Monday, May 31, 2010

Dastan I punyer, Tengs!

Filem wajib tonton musim ini ialah Prince Of Persia - The Sands Of Time. Ini paksaan dan ugutan. Kalau nkorang tak tengok filim ni I sumpah nkorang jadik gemok. Haaa.... Takot tak, takot tak?

Ceh Mira ni, time tengok Iron Man, Tony Stark dia nak.. Pastu bila Prince Dastan lagi hemsem dan mecho dia nak pas pulak Tony Stark kat I. Heh! Semua pon dia nak, semua pon dia punyer. Lepas tu nak pas si Spark dalam cerita Renp-it kat I. Banyak cantik ko punyer muka???

Wah wah.

I tengok movie ni Khamis lepas. Midnight show pukul 12.50am. Yang paling megik ialah, I langsung tak menguap pipel...!!! Terbojol jerk mata ni memandang jantan Dastan dalam cerita ni. Sumpah macho giler, hemsem cool bongok semua package la I kasik kat dia.

Time ni, Edward Cullen si puntianak pucat I dah tinggal jauh-jauh, Syoh syoh. Meh Dastan meh, meh nak timang manja-manja dalam bilik. Hehe.

Senang cerita, mana-mana filem yang mekalau I tengok I tak ngantok, maknanya best la tu. Tapi ni applicable untuk I jerk la pasal cerita Star Wars dulu pon selamba jerk I tido. Haha. Bongok.



Bersempit-sempitan dalam lift untuk mengambil gambar muhibah beramai-ramai. Yes yes! Gambo I paling besar. Logo pon nampak besar. Kalah Ema punyer. Wana muka nampak sipi-sipi jerk. Haha. Padan muker. Si Yash gembira nampaknya. Bajet Dastan nak ngan dia la. Nenenene.

Separuh dari jejaka-jejaka yang ikut serta. Total 20 orang semuanya masa kami semua tengok cerita ni. Pastu kongker 2 row tanpa belas kasihan.

Memendekkan badan supaya tak perlu berdiri dibelakang supaya nampak paling banyak dalam gambar. Haha. Busuk hati giler. Tapi busuk lagi shawl purple yang berbau char keow teow tu. Tak. Tipu. Bau karipap sebenarnya. Heheh.

Gambar pura-pura tunjuk kat camera yang berhasil. Yea yeahh...!! Sekarang I dah bocor rahsia yang gambar ni pura-pura. Kan kan?

Gigih nak jugak aplod gambar ni walau Sazli nampak macam nak-tak-nak jerk. Haha.

Sekian ulasan untuk filem ni. Walaupun ulasan yang lebih menjurus kepada menempek gambar sendiri, tapi takper... Janji niat I tu sampai.. I kan jarang-jarang sangat nak promote filem. Dah mekalau I cakap best tu, maknanya best la. Pergi jerk la tengok. Ishk! Banyak bunyik pulak. Lempang nak???

-EnD-

Sunday, May 30, 2010

Kalau

Bestnyer kalau sekarang dapat makan sebijik carrot cake (dah tadek one slice dah. sebijik terus! hahah) dengan cream cheese topping. Lepas tu Pavlova dekat Alexis...


Mau ini


Dan ini jugak!

Ni jerk la kerjanya.. Bangun tido, on lappy seacrh gambar makanan sambil gigi tidak bergosok, katil tidak berkemas... Tak senonoh! Esok lusa kalau kau gemok macam badak, jangan salahkan Wana.


Tetiba Wana yang dipersalahkan. Haha

Ok bye! Mau gosok gigi sekarang!

-EnD-

Tuesday, May 25, 2010

Happy Birthday Acap!

Happy 28th Birthday untuk Acap aka Acapan Acaper aka Si Hidung Kicik aka Salman Khan Malaysia aka Abang Jingkit aka Abang Hensem (Cover baik punyer lepas dah kutuk-kutuk).

I tanak klise untuk meng'wish' U, semoga cepat bertemu jodoh tapi I nak up sikit, 'Bila boleh main masak-masak macam ni lagi dengan Wife U..?' Hehe

Acap, U jangan marah eh? Maksu gurau-gurau jerk. Semoga U sihat tubuh badan dan murah rezeki selalu dan dapat belanja I eskrem green tea BR (tak habes-habes.. E!)

