Sunday, July 31, 2011

Ayam Goreng Sambal Air Mata Berdarah Sudah Kembali !

Bila dekat kampung, otomatik I akan jadi super duper pemalas. Mandi malas, bergerak malas, semua pun malas.. Kalau boleh semua nak order je. Mangsa sejati ialah Gf I. Mak nak towel, Mak nak spenda, Mak nak baju, Mak nak selimut... Pemalas sampai tahap Gf offer kaki dia dekat muka. Hahha. Makan je yang rajin je pun.

Itulah keistimewaan I. I sangat bangga untuk itu. Terima Kasih.

Selera dekat kampung juga otomatik akan berubah. I nak makan lauk pauk kampung je. Kalau boleh semua mesti pedas tahap buasir. Kang kalau mintak sushi kat Gf kang, tak pepasal kena maki.

Cecece. Panjang pulak intro. Padahal nak tayang lauk yang I masak semalam ni je. Pemalas still, Sape kata rajin? Tak payah impressed dulu. I duduk tumbuk cili sambil mulut order, Mak nak garam, Mak nak mangkok, Mak, nak kawen dengan Khairul Fahmi Che Mat. Eh?

Pastu Gf kata, kalau stakat buat kerja duduk je pastu semua order je, nenek dia boleh buat. ewah mak. Jangan diungkit orang yang dah takde. Tabaik.


Ayam goreng sambal air mata berdarah kering

Thursday, July 28, 2011

Khairul Fahmi Che Mat Curang? Kemon la.. Jangan Menganggu game esok sudah.

Tadi masa dalam kesesakan lalulintas, I tengok ada link panas dekat FB kata Khairul Fahmi Che Mat, ataupun KFCM ataupun Apek telah berselingkuh/curang (wah) dengan aweks lain yang lebih sepsi dan cantik dari tunang dia sendiri.

Cerita lanjut klik sini.

Eh. Tetiba blog makan-makan I dah jadik ruangan gossip ke apa ni? Ah. Tak kira. Lantak ko la Apek... Ko nak curang ker, nak putus tunang hatta ko player sekalipun (tsssk tsssk) I tak amek port. I maafkan U. Eh tak. Bukan I maafkan U, tapi seriously I memang tak kisah. Tapi, kalau esok time Malaysia vs Singapore ko tak perform, dipersembahkan sekandang bahbee sebagai hadiah.

Sebok sangat kan nak buat jahat? Ni ha. Seluruh rakyah Malaysia mengharapkan ko untuk tidak memboloskan gawang gol esok. Kepala tu sila fokus. Jangan ingat pempuan jerk! *Cekak tangan dekat dada.

Pasal I'm expecting this sejak dari mula-mula dia fofular lagi. Memang I dah jangka, there will always be a second Mawi dekat sini ni. Not to say I'm judging orang-orang kampung yang tetiba je popular dengan sekelip mata, jadik fenomena lantas meninggalkan tunang selepas jatuh cinta dengan aweks2 sepsi yang tetiba nak mengendeng orang popular. No no. But, dah ada contoh depan mata kan? *Eh, ni tidak dikira judge jugak eh?

Eh? Yang aku emos lebih ni kenapa? Haha. Bodoh.

Tapi, ini la eh orang-orang spesis macam ni. Mudah sangat lupa asal usul. Hisk. Ingatkan masa dia dah bertunang dulu, dia dah berjaya menepis godaan dunia glamor, tapi tak. Dah la KFCM, mulai saat ini, kiter clash. I takmo minat U lagi. U dah malukan I! Semua kawan rapat I tau, I adore U, see now? U dah memalitkan lumpur di muka I. T_T


Khairul Fahmi Che Mat and Dahlia Teck yang digossipkan. Humang aih. Jauh benar personaliti dengan tunang dia, si Elia yang sejuk mata memandang tu. **Petir sabung menyabung sekarang.

Kasik up satu lagi gambar Dahlia Teck. Kredit to tuan tanah

Tadi, masa dekat Sushi King dengan Wana and Mira, I ada la bagitau dorang pasal ni, kata Mira, 'Dah la Maksu, kiter tak payah masuk campur hal kecurangan dia dengan tunang dia'. Wah Mira, berkata-kata macam kenalan rapat KFCM dengan Elia je. Har Har Har. Maksu suka la Mira cakap kompiden macam ni. Haha.

