Wednesday, February 29, 2012

BBQ Kambeng Lazat Lori Hijau

Dunia ni memang tak adil... Tak adil...!!!! Arggh! **Tarik rambut sambil hentak-hentak kaki guling-guling dekat lantai. Taktau kenapa, bernafsu sungguh la sekarang ni terhadap makanan. (Bila masa pulak yang aku tak bernafsu nyer kan? Kalau tak bernafsu terhadap makanan, lekas-lekas tulis wasiat) Haha.

So, ada sesiapa yang duduk area Melawati angkat tangan!! Kalau anda duduk di area Melawati, petang karang silalah pergi ke area Giant. Carik lori yang jual steamboat/yong tau foo/BBQ kaler hijau dan silalah serbu lori tu pasal dia adalah seperti syurga makanan yang teramatlah sedapnya. Tolong la percaya cakap saya ni (kemain kan, kalo nak suruh orang percaya terus guna ganti diri ketiga sebagai 'saya')

Ada macam-macam makanan dekat sini. Tau tak yang kalau dekat pasar malam ada celop-celop tu? Yang ni lebih kurang tapi version up sikit la. I terpaling suka kambing bakar bbq. Perrggghhh. Wa cakap lu, memang sedap nak mamfus!

Kambing Bakar Bbq dengan Sosej Demok. Terliur kan? Biadap ni!


How I wish boleh pergi sana petang ni, tapi bila memikirkan jem. Terus turn-off. Boleh tak nak request dekat Abang tu suruh dia tukar lokasi ke Ampang. Senang sikit I. Agak tekak biadap craving, terus lari takpayah pakai selipar menuju ke Lori Hijau.


Jangan tanya apa nama Lori Hijau ni sebab dari dulu pon I panggil dia as 'lori hijau' ada kambing bakar lazat.Dah. Bizi ni. Bizi nak google gambar makanan.


-eNd-

Tuesday, February 28, 2012

Budak Kecik Nyanyi Lagu Ukays. Omel Omel.



Spot budak baju pink tu, gula-gula hacks dia jatuh, pastu dia kutip and makan balik. Sabar jer la. Pastu penyanyi pulak asyik kena kacau. Ada yang hulur 'mic' la, ada yang buat sign peace atas kepala la, bagi 'bunga' la. Hahahaha. Omel sangat ni!

Enjoy!

-eNd-

Monday, February 27, 2012

Air Dynamo di Ayam Penyet

Semalam kan? I makan dekat ayam Penyet AP dekat Wangsa Walk dengan Wana & Mira. Alkisahnya I dah makan dekat rumah. Wana tanya I, dah kenyang ker? Kenapa takmau makan? I kata I dah kenyang. Makan murtabak yang office bagi semalam jer. Murtabak nipis yang gigit 4 kali dah habes. Macam tu punya kesian la kisah I.


Dia taktau yang I dah makan nasik sedulang dengan ayam masak kunyit dabel. Haha. Pastu lagi nak bukak cerita sedih tak makan nasik lagi. Tapi sekarang, hamekau. Wana dah tau. Padan muka aku.


So, oleh kerana dah kenyang makan 'murtabak nipis', maka I order air jer la. Now, habit I. I suka order air yang otak I tak boleh nak proses apa rasa air tu. Contoh air yang otak susah nak tangkap ialah air tropikal. Air yang mangga + nenas + jambu batu. Ha. Kan susah tu nak trace apa rasa dia. Kot otak aku yang lembap susah sangat nak trace taktau la kan? Otak orang lain padahal ok jer.. Haha.


Makanya, I order la air blue ocean ker menda ntah ni. Nama dia blue. WOW. Apa rasa dia eh? Ok ok. Boleh order. Sekali sampai, hamekau! Macam dynamo siot. Macam dynamo biru, campur susu, pastu tambah air sikit dengan ice. Maka, jadiklah blue ocean.




Air Blue Ocean di Ayam Penyet AP Wangsa Maju. Air ke dynamo ni?

Bila I minum, otomatik otak proses kata tengah minum air sabun. Tapi selamba habes hingga ketitisan terakhir. Wana dah saiko-saiko I. Dia kata kompem air dynamo. Jahat la pempuan tu. Naseb baik I hebat. I tak terpengaruh dengan kata-kata dia. Kalau I terpengaruh, mungkin I tak habeskan air tu dan membazir. Pastu Tuhan marah, sebab membazir kan amalan syaitonirrojim?

I sangat bangga dapat habiskan air biru tu sehinggalah pagi tadi. Perut memulas. Sakit giler vavi nak mamfus. Memang carik pasal. Dah la I terlewat sikit.


