Wednesday, November 30, 2011

Family Day Office - Part III

Baiklah. Setelah sekian lama terperap didalam draf, harini tetiba macam ada satu kuasa merah kelip-kelip dari dada yang macam Ultraman nak hilang power yang membuatkan I begitu bersemangat waja untuk share gambar-gambar yang I randomly pick dari Album Family Day yang dimata I nampak cantik untuk I kupas satu persatu untuk dikongsi bersama anda semua, di mana saja anda berada. Wah. Tetiba feeling baca berita macam Ras Adiba Radzi pulak. Tu cita-cita tu nak jadik pembaca berita.



Family Day ni dari 19-20 November lepas dekat Grand Lexis PD. Kiter semua pergi 2 hari 1 malam jer.. Sekejap jer. Tp full of activity. Memang tak sempat nak bernafas la. Sekejap dah kena main bola, sekejap dah joget, sekejap dah makan, sekejap dah mati. Ok. Tak kelakar.



Bola sepak pantai pakai kain pelikat. Ni team lelaki ni. Dorang main bola meletop-letop sepak. Pempuan main bola bunyik kepek-kepek jer. Kadang-kadang juga tiada bunyik. Bola gelek jerk. Turut kelihatan didalam gambar, Sazli pakai baju hitam kain pelikat pink. Wah. Pink tu. Tak menahan.

Team Saz Barca, team lawan Man U. Keputusan? Rahsia. (Kalau dah keputusan rahsia U all sure boleh teka menang or kalah kan?) Didalam gambar ada yang main bersungguh dan ada jugak yang macam window soping jalan-jalan carik pasal.


Rakus Saz, sampai terkoyak kain pelikat dia. Fuh! Kelakar tau main pakai kain pelikat ni, kadang-kadang bola tersangkut celah kangkang. Tapi bagus jugak, macam perangkap bola dari terkena dekat angry bird. Kalau kena situ, mau senak woo.




Hoi hoi. Apa ni? Kelucahan tahap 4!



Orang suruh main bola, dia nak berenang. Ni pesal degil sangat tak menerima arahan ni? U are fired!





Gambar pempuan main bola tadek saper pulak yang nak ambik kan? Tak aci sungguh! Kena tunggu dapat gambar dari Official Photographer la baru I boleh share. Tu pon kalau ada permintaan la. Kalau takder I buat diam-diam jer. Lepas main bola, I bergegas balik bilik pasal nak bersiap mekap untuk persembahan malam karang. Sempat la mandi kolam sekejap.




Tu pon naseb ada drama air mata pasal I lemas dalam kolam yang Sazli dengki tu, kalau tak memang tak naik-naik la kot? Haha. Tarian tahun ni I kiter buat Bollywood. Macam biasa la, time latihan memang tip top. Sekali time betul-betul hancur nyah! Nak nak pulak yang dok tengah tu, asyik silap jer. Fantek la. Frust sangat! Video? Nanti nanti. Harap kesabaran.

Yang tengah tu yang 2 kali buat silap. Orang gelek dia pusing, orang pusing dia lompat. Bodo punya olang! Stress kot barangkali. Sian dia. Marilah semua memaafkan dia.. Haha.



I kata pada Cikgu Menari, 'Kak Nira, apa dosa kami akak suruh pakai baju kelip-kelip macam ni?' Haha. Sumpah kelakar. Tetiba pakai skarf orang gaji Spain yang tak menahan tu. Dah la seluar kembang-kembang kat bawah. Sedih sangat. Haha. Sedih tapi gelak. Caneh?



Saz dengan yours truely punya bos. Kelihatan kacak disitu. Jom U! **Jom nak pegi mana tu??




Oh, lepas menari, makan sekejap and tunggu pertandingan karaoke. Saz masuk. Dia nyanyi lagu Usang by Rahim Maarof. Sedap lemak merdu siot suara dia.. Tetiba I jatuh cinta dengar suara Saz. I respek dekat dia sebab boleh nyanyi depan orang ramai-ramai. Try I tengok. Naik pentas dah ketar. Pegang mic pon dah ketar, pastu terus parkinson and keluar suara itik. Haha.




Ada video dia nyanyi tu. Tapi I kena la mintak izin dia dulu, dia kasik ker tak nak share kat sini. Kot dia kasik, boleh la share. I kalau suara best macam Saz, hari-hari nyanyi dalam keter upload masuk Youtube. Tu la kot Allah tu kasik I suara kepit. Takot riak barangkali. Haha.




Lepas karaoke, kiter start untuk persembahan kumpulan pulak. Kumpulan I buat tema hantu. I jadik hantu giler glamour menari sorang-sorang lagu Kuch-Kuch Hota Hai dengan menari lagu Thriller atas pentas. Nak mampos ko menari sorang-sorang atas stage? NASEB BAIK pakai topeng hantu kalau tak, Jangan harap la I nak perfome. Hahahaha.


Ni kumpulan Ros buat Magic Show. Main bakar-bakar kertas atas pentas. Dasyat dasyat! Sampai sekarang dorang taknak bagitau apa trick tu. Eleh. Satu Malaysia sangat kan kumpulan ni? Yang duduk tengah buat thumb down tu Abang Azza, dia team I tapi sebok-sebok nak dengki begambar dengan team orang lain.



Ni team Intan. Tetiba semua orang pon jadik TV. HAHAHAHAHAHAHA.



