Monday, February 28, 2011

Aliah Birthday Party

Kesinambungan kepada entry getis berkiter-kiter masa Sabtu pagi-pagi yang balik dari Birthday Party Aliah tak tidur terus update blog menkongsi rasa cinta pada suami tu. Auuwww. Maka terimalah kesinambungannya... Weeewiit...!!

Aliah buat dekat this one suite 3 rooms dekat The Zon KL jalan Ampang sebelah dengan KLCC tu. Tingkat 2. The one and only suite dekat level tu which is memang sesuai la nak berparty sakan pasal tak la kebisingan dalam bilik menganggu ketenteraman orang awam. Kan Kan?

Well actually, ada dalam 50 - 60 people (lupa nak kira) jugak la masa malam ni, but gambar semua ada pada Aliah and Aliah friends, so semua yang ada ni, was taken from my BB. Yer la kan? Takkan I peramah-peramah nak amek gambar kawan-kawan Aliah lain yang sepsis-sepsis tu. And kitorang pon (WakDan) dok lepak dalam salah satu bilik, sambil joget dan berparty sesama sendiri. Sangat anti sosial kan?

I ada jumpa jugak dengan Boya (bukan buaya) and si Su polis, tapi memandangkan bizi dalam bilik berdrama dengan yang lain, maka lupa nak amek gambar. (Ok tak alasan?)

Party start dalam 10.00 malam, and Sazli sebok nak ajak datang awal pasal nak balik awal. I dah kata, Aliah punya kawan ramai... Nanti bebudak WakDan lain tak datang, kiter nak kawan dengan pasu bunga kah? I kadang-kadang bila tak kenal orang, biasanya jadik super pemalu tahik. Naseb baik masa sampai Rish omel dah ada. Terus dia datang peluk I mesra-mesra demi menunjukan kepada stranger yang lain, dia pon ada kawan. Haha. Taktik bocor dah Rish.

Theme white and glow in the dark. Dalam gambar tak nampak effect glow ring yang Aliah pakai dekat tetep dia and tanda senyum dekat perut. Giler daring Aliah. Bayangkan kalau I pakai macam mana. Choi...!!! Aliah kata I tak ikut tema, pasal baju I banyak kaler merah. Tapi I rasa I ikut tema jer (Taknak kalah). Makanan memang banyak. I dengan Rish duduk jer dekat tepi table taknak beralih. Makan pizza sampai habes. Orang lain jeling-jeling, tapi kiter peduli apa? Haha. Buruk perangai ok?

Budak momot ni kalau ajak amek gambar, mesti nak buat muka buruk barang lapan keping. Dah kena pijak kaki, baru nak senyum elok-elok.

Nayang I si Wana lambat sampai. Dia lagi la not into party semua ni, but demi Aliah datang jugak budak domok ni. Apis pulak tak habes-habes dengan drama. Konon kaki party joget shuffle dalam bilik sorang-sorang. Bila panggil keluar taknak pulak.

Last two years kek besday Aliah gambar tetep, last year gambar bontot and tahun ni amek engkau, pempuan bogel terus. Bila party about to finish, Aliah menjerit-jerit tanya sapa ambik tetep dia. Dah hilang sebelah. Haha. Sapa la yang kijam tu? I saspek Apis. Tapi dia kata tak pulak. P/s : I rasa ni pempuan mat saleh pasal bulu dia kaler coklat.

Ni masa baru sampai, sian kitorang.. Takder kawan. Duduk la berempat dekat dapur, jadik tukang pas pinggan pakai buang dalam tong sampah. Nais nais.

Banyak barang-barang glow in the dark malam tu. Kata Rish, jangan pakai kuku hantu tu depan dia, nanti dia mimpi. Macam budak-budak. Haha. And topi tu tak boleh fit dengan kepala Rish lantas nampak macam topi ragby. Padahal tidak.

Apis and Saz berlakon ala-ala gay partner. Ada gaya tak? Yang taf jadik pempuan, yang tecit jadik lelaki gagah. Sesuai la sangat.

Sebenarnya ada ramai lagi WakDanian datang malam tu. Ada Apai, Ami, Cipel, Asek, Katiq, Brad Pitt, Tom Cruise, Mel Gibson tapi semua sebok nak joget-joget dekat luar and BB I pulak asyik hang jerk. Bosan jugak asyik nak reset Henpon. Kang beli Iphone kang baru kau tahu !

I balik around 2 am pasal Saz ada course esoknya dekat JKR and yang lain sambung party sampai kepagi. Kata Katiq, ada yang balik dekat pukul 6.00 pagi and tetiba I rasa I dah terlalu tua untuk berparty. Kan? (berani kalu kata la yer)

-EnD-

Saturday, February 26, 2011

Jatuh Cinta

Kiter baru balik dari pergi Birthday Party Aliah dekat The Zon, KL. (Kiter? Pesal mengada sangat nak berkiter-kiter ni?) Haha.

