Tuesday, September 29, 2009

Raya.. Suraya..

Setelah bukak katup, bukak katop blog untuk ke lapan puluh kali nah maka sekarang, saat yang dinanti-nantikan telah tiba.. Edisi bumper raya dari I. ceh, macam la dinanti-nantikan sangat pun.. hehe Tapi tengoklah gambar sekadarnya sahaja pasal gambar raya kat rumah suami dan keluarga bapak guna camera yang ada film lebih-lebih masa bertunang dulu.

Dia cakap, dia malu nak bawak keluar that time pasal takot kamera dia tu kecik hati.. Maklumlah, masa I bertunang semua pakat pakai kamera digital. So, kalau nak tengok gambar version yang senonoh sikit, kena la cuci gambar tu dulu.. Terasa macam dah lama tak guna perkataan 'cuci gambar' ni. Tetiba terasa macam klasik national jerk.

Raya Pertama

Raya di rumah mertua di Ampang, KL pun seronok jugak. Pagi-pagi dah bersiap nak pergi Solat Sunat Aidilfitri. Wah, tetiba excited sungguh! Pasal ni la ketama kali dalam seumur hidup pergi Solat Sunat ok? Dah la hampir-hampir I sorang jerk yang ruku' selepas takbir pertama. Pastu cover balik buat-buat batuk dengan pegang-pegang perut kunon sakit perut. Muahahahha. Mana I tau takbir dia ada banyak macam ni!

Balik dari solat, pergi raya rumah jiran-jiran and raya kat rumah Tok Che Amah. Pastu balik rumah, layan sarkis (tipu) sambil curi masa nak nap-nap ayam. Maka terhasil la gambar seperti dibawah.


Ok, ni jerk la gambar yang elok sikit dan nampak muka I ala-ala runcing. Yang lain semua gemuk macam apam. Yang penting muka I ok? Muka Sazli nampak gemuk sikit dan hidung macam 'M' pun takper. Lagipon masa ni dagu macam ada 2 setengah. So, konsider ok.

Malam raya pertama pasal protes Sazli dengan Bapak tengok bola, kunon nak tengok Man U kalah, skali hamek ko. Menang pulak Man U. So, hahahahahahhahaha, menyesal kan? I plak nak tengok cerita raya. Kalah dengan majoriti 2 berbalas 1, so lebih baik layan tido. Bukak aircond 16 darjah. Pukul 9.30pm I dah sampai London.

Raya Kedua

Raya kedua diharungi dengan perasaan macam geli-geli sikit buntot pasal terasa kampung di Pahang melambai-lambai sayu.. Dah la malam semalam De ngan Kaklong dok bakar-bakar I cakap raya kat kampung sangat meriah. Cis!

Malam tu kami buat barbeque. Tapi semua gambar ada dalam digicam BIL. So, tadek bukti. Nak bukti nanti kemudian-kemudian la I tarok eh? Kira macam surprise la.. Tapi memang seronok giler. I bawak keluar segala mercun yang I beli tu, pastu dengan anak-anak buah and kazen-kazen yang senteng2 buat rumah I macam nak meletop.

Lepas barbeque, dorang sambung main kad sampai pukul 4.00am. Main kad ni ada rule, bila dah kalah, terpaksa naik takhta jadik raja, maka hasilnya mestilah menarik dengan kostum rekaan seperti dibawah.

Tanggal baju, pakai rantai tasbih sebesar gajah dengan tie budak skolah darjah dua siap pakai songkok melintang dengan mercun thunderclap and mercun lebah. Pastu pakai anting-anting ala maharaja cina skali dengan labu sayong maka terhasil la maharaja paling hensem di abad ini. Abang Ngah husband kazen I.. Haha. Dia cakap, malu dia kalau tau anak murid dia nampak dia dalam keadaan ni. Kat skolah sikit punyer tegas, skali dekat rumah kena buli dengan kami terus jadik separa retard.

Notakaki : Dorang bukan main judi taw? Cuma main suka-suki jerk... Demi mmenuhi masa lapang and buat kecoh dari pukul 9.00 malam sampai 4.00am sampai kereta polis lalu buyikkan siren depan rumah. Pastu terus I naik hantu and cakap kuat-kuat 'Berenti la polis kalau berani, get a life..!!!' Ceh, nampak berani, tapi time tu cuak jugak kalau polis benar-benar berenti. Dorang nih la, main mercun tak hengat dunia ok?

Raya Ketiga

Pagi-pagi kami semua dah bersiap nak pergi beraya balik hari ke Kampung Kuala Paya, Segamat Johor and Felda Kemelah. Suppose bermalam kat sini, tapi Along (anak buah) taknak pulak. Nak tidur dekat rumah Atok Pahang jugak. Ok ok. Balik hari pun best jugak, nak pulak bila boleh tidur sepanjang perjalanan. LAGI LA TERPALING BEST!


Pemandangan kat tepi rumah Teh dekat kampung Kuala Paya. Damai jerk rasa. Kat tepi tu ada dusun durian, kat belakang rumah pulak ada dusun, rumah tak berpenghuni, kubur lama pun ada. Mungkin hantu juga banyak.

Owh.. Suasana damai yang amat terpaling rindu... Suka la kampung dengan tanah merah. Nampak cool giler.

Lepas makan tengahari dekat rumah teh dan gembira dapat duit raya yang banyak walaupun dah kawen, kami gerak pulak ke Felda Kemelah. Perjalanan mungkin memakan masa setengah jam, tapi I tidur. Tak sedar apa dah. Tau-tau dah sampai.