Bila tengok taik, jeng jeng jeng!!! Kaler hijau coklat kebiruan. Mati la. Aku dah jadik alien! Kaler taik dah tak normal. Uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni semua salah air biru dynamo ni.


-eNd-

Souka & Mukha & Diana Ong Kawen

Hellow Gorjes!


Last Friday nite, lepas attend kenduri Diana Ong, sebagai pencuci mulut, dengan cadangan Syikin, kiter semua dengan gembira dan melompat bintang seluruh dunia telah sebulat suara setuju untuk makan Pavlova di Souka and Mukha dekat TTDI.

Itu restaurant adik Paan Buff. Ala, Paan Buff yang size tetep dia hampir menghina size tetep perempuan cup B (I lettew). Ok. Baiklah. Sangat tidak mengujakan la cerita ini.

Kepada sesiapa yang tengah malam, tido and mengigau sebut Pavlova Pavlova Pavlova! And teringin benar nak makan cheese cake, cake, dessert bagai dan pulak jam menunjukkan pukul 12.00 malam and bila mana hampir pasti semua bakery shop dah tutup, jangan risau. Inilah harapan terbaru anda sebab guess what???? Souka and Mukha is open until 12.00 malam ya-a-aww!! Semua orang boleh gembira bersama makan pavlova and ada jugak men'shisa'dekat sini. Restaurant very cool and lepak-santai-gedik.

Mintak mahap sebab sebab sebab tak ambik gambar restoran sebab sebab sebab dah menggelupur nak makan pavlova malam tu yang memula nak makan sorang tanak share siap cakap, 'Siapa nak pavlova order sendiri sebab Maksu tanak share'. Lepas tu siap bagitau dekat Apai 9 kali, 'tanak share tanak share tanak share', skali bila pavlova sampai, sumer orang share and sebagai tanda taknak nampak rakus sangat, lantas offer Apai. Haha. Bodoh ni!


2 layered pavlova with berry sos ker menda entah topping with whippe cream and 3 types of fruit. Strawberry, blackberry and grapes is awesomely superbly delicious. 2 layered yo! and semua ini hanya berharga RM10. Its all worth it! (macam iklan hartanah jer)



Yang ni pulak Mars Cheese Cake. Sedap jugak! Punye la sedap smpai Syikin makan, and mulut penuh pastu membebel kata sedap sedap sedap pastu cake yang dalam mulut dia jatuh dekat lengan baju I. Tak cool kot Syikin? Dah la kek tu dah bercampur aduk dalam mulut dia and ada coklat tompok-tompok tahik unta.



Apai buat perangai. Pakai Farrel punya napkin/penapis muntah. Eh, apakebenda nama menda tu eh? Tatau. Tu tu. Yang dia pakai tu. Lekas bagitau sekarang aku kata! Apai kan, dia makan pavlova I, pilih yang buah-buah jer, pastu muka tak bersalah. Nak tampar jer rasa.

Rish mementang order 2 3 jenis cake, terus duduk jauh-jauh jer dari I. Takot kena mintak la tu. I hint-hint dengan mata nak rasa kek yang dalam cup tu pon dia buat tak reti jer. Ee. Kwahaja. Nak tunjal jer rasa taw? Bengang jer. Mamak! Kira semua ni berapa? *tiba-tiba.


Oh, Ini Nayang I, Wana, Yash and Farrel. Empunya napkin yang Apai pakai tu. Gambar ni khas untuk peminat Yash yang komen dalam entry I terdahulu yang peminat Yash tu komen guna email Yash jugak. Mushkil I. Tu betul peminat Yash atau Yash sendiri? Tapi kata Yash, dia percaya yang peminat dia tu memang sengaja create email guna nama dia jugak pasal mungkin terlalu minat sampai jadik macam tu sekali. Ntah yer entah tak. Nak bodoh-bodohkan aku la tu. Pui!



Tak payah nak posing sexy sangat la acap (baju melayu kaler biru) Sebab, kalau posing sexay macam mana pun, tetap Azmi paling kacak. (Azmi yang sebelah dia yang rambut macam botak-botak sikit tu)


Oh, kiter semua wanita macam jadik pengapit Hani jer kan? (Hani yang duduk tengah-tengah pakai baju putih tu) Kata Nina, 'Maksu kenapa macam tak terurus jer harini? Tak sempat cuci rambut eh?' Amboih. Berani dia kata I tak terurus. Dia taktau ker yang rambut serabai sekarang memang fesyen paling 'in' tahun 2012?