Party like a real party baby! Terasa muda kembali walaupon dah tua sebenarnya. Thanx to Aliah and Khatiq for inviting us eventho Sazli lapan ratus kali bagitau he's not into party la, semak bau rokok la (dia merokok jugak tapi???) and telinga bingit dengar music kuat-kuat.

Omel sangat ni bila dia membebel macam tu. Ishk. Geram geram.

Tak pelik kan bila kiter jatuh cinta dengan suami sendiri? Ke rasa nak muntah jer bila I cakap macam ni? Haha. Jap tengok date berapa haribulan. Mana tau waktu mengawan ker? Kikiki.



Tengok tangan I tak dapat bercantun? Apakah maknanya?

Gambar lain will update later. Ngantuk sangat dah ni. Pastu perut lapar. Fak la. Padahal tadi dah makan mihun pizza bagai. Ni kalau gemok, Aliah la punyer pasal !

Bye!

-EnD-

Wednesday, February 23, 2011

Ketiak I bau epal. Sori eh? Tapi I ada tips untuk kurus (pancing)

Tengok tajuk entry taknak kalah of coz. I kalah dari segi kegemukan, tapi dari segi gemok but kompiden, I menang. (Walaupon ada orang tu kata, kompiden biar bertempat, tapi haku peduli haper kan?) Maksud menang disini ialah, tak padan dengan gemok tapi masih mahu membagi tips untuk kurus. Sangat kasihan bukan? Hahahahah.

Tengok gambar ni, walaupon I muka macham busuk waktu ni, tembun lagi hina tapi ketiak I wongi tau? Bau epal. Tak caya boleh cium. Tak caya lagi boleh tanya Farah, Intan, Yatie.. Dorang semua dah bau ketiak I ( ini tipu ).

Masa ni I baru balik dari training netball. Dengan muka selebet ni, Poja ajak teman dia pergi salon. Kebetulan dia ada shooting dekat area rumah I. Time ni dekat Kayu, Ampang. Dulu Craven Cafe, now dah jadik Kayu Nasik Kandar. Tak laku bangkali Craven tu, lantas menutup premis. Kasihan. Abaikan dagu yang dua lapis itu.

Dulu Ustazah I kata, orang tu kacak/hemsem kalau dagu ada dua. Read : double chin. I saspek dia suka dekat Arwah L (Arwah L double chin gebus. Pernah gigit lengan dia dengan sengaja kerana terlalu geram. Maaf untuk itu). Dalam kelas dia bukan pandai sangat. Tapi bila guru kelas Ustazah A, dia mesti dapat number 1 manjang. Astaghfirullah. Mintak maaf L aku berburuk sangka. Lekas-lekas sedekah Al-fatihah. Lantas insap taknak lagi bawak motor laju-laju. Nanti kalau kena langgar lori mungkin boleh mati.

Lepas training netball. Muka hitam pink pink sikit. Sian. Duduk cover perut berlapis. Tanda gemok. Ye. Sangat gemok sebenarnya. Sila kagum.

Ooo.. Tadi kata nak kasik tips kan? Ke I dah bagi sebenarnya eh? I lupa. Maklumlah dah tua-tua macam ni, banyak menda lupa. Kadang-kadang selamba pergi kereta tanpa membawa kunci lantas berangan diri macam robocop. Nak start engine hanya guna jari. Ewah!

Tips tadi I nak kasik ialah, kalau lepas sukan atau bersenam, avoid dari minum air yang manis kerana gula yang berlebihan akan menjadik lemak. (ke?) Dan elakkan dari makan carbs dan lemak kerana kadar penyerapan lemak tika selepas bersenam adalah lebih tinggi selepas berpeluh kerana urat-urat mengembang (kah?)

Maka makan banyak semasa tidak bersenam adalah lebih baik dari bersenam bepeluh bagai and makan banyak-banyak.

Errrr...

Rasanya macam dah bagi.

LANTAKLAH! MALAS NAK FIKIR !! (Biasa memang jadi garang kalau dah kantoi buat silap) Haha.

-EnD-

Monday, February 21, 2011

Makan Kalau Boleh Biar Sampai Gemok Di Hari Jadi Mira

HAPPY BELATED BIRTHDAY MIRA !!!!

Semoga Mira panjang umur, murah rezeki, sihat subuh badan, bertambah cantik dan bertambah gemuk (Selit sekali doa busuk hati kan? Dah tu? Aku jer ker yang nak kena gemok sorang-sorang? Mana aci !)