Team Mas ada kawen-kawen. Joget lambak semua ada. Kuda kepang jer yang takder. Over taw?



Mati la kawen laki tua.




Dah, mana kumpulan I punya gambar entah. Ni mesti kes dengki sebab team kitorang menang ni. Hahahaha. Habes jer dinner, I terus berlari ke bilik sebab sebab sebab. Ha, jangan nak fikir bukan-bukan. Sebab I dah megren teruk. Ikat rambut tegang-tegang macam dalam pantang, dengan bulu mata pelsu dah boleh sangkut hanger, dengan baju lap lip mana nak tahan. Belengas ketiak wooo. Naseb ketiak wangi bau epal. Lepas mandi, terus tido. Eh tak. Eh. Yer la. Tido. Eh? Hahaha.




Esok paginya pulak kiter ada sukaneka. Yay! I suka suka suka! Walaupun sukaneka, tapi I tetap berdebar-debar giler pasal takot kalah. Haha. Boleh tak macam tu? Semua pon nak ketaq juboq. I rasa I ada darah gemuruh la. Macam mana nak jadik pembaca berita ni? Haih.


Amek gambar kawan-kawan menari bersama partner (jika ada) dan jugak yang muda remaja jer. Yang kanak-kanak, pakcik makcik hanya memerhatikan dari jauh dengan rasa cemburu di dalam dada. Pandai jer kan I buat cerita??



Lepas balik dari Family Day, kata Wan dia sakit belakang. Lepas tengok gambar ni, terus dia tuduh I punca sebab letak siku dekat belakang dia. Ala. Sikit jer kot? Tu pon nak komplen. Manja sangat. Tampar baru tahu.



Gambar melompat memang wajib! Tapi yang tepi sekali tu nampak sangat tak memberi kerjasama. Yang over? Macam biasa la.



Kiter semua lepak menyaksikan remaja wanita bawah 18 tahun bersukaneka. Mana yang cantik-cantik, semua orang sokong kuat-kuat. Dasar tau? Sila perhatikan yang pakai cekak putih tu tengah buat apa? Ya betul! Tengah buat tetep guna pasir. Kurang kerja.




Tu Abang Nuar la punca team Barca dapat number 3, pasal dia tak serius. Lompat gelak, lompat gelak. Bila nak sepak bola?





Game dalam guni team I dapat number last. Haha. Pastu time imbang buku atas kepala and berjalan bawak bola dapat number first. Mana tak menang, main tifu kot? I 80% pegang buku atas kepala. Haha.



Gee jujur jer...



Mas pon main tifu. Intan? Intan takder time ni. Dia balik bilik tidur. Pasal ngantuk. Boleh? *Urut dada.



Lepas tu tarik tali pulak. Saz duduk paling depan bajet paling kuat. But whatever pon, I bangga dengan dia :) Walaupun hanya duduk depan time tarik tali, I nak bangga jugak, tak kira. Menang kalah belakang citer. (Sah-sah kalah kan kalau cakap macam ni)



Dekat baju tu tulis I Love F*ISB (Company I) Tapi ada readers kata, baju Ramlah Ram. Kau Kuncik Cintakku Didalam Hatikmu. Pon boleh!



Team I, Barcelona bersama hadiah kemenangan. Tema lelaki number 3, team wanita? Mestilah number 1. Ko giler nak kasik team wanita kalah? Ada I guling-guling dekat pasir ni nanti. Jenis tak boleh menerima kekalahan. I la orangnya. Haha.



Gambar ramai-ramai lepas habes sukaneka.




I had soooo much fun! Saz pon sama. Seronok sangat dia taw? And I suka sangat to see Saz happy. Pasal I sayang dia. Eh. Over pulak kan? Kata bos, next year kiter nak buat Superhero/Watak dalam Filem atau TV punya theme. I nak jadik yang cantik-cantik jer macam Snow White, Cinderella or Sleeping Beauty. Mesti nak ambik watak yang lawa-lawa jer. Dasar!




-EnD-

Monday, November 28, 2011

Koktel Kastad & Gambar Separa Bogel Sasha dan Kaseh

Siaran secara langsung dari Jengka. Pheeewit....!! Indah sungguh hari cuti bila tapayah mandi pagi-pagi. Woo hooo!!! Ni spesis kambeng ker apa ni? I mengambil penekanan, bila hari cuti, selagi tak pening kepala tapayah mandi. Tapi ketiak I wongi tau walaupun tak mandi? Bau epal. Jangan percaya jeles pelis.

Well, cam biaso kalau kat kampung ni memang menjadik hari makan sedunia. Sejak dari semalam Kaklong dah buat sup daging dengan sambal kicap, daging masak lemak cili padi, cekodok jagung. Pagi tadi breakfast mihun goreng, lempeng tiga segi cicah sambal tumis. Pastu I buat koktel kastad ni ha and sekarang Kaklong tengah prepare pulut kuning dengan rendang daging panas.

Kaklong masak semua yang susah-susah. I masak yang simple-simple. Tapi yang simple tu la yang I nak kompang-kompang. Tak kira.


Koktel Kastard. Perghhh.. Sedap woooo! Sebelum makan, masukkan dalam peti ais. Kalau tak tahan atau rakus, pecahkan air batu and masukkan dalam ni.

