Thursday, November 28, 2019

So Random

Assalamualaikum..

I rasa betul la peniaga Bubble Tea dekat KL ni pakai Mak Esah. Sebab kan, kita akan addicted to it tau? Hahahaha. I ni seminggu rasanya more than 3-4 times kot minum Bubble Tea. Mana la badan tak naik. Sugaaaaaaaaaaaaaaaar! Imagine eh boba itself ada yang dah bubuh brown sugar dalam tu, masak pon dengan brown sugar and nanti nak bancuh pon letak brown sugar. Kira la sendiri berapa banyak sugar ada dalam satu hidangan bubble tea tu. I pon malas nak Google berapa calories sebab nanti takot rasa bersalah. Tapi rasa bersalah tu biasanya tak kekal lama pon. Dia sekejap je. Menyesal lepas minum habes yang size Large lepas tu takde buat apapa. Berdoa je. Dengan harapan, dengan doa badan tak naik la berat. Hahahaha.

Yang latest ni I try The Black Whale. Konsep dia untuk first time, pilih yang paling mahal sebab yang paling mahal biasanya paling sedap. So I tried Brown Sugar Black Whale Avocado Milk (RM18.90), Ya Ampuuuunnnn sedap lemak dia lain macam la walaupon kurang seposen semilanblas ringgit. Rasa dia macam Air Alpukat biasa dekat Kedai Minang tapi version upgrade la sebab ada boba. Kalau tanya I berapa bintang, I kasik 5! Tapi Black Whale ni ada dekat MyTown sana je. Takde pulak yang dekat area-area Ampang. Nyampah la. Korang kalau jumpa jangan lupa try. Kata Kakyang, yang Mango punya pon sedap. Nanti la I try. Sekarang ni macam lapar la. I teringin karipap sardin. *tetiba


The Black Whale Brown Sugar Avocado Milk. Perrrrghhhh!!

Wednesday, November 27, 2019

Memori dengan ayah...

Assalamualaikum..

I ingat lagi dulu masa I kecik-kecik. Arwah ayah sesekali dia akan masak untuk kitorang semua. Yang masak sesekali tu lah jadi terpaling sedap. I remember dia buatkan sambal betik. Betik muda tu dia parut lepas tu tumis sambal. Sambal guna lada kecik dengan ikan bilis tu. Sedap sangat! Dulu masa I sekolah pagi, balik tengah hari kan? Mak I dah masak je. Tapi I mengada nak Maggie yang Ayah buat. So dengan baju sekolah, baring depan TV. Mintak Ayah buatkan Maggie Soup. Ayah tumis dulu bawang-bawang semua, letak sayur and telur. Sedap! Nanti dia buatkan lepas tu hantar dekat tangga (antara rumah atas and rumah bawah). I tengok TV dekat rumah atas. Nanti Ayah cakap 'Kochip, ni maggie Ayah dah masakkan'. Siap makan, nanti dia datang collect mangkuk tu. Berbulu je Mak I tengok I. Hahaha. Nak bangun basuh mangkok yang satu tu pon I malas. Hahahaha. 

Pastu Ayah dia suka la tolong basuh baju dengan washing machine. Nanti baju sekolah I, dia akan basuhkan. Kasut pon dia tolong kiwikan. Mak I cakap 'Ayah nko ni takde kerja. Basuh baju pergi tunggu depan mesen buat apa?' Nanti Ayah cakap 'Pelik macam mana kain baju ni semua boleh bersih'. HAHAHAHA. Kalau Ayah tak basuhkan baju, memang malam la baru basuh baju. Kekadang pukul 10 malam baru basuh. Padahal siang tadi pukul 2.00pm dah sampai rumah. Baju padahal ada je 2 pasang. Tapi mengada suka pakai yang sepasang tu je. Tak ingat sebab apa. Rindu la dekat Ayah.. Bulan ni masuk 12 tahun Ayah takde. Kalau dia ada mesti best... Kalau Arwah Kak Ngah ada, sure anak dia dah 4-5 orang... Mesti lagi meriah kalau hari raya dekat kampung...


