Monday, April 27, 2009

Pesanan Untuk Encik Tunang

Sayang, sila baca ni

  • Jangan isap rokok banyak2
  • Jangan minum milo tin
  • Jangan nak mengorat gadis lain
  • Jangan makan banyak2
  • Jangan rindu I sangat :)

Hehe... Macam nak pergi sebulan jerk :p

  • I tak janji takkan ngorat orang lain tapi I cuba
  • I tak nakal-nakal
  • I jaga diri baik2
  • I ingat U selalu

P/s : Mungkin ada yang tengah muntah hijau kuning sekarang ni. Haha. Dulik!

Tumpang Lalu....

Dah pukul 4.48pm, tak lama dah nak balik. Boss plak tak habis lagik meeting ngan Mr. Chairman. Dah tu, macam mana nak balik? Malam ni pukul 8.00pm dah kena ada kat Dewan Perdana FELDA untuk taklimat sebelum sakit-sakit belakang pasal dok lama sangat dalam bas nak pergi ke Langkawi.

Time nkorang baca ni pun, agak2nya aku dah selamat sampai ke Langkawi dengan jayanya.

Berapa jam eh kalo naik bas dari KL ke Langkawi..? Adoi.... Badan pun tak hilang lagik sakit2 pasal sukan kat Melaka. Ni dah nak kena jalan lagik. Atlit macam ni la, tak boleh merungut... atlit petuhui! Heh!

Okok. Malas cerita panjang. Arini aku productive giler buat kerja dari pagi sampai siap. Pasal malas la boss kacau2 aku time aku nak berjimba bersukan kat Langkawi nanti.

Untuk Intan, padan muka. Ko dah tadek kawan nak lunch esok. Time bf Intan ajak lunch sama, bukan main eksyen lagik eh? Main tinggal Kaksu macam tu jek.

Anyway, gambar masa sukan kat Melaka later aku apdet eh? Tak sempat nak buat arini.

Tapi aku kasik hint2 la.

Netball kalah - YES!!! Tak larat nak main 15-5-15 tengah2 panas rembang tu. Sipi2 lagik aku nak pengsan pasal panas. (Alasan tak rasmi selain dari kalah pun takper, yang penting semangat kesukanan)

Badminton - Juga kalah. Intan la punyer pasal. Semua bola out dia nak tadah. Macam orang tadah air hujan ngan tangan kan? Ha... Macam tu la Intan tadah masa main badminton. Kot kalau dia pukul bola tangkis tu takper la jugak

Marathon - Satu2nya acara yang aku menang. Dapat number 4 out of 50 people. Kira ok la kan? Sila kagum. Intan? number 20. Kodi jerk

Owh btw, Last week ada buat makan2 dekat opis untuk Birthday bulan 4. Ni ha ada sikit gambar makanan. Asal pasal makanan, rasa rugi plak kalau tak share. Mana tak gemuk?

Ni la rupa kotak dia. Nasik ayam penyet Wong Solo. Memang sedap sehingga menjilat kuku kaki la. Senang cerita. Masak ayam nih ngan spender haper?

Ni gambar close up. Ada nasik +sambal+sayur yang sikit nak mampos and macam tak ikhlas nak bagi +ayam goreng+tempe+tahu goreng+sambal kicap. Fuh!


Sila2 jemput makan....

Pasal gambar tudung tak nampak penuh, maka upload lagik satu gambar
Senyum ala2 ayu pasal dalam mulut dah ada cebisan ayam. Tak sabar2 nak makan weh!


Ooooo.. Korang nak tau tak, masa kat Melaka. Aku ngan Intan kena kacau dengan hantu. Benar! Tak tipu siot.... Nanti balik dari Langkawi aku cerita eh?


Hantu tu muka macam ni (tipu)

Sekadar gambar hiasan
Takot tak, takot tak? - Sah2 masa ni Go dah cepat2 klik butang pangkah kat atas pasal takot nak tengok gambar hantu. Haha. Kantoi



-End-

Friday, April 24, 2009

Cencalok & Pantai

Kena mengena tajuk ialah, aku akan pergi ke Melaka sekejap jerk lagi untuk Sukan FRISB 2009 dan LADA Langkawi untuk Sukan Badan berkanun 2009

Melaka - 24-26 April 2009
LADA - 27 April - 2 Mei 2009

So, sepanjang2 waktu ni, aku dah tak bley nak update blog. Lagipon Abg Yut komplen, kenapa ko asyik update blog ko dik, ko dah kurang kerja sangat ker? Jawapan aku : Yerk la bang, aku nih secretary boss jerk, bukan company punyer secretary. Lagipon ko dengki kan? Pasal ko tak dapat nak buat kotak time kerja. Kan Kan?

Nanti kat Melaka aku akan main netball. Ye. Netball. Netball sangat fun kerana boleh terbang-terbang Jackie Chan dan membuat aksi akrobatik silat pulut 180 darjah. Cuma harapan agar kaki tidak terseliuh dan sakit2 atau buat hal.

Position yang sudah biasa main dari darjah 4 ialah
C untuk cicak Center


Ganas tak ganas tak? Sila Gerun

Pesanan untuk Intan : Jangan la main gelak2. Serius ok? And plz plz plz.. No more drama dalam padang.


Malam ni plak main badminton. Training pun tak pernah, ada hati nak main. Yerk la, dah orang lain tanak, aku terpaksa la jugak main. Partner semestilah Intan (Dah la Intan main badminton macam tangkap ayam, sumpah kena gelak dengan orang)





Pasal tak biasa main badminton maka tak ada gambar dan terpaksa gugel carton sahaja. Itupun lelaki jerk yang ada, yang pempuan tadek

Kalau kalah netball dan badminton, semestilah nak masuk marathon pasal sebagai seorang yg tinggi semangat kesukanannya maka berasa sedih kalau balik dengan tangan kosong. Dapat towel pun jadikla!