Kat sini kami disajikan dengan air botol yang giler klasik ni. Dah la macam botol kicap, pastu spelling error yang giler kompiden. Ais Kirim Soda. Hahahaha. Sazli mintak nak bawak balik 4 botol. Giler jakun.. I pun jakun jugak, pasal amek 3 biji buah koko kaler orange yang dah masak. Last skali makan buah koko ialah masa skola darjah 6.

Raya Keempat

Harini duduk dekat rumah jerk. Masak soto, pastu buat sambal kicap pedas-pedas. kalau boleh biar pedas sampai buasir. Baru puas hati. Malam ni, dorang semua sambung lagi main daun. Dalam family kami, kami menggelarkan permainan ni sebagai 'kocok'. Contoh ayat : Jom kocok? Atau, Tak ngocok ker malam ni??

Raya kelima kami pergi beraya dekat rumah saudara mara yang dekat-dekat. Pastu raya keenam balik KL. Fuuuh! Sumpah terasa sangat sunyi.. Rasa bengong kejap pasal dah 5 hari terasa kekurangan oksigen pasal rumah bising giler, tetiba sunyi macam ni... Kebetulan mak dengan bapak balik ke Kedah. Lagi la sunyi..... :(


Ok. Bila dah sunyi, tu yang jadik gedik try guna tong kasik rambut curly. Kali ni kurang sikit dah rupa macam Mek Saidah. Now, Sazli, kau puas hati dengan rambut ala-ala Mimie one Nation Emcee???

Notakaki : Skaters, siap U kalau I tau U pandai-pandai nak ajak Sazli beraya rumah Mimie eh? Haha.

-EnD-


Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Ya All....

Assalamualaikum... Sekarang ni memang I tengah counting time jerk... Kurang lagi setengah jam dah nak balik pasal my office half day harini. Best best. Dapat duit raya yang banyak dari boss jugak mungkin jadik double best.

Semalam pergi carik selipar jamban dengan Intan, Kak Tonah & Kaklong dekat Carrefour Wangsa Maju. Nasib tak ramai sangat orang. Yang spoil cuma pasal bengkak hati pasal Kaklong dengan Intan makan Burger King Double Cheese Mushroom dalam kereta masa otw nak balik ke office.

Pastu masa dalam kereta Kaklong siap tunjuk burger dia.. 'Ni dik, ko nampak tak cheese dia? Sedap ni, meleleh-leleh siot'. Haha. Siot jerk, pastu dia dengan Intan main teka-teka perisa sos. Bladihel. Bikin gua terliur jerk. Pastu terus tanam dalam hati, balik karang I nak makan Burger jugak-jugak!

Tapi keciwa pasal Sazli mintak buat Nasik Goreng Bodoh Tapi Berlagak atau Nasik Goreng Air Mata. Dah. Tiap-tiap hari makan pedas, esok lusa buasir keluar, pastu jalan kengkang-kengkang. Haha.

Sampai jerk office, melepek dekat kerusi sebelah my cubicle pasal terliur habes dengan burger kulat Intan. Tak tak, padahal I paksa Intan amek gambar I macam ni. Kunon penat la puasa. Tapi pasal jujur, I bagitau, yang ni I cuma pura-pura letih.

Sebenarnya I ceria. See see?

Intan poyo depan bilik CEO, boss dia. Boss dia dah start cuti, Intan pon merdeka. Cuma yang kesian, pasal dia bujang, tiada plan nak kawen dalam masa setahun dua dan jugak tidak mendapat duit raya dari bos. Sangat kasihan. Kau memang separa loser Intan. Dah la kau hitam

Tapi gembira jerk pasal tak perlu nak tunggu boss dia siap solat Asar baru dia boleh balik. Dah la tu, mak dia dah tinggalkan dia pasal dia lambat dan terpaksa call taxi nak balik rumah. Kereta dia sampai sekarang tak nampak bayang. Suruh bawak van venette bapak dia pergi kerja, tanak plak.

Bajet rock la? Wak lu!

Bawang busuk, bawang putih. Haha

Mesti nak sebok-sebok menggelupur kalau I nak snap gambar sendiri. Padan muka pasal muka ko keluar separuh and nampak cacat pasal dagu tak ada.

Astaghfirullah Intan... Haha. Harini dia siap suruh I hidu bau puding mangga + nata de coco yang dia beli ok? Siak siak.


Ni la selipar comel yang berharga RM10.00, sumpah ibu jari kaki I besar giler. Malu la.

Ok la, kepada semua yang baca blog I ni, tak kiralah dimana jua anda berada, yang I tau dia baca and kutuk, atau baca dan gelak sorang-sorang pastu panggil kawan pasal mari gelakkan yang entry I ni pilihan kelima yang rambut cacak-cacak and ada iras Mas AF2 tu ker, or yang silent reader ker, kawan-kawan wujud didepan mata dan sesiapa sahaja, I nak ucapkan...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN .... MAAF ZAHIR JERK LA.


Mungkin I ada terkasar bahasa ker, atau anda semua terasa, termenyampah, ter apa-apa pun, harap dapat maafkan I. Walaupun sekarang ni puasa lagi, I tak kira, I nak mintak maaf jugak pasal this is my last entry untuk tempoh seminggu ni.

I akan pulun cuti habes-habesan and akan masuk opis balik pada 28hb 9 nanti. Masa tu pun duit I dah tak da dan I harap Nuffnang I tak la setakat 0.25sen jerk. Filla dapat RM600, mana aci! Tahun ni I akan beraya di KL pada hari raya pertama and hari raya kedua subuh-subuh I dah siap, mungkin packing malam hari dan siap tarok beg dekat pintu awal-awal. Haha.

