAHAHAHAH. Hasil google, masuk balik link dekat blog I. Memang I sorang je ke guna isitilah sedut jubur ni? Jap try Google seluar cawat pendek. Jap eh. Alaaaaaaa. Takde laaaaaaaaaaaaaa. Korang tau kan seluar tu jadik macam mana kalau I guna istilah sedut jubur tu? Yang dia macam tersedut masuk celah bontot. Hahahaha. OMG Apeni citer tak senonoh! Padahal tadi nak citer pasal Raya lagi. Anyways, Ahad haritu kitorang beraya dekat rumah De. Adik beradik and family je and ada jugak Abang Amir ajak kawan-kawan dia. Makanan punya la banyak. Macam nak makan 50 orang. Kitorang dah tapau bawak balik pon, banyak lagi lebih. Pizza Dominos Large Size pon De bedal beli sampai 6-7 kotak. Betul party makan ni.


Ada Nasi Daging, Tauhu Bergedil dengan Spaghetti Carbonara and Spaghetti Meatball. Sedap sangat De masak. Kuah tu kita campur dedua. Sedapnyaaaaaaaa. De, please la nak mintak resepi.

Wednesday, July 3, 2019

Amboi Dia Besukan

Assalamualaikum..

Minggu ni back to back sports activity. Patut malam ni ada training Futsal lagi tapi I macam segan pulak dengan Sazli nak pergi sebab esok pon ada lagi Futsal. Lusa pon. Lepas tu semalam ada Friendly Netball. Kemain belawan-lawan dengan Sazli. Dia pergi bola Isnin, Rabu, Jumaat ehhhhhh I taknak kalah. Selasa, Khamis I bersukan. Melawan kan? Friday ni taktau macam mana. Kita tengok sapa yang menang. Gitu la laki bini sesama naik main bola semua tapi debabnya macam tu jugak pon. I ni lepas raya stendet la naik. Sama naik la dengan Shein. Semenjak dah beli penimbang ni I macam saiko sikit. Padahal timbang samaaaaa je tapi bila makan malam, lepas tu seharian tak berak tetiba I rasa gemok. I rasa I kena minum banyak air la. Tadi dalam HOD Meeting I tengok semua Manager sorang satu Tub Water. Pastu ada yang depan meja segelen air I wonder how eh people can drink lotsaaaaa plain water? Macam I ni, nak dapat 3-4 gelas pon seksa. Harini I rasa memang tak sampai 2 gelas I minum. Yerla. Tadi tengahari makan Ayam Goreng Kunyit dengan Dyba, lepas tu I teguk la sikit air dia. Nak minum dekat office, lepas tu tengok mug and bekas air I dekat office bawah lagi so yeah, takyah minum la senang. Tapi balik tadi, I buat air sirap yang Ellis bagi tu. Sedapnyaaaaa. If nak bagi I minum air, dia kena ada lemon slice. Ngada kan? Ala tapi apa nak heran. Kata Ain, 'Kaksu nak minum air pon malas, inikan pulak nak kunyah apple'. Betul. Pelik kan? Ada tak orang macam I malas nak minum air? Actually minum air la paling bagus sebab boleh menten berat badan, boleh detox and cleanse kidney and boleh keep skin hydrated. I ada masa merajin, ada masa memalas minum air but most of the time memang memalas memanjang. Tapi kalau Ice Americano with 2 pump simple syrup, 2 thermos Starbucks tu pon boleh habes. I saspek I suka minum air yang selain air kosong kot but start dari esok, I nak try habeskan minum 3 thermos esok air kosong. Kalau berjaya I nak celebrate. Hadiah apa untuk celebrate I tak fikir lagi, tapi was thinking macam nak beli Bubble Tea tu. Haritu minum dengan Dyba, ada rasa macam angin. Kejap sendawa, kejap sendawa. Ongtue sangat.



Ni semalam petang masa friendly Netball dengan Team Felda. Macam biasa, kalah.

Tuesday, July 2, 2019

Aty and Azwan Beraya Di Rumah Shein

Assalamualaikum..

