Saturday, April 30, 2011

Dah !!

Ini la team hebat yang dapat number dua masa treasure hunt haritu..
**Tak habes-habes lagi?? Hahahahaha. Lantak aarrrr !!!

Ni baru dapat number dua.. kalo dapat number satu, mungkin menggelupur masuk dalam Majalah Mangga & URTV di bahagian Remaja Cun & Sahabat Mangga. Hahahaha. Motip?

-EnD-

Tuesday, April 26, 2011

Topek, Intan & Faiz - mereka sama sahaja

Sebenarnya kan, ada macam-macam cerita lawak yang berlaku sepanjang perjalanan kami dari KL ke Bukit Rokan ke Tanjung Leman masa Treasure Hunt haritu yang I can't put into words. Maklumlah, SPM juga BM mendapat 5, nanti aku tulis, aku gelak sorang-sorang. Tidakkah itu tidak seronok? (eh?)

Btw, motto team kami yang Faiz reka haritu berbunyi begini. 'Faktor kemenangan ialah bodoh. Dan bodoh ialah.......????? INTAN !' Hahaha. Kejam kan Faiz? Kesian I tengok Intan kena buli. Tapi Intan jenis redha jer tau? Tidak la pulak dia nak membela diri dia ke apa.. I pun kesian-kesian ayam tengok Intan dibuli dek jejantan dalam team. Haha. Kesian tapi gelak jugak. Nampak sangat kesian gitu-gitu jerk.

Ada satu soalan tu bunyi dia macam ni,'Juara yang hampir lemas'. Errrr.. Semua orang blur taktau nak jawab apa. So Intan pon kasik la cadangan. 'Tu ada kedai Superman (kedai jual beskal) tu, mana tau tu jawapan dia...Cuba la....'. Pastu Faiz terus cakap, 'Eh takder takder... Mana ada kena. Dah dah.. Salah..' Hahaha. Langsung tak bagi Intan explen tau? Kesian Intan. Dah la jawapan tu memang betul.

Intan bagi 2 jawapan betul yang tidak diendahkan masa Treasure Hunt tu. Ini semua salah Faiz dengan Abang Reen. Kalau ikut cakap Intan, kiter dah menang dah tempat pertama (instead of 2nd place) lantas dapat ticket free ke Jakarta. Tidakkah itu merugikan team Faiz??? Ni semua ko punyer pasal !

Faiz gigih kan muka untuk cuba paham macam mana nak baca tulips (peta)? Haha. Dari sebelum Treasure Hunt mula pun Faiz tak habes-habes nak salahkan Intan. Dia kata, kalau team kami kalah, Intan la punca kekalahan. Hahahaha. At least Intan contribute jugak jawapan. Dari Faiz, langsung takder. Tukang berangan, tukang gelak jerk dalam kereta.

Kitorang sebenarnya deal dengan group lagi satu ni. Group Yan, Abang Ali, Amar dengan Sarah. untuk gerak dan carik jawapan yang sama. Yang kelakarnya.. Masa ni ada satu team yang kitorang tak deal pon nak carik jawapan sama-sama dok seboookkkk macam lalat ikut kami dari mula lagi.. Tiba-tiba belakang kereta kitorang, ada satu myvi kelabu ikut.

Dorang dah bising-bising.. Pesal group si Topek ni ikut ni? Ala.... sebok jerk ! Lekas Faiz, bawak laju-laju. Jangan kasik Topek kejar.. Last-last kereta Topek kitorang dah tak nampak, tup-tup masa dekat Station Petronas, Topek tetiba datang kat Faiz, pastu dia kata... 'Wei wei, soalan number satu tu, jawapan dia Dr. Hair !

Kitorang dah gelak-gelak dah dekat belakang bila Faiz berusaha berlakon konon tau jawapan tu. Bila Topek blah jerk, laju-laju salin jawapan dia. Hahahaha. Sian Topek. Masa tu, dia still mengekor kami dari belakang. Sampai la dekat jalan yang straight, Topek dah hilang. Fuh lega!

Skali, bila dah dekat nak sampai dekat Tanjung Leman (selepas 350 km journey) Masa kami tengah diskus jawapan, Jeng jeng jeng! Topek tetiba datang! Hahahaha. Tiba-tiba nak tiru jawapan kitorang... Nak marah ada, nak gelak pon ada.. Hahaha. Bayangkan la, jauh giler kitorang tinggal dia, tetiba jerk bila race dah nak habes, dia ada.. Hahahahahhaha.

Masa tu Intan yang tulis jawapan. Topek asyik-asyik duduk belakang Intan. Last-last I mintak kertas jawapan dari Intan, pastu I kata 'wei, mana aci tiru ...!!' Pastu Topek kata, 'Boleh la.. aku dah deal dengan team nko tadi..' 'Ah! Takder takder! Ko ni datang dari mana ntah...' I kata macam tu, tapi dalam hati memang nak gelak.

Nak gelak pasal Topek ni muka dah la kesian nak mampos, pastu boleh tu dia kejar kitorang yang bawak laju nak mampos ni. Dah la pakai baju tuck in tak agak-agak. Tuck in yang betul-betul tuck in tau? Takder lose langsung. Boleh bayangkan tak macam mana? Macam budak darjah satu. Ha. Omel. **mati la I kalau tetiba Topek baca blog ni.