Pastu I balik Pahang and beraya dengan anak-anak buah kesayangan. Ayang, Sasha, Kaseh, Aiman and Along. Tunggu kepulangan makcik rimau korang ni. Cakap banyak or tak puji aku cantik, jangan harap nak dapat duit raya. Heh!


-EnD-

P/S : Intan, Kaksu nak mintak maaf sebab selalu kutuk Intan hitam, tapi Intan memang hitam, tapi lengan Intan cerah pulak, tu yang Kaksu pelik sikit. Tapi takpa, ni Kaksu nak mintak maaf la ni.. Kecoh jerk. Jadi, Intan selamat untuk seminggu. Minggu depan Kaksu tak janji la tak kutuk. Tengok la dulu macam mana, tapi ni Kaksu mintak maaf ikhlas ni. Nak duit raya tak? What? Nak? Jangan harap. Ok. Bye.



Thursday, September 17, 2009

Sambal Air Mata, Lempeng & Sambal Tumis Ikan Bilis

Ok, kiter bertemu lagi dalam rancangan masak memasak bersama Cik Puan Muda Suraya. Ceh tetiba jerk Cik Puan Muda, dasar perempuan kaki berangan! Hari ini Cik Puan Muda akan menunjukkan awak orang semua untuk memasak masakan yang sangat mudah, bisa meluluhkan jiwa dan menitiskan air mata serta sedap yang amat.

Tu pasal nama masakan ni bertajuk Sambal Air Mata. Uniknya resepi ini, kiter boleh mempraktikkan pada pelbagai jenis bahan untuk menjadikkannya lebih kretif, hebat, mantap dan kental. Tetiba kental. Bodo.

Sambal yang Cik Puan Muda akan tunjukkan sebentar lagi boleh dipelbagaikan resepinya. Kita boleh menggunakan telur ayam, tapi telur dinasour tak dibenarkan yer? Ayam, Udang, Ketam, Sotong, Ikan,Ikan bilis mahupun sayur sayuran.

Sekarang sila sediakan pen dan kertas. Ada lagi ker wei zaman sekarang ni orang nak salin resepi macam ni? Padahal boleh tengok kat internet jerk. Haha. Dah la, malas nak merepek panjang-panjang, karang Pawie perli-perli I dalam blog dia cakap blog I ni stereotype la, intro 100 patah perkataan la, banyak perkataan makan dengan makanan la.. Malas..

Tapi dalam malas-malas tu, tetiba termerepek panjang jugak. Haih. Haha.

Ni bahan-bahan utama. Bawang kecik, bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, air asam jawa, gula, garam dan sedikit penambah perisa serta setitis dua kicap. Yang dalam gambar ada 2 bijik jerk lada tu pasal masa ni I dah tumbuk cili, baru nak amek gambar. Lada tu pulak terpaksa dikeluarkan pasal bapak tuduh I nak bunuh dia masak pedas-pedas. Haha

Wednesday, September 16, 2009

Intan memang comel, tapi hitam sikit


Intan mintak I baiki dia punya 'tatabahasa' untuk email yang dia akan forward pada semua orang office I. Note tu berbunyi begini.


Semua petugas F**SB

Untuk makluman semua,bermula pada 17.9.2009(Khamis) sehingga 24.9.2009(Khamis) En. Halim tiada di pejabat kerana menghadiri Feltex Board Meeting dan terus bercuti sempena hari raya. Mungkin beliau akan berada di pejabat pada 24.9.2009( Khamis) pada sebelah petang.

Sekiranya ada document yang perlu tandatangan En Halim, boleh hantar sebelum pukul 2.30 petang.

Pada pukul 2.00 petang kita berkumpul beramai-ramai masuk ke dalam bilik En. Halim untuk sesi bermaaf-maafan.

Intan, Intan memang taknak pulangkan baju Kaksu yang ni kan?

Dialog

Sue : Intan, baju Kaksu yang kaler oren yang Intan pinjam masa tidur umah Kaksu dulu tu, mana?

Intan : Ada. Intan nak. Intan taknak pulang

Sue : Tak malu ker? bagi balik!

Intan : Biarla. Intan nak jugak


P/s : Dia memang comel kan? Haha. Intan memang lurus giler. Kalo tak caya, baca blog dia yang pasal boyot kucing dia tu. http://annadayana.blogspot.com/2009/09/boyot-ada-anak-tapi-anak-dia-ker.html


-EnD-

Hantuk kepala kat dinding kalau boleh

Hei lumbu gemuk, pesal marah-marah di pagi hari ni?

Hantuk kepala dekat dinding, eh tak. Kat lif..

Awak orang semua tahu tak apa soalan yang paling annoying yang selalu ditanyakan kepada I? Kalau awak orang semua nak tau, mari lihat dibawah, I senaraikan. Kebetulan plak memang I tengah bengang sangat sekarang ni, tak paham kenapa ada manusia yang I dah ignore dia masa dia tanya I kat mana I raya tahun ni, tapi bila jumpa dalam lift, dia tanya lagi soalan annoying. Ok sudah. Mari kita seksikan, eh silap. Saksikan sekarang.

Jeng jeng jengggg……

Senarai soalan ni I buat mengikut turutan dari mula I setat kawen sampai sekarang okey? I marah sungguh sekarang ni. Tapi I cool jerk, pasal I tengah senyum sekarang. Tu yang nampak I macam marah-marah ayam, tapi biasanya kalau lepas soalan ni diajukan, memang I sepak pokok atau dinding atau apa-apa sahaja lepas hilang pandangan orang yang bertanya soalan.