Kat LADA pulak nanti selain dari main netball, seperti biasa kena jadik gadis pemegang sepanduk untuk team FELDA. Pasal mereka tak bagi duhet untuk kerja ni, maka bercadang untuk memakai baju sukan sahaja (memang kena materialistik dan berkira pasal panas ooo nak berdiri terpacak tengah2 padang tu)


Bersama rakan se' kontijen' di Bangi. Hidup KL! Untuk acara memegang sepanduk ini, terpaksa bangun pukul 4.30 pagi bertolak dari Bangi ke KL untuk mekap dan buat rambut. sangat melecehkan!


Yer, Aku membuat kerja memegang sepanduk ini secara profesional. Sila la buat tempahan. Selain dari itu, aku juga ada bakat jadik tukang pegang dulang masa penyampaian cenderamata dan juga penolak troli diatas pentas masa perhimpunan. Owh, lupa nak kasik tau, ini ialah Kaklong. Patut dia pergi sama ke Langkawi, tapi pasal dia tak sihat, maka dia kensel pergi

So.. Doakan keselamatan & kemenangan dinda selama kepergian dinda disana. Dinda pergi tak lama. Untuk menuntut bela atas kehilangan saudara mara kita sahaja... - Tetiba jadik filem2 zaman dolu2.

OK!

Ada rezeki, ada umur kiter jumpa lagik...

Untuk Encik Tunang tersayang - behave. Ini arahan dan ugutan.
-END-

Makan-Makan Masa Besday Encik Tunang

20hb April kan besday Encik Tunang. So, malam tu kitorang pergi la Pavilion (Lagi????) untuk aktiviti makan-makan (Lagi????). Memula nak pi survey baju dekat Ralph. Tapi tadek yang menarik, semua yang klasik national sahaja yang tinggal, so terus menuju ke TGI Fridays.

Masa naik escolator tu, aku cakap ngan Encik Tunang nak bagitau dowang yang arini besday dia, so nanti dia kena berdiri kat atas kerusi and ada la nyanyi2. Dia ugut2 cakap tanak makan. Dia malu nanti. Haha. Yerk la! Tak sporting langsung lers..


Ini la hasil gambar selepas dah lap mulut pastu baru teringat nak snap pix, maka dah nampak kesan minyak2 sikit

Wajib bubuh gambar tuan tanah dekat sini walaupun so obvious entry ini khas untuk Encik Tunang. Tak mengapa. Asyik gambar Intan, kadang2 juga serasa boring

Dari aritu bising nak makan fish & chips. Nah, makan! Makan aku cakap! Bukak mulut tu! Ha.. Ambek kau!!!! - Sila bayangkan aksi Wan Maimunah mendera anak jiran dia yang cacat otak dan sedikit mental retard (tak sama ker cacat otak dengan mental retard) dalam drama swasta tv3


Owh... Untuk diri sendirik ialah Chilli+Shrimp spagetti. Yummy yummy! Tapi tak habes pun, pasal tak selera sangat pasal pinggan dia kaler oren. Kalau pinggan kaler hijau maybe boleh habes kot?


Yang nih masuk dalam combo. Nama beliau Mac & Cisbedebah kau! berani kau ngorat anak dara aku?!!! Nah! Ambik nih! Arrrghhhh...Sampai hati pakcik tetak kepala saya dengan cangkul


Ooopsss... Salah pose... Kurang comel

OK. Selepas percubaan kedua baru la sedikit elok. Errr.. sedikit sahaja ok?

-END-

Thursday, April 23, 2009

Owh.. Lupa Nak Kasik Tau Ni...


Selepas perang hati jantung berlubang perasaan dengan Encik Tunang dan setitis dua air mata gugur dek kerana sakit hati terpaksa jalan kaki jauh2 dan panjat tangga JAWI yang sebanyak lebih kurang 80 anak tangga kesemuanya di tengah terik mentari diufuk timur leste sehingga ketiak juga sudah basah dan berbau kepak ayam pizza hut dengan anggun berkebaya hijau dan sakit kaki pasal main netball, maka dengan bangganya aku nak bagi tau......


Dokumen aku untuk nikah dah di submit ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Yeay! Sila tepuk tangan... Terima kasih... Terima kasih..... (sambil silang kaki kebelakang sambil kembangkan kain dan tertunduk malu)

Diantara perkara yang aku kena tempuh sehingga pada tahap ini ialah:-
  • Amek borang kat JAWI dan cerita sikit2 pasal tadek wali and nak nikah kat KL tapi tak sedar diri yang IC alamat Pahang kepada Ustaz Abdullah

  • Complete kan borang semua (Check dekat senarai semak)

  • Dapatkan pengesahan qariah Wangsa Maju (Saksi 2 orang)

  • Submit borang dekat JAWI (Saksi 2 orang)

  • JAWI kuarkan surat pada mahkamah untuk menggunakan Wali Hakim

  • Pergi Mahkamah Syariah angkat sumpah, sapina sapiah belaka

  • Submit form pulak aiihhhhh

  • Mahkamah tetapkan tarikh untuk naik Court (Encik, jangan tangkap saya, saya tak bersalah! Bukan saya yang curik pelam tu!

  • Proses untuk naik Court selepas submit borang ialah 21 hari yer? Harap maklum. Masa ni la mahkamah nak buat siasatan konon2nya. Sila la pening kepala dengan Maklong aku pulak. Haha.. Pi la siasat. Tak heran pun

  • Naik Court

  • Submit kat Jawi (Lagi 14 hari)

  • Kalau semua ok, maka boleh la kawen

Ha...!! Ini la perlunya submit borang cepat. Proses yang macam ni lah yang melambatkan tau? Seb baik la aku submit cepat. Kalau ikut abang ustaz kat JAWI, dia ckp, 2 minggu. Giler ah!!!!