Anyway, congrats to Diana Ong & Ayol. Welcome to the club sayang! Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu dan keakhir hayat. Maksu love U!


So, apa tunggu lagi. Semua orang lekas pergi serang Souka & Mukha. Takkan nak tengok jer gambar dessert yang lazat-lazat ni? Read : Takkan la aku nak gemok sorang-sorang. Heh!


-eNd-

Friday, February 24, 2012

Merah Liptikmu Membunuh Jiwaku. Ewah!

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.


I memang geli muntot la kalau orang suruh pakai liptik kaler merah ang-ang tu. Rasa macam tak kena langsung dengan muka. Ada la cuba a few time, tapi nampaknya menemui kegagalan. Muka I lebih menjurus kepada 'original people' sahaja hendaknya. Jauh sekali untuk kelihatan seperti Liyana Jasmay mahupun Beyonce Knowles.


Lepas tu kan, kalau pakai liptik merah, nak muka transform jadik artis terus. Takder der nak muka 'biasa-biasa', biasa doa nak muka terus jadik macam artis jer.  Tak sedar diri sangat kan? T_____T.


Anda boleh google cara pemakaian liptik merah. Pemakaian? Dah macam baju jer kan? Haha. Biasanya kalau pakai liptik kaler merah ang-ang macam ni, mata tu jangan la nak make up over sangat. Sebab sekarang ni, tumpuan hendaklah lebih kepada liptik. Ingat?


And kalau nak cantik, pakai yang jenis matte. Bukan shimmer. But terpulang la kan? Mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. I suka jenis Mac. Sebab liptik dia tak berminyak. I kalau pakai jenis berminyak, macam nak tonyoh jer muka sendirik. Busuk giler nampak. Busuk macam kentut yang kalau makan betik tapi 4 hari tak berak. Macam tu punya busuk la.


Pastu kan, kalau orang pakai liptik kaler merah ang-ang ni, rambut dia sesuai la kalau kaler hitam berkilat. Uban sehelai dua boleh dimaafkan. Dan kalau bertudung, nampak lagi elegant dengan tudung bewarna gelap. Ke cerah? Entah. Tak pernah pulak nak terfikir pakai liptik kaler merah menyala macam ni kalau nak pergi opis. Dikuatiri akan menakutkan orang lain.


So, good luck kepada semua! Yang penting, kena berani mencuba. Muka busuk takper, janji berani dan yakin. Yakin pada wajah sendiri. Itu penting. Kalau semua pon tak berani nak buat, baik duduk rumah makan tido jer. Dah.


Okbye.


-eNd-



Sekadar gambar hiasan


(Cecece. Sekadar gambar hiasan konon. padahal punya la menggelupur nak up gambar ni, tapi takot nampak obses sangat dengan diri sendiri, maka terpaksa carik bahan nak ajak borak dekat blog. Haha. Kantoi dah sekarang. Bodoh.)

Tuesday, February 21, 2012

Malam Khidmat Bakti 2012 (skema sangat ni tajuk entry)

Phewwww.. Finally show dah habes and sangat berjaya *bunyik macam bagus kan? Macam ala-ala artis pulak ada show bagai. Ko mampu? Haha.


Ala, kasik can la dekat I sekali-sekala. Please.


Meh I cerita kronologi disebalik 'show' malam tu dekat Grand Season dari awal, sampai la kehabes.. Tak baca siap korang. Jangan mengada-ngada nak scroll2 tengok gambar jer. Aku tampar kang.. **Ni statement untuk Intan.

Kiter semua sepatutnya berada di Grand Season untuk full rehearsal at 3.00pm, konon nak practice awal, so I mintak all 'dancers' untuk berada disana pukul 12.00pm. Sekali, hamekau! I sendiri sampai hutel pukul 2.00pm. Ngeeeee... Atas kesilapan teknikal I lambat sebab sebab sebab, Si Sarah la tak burn cd lagu menari lagi. So, kena pegi opis dulu and tunggu dia siapkan semua menda. Urut tetek dada tau I dengan Sarah ni. Sabar jer la. Hari buat show baru dia nak burn cd. Ni kerja last menet yang betul membunuh ni.


But well, kiter rock star/artis popular on demand sekarang kan? Lewat 2 jam tu biasa la. Tu pon naseb baik I still ada mood nak perfome. Kalau I dah takder mood, terus I kensel semua show I, macam mana? What??? Payment nak balik? Itu I taktau. U talk to my manager and lawyer *kibas rambut. Wah!!



