Friday, February 28, 2014

Salmon Carpaccio Yang Lazat!

Assalamualaikum.

Tadi kan? Kitorang (I, Ira, Intan and Kaklong) lunch dekat Ichiban Boshi Pavilion. Kata Kaklong, dia dah kenyang. ‘Hari ni kiter makan sushi la. Boleh? Kaklong nak makan yang light-light jer’. Hek eleh. Dah la tumpang orang lepas tu dia yang decide. Hahaha. Lawan tauke Kaklong ni. Dah la sepet.

Pastu sampai sana, kitorang order la Salmon Carpaccio. 4 plate. Sebab nak makan sorang satu. Memula waiter tu tanya, empat kan? Tak lama lepas tu, dia datang lagi sekali, ‘Kak, kitchen nak confirm, empat plate kan?’ Pastu kitorang jawab serentak Iyeeeerrrr! Pastu Kaklong sambung ‘Orang bayar la!’. Hahaha. Bongok kan dia? Pastu kata Intan, ‘Kaksu, bawak keluar kad kredit JJ tu’. Hahahaha. Cakap kad kredit jer tak boleh? Nak jugak cakap kad kredit JJ (Aeon) kenapa? Hahaha.

Dah la bising memasing. Dengan Intan poyo asyik cakap omputih dengan waiter tu. Berangan jer kerja. Siap British accent. Kaklong pulak tak habes-habes tanya, ‘Ada sushi dua ringgit?’ Nak sushi dua ringgit pergi beli Kat JJ sana kak. Sini Pavilion. Mana ada. Haha.

Bila dah siap makan, walaupon tadi kata nak makan light-light jer, (tapi order sushi lain bepinggan-pinggan. Kata light. Tak paham aku) memasing macam tak kenyang. Terus carik pretzel pulak dekat Auntie Anne’s. Makan sorang satu dalam kereta. Lepas tu gaduh pulak dengan Intan. Kata dia, I yang ajar dia kuat makan manis. Hek eleh. Dah kuat makan tu nak blame orang pulak. Jotos baru tau.

Okla. Tu jer nak share. Kbye! Selamat berhujung minggu!


-EnD-

Terpaling sedap! Slice of salmon with special sauce and mayonnaise. Pengsan!


Tengok la sushi dia, gemok-genok belaka. Macam Intan.

Kaklong. Why are U so sepet?

Picnic at Janda Baik

Assalamualaikum.

Korang kan, kalau nak relex-relex skek time weekend,  boleh pergi ke Janda Baik. Mandi sungai. Memang best. Chill, simple but fun. Lagi best kalau come with good company. Seriously. Bukan jauh pon Janda Baik dari KL. Tak sampai sejam pon. Takyah beria sangat nak masak ker apa (Kalau malas macam I). Haha.

Haritu I beli je Nasik Lemak Daun Pisang EK, RM1.20 sebungkus. I beli 30 bungkus and settle. Makan untuk 7 orang dari pagi sampai ke petang. Haha. Pastu Intan bawak nugget and chicken cocktail. Dyba bawak roti and tuna ayam brand and Paan + Fia bawak air. Bawak air jer? Mana la keadilan dalam dunia ni. Shein dengan Sophie bawak apa? Shein bawak telor, Sophie bawak kacang. Wakaka.

Kitorang janji nak keluar pukul 7.00am dari rumah. Sekian dimaklumkan kalau bangun pon 6.45 acaneh nak gerak pukul 7.00am? Pastu I kutip ambik Intan dekat rumah dia, ambik nasik lemak and terus jumpa Joe, Dyba, Paan, Fia dekat Genting Sempah. All the way nak pergi ke Janda Baik, tengok ramai cyclist dok menganga suffer panjat bukit. Kata Sazli, buat apa la nak susah-susahkan diri. Naik kereta kan lagi cepat? Haha.