Yan amek gambar ni, tajuk 'Tragedi Tanjung Leman, yang kanan sekali' Tu la Topek. Yang paling kanan. Sumpah I gelak sampai tears tengok gambar ni each time. Tak malu jerk Topek dengan kertas jawapan, duduk skali dengan kitorang. Hek eleh. Dah la tu, bila Abang Ali bagi 3 jawapan, dia boleh argue..'Betul ker ni?' Hek elleh lu bro! Dah la tak contribute apapa, pastu bila orang dah kasik jawapan nak argue pulak. Perhatikan Abang Ali *yang minum air oren tu, sambil minum, sambil mat usha Topek kot-kot dia salin jawapan kitorang lebih-lebih. Haha.

Tak cukup setakat tu drama si Topek ni. Skali masa lagi lebih kurang 3km nak sampai Tanjung Leman, lepas kitorang dah gerak and meninggalkan Topek dan team termanggu-manggu, Si Topek call Abang Reen tanya ada terambil kunci kereta dia tak. Dah. Rupa-rupanya ada dekat Abang Ali (kereta lagi satu) Tak pasal-pasal jer dorang kena patah balik hantar kunci kereta tu kat dia.

Kata Abang Ali, masa tu, team dia yang pempuan lagi dua orang tu dah masam jerk muka. Mesti dia fikir kitorang nak sabotaj team dia pasal amek kunci kereta dia. Padahal Abang Ali terambil. Mungkin Topek menyangka mereka masih ada peluang nak menang walaupun banyak soalan tidak dijawab. Haha. Topek Topek. Ko memang kartun la..


Last but not least, Faiz sebok-sebok nak kata Intan punca kekalahan pasal bodoh, tapi ternyata Faiz pon lebih kurang jer bila dalam FB, Yan tag gambar ni.

    • Faiz Rashid kah kah kah.. gambar ni yg aku tunggu2... faiz wilcha layan dangdut gua xkisah, yg penting kimono tu aku berjaya pakai.. hahahah
      Yesterday at 2:29pm ·
    • Suraya Sulatin itu bukan kimono. tu pyjama. hahahah
      Yesterday at 2:47pm ·
    • Faiz Rashid ha ah pyjama, bodoh jgk aku, tp takpe, bodoh adalah faktor kemenangan.. hahahha
      Yesterday at 2:48pm ·
    • Suraya Sulatin dan bodoh ialah???
      Yesterday at 2:55pm ·
    • Faiz Rashid Intan!!!! wakakakakakka
      Yesterday at 2:57pm ·
    • Intan Dayana woitttttttttttttttttttt ni yg haku tak suka ni dalam diam kutuk aku..faiz siap ko
      Yesterday at 2:59pm ·
    • Faiz Rashid apa plak kutuk, aku puji ko sbb ko adalah faktor kemenangan kita, takkn nk puji topek kot.. haha
      Yesterday at 3:04pm ·
    • Intan Dayana hahahhaha..tak baik kot..udah2 la tu dengki ngn topek..treasure hunt pun dah abis..
      Yesterday at 3:10pm ·
    • Faiz Rashid ek elah intan, tiba2 je nk backup topek, drop dari team baru tau.. g lah geng topek tahun dpn.. hahahah
      Yesterday at 5:22pm ·
**Sampai sekarang tak berjaya-jaya jugak nak print screen. Ah mampos ah. I copy paste jer dari FB. Haha

Pyjama dikatanya Kimono. Hahaha. Ko pon sama jerk dengan Intan. Dah. I dah tau. Sebenarnya faktor kami mendapat tempat kedua dan bukan juara ternyata bukan Intan, tetapi Faiz jugak. Membuli orang jer kerjanya. Hahaha. Sian Intan.

-EnD-

Sunday, April 24, 2011

Treasure Hunt. Menang Tak? WELL *muka riak opkos

I baru je sampai dari Tanjung Leman, Johor petang tadi dalam pukul 6.00. I masuk Treasure Hunt Jelajah Tanjung Leman untuk kelab sukan Syarikat I bekerja. I satu team dengan Intan, Faiz and Abg Reen. Wah. Ayat makin skema sejak masuk treasure hunt ni. Apa kena-mengena entah pon I juga tidak tahu.

Kitorang gerak dari KL ke Bukit Rokan Gemencheh dalam pukul 3.00pm. Sampai sana dekat pukul 6.30pm jugak la. Adalah dimaklumkan, impian untuk masuk Treasure Hunt untuk bersuka-ria konon dapat duduk hotel adalah didalam mimpi belaka bilamana kami ditempatkan di dorm sahaja.

Dorm panas yang I kena tidur dekat katil Double-Decker yang masa dekat Pusat Latihan Polis Bantuan tu yang dahla aku gemok lagi kena duduk katil yang atas yang alas dengan papan plywood nipis. Sekarang boleh bayangkan tak kalau katil tu alas dia roboh, macam mana nasib makcik yang dibawah. HAHA. Kalau katil tu sungguh roboh, sah-sah aku buat pengsan. Nasib ah.