Ayah and I. Sepetnya mata. 


Sunday, November 24, 2019

Kenny Hills Laaaaaagi

Assalamualaikum..

Demam burnt cheesecake nampaknya tak habes lagi. Beria sangat I ni dengan Burnt Cheesecake. Gemok baru tau haha. Dalam last week kot, I ada lagi sekali datang Kenny Hills untuk try dia punya Peach Strudel. Pastu semalam, lepas balik dari Shein punya Carnival dekat sekolah dia, I pergi lagi sana sebab nak belikan Mak Azizah Croissant and entah macam mana I terbeli another pastry. Blueberry custard ke apa entah OMG sedapnya. Tak sempat nak ambik gambar dah terus ngap. Pastry dekat sini memang sedap-sedap la. I ingat next time I nak try dia punya Bagel pulak. I suka makan Bagel dengan Smoke Salmon. Eh apa je yang aku tak suka makan sekarang ni? Hahahahaha. But roti, pastry panas-panas ni walaupon taknak makan tetap jugak I akan beli. Konsep dia, beli dulu. Nak makan ke tak, fikir kemudian.

Kalau dekat Pavilion, pantaaaaang nampak Lavender. Sekian I akan beli roti banyak-banyak. Dulu masa zaman office dekat Platinum Park, sangup eh hari-hari pergi Pavilion sebab nak beli roti dekat Lavender sebab nak buat sandwich. Memacam jenis sandwich I try termasuklah Avocado + Alfalfa. Lama jugak fasa I makan sandwich je, sama macam musim sekarang ni yang I tengah meroyan makan Bubur Labu. Hahahah. Tunggu bosan baru I stop dengan Labu. Macam makan Salad + Sandwich tu I stop sebab Sazli cakap dia dah bosan makan pokok. Siap jerit. 'Nak makan naaaaaaaaaaaaaaaasik!' Lepas tu dia buat pengakuan cakap salad and sandwich tu banyak Abang Hasan yang makan. Hahahahah. Kentot betul.



Peach Strudel RM16.00. Kalau korang first time datang Kenny Hills ni, please try yang ni dulu OK?

Wednesday, November 20, 2019

An evening at Eco Ardence

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu Sazli ajak ikut dia main bola dekat Eco Ardence Setia Alam. Dia cakap dekat sana nanti I dengan Shein takde la boring sebab dah ada banyak kedai-kedai dah sekarang. Ada tempat makan, shopping groceries, ada park and tasik as well. Last I pergi rasanya Mac/April last year. Time tu takde meriah macam sekarang. Jaya Grocer je yang ada. Jaya Grocer tu actually kalau bawak Shein boleh tahan jugak bahaya. Segala menda dia nak letak dalam trolley. Susu yang 2 liter sampai 2 kotak entah nak buat apa. Dia bukan minum pon. Bila tanya for who Shein? Dia cakap 'You drink. Ms Dave say please drink milk'. Hahahaha. Sesuka hati je. Ms Dave suruh dia minum, dia suruh I pulak yang minum. I suka jugak Groceries Shopping dengan Shein. Nanti dia tolong tolak trolley and tolong I susun barang atas kaunter. Kita dua memang best friend bab shopping cuma tak tahan Shein ni kalau dia baik, dia ada sebab. 'Nanti after this, we go buys toys OK Mama?'

Haritu masa dekat Eco Ardence kan ada macam Flea Market jual ikan laga. Pastu dia keras je berenti  depan booth and cakap 'Buy fish Mama, put at home. Why no fish at home? Use your money, buy fish now'. Macam tu arahan dia. Malas I nak layan. Shein ni memang dia suka la Ikan, Kucing semua ni. Haritu ada satu masa dia mintak nak have cat at home. Ingat tak dulu stray cat selalu datang rumah kitorang? Shein happy sangat. Tapi I macam cannot la. I taknak. Nanti kalau dah baik, dah sayang... Lepas tu mati, hilang ke.. I akan sedih giler. So I taknak baik-baik dengan kucing. Anyways... Jom tengok gambar-gambar yang I snap masa dekat Eco Ardence. 