Yang paling best ialah, kebanyakan procedure hanya melibatkan pihak penagntin perempuan sahaja. Maka pengantin lelaki boleh senyum2 siput vavi lepas pas borang kt pengantin perempuan pasal lepas tu dia tak payah buat apapa lagi. Hebat bukan?

Sekarang nih, aku nak tunggu 13 Mei untuk naik Court plak.

OK

Harap-harap tiada masalah dikemudian hari. Kalau tak, hanya boleh gigit jari dan berkubur la harapan untuk berkawen dan mengandun. Sekian. Kita kembali ke Studio 1.

-END-

Ikan

Nkorang suka makan ikan apa? Aku suka makan ikan pelaling goreng.. Apa? Taktau macam mana rupa ikan pelaling? Ok.. Sila gugel sendirik. Aku manyak kerja dan tensen asyik kena marah ngan boss pasal dia cakap tak pandai nak filing. Fine! Pi carik secretary lain la kalau berani

Tetapi masih jugak gugel gambar ikan walaupun tadik suruh nkorang carik sendirik


Ini ikan kalau tak goreng lagi memang nampak tak kacak....



Tapi kalau sudah masak asam rebus campur bendi nampak sedikit kacak bukan?

Masih sempat gugel gambar ikan pelaling dan juga update blog walaupun bizi macam hareem giler 2 3 hari ni. Jarang2 bizi ni. Maka kalau bizi sangat berasa bangga dan penting. Heh!

Sambil pura-pura bizi update Life Long Learning & Growth Log wtf my boss punyer sesambil carik gambar ikan terasa sangat mencabar dan agak multi-task. Ini dikira atau tidak?

OK

Sebenarnya nak share quote ni. Agak benci dengan quote ini kerana apabila ditujukan pada diriku ini terasa macam suka menyusahkan orang dan tak pandai berdikari apatah lagi yang menujukan perkataan tersebut cakap macam ni.

'Syukur la pasal U memang dari kecik, nak semua menda, mak ayah dan kakak2 sediakan depan mata, tak payah susah-susah'

Point?

Aku tak reti berdikari lah?

Maka quote itu berbunyi seperti ini.

'U want fish? I'm not going to give you the fish but I teach U how to catch the fish'



Motif gambar? orang menangkap ikan sambil tersenyum bangga.. Hnsss Hnssss


Sekian

Babi Eh silap.. Babai


-END-

Tuesday, April 21, 2009

Cerita Pasal Kawen & Pengapit

Pasal tanak kalah dengan Dayu

So aku pun nak gak bukak entry pasal pengapit. Yerk la, asyik cerita pasal makan makan dan makan sahaja. Maka pasal kawen bila plak nak cerita kan? Maka nak kawen lagi 3 bulan... Maka kena cerita jugak pasal kawen walaupun kekadang terasa macam stress apetah lagi jikalau melihat persiapan kawen orang lain sudah banyak dibuat sedangkan lambat lagi nak kawen. Arggh... Stresss...

So far, major2 thing pasal kawen aku dah setel. Yang WAJIB buat...

Diantaranya
1. Kursus Kawen - Dah setel. Masa ni aku bising2 dengan Encik Tunang kenapa pakai songkok. Dah la dia tinggi, bersongkok pulak.. Semua orang pun pandang dia. Adakah dia kacak? Tidak..... Hehe.

2. Pemeriksaan Kesihatan - Ok. Yang ini juga sudah setel. Buat di Klinik Kesihatan Ampang sahaja. Lepas dapat result rasa lega pasal bebas dari VIH. Encik Tunang suka la nak sakat-sakat aku. Ada ker dia cakap, pasal aku suka makan buah potong, nanti aku boleh kena SDIA. Dia cakap, ada kes dulu budak kecik dapat jangkitan VIH pasal makan buah tembikai yang terkena darah orang yang jual tu pasal luka. Seram seh! Tapi result ok. Yeayyy!! Bebas dari VIH! Dah boleh kawen!

3. Dokumentasi - Yang ni masih dalam progres. Aku kena dapatkan pengesahan dari Ustaz dekat Masjid Setiawangsa bagitau yang aku ni qariah disitu. Pasal, alamat ic aku kan kat Pahang? So kena submit borang di JAWI.


Iklan : Aku terasa yang submit di JAWI adalah lebih mudah. Apatah lagi bekerjasama dengan Ustaz Abdullah. Aku ada masalah sikit pasal wali. Pasal arwah ayah dah meninggal. Adik beradik semua perempuan. Pak saudara sebelah ayah juga tak ada, pasal adik beradik ayah dia jerk yang lelaki dan datok jugak dah meninggal. So, wali tiada.

Pulak tu, salasilah wali2 belah aku nih, aku kurang yakin pasal Maklong (kakak arwah ayah) pun macam tak kondifen banyak menda. Kebetulan arwah ayah dulu, dia di bin kan dengan datok dia sendiri. Nama arwah ayah sepatutnya Sulatin Bin Hashim Bin Adnan Bin Karto Bin Kartolo bla bla bla... Up up away in the sky.

Sila jangan pelik nama tu. Dah kata aku anak orang Jawa kan?

Tapi dalam Ic arwah ayah, tulis Sulatin Bin Hj. Adnan. Dia di binkan denga atok dia pasal arwah ayah dia meninggal masa dia dalam kandungan. 2 bulan. Ntah la, orang zaman2 dulu nih, main taram jerk. Yang susah aku jugak.

Masa ni aku dah terasa macam putus asa sikit. Aku amek borang dekat Pahang. Pejabat Agama Daerah Jengka ni sendiri keliru banyak menda. Ada ker dia cakap, mak saudara aku punyer anak boleh jadik wali aku. Padahal dah sah-sah la yang saudara perempuan belah ayah TAK BOLEH jadik wali.

So, oleh kerana banyak kekeliruan dan masalah (termasuklah Wali Hakim kat sana cakap aku kena jugak nikah kat Pahang pasal tak boleh berpindah atau diberi kebenaran bernikah keluar daerah kerana aku guna wali hakim) maka aku refer pada Ustaz Abdullah di JAWI.