Memula kitorang pergi ke MakLang Resort. Si Dyba la dengan Ira (Yang akhrinya tak jadik pergi) survey tempat ni dah seminggu kot? Sebab nak carik tempat yang ada Chalet, senang nak salin baju nanti. Tapi bila sampai sana keciwa. Tempat dah ok. Tapi sungai dia macam tak sesuai jer nak mandi. Jenis air cetek sampai lutut jer. Meluat jugak. Lepas tu kalau masuk dalam dia, habes naik habuk daun dengan tanah. Kotor habes seluar. Sazli dah selamat tido dalam chalet sebab dia kan malam tadi main bola tengah malam. Pukul 3.30am baru sampai rumah. So dia rabak. Mengantuk tahap mentibang laut.


Kat Mak Lang ni kalau nak buat BBQ tak mandi manda ok la kot? Sebab sungai dia keruh/ or maybe yang time kitorang datang ni memang air dia keruh ke. No idea.

Sementara Sazli tido, Paan and Joe pergi survey tempat lain. Dekat sejam baru sampai kat kitorang balik. Survey menda la yang sampai sejam aku pon tak paham. Sementara tu, Shein dengan Sophie elok main dalam pelampong kereta. I dengan Intan menari lagu Pia Pia oh Pia Pia yang lagu Hindustan tu sebab nak nganjing nama Fia. Haha. Melampau Intan ni. I melayan Intan jer. Haha.

Lepas dah dapat tempat mana yang best, kitorang gerak pergi kat area depan sikit. Baaaru la seronok! Ada sungai batu and ala-ala air terjun sikit. Berenang tak boleh. Tapi selamat and bersih la. Kitorang sewa macam tent RM20 sehari. And owner tu ada toilet. RM5 satu kereta. Boleh la buat salin baju. Lepas sampai tempat yang kedua tu baru la rasa syok rasa. Baru la picnic! Orang seberang sungai belah sana pon ramai.

Kitorang turun semua ke sungai. Semua sekali dengan Shein and Sophie. Tapi dedua tu kalau kaki sampai pasir je nanges. Mengada giler. Tapi air sejukkkkkkkkkkkkkk sangat. Menggigil-gigil. Sampai biru la bibir Dyba. I excited nak mampos. Memang dah lama tak mandi sungai macam ni. Dulu kekecik biasa mandi longkang jer. Sebab ongkampong. Swimming pool tadek, longkang pon boleh. Haha.

Saz mandi sekejap je, sebab dia tak tahan sejuk. Tak macho langsung. Dah. Yang lelaki semua pergi naik atas, jaga anak. I, Dyba, Intan sambung berendam. Sesambil berangan. Dok help help konon-konon lemas. Padahal air kalau berdiri separas lutut jer. Nak lemas celah mana? Tapi air dia lajuuuuuu. Intan asyik hanyut jer. Tak dapat nak duduk landing atas batu macam kitorang. Baring atas batu, air lalu dekat kepala. Air laju wooo! Memang seronok! Macam massage jer rasa.



Pacifier Shein blanket dia tu. Tadek puting takper, tadek bantal busuk takper. Tapi blanket tu memang tak boleh nak berpisah. usung kesana kemari.  Sampai kepam.

Dekat pukul 4.30pm baru la gerak balik ke KL. Kat tempat kitorang pergi ni ok. Tent tu muat la kalau nak baring 10 orang. Boleh solat siap. Tadek hal. Intan siap bawak kompas nak carik kiblat. Bagus Intan ni. Tapi tu la, bf pon takde. Baik, cantik macam tu pon orang takde ngorat. Sian Intan (Sesambil jer promosi Intan. Haha)

Amboi Intan. Pose maut terus!

Hi Cik Abang belakang sana. Tengah menung apa tu?
 Fe-feeling hindustan sekali sekala. Main panjat-panjat pokok.

 Paan and Fiya (piya piya oh piya piya)

Beria je Joe siap bawak pelampung lengan tu. PADAHAL air cetek giler. Haha.
Intan lawa-lawa ni nak ngorat sapa?

Best dekat sini. Sungai dia jernih. Ada pokok besar so tak panas. Overall Nora bagi 4 Bintang!


