Wednesday, August 26, 2009

Balik Kampung Makan Jagung

Tak boleh jadik ni, Intan dah hapdet blog dia. Tanpa buang masa, sambil jari gigil kesejukan pasal cahaya keimanan berpuasa hari ni, gagah jugak I buat entry baru. Dasar pendengki pada Intan! Tau la family Intan ada kereta Exora. Pastu dia nak beli kereta baru sendiri. Dah la harini dia buat sanggul ala-ala secretery gedik. So, atas sebab tu, maka I pun nak apdet blog jugak la.

Iklan : Bulan puasa kena kurangkan bercakap pasal mulut bau kuda. Tapi pasal kurang bercakap, Kak Ros cakap I pretnen dan jadik pasif selepas kawen. Muahahahahah

Ni ha, nak cerita semalam dulu, hari Sabtu I balik kampung kat Pahang. Seronoknya dapat sambut puasa dengan suamiku, Mak janda and De sekeluarga. Kaklong, Ayang & Kasih pun ikut kitorang. Abg Long tak ikut pasal dia ada banyak tanggungjawab pada Dewan Perdana Felda tu. Kang tak beroperasi plak tempat tu kalo dia tadek.

Dalam pukul seplo kitorang gerak dari KL. Kasih pulak minum air ribena dengan kek soklat dia atas pangkuan I, terus cakap kat kat Kasih, 'Kalau Kasih sayang Makcik, kek tu tinggalkan makcik okeh?' Pasal masa tu, I tengok kek coklat tu mcm sedap giler... Melting jerk coating coklat dia.. Aduh.... Tak tahan....

Sampai kat kampung, dalam kol 2.00pm kami dah start masak. Hari ni Kaklong buat bubur lambuk simple dengan Soto Ayam. Sedap giler! Kuah dia tu bubuh susu cair supaya lemak berkrim disukai ramai. Buat plak bergedil sebesar penumbuk. Puas hati. Tapi biasa la, time eksaited nak makan tu, sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Hehe.

Ah....! Busan dah dengan sytle Kaklong ni kalo orang snap muka dia. Musti nak buat muka cantik ala-ala menjeling manja la... Tau la baru rebonding. Tapi pasal Kaklong masak sangat sedap, gambar dia I bubuh nombol 1.

De, kalau ko buat rambut macam ni, dah macam maid Indon jerk aku tengok nko De. Kata Kaklong, gambar De buruk, suruh amek lain, tapi De cakap, takper... Bukan orang ada kenal dia pon dalam Blog I. Owh, ni gambar de tengah tumbuk kentang goreng yang nak buat bergedil dengan bersungguh-sungguh. Pastu kejap-kejap kami cium kentang tu, amek aroma dia.. Harumnyaaaaaaa......... Bulan puasa ni, kulit kentang pun bau KFC.

Ok, bila dah siap masak semua, kami pergi Bandar Pusat Jengka nak beli murtabak hubby I. Masa dalam kereta I tanya Sasha, 'Sha, puasa tak harini?' Dia jawab, 'Sha pocer la...' Puasa hanggok hang! Yang tadi dok bantai makan coco cruch sekuali tu menda?

Sasha ni nakal sangat. Abg dia si Aiman tu dah la melepek macam separuh mati pasal puasa. Pastu dia boleh datang kat Abang dia yang tengah baring tu, pastu sambil minum air sarsi, dia cakap mcm ni, 'Abang, teka air ni rasa apa?' Apa lagi, Aiman terus sakit perut, nak mintak bukak puasa kat Ibu dia. Kompem la dapat siku. Muahahahhaha


Singgah kejap kat U'Mart, mak cakap nak beli Softlan. Kata jerk nak beli Softlan, tapi sebenarnya Daiya. Bagi mak, semua pelembut kain ialah softlan.

Macam ni la sesaknya dekat Pasar Ramadhan Bandar Pusat Jengka. Kenapa Bandar Pusat eh? Kenapa tak Pusat Bandar? Ntah. Sesak napas I. Giler ramai macam haper ntah. Padahal baru first day puasa. I sempat beli ikan sepat pekasam jerk. Pastu tak tahan dengan bau kuda, terus lepak kat tempat orang jual murtabak.