So, sempena dengan birthday Mira yang dah belated belated belated tu, Wana ajak I dengan Mira makan (MAKAN???) dekat mana-mana restoran Jepun. Yang memula I nak pergi Ozeki, pastu Kiku Zakura but end up makan dekat Sakae Sushi (lagi?)

Ah. Bantai jerk la. Ikan mentah mana-mana pon sama jugak kan rasa dia? (Amek hati) ((Ni yang banyak sangat bukak kurungan, tutup kurungan ni kenapa? Tak elok bermonolog dengan diri sendirik selalu, mungkin boleh menjadik gila jika tidak dibendung)) **Takot kan?

Oh. Kejadian berlaku pada hari Ahad. Tengah hari. Saksikan. Saksikanlah oleh mu wahai sang hujan... Aku yang telah jatuh... Dilanda asmara. Eh. Tetiba terdanggut.Ingat tak lagu ni yang nko dah spoil kan waktu kiter duet tempoh hari Budak Kacak?


Gigih membuat eksperimen menggagungkan segala mala jenis soyu dan jugak meletak wasabe sampai soyu bertukar menjadi warna hijau supaya senang nak berak. Owh. Kalau dekat Japanese restaurant, I suka mencampurkan sweet soy dengan soyu. Bagi rasa dia balance dan tidak terlalu masin. Well, dalam hidup kena ada keseimbangan dunia dan akhirat. Begitu jugak dengan tetep. Kalau kecik sebelah pon tak bagus jugak kan? Nampak tak relate kisah soyu dengan tetep ni? Errrr. Ok. Next !

Acara suap menyuap besday girl dengan Wana. Yang aku ni takde la pulak sapa nak suap kan? Fine !!

Sekarang mari saksikan apa yang kami makan eh? Ni half jerk kot. Ada yang portion besar-besar segan pulak nak letak. Entah bila segan nak tayang makanan pon I taktau. Bongok jugak. Perhatikan kaler plate semua kaler merah. Ni Wana la punyer kerja. Dia bermusuhan dengan tumbuh-tumbuhan kan? Yang tumbuh-tumbuhan kaler plate tak la garang-garang. Grrrr.. Btw : Merah - Pembunuh. Hijau - Hati yang damai. Apatah lagu ketika menbayar.

Tempura Cheese Maki yang I dah tak larat nak makan pasal dah takda ruang untuk diisi selepas seperiuk Sukiyaki sudah selamat bersemadi dengan tenang di dalam perut. Yeah! (Dengan bangganya)

Saba Shioyaki yang selalu menjadi pojaan hati

Idako. Wana punya yang tak mampu masuk dalam tekak Mira. Wana ni kasik dia makan ikan mentah dengan sotong alien ni lagi ok dari suruh dia makan kobes. Penakot sungguh dengan tumbuh-tumbuhan. Tak sedar ke dia yang tumbuh-tumbuhan yang bagi dia oksigen untuk bernapas? Bukan sotong cacat ni pon! *Marah bagi pihak Mira. Over kan?


Mira kata dia segan nak makan yang mahal-mahal. Pasal orang belanja. So dia ambik Yakitori ni jerk. Hahahaha. (phew!!)

Soft Shell Crab with Cheese and Spicy Sos Sushi (Sesuka hati I nak reka nama makanan kan?) Haha

Unagi Sushi. Belut. Ada bran??

Edamame yang mekalau kasik Wana RM100 untuk habeskan satu pinggan ni pon jangan harap dia nak makan. Bermusuh betul dia dengan tumbuh-tumbuhan. Haih! Konflik identiti sungguh!

Dessert : Orange Sorbet yang memang sedap dan fresh after makan. Serius! Korang try la. Ada perasa lemon yang macam rasa pencuci toilet tu, nenas dan apple.

Sementara tunggu movie start, bercamwhore dengan Mira barang lapan keping dekat TGV. At first nak tengok No String Attach yang I dah tengok Jumaat malam yang midnite haritu, yang cuma tengok separuh jalan selepas fall asleep tu. Tapi lambat sangat pulak.

So, end up tengok The Mechanic yang hero dia super cool. Terus rasa nak kawen dengan dia. Walaupun dah kawen sekarang ni, nak jugak berangan kawen dengan dia. Sexay wei !!! Hot. Selamat tinggal Khairul fahmi ! (tiba-tiba)

I had so much fun! (Ayat klise yang biasa digunakan untuk menunjukkan keriangan) dengan Wana dan Mira. Apatah lagi disaat melepak di tepi air pancut seperti gadis belasan tahun gayanya dan melangkah pergi ketika ada sekumpulan orang berserban menuju ke arah kami. Kerana diri ini bajet mungkin kena ceramah kerana berdress pendek, terus sahaja bukak langkah seribu blah dari situ. Blah aku kata !