Terima kasih jugak pada Mira yang banyak tolong dekat dapur. Dah la rajin. Cantik macam Vanida Imran, bawak kereta cool, lepas tu dah la beli Roti Perancis gemok comel dekat Ane Melawati. Memang comel. Saper yang taknak ngorat dia ni taktau la jatuh dalam kategori apa. Ishk! :D

Kepada Kid yang tak ikut serta kerana jauh di Singapore dan jugak kepada Wakdanian lain yang absent, Maksu ucapkan selamat maju jaya (tetiba). Eh tak tak. Jangan risau. Swedish Meatball ni akan ada siaran ulangan tertakluk kepada permintaan. Eh eh?

Sekarang mari saksikan gambar yang diambil mengikut turutan dari mula start masak, sampai la kesudah. Ok.


Kiter mulakan dengan acara menggoreng meatball dan fries oleh Mira yang first batch goreng, fries semua garing-garing. Lepas 3rd batch, semua fries pon lembik dan putih jerk warnanya. Tu kuali tu, Tok Che Amah yang kasik dekat I. Terima kasih Tok! Banyak jasanya kuali tu.. I suka sangat sangat tau tau? Walaupun kuali tu tak urban. Tapi takper.


Ok. Dah siap masak dah semua. Hari tu I buat Swedish Meatball ala-ala IKEA, mushroom soup dengan garlic bread jerk. Yang garlic bread tu si Acap nak bakar dalam oven tapi I cakap, takyah. Bakar atas kuali leper sudah. Yang garlic bread tu Acap sapu garlic spread sebelah jerk, bukan 2 2 belah, yang mushroom soup tu Acap cakap kurang black pepper yang dah ah! Berapa kali yang yang. Lempang nak?

Kata Zaha, I celup tangan dalam gravy ni, tu pasal sedap. Dia cakap celup tangan dah la tangan kiri. Entah apa ah. Secret Recipe la konon. Padahal tak. Wana la tangan gigil amek gambar sampai reflect I celup tangan dalam gravy ni. Padahal I tak celup pon. Jahat. Tak baik tuduh-tuduh I mandrem tau tau?

Tiba-tiba lepas siap setting meja. Eh tak. Setting surat kabar dekat lantai dan bersila, Fruz tutup lampu, pastu Mira bawak keluar one slice chocolate indulgence cake Secret Recipe yang Mira awal-awal dah sms I cakap dia nak makan kek tu banyak-banyak, keluar dari dapur. Lepas tu Acap terharu terus tears. Lepas tu semua orang gembira selama-lamanya. Yang Acap tears tu I tipu.

Makan western food dalam pinggan free beli sabun Fab serbuk 5kg sangat cool. Korang ada? Sungguh-sungguh I bubuh parsley on top, lepas tu Wana kuis letak tepi. Fiinee fineeee!

Ok. Lebih afdal kalau berdoa sambil senyum

Meatball ini terhasil hasil dari provokasi si Apis cakap yang bebudak ni makan Swedish Meatball last time dekat rumah I pasal I beli kat kedai, pastu tapau bawak balik rumah dan mengaku I buat sendiri. Ternyata terhasil Apis. Tahniah!

Suami tembam saya makan dengan tertib dan sopan

Dan gembira bersama-sama (Nampak sangat tadek idea nak tulis caption apa)

Ok. Hampir siap. Macam yang Apis dah tau, gambar ni terpaksa di cerahkan kepada 22% supaya muka Apis nampak. Haha.

Ok dah. Boleh lipat surat kabar ni semua lepas siap makan. Tak payah bermeja-meja. Baru la ukhwah islamiah (motif?)

Joe suka tau nak tuduh-tuduh I goda dia. Padahal Wana yang nak goda dia. Haha. Tak la. Gurau. Tu tengok muka Wana, macam paling penat masak. Padahal?

Dah siap semua, sapu sampah terus. Nanti terpijak remah-remah makanan I gelik. Sajer eja geli as gelik. Baru gedik.


Lepas makan dan kenyang-kenyang, Sazli pasang dvd Ninja Assassin. Memang bagus la. Nak terkeluar semua meatball dalam perut I ni. Darah sana sini, potong kepala kaki semua. Siap sampai putus. Nasib baik Rain kacak dan ramping. Kalau tak, jangan harap I nak tengok sampai habes.