Datang this time to Eco Ardence serious lain benar dah tempat ni. Ada plenty of kedai makan, ada salon, ada gym, ada flea market.. Ada park untuk kids, ada marry go round.. Memang nampak modern and I suka dia punya ambiance. Cuma masa kitorang datang tu hujan renyai-renyai. Tu je tak best. Pening kepala I kena hujan.

Tuesday, November 19, 2019

About Sunday and restaurant at Mytown

Assalamualaikum..

Hari Ahad I pergi Baagus untuk buat langsir 2nd floor and pergi Ikea nak beli Tissue dengan bekas sabun basuh pinggan. Bekas yang ketiga dah ni. Yang dedua tu dia punya muncung dah tercabut. Memang kualiti tak berapa bagus. Tapi sebab bekas tapak dia tu dah beli dekat Ikea, terpaksa la continue beli bekas dia. Nanti kali ketiga ni kalau jahanam jugak, I carik lain la. sebab dah frust Memula plan nak tengok cerita Terminator tapi Shein tak lepas pulak so tukar plan nak pergi Ikea lah. Kalau dekat MBO boleh je ni redah bawak masuk Shein. I nak sangat tengok. Sazli macam tak berapa suka sangat, tapi I paksa dia teman I jugak. Dari rumah, kitorang terus ke Baagus. Masa dekat Baagus tu, Si Shein mintak nak makan 'Chicken Hand' or Crab. Kalau dia nak Chicken Hand tu maksudnya Kyochon la. Shein 12 pcs tu dia sorang je. Boleh gaduh kalau nak mintak seketul je pon dari dia. Hahaha.

InsyaAllah Langsir dah boleh install Friday ni. Tak sabarnyaaaa nak tunggu siap. Betul la ada readers cakap, rumah ni kalau kita masukkan barang sikit-sikit baru la rasa excited dia. Kata Sazli next nak siapkan dapur pulak. Nak beli stool untuk Island, meja makan and lampu meja makan and island as well. Macam lampu, boleh beli dekat Houses Lightings Puchong je. I pernah share dekat entry ni. Next I nak cari pokok-pokok or  bunga pulak untuk hall. Korang kalau tau mana yang cantik-cantik boleh share dengan I. kalau bunga tu I suka la tulips and keladi. I more to daun-daun. Bunga orchid I suka so-so je but bunga yang meriah macam roses and English punya type, I tak berapa suka. Daun, rumput, Lilies... Yang tu I suka. Boleh imagine kan macam mana?


Harini Shein mau duduk belakang dengan Mama. Biasa dia sekarang duduk seat depan. I boss sorang-sorang dekat belakang.

Sunday, November 17, 2019

Happy Sunday!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Ahad! Bestnya dapat tido puas-puas bila time cuti ni kan? Shein pon happy je tak pergi school. Tapi semalam mengada masa pagi dia tanya, 'Why no school Mama?' Daaaaah nak pergi sekolah pulak. Time sekolah punya payah nak kejut. Bangun pon ada peringkat-peringkat. Dari 5 minutes, kekadang mintak up seventy two minutes pulak. Boleh pulak tu dari katil, mintak tido dekat floor 5 minutes. Dalam toilet pulak air je pasang. Mandinya tak. Ada sekali tu dah 5 minutes, tak dengar apapa. Sazli check tengok air tu kena sikit je kat bontot dia. Bila rasa, air sejuk.. Dia tak pasang heater. Patut la diam je tak bergerak. HAHAHAHA. Dah tu taknak cakap pulak air sejuk. Diam jer... Shein ni aduhai.... Bulan depan dah masuk 7 tahun dah. Mama dulu 7 tahun, mandi sendiri... Pakai baju sendiri, siap jalan kaki pergi sekolah 5km... Homework ke apa, semua buat sendiri je. Ni kalau dengan Mama kekadang Shein yang cikgu, Mama yang anak murid. Dia dia pulak yang ajar kita macam mana nak buat homework. Kalau pandai, buat la sendiri. E!