Btw, masa sebelum makan, I jumpa YnaDona. Kecil molek orangnya. Petite. Muka flawless. Comel. Bila berdiri disebelahnya dah macam resaksa gorgon. Thanx Yna kerana terlalu comel. Lepas tu paksa dia bubuh gambar I yang comel sahaja kalau nak share dalam blog, juga memaksa dia jangan bagitau yang I kalau jumpa persenel nampak mok-mok.

Tapi Yna kata tak mok-mok. Cuma Chubby. Eh. Lain ke? Haha.

-EnD-


Saturday, February 19, 2011

BIADAP


KETAM LA LA CHONG NI KAN KAN? MEMANG BIADAP !
Nanti I apdet later eh? Ni mandi and siap-siap untuk memakai kostum, maklumlah I kan kerja part time sebagai otromen. Biasa wiken mmg bizi menyelamatkan dunia.

Doakan kejayaan pasukan I
BABAI
-EnD-


Thursday, February 17, 2011

My very down to earth Caesar Salad. Ewah !

I kan konon berazam yang malam ni taknak makan langsung. Skali balik dari kerja, Saz kata... 'Sayang, I belikan U Choc Brownies dekat Secret recipe tadi'. Wah. Baiknya sayang! Sangat membantu ok? Meh peluk meh ! Lantas berkejar-kejaran masuk bilik. Eh tak. Tipu.

Konon semangat kental la kan? I tahan jer nafsu ni. Bukak peti ais ada la lapan puluh kali kot? Saja nak check kondisen kek tu tadi macam mana. Keras kejung jek dia. Sian dia, mesti sejuk kat dalam tu. So, apa kata kalau kiter kasik dia panas sikit? Mana tau kalau dia duduk dalam peti ais lama-lama dia akan demam kan? *Sangat bongok.

And lepas jer coating brownies tu dah cair kerana dipanaskan dalam microwave, kirim salam la nak tengok jer kan? Selamat. But 2 sudu jerk. Masih mampu lagi rupanya menahan nafsu. Im proud of U bebeh! Syabas betha !!!

BUT

Jangan nak impressed awal-awal. Dekat pukul 11 tadi, tetiba teringin nak makan Caesar Salad. Since bahan-bahan semua dah ada, I just basuh daun roman lettuce tu, put some instant caesar salad dressing from lady's choice and a dash of blackpepper. Egg and some anchovies on top and there U are, my very down to earth home made Caesar Salad version pemalas.


Lagi la merendah diri apabila roti yang dibakar menjadik rentung. Ada rasa arang sikit-sikit but suami kata sedap. Well, berani dia kata tak sedap? Haha. Kasik encourage sikit kat I ni untuk membuatkan dia Caesar Salad setiap hari. Hasilnya, dia lose weight sebanyak 3 kg within 3 week. Bagus kan? Tapi antara tahan atau tak jerk la nak makan salad tiap-tiap malam.

Tuesday, February 15, 2011

Mulut Manis. Bukan. Lidah Manis

Harini ialah hari desert sedunia. Dari pagi dah set dalam kepala. Nak makan Molten Choc Cake dekat Chilis... Nak makan Chocolicious dekat Delicious... Nak makan Pavlova dekat Alexis.. (Tamak kan?) But end up I ate this. Yang langsung takder dalam kamus.

Well, macam ni la hidup, kiter takkan dapat apa yang kiter nak. Eh? *Motip emos? Haha

Parfait dekat TGI Fridays. 3 flavour at first. I amek Oreo, Strawberry and apa menda ntah lagi satu. Lupa.

Kiter up satu lagi gambar untuk bakar line. Ooo. Lupa nak kasik tau, I tambah lagi 2 glass. Pasal strawberry flavor sangat mengujakan. Memang kuajaq! Gambar tak ambik pasal segan. Ntah kenapa jadik segan lepas makan 3 gelas. Macam takder erti punya segan. Bongok.

Beautiful desert must come with beautiful lady. Baru rasa gembira.

Mana ntah baju NIC Jeans kesayangan yang dibeli di OU ni. HILANG dah kot. Sapa ambik sila pulangkan kepada saya. (Tetiba marah baju panas hilang PADAHAL nak letak gambar sendiri kan? Lekas mengaku !)

P/s: Esok Rabu eh? Kerja eh? Fak. Ni yang tak suka cuti tengah-tengah minggu. Berasa macam harini malam Sabtu. Dahtu tak reti-reti nak tido? Baiklah. Nak tido sekarang.