Senang jek dengan ustaz ni. Dah la cakap sopan and sabar jerk melayan soalan2 aku. Nampak mudah kerja nak nikah ni. Kalau Ustaz kat Pahang buat aku pening. Ada ker dia suruh aku nikah jugak kat Pahang. Kalau kata la aku nih dok kat Sabah ker, nak jugak aku balik Pahang nikah kat Pahang?

Alhamdulillah.. Senang kerja aku... Bukan apa, aku nikah dekat Felda Villa - Sudah tempah. Dah plan pun nak buat majlis nikah kat sini dari awal, atas sebab payah sangat dengan Jabatan Agama Islam Pahang, takkan la aku nak korbankan Majlis Pernikahan yang aku impikan?

Bunyi serius bukan? Haha... Chill.... Orang kawen memang semua akan jadik garang. Jadi sila jangan pelik.

So, InsyaAllah by this week aku akan submit borang ker JAWI dengan Encik Tunang. Aku dah siap buat ni ha, tinggal nak dapatkan pengesahan qariah daerah Setiawangsa jerk. Pastu submit. Proses 2 minggu. Siap! Harap semuanya berjalan lancar.

Pengantin Perempuan - Aku
Pengantin Lelaki - Encik Tunang
Wali - Ustaz Abdullah (Wali Hakim JAWI)
Saksi - ????

Ha.. Saksi ni... Siapa eh? Adakah disediakan oleh JAWI jugak atau macam mana..? Ni kena periksa dengan Encik Tunang. Tapi dia pulak tak jawab call pasal tengah meeting.
Kena siapkan jugak minggu ni pasal takot pulak tak sempat. Minggu depan whole week aku di LADA - Langkawi untuk sukan badan berkanun. Main netball.

Kursus Nikah, Pemeriksaan Kesihatan & Dokumentasi - Ini adalah yang wajib buat. Kalau tak, tak boleh kawen!
Yang perkara-perkara lain aku rasa dah banyak jugak yang siap. Cuma yang kecik-kecik jerk belum lagi. Antara yang dah setel :-
  1. Baju Nikah
  2. Baju Sanding Pahang
  3. Baju Sanding KL
  4. Kad Kawen
  5. Tempat Nikah
  6. Mekap
  7. Cameraman

Yang lain-lain macam door gift tu, aku let my mom yang setelkan. Semua menda aku nak buat nanti aku jadik giler. Bila dah giler/tidak siuman, maka tak boleh kawen.

Yang aku boleh buat, maka aku buat. Kalau rasa otak dah tepu, biar mak yang buat. Persiapan kat Pahang banyak mak fikir. Ewah-ewah... Biar mak berfikir sikit. Ni anak last ni mak oi... Pasni tadek dah nak buat kenduri. Lain la kalau mak yang nak kawen pulak. Hehe.

So.. yang lain-lain tu aku pun harap jugak Encik Tunang tolong. Pasal his side buat kat dewan. Semuanya kena follow up tak hengat dengan orang kat KDE. Cam aku, buat kat Pahang. Menda yang biasa buat jerk kat sana. So tadek masalah. Cuma tengok pada budget la. Kot-kot nak buat yang lagi meriah ker?

Tapi ada menda yang aku kena siasat betul2 kat Pahang nanti

1. DJ - Aku tanak la orang kampung yang jadik DJ. Kang nanti asyik pasang lagu Pak Man Telo jerk. Mana zaman dah lagu tu. Korang jangan gelak wei, memang betul ni! Aku nak lagu yang up-to-date jugak. Dah tu, belah Encik Tunang lagu Mat Saleh? Aku nak jugak! Kena periksa. Kalau boleh upah DJ lain. Duit da tadek. So mintak duit mak. Aku tadek bajet dah ni.

2. Bunga Api - Masa malam berinai. Aku tak kira, aku nak jugak ada bunga api. Berapa, kat mana, aku taktau lagik mana nak carik. juga tiada budget untuk ini. Mintak duit mak lagi dan lagi.

3. Karaoke/Live Band - Owh.. Malam berinai ada live band & karaoke tau? Korang jangan gelak ok? Cita-cita aku nih bukan sia2. Che Mat dah janji nak sponsor. Nadia awal2 bagitau yang dia nak nyanyi. Suka hati dia la....

So far... Ni jerk 3 menda yang aku dapat fikir. Yang lain2 tu biarla datang secara perlahan2. Package2 cam pelamin & pintu gerbang aku dah setelkan. Juga hiasan bilik pengantin. Ikut budget aku jerk. Semua nak grand. Mana aku ada banyak duhet!

Makan kat Pahang nanti, maybe mak aku amek Katering punyer package jerk kot? Pasal kalau masak sendirik, memang penat. Aku plak, family kecit jerk. Penat nak buat sendirik. Memang la orang syarikat (kat kampung panggil orang blok/orang syarikat) akan tolong. Tapi bukan sampai siap pun. Dah habes kenduri, dah. Nak mengemas semua tu buat sendirik jerk.

Tengok masa bertunang dulu jerk la. Tu tak ramai tu, tapi rumah dah macam kapal pecah. Tak sanggup plak untuk wedding. So biar amek katering jerk. Canopy, pinggan mangkok, makan, pelayan semua dalam package. Setel.

Memang ada orang cakap kurang meriah kalau jiran2 kurang turut serta, tapi macam tak praktikal dah aku rasa zaman sekarang. Penat wo... Dulu makan hidang tau? Lagilah penat. Dan lagik, kalau amek kat orang blok, maka kena makan dalam pinggan plastik kaler oren dan jugak cawan plastik kaler coklat. Dulu kaler clear, tapi dah tukar kaler. Aku taknak tu. Aku taknak beb, aku taknak... (Nyanyi macam lagu kumpulan NICO)

So, yang tu biar mak yang fikir. Nak sangat aku kawen tahun nih kan? HAHAHAHAHA <- Gelak setan.