Shein ni kan, jenis suka merengek tau? Menda yang takyah nanges pon sambil cakap nak menanges. Eeeee gerammmmm je. Dulu masa Ayang kecik-kecik pon macam ni jugak. Along pon. Kaseh poooooooon. I rasa budak baya-baya Shein ni jenis tak boleh decide la. Nak nanges ke, nak bercakap. Adoooi. Pastu Shein ni suka panggil-panggil I. Asal takde depan mata, 'Mama, where are you'. Padahal dia kat hall tengok TV, I basuh pinggan. 5 langkah je. Kejap panggil, kejap panggil. Adoi... Tapi takper la. Masa dia kecik ni, dia nak kita. Esok lusa dah remaja, entahkan macam mana la kan?


Dah debab balik lepas demam. Diet sikit la dei..

Friday, November 15, 2019

Review PUSAKA yang Seram!

Assalamualaikum..

Last week kan Shein tak berapa sihat? So memang dia banyak duduk kat rumah je. Masa Sabtu tu, kesian pulak tengok muka dia macam Penyu dah so Sazli ajak tengok movie cerita Pusaka tu. Kitorang tengok show 8.30pm dekat KLCC. Siang tu rehat jer la kat rumah. Shein pon macam dah OK sikit, so boleh la bawak dia keluar. Dia pon asyik tanya bila nak go to Shopping Mall. Hahahaha. Naseb takda nak pau apapa. Dia tu kalau pergi KLCC heret terus ke Toys R Us. Tapi malam tu dah promise, keluar watch movie je and no toys. Bagi Shein kalau KLCC dia kena package. Buy Toys + Eat First (Chili's) and Watch Movie. Itu konsep outing bagi Shein. Kena complete semua kalau tak nanti dia cranky tak puas hati dengan semua orang. 

Yang nak tengok Pusaka ni pon Shein la jugak. Dia tengok iklan dekat Astro and suruh Saz bukak banyak-banyak kali dalam Youtube yang the making of tu. Shein memang suka citer hantu. Tapi ni I tengok hantu dia macam seram je. Usually Syamsul Yusof punya cerita hantu je yang tak boring and tak merapu bagi I. But this one nampak macam not bad and dari review ramai cakap best. Ada jugak cakap tak best, tapi takper lah... Boleh jer kalau nak tengok and support filem melayu. Kang kalau takot, pejam je la mata dari mula sampai akhir (Macam Airin. Baik takyah tengok hahahah). Shein pon cita-cita tinggi. But most of the time selubung kepala dengan blanket busuk dia tu. Piiraaaaaah!! Tadi dia yang beria nak tengok.


No photo pleaase Mama. Before the movie start. Usually kitorang akan ambik seat hujung row paling belakang sebab Shein kalau boring, boleh watch ipad

Thursday, November 14, 2019

Masak Apetu?

Assalamualaikum..

I nak share gambar-gambar makanan yang I masak lately. Masak kampung bodoh-bodoh je. Semua yang senang-senang. So far takde lagi start baking. Cita-cita tu dah ada la kan? Macam nak buat Pavlova, Brownies and Vanilla Cake. Tapi tak menjadi kenyataan lagi setakat ni hahahah. I rasa nanti birthday Shein 12/12 ni I nak try bake sendiri cake untuk dia. Sure Shein happy. Of coz la Kek Coklat sebab Shein makan cake choclate je. I nak try buat Moist Chocolate Cake. Decoration nanti nak beli dekat Kedai Kek je. Lepas tu, I nak bake dengan dia sekali. Biarkan ajer dia nak buat sepah ke apa. Mat Saleh biasa buat macam tu dengan anak-anak dia. Kasi enjoy. Rumah sepah ke apa takpe. Belakang kira. Nanti boleh kemas. Yang penting learning process and experience.

...........