Saturday, November 26, 2011

Cupcake Pelangi Huda The Return !!

Dah tengok kan video budak besar yang act like budak tadika tasabar-sabar nak makan kapkek sampai terjilat-jilat cream tu? Kesian sangat kan kelihatan disana? Itu namanya perbuatan yang jujur. Kalau tau Intan rakam, sah-sah aku buat muka lawo jer. Makan kapkek pon tutup mulut, nganga kecik-kecik sambil kepit kaki. Huahuahua.

I sebagai wanita tak sedar diri yang suka komplen macam-macam dekat Huda pasal hiasan and presentation kapkek dia telah menyebok-nyebok google gambar rainbow kapkek dan selepas beberapa perbincangan dengan Huda (cey!) so we came out with this. Yay!

Rainbow cupcake dari atas. Yang ni cream cheese topping. Sedap gilers! Sangat sesuai untuk orang yang nak makan sikit-sikit jer. Tak payah order sampai sebijik besar tujuh lapis tu. Simple yet fabulous kan? I pesan kat Huda, jangan bubuh ceklat rice kaler-kaler tu, nampak macam tak besungguh-sungguh.

Pandangan dari sisi. Tu nampak tu lapisan-lapisan kaler bewarna warni sebab guna cup transparent. Meriah sangat kan? Credit to Yana untuk gambar ni. Klik sini untuk baca pengalaman Yana yang makan cupcake ni and yang paling kelakar, kata Yana, dia macam nak nanges makan Pavlova Huda pasal sedap sampai tak reti nak describe macam mana perasaan tu. Ni lagi sorang drama. Ingat I sorang jer kalau makan sedap sangat sampai nak nanges. Haha.

Well, cambiaso. Add Huda dekat FB untuk place order and tengok gambar kek-kek yang lain. Yang paling best, sekitar Lembah Klang tiada kos penghantaran taw? Huda memang baik hati. Sebab tu dia murah rezeki.

Okbye!

-EnD-

Friday, November 25, 2011

Family Day Office - Part II

Tengok la tu. Pempuan kalau main bola... Takder der nak pas-pas bola. Nampak bola, SERBUUUUUUUUU!!! Hahahaha. Macam ikan piranha kan? Time ni team Intan lawan team Mas, I dok tepi padang jadik tukang gelak (macam bagus sangat nak gelakkan orang kan?) Hikhik.



Tapi tengok jer la gambar ni macam mana.. Hahahah.


Semangat tau dorang main? Ada yang dah terbaring-baring dekat pasir, tapi still sepak bola jugak tu! Pastu bila gol, celebrate macam menang pingat emas Bola Sepak Sekan Sea jer. Haha.


-EnD-

Thursday, November 24, 2011

Family Day Office - Part I

Sabtu Ahad baru-baru ni, Pejabat I (wah, berbunyik hebat sungguh instead of office) buat Family Day untuk tahun 2011 dekat Grand Lexis PD. I enjoy it very much! Saz pon ada! Seronok sungguh I tengok dia join each activity yang ada. Belebey-lebey dari I tu yang paling tatahan. Punctual habes. Aku baru nak ikat rambut, dia dah ada dekat tempat game.

Masa sampai je, after check in, kiter semua ada game bola sepak pantai. Semua kena pakai kain batik/pelikat. Dah la mokcik tak pandai pakai kain batik, lantas mengikat seperti nenet-nenet. Ikat simpol. Hehe. Gambar nanti later I letak. Siap video bagi boleh la semua ketawa bergembira bersama-sama menyaksikan wanita bermain bola sepak macam piranha kejar mangsa. Jenis takder der nak main defend striker. Nampak bola, serbuuuuuuu!!!

I saspek, I ada la temakan 2 sudu pasir sebab sepanjang game mulut sebok becok nak bercakap. Taktau pulak yang pempuan kalau sepak bola, sepak sekali dengan pasir. Harap-harap dekat pasir tu takder yaik kucen. Kalau tak, selamat.

Yang ni time sukaneka. Ada lari dalam guni, imbang buku atas kepala, tarik tali dan macam-macam lagi jenis sukaneka yang membuatkan kiter kelihatan bongok. Mas paling tak menahan. Taknak kalah tu! Orang besukan, dia nak belawa-lawa pakai cekak ada reben. Haha.

Kalau suami semangat jadik first man untuk each game.

Isteri pon sama naik.

Oh, lupa nak kasik tau... Yours truly ialah juara keseluruhan untuk team perempuan. Team Sazli pulak dapat number 3. Tu nampak muka bangga tu. Berbaloi-baloi la makan pasir 2 sudu pendek kata.

Grand Lexis PD punya bilik water chalet, ada pool each room. Tapi kecit jer kolam dia, memang tak dapat la nak berenang ker apa. Setakat berendam boleh la. Kedalaman 4 kaki jer. Ada pelampong siap kalau tak pandai nak berenang. Tapi kalau berdiri kepala pon tak tenggelam, tak kelakar kot nak mandi guna pelampong.

Lagi tak kelakar kalau kolam 4 kaki pon boleh lemas. Haha. Apa pandang-pandang? Tampar kang!


Nanti next entry I bubuh lagi gambar lain masa malam persembahan Bollywood kitorang. Kalau mood baik, I akan upload video menari jugak. I ingat nak edit waktu I tersalah step. Orang tak pusing, aku pusing. Orang gelek aku lompat. Memang terbaik.