PENGAPIT

Aku akan ada 2 pengapit. Belah Pahang Intan Dayana, belah KL Nadialyna. Baju dowang, aku sponsor beli kain. Maybe kaler cream/off white. Aku ada la belek2 tips pengapit dari blog orang lain. Ada banyak jugak kritireanya. Diantaranya:-

  • Tak boleh la terlalu pendek/terlalu tinggi. Both of them is just nice
  • Warna baju kena la sedondon dengan pengait lelaki dan jugak kena dengan tema. Pahang - Hijau+gold, KL Bayi Biru (Baby Blue) + Silver. Maka warna off-white/cream memang kena. Or maybe aku bagi kaler gold/silver ker. See how
  • Sedap mata memandang. Tidak gemuk. Kalau gelap tak apa. (Intan boleh la - kalau pengapit putih, kena la carik lain) So both of them is ok. Dowang cantik ok? Aku dah warning jangan nak mekap lebih2. Jangan nak over shadow plak. And Nadia, jangan nak pakai kasut yang tinggi2 sangat and Intan, kena pakai heels. Baru dalam gambar nampak cantik. Intan sanggul rambut tu. jangan nak ngerbang2, kang nanti result gambar tak ok.
Bab result gambar aku memang cerewet. Kena cantik. Biar bayar mahal sikit pun takper. Janji puas hati. Tu kenangan seumur hidup tu! Lucky Rolandhashim http://rolandhashim.com/ dapat buat seperti mana yang aku nak. Result macam dalam gambar tunang. Aku rasa itu aku puas hati dengan hasil kerja dia. Harap dia keep up the work masa majlis seterusnya.


So, itulah sahaja yang aku dapat fikir masa ni. Nanti kalau ada yang aku tetiba teringat, aku update dalam blog.

Note

Nkorang rasa sauna, mandi herba semua tu perlu ker? Aku macam malas nak buat.

Tidak boleh ambik Fouziah Gous& Iqram jadik pengapit. Nanti semua orang pandang mereka. Maka siapa nak pandang pengantin? Takper Puja, ko datang as a family ok? Tapi warning biasa. Ko jangan nak cantik-cantik sangat. Haha

Ni Nadialyna - Dia memang la cantik. Tengok gambar pun dah tau kan?


Pasal nkorang ngangguk tadi, aku up gambar dia lagi satu


Nadia ngan aku - Serasi tak kalo amek gambo sama2? Owh, btw, she's taken :)

Ni pengapit kat Pahang plak.. Intan... Eh silap! Ni gambar mak Intan. Hahaha



Ha... Inilah Intan! Ala, tak kenalkan pun nkorang sure dah tau. Manjang gambar dia jerk dalam blog aku ni


-END-


Jap-jap.. Encik tunang tak setel lagik pasal Pengapit Lelaki. Saper ntah dia nak amek. Harap dia noted la kritirea yang aku tulis kat atas tadi. (Kejam tak statement aku nih wei?)

Sekali Sekala Dating Bawak Budak Kecik Juga Seronok

Hari Ahad aritu, aku bawak Ayang skali masa deting ngan Encik Tunang dekat The Curve Damansara. Aku rasa, ni la setelah berabad berkurun lamanya *nampak sangat statement menipu, aku dengan Encik Tunang baru pergi The Curve. Giler lama la. Dari zaman anak2 dara dulu. (Macam la dah kawen pun skarang)

Maklumlah, semenjak adanya Pavilion yang tempat makan dia semuanya sedap2 belaka itew, The Curve bukan lagi pilihan utama. Paling last pergi sini pun masa bawak Bonda Encik Tunang makan dekat Marche.

(mesti nkowang ingat aku sengaja guna perkataan ni kan? Padahal memang Kadang2 Encik Tunang panggil mak dia Bonda.. Pastu kekadang parents dia panggil dia mcm ni.. ' Ooo Li... Mai makan anak...' Tak pun ayah dia cakap mcm ni 'Anak... Tolong beli bla bla bla rokok Dunhill 20' ) - Tetiba rasa syok panggil macam ni. Kekadang plak, 'Son.. I'm going to sleep first & Yes, my son, what do you like to eat?' Serunut serunut!

OK

Terlalu banyak iklan kekadang penonton rasa marah

Baiklah, mari baca cerita yang berikutnya

Pas jerk tengok cerita hantu !@#$%^&*sumpah Jangan Tegur, aku lepak pulak dengan Zariff & Gadis yang aku dah lupa namanya, Joe & GF yang juga lupa namanya, disertai dengan Acap yang terasa kereta Satria dia sama macam dalam Fast & Furious & juga bakal pengantin baru, Effa.. eh silap, tu tunang dia, nama dia sendiri ialah Zack. Kami mabok-mabok minum teh tarik di Teh Tarik - The Curve serta aku sempat mengepow nasik lemak Acap sebanyak sesudu sahaja.... Ok ok fine... Aku tipu, 3 sudu! Sedap siak! <- mengelak sebut sial pasal terasa kasar sangat.

Dalam kepala dah terbayang2 salmon pizza (sakae san) dekat SOULed OUT. Kepala gagal memikirkan perkara lain, jadik terus mengajak Encik Tunang ke Hartamas - Lagipun mereka2 itu kalau sudah berjumpa, pasti susah untuk balik. Jo berlagak depan 2 gadis tunjuk skill amek gambar guna camera dia yang berjenama kurang pasti dan berat itu. Asyik2 amek gambar aku yang buruk2 sahaja. Nanti sure nak tag dalam Facebook. Lekas2 un-tag selepas tengok gambar tidak cantik. Haha

Vrrrommmmmmmmmmmm... Terus ke Hartamas


Menu ini dikira warna hijau apple. Bukan tema kawen aku



Wah, agak ramai jugak orang pada malam ini yer? Walaupun esok ialah hari bekerja.