Dipendekkan cerita, I selamat. Katil tak roboh. Mendap sikit mungkin. Dah tu sapa suruh kasik orang gemok duduk katil atas. Kan?

Intan sama team dengan I. Tema dia bak kata Faiz : Paris di musim sejuk. Sarah team satu lagi. Satu kereta wajib kena ada sekurang-kurangnya seorang peserta wanita. Masa ni semua orang kena berkumpul untuk penerangan terakhir sebelum siri jelajah Treasure Hunt bermula. Semangat woh! Dah la pakai baju merah Lantas nampak garang.

Bukti bukan hanya kami bertiga yang masuk Treasure Hunt ni. Ada lebih kurang dalam 40 kereta yang join all over Felda di Malaysia. Hebat kan? Hebat memang hebat, tapi kalau dah banyak sangat kereta yang kalau semua bijak-bijak macam mana nak menang?

Dah la 2 orang team-mate lelaki I ni jenis taknak kalah. Tau nak menang je. Siap masa dalam kereta budak dua orang ni dah practice macam mana nak naik stage untuk ambik hadiah bagai. Hahaha. Berangan jek. I? I pulak kalau ada chance, dalam kereta I akan tidur. Untuk merehatkan minda dan membagi jawapan yang hebat dan tepat. Ternyata formula berjaya. Cey!

Kesian dekat Intan. Asyik kena buli jek. Kata Faiz kalau dalam Treasure Hunt faktor kemenangan ialah bodoh. Dan bodoh ialah Intan. Jahat kan? Hahahaha.

Soalah ada 30. Soalan uji minda ada 5 and soalan harta karun ada 5 jugak. Sumpah giler babes yang soalan memang susah nak mampos. Semua menguji minda sangat la... Contoh soalan.

  • Bukti kembar seiras yang ditukar. Jawapan?
  • Tiada kanak-kanak dikawasan ini.
  • Positif - ??
  • Sama, serupa
Tak ke pikir sampai nak muntah untuk carik jawapan masa sepanjang perjalanan dari Bukit Rokan ke Tanjung Leman sepanjang lebih kurang 350km tu? Kami diberi tulip (peta) siap dengan bacaan berapa km setiap satu jawapan yang kitorang kena dapatkan tu. *Paham ke tak I explen ni? Haha

Jawapan dia ada di sepanjang jalan. Dekat semua kedai-kedai or signboard. Pandai-pandai la nak fikir. Soalan kadang-kadang memang menguji minda nak mampos. Dah la kedai-kedai tepi jalan tu ada berjuta-juta. Mana la tak fenin. So, jawapannya seperti berikut. Ewah !
  • Butik SS (Pasal bukti yang ditukar ialaha BUTIK yang ditunggang-terbalikkan hurup dia so jadik la butik and kembar seiras ialah hurup SS tu
  • Taman OKID (Pasal O-kosong/no & Kid - (Kanak-kanak in English)
  • Hi-Five Restaurant - Pasal Positif tu in English is Positive, so Hi Five tu dia ambik 3 hurup ke belakang, so IVE. Nampak?
  • Sama, Serupa - Thiru & Co. Pasal kalau jawapan sama/serupa mesti tiru kan?
So bayangkanlah, ni 4 soalan yang diantara yang senang yang compared to 26 soalan lain yang tarap cirit la pendek kata. But... Rezeki kan? Kitorang jawab 18 soalan betul out 30 soalan. So good enough untuk dapat 1st runner up. Tu pun kurang 2 point je yang memisahkan dengan peserta yang dapat tempat pertama.

Takper la.. Itu pon dah cukup bangga. Anyway thanx to Faiz, Abg Reen, Intan dan jugak yang dari team satu lagi yang kitorang bekerjasama, Sarah, Abang Ali, Amar & Yan. Without them rasanya almost impossible la nak menang.

Dalam kereta I dah siap mengucap awal-awal pasal driver bawak kereta laju nak mampos! Cirit aku dalam seluar.

Yeay !!! Dapat number 2... Congrats team! We did it. Walaupun soalan macam tahi sahaja tapi kiter ternyata pandai jugak sikit-sikit. Haha. Nak jugak up-kan diri sendirik barang sedikit kan? **Perhatikan kemesraan Faiz & Abang Reen yang memegang pinggang masing-masing. Awwwuuuuuu....!!

Masa dalam tempoh mencarik jawapan, I dah hampir putus asa. Tahun depan dah taknak masuk, TETAPI bila dah menang ni, terus ubah fikiran, nak masuk tiap-tiap tahun. Taknak kasik can dekat orang lain. Heh!

Ko giler taknak masuk kalau cash dapat 500 hengget beserta tiket penerbangan ke Sabah secara percuma? Yang paling penting, boleh cilok dari office sehari. Har har har har. Tak caya? Tak caya sudah, nama ko Bedah, tetep ko sebelah!