-EnD-


Kerana Cupcake Huda



Korang. Ni first time I upload video muka I dekat-dekat macam ni dekat FB and Blog. Jangan kutuk taw? I tau I sangat la nampak bam-bam dari tepi. Sian I.

Behind the scene, sebenarnya I taktau pon Intan demok tu dah rakam aksi I masa ni. Jahat la Intan. Dah la I tak sabar giler nak rasa cupcake Huda, dia boleh engage lama-lama. Taktau pulak aku dah ketar-ketar jubor.

Pastu tengah I nak amek gambar, BB I plak hang. Tu yang kena tunggu lama tu. I dok lap-lap screen henpon untuk buang masa sementara tunggu Intan habes cakap. Kesian sangat I masa ni. Pastu ada part I nak ambik BB Intan pasal I nak suruh dia snap gambar cupcake tu. Haha.

Giler tak sabar, dah huru-hara and serba tak kena I jadiknya. Ambik sudu, letak sudu. Mana serdak yang jatuh sikit-sikit pon I kutip semua. Cuit sikit krim, bawak masuk dalam mulut. Lepas tu towards the end dah tak tahan sangat, aku jilat je cream tu. Hahahaha.

Yang last sekali tu I senyum lebar sebab I ingat Intan ambik gambar I. Bila dah siap makan cupcake, baru la Intan tunjuk video ni. I ketawa sampai meleleh air mata. Tak sangka pulak tahap tak senonoh sampai macam ni sekali. Haha.

-EnD-

Wednesday, November 23, 2011

Google Bikin I Hatetek - Part II

Kreeek kreeek kreeek (Trademark Saz dengan Nor)...

Atoyai! Apa bikin anda semua? I baru lepas makan roti celup telur dua keping. Burp alhamdulillah.... So! Entry ni ialah kesinambungan dari entry sebelum ni yang I citer pasal tetiba blog disable and tak boleh nak bukak pasal dah kena remove. tu Memula I belagak calm macam takder apapa yang berlaku tafi bila tingat balik semua kisah merepek merabu meraban yang I dah tulis selama ni tetiba sebak.

Eh kejap. Yang pasal sedih yada yada yada blog ilang pastu Sazli pon sedih neno neno neno dah cerita kan? Patotnya entry kali ni nak cerita macam mana nak dapatkan balik blog anda yang dah hilang. Baiklah. Tetiba je rasa untuk ketama kali blog ini ada pengisian. Haha. Bangga sekejap. Biasanya setiap entry hampir tiada tujuan selain makan makan dan makan.

Ok. First. Kalau anda punya blog tetiba jer tak boleh bukak sebab dia kata dah remove, do not panic, nanges-nanges, hentak kaki ke lantai dan menghempas-hempas badan. Tak berfaedah. Buat sakit badan jer. But I sure memang akan rasa frust giler-giler tapi kiter kena calm. Bila kiter calm, otak kiter akan berfungsi dengan bagus. Cececece. Macam la aku tak menggelabah kan? Lempang kang.

Pastu, try log in dulu dalam account gmail anda. Nanti bila dah masukkan password, dia akan kata lebih kurang macam ni, 'we detected some unusual activity at your account' bla bla bla. Pastu dia akan mintak number henpom untuk antar verification code. It depends on how cepat kiter dapat verification code tu. Kadang cepat, kadang lambat. Depends. Seliyes memang sesuka suki jer Google nak antar. Up to 70 hours pon ada taw? Harap bersabar la masa ni.

Lepas dapat verification code, Google suruh kiter tukar password. Pastu tadaaaaaa blog anda akan kembali seperti sedia kala. Tapi kadang-kadang kiter takkan dapat jugak blog kiter tu balik kalau Google kata kiter punya blog banyak spam etc. Apa yang anda perlu lakukan setakat itu? Jeng jeng jeng. Saspen tak?

Pergi dekat Blogger Forum and kiter boleh tanya soalan pada mereka kenapa blog kiter kena remove. Sini ada contoh soalan dan jawapan dari Blogger Forum tu. I rasa macam mereka ada la belagak-belagak ayam sikit. Yer la kan? Blog ni free, sapa-sapa pon boleh buat so sesuka-suki la kalau dorang nak remove kan kan kan?

So. Kalau rasa kiter sayang sangat seperti becinta dibawah bulan pornama dengan blog kiter itew, peluk cium bagai and taknak kena buli dengan Google bila tetiba blog kena remove dan kalau bernasib buruk TAKKAN DAPAT BALIK BLOG KITER TU, I suggest U untuk beli domain dan web-hosting anda sendiri. Memang la kena keluar duit sikit but untuk menjaga kewujudan blog kiter selama-lamanya sampai ke akhir zaman kena la keluar duit sikit. Semua nak free and terpelihara tak ok jugak kot? *Mood garang on.

What U can do? Anda boleh Google untuk carik mana-mana company yang offer domain and web-hosting ni or kalau nak mudah dan membantu bisnes orang melayu yang sumpah kacak giler vavi nak mamfus, klik sini atau email kepada sales@emerain.com. Anda dijamin puas. Wah. Dah macam iklan ubat sex. Tak menahan. Haha. Emerain banyak offer menda lain jugak. Jangan ko mintak service urut or ubat kuda dah la. Aku tampar kang.