Gadis2 tidak ikut serta, serta Joe juga hantar Gf dia balik ke Bangi (Kenapa dia dok jauh sgt eh?)

Atas nafsu serakah serta ketamakkan aku yg so obvious tak dapat nak dibendung, maka aku telah order 2 keping (pizza panggil keping ker hapa huh?) Sakae San 11'. Nak tau pasal apa order 2? Pasal takot tak puas makan. Haha. Yang kesudahannya pizza tu tak habes pasal Zack tak makan ikan, Zareff mmg payah la nak tengok dia makan. Pesal ntah. Tu pasal dia ramping kot?

Acap : Aku dah tak sabar dah nak balik nih Saz, nak saksikan kemenangan Man U

Saz : Besar- cita-cita ko ni Acap...

Note : Kenapa mesti tangkap gambar tangan di dagu? Nampak macho kah?

Zareff - Menda la dowang borak ni. Ko pasang telinga sikit Zack

Zack : Ntah... Jap jap.. Mengikut yang aku baca melalui mulut Acap, dia ramal Man U menang malam ni...

Note : Lazatnya Salmon Pizza itu!

Zareff : Huh? Man U menang? Hahahahahaha (ternganga mulut Zareff)

Zack : Aku relex jerk, tak kisah.. Janji team Selangor menang aritu

Yang makan dengan bersungguh-sungguh hanya aku, Encik Tunang dan errr... Aku dan Encik Tunang sahaja. Acap makan sikit jerk pasal dia kan dah kenyang makan nasik lemak tadi?

Kitorang kena gerak balik awal. Maklumlah kena menghantar budak skola tu balik. Lagipun Acap sudah tidak senang duduk mengenangkan team dia sekejap lagi nak main Tapi padan muka sian Acap, team dia - Man United kalah....)

Hahahahahahha.. Kalah...

OK

Jangan kutuk lebih-lebih, nanti Acap marah dan tidak lagi bagi roti free dari kedai roti dia tu (Memang dia tak pernah bagi pun sebenarnya)

Sampai rumah dalam pukul 10.00pm.

Naik atas rumah paksa Encik Tunang teman

Arrrghhhhhhh...!! Hosmet semua tak balik lagi

Terbayang-bayang makcik yang tadi mati dan muka dia tak tutup

Terbayang-bayang kalau macam mana masuk bilik sahaja, ada mayat di atas lantai

Yer, kuasa imaginasi aku memang tersangat hebat

Berasa takut untuk sidai kain yang aku basuh sebelum keluar tadi. Maka terpaksa biar sahaja dalam mesin basuh. Lain-lain kali jerk la sidai

Tak salin baju, dan terus duduk di hall sambil layan The Biggest Loser. Amek tips kot2 bolek kurus ker....

Kepala sering teringat cerita takot tadi

Damn Damn!

Tu la! Aku dah tak nak tengok, nkowang paksa jugak. Bensi!
Akhirnya dapat jugak tido. Itupun selepas hosmet aku balik. Yeayyy!!!


P/s : Encik Tunang tadi cerita yang dia tengok bola sekejap sahaja pasal dia takot dan teringat ingat makcik yang mati tadi. Haha. Aku ingat aku sorang jerk yang pathetic. Rupanya Encik Tunang pun sama. Heh!


-END-

Monday, April 20, 2009

Terpaksa Tengok Jangan Tegur

Hantu dalam cerita nih gatal tau? Dia nak jilat Ustaz yang jampi dia.. Hepp!!!


Ayang (anak kaklong) asyik sebut jerk nak tengok Jangan Tegur. Aku buat tak layan pasal paling malas nak tengok cerita hantu.

Baiklah.

Dia sudah cakap sebanyak lebih kurang 6 kali sahaja.

Uncle Saz naik kesian dan meng'offer' untuk bawak tengok movie tersebut.

OK

Sekarang terpaksa belagak berani depan kanak-kanak remaja umur 15 tahun dan Tingkatan 3. Baru dia respek. Jadi terpaksa jugak pergi. Ala... Leceh la... Nanti malam sure takot nak tido sorang2. Bensi bensi!

*Hanya mandi selepas pukul 1.30pm pasal nak habeskan tengok cerita BOYS OVER FLOWER. Kenapa la Junpyo itu sangat comel walaupun berambut kerinting?

Kuar dari rumah pukul 2.45pm dan berdoa supaya cerita itu sudah tidak ditayangkan. Tetapi terpaksa jugak tengok pasal ada plak pukul 3.55pm! Arrghhhh... Tetapi masih berlagak macho dengan Ayang pada masa ini. Sudah la dia lagi tinggi dari aku, (dia menang satu) takkan nak biarkan dia lagi berani dari aku? (nanti dia menang 2) Tidak tidak... Makcik mesti menang kali ini!

Masa beratur nak beli tiket terjumpa dengan Jaja & Gf dia (I ges). Dia sekarang masih sama walaupun sudah jadik guitarist kumpulan Hujan... *Sila masukkan efect lagu Bila Aku Sudah Tiada.... Lalalalala.. Dia cakap kenapa aku makin tinggi? Dulu seperti rendah sahaja? :)

Jalan2 di Flea market sementara tunggu cerita ni start.

OK

Sekarang sudah masa kena tengok cerita Jangan Tegur. Bensi la.. Sungguh cerita ini amat la meyeramkan. Sumpah aku tak tipu... Menyesal sungguh! Bersedia la untuk menjerit di minit pertama hingga ke 15. Asyik2 aku terkejut jerk dan jugak menang anugerah penjerit paling kuat pada hari itu.