Menanti Sarah dengan  penuh kesabaran dalam kereta bersama pengacara "Sembang Sumbang" Intan Dayana. Show I dengan Intan dalam Sembang Sumbang akan I update kemudian. Jangan lupa nantikan kemunculan kami berdua. Yeah! Tak sangka cita-cita untuk menjadik pengacara/pembaca berita akhirnya tercapai. TQ kepada semua yang memberi sokongan selama ni.. Kepada peminat I diluar sana, I love U all. Haha. Layan je layan jer.



 Orang pergi dinner pakai kasut tinggi 4 inch. Intan pergi bawak selipar tebal beli dekat Danau Kota ni jer. Siap ada tanah yang tak tahan tu. Imej sebagai artis tak jaga langsung. Ini memalukan ni kalau wartawan semua tau ni, masukkan dalam Melodi, habesla reputasi kiter.  'seorang artis popular yang mengacarakan rancangan yang mendapat rating tinggi pakai selipar di majlis anugerah'. Tak ke malu tu? Haih.



 Sampai je dekat hotel, terus kiter buat full rehearsal. Macam biasa la, full rehearsal musti la huru-hara. Semua panic. Tapi well well well, muka musti menten. Tangkap gambar tetap gembira.



 Lepas tu... Kiter semua naik bilik and bermekap-mekapan. Pastu ada seorang tu macam obses dengan diri sendiri, asyik duduk depan cermin. Pastu ber'camwhore' bagai sampai berejam. Apa nak jadik la. Eh. Tu macam mengata diri sendiri jer? Haha. So! How do u fine our make up kali ni? Santek tak? Suka sangat dia mekap mata. Sapa pandai mekap mata, dia adalah mekap artis yang hebat. Kalau dia suka makan makanan jepun, itu bonus. Taktau la apa kena mengena.Tapi nak cakap jugak.



 Full dress and ready to buat persembahan yang pertama. Yang 3 orang dekat depan tu, adalah dimaklumkan semua lelaki sejati. Entah kenapa dalam gambar nampak macam golongan 'patah' tangkap gambar kepit-kepit. Adoi la. Tak market langsung. Susah la macam ni.Yang tengah tu paling tak menahan kan? Senyum macam mintak lempang jer.


Ingat senang nak handle bebudak lelaki ni? Selepas aksi tolak menolak sepak terajang dengan they oll's  ni, akhirnya baru la dapat memakaikan mereka bedak, blusher dengan lip gloss. Tu pon tangan dorang terpaksa kena ikat. Dan hasilnya... Tara...!!!!!



 Hantu Cina. Yes! Yang Demok je jujur. Kak Su dia pesan, 'Jangan lap liptik!'. 2 orang dah kemam-kemam bibir all the way dari bilik ke stage. Napi je buat 'E' sebab takot liptik habes. Yang tu, KPI boleh kasik tinggi sikit. Yang lagi 2 orang tu, boleh dicadangkan untuk dipotong bonus setengah bulan gaji.


Kali ni kitorang sempat mekap and on-time jer siap. Tak macam last time. CEO dah ada kat stage, kitorang dalam bilik lagi tengah mekap. Kali ni sempat lagi la baca doa belakang pentas. Baca doa sebelum menari. Ko mampu? Tapi cambiaso, ada la soklan bodo sebelum start menari. 'Kipas kena bukak ker tak eh? Pusing time 4 ker, time ?' Jam-jam ni la baru nak tanya kan? Padahal sebelum ni dah berlatih lapan ratus nam puluh juta kali. Acaneh?


Persembahan pertama was awesome bebeh! Rasa macam almost perfect. Time last pose, semua kipas bergoyang sebab ketar. Haha. Tapaham. Bebudak laki pulak, banyak kot skip step. Susah payah I taip step dorang, 'payung cangkok kanan 4 kali, payung cangkok kiri 4 kali, lenggang 4 kali, pusing kanan 4 kali etc, last sekali baru joget  lapan kali'.  Sudahnya, time buat persembahan, dorang suka-suki potong semua, pastu joget setempat lapanbelas kali T_______T Sabar jer la.


Habes jer persembahan pertama, terus kitorang naik bilik semula, and bersiap untuk pakai kostum yang kedua pulak. Lagu hindustan. Lagu hindustan, tapi pakai skirt ala cheer leader singkat. Nasib baik pakai legging, kalo tak CEO I memang hat etek. Pastu paling tak menahan, ikat rambut tepi omel-omel konon macam wonder girl la sangat kan? Dah. Ni sah-sah salah konsep sangat ni. Tak besar gayung pulak reben atas kepala tu. Saksikan!