Pelampung kereta ni ialah Star of The Day! Masa dalam sungai, Shein duduk elok je dalam ni. Sophie taknak. Dia lebih rela bergayut dekat leher mak dia. Kaki dalam air, tapi tido. Pon Boleh.

Kitorang plan, nanti nak buat lagi macam ni. Modal pon tak banyak mana. Tempat pon tak jauh. Yang penting seronok and dapat spend quality time dengan family. Kan? Lekas cakap ye. Kalau tak dowan fwen!


-EnD-

Thursday, February 27, 2014

Talking Muslim Dolls And Many More at BOOKU Castle

Assalamualaikum..

Baby and toddler usually dia memang selalu akan tertarik dengan toys/buku yang bewarna warni. For babies, kalau nampak jer yang bewarna ceria, kompem nak bawak masuk mulut. Sebab tu, masa baby kiter kecik-kecik lagi, kiter dedahkan je dia dengan warna dan persekitaran yang berwarna-warni. Lagi awal, laaaaaaaaaaaagi bagus! Untuk stimulate otak dorang. Kalau kiter tengok sekarang ni pon, dah timbul banyak kesedaran pada ramai ibu-ibu untuk bagi baby dorang kenal dengan flash card and story book seawal 2 bulan. Amboi.

Its good actually. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa rahsia untuk meransang visual bayi terletak pada warna yang tinggi kontrasnya. Senang cerita, sesuatu yang bewaran-warni la. Memperkenalkan warna yang berbeza-beza pada bayi akan membuka jalan untuk perkembangan otak mereka. Cecece. Bahasa nak buku teks jer. Haha.

Sebab tu dorang suka giler dengan cartoons. Kan? Pasang la Upin Ipin ke apa memang terus menganga. Nak nak si Shein. Nampak pulak objek kaler terang macam Barney. Baby mana yang tak suka kan? Baby memang la suka kan Barney tu? Suara dah la annoying giler. Baby suka, aku plak rasa nak sepak jer. Haha.

Ok. Cakap pasal objek-objek membelajaran yang kiter biasa dedahkan pada baby/toddler belajar A B C, 1 2 3 why not kali ni kiter perkenalkan mereka something yang lebih berilmiah like ‘Berwuduk Sebelum Solat’, ‘Mengenal Angka Arab’ dan ‘Doaku hari ini’.

Kat mana nak dapat? Ok. Klik sini. Bila I tengok dekat page dorang ni, terus mata macam berkaca-kaca jer. Semuanya omel jer. Terpaling omel, ada soft toy anak patung lelaki pakai kopiah and anak patung perempuan siap pakai tudung. (Pang!) Sopan sangat J


Ni talking Muslim Doll, nama dia Aamina. 

Dapatkan Amina dan Yousuf sebagai teman belajar anak-anak anda. Didatangkan dengan pakaian sehelai pakaian persalinan.

Features:
1. Bi-lingual 16" soft plush Aamina/Yousuf speaks and sings
2. Interactive hands, feet, number pad and colour pad
3. Over four minutes of sound
4. Muslim Yousuf speaks English and Arabic
5. Fun way for young children to learn languages
6. Ages 3+
7. Aminaa/Yousuf speaks when you press her/his hands and feet



Yang ni nama dia Yousuf. Mereka boleh membaca beberapa perkataan Quran yang penting, termasuk frasa-frasa dan surah termasuk makna mereka. Diantaranya ialah Assalamualaikum, Alhamdulillah, Subhanalla, InsyaAllah and many more. Klik sini untuk more info.

Antara barang yang dijual dekat sana ialah Cloth Book, Islamic Softbook, Storybook, Educational toys, Branded toys macam WABAfun, Children’s Craft Material and many more. Untuk yang setahun keatas, molek la kalau perkenalkan dengan Cloth Book sebab selamat dan tidak mudah terkoyak. Kalau jenis buku kan, kekadang kiter tak sedar, baby dah bawak masuk mulut. Makan kertas. Maka, yang jenis cloth book ni memang terpaling win la. Sebab kalau masuk mulut, dia tak koyak. Gitu kekdahnya. Jimat pon yer. Takde la nak beli buku cerita seminggu 7 buah. Kan? Kalo ongkaye lain la. Baca dan buang. Gitu.


