Assalamualaikum…
Raya tak lama lagi dah kan? Puasa pon belum ko dah
tanya raya dah kenapa? Hahaha. I baju raya dah siap tempah. Shein, I and Sazli
semua pon kaler and jenis kain yang sama. Lepas tu Kaklong sekeluarga dengan De
sekeluarga pon amek sama jugak. Dah satu keluarga sepapan terus beli kain ela. Dah
macam nak buat kenduri kawen. Mak je lain. Dia kata dia ketua, tak boleh la
buat sama baju nanti tercalar la kredibiliti dia. Kemain eksyen.
I tempah sehelai je baju raya, yang lain beli siap
je. Senang. Raya tahun ni I nak buat
konsep lose je. Pakai je kaftan dengan kain. Dah. Senang nak makan
banyak-banyak. Usually kalau hari raya ni, bukan nak pakai sangat baju raya
time ‘raya’, tapi untuk attend open house kawan-kawan. Time tu la nak guna
baju-bajan yang beli smpi 5-6 pasang tu. Kan?
Anyway, harini I tolong kawan I untuk jual dorang
punya pre-love Handbag and Kasut. Intro beria cerita pasal baju raya padahal
nak tolong jual pre-love item jer. Hahaha. Korang tengok dulu kot-kot berkenan
boleh kontek terus dorang ok? Soalan direct tanya dorang, I tolong iklankan
ajer. Komisyen 16% ok Hana and Sharina. 10% service charge, 6% gst. Waaaahahahahahhaha.
Ok. Ni beg Ferragamo. Harga dekat butik RM5,800.
Hana beli last year bulan July. Still in veryyyy good condition. Come with
segala mala dust bag. Original ni. Don’t worry. Reason to sell : No reason.
Saja jer nak mengisi masa lapang. Boleh? Ni la ongkaya, sesuka hati beli
handbag lepas tu nak jual lepas sekali dua pakai. Hana kata dia nak letgo for
RM3,000 jer. Murah sangat-sangat ok? Jom tengok gambar.
Pandangan dari atas. Tengok la, very good condition lagi ni.
Without Strap
With Strap
Yang ni pulak, kasut-kasut dari Sharina. Dia nak
letgo 2 jenis kasut. Louboutin dengan Ferragamo. Reason to sell : Dia dah tak
kerja, dulu masa jadik stewardess boleh la bergaya dengan designer shoes, now
duduk rumah buat kerja dengan nak mop rumah, sapu lantai belaka lepas tu nak
pakai Louboutin macam melampau pulak. Hahahah. Kata Sharina dia beli sendiri
dekat boutique. Siap ada dust bag and kotak lagi. Tadek hal. Amenda la beli
kasut sampai ribu-ribu. I paling mahal pon kasut Stuart Weitzman. Tu pon tak
sampai hati nak pakai. Simpan je dalam almari. Haha.
Louboutin
ni size 36.5. Dia nak letgo dengan harga RM1,000. **Telan ailio
Ferragamo
ni pulak UK size 7. Dia nak let go pada harga RM500.00
Sapa yang pakai kasut size 5 atau 5.5 Malaysia size
tu sesuai la untuk kedua-dua jenis kasut ni. Untuk handbag, korang boleh
Call/WhatsApp Hana [013-6010076] and Kasut pulak korang boleh email Sharina
[shhsharina@gmail.com]. Sebarang pertanyaan direct pada dorang. Lepas tu kalau
jadi beli jangan lupa bagi duit lebih. Bagitau je, ‘Nah RM200 extra, I belanja
Kaksu makan’. Nanti I sayang korang lebih. Hahahaahha.
-eNd-
3 comments:
Awww so pinky..but i don't like pinky shoes.. ;(
terus pengsan nengok rega...
wow cantiknyaaaaaa... tapi tang rega... haihhhhhhhhh sabo jek lahhh... bag tuh i like!!!
Post a Comment