 


Wonder Girl sangat kan? Ooo... Kalo ada yang inquiry, I dok tengah and pakai skirt kaler lain sebab takder pair time menari. Sebab konon paling tinggi. Padahal paling gemok sebenarnya. Haha. Tengok, sekarang rahsia sudah pecah. I nak perkenalkan the dancer's. Dari kanan ke kiri, baju kuning Sara, Intan, Siti, Yours Truely, Ros, Diba  Gee. Kesayangan semua <3


Persembahan rasanya ok, cuma distracted by choker tu. Dah la berat, bila meloncat-loncat, dia hempap-hempap dada. Senak pulak rasa. Pastu ada yang perasan bila I selalu pandang kiri kanan. Sebab nak pesan dekat dorang 'senyum, senyum' dengan 'lepas ni lompat ke gelek?' Haha. Sebab takot salah step. Taknak banana fruit two time macam last time.


Habes jer persembahan, baru la lalu nak makan. Tapi nak makan apa kalau semua menda dah kena angkat dengan bangla/nepal yang kerja  dekat situ. Dah la dia asyik duduk belakang Intan tanya dah habes makan ke belum. Yang paling biadap, dia tanya Intan time bising sebab suara Os kuat sangat, 'Finish already?' Intan pon jawab, 'no no'. Dia bajet Intan tak paham lantas mengulang, 'makan habis suda?' Ko tengok? Kwahaja tu. Sambil-sambil je hina Intan. Apa dia ingat English Intan tak bagus ker? Haha.



Last but not least, mari mencuci mata tengok gambar orang ramping ni. Ira  and Sara. Memang makan hati. Harap dengan makan banyak-banyak tetapi selalu berdoa, akan jadik kurus macam ni jugak. SO, berdoa berdoa berdoa.


Selesai sudah la acara joget-joget untuk tahun ni. Tunggu hujung tahun pulak untuk family day... Katanya tahun ni tema movie character. I nak  jadik poison ivy. Boss kena sakit jantung ker, apa ker, tak kira. Nak jugak. Haha.


-eNd-

Saturday, February 18, 2012

Maaf. Abang Bizi.

Salam Satu Malaysia.


Hari ini kiter dikejutkan dengan berita penangkapan seorang banduan yang errr... Sorry selalu jer nak tertaip something yang berbau ala-ala membaca berita. Haha. Kronik sangat dah aku ni.


Dah lama kan rasanya I tak update blog. Semenjak dah bertukar url ni, rasa macam dah malas dah nak update selalu pasal rasa hebat dah tak payah nak guna blogspot. Sound belagak izzit? Haha. Jangan tertifu dengan belagak I yang penuh kepura-puraan ni. **Tapi kadang-kadang belagak itu adakalanya perlu untuk membina self confidence yang tinggi Err. Itu cara I. Tak molek ditiru.


Back to the topic, I'm SO SO SO busy lately dengan tarian u'olls... Bak kata Mira, 'MakSu nak masuk tarian apa lagi ni? Asyik bizi jer... Cuba la kasik can dekat orang-orang muda pulak masuk...' Amboi! Sambil-sambil jer nak mengata I tua kan? Tua dari segi umur, YES. Tapi jiwa abang tetap muda *sambil tepuk dada jalan mengepak.


Kali ni I masuk 2 tarian. (Tak sedar diri first tarian step kelaut lagi nak masuk 2 tarian. Amboi) Tarian pembukaan I buat Joget Kasih Tak Sampai by Siti Nurhaliza. Sendu noks tajuk lagu. Memang meruntun jiwa. **Redha. Tarian kedua I buat lagu Bollywood. Sama macam family day last time yang I janji nak upload video tapi tak masukkan akibat dari selalu lupa step. Maafkan I.


Memula kitorang buat lagu Oh My Darling I Love U dari filem Mujhse Dosti Karogee yang si Kareena dengan Hritik berlakon tu. Ada la aksi menari kembang kuncup dada. Boss I lantas segan nak tengok, pastu lastly semalam dia suruh tukar lain.


Yang step lagu hindustan tu I hafal semenjak hari Isnin, hari-hari berlatih menari dengan team dari pukul 6.00pm - 10.30pm SETIAP hari tu pastu boss suruh tukar. Sekarang kau bagitau aku, apa perasaan aku? Nah ambik je pisau ni boss, tikam je kepala I. Senang cerita.