Alololo... Shiannya Sasha dengan Kasih. Dah la dorang dua ni puasa yang yang yok. Jenis puasa yang kalo dah makan, pastu puasa balik.

Budak ni kelakar la, lepas I snap gambar dia, terus jadik peramah dengan I. Siap suruh duduk dulu kat kerusi yang ada kat situ.

Otw nak balik rumah. Tengok muka Kasih, melebihkan orang yang puasa jerk... Menyorok dekat belakang 'Abang Sali'.. Bebudak ni panggil Sazli, Abang Sali tau? Puas dah ajar panggil 'Pakcik'. Banyak cantik dia. I yang muda remaja ni kena panggil makcik, dia berabang-abang plak. Mana aci!

Ok ok. Last. Buat peace semua eh? Muka Kasih masih lagi macam tadek perasaan. Dah bosan la tu I suruh posing jerk. Muka Sasha pulak tetap menggedik. Pastu marah-marah ngaku dia lagi putih dari Kasih. Padahal kulit dia coklat cair.



Sebelum berbuka, banyak pulak lalat. Terus Sasha ambik bendera malaysia, buat kibas lalat. Kretif jugak budak kecik ni. Dia dengan Kasih, dari mula sampai sampai la balik, asyik berkawan jerk. Tak reti nak tidur. Berenti main bila nak minum zuzu jerk. Rapat sangat dorang ni. Ada skali, Kasih suruh Sasha dukong dia, pastu Sasha cakap macam ni, 'Adoi.. Sakit belakang aku'. Mak ai, macam orang tua-tua jerk cakap bebudak zaman skarang ni.


Ayang dengan Pak De dia (suami De) meronda-ronda naik motor sementara tunggu waktu berbuka. Kunon best la buat posing macam nak tembak I tu.



Masa hari Ahad pagi, Ngah sekeluarga datang umah mak kejap. Ada Ayiel dengan Wanie jugak. Dorang balik berpuasa dengan family. Pasni Ngah nak hantar Ayiel balik UiTM Melaka, Si Wani balik Uitm kat Negeri Sembilan. Eh? Ada ker UiTM kt Negeri Sembilan?


Ok, sekian laporan Balik Kampung Tanam Jagung. Sajer jerk tulis macam tu, padahal tadek pon tanam jagung ker, keledek ker, ubi kayu ker... Muahaahhahaha. hari Sabtu pukul 3.00pm kami dah gerak balik KL. Sazli tak larat nak drive balik lepas berbuka. Ngantuk nanti. Singgah Temerloh, bungkus Ikan Patin Masak tempoyak.. Perrrghhh...!!!


-EnD-

Monday, August 24, 2009

Poja & Cold Soba Sushi King

Ni entry last kopek pasal makan-makan waktu lunch yang I boleh share. Pasal lepas ni kalau I post jugak entry lunch, I kena naik van mayat. Pasal dorang cakap kalo kiter tak puasa Jabatan Agama Islam akan tangkap sumbat dalam van mayat tu, pastu kena denda mandikan mayat. Yang tu I takot sangat. Taktau la kenapa I takot tengok mayat padahal mungkin, eh, mana boleh mungkin, kompem satu hari nanti I jugak akan menjadik mayat yang sejuk kulitnya... tssk tssk...

Ok la, bye. I da tadek mood bila cakap pasal mati pasal I terasa yang I masih tak cukup amalam. Bye.

Ok la, tak jadik bye. Meh I cerita sikit kat nkorang pasal cold soba ni. Poja ni kan, ko memang suka bawak aku makan tengahari waktu opis, pastu ko cantik-cantik, aku muka selebet lalu nampak macam tukang gaji nko. Kan? Pastu Ikram dok cakap aku dah insaf, macam pekerja sawah, cantik pakai tudungwjjhytwudkokmnbwtf.

Kata Intan, Poja ni kalo buat muka selebet atau gambar kendid ker, muka tetap cantik. Cam kiter ni (nko la Intan, I tak) kena pose perasan nak mampos sampai 100 snap, lalu gambar yang jadik jelita cuma 2 keping.

Dia cakap dia lapar. Tapi order cuma cold soba jerk. Kalau I lapar, I order ikan, ayam, udang, kambeng, lembu, badak vavi semua cukup.