-EnD-

Thursday, April 21, 2011

Mari Menggemok Bersama-Sama

Hello !!!! Bertemu kembali dalam rancangan mari menggemok bersama chooyaya! Sila tepuk pengakap sekarang sebagai tanda sokongan kepada diri ini yang tak pernah jemu dan putus asa untuk mendapat target berat 80kg dalam tempoh dua tahun selepas kawen. Wuwuwuwuwuwu !

Baiklah.

Tanpa membuang lebih banyak masa lagi, sekarang mari kiter beramai-ramai saksikan apakah makanan yang menyumbang kepada kegemokan yang tidak berbelah bagi dan tanpa rasa bersalah. Orang putih kata, no mercy. Yes!

Pergh!! Yang ni memang lazat ya amat. Kentang bakar, siram dengan melting cheese and ada broccoli. Actually ada variety of topping instead of broc and cheese sebenarnya. Ikut la nak ambik yang mana. Dekat mana nak dapat? RAHSIA. Wek wek :p *Nah pipi, sila la lempang.

Yang ni NZ steak yang bapak order malam semalam masa celebrate birthday Sazli dekat Bora Ombak. Steak sangat sedap. Gravy very tasty dan sayur amat enak. Nampak tak I besungguh-sungguh nak bagitau steak ni sedap? Nampak tak nampak tak? Kalau datang sini, tak order pulak tu yang ni, memang carik pasal. Gravy ada 2. Mushroom dengan blackpepper. Amek blackpepper taw?

Yang ni ordered by me aka tuan tanah. Spaghetti carbonara. Sedap jugak. Tapi sedap gitu-gitu jerk la. Memang la biadap kalau nak samakan dengan spaghetti dekat Delicious. Actually, I sangat suka makan menatang ni kalau ada crush blackpepper dengan tabasco sauce. Dekat Bora Ombak ni kenapa ntah failed. Tabasco sos pon takder. Pcet pcet.

Yang ni pulak Lamb Rack. Ordered by Sazli. Sedap jugak! Gravy dia special. Macam ada rasa Thai sos sipi-sipi. Memang sedap! (Dah 2 kali bagitau sedap) Nak pulak ni makanan orang kan? Lagi la sedap. I ni jenis suka makanan orang. Ishk. Suka makanan orang takper. Jangan suka laki orang. Pang!

MIL order Austarlian Steak ni. Tebal sikit. Eh tak. Tebal banyak. Isi dia pon ada a bit raw. Mak memang tak makan medium rare ni semua. So dia reject mentah-mentah. Kerana chef memandai bagi medium-rare so chef terpaksa membagi mak tukar dish ni. Maka Mak ambik NZ Steak jugak. Pasal Australian steak ni tebal. Takkan nak tunggu lagi 3o menet baru dapat makan kan?

Sebagai tanda mintak mahap, mereka bagi ni. Complimentary. Pisang emas berkepit eskrem vanilla. Takpon Pisang kawen dengan eskrem. Eh. Ntah. Memandai I kasik nama.

Yang ni I Teriyaki Chicken dekat Octopus Wangsa Walk yang I order sebagai lauk kerana tidak dapat memilih untuk nak makan sashimi ataupun chicken teriyaki. Jadik aku order dua-dua. Muahahahahhahahahaha. Padan muka hengkau!

Sashimi bento. Tau la I ni adventurous bila bab makan sashimi. Tapi beragak la nak suruh aku makan sashimi ni dengan nasik. Tu yang order chicken teriyaki kat atas tu tadi. *logik tak alasan? Haha

Dan terakhir sekali dalam carta dan boleh dikatakan sebagai menu biasa-biasa dan tidak la seenak mana ni kecuali kalau dah teringin sangat nak makan kan? Nasik Ayam Hainan. Dekat Ampang jerk. Tak la sesedap dekat dekat Bukit Bintang punya Nasik Ayam Hainan, tapi boleh la... *Sambil buat muka annoying. Tu nasik tu cup apa. Cup B eh? **Yang nkorang tengok tetep masing-msing kenapa?

So, sekarang dah dapat idea mana nak makan esok? Bagus. Renung-renungkan dan selamat menggemok !

-EnD-

Wednesday, April 20, 2011

Kayang Demok Birthday!

Today is a special day to me.. Birthday room-mate I yang ke 29 :D


Cepat jer masa berlalu. Rasanya macam baru je lagi I pisat-pisat ambik kek slice dalam almari and nyanyikan dia besday song time dia surf net tahun lepas. Tiba- tiba dah setahun. Badan pon makin membesar sebagai johan. Megik kan?


I dah belikan dia advance birthday prezen. Tuan badan nampaknya gembira. Dapat dilihat kepada mata yang berkaca-kaca setiap kali dapat apapa pon dari I. Itulah keistimewaan Sazli. Drama mau lebih taw.


Tahun ni takkan la I nak simpan kek dalam almari lagi kan? So I tetiba dapat idea. Ting!!! *lampu menyala atas kepala. I nak surprisekan dia dengan bunga and kek coklat hebak lagi lazat yang I order dari Huda and ada lambang football team fav Saz - Barca. Delivery dekat office dia terus.