Diantara koleksi softbook. Ada baaanyak lagi yang lain. Lets encourage your little one to love books!

Kecintaan terhadap buku perlu dipupuk sejak kecil lagi. Hadiahkan anak-anak kita buku-buku yang bersifat interaktif dengan warna yang menarik, mengeluarkan bunyi apabila disentuh dan memperkenalkan mereka kepada benda-benda di sekeliling mereka. Jadikan membaca buku sebagai aktiviti bersama supaya lebih menggembirakan anak-anak kita.

Kat sini ada baaaaaaaaanyak buku-buku yang kiter boleh pilih. Paling best, kalau korang nak beli semua produk dekat BOOKU ni, mention je I ni reader Chooyaya nanti tukang kedai bagi off 5%! Yeay! Tapi offer valid sampai 31 March 2014 jer. Lepas tu no more. Jangan nak merayu ke apa, memang dah tadek. Pulangkan I kerumah Mak Ayah I sekarang! **Tetiba

Ok. Selain dari  produk untuk anak-anak, BOOKU jugak ada share parenting’s tips yang simple-simple. Kata tokey kedai, tadek la boring kan kalau asyik nak jual barang jer. Deep sangat tau tokey kedai ni? Nyampah. Pastu pastu pastu. Ada sesapa dekat sini tak yang suka buat craft and permainan diy untuk kanak-kanak? Kalau ada well U olls inilah tempatnya. Tengok ni, cantik-cantik kan?


Buat sendiri mainan anak anda. Let's get creative!

Anak-anak kecil memerlukan rangsangan minda berterusan. Galakkan anak-anak kita bermain secara kreatif dan mencipta sendiri permainan mereka. Wujudkan suasana yang menggalakkan anak-anak menjelajah persekitaran mereka untuk membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Sentiasalah berinteraksi dan menemani anak-anak ketika mereka bermain. Semua murah. Serious. Murah. 

Setiap hari Isnin dan Jumaat BOOKU akan share craft ideas! Pastu kalau ada sesapa yang nak share idea boleh hantar idea tu kepada BOOKU punya email dekat bookupublishing{at}gmail{dot}com. Daaaan setiap hujung bulan, pengirim bertuah yang share idea-idea yang best dan menarik akan dapat hadiah misteri dari mereka. Isn’t that interesting?

Mak gembira anak pon gembira. Kira macam biar semua orang pon happy. Kan? Takkan la dorang jer nak happy-happy? Mak budak pon nak happy jugak. I memang tak boleh nak tengok craft yang comel-comel ni, sebab geram nak gigit. Itu pasal banyak teddy bear Shein berlubang. Haha.

Sebenarnya, pemilik BOOKU ni nak jadikkan BOOKU macam kedai buku untuk kanak-kanak. Ada buku, ada alatan craft, mainan etc. Tapi produk bukunya masih belum banyak. Its ok awak, pelan-pelan kayuh. Mana tau lepas ni Allah bagi rezeki berlipat kali ganda lagi kan? Amin. Nak Uweeeeeet!

Buku-buku Islamik daripada fabrik sesuai untuk anak-anak seawal 3 bulan-6 tahun. 

- Mudah di bawa ke mana-mana 
- Selamat digigit
- Mudah dibasuh
- Tidak mudah koyak
- Selamat di bawa tidur

Biasakan anak-anak kita dengan cara hidup Islam sejak kecil. Perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf al-Quran, perkataan Arab, solat, doa, dan tatacara hidup muslim yang lain. 