-EnD-




Monday, February 14, 2011

Besday Dinnner GF

Apapa pon, macam biasa, sebelum cerita bab-bab lain, molek la kiranya kalau I menayang gambar makanan terlebih dahulu.. Lebih afdal rasanya... Dah kata pencinta makanan kan? *Sambil mulut menyumpah-nyumpah Chef Korea ni dekat chanel 706. Muka dah hensem, tapi suara macam itik. Masak pulak spaghetti sedap-sedap. Ko aperhal nak bikin hati gua panas malam-malam ni bro???

Maka, oleh kerana ini. Gambar Spaghetti Carbonara letak nombol satu! Tanda protes kepada Chef hemsem suara itik tu. Cis! Bedebah! Nyah kau dari sini !

Biasa kalau makan spaghetti dekat Delicious dia bubuh daun thai basil on top. Ni tadek pulak. Tadek stok bangkali dan jugak notice dia guna button mushroom instead of wild mushroom. Ayok. Menjawab la ko kat akhirat nanti. Ni dah kira tipu ni pasal tajuk dalam menu, 'spaghetti carbonara with wild mushrrom'. Cer citer cer citer. (Ni I makan)

Besday girl makan rice with thai sea bass ni. Tak menyempat I nak snap gambar Gf dah terkam. Dah hina pulak rupa ikan ni I mentengok. But it taste delicious. Seriously should put this on my menu next visit to Delicious. Rasa macam ikan stim yang I masak ada jugak. Tapi tidak la mereka tamak untuk membubuh segala mala jenis menda yang ada dalam peti es sampai melimpah pinggan. Ikan pon tak nampak (Basically I mengumpat diri sendiri. Yeah)


Sazli dah stuck dengan Ceaser Salad dah. Since dia dah lose weight. Bagus kan dia? Bini yang pergi Wellness Program dan menambah berat badan tetapi suami pula yang bersemangat waja untuk follow diet yang sihat. Ini tidak boleh jadi ini. I sepatutnya membuat sesuatu supaya kami nampak setaraf. Baiklah. Nak jogging sekarang (In my dream)

Jangan la tanya ini desert siapa pasal I know U already got the answer. The Pavlova? Boleh la.. I prefer Pavlova dekat Alexis and Serai kot? Rich dengan berries. Dekat sini dia bagi strawberry jerk! Dasar kedekut! Haik. Petuhui !!!

Mak, tak perlu terlalu serius ketika makan. Tau la mak sengaja buat muka garang kerana bimbang anak yang gemok mengecek lauk mak berkali-kali kan? Haha. Omel mak. Handphone standby letak sebelah. Motip? Nak reply sms bf ker? *Petir sabung menyabung

He lose weight kan? Naa... It just camera trick. *dengki padahal. That is the reason why I didn't put any of my picture here. Tonite. **Motip nak bercakap omputih sekarang sila explen pliz.

Ok la.. Sebenarnya kisahnya macam ni.. Kan masa CNY cuti panjang haritu I dah 4 hari ada kat kampung kan kan? Masa on the way nak balik ke KL, sipi-sipi dah nak sampai dekat KL, Mak call sambil buat suara nak nanges (drama giler. Now menurun kat anak bongsu yang gemok tu) bagitau yang purse I tertinggal dekat kampung. How nice is that? No?

Dengan segala mala semua ada dalam tu, terus I rasa orang Indon. Tapi. Kita orang Indon. Kalau tak penuh ilmu didada, tidak sampai ke Gunung Everest. Haha. Mati la skrip Hantu Kak Limah stuck dalam kepala I. Blame it on Sazli. Dia yang amek package Astro First tu. Terpaksa tengok cerita hantu Kak Limah untuk 2 hari pasal dah kena charge RM15 kan?

Eh. Kat mana kiter tadi. Oooo.. Pasal purse. Pastu I dah kata kat Mak. Takper. I ada duit dalam bank lagi. Salinan Ic dan lesen jugak ada. So biarkan purse tu, nanti minggu lagi satu I balik, baru ambik purse tu. But. As a orang tua yang prihatin kepada kesukaran anak di KL tanpa identiti diri, maka Mak berkeras nak jugak hantar dekat I. Dia kata, biar dia naik bas, kasik kat I, pastu terus balik Pahang.

Ewah Mak. Brilliant sangat-sangat idea Mak tu. I tak kasik la of coz. Selepas berceramah serba sedikit, Mak pon cancel plan nak datang KL. Dan. Sebagai Mak yang degil ni, dia dah pakat dengan De masa hari Isnin siang tu, kalau I call, bagitau dia bizi. Ewah. Bizi la sangat kan nak mengejar ayam dia tu. Last-last, I dapat call dari Mak petang dalam pukul 4.30. Dia bagitau dia datang KL. Dah sampai kat Bentong pon. Naik bas.