Dan jugak, I nak share ni. Tolong pelis la jangan ambik mudah dengan blogspot ni oi. Macam-macam menda boleh jadik. So feel free to klik here untuk tengok cara how to back up and restore your blog. Simple way. Spend 5 minutes untuk buat simple back up is worth it than menyesal dikemudian hari sebab blog tetiba hilang. **Tampir pipi sendiri sebagai peringatan.

Wah. Berapa banyak dah tips I kasik ni? Tetiba rasa I hebat.... :D **Ala, kasik can la sekali sekala kan?

Last but not least, seperti yang dijanjikan. I nak reveal, siapa yang baik hati, kacak, hensem, bijak, pandai main bola, anak yang baik, abang yang bertanggungjawab, kawan yang menghiburkan, insan yang cemerlang terbilang yang single yang dah mengembalikan blog I. Korang patut berterima kasih dekat dia sebab kalau tak kerana dia, takder der nak baca dah blog Chooyaya ni sebab kalau ikut I, I memang totally redha jer. Dah ilang tu, ilang jer la. Tak reti dah nak buat macam mana.

So, ini lah dia my hero.

Apis, ni je gambar paling hensem yang Maksu jumpa dekat FB Apis. Yang lain macam tak kacak jer aku tengok. Haha. Ni gambar sombong muka mintak lempang tak pandang camera ni nampak la cool sikit. Cecece.

Tanda Apis yang baik hati, sanggup dia dengan Wana menemani I pergi photo-shoot. Giler sweet kan? Untung ada kawan macam ni. Sanggup datang dari Shah Alam, ambik I dekat Ampang menuju ke Karangkraf Shah Alam, tunggu sampai selesai lepas tu hantar ke Ampang balik. Giler baik hati. Dah la baik, hensem pulak tu **menguap. Haha.

Eh, hensem pulak nampak Apis kat sini. Maksu rasa Apis memang kena buat muka sombong baru kacak kot? Tu Sazli kat sebelah nak manja-manja dengan Apis omel pulak aku tengok. Ni yang tatahan ni. Ok bye. Nak masuk bilik sekarang. Haha.

So, diharap entry ni akan dapat mebantu sesiapa yang menghadapi masalah yang sama dengan I. I saspek entry busuk tadek gambar makanan ni memang takder orang nak komen. Ko tengok la nanti. Haha.

-EnD-

Monday, November 21, 2011

Google Bikin I Hatetek!


Kasik gempak jer tau Google ni. Sipi-sipi I nak kena hatetek.

Tetiba je Chooyaya Secret Garden masa nak bukak tadi dia kata dah remove. Tu pon Shanom yang cantik yang bagitau. Dia nak bukak entry pasal dia kawen agaknya, skali blog dah kena remove. Tak semput pulak aku? I mati-mati ingat kena hack. Perasan artis kejap. Macam la blog ko best sangat orang nak hack kan? Pui!

I saspek, Saz sekarang mesti menyesal giler mengaku yang dia pon one of the silent reader bila I bagitau yang I mungkin tak dapat dah nak bukak blog I lagi. I tengok dia senyap jer. Macam sedih jer. Oooo.. Selama ni aku tanya taknak ngaku, tak penah baca, blog pempuan etc. Tapi rupa-rupanya dia pon follow sebenarnya. Hahahahahahha.

I pon dah update status dekat FB pasal ni. Dah mengadu manja. Mood memang kelaut habes, nak makan pon tak lalu yang tatatan tu. Sebenarnya, blog ni dah macam virtual diary I. Mana tau umur pendek, dapat jugak kawan-kawan bukak buat kenangan kan? Tsssk Tsssk T_____T

Macam mana boleh recover balik, nanti I cerita kemudian yer? Yang paling penting, terima kasih kepada semua peminat-peminat dan rakan-rakan (bajet sangat) yang memberi kata-kata semangat dan membantu I menghadapi saat-saat sukar ni. Haha. Tolong la muntah plis. I redha.

Yang paling best, ayat pujuk hati I pada Saz, 'Ala U, blog jer hilang...Bukan kaki pon'. Boleh jer kan kasik contoh macam tu.

So, now. Baru la I boleh tidur lena. Padahal weekend bizi bejoget besukan bagai dekat Grand Lexis PD for Family Day Office. Blog punya pasal, gua dah tak lena tidur, tak lalu makan. Naseb baik sehari. Kalau seminggu nak tunggu dapat balik blog mungkin berat lose 20kg. Takyah susah-susah nak diet sebab kan, I saspek bila I susah hati, I suka berak. Ni pon baru je lepas. Tadek pulak makan betik ke apa. Tapaham la.

Oh btw, next entry I akan share tips macam mana nak face the problem if sesiapa out there yang blog tetiba kena remove macam I. Ok ok? Yang pertama, jangan panic. Yang Kedua.. Eh. next entry kan kata tadi? Okbye.

-EnD-

P/s: Tq Apis! Nanti Maksu buat 1 entry khas pasal Apis ok? Janji.

Thursday, November 17, 2011

Rainbow Cupcake Yang Lazat. Bukan Rain Rain Go Away, Come Again Another Day. OK?