Bermain sambil belajar merupakan salah satu cara supaya anak-anak merasa seronok ketika aktiviti pembelajaran mereka. Pembelajaran secara tidak formal dan santai boleh membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Dapatkan set permainan yang boleh merangsang pembangunan minda dan fizikal anak-anak. Yang gambar last sekali tu Brand : Darus Salam The Prize includes 24 surahs and supplications from the Quran (BAGUS GILER)


Untuk sebarang pertanyaan boleh PM FB Page dorang or SMS ke 017-9145779. OK? I nak sambung belek produk-produk mereka. Memang semuaaaaaaaanya comel-comel. Sumpah tak tipu! For mommies out there, happy shopping U olls! Jangan lupa guna 5% discount tu. 5% pon banyak jugak. Kumpul sikit-sikit boleh beli makan yang sedap-sedap (makan jer la yang kau tau kan?) Haha.

-EnD-

Konsert Teaterikal Suara Kita. Jumpa Di Sana!

Assalamualaikum.

Woo Hoo!! Tak lama lagi dah nak tengok Konsert Teaterikal Suara Kita. I pergi first day. 3 haribulan 3, 2014 (Isnin) tu jugak. Tak sabar nak mampos. Sazli la paling excited beli tiket. Dah sebulan dah dia beli. Kata jer tiket jual zaaappppppp terpacak la I dengan Sazli dekat Kaunter Tiket Istana Budaya. Kah kah kah.

Sebab kitorang ada favorite seat dekat IB. Row F. Takot nanti ada orang ambik. Biasa memang kalau Konsert kitorang ambik F sebab tak la depan sangat nak tengok. Sebab kalau depan sangat, orang tengok guna mata, kau tengok guna lobang hidung. Haha. Lagipon Sazli ada vertigo. Member mana la boleh dengar music kuat-kuat, speaker sebelah telinga ke, sebab nanti dia migraine. Lagipon Row F dia ada jarak yang luas sikit antara seat kiter dengan seat depan. Bangsa laki bini bagak. Kaki panjang. Kot nanti dok tendang-tendang kerusi depan tak pasal dapat penampar. Haha. Eh kau? Eksaited benar bunyiknya bercerita ni?

Sazli dah la kartun nak mampus. Kalau kitorang dah beli tiket kat kaunter kan? Nanti sampai office, cek balik online punya tiket. Tengok seat kitorang available ke tak lagi. Hahaha. Pastu Sazli call cakap, ‘Bubuuuuuuuuuu, tempat kiter dah ada orang ambik!’ I layankan ajer la. ‘Alaaaa yer ker? Sedihnyaaa’ Hahaha. Padahal kitorang la yang dah beli tadi. Bongok kan?

I kan, kalau Konsert biasa memang pergi first day. Sebab suara memasing tengah fresh and tak pecah. And excited dia lain macam. Ibaratnya first day tu macam malam pertama la. Paling best. Malam kedua ketiga keempat pon best jugak. Tapi yang mana paling excited? Malam pertama kan? Haha. Bodoh punya contoh. Tunjal kang!

Masa Konsert Awie and Ella dekat IB last 2 years kan? Kitorang pergi 1st day and last day. Memang a bit different sebab usually bila last-last suara dah tadek. Tekak dah kering. Lepas tu dorang banyak bagi penonton jer nyanyi. So since that kitorang dah tau, konsert 1st day. Kalau Musical pergi 2nd 3rd day pon ok. Tadek hal. Sebab yang tu, lagi lama dipentaskan, lagi la depa terror day by day kan?

Malam tadi I pasang dekat Youtube nak tengok Awie & Ziana nyanyi lagu Senja Nan Merah. Pastu aku semangat la nyanyi sambil feeling romantik pandang Sazli. Member muka dah merah-merah. I tanya, 'Ala Papa, naper tak nyanyi?' Pastu Sazli kata dia malu. Haha. Ya Allah omel kot Sazli. Malu dengan I yang tak tahan tu. **Slap forehead.

Setiap hari dibuai mimpi yang terindaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. **Pegang dada mata keatas. Ah, tak sabarnya nak dengar Awie nyanyi lagu Senja Nan Merah. Nangesssss!!