Tetiba I dapat idea. Apa kata kalau time birthday I nanti, I nak request bebudak ni pulak masak untuk I. Boleh tak? Tapi waktu tu, mungkin dapur I dah jadik macam tongkang pecah. Nak nak pulak kalau Wana yang jadik Ketua Chef. Haha

-EnD-

Friday, May 21, 2010

Menggoda la !

I selalu tau macam ni.. Suka sangat menyusahkan diri dan perasaan dengan cara addicted pada sesuatu makanan sampai kalau tak dapat boleh jiwa merana. Menung sana sini macam ayam berak gambir siap siang terbayang malam merindu update status kat FB, message Sazli barang 3 4 kali sehari cakap teringin nak makan etc etc.

Satu masa dulu I pernah addicted dengan cake Pavlova Alexis, Sandwich O'Brien (which is senang la kan, pasal 2 2 pon ada dekat Area Ampang). Lepas tu I addicted makan Bantal Durian dekat Sweet Chat Midvalley, Alien Vs Predator Big Apple Donut (Masa tu baru ada dekat The Curve jerk).

Lepas tu lagi I addicted nak minum any karemel ice blended, cream puff Beard's Papa, Salmon Sashimi dekat Sakae Sushi, Spicy Seafood Soup dekat Carlos, Choc Cheese dekat Secret Resipe, Choco Top Mc D and u just name it la... Melambak giler ok? Mengalahkan orang mengidam.

Pesen kalau dah terikat dengan satu makanan tu, seminggu kalau boleh 5 hari mesti makan. Tak ke buruk perangai tu? Ada sekali masa I tengah mabok cinta dengan O'Brien, I makan 4 kali kot dalam seminggu. Heh! *Muka belagak

Dan sekarang...

My new addiction is Green Tea Ice Cream! Cais....!!!! Dulu Ice Cream Green Tea is a Big NO NO to me. Memang I langsung tak pandang but when Sushi King dah takda any other ice-cream yang dorang boleh serve and I terpaksa makan jugak, maka semenjak dari saat itu, Green Tea Ice Cream is my number one favorite (So far).

So. Tiap kali lunch, akan menggelupur la carik Ice Cream ni. I makan sampai pejam-pejam mata yang macam-la-sedap-sangat-ice-cream-tu-kan kan? Mangsa hasutan supaya suka jugak eskrem ni tentulah Intan. Haha.

Semalam, Abang Yut datang rumah I dengan Adlain. Dia bagi I a BIG CUP of Green Tea Baskin Robbins Ice Cream... Terus mata bulat giler dan gembira sangat sangat sangat.Y es lah! Balik karang I nak makan sorang-sorang depan TV sampai habes and I taktau la sampai bila kekalnya kecintaan kepada menatang hijau pahit-manis-lemak ni.




Superbly delicious! Kredit to Elinluv for this picture. I google eskrem green tea, gambar ni jerk la yang paling menarik pon.




Kalau orang Jepun, dorang suka makan eskrem ni dengan red bean and whipe cream which is very gooddeh! Lapan Scop pon selamba I makan. Tak. I tipu.


Green tea + vanilla ice cream with red bean. Never try. Apa rasa eh?


Terima kasih pada Adlain pasal sensitip terhadap status I. Bukan macam Mira. Orang suruh beli eskrem green tea, dia takbeli pon. Baik takyah tanya nak kirim apa. Jahat tau Mira.. Wana pulak, dari dulu janji nak belanja Haagen Dasz eskrem. Tapi tak jugak jugak belanja.

Apis pon baik. Dia pon ada belanja I eskrem green tea. Macam ni la. Senang cerita, saper nak jadik adik ipar I, kasik jerk la eskrem green tea sebakul depan rumah. Kira cincai. Terus I terima walauapun sebenarnya I takder adik lelaki pon. Haha.



Mira & Wana Kesayangan Maksu!

-EnD-

Thursday, May 20, 2010

Restoran Ah Po di Stulang

Ingat tak yang semalam dulu masa I pergi wedding Pak Teh dekat JB kan kan? I ada cerita pasal Yatie bawak I pergi makan sedap kat JB kan kan? Nama kedai makan tu ialah Kedai Ah Po. Haha. Jangan gelak. Tu nama kedai makan wa talak tipu munyer.