Tapi sebelum tu I kena pastikan yang dia takda meeting atau takder pergi site-meeting. Bagus. Harini dia ada kat office jerk. Call Nurfa colleague Saz and mintak dia bersekongkol dengan I untuk bagi surprise dekat Saz.


Ko taktau pulak malam tu drama macam mana I dengan Saz. Pukul 12.00am, Saz tanya I, mana kek dia? Dia nak tiup lilin. Bangun pergi dapur, carik dalam peti ais, carik dalam almari. Perasaan I? -Sebak nak mampos. Kesian pulak budak demok tu kan? Biasa ada tiup2 kek. Tahun ni ha dah takder dah.


So, kesudahannya.. Kerana rasa bersalah. I tak dapat tido sepanjang malam. Errr.. Bukan la totally tak dapat tido. Tapi sebenarnya asyik terjaga jerk. Pasal susah hati and jugak eksaited. Tak sabar nak tunggu esok time kek and bunga sampai dekat office Saz.

Dah. Aku pon sama drama. I pon kalau eksaited, memang asyik rasa nak muntah. Ngantuk nak muntah, lapar nak muntah, kenyang pun nak muntah, panas sejuk belaka2 pon sure nak muntah. Haih.


Cake yang Huda buat. Bak kata officemate Saz, 'sedap tahap dewa'. Tapi kek ni memang sedap. Kek coklat kukus layered dengan choc ganache and topping with choc ganache jugak. I mintak huda bubuh logo Barca dengan candle bentuk bola. Cantik sangat-sangat. Ni cake boy, mana boleh letak rama-rama, reben dan bunga. Kan kan?


Pastu I kasik Saz bunga ros half dozen. Kaler putih. His fav colour. Huda yang manage to handle pasal bunga ni. Thanx Huda! Saz kata dia tak pernah dapat bunga sebelum ni (U better don't!) Hahahaha.

Kata colleague Saz, masa ni muka Saz merah, terkejut beruk pasal dapat kek and bunga. Dorang pon semua sporting. Bawak kek and bunga, pastu nyanyikan ramai-ramai dekat Sazli ... :) Seronok I bila dapat sms yang Nurfa bagitau surprise berjaya. *Luruh jantung tau?


Lepas tu Saz call. Dia terharu pasal I buat sampai macam tu dekat dia. Ala. Rilex la. Bukan I kasik M3 pon. Hehe. I pon kembang la. Pasal berjaya buat suami terharu. Vavi la. Yang aku malu sorang-sorang ni kenapa. Nampaknya malam ni kena kerja overtime la. Hahaha.. Bodoh!



Malam tadi, dialog I dengan Saz.


Su : U, sempena birthday U ni, I ada rules baru. Apakata kalau birthday U, U yang kasik hadiah dekat I.


Saz : Hahaha. Boleh eh macam tu. U nak apa?


Su : I nak purse la. Dengan henbeg serta kasut. Boleh tak?


Saz : Boleh... (dia ni layankan ajer sebenarnya)


Su : U... Boleh tak potong rambut, I dah semak tengok rambut U ni. U rasa U hensem eh rambut kembang-kembang?


Saz : Ha ah *wah. kompiden. Haha


Su : Nak simpan sampai bila ni?


Saz : Tiga tahun la.. I nak kasik panjang sampai paras bawah bahu


Su : Mak aih! Ala... Taknak kawan la macam ni. I semak la tengok... :(


Saz : Ok ok. I potong. Esok I potong ok?


Su : Yeayyyy !!!!!


Saz : ..................................................


Su : Kenapa U ni?


Saz : ..................................................


Su : Hoi ! Mabok ke? Pesal senyap?


Saz : *Tepuk dahi. I mengigau !!!


Su : So, yang U cakap tadi tu tak valid la?


Saz : Ha ah. Pasal I tak ingat. HAHAHAHAHAHAH


Setan kan? Kasik I harapan palsu. Ala. Lantak dia la. Walaupun hati I sebal tengok rambut kembang dia tu, tapi biarla.. Janji dia hidup and sentiasa ada melayan I setiap waktu. Bak kata Saz.


I KALAU TAK JUMPA U, RINDU SANGAT RASA.. TAPI KALAU JUMPA MENYAMPAH PULAK NAK LAYAN


Finneee !! Haaha. Menyampah konon. Padahal kalau nak main berlakon-berlakon pengsan, I sorang jerk yang nak layan dia pon. Lagi nak menyampah. Podah!


So, untuk suami I. I doakan, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan... Jadi lah suami yang baik, anak yang baik, menantu yang baik, kawan yang baik serta makhluk tuhan yang baik..


I sayang U deep deep !

-EnD-

Tuesday, April 19, 2011

Monday, April 18, 2011

Resepi Sambal Tumis Yang Lazat

Weekend aritu kan I balik kampung. Kebetulan Kaklong pon balik jugak, so apa lagi.. Aktiviti kitorang makan jerk la.. Pantang sebut, terus buat. Hari Sabtu pagi, De masak nasik lemak atas permintaan Sazli.


Keistimewaan Sazli ialah, apa yang dia kata nak makan, semua orang akan berusaha membuat. Budak domok tu pon pandai, request kat kakak-kakak dia jerk. Kalau mintak dekat I, memang I tak layan. Ishk Ishk.