So far, memang I tak pernah miss lagi tengok teater yang Awie berlakon. Dah kata Awie kan? Ko giler la tak pergi? Woo hoo!!! Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaa. Jap jap. Istifar Suraya, Istifar. Bawak mengucap, bawak bertenang. Nah ambik Yassin baca. Dunia semua ni. Ok. Baiklah. **Jalan seret kaki.

-EnD-

P/s : Konsert bermula dari 3-9 March 2014 di Istana Budaya. Lekasssssss pergi beli tiket! Mana yang dah beli, see U guys dekat sana. Ok? I is excited!


Yang tengah tu, yang tengah!


Lalalalala **Lompat bintang

Tuesday, February 25, 2014

Treacher Collins Syndrome

Assalamualaikum.

Tau tak pasal satu jenis penyakit ni nama dia Treacher Collins Syndrome? Penyakit ini ialah sejenis gangguan genetik yang secara amnya memberi kesan kepada 1 dalam 10,000 orang dimana pesakit ini akan lahir dalam keadaan mata yang kecik dan kendur, telinga yang kecik atau mungkin tiada langsung dan mutasi Treacher Collins Syndrom ini menghalang pembentukan tengkorak, pipi dan tulang rahang yang normal.

Julianna Wetmore telah dilahirkan dengan syndrom ini dan kes this beautiful angel ialah yang paling rare dan paling teruk sekali yang pernah dilihat setakat ini. Dia memerlukan pembedahan plastik serta merta (selepas dilahirkan) untuk membuka mata kirinya dan membuka saluran udara untuk dia bernafas dan terus hidup. 

Klik sini untuk read more about this syndrom.


I go through dalam youtube untuk tengok pasal Julianna Wetmore. Lepas tu nanges. Bersyukur. Bersyukur sebab Shein dilahirkan sempurna. Budak ni umur dia lima tahun (dalam youtube ni), very positif and dia rasa dia sama jer macam budak kindergarten lain yang sebaya dengan dia. Mak ayah dia pon very strong person I can say. 


Dia dah melalui lebih dari 25 pembedahan since dia lahir sampai la sekarang. Korang boleh check out Blog pasal dia dekat sini yang I actually tak sempat nak baca habis lagi :) I taktau dah nak cakap macam mana coz seriously I'm out of word. Cant even imagine if that happen to me. Nauzubillah.

For U Julianna, biar dia membesar dengan baik, sihat-sihat sahaja and dapat hidup normal macam orang lain. Kuasa Allah. Kiter taktau. Anyway, I jumpa satu lagi website pasal Julianna dekat sini, Macam mana rupa dia dari dia lahir sampai sekarang. Dia tulis bahasa German kot? Entah. Boleh try Google Translate.

Dulu



Sekarang



-EnD-

Shein Yang Drama dan Ayat Pelembut Hati

Assalamualaikum.

Shein kan? Perangai dia memang macam-macam sekarang ni. I tengokkan ajer. Kecik besar kecik besar I tengok dia. Akal dah macam-macam. Bila teringat rasa geram, fikir dua kali rasa kelakar pulak. I rasa now memang I really have to prepare mentally macam mana nak handle perangai dia  ni. Hint-hint tantrum dah ada dah sikit-sikit.

Kelmarin balik dari picnic kat Janda Baik, kan dah penat kan? Si Shein pulak sementara nak tido dalam pukul 8 tu, I biar la dia enjoy jalan-jalan dalam rumah. Seboook jer dia. I kedapur, ikut ke dapur. Mengekor jer mana orang pergi. I pergi peti ais. Nak ambik air, nak minum. Pastu dia sebok nak ambik segala mala kicap sos semua tu. Memang I tak bagi la kan? Pastu member baring, nanges golek-golek atas lantai. Protes.