Kedai ni dekat Stulang, berhadapan flat Stulang tu. Kedai dari luar nampak agak hina la.. Tapi sotong bakar dia.. Perrghhh!!!! Memang menusuk kalbu siot. Mana nak carik yang sedap macam ni dekat KL eh? Ah... Gua dah mengidam ni!

Malam tu, kami makan berempat. I order ikan pari, sotong dengan ketam bakar. Lepas tu air limau asam masin dengan nasik goreng yang dia masak ala teppanyaki. Ishk. I taktau nak describe macam mana sedap dia. Tapi sumpah sedap giler. Cair dimulut tidak ditangan. *tetiba

Kalau mana-mana orang JB ada baca blog ni, lekas-lekas pergi Kedai Ah Po malam ini jugak! Pastu kalau makan sotong bakar tu, jangan lupa pada diriku disini... Huk Huk.. Terasa nak ajak Sazli pergi JB weekend ni untuk makan dekat kedai Ah Po. Tapi JB sangat jauh. Kalau la I kawan dengan Doraemon. Tssk Tsssk..

Ketam bakar dia.. Sedap sangat. Masa malam tu, I dah kekenyangan tahap cipan oren, so I makan sikit jerk. Cuba ko tala kat dengan haku sekarang ketam ni. Lapan Belas ekor pon I ngap! Grrr Grrrr. *Tetiba garang

Ikan pari pon just nice. Tak besar, tak kecik. Pasal kekadang ikan pari ni kalau tak kena gaya beliau berbau hancing. Tapi amaran, jangan tengok kemaluan ikan pari yang tak masak lagi, nanti kau ilang selera.

Terpaling sedap! Sotong dia lembut sangat sangat sangat sangat! Ni kalau makan dengan nasik putih, renjis kicap kipas udang merah. Cukup! Kata Yatie, tak payah order sayur, pasal dalam sotong ni dah ada bendi. Yer la yer la.. Eh, tapi bukan akhirnya order kangkung belashan ker Yatie?


Ni la Yatie.. Kawan baik I.. yang meninggalkan I keseorangan di KL untuk berpindah ke JB 2 bulan selepas ayah I meninggal. Kejam kan? Tapi dia tetap kawan baik I. Yang selang sebulan I akan follow up dengan dia, 'Yatie, siapa kawan rapat awak sekarang?' Haha.


Rindu sangat dekat awak tau? Bila nak kasik saguhati berupa duit lagi?


Ni Cik Nuha. Comel sangat sampai rasa nak lempang. Dah la tanak dengan I. Pemilih kawan. Nak kawan dengan budak debab-debab rambut kerinting jerk. (bukan I jatuh dalam kategori tu ker?)

Aie, merokok membahayakan kesihatan. Nampak tak budak pempuan debab rambut kerinting dekat belakang tu, tu la yang Nuha nak kawan dengan dia tapi dia tak layan tu. Haha. Sian Nuha.

Muka gembira kekenyangan yang lepas makan, perut jadik kembar tiga, Zip tak kancing, jalan kengkang. Memang buruk lantak.

Semua gambar Sazli gelap pasal amek guna camera phone hina, maka I bubuh gambar ni jerk la. Kira aci tak?


Terima kasih pada Yatie pasal bawak I makan tempat sedap macam ni. Sedap dan murah somemore... Memang worth it. Lepas ni mana lagi awak nak bawak kiter makan Yatie? Kata Yatie, kalau I datang JB, asyik tanya nak makan apa. Macam agenda utama ialah makan, number 2 ialah jumpa Yatie. Haha


-EnD-

Tuesday, May 18, 2010

Kiter nak potong rambut la awak...

Awak awak.. Kiter plan nak potong rambut la... Kiter dah rimas berambut panjang, pasal kiter bukan manusia teliti dengan rambut yang jikalau Yatie tengok kiter sikat rambut, dia akan kasihan pada rambut kerana tuan punya badan suka sikat sampai kulit berdarah. Eh tak. Itu kiter tipu. Heheh, Awak semua sudah kena tipu dengan kiter.