Intan tanya, kenapa mee dia sikit, tapi kuah dia sikit. Pajo cakap, 'ko ingat nak makan mee ni makan makan mee sup ker?'


Sedap gak rupanya cold soba nih, wajib next visit ker Japanese restaurant akan order menda ni. Sedap, sejuk, simple dan stim.


Kan I dah cakap, muka I sekarang sama macam tukang gaji si Poja sahaja.


Owh, lupa nak kasik tau. Ni I punyer menu. BBQ Fish ker menda ntah. Kalau makan kat sini, memang akan order menda nih jerk. Pasal chicken teriyaki dia sangat sikit, bubuh dalam mangkuk yang kecik sangat sebesar pau Rm0.50 seketul. Tak kenyang!

Poja kalo ada shooting kat area Setiawangsa/Wangsa Maju atau area yang dekat-dekat dengan my office, musti kasik tau / paksa I lunch dengan dia. Pastu akan gelak-gelak cakap tak sangka I tetiba dah berubah jadik perempuan alim.

Harini Ikram tak ikut pasal dia nak pergi solat Jumaat. Walaupun I dah cakap, 'Iq, tak payah la pergi solat, jom kiter makan'. Terus Poja jeling I sampai nak terkeluar bijik mata. I tau Iq nak ikut, tapi pasal dah kena jeling terus kensel. Muahahaha.

-EnD-

Friday, August 21, 2009

Udah Udah La Tu...

Pagi-pagi lagi I dah bergumbira bukak internet and belek-belek apa yang terbaru dekat web kesayangan wajik click everyday iaitu facebook I.

Skali tengok ada this one gambar orang nikah yang sangat hot make up matanya. So, terus email Yatie ajak berchit chat di Gtalk.

The Conversation

Sue : Yatie, lekas bukak facebook kiter, Ayang ada update gambar nikah la! Ok. Bunyik excited sangat obvious giler vavish

Yatie : Ok, kiter tengah tengok ni. So?

Sue : So?

Yatie : Yerla, dah tu kenapa?

Sue : Cakap la mekap tu cantik. Ko jerk nak berangan jadik Julia Roberts sorang-sorang? Haku pun berangan nak jadik Erra Fazira. Miahahahahahahahaha. Adoi... Susah payah I kasik hint suruh puji, tapi Yatie buat-buat bangang.

---------------------------------------------------------

Ok dah. tu jerk la nak share. Terasa Ayang make up mata masa malam nikah sangat cantik. Mekap mata ok? Bukan I.

Sila abaikan tudung yang macam senget-senget tu. Ala, bukannya apa, angle amek gambar tu yang tak kena. Gigih tanak ngaku muka sendirik yang senget.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Owh, ni time tengah buruk. Memang sangat buruk kan? Muahahaha

Oklah. Babai



-EnD-

Thursday, August 20, 2009

Mango Tango Walls Eskrem

*Adoi, sakitnya la belakang... Ari ni berapa haribulan eh? Oooo... Ok ok..

Entry ni tadek apa-apa nak cerita pun, sajer merepek-repek jerk. Lagipun harini satu kerja pun tak ada buat. Board paper dah siap. Filing setel. So, masa yang terluang tu elok la digunakan dengan mengajar Intan update blog dia yang kesudahannya I yang buatkan. Dia buat semua pun tak jadik. Grrrrr...

Pagi tadi masa breakfast I makan mee hoon goreng pucat. Pasal lada potong + kicap tu dah habes, maka I berangan dapat makan kosong macam tu jerk la dengan telur goyang (telur goreng yang kuning dia cair).

Tetiba bila dah makan, terasa mee hoon tu macam tawar sangat. Tadek rasa apa. So, I cakap kat Intan, tolong cedokkan kuah sambal sikit bubuh dalam pinggan I. Pasal dia paling dekat dengan kaunter lauk tu. Selamba badak jerk, padahal tadi dah bayar. Bila makan terasa kurang perencah amek sesudu sambal letak dalam pinggan and terus duduk balik and sambung makan. Macam mana nak kira tu eh? kira halal ker apa?