BUT ! Kalau esok dia buat stupid mistake, dia memang carik pasal. Soal persenel tolak tepi, kosentret pada game. Tolong la Apek, jangan la buat kesilapan yang berganda-ganda dalam hidup.


Kesian dekat Wana (Nayang I) yang 2 hari beratur dalam panas untuk dapatkan tiket Malaysia Vs Singapore ni. Dah la demam... Kena jugak dera beli tiket. Naseb baik ada tau? Tu pun rome-mate I terpaksa gerak ke Bukit Jalil selepas je Subuh untuk makesure dapat tiket ni. See? Sokongan peminat tidak berbelah bahagi ni.

Contohi semangat Mira yang tiap kali datang stadium tengok Malaysia lawan, tiap kali tu jugak la beli jersey lain. See? Sokongan tidak berbelah bahagi tu kan?

Tengok kiri kanan I ni ha, 2 2 pon tak mandi pasal takot lewat nak datang stadium semata-mata untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi (lagi) pada Malaysia. Sanggup ke nak tengok 2 manusia ni nanges lari-lari keluar stadium mekalau Malaysia kalah?

Dan yang terpaling teruja sekali, semestinya room-mate I. Dari kepala ke kaki semua Harimau Malaya. Naseb baik spenda tadek jual jenis yang sama, kalau tak, pengsan. Bukan seluar keluar harimau. Eh?

Dipendekkan cerita, seriously I dont give a damn about those gossip but yang penting macam mana team Malaysia main esok and I dah geli-geli bontot, ketiak semua woh nak tunggu petang esok! Tak sabar nak bersorak dalam stadium...

Soal persenel please la tolak tepi eh? Jaga mak.. Jaga mak... Jaga mak.. Eh? Tu macam ucapan Ina pada Mawi jer? Haha.

MALAYSIA! Come on! Bangkit please.. Esok, kiter gegarkan Stadium Bukit Jalil dan pastikan kemenangan dalam genggaman kiter. Amin...

-EnD-

Wednesday, July 27, 2011

Edisi Makan Kembali Lagi !

Pagi-pagi lagi dah update pasal makan. Bukan apa, ni untuk kesenangan nkorang jugak. Kot kalau ada craving apapa dekat sini kan, boleh berdesup carik dekat estoran-estoran yang berhampiran. Kalau ada la. Kalau takder, padan muka diucapkan. Muahaha.

Macam I, ada sehari dalam last week, dah craving tahap asbestos dan mengkarong oren tahap tak boleh dimaafkan lagi. Dari pagi menggelupur tengok orang buat pavlova dekat utube, google gambar pavlova sambil bola mata membesar. Pendek kata, memandang pavlova dengan pandangan penuh kasih sayang lah seperti doraemon memandang nobita diwaktu nobita didalam kesusahan.

Maka, dalam pukul 3, dah tak menahan.. Terus I pergi ke Alexis GE Mall. Naseb baik dekat dengan office. Pheww. Kat sini pon naseb-naseb jerk. Pasal kadang-kadang ada pavlova, mekadang takde.

Nah ambek kau! Sebijik Pavlova di Alexis! Ni kalau dapat makan sorang-sorang ni, pergh! Sorga tingkat paling atas.

Maka, terus tapau tiga. Harga satu slice termasuk tax dalam RM16++. Maksima suapan ialah 5 kali je. Pastu habes. Menitis air mata pasal tak puas makan.

Kasik close up sikit untuk carik pasal.

I dapat satu idea untuk memaksa Huda buat pavlova jugak memandangkan pavlova yang ada dipasaran tersangat la mahal kan? Sebijik je dalam RM160.00, one slice buat celah taik gigi je dah RM16.00++, so I buat muka kesian dekat huda. Huda, please buat pavlova please. Ada ramai orang suka makan pavlova tapi fikir 2 3 kali untuk beli pasal macam mahal sikit.