Kiter balik kampung nak rehat-rehat, dia pulak time panas terik pukul 3.00pm tu mintak donut. Memang tak dapat la kan? I purak-purak tido. Sampai tukang mintak pon sama tertidur. Bila dia bangun, dia pon dah lupa sampai la sekarang. Fuh!


Berbalik kepada nasik lemak yang kitorang sarap Sabtu pagi tu. Mak suruh try resepi Mak Teh I yang duduk dekat Johor tu. Dia buat sambal tumis memang sedap nak mampos. So, kitorang cuba la buat (kitorang tu ialah Kaklong sebenarnya,I tukang mengacau dekat dapur jer. Kata pemalas?) Haha.


Resepi dia ialah. Jeng jeng jeng!


Sama jer macam sambal tumis orang lain. Cumanya, bawang kecik, bawang besar, bawang putih, belacan blender asing dengan lada kering. Panaskan minyak dalam kuali, panas sampai berasap-rasap tu.. Pastu tumiskan bahan blender adik beradik bawang dengan belacan. Sampai la garing... Sampai dia kering air.


Lepas tu masukkan ikan bilis yang ditumbuk separa halus. Bila dah sebati tu, tunggu la barang semenet dua, baru la masukkan lada kering yang di blender asing tu. Masukkan la lada hidup barang 2 bijik (ni pon petua sambal tumis yang lazat).


Bila dah pecah minyak.. Baru masukkan garam, serbuk perasa dengan air asam jawa. Ada orang suka asam keping, terpulang pada citarasa masing-masing. Lepastu masukkan gula nira tu. Yang ni pulak, kalau kiter nak sambal kiter warna merah menyala, masukkan gula time last-last. tapi kalau nak sambal tu warna gelap sikit, masukkan gula awal-awal.


Last sekali baru la masukkan ikan bilis sekor-sekor yang dah direndam dengan bawang besar holand tu. Sedia dihidang bersama nasik lemak. Pergh!! Sedap nak mampos ok? Makan dengan lempeng pon sedap jugak ni. Cis lahanat. Dah teringin nak makan lempeng sekarang jugak.


Mak kata, nasik lemak makan dalam pinggan kecik jerk. Supaya tidak obes. I kata kalau orang bagi makan nasik lemak dalam pinggan kecik ni kedekut. Mak kata 'dah kata nak kurus, makan la dalam pinggan kecik' - Baiklah mak (^_^)


Time ni pukul 3.30 petang. Dekat kampung memang la panas giler. Sazli dah tertido. I pulak tak dapat nak tido pasal dekat luar rumah bunyik bising. Sekejap orang nanges, sekejap orang gelak. Yang nanges = Aiman, yang gelak = Mak (Mak teror main badminton pakai kain batik. Hebat Mak. Hebat)

Nak tau pasal apa? Pasal dorang lawan main badminton. Ye. Dalam rumah. Bising sangat. Mak agak annoying la. Main tak jujur. Dia suka pukul kuat-kuat sampai Aiman asyik kena kutip bola dekat luar rumah. Pastu ejek-ejek Aiman. Sambil Aiman bergenang air mata kutip bola dekat luar yang panas terik.


I kata pada Aiman, 'Man, kalau Makcik jadik nko, Makcik tak main dah kot dengan Atok ni. Main tipu.' Pastu mak gelak-gelak jerk. Tau tak gelak mengejek macam mana? Hahaha. Sekarang I dah tau perangai kuat menyakat orang ni I dapat dari sapa. Dari Mak la.


Boleh la Mak. Buli budak kecik. Meh lawan la dengan I mekalo berani.


-EnD-

Sunday, April 17, 2011

Paintball Yang Penuh Drama Warna-Warni - Part II

Hello...!! Dah lama rasanya I tak online dengan screen besar ni ha. Gigil sekejap badan rasa. Macam jakun pon ada. Kasihan sungguh diri ini. Zaman dolu-dolu mekalau takder internet dekat rumah, takper je pulak. Skarang ni bukan main menggatal lagi, baru 3 hari jer pon tak online. Haish!

Ekteli I baru jer balik dari kampung. 3 hari dekat Jengka. Terima kasih kepada mak kerana telah berjaya menggemukkan diri anak mak ini sehingga selulit keluar dengan bermaharajalela akibat dari memakan nasik 4 kali sehari. Thanx mak, so sweet of u.. **Mak, ini ialah perli mak. Kenapa mak selalu malu-malu bila orang kata tengs pasal kasik orang gemok. Haha.

Burp *Sendawa cendawan masak air mata yang tengah hari tadi.

Baiklah. I sebenarnya nak ambik hati I ni. Pasal gambar ni dah lama berada dalam draf. Rugi la dah save, download, upload bagai tapi tak publishkan pulak. Kan? Ni kesinambungan pada aktiviti paintball yang bewarna-warni last week.


Apis, tak perlu membuat muka seriyes kacak setiap kali wana amek gambar. Menyampah. Tu nampak muka 'menyampah' Maksu kat sebelah tu? Nampak tak? Tu namanya menyampah yang eksaited.