Berdosa berdosa.. Kalau orang kentin opis tak halal macam mana? Ok... Esok I kasik tau kakak kentin semalam I kidnap sambal tumis sesudu. Ala, amek kuah jerk. Ikan bilis sekor pun tak ada. Haha

Masa sebelum lunch tu, tetiba tekak I macam teringin giler nak makan Kepsi. Mungkin dah rezeki, bila otw nak duduk kat meja, kakak opis panggil suruh amek Kepsi. Yeayyyyyyyy...!!! Dapat makan kepsi. Buyer belanja. Opis I nih memang meriah dengan makanan. So tengah hari karang tak payah dah la keluar makan. Pasal I malu-malu dan bersupan, I cuma amek 1 ketul jerk. Cis, patut I amek lapan tadi. Pasal makan satu sangat tidak kenyang.

Dalam pukul 1, I ajak Intan keluar beli eskrem dekat Mekdi. Intan malas nak jalan pulak. Tapi tekak I memang dah teringin giler nak makan eskrem Walls yang nama dia Mango Tango tu. Dah keluar dah awan-awan atas kepala I ni gambar eskrem tu melambai-lambai. Adoi, nak eskrem Mekdi lagik, eskrem Walls lagi. Macam mana ni???

So, atas alasan malas nak drive, I dengan Intan pun pergi la ke Wisma dekat depan opis I ni, kat kedai runcit dia ada jual eskrem. Skali sampai sana, nice ok? Kedai tutup. Pukul 3.00pm baru bukak. Huhu... Tadek rezeki. Takper, mungkin dekat motor Abang Jual Epol dengan Lemon dekat depan skolah tu kekadang ada motor eskrem Walls.

Kedek-kedek jalan kaki sampai depan Skolah Jalan Gurney. Tapi tu la eh? Pasal mencurik sambal pagi tadi, mungkin tak ada rezeki, Pak Cik Eskrem pun tak ada menjual harini. :( So takper la.. Sebak-sebak... Intan decide nak beli buah jerk. I pun beli betik. One thing kalau makan betik, bila berak juga bau betik. Haha.

The Conversation

Intan : Pakcik, nenas ni manis tak?

Pakcik Epol : Manis ni... Kompem manis.. Rasa nenas. Memang la wei rasa nenas, dah tu? Rasa apa? Haha. Pakcik ni buat lawak pulak.

Ok kawan-kawan. Intan yang berbadan mantap ni beli nenas sepotong dengan honeydew yang sampai skarang tak pelawa I walaupun tadi I dah cakap I nak rasa sikit. Takper Intan...Takper....

Pakcik Epol : Eh, awak ni... (Menunding jari pada I) Kenapa tak masuk Gadis Melayu?

Nak tersembur buah betik yang I makan sambil berdiri tadi, nasib baik tadek Pengawas, kalo tak I musti kena amek nama pasal makan berdiri.

Pakcik Epol : Masuk la dik, tengok macam ada package nak masuk Gadis Melayu. Tu kalau awak masuk tu, boleh belajar berenang tau? Awak pandai berenang tak? Macam pakcik ni orang kampung, memang dari kecik pandai berenang

Buat-buat sebok pilih buah, padahal tanak beli pun.

Pakcik Epol : Eh, betul dik... Saya tak tipu. Saya memang follow cerita tu... Cuba la.. Mana tau ada rezeki ker? Nanti saya boleh cakap macam ni ...'Ooo... Saya kenal budak tu, selalu beli buah kat saya..' Hahahahaha

Intan dah buat muka boring masa ni.

I : Pakcik, Intan kan.. Dia nak masuk Pilih Kasih Mufem Defan... (Intan tutup mulut I, tu yang tak terkeluar ayat dengan betul tu) Hahahaha.

Pakcik Epol : Masuk tau Gadis Melayu tu, nanti boleh belajar berenang. La.... Suruh I masuk pasal nak belajar berenang jerk ker? Haahahaha

I : Tarik tagan Intan ajak balik sambil berkata Pakcik, takper.. Intan pandai berenang.

Pakcik Epol : Muka blur sambil garuk-garuk kepala.

----------------------------------------------------------

Owh, btw. Ni la gambar eskrem Mango Tango Walls ni. Lebih kurang la. Pasal I gugel, gambar ni jerk yang keluar. Lekas balik kerja, serbu eskrem ni. Sumpah sedap. Tak tipu. Alip Lam Lam Ha!



Tapi korang, nama dia Mango Tango tau? Bukan Solero.