Padahal ramai orang tu ialah I jerk :D Haha

So, Huda come out with this! Mini Pavlova. Harga sebijik RM10.00, tapi kalau nak tambah Blueberry additional RM2.00. No wonder la pavlova ni mahal pasal buah-buahan seperi raspberry, strawberry dan jugak blueberry memang mahal. Tapi kalau nak murah, bubuh la pisang ke apa. Tapi nak ke ko makan? Taknak kan?

So, kalau ada sesaper yang nak order. Sila jengok ke FB Huda. Kalau area Lembah Klang takder delivery charge. Dah la sedap nak mampos! Memang carik pasal la dengan I kan?

The other day, I pergi makan dekat Delicious dengan Sara & Ira. Padahal dah kekenyangan makan heavy breakfast tetapi kerana tidak dapat mengawal nafsu terhadap spaghetti carbonara banjir disini, maka I tewas. Yes. I tewas dalam pelukannya... *air embun menitis dari daun. Eh. Tu effect kalau lost virgin. Haha.

Pan Seared Miso Cod on Asparagus & Mange Tout Salad Tossed In Miso Dressing atau Kebun Sayur la kalau dalam bahasa melayu/Lauk Kambing bak kata Sara. Gila bapak panjang nama. Dah la buruk sungguh nama Mange Tout. Boo...!! Kalau orang melayu kata, kacang pari. Senang. Mana ntah rupa macam pari pon aku tak tau.

Cambiaso, mokcik akan order Spaghetti Carbonara Banjir. Ye. Memang masa I order, I kata banjir. Sama jugak macam order dekat kedai mamak je kan? Haha.

Dah, sekian cerita makan-makan. Ni last kopek ni sebelum puasa. So kalau ada yang keteringinan ke apa, lekas la berlari-lari anak mencarik semua foods yang menggoda sanubari ni yer?

*Baru tenang nak buat kerja lepas tengok makanan. Haha. Buruk perangai.

-EnD-

Friday, July 22, 2011

K.u.a.n.t.a.n

Hoi! Selamat bersiaran kembali setelah sekian lama tidak bersua muka. Maafkan I pasal terlalu bizi menyelamatkan dunia. Hello? Takkan la lupa kerja part time I sebagai Ultraman? Kan I kena pastikan dunia sentiasa aman damai? Tu yang bizi sangat ni. Pfft.

Baiklah, tanpa membuang masa dengan sembang kosong I yang merepek, marilah kiter bersama-sama menyaksikan gambar-gambar I sepanjang I berada di Kuantan dalam 2 minggu lepas. Eh... 3 minggu lepas kot? Eh? Ntah. Doesnt matter. Yang penting bulan 7.

I pergi dengan housemate I, Kidd+Hani, Rish+Fruz, Zareef, Acap, Pa'an, Eddie, Mon, Kale, Aliah+Khatig, Boy+Ilya, Asma+Go.. Eh. Gigih aku nak tulis semua nama dekat sini. Haha. Kitorang pergi sana pasal Adik Azrul kawen and macam kononnya ada small gathering la. Kali ni kiter buat dekat Kuantan. Pastu kan kan kan, kiter semua nak celebrate besday budak domok si Hadry jugak. Pipi kembung giler rasa macam nak kunyah. Grrr.

Dari kiri - Lawyer, Engineer, Pembancuh Kopi yang taknak kalah pakai spek mata hitam tsssk tsssk T_T & Doctor - Sajer carik pasal dengan Rish tulis caption macam ni pasal nanti I suka tengok mata dia bekaca-kaca pasal tak sampai hati dengan I yang hanya seorang pembancuh kopi di opis. Haha. Omel jer Rish nak sedih. I cool jerk. *lantas pakai spek mata macam Horatio dalam CSI Miami.

Rish kan dia jeles I amek gambar dengan Aidil Zafuan.

Lantas dia juga mahu bergambar bersama, malangnya ada parasit menganggu di belakang. Padan muka. Haha

Eh. Cuba google and taip Suju. Hampir sama la dengan yang ni. Kan ke dalam Suju jugak ada yang demok-demok omel macam yang pakai baju melayu tu kan kan? Ok. Ni kira Suju Malaysia ke apa ni? Eddie posing memang tak menahan. Rasa nak lempang jer.