Encik Tunang juga nampaknya sudah menutup muka dengan tangan. Aku marah. Pasal malu la kat Jaja, nanti dia cakap tunang aku penakut pulak. Haha. Tapi tangan Encik Tunang sudah sejuk dan dia cakap sumpah2 seperti setan la, vavi, budus punyer perempuan, kenapa ko pergi jugak tengok kat luar & marah-marah pasal cerita ini asyik malam sahaja. Hahaha. Sgt comel.

Bagi aku cerita ini bagus. Memang berjaya buat aku takot & nak nanges (tp mesti belagak macho dengan Ayang). Ni cerita ke 2 buduh selepas 4bhia. Bagi yang ada penyakit jantung, elok jangan tengok la... Memang seram la... Vavi sungguh la nenek yang sudah mati itu dibiarkan di tengah2 rumah & jugak tidak ditutp mukanya.

Tak logik. Kalau mati, muka bukan kena tutup dengan kain batik lepas ker? Yang biarkan terkedang terbukak macam itu sahaja kenapa? Kenapa orang baca Yassin tidak tunggu sampai pagi? Kenapa biar mayat itu seorang2 di tengah rumah? Tak logik tak logik... Tapi mana ada cerita hantu logik bukan? Argghhhh....!!!

Relevannya tajuk Jangan Tegur dengan jalan cerita ini nampaknya tiada. Kalau ada sesiapa tau boleh explen dan sila berbuat demikian. Tetapi doktor dalam cerita ini terlalu hot la. Ada ker doktor cantik oncall tiap2 hari. Tak logik lagi skali.

OK

Sila tengok dan rasai ketakutan untuk nak tidur malam seorang dibilik bersama2 dengan aku. Kalau anda bf yang gatal baik, boleh la bawak gf pasal sumpah nanti gf kowang kompem peluk nkowang punya la. Tak caya tanya Encik Tunang.

Owh btw, Encik Tunang ada ajak skali bebudak DD FC join. Tetapi semua lambat reply padahal mereka takot.

Go kononnya amik adik kat UIA. Jo & Zareff bizi layan gadis. Ajim pulak tidak diketahui sebabnya. Skt8ers & Fairuz -Fcuking Memalukan MIA. Farah takot tgk cerita hantu. Z & Acap join bila dah habes cerita.Ala.. Sengaja la tu... Padahal takot. Hadry & Kid memang sengaja kitorang tak ajak, pasal takot nanti kecik ati pulak pasal tak dapat join. Hehe..

Next movie apa?

What?

BOHSIA?

U sungguh2 ke GO? aka Gorilla

Haha.. Ok.. Jo & Zareff berminat. Sila ajak mereka.


AYANG. Dia umur 15 tahun yer Acap?

Aku up satu gambar DD FC

Semua2nya handsome2 berlaka. Terutamanya Hadry (yang pakai baju kaler hijau and tahan napas kat depan tu). Tapi dia sudah ada GF yang comel. Thank.




-END-

Mari Membeli Langsir Hijau

Hari Sabtu aritu mak turun KL, dia cakap nak tempah langsir untuk wedding aku bulan 6 nanti. Mak, meh sini adik nak kasik tau, sila la jangan membeli barang-barang kawen nanti hijau yang adik tak suka seperti hijau pucuk pisang, hijau apple, hijau mengancam yang sakit mata memandang itew, hijau katak puru dan juga hijau bendera PAS. Hijau yang dibenarkan ialah hijau tua sahaja seperti kaler daun rambutan yang matang atau pun ada orang cakap hijau lumut. OK? Ngerti?

Pasal Kaklong seperti malas hendak berjalan di tengah2 hari terik ke Jalan TAR, maka kami decide mau pergi ke Tewah yang terletak di Giant Melawati sahaja. Bagus. Sangat dekat dengan rumah Kaklong di Bukit Antarabangsa. Lagipun kat sini senang nak parking, tidak jem, tidak ramai orang sangat & juga pilihan yang tak banyak (lagi banyak, lagi pening nak pilih). Hehe

So, selepas membuat lawatan ala kadar, kami pun memilih warna hijau seperti ini untuk buat langsir dekat rumah nanti, kain kat belakang dia yg ala2 tirai tu, ambik dari jenis yang sama kaler gold. Green+Gold. Wah! Meriah sungguh. Mak nak kaler Hijau+Putih, tapi selepas membuat undian secara beramai2, Aku, Kaklong, Kasih (Padahal dia main angkat tangan jerk) & Ayang setuju dengan kaler gold. So, mak kalah. Haha.. Dia muncung sedikit dan cakap, 'ni kan rumah mak, kenapa tak ikut cakap mak?' Tapi masa itu, kami semua buat2 sebok dengan kaing2 langsir lain.


Inilah warna hijau langsir kat rumah nanti. Tapi yang kaler gold tu lupa nak snap, bizi layan makan asam dengan Ayang (pasal boring kena beli langsir) Kelihatan wajah mak yang seperti tak kurang gembira disini.. Hehe.. Dia kalah undian dengan majoriti 4-1. Takper mak, cuba lagi dilain masa

Kain tu harga dia yang hijau ialah RM9.50 semeter & yang kaler putih tu RM6.50 semeter. Lepas Uncle tu kira upah semua, total jadik RM1890++. Kain+upah. Murah ker mahal aku taktau. Sila jangan tanya pasal tadek pengalaman beli langsir... Harap maklum, rumah akak memang banyak tingkap. Yang tempah tu sebanyak 16 helai (16x2). Tu pun tak termasuk langsir2 di bilik2...

*Setakat ini, aku kurang bersetuju jika membeli langsir kena charge banyak itu. Baik beli handbag & kasut. Lagi menarik. Tapi duit mak kan? Suka hati dia ler....

Kain langsir nih siap dijahit dalam masa 2 minggu sahaja. Nanti lepas balik dari Langkawi aku kena la hantar langsir ni ke Pahang.