DAH SAMPAI BENTONG???? *Urut-urut dada. Terus I kena darah tinggi. Mak aku ni la kan? Gerammnyaaa!!! Dia datang jugak tu!

Lantas buat muka comel. Dah. Tak jadik nak marah.

Hurm... Takper la... Kebetulan hari ni birthday dia. So, nak marah birthday girl kan derhaka pulak. So, I calm down a bit. Bukan nak marah dia pasal apa. Dia kan dah tua... I risau takot dia demam ke apa. Penat kan? Cuti tu, macam-macam aktiviti kitorang buat. I nak dia cukup rehat. Dari Khamis sampai ke Ahad buat macam-macam menda. Tak cukup rehat. Ni hari Isnin dia dah sampai KL pulak. Kus segamat semangat !!!

But, since dia dah ada dekat sini. Lepas pick up her dekat Pekeliling, I bawak dia beli baju, seluar, tudung, kasut semua for her birthday treat and took her for a simple dinner dekat Delicious. Macam tu la kisah disebalik unplanned birthday dinner with my Gf ni.

Errr.. Boring ker I citer? *Berani ko kata boring???? *Bak kata budak selipar RM80 kalau I tanya dia cerita I boring ke tak. Haha. Bongok.

Dah. I nak tido. Harap dapat mimpi makan Spagetti Oglio with Garlic & Seafood kejap lagi. Mak. Mimpi nak yang spesifik dan pasal makanan sahaja. Haha.

-EnD-

Thursday, February 10, 2011

Tutti Frutti & Tebus Talak

Tadi I dah ambik heavy breakfast (nasik lemak gemok). Sarah belanja satu office sempena dia menang karaoke masa kami punya Dinner last time. Tengs Sarah! Semoga lepas ni menang pertandingan menyanyi lagi lantas belanja makan sushi mahal pulak. Amin. *Bila berdoa nak reward dia mesti makan. Haih!

So, kerana dah kenyang sipi-sipi, I ajak Sarah lunch dengan eskrem. Lunch eskrem siot! Amerika sungguh! Haha. Naseb baik ada eskrem idaman hati tu dekat area dengan office. Di Wangsa Maju depan dengan Wangsa Walk. Sekarang ni mana-mana blog I masuk, semua nak citer pasal kelazatan eskrem yogurt Tutti Frutti. Mana nak tahan macam ni. Cis! Kiter tak boleh ketinggalan bab makanan sedap-sedap yang afordable. Nanti terasa hidup dizaman batu pula.

So... Sepantas kilat... Zasss!!!!! *Berdiri terpacak depan Tutti Frutti terus. Kedai kosong mosong. tadek kastemer langsung. Dah. Terasa macam sakai pasal memang tak reti nak order macam mana.

First time makan, takyah nak belagak pandai ok? Tanya jerk dekat budak omel dua orang kat kaunter tu perisa mana yang sedap. Jangan jadik macam ada satu kes ni time Kaklong pegi. Ada this one mamat, hambek tak hengat punya banyak, lepas tu bubuh buah melimpah ruah, bila timbang kena RM60.00, nah ! Membayar la ko kat situ. Takkan nak pulang balik kan?


So, inilah hasilnya... I ambik dua perisa. Coklat rasberi dengan Vanilla. Sedap nak mampos. Tak terucap dengan kata-kata. Bila makan, keluar mata putih. (Giler overated kan? Padahal Starbucks Caremal Mac pun setaraf sedap kot?) Yang banyak tu, I punya ofcoz. Kena RM13.00, yang gunung tak berapa tinggi tu Sarah punya, kena RM11.00. Barangkali memilih size eskrem mesti mengukur size coli jugak. U got me or not? Haha.


Kenapa eskrem Cik Nadia Bayu lagi nampak lazat jer? Kenapa I punya nampak hina pulak. Ah! Aku tak puas hati ! Tapi takper.. Dia tak amek stoberi... Aku punya lagi hebat. Nenenene.


Ni Liyana punya. Dia bubuh candy dalam eskrem. Macam budak-budak ! *Eh, yang caption nak jeles-jeles dengan eskrem orang lain ni kenapa pulak? Haha. Pasal pasal pasal, bila makan eskrem, mood kanak-kanak riang gembira terus la menjelma.