Pastu I jugak menjadik manager pada Sarah & Fizul yang kena menyanyi masa malam dinner tu nanti. Apa yang manager sangat pun aku taktau la. Tapi tiap kali latihan menyanyi, (read : karaoke) Manager musti mau ada! Haha. Komen pitching cambagus jer I. Meh la lempang beramai-ramai.


So, these two weeks I memang bizi sesangat la... Dinner tu malam esok. Dekat Grand Season hotel. Sangat berharap yang kali ni aksi orang gelek I loncat tu takkan berlaku lagi ohyeh bebeh! Kalau ada lagi, semua orang boleh makan kaki I secara percuma, buat sup tulang. Tapi daging lebih sebab banyak daging. **motip?


Oh Btw. Sabtu lepas kiter semua DanDan/WakDan FC telah pergi ke Kuantan untuk attend wedding Hadry & Linda. Dekat Dewan Jubli menda entah. Menteri Besar Pahang dengan Tengku Mahkota Pahang pon ada. Hebat pulak rasa jadik Hadry. Hadry, nak sain!



Ni bersama dengan kawan-kawan Saz/Hadry masa dekat UiTM Shah Alam. Gambar DanDan FC laytah I masukkan eh? Itu pon kalau ada permintaan la. Kalau takder, I buat keras jer.



Ini kapkek lazat boleh didapati di Wrapstarzz Wangsa Walk. Tu yang top belah kanan duduk bersebelahan macam perantin tu, nama dia Stawberry Shortcake. Sekarang bayangkan kelazatan kek strawberry yang adalam dia ada paste/jam strawberry with cream cheese yang ada rasa strawberry. Sumpah sayang, abang tak tipu. Lekas-lekas mendapatkannya! Kelak kau akan menyesal! Jalan dibilangin aku tidak memberitahu.


Baiklah. Cukup la cerita pasal I yang bajet bizi sangat ni. Orang bizi dekat office dengan annual report bagai, ko bizi menyanyi/menari. Bak kata Sam (Bukan nama sebenar), 'Kaksu ni menyanyi menari, tu jer la yang Kaksu tau.' Ira pulak kata, 'Kaksu ni, MAKAN TIDO DUIT'. Sinonim sangat bunyik dia tu.


Ye la. Apapa la. Janji esok aku tak salah step dah. Ni kalau nak guna taktik Wana yang kalo salah step purak-purak pengsan memang aku dah masuk wad CCU dah ni. 5 kali dah kot pengsan.


OKBAI


-eNd-

Saturday, February 11, 2012

Nah Dang Suria, Insurance Mulut Untuk Dilanggan.

Sapa ada tengok rancangan realiti show ON AIR dekat Astro kelmarin? Time yang audition dekat JB tak silap I. Ada sorang peserta lelaki dengan peserta perempuan yang basically can talk in-front of the camera tapi kena kritik  kaw-kaw punya dengan Dang Suria.


Harsh nak mamfus kot? Dekat peserta lelaki ni dia cakap lebih kurang macam ni la. Correct me if I'm wrong. 'Terus terang I bagitau yang muka U tak handsome. U tak sesuai jadi pengacara. Nanti kalau U jadik pengacara, penonton tukar siaran sebab muka U tak handsome'. Amboih! Harsh bukan main kan dia? Kompang muka tu nak? Budak lelaki tu ada mak ayah kot? Apa perasaan U kalau orang kutuk anak U buruk didepan orang lain? Kecik tak hati?


Dekat peserta perempuan pulak, dia kata budak tu gemok and suruh kuruskan badan dulu, baru datang lagi next time. Perghhh. Giler kejam statement dia. **Tumpang kecit ati.


I memang PANTANG kalau orang suka attack fizikal orang lain. Itu kan ciptaan Allah. Siapa dia nak kondem macam tu? I didnt mean it to kutuk dia balik ala-ala macam I cakap tak serupa bikin, konon tak suka kutuk fizikal orang but hello??? Dalam kes ni, ada pengecualian. (Boleh eh macam tu?) Haha.


Nah ambik cermin ni. Cuba tengok bibir hang, ada macam buasir jer aku tengok. Terjuih kemain kan? Sah-sah botok/suntik. Pastu lagi nak kutuk orang kata tak handsome. Jahat sangat mulut tu. Amboi!



Dang  Suria yang mengutuk peserta lelaki tak hensem tapi bibir dia macam tu. Apa perasaan dia eh?



Her mistake sebab kutuk orang macam tu but dia tak kisah pon. Dia dah tau nanti semua orang akan benci dia. U know what? Sometime, things better left untold. Jujur sangat pon tak ok jugak kot?



Dia fikir dia cantik (Dia fikir la) sampai boleh nak kutuk orang lain kan?