1. BILA NAK KAWEN? – Ok, ni soalan yang I rasa ok la sikit. Pasal I kawen umur 28 tahun, so tak la nampak macam anak dara tua sangat. But if la I kawen lambat pon, suka ati I la… Orang-orang yang bertanya soalan nih agaknya kena fikir la kot, takyah nak jadik peramah tak tentu pasal. Carik soalan lain, contoh : Dah mandi ke belum. Ni lagi bagus dari tanya BILA NAK KAWEN???

2. Pup pap pup pap, I pon dah kawen, soalan yang annoying berikutnya ialah:- First day I datang kerja kat office, semua orang pandang I, senyum-senyum macam babi, pastu suruh I jalan dulu, tak cukup dengan tu, dengan muka macam babi jugak, pergi tanya I, ‘DAH EHEM-EHEM KER? BERAPA ROUND MALAM TADI?’ Dan disertakan dengan suruh I jalan kat depan nak tengok alignment dah lari ker tak. Why la on earth ada soalan super babi bangang macam ni. Sumpah aku benci tahap babi jugak!

3. Ok. Selepas 2 minggu I terpaksa tebalkan muka dan sampai kebulur tak turun kentin pasal malas nak berdepan dengan soalan number 2 diatas, Soalan berikutnya amatlah terpaling benci jugak. SEKARANG DOK MANA? HA?? DOK DENGAN MERTUA? SO KESIAN…. KENAPA TAK DUDUK SENDIRI, PAHAM JERK LA KALAU DOK SERUMAH NGAN MERTUA MACAM MANA… Sambil buat muka kesian macam nampak anak itik lemas dalam parit. Hei, ada la sebab kenapa I dok dengan mertua.. Giler annoying dowh soalan ni. Ni soalan sensitip terutamanya yang kena dok rumah mak mertua lepas kawen macam haku. Sepatutnya, lepas tanya tu, senyum jerk. Tak payah nak buat muka kesian. Bukan I mintak duit U doposen pun. Heh!

4. BILA NAK DAPAT BABY? DAH BERISI KER? Siap usap-usap perut I. Memang pentec. Kekadang siap tazkirah ok? Sue… Jangan la merancang sangat, jangan tunggu lama-lama sangat, nanti susah nak dapat. Blab la bla blababi kenapa tak makan ubat? Tak subur ker? Tak pandai main ker? Sambil gelak-gelak. Nkorang, tau tak soalan tu tidak kelakar sebenarnya dan tazkirah tu tidak hebat? Bukan la tak berterima kasih kerana ada orang yang ambil berat, sangat berterima kasih kerana concern, tapi apabila orang yang sama bertanya selang seminggu, and buat muka sedih cakap, ‘tak ada rezeki lagi ker?’ terus aku rasa macam nak datang kat dia, tonjol kepala. Hello??????? Tanya 3 kali tak cukup ker?????? Tension aku.

Ada sebab la I tak pretnen lagi. Mungkin I tak bersedia lagi, maybe I nak manja dan kongker laki I selama setahun dulu or maybe I ada plan lain or maybe I takut tak cukup duhet nak dapat bebi sekarang ker? Bila I jawab macam tu, ha pastu mula la ada tazkirah2 seperti yang dinyatakan di para atas. Giler sumpah aku meluat ok? Stop ask me ok… Aku mencik, mencik!

5. Ni soalan kalo orang tanya waktu-waktu sekarang, aku akan buat bodo sambil senyum jerk. Pasal buat bodo sambil senyum, I cool la. Salem cool planet. Eh, tetiba teringat iklan raya salem tahun 1995 yang Ziana Zain dengan Awie nyanyi tu. Haha. Bodoh aku. Ok, soalan annoying berikut ni adalah ok sebenarnya, yang tak ok ialah tazkirah di belakangnya. RAYA MANA TAHUN NI? WHAT?? FIRST TIME RAYA AS A WIFE KENA RAYA UMAH HUSBAND? SO KESIAN…. KITER NI DAH JADIK ISTERI MACAM TU LA.. KENA IKUT CAKAP SUAMI, TAK BOLEH DERHAKA. DAPAT PLAK MAK MERTUA YANG BLA BLA BLA pastu merepek-repek cakap mcm ni. BABISEEKOR-KALERPINK-MASAKKARI-JUGARASA-LAZATTAPI-KOJANGAN-MAKANKERANA-HARAM. Tanya setakat raya mana gua ok babe, tapi tazkirah kat belakang tu, sila simpan la… Dah tu siap gelak-gelak semput. Tau tak macam mana gelak semput tu? Yang jenis gelak macam nak perli n cakap ‘Padan muka kau Suraya’ Ok. Annoying super duper beras super five.

Tetiba terasa macam patut minum air jerk sekarang kerana mungkin pahala puasa tinggal suku pasal banyak menyumpah. So nkorang, kalo ada kawan-kawan yang tak kawen lagi or kawan-kawan yang baru kawen tu, kalau nak tanya soalan, berpada-pada lah yer? Jangan sampai orang rasa benci dan meluat dengan anda kerana over concern and teasing tapi tak kena tempat kerana itu semua amatlah ANNOYING.

-EnD-

Tuesday, September 15, 2009

Anda pathetic bila....


A. Rakam gambar kucing tengah mengawan dengan handphone
B. Tengok 'Budak Sekolah Terlampau' dekat YouTube
C. Pura-pura bizi padahal tengah layan main tetris dengan pacman dekat PC
D. Google nama sendirik. Muahahahhaha. Aku ler tu..!!