Eddie, apa yang tonggeng-tonggeng tu? Kale dibelakang kelihatan geram sahaja. Ishk Ishk.

Petang lepas check in dekat Tembeling Beach Resort (Apartment yang luas dengan 3 bilik) Kitorang pergi Teluk Cempedak. Boys macam gian nak kick the ball. Sila perhatikan badan masing-masing yang I tak sampai hati nak komen, (especially housemate I) Berketak oi ! *La sangat kan?

While we ladies berangan konon hot babe dalam cerita Baywatch. I cop nak jadik Pamela Anderson except for nasik lemak I ala-ala manja sahaja and jenis gemok jugak la. Haha. Sian aku.

Malam kiter semua makan dekat Tanjung Lumpur. Makan dengan gembira seperti di hari raya pasal Abah Hadry *Besday boy belanja makan. Semua ada, ko sebut jerk. Sotong, udang, ketam, ikan, kerang, lala. Pendek kata semua la ada. Katak goreng jer yang takde. Orang kata katak tu rasa macam ayam eh?

Lepas tu terus ke Coffee Streat Kuantan untuk acara lepak-lepak berbual kosong dan bermesra-mesra. Pastu bila tepat 12.00 malam, bebudak ni bawak keluar cake untuk Hadry! Surprise....!!!! Mesti dia tak expect kitorang nak surprise dia, lantas dia tears. Eh tak. Dia tak tears pon. Cuma dia terkejut sikit je. Happy birthday Hadry! Lekas-lekas kawen!

Setelah mata dah koyak and memasing penat, kiter semua pon balik ke apartment di Tembeling Beach resort. (Gambar apartment tu google sendirik, jangan nak malas sangat). Kami semua juga sama seperti burung pulang ke sangkar. They choose not to sewa 2 3 bijik apartment pasal katanya nak bermesra-mesra. So all the boys tido bergelimpangan macam rakyat PATI dekat hall while we ge-gurl semua tido dalam master bedroom yang besar nak mampos.

Rish sorang jer yang tido dekat lantai pasal saper suruh dia tido bising gigit-gigit gigi kan? Haha. Sian Rish.

We had a great time! Seronok! Dah lama tak berkumpul-kumpul beramai-ramai macam ni.. Lain kali boleh repeat... Thanx to Azrul & Hadry pasal melayan kami dengan baik. Takder apa pun yang kurang, kecuali ko la Azrul salah masukkan password dalam screensaver I masa nak ambik gambar dekat pool sampai dia wipe semua data. Grrrr...

U owe me Sushi for that. Jangan ingat I lupa walaupun I tak ungkit. Haha.

-EnD-

Monday, July 18, 2011

Mission Bob Burger Berjaya !

Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dalam piliranraya... Eh tak tak. Terima kasih kepada sohabat-sohabat sejati yang sanggup berkongsi ke'craving'an (boleh eh guna perkataan macam ni?) keatas Burger Bob yang gemok lagi biadap sehari selepas entry ini ditulis.


Cambiaso, I telah menggunakan Rish (stalker I number satu) untuk menggoda bf dia lantas dapat memeriahkan lagi rancangan I untuk sama-sama menjayakan misi I ni. MISI HANYA SATU. UNTUK MENDAPATKAN BURGER BOB SECEPAT YANG BOLEH. **Terus tiup kuku sambil buat rolling eyes tanda belagak kerana malam berikutnya sudah berjaya memakan burger biadap ini. Inilah keistimewaan wanita. Harap tiada sapa yang menjeles. Pui!


Rombongan Cik Kiah seramai 9 orang selamat sampai ke warung burger ni lebih kurang pukul 10 malam. Perut I sudah berdangdut, maka jangka hayat burger di tangan tidak lama. Mari saksikan Burger Bob bersama-sama lantas janganlah sesekali memaki I lagi kerana burger ini.


Double Cheese Burger Bangsar Babe, Bob Burger Taman Keramat Au5. Pergh!!! Meleleh merembes-rembes wa cakap lu! Sebelum makan, exercise la mulut awal-awal kerana makan burger selapis-selapis sangatlah tidak thrill. Yeah Bebeh! Yeah! Malam sebelum dapat burger la yang seeloknya exercise. Haha.