Hamboih. Semua taknak kalah. Siap one suit baju askar tu. Vavi la. Beli baju askar tak ajak!



Masa untuk memikirkan strategi untuk menang battle yang kedua. *Maknanya kalah la kan first game tu kan? Tak reti-reti? Haha


2 budak gebus


Tengok Apai tu, tong gas bom pon ada. Ko berani nak dekat?


Moral of the story : Jangan pakai baju lengan pendek serta seluar yang bewarna cerah. SANGAT BERCINTA untuk membasuh seluar tu.

3 budak momot the return.


Garang tak garang tak?



Dah, sekian cerita perang-perang. Takkan ada entry yang ketiga. Kepada pencinta entry makan-makan I, stay tuned. Jangan lari jauh-jauh. Nanti I nak share resepi macam mana nak buat sambal tumis yang sedap.

Sekarang I nak tido. Harap malam ni dapat mimpi ShahRukh Khan lagi. Berdoa berdoa berdoa.

-EnD-

Tuesday, April 12, 2011

Paintball Yang Penuh Drama Warna-Warni

Setelah 2 jam tengok screen computer ni, dan termenung.. Maka tiba-tiba I ada kekuatan untuk menulis entry baru kali ini. Sila bagi tepukan yang gemuruh. Ewah! *awal-awal dah drama.


Nak tau tak? Masa Sabtu haritu.. I dengan Saz, Wana, Apis, Apai, Ajan, Ami, Ema, Sapek, Jengka, Nor dan lain-lain (sebut nama macam korang kenal kan?) pergi main paitnball dekat Gombak. Nama tempat tu, Dusun Ali King.


Best giler! Ni first experience I try Paintball. Punya la best, sampai siang terbayang malam merindu. Masa time antara nak tido and tak tu, sikit-sikit I elak peluru. Pejam mata nampak peluru. Makan nampak peluru. Haha. Vongok!

Klik sini untuk more info pasal Dusun Ali King Paintball ni. Kitorang ambik package yang RM75.00 + 500 pellets + meal & drink. Body Armour (baju kebal) sewa dia RM5.00. Kalau dah rasa kebal sangat atau kompiden tak kena tembak kat area tetep, perut dan sebagainya tak payah la sewa.


Game dia ada yang dalam hutan (real) and ada yang main tembak-tembak dekat tembok tong air dengan tayar tu. Term dalam paintball I taktau. Pandai-pandai la fikir sendirik. Jangan nak jadik pemalas sangat.

Dalam 4 game tu, sekali jer I mati. Kena tembak dekat perut. Pastu I dah angkat tangan tanda surrender tapi team lawan tetap nak jugak tembak I. Memang carik pasal. Biadap sungguh! Pastu lagi 3 game I hidup jer. Paling best, ada satu game tu, I sorang je yang hidup.


Jangan salah sangka kata I teror. I hidup bukan pasal I teror tapi dah mekalau sepanjang masa duduk belakang tong, belakang pokok, tak gerak-gerak, macam manakah untuk mati kan? Haha. Kalau kena tembak sakit woo... Lebam bintat jugak la 3 4 hari. Dorang pon agak biadap. tembak taknak dekat baju kebal tu. Nak tembak dekat buntot, leher, kepala jerk. Cis!

Diharap pada masa akan datang kalau nak main paintball, pastikan pakai baju lengan panjang yang tebal tau? Tengok macam I, kondifen je pakai baju lengan pendek. Baik hati sangat nak derma darah pada nyamuk serta tidak takot kena tembak dekat lengan. Hebak hebak.


Naseb baik Apis yang hensem, kacak bergaya tapi hitam sikit-sikit ni kasik I pinjam baju lengan panjang dia. Bagus. yang paling bagus, kerana dia meminjamkan baju, I terpaksa package membasuhkan baju dia yang lagi sehelai. Dan jugak baju Jengka yang takder kena mengena tu. Tapi pasal Jengka memberi kepercayaan pada I untuk cover kubu belah kiri sehingga hampir kalah kami kena ambush, maka I membasuh juga baju dia. Bagus kan I?


Sazli, semua game dia mati, kecuali last game. 3 kali la I menjanda. Sian I. Semua kena head shot. Mati dekat situ jugak. Kata Apis yang partner dengan dia, Saz boleh tahan drama la.. Asal kena tembak, terus campak senapang and pura-pura mati. Dah mati tu, dia mengerang sakit and tanya dekat Apis, dia kena tembak kat mana. Nampak betul drama dia. Hahaha. Lepas tu, Saz ni dari umah lagi pesan kat I, 'U.. Nanti kalau main kena tembak jangan nanges tau?' YE YE. DAH LAPAN RATUS KALI PESAN JANGAN NANGES. HAIH !

Ajan ialah hero dalam game kali ni, pasal dia berjaya ambik flag dari pihak lawan yang I berjaya naik 3 level dari bawah bukit. Hnss Hnss.. (00) <-lubang idung kembang. Terima kasih pada Sapek, Nor & Apai yang memberi sokongan dari luar. Suruh I move move. Yeah! Terus rasa macam hero sejati.