Ok la.. fffineeeee... I tergolong dalam kelompok pathetic la.. Fine fine. Bukan apa, sebenarnya kisah bermula dengan Nuffnang add yang I baru dapat 0.25 sen setakat semalam tu la. Tengok kat statistik dia, apa yang orang search pasal blog I ni, skali yang paling tinggi result is 'Sazli & Suraya'.

Dan oleh kerana sifat curiosity yang melangkaui batasan alam semesta, terus masuk google and kompiden kodok type 'Suraya & Sazli', maka resultnya ialah gambar-gambar kat bawah ni la..

Mungkin Yatie dah muntah oren sekarang, pastu cakap I perempuan giler yang tak habes-habes berangan nak jadik perempuan cantik sepanjang zaman. Takper. I tak kisah. I nak jugak share gambar yang I jumpa ni. Tak kira tak kira!

Cakap la apa sahaja.. Pengantin perasan ker, perempuan yang tak boleh terima hakikat tak boleh guna 'Cik' lagi ker, atau perempuan gemuk berbuntot besar berpipi tembam ker, I tak kisah...

Haha.

Haha.

Haha.

Ok. Dah.


Pasal masa nikah haritu Roland bawak dalam 5 orang cameraman yang bekerja sukarela(tu pun pasal nak amek gambar Pojiah Gous - I tahu sangat dah) maka ini lah hasilnya. Korang check la website dia.. Mana la tau, terbekanan ker.. Not bad what hasil kerja dorang.

Nah hamek link dia. Maaf la, I tak reti nak buat kalo ada perkataan 'klik sini' pastu otomatik kuar url dia. Padahal Pawie dah ajar siap print screen, masih jugak tak dapat tangkap nak buat macam mana. Taktau la I yang bodo ker, or Sazli yang boroi. Apa kena mengena ntah.

Wah, kening sungguh kuntot la...

Pasal awning tudung terlalu kedepan, Sazli kena cium hangen jerk. Dah la muka Kaklong sejibik muka cina yang kerja cuci telefon kat office ni

Tengok gambar tu dari tepi macam Mek Saidah kan? Taktau nak bangga atau nak gelakkan diri sendiri. Haha. Ok la. Gelak la senang. Hahahhahahah

Hei perempuan buncit

Berangan manjang.. Eh, Saz nampak gemuk kan dalam gambar ni. Yes Yes! Macam tadek motif suka tengok laki sendirik gemuk. Yerla, semalam dia kecoh jerk cakap dia dah turun 2kg. Pastu nak tuduh I kuat makan dengan tido, tu pasal gemuk.

Getting ready. Tapi kenapa leher macam pendek eh? Macam kur-kura didalam perahu, pura-pura taktau.

Ok, Tok kadi pakai baju pink

Mungkin dah sms Nadia awal-awal. Oooo.. Baru aku tau, ko janji ngan Ustaz ni nak pakai baju kaler sama eh?

Duit mas kawen ni sampai sekarang ada dalam wallet. Kata mak nak belikan gelang kaki, tapi dia cakap, mungkin kena tambah duit barang seribu dua. Pastu masih berfikir, perlu ker beli, pasal I dah hilangkan 4 kot gelang kaki? Pastu mak suruh ikat cangkuk pakai benang, pahal??? ingat wa budak skolah rendah ker? tak rock la macam tu!

2 manusia berdagu empat selepas dinikahkan


Ok Pawie, sekarang aku mengaku hidung aku memang bengkok.


Felda Villa


Kenangan cinta taman astakona.. Biarkan semua itu berlalu sayang... (tetiba)

Ok la, dah. Ni last la I kasik gambar nikah ni. Pasni tadek dah. Janji... Janji lapan kali!

-EnD-

Monday, September 14, 2009

Sila Menangis Sekarang


Sekadar berkongsi cerita yang I dapat dari email pagi ni..

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu.

Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu

“Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;


i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim (Ok, kalo nak lembut hati pasni, asal jumpa I, sila usap kepala)
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Notakaki : Ok nice.. Pagi-pagi I dah nanges sob sob sambil lap airmata dengan hujung baju ala-ala Wan Maimunah dalam drama swasta tv3.

Friday, September 11, 2009

Lagi Lagi Makan


Ok. Sekarang hari dah petang dan dah sesuai untuk bercerita pasal makan. Pagi-pagi kalau cerita pasal makan nampak tak thrill la pulak kan?

Iklan : Panas sungguh la cuaca harini. Dari opis nak ker Lavinas Ampang tu (I nak threading kening), I amek masa dekat sejam ok nak sampai? Kunon otai, ikut jalan Ampang, skali jem macam bahbee. Padan muka aku. Ikut pulak kat Embassy yang belakang GE Mall tu lagi la hazab. Dah la Intan manjang nyanyi lagu dangdut. Bikin I panas jerk. Panas + jem + baju merah + lapar = Pundek ayam.

Sekian edisi sumpah menyumpah untuk kali ni. Dah la baru first day puasa setelah 6 hari MC, tetiba ilang markah separuh pasal menyumpah2. Tapi I tell U what, jem memang boleh buat I muntah oren dan bertukar menjadik mengkarung hijau ok? Pastu jadik Incredible Hulk and yang pelik, kenapa Hulk tu mcm menipu eh? Kenapa badan dia membesar, baju dia semua koyak, tapi kenapa seluar dia jerk boleh stretch and tak koyak? Kan ke menipu tu? Korang semua dah kena tipu. Padan Muka termasukla aku

Dah, back to the topic. I tadi nak cerita pasal makan kan? Hehe. Termelalut lebih-lebih pulak. Ala, nkorang semua pun bukan la tak biasa kan? Ni ha… Hari Isnin haritu, I ngan Saz bukak puasa dekat tempat favorite - Pavilion KL. Wah, sesungguh sebut KL, macam la Pavilion ada kat Jengka. KL kan, macam biasa la, jem… So, masa kami sampai dekat Sakae Sushi, orang semua dah berbuka pun.