I pon kadang-kadang jadik segan nak tengok realiti show ni. I segan sendiri jer, pasal kan? Kadang-kadang sah-sah la tak berbakat langsung, tapi tu la... Kompiden jugak nak masuk. Buat kena gelak/kutuk dek orang jer.


Sebab kiter ni manusia biasa, tak terkeluar dekat mulut kadang-kadang terlintas jugak dalam hati nak mengutuk kan? Jadinya bagaimana?


Sekian.


Mati la mood ustazah pilihan dah mai. Hari Jumaat barangkali.


-eNd-

Thursday, February 9, 2012

Burger Bob The Return

2 3 hari ni I menggelupur jer nak makan Burger Bob/Bobby Burger Keramat Au5. Rasa macam dah 14 tahun tak makan menatang beger meleleh ni. Padahal baru beberapa seketika jer. Saz tak berapa gemar sangat burger ni. Banyak ajinomoto kata dia. Saz memang kurang dengan makanan yang rich and full with seasoning ni. Maggie pon dia jarang layan. Kerana dia kekurangan kegemaran, makanya pandai-pandai la usaha sendiri untuk mendapatkannya pun, athoi!


Takde hal. Gua boleh pergi sendirik! Kiter ni wanita zaman sekarang lebih berkonsep berdikari. Semua boleh buat sendiri jer. Berdikari punya pasal la yang sampai I bersauna dalam kereta time bateri kereta kong sebab hilang punca, tatau nak buat apa. Tanak call Saz sebab nak berdikari katanya. Dah sampai ketiak berpeluh sampai kebahu masih lagi nak berdikari pon tak ok jugak kot?


Dah tadi cerita pasal burger langsung pasal ketiak basah sampai ke bahu. Acaneh?


So! Hasil dari hasutan I pada Ira, dia finally telah terpengaruh dan telah gigih menjemput I dari rumah dia dekat Sentul ke Ampang sebab perempuan 'suka berdikari' ni kurang gemar membawak kereta. Berdikari sangat la kan? Pui!




 

Burger Bob - Bangsar Babe Double Special Cheese. Hamekau!



Bak kata Alang, 'ni la 3 orang ahli Ultras yang terlepas'.Ok. Terima dengan hati yang tenang. **Bersila macam yoga.


Lepas makan burger ni, macam biasa. MENYESAL. Sebab otak yang saiko mengatakan apabila kiter makan burger double special cheese pulak tu, terus otomatik esoknya jadik gemok. Tu time lepas makan la. Time nak order takder der nak ingat pasal kalori la, fat semua. Pui!


Biasa la.


Ni la balada orang gemok yang malang.


-eNd-




 

Monday, February 6, 2012

Makan Lagi???

Masa cuti Hari Wilayah lepas, I pergi Pavilion dengan MIL. Kitorang dating 2 orang, makan-makan lepas tu kitorang plan nak shopping ala kadar (la sangat).


Dah bagitau Mak, jangan masak dekat rumah. Nanti kiter makan dekat luar jer. Abang belanja **Sambil tepuk dada. Masa on the way nak pergi Pavilion, Mak call Bapak. Kata Bapak, 'Hang belanja la Su makan, lepas tu kalau ada apapa beli untuk hang, belikan Su sekali'. Sebab suara Bapak dalam telefon walaupun tak loudspeaker tapi I masih boleh dengar, sambil buat muka konon taktau apapa terus I gembira. Tak plan nak beli kasut pon, tetiba bila dengar, terus nak beli kasut. Haha. Dasar!


Oh. Lupa nak bagitau. Bapak is not around. Dia balik kampung di Kedah :) Oh, pasal yang kata sebenarnya tak plan nak beli kasut tu, I tifu-tifu jer. Memang plan nak beli kasut pun. Dah lama tak beli kasut. **Lama tu dah 2 minggu. Mati la Saz bising, kata dia kereta I tu dah jadik samadengan almari kasut. Dia bising suruh bawak naik semua kasut ke atas. Pot-pet membebel. Omel jer. Taktau ker kaum lelaki yang wanita yang kereta mereka mempunyai hanya 2 pasang kasut didalam kereta termasuk didalam kategori perempuan tak normal? Takmau kan beristerikan wanita tak normal? Ha.....


So!