Pandangan dari sisi mahupun depan tetap jugak la gomok. Tak perlu bersusah payah. Anyway, I rekemen U all makan Bangsar Babe Burger yang arnab taw? Saz order yang ni, senyap je dia makan. I tanya sedap ker tak, dia kata tak (taknak kasik padahal). Naseb baik dapat rasa last bite. Sedap nak mampos, rasa macam meatloaf. Sumpah tak tipu.



Hotdog pon sedap jugak. Itu pasal Acap boleh makan seketul burger dan seketul (?) hotdog jugak. Ishk. Bela jin ker apa? Badan kurus jer tapi?



Acap dan burger arnab dan gigi arnab dan blackberry arnab Aliyah nampaknya gandingan yang serasi.


Tak syok la makan selapis-selapis. Tapi ekspresi muka Acap menceritakan semuanya. I makan masuk semua dalam mulut. Maksud saya, gigit kesemua lapisan. Lantas sos semua meleleh sampai kesiku. Buat apa nak kontrol macho makan kan? Kata dah kawen? Haha.

Si Kale Jawa Selangor kacuk Scottish jugak (macam I) makan burger dengan penuh kasih sayang. Macam cinta sangat pada burger ni sampai tak sanggup nak bukak mulut luas-luas. Tak macam I. Lepas makan burger ni terus krem rahang. Naseb baik dah excercise awal-awal. Pheww. *Lap peluh di dahi.




Terima kasih Khatiq & Sazli coz bring me to this heaven. (over kan I?)



Aliyah yang tak mandi tetapi berbau wongi.


Acap yang bernafsu badak, Fruz yang berusaha gigih untuk membuat muka macho dan Rish yang selalu marah-marah I pasal upload gambar makanan yang lazat-lazat dalam album Yummy Pummy yang dah masuk volume 2 dah ni dekat FB. WTF. Dah volume 2. Nampak sangat aku kuat makan.


Guess what? I jumpa Nora masa dekat sini ! Ala. Tapi dia orang kurus. Tak makan pon burger bob bangsar babe. Dia makan burger biasa jer. Pfft. Dah. U tak boleh masuk geng gomok kuat makan I. Tak memenuhi spek. Haha.


Oh, peringatan untuk sesiapa yang nak datang sini, maksesure U guys datang time takder game bola dekat tv. Pasal brother Bob yang tuan tanah ni ha tak bukak gerai dia time ada bola. Dia penyokong Man U la I saspek. Pasal biasa Man U fan memang over sikit (mood carik gaduh on) Haha.


-EnD-

Thursday, July 14, 2011

Macaroons Oi !

DENGAR INI SEMUA ORANG KAMPUNG

SAYA ADA SATU PENGUMUMAN!


Kepada sesiapa pencinta, mencinta, menyintai, berskendel dan menyayangi macaroons, ini ada berita baik untuk awak, awak, awak dan awak-awak semua. Yes... Ahhhhhhhh... Eh. Ni macam lucah jer ni. Haha.

Sekarang kiter semua tidak lagi perlu mengeluarkan duhet sebanyak RM4.00 untuk seketul macaroons yang mahal-mahal di Harrods, Whisk & Serai. Kerana saya mempunyai satu tempat yang anda semua akan dapat seketul macaroos dengan hampir separuh harga seperti yang disebutkan diatas!

Hebat bukan?

Ya!!!!! Mestilah hebat... Ko giler tak hebat?? Dah la rasa sama jer... Jadi, mengapa perlu bayar lebih? Wah. Dah macam iklan belilah barangan buatan Malaysia dan Inflasi Sifar sahaja. Tanpa membuang masa, saya mempersembahkan! Jeng jeng jeng!!

Macaroons!!! Eleh. Macam tak kenal jer kan? Sekotak ni harga dia RM12.50. Seketul ni, harga dia jatuh RM2.50 jerk. Murah giler oi !

Gambar bakar line

Kalau nak order, boleh add Huda dekat FB dia. Selain dari macaroons, ada pelbagai lagi kek yang sedap, lazat, cantik, menarik, penarik beca tertarik yang ada disini. Add dia dan hubungi dia terus.