P/s I Love U : Nkorang... Kalau rajin follow blog I ni, musti nampak macam I buli Intan kan? :) Sebenarnya bukan macam tu.. I sajer suka sakat dia, pasal dia nih blurr jerk.. Jenis urrghh... Geramnyer..!!! Jenis muka tak bersalah kalau tanya antara dia dengan Liana Jasmay saper lagi cantik. Pastu tak senyum and buat meka serius sampai hari ni. Paham? Ha....

Owh lagi satu... Sajer nak kongsi cerita pasal Pakcik Epol tu. Tadek niat la nak perasan cantik ker apa. OK? Hehe *Malu
  • Mekdi = McD
  • Kepsi = KFC
  • Gugel = Google

-EnD-

Intan ada cerita best

Klik sini. Nyeh nyeh

http://annadayana.blogspot.com/2009/08/aeiou-stop.html?showComment=1250750469174#c7853402859678050711

Ok, Babai!

Si Pemakan Satay Yang Ganaz.. Grrrrr..

Hari Selasa aritu bersempena dengan Hari lahir kekawan opis yang 70% berumur melebihi 40 tahun telah diadakan. Ala korang, kan tetiap bulan pun opis I yang pemurah dan bonus paling sikit 8 bulan setahun ni memang ada buat?

Ok I paham. Sekarang, pergi la visit website company I kalo nak rasa bonus sama banyak dengan I next year. Isi borang and pilih jawatan yang sesuai. Kawan I si Pawie tu lagi lah giler. Dah la kenaikan gaji sampai 30%, pulak tu bonus dia 11 bulan. Padahal engineer yang selalu beli sarap, pastu pathetic makan sorang-sorang kat meja. Dulu dia ada kawan baik 2 orang, sekarang dorang dah cerai talak tiga.

Iklan : I'm listening to this song, Wali-Cari jodoh berulang-ulang kali dari Isnin lagi. This song dah stuck dalam kepala I. Uish, malu nih kalau Eizzy tau I dengar lagu. Haha. So korang, sekarang pi gugel lagu ni dan berjoget bersama-sama. Kalau boleh carik lirik and nyanyi sama-sama dan bergembira. - Kata Yatie, lagu ni bodoh.

This time birthday makan-makan, dorang decide nak makan satay, nasik hempet, keputat, lemang semua segala siap rendang bagai. Kunon nak feel raya la. Ceh! Puasa pun tak lagi, blakang dah sebok-sebok nak makan ketupat semua. Padahal I paling suka Ayam masak kicap makan dengan ketupat segera. Bubuh soo hoon banyak-banyak. Sedap sedap!

Ni rupa orang yang kalau jumpa satay jerk, terus jadik garang

Intan ni la, kalau dapat jerk satay, muka terus ganas. Tak reti nak makan sopan-sopan.. Macam.... Macam saper eh?

Macam I.. Lihat, makan satay pun malu-malu jerk. Nganga pun tutup mulut. Auuwwww... - Ok ok. I tau skarang ramai yang muntah hijau lihat gambar adik manis ni. Padahal dengki. Haha

Ah, Intan pedulik aper? Janji Intan kenyang. Intan.. See, Kaksu dah cakap avoid from pakai baju merah. Sekarang Intan dah nampak macam sedara Amisha Patel, eh silap. Jaclyn Victor. Takper, Jac pun cool what? Dia kan pemenang Pelakon Harapan FFM23? Mungkin Intan boleh belajar berlakon dengan dia? Intan kan cakap Intan nak masuk Anak Wayang next season? Bila Kaksu suruh masuk Pilih Kasih, Intan marah-marah pasal Intan cakap Intan nak masuk Astro, RTM tak glemer. Bila Kaksu cakap Intan kena ada package Intan kata Elly Suriati pun tak cantik, tapi dia berlakon hebat. Ok ok. Pergi lah Intan, Kaksu support dari belakang. Haha


Dah la Intan membazir. Makan satay kontot-kontot. Makan yang depan jerk. Yang belakang tu, buang macam tu jerk. Ada ker dia makan yang paling depan jerk? Sian orang kat Africa sana tu. Dorang makan kayu rebus jerk. Pas saiko Intan, terus dia bungkus satay kuntot2 tu bagi kat Buyot kucing dia yang pemalas. takper, janji tak membazir.