Seriously, I tak pernah makan Kek Pelangi (Eh?) Buruk benar nama Kek Pelangi kan? Haha. Ok ok, Rainbow Cake la sedap sikit bunyik. (Ok sambung) Rainbow Cake yang sedap gilers macam ni.. Ini sangat berlainan dengan lain-lain Rainbow Cake yang anda semua semua semua pernah makan. Sebab, Huda guna cream cheese taw? Bukan butter cream.

Sebenarnya tu option. Kepada sesiapa yang tak berapa suka cheese boleh ambek butter cream instead. Tapi tapi tapi, I lagi suka cream cheese! Sebab cheese rasanya amat lazat sangat! Bayangkan la setiap lapis Rainblow Cake akan dilapisi dengan cream cheese, lepas tu ditutup keseluruhan dengan cream cheese jugak. Perghhh! Pengsan! *Sila pastikan keyboard tidak dibanjiri dengan air liur.

I memang heart giler dengan Rainbow Cake sekarang ni. Siliyes tak tifu. Tapi tau-tau la kan? Kalau nak order sebijik besar pastu makan sorang-sorang, puas-puas memang la tak ok jugak kan? Kang nanti kalo gemok, acaneh? So, I came out with the idea. I mintak Huda buat dalam bentuk cupcake. SEBAB, kalau kiter makan cupcake, dia kecik sikit. So kiter takkan merasa berdosa dan bersalah pada diri sendiri. Itulah keistimewaan cupcake. Padahal kalau sehari makan 6 bijik cupcake macam I tak guna jugak kan?


Yang atas icing macam awan nano kaler biru tu ialah Rainbow Cupcake with Butter Cream. Yang dekat bawah awan kecik-kecik omel macam nak lempang dengan base kaler kuning tu ialah Rainbow Cupkcake dengan Cream Cheese. Ada 4 Huda kasik. 1 untuk Intan, 1 untuk I, 1 untuk Ira dan 1 untuk I lagi sekali. Haha.

Harap bertenang semua. Mesti semua ketar-ketar jubur nak tengok macam mana rupa dekat dalam kan? Nah, saksikan!!! Hiyarrrrkhh!!!

Tak ker cantik dan nampak lazat tu? Ko nak mampos tak terliur? Wah. Bahasa tu kalau dah over eksaited macam gitu la jadiknya. Sangat cantik, sangat sedap dan ahhhhh tak terluah la dengan kata-kata. (Over kan?)

Skarang mari saksikan juri-juri yang akan menilai rasa Rainbow Cupcake ni. Apa ingat Masterchef Malaysia jer ada juri? Sini pon ada taw?

Senyum tanda gembira. Mengapa gembira? Kerana sedap la hoi!

'Ira, Ira, lekas buat tanda best!' Arahan dari I. Boleh eh main tifu macam tu. Haha. Kata Ira, 'Kaksu, kenapa la sedap sangat ni?' Pastu muka nak nanges yang tatahan tu. Omel sangat tu. Tampar kang!

Last skali, gambar Juri Pertama bersama Ketua Juri. (Ketua Juri yang muka suci pakai tudung kaler oren tu).

Paling best jadik I pasal kalau I teringin nak makan kek apapa, I mintak Huda buat. Pastu I paksa dia buat eksperimen sebelum bukak order. Pastu I la yang tukang rasa and kasik pendapat mana-mana yang Huda patut baiki. Kononnya la kan? Padahal aku makan jer tau.

Apa pon yang Huda buat memang sedap. Orang tua-tua kata, kalau masak dari hati, memang la akan jadik sedap. Mungkin Huda masak dari hati barangkali. Tu pasal la semua yang dia buat menjadik and sedap jer..... :)

Klik sini untuk order Rainbow Cupcake ni dari Huda. Kalau rajin nak tengok cerita Kek-Kek Huda yang lain, klik jer dekat sidebar ni. Label Kek Huda. Kalau Label Makan-Makan tu maknanya apa yang I makan la. Takkan tu pon tak reti? **Tetiba garang. Harga Rainbow Cupcake ni kalau topping Cream Cheese RM4.00, kalau Butter Cream RM3.50. Hew hew hew.

Ni aku promote giler-giler ni kalau Huda tak kasik Pavlova 5 tingkat taktau la. 5 tingkat tu. Tanak 2 tingkat taw? Dasar!

-EnD-


Wednesday, November 16, 2011

Mempersembahkan....Beef Wellington. Sluurrrp!!!

Anda semua jangan tertifu!

Tengok pada tajuk entry mesti ramai yang ingat I yang buat Beef Wellington ni kan kan kan? Dah. Jangan nak cebik-cebik mulut. Takder maknanya I yang buat ni. Bab baking so far memang failed giler. Last try baked masa buat cream puff yang turn out jadik kura-kura beberapa lama dulu. Ingat tak? Haha. Lepas tu memang I dah takder baking apa-apa dah.

Tapi kalau sambal air mata, ni ha. Carik ahkak! Memang taiko sambal air mata wa cakap lu. Mana ada orang boleh lawan. **Sambik dabik tetep dada. Bak kata Saz, 'U kalau masuk masuk Masterchef Malaysia mesti masak sambal air mata hari-hari kan? Sambal air mata ayam harini, esok sambal airmata udang, lusa sambal air mata ketam, tulat cekodok cicah sambal airmata ikan bilis, lusa lempeng salut sambal air mata. Sampai semua juri kena buasir la pendek kata.