Saya cuma agen pencari jodoh untuk kek-kek, kapkek, biskut dan macaroons Huda jer. Harga dijamin berpatutan dan rasa dijamin klimaks. YES!!! (Eh, ko pehal over?)

Maklumlah. Blog ni kan dah jadik macam blog makan-makan sedunia. Segan I. Auuuwwww.

Bye.

Selamat menjamu selera.

P/s: Yang bersaya-saya ni pehal???

-EnD-

Monday, July 11, 2011

BOB Burger Taman Lembah Keramat

Ini la kerja orang kuat makan... Bukak link orang, bukak blog orang masih jugak berkisar tentang makan-makan jugak. Haih.

Pastu jumpa satu link dekat FB ni. BOB BURGER TAMAN LEMBAH KERAMAT. Cais! Meleleh merembes-rembes siot ! Ini boleh menggegar iman ni.

Pakkal la I tengah penat badan ni, read : malas, kalau tak, memang malam ni jugak I carik Bob Burger ni. Kalau hosmet taknak layan, I rela redah jalan kaki hatta ditengah hujan sekalipun. Wacey! Sajer buat ayat-ayat kesian kata nak jalan kaki la haper kan? Macam tak pandai nak bawak kereta (T_T)

Kalau nak terliur, tak elok keseorangan. Jadik, I berbaik hati nak share sama-sama rasa meleleh air liur ni. baru afdol.

MEMPERSEMBAHKAN !!!!

BOB BURGER! Ingat kat oversea jer ada burger sedap macam ni? Kat Malaysia pun ada tau? I memang love and heart burger stall. (Padahal sebelum ni hampir berhijrah ke Jepun pasal suka makan sushi, dan-dan la kata heart n love stall burger lam aper la kan? pui!) Jom serang !!!! Picture taken here

Align Center
Tak cukup gambar, kiter upload video. Baik kan I?

So, ada saper-saper kat sini yang ada experience makan burger Bob ni? Sila share. Jangan nak sombong-sombong. Mekalau tak, I taknak kawan sampai bila-bila.

Bye.

-EnD-

Friday, July 8, 2011

Sendawa Lempuk, Kentut Tempoyak

Helloi..!!

Jom kiter tengok apa yang I makan dalam sehari dua ni. Asyik makan sushi jer, menyampah jugak kan? Skali skala kiter kena kembali kepada alam semulajadi. Bak kata Syira, 'Su, kiter kalau tak mekap, muka macam original people kan?'

Original people = Orang Asli. Haha. Waklu!

I original people yang up sikit pasal I buat relaxing rambut dengan pakai perfume Gucci. *Petir sabung menyabung.


Ikan Kelah Masak Tempoyak. Perghhh!!! Isi ikan ni sedap nak mampos! Ini first time I makan ikan kelah. Memang sedap. Tapi kuah tempoyak dia tidak la sehebat macam Ikan Patin Temerloh. But, I mengamalkan falsafah dari Wana, 'semua makanan percuma adalah sedap'.

Yang ikan kelah dekat atas and lauk-pauk kampung ni, I makan dekat Kuala Berang Terengganu. Mengikut putaran jam, ikan baung masak tempoyak (kot?), ikan sardin bakar, cendawan campur, kerabu menda entah, kerabu rebung dan ulam-ulaman. Fav ulam I pucuk ketereh/gajus. Pastu I ambik sambal ikan bilis+petai, pastu boss I kata, 'Punyer la banyak ikan gemok-gemok, U nak jugak makan ikan bilis'. Haha

Yang ni, Ikan Kelah Goreng. Sisik dia boleh makan tau? Sedap sangat-sangat. Ni la ikan goreng yang terpaling sedap I pernah makan. Serius. Tulis alip lam lam ha dekat dada ni kalau tak percaya. I boleh makan ikan ni dengan kicap+nasik. Cukup. I baru tau yang harga Ikan Kelah ni RM100-RM250 sekilo. Mahal nak mampos! Ni rare spesis yang susah dijumpai ke yang jadik mahal sangat ni? Ke pasal ikan ni vageterian?

Yang ni pulak Ikan Kelah Masak Tempoyak jugak. Tapi yang ni kurus sikit. Kuah dia sedap. Yang ni I makan dekat Kuala Krau. Cis! Kecur pulak air liur I teringat semua makanan-makanan ni.