Bila orang suruh makan sopan, dia makan macam nak bergossip dengan satay. Macam main bisik-bisik atau macam berlakon dalam Bisikan Cinta yang Azhar Sulaiman dengan Maria farida berlakon tu. Ala.. yang Azhar Sulaiman cakap, 'Ayu.... Aku cinta padamu...'

Kak tonah baik sangat. Suka amikkan I makanan janji tolong cop kan tempat dia. I malas nak rebut-rebut masa nak amek makanan semua tu. Jadi, I hanya cop tempat, pastu dah ada orang amekkan makanan banyak-banyak sampai membazir lalu bungkus bawak balik beri pada kucing

Ketupat pulut tiga segi bersama rendang yang lazat dari D'Saji. Tadek ida nak merepek kalau bab makan. Pasal kalau makan, statement kena logik dan tak boleh main-main. Tu rezeki. Haha. Tetiba statement jadik serius kapak. Bodoh Yatie. Eh silap. Bodoh aku.

Kata Kak Ina, satay ni sorang 10 cucuk jerk. Lima ayam, lima daging. Jangan ambik lebih.

Makanan yang menggemukkan tapi sangat lazat. Lemang tu I makan 2. Tak, 5.

Kak Tonah, tudung sama kaler ngan lemang. Macam janji jer dengan lemang nak pakai kaler sama?

Ayu Dan Mas yang kalau tangkap gambar musti nak peace, Tadek gaya lain. Busan.

Sungguh-sungguh Intan nak jugak mengintai orang amek gambar Kak Tonah dengan Ros. Tau la bf Ros bakal pilot. Mungkin dia kawen lagi 4 tahun.

Guess what? Kami dapat kurma dalam bekas comel ni. Yang reben kuning tu I letak kat belakang pasal tak kacak. One for me, one for my boss. Amek la yang reben kuning tu, I tak selera tengok .

Camwhore akan berlaku dimana-mana sahaja termasuk di kentin opis yang sesak.

Bila senyum, mata tambah kecik. Ni tak boleh jadik ni. Snap lagi skali.


Ok Suraya, percubaan tangkap gambar dengan senyum sambil membesarkan mata kurang berjaya untuk menampakkan mata besar. Mungkin boleh cuba di lain masa.



-EnD-

Tuesday, August 18, 2009

Mempersembahkan, My Daughter In Law!

This is the conversation 2 perempuan senteng yang lebih banyak merepek cakap pasal macam mana nak kaya la, macam mana nak dapat duit tapi tak payah kerja la, macam mana nak wujudkan organisasi yang boleh bekerja 2 hari seminggu siap boleh pilih pukul berapa nak masuk kerja la dan berangan nak jadik besan dari dulu sejak zaman anak dara and 2 2 ekor tak ada boifren sampai la dah tua bangka macam sekarang. hahahaha. Owh lagi satu, borak pasal makan, makan dan makan.

The Conversation

yati: gobes? setan la awak yatie, suka tau panggil kiter gobes la, kobes la.. dia tu broc aka brocoli

Suraya: sakit belakang la yatie..

yati: sama arr. tak gi klinik? orang sakit belakang, dia pun nak sakit jugak... mengada jerk

Suraya: kiter nak gi malam karang. sumpah kiter tak larat dah nak tanggung. dah 3 minggu kot? kiter rasa kiter pressure and mungkin nak giler.

yati: kenapa tak gi pusrawi tadi? awak ada angkat sazli ke?

Suraya: ada... masa kaki dia terseliuh aritu

yati: owhhh. no wonder la. baik awak gi check. kalau sazli kurus xper. ni badan lelaki. hish. bahaya. blh retak tulang. bebaik awk pergi ke klinik dgn kadar segera.

Suraya: kiter nak pg malam karang.. tingat arwah ayah kiter dulu. sampai menonggeng sakit. ni apa la sgt. tp kiter sakit sgt yatie. sampai muntah2 td. ke ngandung eh? kalau ngandung skarang, bln 5 bersalin. sama cam nuha la lahir bulan 5, beza setahun eh yatie? kiter dapat anak lelaki, blh kawen ngan nuga. eh silap, nuha.

yati: awak pregnant ke?