I lantakkan ajer. Pastu dia tak puas hati, bangun. Sambung baring and nanges guling-guling dekat kerusi makan. I biar jer. Buat keras. First time I buat keras macam ni. Haha. Lepas tu dia nampak I tak pujuk, dia bangun jalan and baring, nanges guling-guling bebetul kat kaki I. Hahahha. I nak ketawa, tapi tahan jer. Nanges tak keluar air mata pon. Pastu I bangun pergi dapur buat susu dekat dia. Tak lama lepas tu dia bangun, ikut I sampai kat dapur.

Lepas tu pegang kaki, dongak atas. Panggil. ‘Mama…. Paceba paceba belegho legho’. HAHAHAHAHAHAHA. Ngek la Shein ni! Elok pulak tak nanges. Pastu I tanya dia, ‘Dah puas nanges? Dah jom minum susu’. Pastu dia sambung cakap German. I bagi dia susu, pastu I cakap dekat dia, ‘Shein, jangan la macam ni yer? Tak semua yang Shein nak dalam dunia ni, Shein akan dapat. Tak elok macam tu’. Wah tetiba menasihatkan anak keluar ayat buku teks. Tak menahan.

Pastu member macam paham cakap haaaaaaaaaa belegho legho. Hahahahha. Perangai kan? Aritu dia pecahkan perfume I, pastu lepas kemas, I ajak dia duduk depan I. Nak slow talk mother and son gitu. ‘Shein, nape pecahkan perfume Mama?’ Pastu dia kata ‘Apa?’ I cakap balik, ‘Kenapa pecahkan perfume Mama? Sian Mama dah takder perfume. Lain kali jangan buat macam tu lagi yer? Pastu dia cakap, ‘Apa tu?’ Terlentang la I ketawa. Hahaha.

Sudah! Sesia jer aku cakap. Hahaha. Dia sebenarnya bukan tau pon apa yang dia cakap tapi maybe sebab dia biasa dengar kot kitorang cakap apa tu apa tu. Member ikut jer la. Pagi semalam, I pon silap, lupa nak letak balik tin milo dalam peti ais semula sebab minum tak habes, Shein datang ambik and nak minum maka sekianlah tumpah. I dengar Sazli dah tarzan kat luar, ‘Sheinnnnnnnnnnnnnnn!!’. Tak lama lepas tu dua beranak dah gelak-gelak. Rupanya masa Sazli pergi dapur nak buang tin milo, Shein ambik wipe tissue, pergi lap milo yang dia tumpahkan tu.

Aaaaa Sheinnnn. Kenapa macam dah besar sangat ni? Please don’t grow up so fast baby. Emos plak rasa. Kla, bye. Oh btw, ni I nak share satu tips, yang kiter semua emak-emak sedunia patut selalu amalkan. Tak kira la time suap makan, mahupun buatkan susu. Kiter baca surah As-Syura ayat 19 ni. Elok untuk lembutkan hati dia, bagi kurang nakal. Elok amalkan. Ni Gf I yang ajar and I memang selalu amalkan pada Shein. Biar dia besar, jangan nakal-nakal sangat. Drama sekali sekala takper sebab comel. Kalau selalu drama, pang! Haha.

Maksud dia : 

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Juzuk : 25Surah : ASY-SYURANo. Surah 42Ayat : 19
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Surah
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Gracious is Allah to His servants: He gives Sustenance to whom He pleases: and He has power and can carry out His Will.

Download Terjemahan
dalam Bahasa Malaysia
Download Terjemahan
dalam Bahasa Inggeris
Download Kaligrafi
M42A19E42V19k4219.jpg

:::: Best viewed with 1024x 768 resolution using IE 5.0 and above :::::
Copyright® 2014. All rights reserved. The Government of Malaysia



-EnD-


Shein pakai topi adik Adelia Sofea. Elok pulak. Kalau pakai topi dia, lima saat dah bukak.

Photo: My twins..

Shein and Adelia Sofea. Dah macam kembar. Beza umur lapan 8 hari. Tapi sebok nak beradik abang. Pui!


Kata Sazli, rambut Shein dah macam Sammy Vellu. Hahah. Macam pakai rambut palsu.