Kepada sesiapa yang terliur, I nak mintak maaf. Especially untuk Kak Tini. Haha. Sian dia... Dah la mengandung, teringin pulak nak makan Ikan Kelah ni, skali I pulak post dekat FB. Takper Kak Tini, nanti Su bagitau Kak Tini macam mana nak carik Ikan Kelah ni..

Yang dekat Kuala Krau tidak la mahal macam dekat Kuala Berang. Restoran dia dekat sempadan Temerloh-Jerantut jer. Exit R&R Temerloh tu, masuk kanan. Pastu straight jerk. Restoran tu sebelah jer dengan kedai tayar. Nama restoran dah lupa. Tapi takper, tu boleh cek nanti.

Masa kat Terengganu, I makan durian jugak. Makan jerk kerja-kerjanya... Sendawa pun dah bau lempok, kentut bau tempoyak. Harini dah 2 kali berak. Taik kaler ijau. Tatau kenapa. Haha.

Potong sungguh! Elok-elok cerita makan, skali klimaks cerita pasal tahik. Apa la ini orang!

-EnD-

Tuesday, July 5, 2011

Sabah - Part 2

Welcome back!!!!

Sambungan pada entry Sabah- Part 1.

Ni hari yang ketiga kitorang dekat Sabah. Kata Anis, kena pegi awal ke jeti pasal nanti orang ramai.. And panas summore. Pui ! Kitorang dah terjongok dekat Jesselton Point tu seawal pukul 8.30am, tapi Fatah, Julie dengan Chin sampai pukul 10.30am ok? Mimi masa ni muka dah macam kura-kura. Muncung jerk. Sapa yang suka tunggu orang lama-lama kan?

Tapi pasal Chin & Julie comel ya amat and manage untuk dapat bot yang boleh bawak kami ke 5 pulau and tunggu sampai pukul 5.30 petang dengan harga RM250 satu bot maka kelambatan mereka dimaafkan. **Harga normal bot biasanya satu kepala dia charge dari 100-200 untuk kelima pulau. Nampak tak bergunanya ada kawan dekat sini? Penjimatan secara hebat! Dah la dapat life jacket and gogel free pulak tu! HAHAHAHAHAHAHA.

2 jam duduk lepak dekat jeti tu. Naseb baik pemandangan cantik. Macam-macam acara I buat dengan Intan. Dari activti makan, berangan dan melompat-lompat ambik gambar sampai semua orang pon pandang sambil buat muka, tafi aku feduli hafer?

Baju I love Sabah yang kitorang beli semalam. Seluar bunga-bunga memang tidak menahan sungguh! Kata nak pergi pulau kan? Kena la pakai seluar bunga-bunga supaya ikut tema. Bukan macam Intan tu.

Rakan sebilik memang payah nak amek gambar berdua. Kalau tak ajak, tak tarik tangan, serta tak merajuk, memang la dia takkan amek gambar. Dia jenis orang dolu-dolu. Penyegan dengan camera. Naseb baik ada Apis. Apis pon Apis la!

Jesselton Point yang menggamit kenangan. Wah! Ni ayat novel ni.

Bersedia untuk melompat. Kaki kasik bend sikit, betulkan kekuda. Intan tu tonggek lebih kan?

Ambik lajak... Nampaknya Intan sudah bersedia..

Lompat !!!! Wah, sangat tak sangka, kaki gemok macam balak, berat macam gajah tapi masih mampu merapung-rapung di udara. Bangga.

Mendarat! Sila hati-hati. Dikhuatiri kaki boleh patah akibat dari bebadan berat badan yang melampau.

Gambar solo pulak. Kemaruk nak amek gambar lompat la katakan.... Tinggi lompatnya tak jugak.

Weee !!! Saya gemok, tapi saya gembira!!!


Intan nak jugak.... Taknak kalah.

Lepas Fatah, Chin & Julie sampai, kitorang gerak jalan kaki ke Filipino Market. Naik bot dari situ pasal nak elak dari bayar tax ke menda ntah. Lantak la. Jalan kaki sikit ditengah rembang sambil ketiak basah sikit pon takper. Janji bayar RM25 sekepala. Sambil dapat menguruskan badan, dapat jugak berjimat cermat.