.. Lepas tu, rambut kiter maaaanyak sangat gugur... Sian kiter, kiter taknak jadik botak macam Ami.

Jadik awak-awak rasa, kiter patut potong setakat paras mana? Yang comel... Yang terpaling comel yang mana? Kasik tau kiter eh?

Sekarang rambut kiter dah cecah pinggang dah,, Dah la tebal. Bila kat luar panas, kiter akan megren pastu bila kt kampung kiter mintak maaf dekat Mak pasal anak Mak yang orang kampung ini, seakan mengada komplen panas panas panas melebihkan yang lahir dan tinggal di bandar (Sazli la tu)

Awak rasa kiter patut potong paras mana?


Paras ini ker?


Atau paras ini

Kiter mintak maaf kalau ada yang muntah akan gambar keduanya diatas. Nampak sangat kiter kontrol lawa ker apa ntah, ala2 senyum tahan kentut. Tapi kentut menyihatkan badan pasal kiter akan buang toksid dalam badan. Kalau nak buang angin, makan la bawang putih banyak-banyak supaya kentut.

Tapi jangan la berkipas dekat opismet punyer kipas kompiden badan bau wangi padahal bau pahet bila makan selabu bawang putih mentah untuk membuang angin, Eh eh?

OK? Oh. Btw,

Ini Ami. Hemsem kan?

Dah. Bye.

-EnD-

Monday, May 17, 2010

Selamat Pengantin Baru Pak Teh!

Jumaat 7hb Mei lepas, I coti kerja.. Bertolak awal sehari ke JB untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Pak Teh dan pasangannya Sha di Dewan Jubli Perak, Johor Bahru pada 8hb Mei. 2010 (Sekejap Perak, sekejap Johor.. Mana satu ntah. Suka kasik I kompius. Heh!)

Ceh. Tetiba ayat separa skema macam karangan budak skolah darjah 4.

I pergi dengan Saz, Mak dan Bapak. Pastu Paklang sekeluarga pon pergi awal sehari. Kitorang check in dekat Hotel Puteri Pan Pacific, JB. Best hotel ni.. Dekat dengan bandar, lepas tu dekat jugak dengan tempat makan ikan bakar dengan nasik goreng sedap yang Yatie dengan Aie bawak I pergi makan malam tu. I kalau hotel tu nak best, dia kena ada tempat makan yang sedap-sedap, tu jerk. Haha.

Ok dah. Layan gambar jerk. Meh meh, Miaaaauuuuuuwwww....


Kata bapak, pergi ker dewan selepas zohor, tapi pasal hotel tak kasik check out lambat sikit, maka berkumpul la dulu dekat lobby sampai la pukul 1.3o yo! Semua oarng pakai baju pink. I pon pakai baju pink. Tapi bunga pink, tanah grey. Kira aci tak? Dah ka muka putih giler, taknak kalah!


Wah wah! Baju semua sama... Sponsor dari Pakteh. Tapi dia kasik yang adik beradik dia jerk. Tak adil taw? Yang anak-anak menakan semua dia tak kasik. Tsssk Tsssk...


Ni Aty dengan mak dia. Mak Lang. Mak Lang sangat kelakar. Dia ada confident level yang tinggi yang sangat comel.


Lawanya pelamin.... Half of hall ada fresh flower... Cantik sangat. Menteri Besar Johor pon ada datang. Tapi Aty tak masukkan dalam FB, so I tak dapat nak bubuh gambar dia kat sini. Takper. Sendiri boleh gugel kalau nak tau macam mana muka dia.


Pakcik, mintak lagu Penjara Janji satu!


Budak gemuk ni suka betul buat muka buruk tau?


Selamat Pengantin Baru Pakteh dan Sha! Cantik sangat Sha haritu. :)

Gambar bersama-sama kazen-kazen Saz. Yang pastinya I paling tua dan paling gemok. Tapi I peduli apa? Pasal rambut I kerenteng macam Mek Saidah, maka awak semua sila senyap. Haha

Kitorang gerak balik ke KL petang tu jugak dalam pukul 5pm. Sampai KL dalam pukul 10.00pm, menggelupur mandi pastu terus tidur. Esok pagi pukul sebelas baru bangun tidur, terus carik nasik... Haha. Penat mengalahkan Sazli yang bawak kereta. Padahal I kerjanya membuta jerk all the way back to KL.