Haritu masuk dalam IG Story gambar Aty dengan family dia datang beraya. Lepas tu ada yang comment cakap 'Kaksu ni kawan dengan artis je... Seganlah' Hahahah. Macam lah kawan-kawan I ramai yang artis pon. Aty ni cousin Sazli. Dia kawen dengan Azwan Kombos and dapat sorang baby girl nama Harum Dalia. Nama commercial Ezzaty Abdullah. Ada ke korang pernah tengok drama-drama yang Aty belakon? Macam Azwan tu, ada la sekali I tengok cerita Isteri Untuk Dijual dengan Nora Danish kalau tak silap. Yang Aty berlakon dulu ada I tengok Delina yang dia jadik kecik tu. Now mana la dapat nak tengok TV. Kalau ikut carta organisasi rumah I, dia punya CEO is Shein, lepas tu Sazli sebagai GM and I level paling bawah. Hahahahaha. Si Shein memang dia conquer la TV. Sekarang memang all the time pasang Netflix. Kita ongkampung ala-ala jakun temgok Smart TV boleh browse Youtube dengan Netflix direct. Dulu masa TV lama kena sambung dengan PS. Canggih sangat kan? Sekarang lagi senang. Naik nak muntah I tengok Venom, Monster University dengan Frozen. Masa memula tau tu I macam 'Eh hebatnyaaaaaa boleh bukak Netflix terus!' Lepas tu Atig muka annoying 'Ko aperhal? Smart TV kot? Apesal lembap sangat baru tau?' T___T Haritu masa Raya Sazli ada rakam KRU punya Concert, haram sampai sekarang tak boleh tengok. Macam Sazli tu, I rasa dia sebenarnya minat je KRU tapi taknak ngaku. Bila Konsert KRU keluar, dia pulak yang lebih-lebih excited nak record. Now, barulah rasa macam 'home'. Teringat dulu masa memula pindah sini, kita 2 bulan duduk dalam bilik sebab TV pon bawak dari rumah lama and letak dalam bilik je. I suka panggil #rumahshein and Shein panggil #hotelhouse tapi Forumers Cari cakap jangan perasan rumah macam hotel kalau sebegini buruk. Takperlah, maybe dorang tak paham konsep Rumahku Syurgaku. Nanti buat hashtag macam tu kutuk la pulak cakap 'Syurga takde lah buruk macam rumah nko tu'. Hadoi.


Baju tu is Owl Collection by Nora Danish. Dah 2 tahun I beli. Bukan baju raya pon.

Monday, July 1, 2019

Raya Lagi

Assalamualaikum.

Tak bosan ke I asyik citer bab kawan-kawan datang rumah? Aaaaaaah kalau bosan pon I nak jugak letak. Sian la kawan I yang datang ni, I bet dorang semua tetunggu-tunggu nak masuk blog. Especially Errie ni. I dah pesan dengan dia, 'You datang rumah I, jangan nak lagi cantik dari I'. Kena pesan OK? Bukan boleh dia tu, Dia tu mengalahkan Cikta tau? Setiap kali Open House memang dia pakai Baju Melayu and lepas tu match pulak dengan wife dia. I wonder raya ni berapa belas helai la dia buat Baju Melayu. Kekadang I peratikan aje Errie ni, I agak wife dia redha je dengan dia berangan buat video clips semua hahahaha. Haritu masa dekat rumah I, gigih nak jugak dia ambik gambar dekat kerusi coklat tu. I bagi gelaran situ Prop Favorite sebab setiap kali orang datang sure amek gambar kat situ. Hahahaha sedih sangat. Nampak sangat kat rumah ni takde tempat lain dah nak amek gambar. Nanti next, Sazli cakap nak beli arm chair dengan carpet. So nampak la OK sikit. So far letak kerusi dengan Coffee Table je. Nanti I berangan nak letak pokok pisang. Tau kan pokok pisang plastik tu? Ke dah tak trend? Hahahaha. Anyway, ni kejadian 2 minggu lepas. Baru ni boleh update sebab now I busy menyelamatkan dunia. This time macam biasa I order Roti Jala dengan Soto dengan Kak Pah @NZdelicacy. Complimentary kuih Koci dengan Popia Sira and bekas Pyrex. I demand. Cakap kat Kak Pah. 'Su taknak bekas aluminium pakai buang tu. Nak bekas kaca'. Skali Kak Pah datang bawak Pyrex. Naseb dia tak sewakan. HAHAHAHAH. Kak Pah ni I sayang dia tau? Melayan je I. Nina anak Kak Pah dah bebulu je dengan I. Nina ni asalnya Blog Readers I. Semenjak dari Nina intro dengan Mama dia, I memang apapa Kak Pah la yang I susahkan. I manja dengan dia. Order pagi, suruh hantar petang. Gitu la. Suka sangat last minute. Tapi order last minute ni valid I sorang je OK? Sebab Kak Pah sayang I. Macam nkorang kalau nak order kena prior notice OK? 2-3 hari macam tu.


Time nak amek gambar ni, I tak ingat sapa yang ambikkan lepas tu Errie cakap 'Jangan alih meja'. HAHAHAHAH. Dah la dia tunggu lama je kat kerusi tu nak amek gambar. Bebudak bangun je terus dia duduk dulu cop tempat. Hahahahaha