U memang taw? Suka memperkecilkan kelebihan I. Kerana sambal air mata tu la kiter jatuh cinta kan? Lekas mengaku!

I sekarang memang follow la MasterChef Malaysia ni. Saper yang ada FB I, memang dah tau kot saper peserta yang I paling MELUAT sekali. Kerana I follow, Saz ikut sekali la terjebak. And ada 1 episode ni, ada Chef Norman buat Beef Wellington. Terus Saz craving nak makan. So far tak ada kesempatan lagi nak makan. Tapi I dah janji dengan Saz, soon I akan belanja dia.

I always wanted to find or eat the Beef Wellington yang kena dengan selera I. Daging mesti la moist and not too dry. I suka medium rare, maklumlah keturunan pontianak. Pastu pastry dia tak tebal sangat pasal takot kenyang makan tepung jer and mesti crunchy and tak letak too much butter or apapa la bahan yang membuatkan bila makan kiter berasa muak dan jugak kena ada gravy. I always heart a black pepper sos and semestila full of flavor. Takmo la macam makan daging rebus takder garam. Pui!

Banyak songeh kan? Ha. Tu la. Jangan nak biasakan diri dengan makan makanan yang sedap-sedap sangat. Selain dari badan menjadik gemok, tekak anda jugak akan mengada dan kadang-kadang menjadik belagak. Dah reti dah nak cebik-cebik dalam hati kalau rasa makanan tak kena dengan selera. Meh lempang laju-laju meh!

Banyak cakap takder. Meh kiter menyegarkan minda dan memanjakan pandangan dengan variety of Beef Wellington yang I google jer ni. Hikhik. Stakat google pon nak kecoh ke? Bukan masak sendirik pon! Heh!

Wah.. Kacaknya... Nampak yummy sangat. Tetiba sedih.

Yang ni pulak Beef Wellington Rendang yang Chef Norman masak. I copy gambar dan resepi dari MasterChef Malaysia website. Kalau ada sesaper dah cuba kasik tau la eh? Tak dapat rasa, dapat tengok gambar pon jadikla. Giler loser bunyik I.

Bahan Bahan Utama:

  • Daging Batang Pinang - 500gm
  • Cendawan Butang - 250gm
  • Bayam (berdaun besar, buang batang) - 100gm
  • Puff pastry - saiz 350mm x 250mm
  • Telur Kuning - 2 biji
  • Serbuk cili paprika sebagai hiasan
Bahan Bahan Sos Lada Hitam dan Cendawan:

  • Krim Pekat - 300ml
  • Lada Hitam (ditumbuk halus) - 1 sudu besar
  • Air - 100ml
  • Cendawan Shitake (direndam dalam air panas supaya jadi lembut dan dihiris halus) - 10 biji
  • Pes Rendang - 2 sudu
  • Garam - ½ sudu

Bahan bahan Pes Rendang:

  • Serai - 2 batang
  • Bawang Kecil - 4biji
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Lengkuas - ½ inci
  • Cili Kering (direndam dalam air panas) - 10 tangkai

Bahan Bahan menumis:

  • Daging (dipotong nipis) - 250g
  • Minyak Masak - 4 sudu besar
  • Garam - 1 sudu kecil
  • Gula - ½ sudu besar
  • Santan Pekat - 100ml
  • Kerisik - 2 sudu besar
  • Daun Limau Purut - 4 helai
  • Daun Kunyit (dihiris halus) - 1 sudu besar
Cara-cara penyediaan Kiev Ayam:

  • Untuk Pes Rendang, tumis bahan – bahan yang telah dikisar dengan empat (4) sudu minyak masak.
  • Goreng hingga naik minyak dan masukkan daging, gula, santan, & garam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kering.
  • Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup api dan keluarkan daging dari rendang. Sejukkan pes rendang.
  • Cincang cendawan halus halus atau masukkan dalam Pengisar Makanan (food processor).
  • Gorengkan ia tanpa minyak, dan goreng hingga kering.
  • Celurkan daun bayam dengan air panas hingga sedikit layu dan keringkan.
  • Hiris daging dari seketul menjadi seketul menjadi sekeping daging. Sapukan pes rendang dan gulung kepingan daging tersebut seperti ‘swiss roll’.
  • Ikat dengan tali supaya bila digoreng, daging yang digulung itu tidak akan terbuka.
  • Goreng selama 5 minit hingga jus daging keluar.
  • Dengan menggunakan ‘cling film’, susun daun bayam yang telah dikeringkan dan taborkan cendawan yang telah digoreng. Kemudian letakkan daging yang telah digoreng(pastikan tali yang digunakan dibuang).
  • Balutkan dengan lapisan cendawan dan bayam dengan menggunakan ‘cling film’. Perap dalam peti sejuk untuk seketika.
  • Tebarkan puff pastry dan sapu kuning telur. Letak daging yang telah diperap bersama bayam dan cendawan. Gulungkan puff pastry dengan kejap.
  • Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur. Taburkan garam dan lada hitam.
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 C selama 15 hingga 20 minit.
  • Sediakan sos dengan menggorengkan cendawan hingga kering. Masukkan krim, pes rendang, air, dan jus daging berlebihan. Masukkan lada hitam dan garam. Masak hingga mendidih.
  • Keluarkan daging setelah masak dan hiris setebal 1 inci dan hidangkan bersama sos yang telah dimasak. Taburkan serbuk cili paprika sebagai hiasan.
I suka pastry nipis macam ni :) Peramah kan I nak kasik tau semua?