Hurm... I rasa tak pelah.  I tak setuju idea I yang nak bake dengan Shein tu. Sebab half way I takot nanti I tarzan. Shein biasa la. Pantang kasik chance, atas katil pon dia cuba-cuba nak makan. Orang dah kasik chance boleh makan dalam bilik, dia mintak nak makan atas katil. Ewah?? Hahahahahahaha. Tapi takpe, kita tengok macam mana nanti. I rasa good idea jugak baking with Shein tapi tapi taaaaaaaaaapi kalau sepah selepet sana sini macam mana? Hahahaha. OKlah, kita tinggalkan dulu cita-cita I nak Bake with Shein. Now kita tengok gambar-gambar makanan yang I masak. Kepada Forumers Cari Anonymous yang sakit hati cakap dapur I cantik tapi masak sambal tak abes-abes, jangan lah butt-hurt sangat. OK? I masak walaupon simple and manjang sambal, tapi I ada la masak jugak. At least. But kata la kalau I tak masak pon, dapur I. Lantak I la. 


Maggie Goreng. Simple je buat. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dengan fish cake. Masukkan perencah semua dengan sesudu sos cili (equal to sebungkus maggie). Then masukkan maggie yang direbus awal tadi and last sekali masukkan scramble egg dan tumbuh-tumbuhan. Time ni I dah tutupp api. Simple je.

1 Korset + 1 Bengkung Modern RM108.00 SAHAJA

Assalamualaikum..

Dah, malas nak cakap banyak. Sapa yang asyik tanya bila nak buat SALE Corset, harini I nak announce I buat Special offer setelah berapa kurun tak buat. 1 HELAI House of Corset dapat FREE 1 Bengkung Modern with Free Postage dengan harga RM108.00 SAHAJA. Corset biasa harga RM130.00 and Bengkung Modern is RM70.00 so almost 50% less la kira ni kalau combine 2 item ni. I Offer Quality Corset ONLY. Dari dulu memula jual sampai sekarang supplier sama je. Takde tukar-tukar. Size Available sampai 5XL untuk both item. WhatsApp I dekat 0129184042 - bagi berat and I suggest la size apa yang nkorang nak pakai. OK? Untuk baca testimonial and Info lain boleh tengok dekat Instagram House of Corset OK? Lepas tu all WhatsApp semuanya I yang akan reply sendiri. Warna ada Blue, Beige and Black untuk Corset and Bengkung ada Black. OK?


RM108 untuk Corset and Bengkung. Tak kurus jugak taktau la. Hahahaha.

-eNd-

Wednesday, November 13, 2019

Update of Rumah Shein (Baagus Curtain and Signature Kitchen)

Assalamualaikum..

Macam dah lama kan tak update pasal Rumah Shein? Harini I share sikit-sikit latest progress tapi untuk element surprise, I taknak la share gambar paling latest. Biar korang rasa sendiri sama-sama macam mana struggle kitorang satu family masuk rumah ni dari sekosong-kosongnya sampai la sekarang ada la rupa rumah sikit. Hahaha. Untuk yang baru masuk rumah and rasa macam down sebab rumah tak complete semua, don’t. If orang kaya lain cerita. Masuk rumah complete semua and tinggal cuci kaki je. Yang tu dah lain kategori dengan kitorang. Kitorang semua sikit-sikit and very slow progress. Kata Sazli nak complete semua mau makan 4-5 tahun. As for now, try nak kasik tingkat bawah ‘hidup’ sikit and slowly baru la tingkat atas-atas pulak. Kitorang takde keluar duit segedebuk macam tu sekaligus untuk interior. Yang nampak keluar banyak pon time buat Kitchen Cabinet and Langsir. Lepas tu go slowly la…