Kali ni I ngan Saz order nasik. Pasal memang kebuluran tahap Ultraman Tiga, eh bukan. Ultraman Taro atau Ultraman Nexus. Apa la orang Jepun nih, tak paham I, pesal la banyak sangat jenis Ultraman dia. Tapi yang paling hebat ialah, masa I skolah dulu, I memang suka tengok cerita Ultraman tau? Setiap Sabtu jam 11.30 pagi. Pas citer Ultraman, ada citer masak-masak kat TV3 – Kuali. Ingat tak?

Macam biasa la, menda-menda yang I order adalah yang sama jerk. Chicken Teriyaki Don, Tori Teriyaki Don, Salmon Sashimi, Kakiage dengan Hana Maki. Tiap kali datang Sakae Sushi, menda-menda nih ialah item wajib. Tapi terpulang pada tahap kerakusan la. Kalo dah lapar sangat, order mungkin jadik dabel.

Sian Sazli.. Order Ice Lemon Tea yang dalam tin pun lambat jugak sampai. Tu yang muka dia sikit lagi nak sama macam tapai ubi daun getah ni.

Tapi I muka tetap ceria. maklumlah, sebelum naik kereta tadi dah belasah minum air sarsi segelas besar Wah, dahi memang taknak kalah. Berkilat-kilat. Mengalahkan lampu apa jerk.

Tak sempat nak snap, dah masuk dalam mulut laki I. Dulu masa dia tak makan salmon sashimi ni, I enjoy jerk makan sorang-sorang. Skarang dia dah teror makan salmon, kami kena la bahagi 2. Amek ko sorang 2. Nasib dia tak kasik 5 slice. Kalo tak, sah-sah menggelupur berebut saper yang nak amek lebih.

Ni I punyer - Chicken Teriyaki Don (Tetap nak tulis, walaupun dah lebih 8 entry dok citer makanan yang sama dalam blog ni) Saz tak suka ni, dia cakap manis and serupa dengan Ayam Masak Kicap jerk. Buta kaler ker? Sah-sah la rasa teriyaki, ada ker dia cakap macam Ayam Masak Kicap.

Ni Saz punyer, Tori Teriyaki Don. Bezanya ialah, yang ni ada telur, pastu ayam dia tadek soy sos. I tak suka sangat. Tapi dalam tak suka tak suka pun, wajib sebok nak cedok ayam dia. Pastu yang ayam I, tutup dengan tangan, tak kasik laki I mengecek.

Hana Maki ni ada 3 ketul. Sazli makan 2. I makan 1. Takper (takper yang tak ikhlas), pasal dia yang bayar, maka tak boleh banyak komplen. Takper sayang... Takper...


Lepas makan, kami layan tengok cerita Final Destination 3. Eh ke 4 eh? Tak sure. Tapi macam biasa, I lebih banyak tengok gelap (Pasal tutup mata) dari tengok screen pasal extreme sangat la.. Jenis otak berterabur, muka hancur. Loya tekak haku! Uwwerkkk…!!

Lengang jerk Pavilion, pasal mungkin orang gi terawikh. Ada 2 manusia tu jerk yang sebok berjimba, siap tengok movie pas makan. Apa nak jadik la.. Haha

2 manusia tapi berdagu 4. Teror kan? Kata mak I, padan la I dengan Saz. Badan sama-sama gedeboh.

Last2 5 5 manusia ni mati. Buang karen I tengok jerk. Patut kasik la sorang idup.


P/s : Pernah sekali masa nak order, I tersebut dengan konfiden. ‘Give me kamiage’. Skali muka waiter tu cam berkerut-kerut. Ni suma Intan punyer pasal la. Pasal dia pandai-pandai cakap banyak-banyak kali menda yang sama sampai I tersasul masa order. Kakiage = Kamiage, Miso sup = Mitosomo. Kan ker mengarut tu? Kakiage jadik Kamiage ok lagi, yang Miso Sup boleh ajdik Mitosomo tu macam mana? Muahahahahha.. Bangang Intan!



-EnD-

Merah Itu Cinta?

Gud Morning Ya All..!!! Cheewah, terasa macam cool jerk bila sebut Ya All.. Aaauuuuuuuuuuuuuuuuuu <- Curik si Filla punyer trademark menyalak dalam blog. Huish, pagi ni semangat memang membara la.. Mementang ler harini I pakai baju kaler merah… Terus rasa garang dan semangat Mentera Semerah Padi.

Pasal pakai baju merah, pagi-pagi dah layan lagu raya Aman Shah – Kepulangan Yang Di Nanti. Pastu Intan yang suka ngantuk pagi-pagi tu dah kutuk-kutuk I cakap raya lambat lagi. Apa kena mengena ntah pakai baju merah dengan lagu Aman Shah. Jangan tanya I, pasal I pun tadek jawapan. Owh, btw ini bukti I pakai baju merah pagi ni.