Dah kata hobi makan dan tido. N G O B Hobi!

-EnD-

Thursday, May 13, 2010

Siput Sedut Siput Kedut...!!!

Ok puan-puan, harini I nak ajar satu resepi sedap enak lazat yang kalau ko sedut, ko telan terus siput tu memang lazat, tapi kalau ko sedut, kena keluarkan balik and tengok, mungkin kembang tekak.

Resepi Siput Sedut Masak Lomak Cili Api
1. Bawang merah, cili padi, kunyit hidup (diblender)
Agak-agak jerk la banyak mana. Kang bubuh banyak sangat cili padi, keluar pulak buasir bunga.
2. Santan segar
3. Siput sedut (potong bontot dia supaya senang siput nak keluar bila makan nanti)
4. Asam keping, garam serbuk perasa

Cara membuatnya
Leburkan jerk semua menda dalam periuk sampai siput masak. Timbuk santan supaya santan tidak berkepala. Siap!

Hasilnya... Taraaa....!!

Tuesday, May 11, 2010

Number tiga pon takper, Janji menang! Wek Wek :p

Tetiba tajuk entry macam nak poyo. Sebenarnya title itu ditujukan untuk Ummi dengan Syida yang berlagak dapat number 1. Boleh la.. Satu team semua pemain Felda. Takper, tahun depan I nak buat bantahan. Satu team boleh ada 2 orang jerk pemain Nasional. Kalau tak disqualified.

Haha. Busuk hati giler.

Skali tahun depan I mengandung. Tak dapat jugak nak main netball. Game ni dah lama dah berlangsung. Almost 3 weeks, tapi I tak sempat nak apdet. Bizi sangat menyelamatkan dunia. Padahal pasal dapat number 3, cuba kalau dapat number 1, pagi main, tengah hari terus menggelupur nak apdet blog. Haha.

I main untuk team Trading. Maklumla, pemain hebat, semua orang nak import. Ceh! Padahal pasal Syarikat sendiri tak hantar team, menggelabah paksa bebudak Trading ni ambik I. Pastu dah la main team orang, mengada pulak nak pilih position sendiri (C). Ada ker bebudak ni nak suruh I jadik defender. Mana gua reti. Rasa down mental pasal melompat-lompat macam siamang tapi bola nan ado dik non. Tak dapek pon.

Nasib baik end up dorang kasik main Center. Yeay! Kakak-kakak Holding berbulu jerk tengok I melebih-lebih. Dah la menumpang team orang, siap jadik Capten. Giler tak sedar diri! Hish! Takper la, lagipun adik-adik tu cakap, kalau I tak jerit tengah padang, nanti mereka lalai.. Terus main gembira-gembira macam lawan budak sekolah darjah 6. Sipi-sipi jerk nak kalah dengan team sayur sirap kangkung

Kaklong pon pemain import dari Marketing. Jadik shoter yang kompiden nak shot bola jauh-jauh macam main bola keranjang bajet masuk. Penat aku lari pas bola! Tapi Kak, nasib baik nko banyak score, dapat la kiter number 3 pastu dapat hadiah kain pasang boleh buat baju raya.

Tengok la muka sembab kurang tidur akibat dari balik rumah pukul 2am pasal main futsal dengan WAGS WakDan. Giler gigih membulatkan mata tapi gagal. Kalau Kaklong tu, sepet dia tak payah cakap la... Sebijik nyonya jual sayur.


Posing ala sakit menahan buasir bunga.

After dapat hadiah. Tetiba Kaseh keliru kenapa dia kena ambik gambar sekali. Ni sebelum Kaklong rebonding rambut kerinting dia. Sekarang dah ok sikit. Kalau tak dulu, lalat boleh lemas wooo kalo terperangkap dalam rambut dia.


Ooo. Terlupa pulak nak bagitau. Ni bukan la pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan ker apa entah, cuma inter-department jerk. Ada la 6 team. Team I dapat johan kumpulan. Bila cross, kalah 2 mata. Cis! I dah berdebar-debar dah bajet boleh masuk final.. Takper la, tadek rezeki. Pasal tak sangka pon dapat masuk semi final.

Biasa kalo main, semua game kalah. Haha. Kesian.

-EnD-