Nak carik pasal dengan Cik Puan Bunga pulak la. Ehem ehem. Yatt !! Kat tempat Yatt tadek eskrem Tutti Frutti kan kan? Takper... Eskrem Yatt yang beli dekat So Fresh *say what??? pon sedap jugak. Hihi. Baiklah. Memang lepas ni Cik Bunga declare war dengan Kak Su terus kan? Mintak ampon. Kirim salam Adam yang kacak tu yer? *Cover balik

Pastu kan, tengah I and Sarah makan, tetiba datang sekumpulan wartawan NTV9 kepung kami siap bawak camera bagai. Dah. Apa hal pulak ni. Memang saspender habes. Skali dia bagitau, nak interview sikit untuk segmen dalam Semanis Kurma punya siaran malam ni punya, pukul 10.00 malam. (sambil-sambil jerk bagitau waktu siaran kan?) *Kalau tak tengok, siap korang!

Tajuk perbincangan 'Tebus Talak'. Ah sudah. Menda apa pulak tebus talak ni? I pon muka dah saspen. Mana la sempat nak study. Budak reporter tu bagitau, I kena kata setuju, Sarah kena kata tak setuju. Dia guide la sikit-sikit.

Well, macam biasa.. Kerana tak paham konsep. Jawapan I bersetuju dengan 'Tebus Talak' berbunyik begini : Saya memang bersetuju dengan tebus talak pasal, marriage ni bukan senang... Kita kena fikir pengorbanan kita dan suami... Bukan senang nak mempertahan kan perkahwinan. Nenenene . Siap tanya boleh tak cakap sambil makan eskrem kerana kuatir eskrem cair. Haha.

Sarah pulak cakap dia tak setuju dan jawapan dia macam ni, 'Saya tak setuju kerana ingat apa?? Kita ni bola ke boleh sepak sana sepak sini?' Pastu budak reporter bisik-bisik kat belakang, 'Kena ikut peraturan', and Sarah diam sekejap.. Lama sikit baru dia cakap kena ikut peraturan. Haha.

Say no to TEBUS TALAK !

Dipendekkan cerita, tadi tak la rasa bodoh sangat but bila dah sampai office and google pasal tebus talak, maka I found this.

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

Rujuk sini

So.. Tidakkah bodoh jawapan yang I berikan tadi? Kata setuju, tapi jawapan macam tak setuju. Dah. Memang part I cakap tu tak masuk tv agaknya. Pasal keluar tajuk. So depa kompem akan keluarkan dari segmen. Tahik la.

Uwaaaa... Dah tu macam mana ni??? I dah heboh satu kampung suruh tengok malam ni !!!! Hahahahaha. Bongok bongok!

-EnD-

Wednesday, February 9, 2011

Berjimba di Gambang Water Park

CNY baru-baru ni yang cuti lima hari yang naik berat melebihi yang hilang tu.. Kan kan kan, ingat tak? Ahhh tension fikir pasal masalah obesiti ! *sambil makan eskrem coklat sandwich nomb nomb nomb. Lagi nak komplen masalah obesiti. *Ni bodoh namanya.. (Kalau nak tau la. Sekeh kepala sendiri terus)

Baiklah. Kiter disini bukanlah untuk membincangkan masalah kegemukan ke apa eh? Kiter nak citer pasal holiday CNY baru-baru ni. Dah dua kali bagitau kan pasal Holiday CNY. Ni dah terbagitau 3 kali pulak. Sangat annoying.

Baiklah (lagi) Mari kiter teruskan.


Lepas amek gambar ni, Kaklong terus impressed dengan diri sendiri. Dia kata muka dia nampak berseri-seri *Awww. Takper la kak. Demi kasih sayang adik pada kakaknya, gambar kakak nampak cantik, adik nampak gemuk sedunia pon ok jerk. Tu yang I peluk tu bukanlah sekendel eh? Jangan nak gosip *bajet artis. Tu anak buah I yang sulong. Dia jarang dapat join family activity pasal susah nak dapat cuti. Yang depan sekali tu, Aiman. Dah nak besar dah dia. Makan nasik dulu payah berpaksa, now 2 pinggan penuh selamba je dia makan. Kadang-kadang terfikir, bela jin kah? Tak mungkin. Pasal tengok la Aiman, buat peace pon muka suci jerk. Takkan bela jin pulak. *Piang!!! Lempang pipi sendiri


Perhatikan dekat belakang tu. Sazli tengah salin seluar. Haha. Giler Amerika kitorang waktu tu. Takder der nak tukar baju dekat changing room bagai, amek towel, salin dekat belakang kemah Rm45 ni jerk. Mak jadik tukang jaga beg. Sapa suruh taknak mandi. Nah! Duduk sini jerk! Jangan main jauh-jauh. nanti kalau hilang susah pulak nak carik Tapi Mak advance, standby bantal awal-awal. Bajet nak tan kan kulit la dalam kemah macam dekat Hawai, tapi jenis yang alim la. Tidak berbogel, tetapi menutup aurat. Tapi kata mak, dia dah tak payah nak tan kan kulit, kulit dia dah rentung dah. Tak makan dek matahari *Piaa piaaaa - tak jadik piang pasal ini statement dia yang cakap sendirik. Paham???