Ni kawan-kawan Ema. Satu tempat kerja dengan dia yang salah sorang dari ahli team dia nama Hijazz yang I dah tembak depan-depan. YE! sangat berpuas hati dapat tembak team lawan. No mercy! (padahal Apai dah tembak melambak-lambak team lawan relex jer, tak kata apa pon. Perempuan ni baru tembak sorang, bangga macam haper jerk)

Perhatian kepada Apai, diucapkan jangan terlalu sexy. Nanti nyamuk horny siapa mau jawab? Kepada Ajan, Maksu baru perasan yang Ajan cuba meng 'usha' Sapek dari jauh ketika dia menyalin baju. Hahaha.


Kitorang start game dalam pukul 10.00am dan siap pukul 3.00pm macam tu. Dapat 4 complete set. Habes 500 pellets jugak la. Berapa game tu depends on berapa banyak pellets kiter guna. Kalau sayang-sayang nak tembak, 10 game pon dapat kot? Dapat dekat I, selagi boleh tembak, I tembak je. Tu yang geng sendiri pon kena tembak jugak. (Sila salahkan Jengka kerana kepala Ami yang benjol - dah la kepala dia botak)

Pesanan untuk kepada sesiapa yang baru nak start main paintball ni, never ever ever tanggal mask (mask ke nama menatang tutup kepala tu?) selagi game tak habes. Sangat-sangat merbahaya. Boleh buta kalau kena tembak dekat muka.


I really-really looking forward untuk my next game. Seronok sangat haih !Kali ni I nak gerak sorang-sorang. Pasal dah teror. Takder la nyorok belakang batu jerk kan? Kiter kena berani macam Wana. 4 4 game semua dia mati 3 4 kali. (sajer buat cerita) Hahah. Jangan marah Nayang!

-EnD-

Friday, April 8, 2011

Donut Yang Biadap

Hari kelmarin kerana ketamakan serta tekak yang biadap mahukan dessert selepas makan sushi, maka I telah beli 2 ketul donut ni dekat Big Apple.

Big Apple - Duran-duran & Milky Way - Pergh!!!

Tetapi apa la guna donut yang sedap lagi gebu kalau hanya menginap di dalam peti ais dekat office. Hari Isnin nanti kalau I check dah jadik batu barangkali.

Tengs for that Suraya.

Yang Kecewa,
Siti Suraya *Eh?

-EnD-

Thursday, April 7, 2011

Kidd & Hani Yang Mengkawen

Selamat penantin basi baru diucapkan kepada Kidd & Hani. Welcome to the club u both! Jom jom! Kiter janji buat beby ramai-ramai nak nak? *Lompat bintang sekarang.

Actually, wedding ni last month. But since I bizi menyelamatkan dunia, (I kerja partime sebagai otromen) maka selalu la terlepas pandang nak upate pasal wedding budak omel dua orang ni. Apa yang I bizikan pon I taktau. Harharhar.

Diucapkan kepada Kidd & Hani supaya gembira sepanjang hayat, jodoh berkekalan keliang lahat (mak, seram) dan produce beby yang omel-omel jugak. Kalau sudi, marilah kiter berbesan. Wah! Bayang beby masih di awang-awangan sudah mahu buat plan 20 tahun akan datang.

Dah. Jangan banyak citer, mari menyaksikan gambar di majlis Kidd & Hani. Ni dekat Dewan Perdana Felda. Kerana dewan telah di decorate dengan begitu lawa, terus rasa macam nak kawen lagi skali. Kawen o o jerk. Dengan Jonidep la tapi. Agak-agak kalau kasik cadangan macam ni dekat Saz, kena tempeleng tak?? Haha.


Mana gambar perantin? Tadep tadep. Bubuh last-last. Ni semua pempuan ni giler glemer. Yang terpaling sekali ialah yang gigih memanjangkan leher supaya muka penuh masuk bila snap. *mengata diri sendirik nampak? Sila ambik perhatian kepada muka suci Rish & Aliah, muka keliru Syikin serta Epin yang entah datang dari mana tetiba nak amek gambar sekali dengan orang pempuan. Kepada Wana diucapkan selamat bertunang. Eh?

Terpaksa bubuh lagi satu pasal yang tadi tu Mira takder. Mana ntah dia. Sebok bersosial barangkali. Nampaknya perempuan yang giler glemer tadi masih mahu over jugak. Bajet omel la bukak mulut sambil ketawa macam tu. Pang!

Group photo. Ko carik mana dalam Malaysia yang pengantin sebok nak buat gaya Usop Wilcha? Kidd sorang jerk. Dan kepada Acap yang sebok membuat gaya yang sama dan membuatkan gambar perempuan giler glemer hanya nampak separuh diucapkan terima kasih serta fak baring untuk lu. Haha.

Version sopan sikit. Sila ambil perhatian juga, yang duduk baris depan, 2 dari kanan yang pakai capal berbaju melayu cream tu, sila ambil perhatian (lagi sekali), jangan pose sopan-sopan macam tu. I tatahan. Nampak menggoda la. *Hari ni hari apa eh? Haha

Sekian laporan.

Yang benar,
Makcik Kentin.

-EnD-