Memang masa masuk tu andau-andau bawak baju-bajan dalam kotak and pinggan sikit, rak tv putih dengan meja makan je. Yang lain takde. For the first 2 months rumah lapang takde langsir semua memang can see through luar dalam. Bila malam, takot la nak tengok kat luar sebab imagine ada momok tengah intai. Hidup kami dalam bilik je sebab dalam bilik ada TV and Astro. Masak pon bersila atas lantai. Imagine eh, dapur tu letak atas batu-bata lepas tu tong gas dekat sebelah. Rak pinggan ada la serba sikit and kuali dari zaman mula kawen yang Tok Che Amah kasik. Peti ais dari rumah lama ada bawak, boleh la buat simpan makanan. Hall langsung takde apa. Yang ada barang is only bilik tetamu kat bawah and master bedroom. Sazli beli tilam and bantal for both room. Kita harung tiga beranak hidup macam tu for almost 2 months kot? Alhamdulillah survive. So sesapa yang cerita dekat I pasal nak masuk rumah takde apapa and nak tunggu masuk barang sikit-sikit baru nak pindah and it may take forever to complete, I punya nasihat simple. Redah je. Asal ada tempat nak tido, berteduh, ada toilet nak mandi dah Alhamdulillah… Good enough…. Tapi aircond dalam bilik kena ada la. Hehe.


Blind and Curtain I buat dekat Baagus Curtain. Ambik offer dia masa Homedec dekat KL Convention last time. Takes less than a month untuk siap. 

Tuesday, November 12, 2019

Sian Shein Demam

Assalamualaikum..

Last week Shein demam. Dari Selasa malam tu masa dia teman I buatkan Maggie Goreng untuk Sazli. Kita semua mula-mula ada dekat atas, lepas tu Sazli cakap nak makan burger yang buat sendiri. Mana aci I sorang je kat bawah, so semua orang kena turun lah. Saz buat burger untuk diri dia, I buat Maggie Goreng untuk I. Memandai je tadi cakap buat untuk Sazli padahal untuk I. Hehe. Shein pon nak makan jugak. Dia cakap nak makan soup. Soup tu is Maggie Soup. Once a while kalau dia mintak, I kasik la makan Maggie. Masa tengah makan tu, dia cakap 'Mama, ada kuman dancing inside my 'polot'. Put medicine Mama. Kill kuman'. Lepas tu dia suruh dengar dekat perut dia ada bunyi. I agak dia rasa funny kot dekat perut. Maybe gelodak ke and terus ajak naik atas cakap dia tired. Sazli letak minyak angin dekat perut dia and later badan dia menggigil. Malam tu Shein terjaga tengah malam and start mengerang and badan dia panas.

 I perasan dah 2 kali Shein sakit perut and demam macam ni semenjak dia makan dekat sekolah. I taktau apa dia makan. Bagi RM10 habes, bagi RM16.00 poooooon habes. Kekadang dia cakap dia makan chicken, kekadang makan noodles and oranges with ice-cream. I have no idea. Breakfast I memang bawakkan dia  bread + chocolate. Air, memang dia minum air kosong je. Apapa I bekalkan dia sekarang dia taknak makan dah. Nak makan dengan kawan-kawan. Padahal boleh je kan makan bekal kat canteen tu. Maybe dia rasa tak cool kot? Cuma dah 2 kali ni sakit perut, I pon risau jugak. Now everyday I memang bagi dia 1 sachet Pribiotic Bio-Life tu untuk helps dia punya digestion. I bancuh dalam milo. Dia bukan tau pon. Kalau kasi dia nampak, mampos Shein taknak makan. Saiko Shein ni kalau bab makan ubat, sama dengan Mama. Ubat tak masuk mulut lagi dah muntah. Drama la ko ni Shein. (Anak sapetu)



Shein ni rambut dia jenis tebal macam I. Tak pulak kenteng macam Abah dia. Tak sabar nak buat fesyen-fesyen sikit. So far memang Shein rambut songkok tempurung je. Identiti dia. Hahahaha.