Lepas bermandi manda, dah penat, dah kebulur semua, barulah nak carik Mak. Yer la. Kena carik dia. Pasal dia ada duit topap kat tangan dia tu puluh ratus tau? Jangan nak belagak-belagak. Yang tadi mengata Mak kenapa tanak join mandi semua nak pegang-pegang mak. Semua nak baik dengan Mak. Si Kaseh dah ngamok-ngamok pasal lapar, lantas makan sambil mengangkang (apa kena mengena?) Sekarang sila bayangkan kalau yang mengangkang tu I, ngeri kan? Haha.

Oh. Ni gambar last year yang kitorang pergi masa bulan empat. Seb baik gambar jauh, tidak la nampak kesan-kesan lemak meriah dan juga selulit oren I. Masa ni orang tak ramai yang datang, giler seronok. Nak rendam dalam air pon kompiden pasal tau kadar pengencingan orang didalam kolam ialah sedikit, masa yang kitorang pergi tu ramaaaaiii giler orang. Kata la kalau ramai yang kencing dalam kolam, macam mana? Yang ni, part yang I paling best. Tunggu naga ni kumpul air banyak-banyak dalam mulut dia, lepas tu dia muntahkan air. Impak air jatuh atas kepala cukup membuat I mereng barang sesaat dua.

Naga yang dimaksudkan sedang mengumpul air. Kelihatan mak budak, bapak budak, dan bini orang sahaja yang eksaited disitu.

Sazli tengah berdebar nak naik slide yang tinggi tu. Tak jumpa pulak gambar slide tu yang clear dalam gugel. Pepandai la korang carik sendirik.

Awwww Kaseh! Sepsi tu... Sependa masuk celah buntot yo!

2 kali datang, 2 kali jugak I tak sempat nak mandi dalam kolam ni. Masa first time datang segan nak masuk pasal tadek orang, second time datang, terlalu ramai sampai tadek ruang untuk badak berenang. Dah tu macam mana nak buat aksi akrobatik dan jugak renang berirama?


Kali ni punya visit is more fun! Pasal ada Along and gf dia si cantik sopan santun cakap slow seperti berbisik sahaja, fatin. Abang Long pon join jugak. Last time mereka bertiga takder. Cuma yang tak best pasal terlalu pack la. Nak main apapa pun kena q panjang, nak makan jugak kena q panjang, berak kencing juga kena q panjang. Tu pasal I kencing dalam kolam jek. Shooo... Jangan cerita dengan orang ha....

Nanti kalau rajin, I update yang kitorang pergi Kuantan sebelum sampai dekat Gambang Hill Water Park ni eh eh? Sila sabar menanti. *Bajet kunon ramai sangat la baca blog vain ni.

-EnD-

Tuesday, February 8, 2011

Bakar Line

Pavlova dekat Delicious

I kasik gambar makanan dulu sebagai bahan untuk bakar line weng weng weeenggg *aksi mat rempit pulas minyak motor sambil bahu senget sebelah, sebelum I update yang panjang-panjang aktiviti I masa cuti chinese new year yang I lose 3kg a week before after nak mampos diet for three weeks and selamba naik 4kg within 6 days tak kerja.

How nice is that?

Ni semua salah GF la. Asyik suruh I makan.... (Ko mati nak mengaku salah diri sendiri kerana mokmok?)

Dah alang-alang gemok kan? So, baru kejap tadi, I dengan gembiranya makan full fat of dinner and pavlova as desert (makan soram-soram) sebagai tanda protes dengan diri sendiri. Hambek obat. But macam biasa, lepas makan semua tu menyesal. Sekarang ni tengah nanges teresak-esak lalu menyapu airmata dengan hujung baju kurung kedah disofa. Eh tak. kerusi rotan. Kasik nampak effect drama melayu lakonan Wan Maimunah.

**Tetiba pakai baju kurung kedah malam-malam buta dah nak tido. Motip?

Oklah sayam-sayam semua... Good nite. Otak I ada sedikit tepu selepas bercuti selama 6 hari. Ni baru cuti 6 hari, mekalau cuti bersalin 3 bulan, masuk-masuk kerja terus hilang ingatan. Buat-buat lupa diri, tarik-tarik tudung, depan mamat yang kacak-kacak sahaja. Kalau boleh pengsan skali.

Baiklah. Dah terlalu merepek disini.

Inilah akibat dari makan berlebihan.

-EnD-

P/s: Masuk bilik tetamu kejap. Baiki selimut dia. Usap kepala dia. Cium pipi dia. Hurm... Bahagianya rasa.... Sayang mak... :)