RRRau….. Hei Perempuan Berbaju Merah. Pagi-pagi dah update blog. So obvious ko kekurangan kerja. Miahahahahhaha


Kelmarin, I dengan Kak tonah pergi GE Mall. Motif = Nak beli buku. Pasal dah terasa lama tak layan jiwang layan novel-novel melayu. Fav buku I mustilah keluaran Jemari Seni. Semua buku dari Noor Suraya sangat best. Yang paling best ialah ‘Surat Ungu Untuk Nuha’. Punyer la best sampai anak Yati pun bernama Nuha. Semua gara-gara buku ni la.


Cover Surat Ungu Untuk Nuha - Walau baca 8 kali tapi tetap tak jemu.

Nuha Fateeha - Anak Cik Yatie, nama tu dapat dari buku 'Surat ungu untuk Nuha', nanti Auntie Sue hadiahkan Nuha buku ni bila Nuha dah pandai baca. Tapi Nuha dalam SUUN digambarkan segaia gadis sederhana yang berkulit gelap. Nuha version Yatie putih macam kobes tauhu


Pastu kalau baca Nyanyian Tanjung Sepi, terus I rasa macam nak kawen dengan doktor (dulu la). Kagum dengan semangat Nur Khalida dan kesabaran Dr. Aqmal Aziz dan kepetahan anak dia Nuur Hannah…

Tapi akhirnya, I kawen dengan arkitek, tapi arkitek pun rupanya paling best. Pasal tadek on-call semua cuma kalau Sazli ada problem kat side, dia musti tadek mood, nak demam, tak layan I nak manja-manja dengan dia and malam tadi pukul 2.00am mata dia masih terkebil-kebil fikir solution untuk kerja dia. Bila I tanya apa masalah, dia cakap pasal design pintu. Errk… Pasal design pintu pun jadik pening ker. Memang I tak paham kerja dia la.

Beli buku ni sorang satu dengan Yatie pasal nak simpan buat kenangan :) Buku ni sangat best korang. Best giler and memang tak rugi kalau beli barang 4 ker. Kasik la kat jiran kalau boleh.

Nuur Hannah Binti Dr. Aqmal Aziz - Kredit tu KakSu. Curik ni dari blogdrive dia. Visit http://www.noorthuraya.blogdrive.com/


Itu yang membuatkan I enjoy kerja sebagai secretary jerk pasal I dengan gembira boleh baca novel-novel kesayangan tanpa rasa bersalah di tempat kerja

Ini novel yang I tengah baca sekarang. PELANGI dari Jemari Seni hasil karya Syud, Hlovate & Noor Suraya. Ada 3 cerita dalam 1 buku. Baru siap baca yang cerita satu. I masih tercari-cari buku Rahsia Hati Sofea karya kawan maya I, Nazurah Aishah. Padahal haritu dia ada offer kalo nak buku tu, bagitau dia and dia pos, tapi pasal I belagak, nak jugak carik sendiri yang kesudahannya kat MPH pun tak ada.


Owh, korang jugak patut baca buku LILY BUAT NAJAH karya Nazurah Aishah jugak. Ni la novel sedih pertama yang I baca. Nanges sampai meleleh-leleh air hingus and bengkak-bengkak mata. Pastu Sazli gelakkan I pasal dia cakap I ni mudah sangat terpengaruh dengan Novel langsung bergaduh 2 hari.

I rasa cam dia tak respek apa yang I minat. Bila I baca buku, bukan takat I baca, tapi I mendalami, menghayati dan kekadang berangan-rangan kunon-kunon I la heroin. Tapi kalau boleh nak jadik heroin kalo happy ending jerk la, kalo yang bf/laki dia mati awal, yang tu I taknak.



Ok la Ya All, I have to stop here,I bizi ni, nak sambung baca Pelangi. Babai. P/s: Teringat zaman Yatie ada kat KL lagi. Kami selalu borong beli novel dekat Kinokuniya pastu baca dekat rumah and sms tanya dah baca part mana (pasal beli buku yang sama, sorang satu) Sudahnya 2 2 tak siap kemas rumah pasal nak baca novel sampai habes.

-EnD-

Wednesday, September 9, 2009

Delicious - Sedap!

Last week Mak dengan bapak balik Kedah selama seminggu. So, I dengan Sazli mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang singkat ni untuk berbulan madu. Cheeewah. Mood bulan madu I tak habis lagi nampaknya.

Tapi bulan puasa kan? So, aktivit tu sangat la limited. Baru nak rapat-rapat Saz cakap, ‘Sayang makruh’, tak pon dia akan hembus nafas dia yang berbau kasturi tu and cakap ‘Sayang, bau syurga kan?’ Haha. Tapi ko silap Sazli, awal-awal lagi I dah tarik nafas time dia dah nampak macam ada hati nak membuat penghembusan udara yang seharum kesturi itu.

Korang jangan memain eh? Nafas yang bau cam soken tak basuh seminggu tu kerana berpuasa, nanti di akhirat, bau macam kesturi dan syorga tau? Tapi yang paling bodoh ialah, I dengan sungguh2 akan tahan nafas time jawab telefon pasal takot orang kat talian sana boleh bau. Pas letak tetiba terasa diri bangang pasal kalau guna telefon, mana bau masuk. Dush Dush!

Hari rabu jerk I merajin masak kat rumah. I masak mee hoon Singapore. Ala, kacang jerk nak buat. Blender bawang besar + bawang putih + halia. Pastu tumis sampai naik bau, pastu masukkan sos tiram, cube ayam, dengan lada hitam. Bila dah agak2 garing dan bau menusuk kalbu, masukkan la ayam ker, udang ker..