Monday, November 11, 2019

Resepi Killer - Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai

Publish : 9 Jun 2017
Re-publish : 11 November 2019

Assalamualaikum…

Atuhhhhdia pagi petang dia belasah share pasal makan. Kah kah kah. Takper ke? (Kalau cakap tak boleh pon I nak share jugak. Tak kira). Kalau cuti lama balik kampung memang melambak la I share resepi and pasal makan. Ni pon I ambik yang THE BEST je. Korang tau la Kaklong dia kalau masak, campak-campak pon sedap je. I agak, sapa yang emak-emak penyabar, tak reti bebel, tak pandai marah memang dia masak sedap la. Kan? Macam I, hurm… No comment sebab takot ada yang bebulu manjang I puji masakan sendiri. Hahahah. Kalau kat kampung I jadik pembantu tukang masak la. Basically resepi from Kaklong nanti dia suruh la I tumbuk bahan and masak. Later dia yang akan masukkan asam garam semua. Jadiklah sedap. Biasanya kalau Sazli cakap sedap I cakap la I yang masak. Contoh macam Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai ni. Subhanallaaaaaaaaaaaaaaaah sedap giler ok? Udang pulak gemok and fresh. Batang keladi is organic la, ambik yang GF tanam and petai pulak dapat dari reader’s jual. 100 tangkai over baru RM80.00 je dia jual dekat I.

I tengok dekat Jengka pon 8 tangkai RM10.00 punya mahal. Baik hati giler reader’s I.  Petai tu I bahagi-bahagi dengan Shariffah and kawan-kawan lain. Next batch petai I ingat nak buat Sambal Tempoyak pulak. I suka petai. Petai pon banyak khasiatnya walaupon kencing bau harum and mulut rasa kuda. Sazli pon suka jugak petai. I kalau ada petai, rasa amacam masa semua menda nak masuk petai termasuk la makan Maggie, Mee Goreng and Nasi Goreng tapi kena la bekado-kado sebab kat rumah ni bukan semua orang suka makan petai. Eksyen sungguh! Macam dekat kampung banyak la bahan fresh dapat like serai, daun kunyit, kunyit, batang keladi and daun kari. Nanti if rumah dah siap, I bercita-cita nak jadik petani moden la macam Fynn Jamal and Huda. Best apa? Tanam pegaga lepas tu boleh buat ulam. Petik je dekat belakang rumah, best kan? Harap jangan la ada biawak buat onar kalau tak memang aku nanges la. Nangesssss je kerja-kerja. Umur berapa umur?



Ambik gambar dari dalam periuk je. Hahahaha. Perrrrghhhh Wa Cakap Lu haaa this Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai ni memang killer la. Sedap nak mampos!

Thursday, November 7, 2019

Shein's Costume Party at School

Assalamualaikum..

Last week Shein ada Costume Party dekat sekolah. Dari Isnin dia dah bagitau I dia nak jadik Scary Clown macam dalam cerita IT. Dia cakap 'Because I want to eat your hand Mama!' Shein ni memang I nampak kalau dalam cerita apapa dia suka watak jahat. Dia tak suka Superhero. Kalau Batman, dia nak jadi Joker. Lepas tu kalau Ultraman, dia lagi suka Rasaksa. Cerita hantu, horror, lagi buruk muka hantu lagi dia suka especially Clown and Zombie. Masalahnya sekarang kalau tak menyusahkan I takpe. Dah ni kencing pon kena teman duduk depan pintu. Suruh ambik towel pon kena ikut dekat belakang kan ke menyusahkan I jugak tu? Baik tak payah suruh dia tolong ambikkan. Hahaha. Penakot pahit OK Shein ni? I memang tak ajar takot-takotkan dia dengan hantu ke apa. Memang tak pernah tapi dia sendiri takot sebab pengaruh TV.

IT ni I pon tak suka tengok sebab macam ganas la and dia attack bebudak kecik. Macam tak fair la lawan budak kecik. Apehal??? Tapi Shein suka je tengok. Haritu ada rakam dalam Astro HBO tapi dah delete. Budget ada dalam Netflix, tapi takde pon sebenarnya. Bagus jugak. Kalau tak 24 jam nak tengok IT tak OK jugak sebab I pon kekadang rasa macam geli bontot bila turun bawah sorang-sorang. Imagine selak langsir tetiba ada Clown intai, aje mampos. Hahahaha. Ko la ni Shein punya pasal. Elok takde fikir apapa, tapi sebab asyik tengok IT dah tak memasal dengan I jadik takot. Selalu fikir, 'Ni kalau tetiba IT ni keluar depan pintu, kalau baca Ayat Kursi agak-agak dia lari tak?' Sebab kan dia hantu Mat Saleh. Paham ke Bahasa Arab?