This is how I want my Beef Wellington look like. Not too big and daging dia nampak juicy. Pastu ada gravy. Pengsan!

Adoi... Bila dah tengok gambar ni, rasa macam dah tak sabar-sabar nak makan. Ni semua Saz punya pasal la ni... Cis! I tak kira, by end of this week, I musti dapat jugak makan Beef Wellington ni. Lantak la. Apa nak jadik, jadikla... **Lari laju-laju sambil tarik rambut.

-EnD-

Tuesday, November 15, 2011

Shanom Yang Cantik

Jeng jeng jeng! Seperti yang dijanjikan kelmarin, harini baru la tertunai janji untuk upload banyak-banyak gambar Shanom yang cantik dari Blackberry I. Sepatutnya memang nak apdet malam semalam, tapi kerana kecewa dengan janji-janji manis Sazli nak makan carbonara dekat Naili's maka I tido pukul 10.00 malam. Padan muker aku! Hahaha.


Kata Sazli, 'U kan diet, nanti kalau kiter dinner, habes la diet U'. Terus jalan hentak-hentak kaki masuk bilik lantas tido. Tapi yang megikel world of disney, WALAUPUN dah tidur lebih 8 jam setengah, TETAP ngantuk masa bangun pagi tadi masa nak pergi kerja. So pengajarannya apa? Tido memang tak pernah cukup. Hatta tidur 12 jam sekalipun melainkan tidur untuk selama-lamanya. Eh. Tu mati! Terus insaf.


Berbalik pada Majlis Kawen Shanom yang cantik. Kitorang pergi hari Jumaat. Tidur semalaman dekat Pulai Spring. Apartment 3 bilik. 10 orang pergi. Pempuan dapat satu bilik. Master bedroom. Katil tu muat-muat pulak tu I, Wani, Wana & Nina tidur. Naseb baik semua kecik-kecik (ke?). Haha.


Sampai je dekat Pulai Spring, terus bersiap nak ke Masjid UTM Skudai untuk Majlis Akad Nikah. Masa kat masjid, I rasa berdebar-debar macham-aku-yang-nak-kawen. Haha. I memula plan nak jumpa Yatie. Tapi kerana kesuntukan masa, so terpaksa la kensel. Cis! Melayang RM200.00. Sebab kata Yatie, kalau I jumpa dia, dia nak bagi duit. Haha.


Shanom cantik kan? Bulu mata palsu dia lentik giler. Macam bulu mata unta. Tapi molek jer dengan muka dia. Orang cantik, pakai apa pon cantik. Mmmuaaah!

Yang kelakarnya, masa batal air semayang Ajan bagi rantai. Pastu boleh pulak dia nak sarung terus dekat Shanom, tak bukak cangkok dia. Tak tersangkut pulak dekat tengah-tengah kepala. Haha. Bongok la Ajan ni. Yang ni, Shanom sarung cincin dekat Ajan, tanda Ajan milik Shanom. Bukan milik Neelofa. Eh. Tetiba Neelofa.



Apis Iman Muda si Ustaz Pilihan bersama Wani & Wana. Wei, bukan muhrim woi! Mana boleh amek gambar gesel-gesel.

Semua orang pakai baju pink pasal ikut tema, pastu ada sorang pempuan giler rebal pakai baju kaler itam. Konon gothic la tu. Sian.


Lepas habes jer nikah dan selesai drama-drama air mata bagai, kitorang terus balik ke Pulai Spring and bersiap untuk Majlis Berinai Besar pulak. Ala, yang ada sorang jer tu over pakai dress tu. Ingat tak?




Pengantin. Ajan & Shanom yang cantik masa Malam Berinai Besar. Kiter semua kalau amek gambar, memang taknak duduk sebelah Shanom. Sebab biasa kalau amek gambar sebelah orang yang cantik sangat, otomatik muka berubah jadik macam orang gaji. Tu yang tanak tu. Tak caya tanya Rish. Selalu kalau ada aktiviti WakDan, kiter semua jauh-jauh jer dari Shanom. Sebab tu la. Taknak muka nampak macam orang gaji. Haha.

Perempuan kabaret gemok bersama pasangan lesbiannya. Choi! Eh. Semua dah kenal kan Nayang I? Tema Wana malam ni Saloma muslimah. Ok la tu. Kena dah dengan tema.


The Boys dengan Ajan. Macam-macam gaya ada. Ada yang alim, ala-ala K-Pop, lelaki kabaret dan jugak 60's rock. (Merujuk kepada yang rambut macam Man Kidal. Hujung sekali belah kiri) Haha.


Gambar masa kenduri belah siang dia nanti next entry la I masukkan. Sebab gambar yang I ada ni, Shanom tengah bizi jawab telefon. Bizi bebenar Shanom masa wedding dia, macam dia yang Mak Pengantin, Mak dia pulak Pengantin. Boleh?


Untuk Shanom dan Ajan. Welcome to the club! Semoga berbahagia ke akhir hayat and jom kiter beramai-ramai melahirkan WakDan junior jom! Maksu cop nak kawenkan anak Maksu dengan Shanom ok? Tak kisah la, laki ke pempuan ker, Maksu cop dulu.


Okbye.


-EnD-