Pastu masukkan mee hoon yang dah direndam. Tapi pasal haritu I kekurangan masa, I rendam pakai air panas. Muahahahha. Nasib tak terlembik sangat. Pastu last skali masukkan daun kucai. Jangan mengada2 nak bubuh tauge ker haper.. Mee tu mesti kosong, putih lagi suci murni secuci embun pagi dan sesuci lebaran siti nurhaliza.

Gambar terlupa plak nak snap. Jadik tak boleh la nak berlagak yang yours truly pandai masak Mee Hoon Singapore yang sebenarnya tak perlu nak berlagak pun, budak darjah dua mungkin boleh masak dengan menutup mata. Miahahahhaha. Tapi tak kira, I nak berlagak jugak di blog I ni.

Hari Khamis, I paksa Sazli berbuka kat luar, eh silap, Sazli ajak I berbuka puasa dekat Delicious. Kami pergi yang dekat depan KLCC tu jerk. Dah la kena jalan kaki dari KLCC ke Delicious. Nasib baik I pakai deodoran jenama Lady Stick yang jenis apple tu. Walaupun dah petang, masih tak berbau apple masam.

Sumpah I sangat rindu nak kepit kepala Yatie, pastu paksa dia cium ketiak I yang berbau epal hijau. Pastu dia akan nanges betul-betul. Pastu nampak I jahat pasal buli dia. Walaupun Yatie potong lada tak pernah sama pasal dia cakap buang masa jerk nak potong cantik-cantik, nanti sudahnya makan jugak. Haih, tengok la I nih, kalau bercerita sikit, tapi merepek panjang berjela. Dah Dah.

Ok. Jom layan gambar blur dari handphone hina I yang jenis outdated, tapi berlagak dan kompiden nak mampos.


Cantik kan deco dalam estoran ni? (dengan sengaja eja restoran sebagai estoran) Bila tengok sarang burung tu terus berasa macam best jerk.. Macam boleh terbang ke awan. Ok. Start merepek dah.

Akibat kekurangan kerja dan busan tengok Encik Tunang, eh silap, hubby dok layan tengok video gf-gf dia di Utube seperti Mimie One Nation Emcee, layan amek gambar tissue dengan sudu dan gapru. Pastu bila I act macam merajuk-merajuk, dia cebik-cebik bibir kat I. Geram jerk rasa.


I minum mango apa ntah. Ice blended. Tapi dia letak mangga dengan laici and campur dengan daun limau purut. Sangat sedap dan segar. Tapi laki aku cakap, air ni rasa air kencing semut. Ceh!

Ceasar salad extra grilled chicken. Tambah nam hengget. Hamek ko, sebesar buntot Jlo pinggan dia ni. Selamba jerk rebut-rebut makan dengan Sazli. Serupa kambing makan rumput. Salad ni memang terbaik korang. Ni menu wajib kalau datang Delicious.

Pasal I lapar tahap gaban, I order nasik kerabu. Memula tingin nak makan pesto ciken. Tapi tetiba teringin nak makan spaghetti. Alih-alih mulut order nasik kerabu. Wadda???


Sayang I order Spagetti carbonara with wild mushroom. Pastu time dia makan, I jelling-jeling. Bila dia tanya nak ker taknak, I jual mahal. Time dia jadik naga sekejap kat luar, I rembat 3 sudu. Hehe. Dia taktau pun. Tapi sekarang dia dah tau pasal dia baca entry ni. Takper, I tau I jujur dan lurus budus

Tengok ni, kusyuk kan? Ah, dasar pendengki pada henpon Sazli. Tau la handphone I dah giler outdated. Plak tu yatie selalu komplen cakap I kenapa sangat kompiden bubuh gambar-gambar blur dalam blog? Haha. Biar la Yatie.. Awak pun kenal kiter sejak kiter pakai handphone ni lagi kan? Masih tak berubah sampai sekarang pun masih pakai handphone yang sama. I kan jenis setia pada handphone?

Ok. Muka sangat serius. Bila I tanya, kenapa U suka sangat kat Mimie tu? Pastu dia cakap pasal rambut Mimie tu curl. Nampak sexy. Oooo… Dulu masa memula ngorat I, U cakap rambut I cantik. So sekarang rambut Mimie lagi cantik la? Bila I cakap I tak pernah nak minat orang lelaki dengan sungguh-sungguh, terus dia cakap, ‘Dulu tu yang U jatuh cinta dengan lelaki dalam Twilight tu (Edward Cullen) I senyap jerk… Bila I deny, dia ungkit. Tak obsess apa? U tengok cerita tu 3 hari berturut-turut ok? Pastu paksa I tengok sampai 2 kali. Ok Fine!! Haha


Kat parking KLCC. Saz senyum macam tahan kentut. Macam ala-ala meneran nak berak tapi tak terkeluar yaik.Tanak eja t a I k pasal nampak busuk. So eja yaik, kasik nampak comel.


Perempuan ni wajib ada dalam setiap entry dia. Dasar giler glemer. Ptui! Haha


Balik tu kami singgah tengok Tok Che Amah dekat Cheras. Tok tengah makan. Bibik layan Tok macam princess. Baik Bibik tu. Dah la bila I kat pin tuterus tanya nak tea or coffee… Balik tu, tidur dengan cerita dan rasa macam sayang sangat kat Sazli. Bukan selalu kami nak berdua-duaan macam ni… Yang pastinya, tak sabar nak tunggu mak dengan de sekeluarga turun KL dan yang pastinya rindu nak dengar Sasha sebut Merdeka as Bedeka Bedeka Bedeka!!!

-EnD-