I feel like eating steak jer. So far tekak selalu merasa the best steak adalah dekat Victoria Station tapi celah mana pulak nak carik VS dekat Pavilion ni kan? I teringin nak makan dekat Angus Steakhouse tapi terasa macam steak dekat situ overprice jew. I kan miskin hina mana mampu nak makan one dish steak harga sampai dekat 200 rm. Sian I. T____T


So (lagi) we end up go to TGiF. Kata Mak masa Sazli call dia, 'Mak makan dekat BEST TgIF'. Aik, masa bila pulak TGiF dah ada BEST dekat depan? Rupanya Mak baca BEST sekali tu pasal atas menu tu ada BEST RIB IN TOWN ker apa entah. I pun dah lupa. Tapi basically ada perkataan BEST atas tu. Hahahaha. Sakit perut I gelak.



I makan ni. Rib Eye Steak with Black-pepper sauce. Kedu giler bagi sos, sesudu teh jer kot dia bubuh. Medium Rare. Daging merah-merah. Bajet kalau makan medium rare, anak boleh sekacak Edward Cullen la kan? Tak habes pun makan. Sebab portion dia too big, and daging dia too thick. Amboih. Banyak kompelin la awak ni. Nak kuali, masak senirik!



Mak makan ni, Sirloin Steak with Mushroom Sauce. Well done! Bab mushroom sauce tu I agak tapaham. Sebab masa I rasa Mak punya steak ni, macam rasa garlic jer. Tapi sebab Mak pon tak kompelin apapa so I diam jer la. Takkan nak lawan tauke kan? Habes Mak makan. Kata dia, kenyang sangat sampai macam takpayah makan seminggu. Tapi yang peliknya, masa nak balik, Mak macam nak singgah semua kedai jual roti sebab takot lapar malam nanti. Acaneh? Haha.



Kiter ambik Parfait ni. This time try pulak perisa mocha and chocolate. Biasa I suka ambik yang tropical flavor jer. Try la korang. Sedap ni. Gelas tu kecit cinonet jer sebenarnya. 3 kali suap dah selesai.


Sekian laporan cover line konon nak cerita pasal outing dengan MIL padahal tangan menggigil nak upload gambar makanan. Haha. anda semua sudah tertipu. Okbye la. Nak tido. I penat sangat ni. Tadi I main paintball seharian dekat Shah Alam. Nanti later la I update cerita pasal tu. Kalau rajin la. Tak janji.


-eNd-


 

Wednesday, February 1, 2012

Best jugak mandi lambat

Salam Satu Malaysia! **Wah begitu bersemangat nampaknya!


Kalau hari cuti kan, selagi kepala tak pening sebab bau ketiak sendirik yang berbau tungkik *Bak kata Syikin* Memang tak la I nak mandi kan? Eh tafi kan? Sebenarnya tidak la sebusuk mana bau ketiak I pon. Sajer buat cerita kasik nampak best sikit. Padahal ketiak I bau epal jer, macam biasa. Tak caya meh cium. **Sambil angkat ketiak.


So, KL cuti harini. Apa bikin kawan-kawan yang cuti? Kepada yang bekerja, selamat maju jaya diucapkan. Jangan la menjelesi warga Kolumpo macam shayer. **Manja kan? Meh tampar.


I? Kejap lagi I nak pergi Pavilion. Nak makan sedap-sedap dengan Mak. Dia kata dia boleh makan semua menda, kecuali Japanese Food. (Cis!)


Ni I dok google nak makan apa. Fenin. Too many things yang I craving. Sampai terpaksa google. Any idea tak? Argghhh tensen! Ketama kali taktau nak makan apa. Mati la. Buang tebiat kah?



Busuk sangat muka tak mandi hang Syira. Yang sebelah tu tidak la nampak busuk sangat. Ko giler? Mana nak jumpa blogger yang hampir tiada meletak gambar muncung itik malahan terlalu banyak gambar-gambar muka busuk tak mandi, non edited. Bak kata pepatah Melayu. "Natural Beauty'. Wah!! **Nah pisau, tolong tikam.


Haih. Update 2 3 hari ni langsung takder pengisian. I masih lagi belajar update guna Wordpress ni ha. Salahkan diri sendiri sebab terlalu lembap DAN jugak, kerja di pejabat terlalu banyak. **Pejabat??? Haha. Pastu ni dah nak start menari lagi untuk dinner company on 18 Februari ni.


I masih trauma lagi pasal peristiwa menari bollywood yang orang pusing, aku loncat, orang loncat aku joget tu. Ni dah nak kena menari lagi. Kata Fizul, 'Its ok Kaksu, yang Kaksu menari lain sorang-sorang masa Family Day tu bukan ke Kaksu duduk tengah. Duduk tengah kan menari memang free sytle?'


Oh. Ok. Membantu sangat.

-eNd-