Shein jadi Scary Clown. Make up by Sazli.

Wednesday, November 6, 2019

Bubble Milk Tea Review (Xing Fu Tang, Tiger Sugar, The Alley and Tealive)

Assalamualaikum..

Walaupon Bubble Milk Tea dah tak berapa nak viral dah sekarang ni, tapi I nak jugak cerita. Masa memula viral dulu, rasa macam malas nak beratur. Kalau dekat area Setapak ni, kekadang I tengok dari dalam kereta beratur punya panjang, terus turn off. Gitu punya panjang pon orang sanggup eh? But hari-hari ada la cita-cita I untuk rasa each one of that. Macam Tealive tu selalu la beli sebab dia ada dekat Ampang Point. Yang lain-lain tu only recently I dapat rasa and now I can conclude dah mana satu yang I suka. But, tekak kita ni subjective. Yang I suka, belum tentu nkorang suka kan? Semua yang I try jenis milk je. Bukan tea. Tea ni kekadang kalau I minum akan rasa angin. Ongtue sangat. Kang kentot tah habes-habes. Hahahaha.

Haritu I ada share buat Bubble Milk Tea sendiri dekat sini. Nkorang boleh check out and try. Taste wise takde beza. Kalau ada equipment bakar-bakar tu, dah boleh sama sedap macam Xi Fu Tang dah. Macam I cakap, Bubble tu nak buat dia memang leceh and mengundang. Nak senang beli je dekat Shoppee and later tinggal nak boil je. OK? Actually Bubble Milk Tea Series ni tak berapa bagus sebab memang contain high sugar. Susu pulak jenis full cream so kira je lah berapa calories yang ada dalam tu. Sesekali nak minum OK, tapi jangan la selalu OK? Kalau nak jugak, lepas minum Bubble Tea tu flush out dengan 2 liter air kosong. Tapi flush out ni biasanya sembang kencang je la. Hahahahaha. 



Ni my most favorite among all. I sukaaaaa giler. Xing Fu Tang. My favorite is Brown Sugar Boba Milk. I suka sebab dia tak terlalu berlemak and manis dia ngam-ngam je. Tak muak. Lepas tu on top dia burn some more brown sugar so dia caramelized and bila sedut dia ada crunchy-crunchy sikit. Harga dia untuk cold RM12.50 and Hot RM13.50. I sekali hadap 3 terus. I beli dekat Pavilion. Lunch hour pack and beratur panjang.

Monday, November 4, 2019

Resepi Bubur Labu Yang Sedap

Assalamualaikum..

Tabah je la korang semua dengan masalah kecintaan I pada Labu lately ni. Hahaha. Tetiba now musim I suka makan Labu. Sabtu/Ahad I dah buat Bubur Labu 2 hari berturut-turut. Puas hati sangat dapat makan. Besungguh giler OK? Nak pulak makan yang sejuk-sejuk keluar dari peti ais. Naseb I tak angin makan Labu. I kalau Labu OK. Tapi kalau Sengkuang, kekadang angin tu sampai boleh muntah lah baru lega. Macam Bubur Labu yang I buat ni kena dengan selera and tekak I. Fifie yang ajar I buat Bubur Labu ni. Rasa dia lebih lemak-lemak manja ala-ala hotel la. I self-claimed ni la Bubur Labu paling sedap I pernah makan.  Biarlah kalau orang nak cakap angkat bakul poooooon hahahahha.

I dah dapat dah sukatan dia macam mana. I suka sebab not too sweet, sagu dia tak overpower sampai serap all gravy and kuah dia  manis just nice. Tak lemak giler, tak pulak ceroi. Orang Kedah cakap ceroi tu cair. Kalau nkorang nak ikut, boleh ikut sukatan yang I bagi ni. Ikut 100% nanti rasa dia akan jadik sama macam yang I buat ni. Simple and murah je bahan dia. Kalau beli dekat Giant la. Kalau beli dekat Cold Storage yang organic dia akan jadik mahal. Hehe.


Diantara bahan-bahan yang I ingat nak snap gambar.