First pulau, Pulau Mamutik. Cantiknya pemandangan laut ni... Air bersih jer. I pulak dalam bot senyap jer, pasal dok terbayang.. Kalau la tetiba ada dragon ker, dinasor ke timbul, mesti bot ni pecah. Hesh!

Mula-mula kitorang pergi ke Pulau Mamutik. Masa dekat sini, I tak snorkeling pon. Pasal panas terik. Dah dapat bayangkan, kalau terjun laut mesti hitam, pastu badan melekit. Julie, I dengan Chin je yang tak masuk laut. Kata Julie, dekat Mamutik tak best sangat. Ikan dia tak hensem sangat.


Naik bot balik, ni on the way ke Pulau Manukan.

Memang jernih giler air dekat pulau-pulau ni. Nampak je ikan bilis dari atas jeti. Ni kalau sauk, goreng garing-garing buat masak sambal air mata sedap jugak ni.

Ni jeti dekat Pulau Manukan kalau tak silap I. Bersedia untuk aktiviti lompat melompat lagi.

Megik giler! Saz nak join amek gambar lompat-lompat. Saspen jugak I masa ni. Kata la tengah-tengah lompat ni, skali kayu tu reput lantas roboh. Acaneh? Spot kaki Julie, cantik giler kan? I sampai kesudah tak berjaya buat kaki macam tu. Kalau jadik pon buruk sangat rupanya. Takper. I takkan berputus asa!

Tengok Intan tu, laju jer...

Ready untuk snorkling. Kata Saz, muka I macam penyu jer masa ni. Hurm, ada la iras sikit-sikit kot? Haha.


Masa dekat Manukan, I tak enjoy sangat tengok-tengok ikan. Pasal I panic. Padahal dah pakai life jacket siap, takkan tenggelam punya. Tapi I tetap menggelupur. Siap tersedak air laut semua. Badan letih memang takyah cakap la. Berenang tak pandai, menggelupur jer tengah-tengah laut. Mana taknyer. I kayuh-kayuh kaki, setempat jugak. Tak gerak-gerak. Bladihel !

Next, kitorang ke Sapi Island. Masa ni I nekad, I kena gunakan peluang ni betul-betul. Entah bila lagi la nak sampai. Kot lepas ni teringin nak snorkling mana nak carik laut dekat KL? Takkan nak snorkling dalam akuarium pulak kan?

Indahnya pemandangan...

Ni dekat pulau last yang kitorang pergi. Pulau Sapi. Tak berapa menarik inviroment dia berbanding pulau Manukan & Mamutik, tapi I rasa, Ikan kat sini lagi peramah dan manja. Jangan risau, dia tidak menggigit.

Chin yang baik hati. TQ Chin pasal mendapatkan bot yang murah!


Lepas balik dari Pulau Sapi, kitorang lalu je dekat Pulau Gaya. Dah takder tenaga dah nak berenang dekat sana. Badan letih giler. Malam tu pulak, dalam letih-letih, masih sempat lagi kitorang ke Water Front, untuk sessi karaoke.

Suara Mimi sedap nak mampos! Orang Sabah memang suara sedap-sedap eh? Dekat pukul 2.00am baru la sampai dekat hotel balik. Badan memang letih... Lepak giler! Esok paginya, Saz tak turun pun breakfast pasal dia kepenatan.

Flight kitorang pukul 2.00pm. Naseb baik lewat. Kalau tak, memang tak boleh nak bukak mata langsung. Overall, I had a very nice, simple and not so expensive vacation. Masuk makan, hotel, flight, bot semua lebih kurang dalam RM700/seorang jerk. Itu excluded la barang-barang soping sikit-sikit taw.

Last but not least, thank you pada Aliah & Atiq yang tolong hantar kitorang ke LCCT masa nak pergi haritu...

Dah. Penat dah nak bercerita ni. Sakit semua tulang-temulang. Lapar pulak tu. Mana nak carik makanan ni? Ni saper yang nak bertanggungjawab atas kelaparan I ni??? Grrrr....

-EnD-