Assalamualaikum..
Hi, I dekat Penang ni. Gila merajin update blog sementara Sazli pergi Solat Jumaat. Impressed ke tak? John and Cikgu Khairi datang jemput dia dekat hotel. Kitorang ada kat sini sampai Ahad and tujuan datang sini sebab Sazli and 'Adik-beradik Teknik Kulim' dia ni nak menziarah kubur Kasyfi and nak tengok anak-anak Kash. Sesambil tu singgah la dekat rumah memasing. Takde specific agenda pon. Cuma nak jumpa je semua (and semestinya nak makan sampai gemok). Kat sini ada John, Cikgu Khairi dengan Paklah ja. Apit takdak. So actually tak cukup quorum sebenarnya. Takpalah, ada rezeki nanti bila-bila boleh jumpa pulak. I ni dah kenyang giler ni. Makan tengahari tak lagi. Tapi tadi dah bedal Masi Timah punya Capati 3 keping lepas tu pekena Ais Sagat Sunquick dengan Maggie Goreng dekat kedai Kak Azam.
Rindu jugak nak balik Utara. Rasanya lama dah tak mai sini. Last was masa Tok meninggal rasanya. 2 years ago. Pastu takde dah. Now kat Umah Tok pon kosong, takde sesapa. Dulu masa Tok ada, rasa seronok balik kampung. Makan Maggie kat rumah Kak Azam and buat macam-macam activity dengan Irah, Fizah, Apit. Naik motor keliling kampung tengok Bendang. Seronok sangat! I sukaaaa suasana macam ni dekat kampung. Kampung I ada Kelapa Sawit, kampung Sazli ada Sawah Padi. Tapi tadi I tengok Padi kat tepi jalan macam tak hijau sangat lagi. Kitorang gerak dari KL dalam 430am and sampai sini dalam 8.30am macam tu. Dalam perjalanan I 2 kali je jaga. Dekat Ipoh Sazli berenti solat Subuh dengan bila dah sampai sini. Shein lagi hebat, takde jaga langsung. Hahahaha.
Rinduuuunya nak makan Capati Masi Timah. Macam biasa la, kalau I uli dia akan jadi macam Map. Jarang nak elok bulat. Susah eh nak jadi bulat. Bukan senang.