Suraya: tak la

yati: hahahahahahaha. sejarah mungkin berulang. ceh ceh. mesti nuha takut makan atas katil. tapi mak mertua dia masak nasi goreng sedap. bapak mertua dia baik sgt. mak mertua dia garang. kahkahakahakah. buatlah pregnancy test... sejarah mungkin berulang tu pasal dulu I gelakkan yatie pasal hubby dia younger than her, skali aku pun dapat pucuk muda. Now anak kitorang punyer turn. Ceh! berangan berangan.

Suraya: ko nak ckp aku mak mertua yg garang la? vavi.

Yati: hahhahahha

Suraya: yatie.. mmg kiter terasa, anak kiter mmg ada jodoh ngan nuha ok.. skarang I dah start dah.

yati: hehhehe. okok macam nak tak nak jerk yatie layan. cis!

Suraya: awak rasa?

yati: bagus jugak kalau ada jodoh. emm ok je... statement yang berbaur separa rela or terpaksa-rela

Suraya: ha ah... best2 boleh buat family gathering sama2 dan start la merepek lagi

yati: betul2. blh melancong sama2 ha ah kan? wa... bestnyerrrrrrr

Suraya: blh email kiter gambar nuha yang paling comel skarang tak? kiter nak bubuh dlm blog
my future doter in law.

yati: jap. kiter lari gi parking. amek memory card buhdus la dia ni, memory card gi letak dalam kereta...

Suraya: sekarang ok? yg paling comel

Suraya: dalam 5 keping. lekas. kiter eksaited ni

----------------------------------------------------------

Ceh. Berangan mengandung kunon. Padahal tak pon. Tapi tak heran la, pasal issue I ajak Yatie berbesan nih sejak dari 3 tahun lepas. Haha. Pastu Yatie ugut nak letak hantaran tinggi-tingi la, aper la. Ko memang giler Yatie. Dah la mata I sampai sekarang ada parut yang jatuh katil dulu tu, pasal ngamuk-ngamuk taknak pergi kerja masa tidur dekat rumah Yatie dipagi hari sampai jatuh katil and terkena bucu katil. Ouuch! Tu yang I cannot forget the most ok? Tengok parut di mata, ingat Yatie.

Ok dah. Tengok la ni, wajah menantu I. Comel kan?

Ok, memula nak kasik awak orang semua macam tak sabar-sabar tengok wajah bakal menantu kesayangan, musti bagi gambar dari belakang dulu

taraaaa...!! ceh nuha, bajet seksi la gigit-gigit baju macam tu?

merenung masa depan yang tak pasti...

mungkin bahagia kalau jadik menantu mummy sue...

aku akan cuba...

yes! (aper yang yes ntah)




nuha banyak ikut muka ayah eh?




my sayang, yatie and my menantu, nuha



si hidung bengkok aka brocoli


yatie, ingat tak luka mata ni.. ko punyer pasal kan? jangan nak buat-buat lupa.






-EnD-


Friday, August 14, 2009

Ni Ke Kerja Secretary?

Bila boss tak ada dekat opis. Sebagai secretary yang produktif, I takkan mensia-siakan masa yang terluang. So, inilah yang I lakukan. Nak pulak dah ada Partner In Crime, Miss Intan. Meja kami sebelah-sebelah jerk. Dia pun secretary yang tak berguna macam I jugak.

Yang pertama : Main mekap-mekap

Before


After : Intan, muka Intan dari tepi lagi elok dari pandangan depan. Muahahahahahah

Yang ke Dua : Berkelah

Sayur lemak putih soo hoon+telur, Ikan masak taucu & sambal belacan yang Bunda bekalkan pagi tadi.

Makan kat meja Intan, pasal meja dia kat corner lot, so orang tak banyak lalu. Bila orang cakap, 'wah, sedapnya'. Kepala I keras jerk pasal tanak share. Pasal makanan ni sikit jerk. Eleh, macam la orang nak sangat pun. Haha

Wah Intan, gembira nampak? Dari dalam kereta Kaksu pesan suruh ambik kicap kat kentin, Intan boleh lupa.. Semua menda pun lupa. Tak boleh harap.

Pasal kakSu dah bawak semua makanan ni, lepas makan sila basuh semua

Sekian, laporan.

-EnD-