Tetiba rasa pening2 ayam pasal teringat dokumen kawen tak setel lagik - Iklan -



Ini sudah kila mulah ni... Lu carik mana kedai kasik harga sama macam saya?*Ni skrip rekaan sahaja. Harap maklum

Sejam jerk dah setel hal kat Tewah ni. Pastu kami terus turun ke Giant nak beli bahan2 masak meehun goreng (atau bihun atau mee kurus - sama sahaja) dan fish ball & mushroom goreng tepung cicah ngan sambal kicap (mereka orang Kedah tapi kena makan makanan orang Jawa, hehe) untuk di saji kepada my future Mother & Father In Law. Dowang nak dtg visit Abg Long yang dipaksa pura-pura sakit oleh Kaklong...

Macam baisa, Encik Tunang makan paling banyak. Pastu ayah dia ckp macam ni... 'Zah, anak kita dah serupa macam anak beruang' Makcik jawab, 'Dah lebih dari itu pun bang...'. Encik Tunang sila take note.

Aktiviti hari Sabtu sudah tamat & aku hanya menanti untuk menengok AF plak malam ni yang berakhir dengan AF tengok aku selepas setengah jam konsert. Kerana penat carik langsir.. Kerana penat tolong Kaklong masak... Kerana penat layan Kasih dan kerana penat makan.

Lagipun Encik Tunang macam malas nak layan sms aku malam tu pasal berebut TV ngan mak dia. Dia nak tengok bola, mak dia nak tgk AF. Tapi dia kalah. Haha. Padan muka.

Sekian.

-END-

Happy Birthday Sayang!

Happy Birthday Sayang!

Tahun pertama kiter dapat sambut birthday U sama2 kan? Last year I was in Ledang when your birthday.. Next year Insya-Allah kiter akan sambut birthday sebagai husband-wife kalau dipanjangkan umur. Really looking forward for that.... :)

Terkilan sangat pasal malam tadi tak terjaga untuk wish dekat U pukul 12.00am :( - Ni semua pasal movie Jangan Tegur punya pasal!

Ni I nak bagitahu kat U ni... Ikhlas dari hati I yang paling dalam... I LOVE U SO SO SO MUCH! Sangat bersyukur dipertemukan dengan U dan harap sangat2 dapat bahagiakan U & your parents, InsyaAllah.... Kiter sama2 doa yer supaya semuanya berjalan lancar nanti... OK?

I love U because of this:-
  • U sangat penyabar. Sabar itu ialah element yang paling penting untuk bersama dengan Suraya Sulatin. Harap maklum. Ini yang paling penting dan sangat-sangat penting!
  • Pasal U tinggi - Hahaha. Dari dulu memang I nak sangat BF I tinggi dari I. Penting jugak tu! Akhirnya dapat jugak. Yes Yes Yes!
  • Pasal U menjaga solat U, tak minum air arak & bukan kaki clubbing
  • U bukan jenis ngorat2 or flirt2 ngan perempuan. I benci player. Sumpah!
  • Coz U got style and handsome.. I love that
  • U pandai mix around dengan semua kawan2 I.. U pandai bawak diri I jerk yang tak reti nak mix around dengan kekawan ITM U tapi kawan2 Perth U sangat cool ....
  • Coz U r a good son... Family type... Kiter sama. Hi-Five!
  • Pasal U suka makan.. Err... Boleh layan I makan hari-hari tapi I tak boroi macam U walaupun I kuat makan
  • Pasal U wangi... and ketiak U tak pernah bau kepak ayam pizza hut. Stim I tau? Hahahaha
  • Pasal U tak putus asa ngorat I selama setahun... Kalau I la jadik U, I dah give up kot?
  • U show me that U boleh jadik leader. I rasa selamat bila berada dengan U coz I know U can take care of me :)
  • U tolerate & always give & take I jerk yang kekadang selfish
  • U r a good driver. U bukan jenis naik hangen time bawak kereta macam I...
  • Sport Man! Kiter sama2 minat sukan, kecuali I peminat MU & U tak sker MU. I peminat secara sembunyi2, pasal nak jaga hati U... Hahaha.
  • Dan banyak lagi... Tak bley tulis banyak2, nanti U kembang sangat :p

Kiter berbeza. U air & I api. Tapi, tu pasal kiter serasi bersama. Kalau dah sama semua menda, jadik tak syok pulak kan? Kadang2 merajuk & gaduh2 manja tu pengerat kasih sayang...

Nanti malam kiter makan2 lagi ok? Makan lagi????? Arrghhhh.....!!!

Happy Birthday To U.... Happy Birthday To U.... Happy Birhtday To U My Dear Saz... Happy Birthday To U......

*Kishkish & big bear hugz...!!! MMuahhhhh...!! yang betul2, malam karang I kasik eh?

LOVE .... Chooyaya!




Sayang... Sempena Birthday U ni... I nak reQuest U jadik kurus cam U masa dalam gambar ni boyeh tak? Hehe

-END-

Friday, April 17, 2009

Selamat Tinggal Gadis Pemotong Oren Senget

Ini la Najwa. Patut muka dia putih, tak la hitam macam Intan, tapi camera handphone Kaksu sangat berkualiti kan? So, jadik la macam ni. Najwa baik, sopan santun, tak la joget2 kat dalam cubicle mcm Intan. Hahaha..

Harini Najwa last dekat opis aku. Dia sekejap jerk kat sini. Tak sampai setengah tahun pun. Najwa buat praktikal jerk.

Sesaper yang selalu update blog aku, sure ingat Najwa yang tangkap gambar candid giler penipu masa Opis Activity (sebenarnya gambar tu tak candid) & Dia la yang potong limau senget2 tu... Dan jugak, mangsa ajaran sesat Intan untuk strike masa main bowling...

Good bye Najwa... Jangan lupakan kami disini ok? Kurang dah orang2 muda perasan cantik kat opis ni..

Nati Kaksu kawen, Najwa kena datang ok? We gonna miss u here.... :)


Najwa kasik kek gebus ni. Intan cakap ni kek orang cina buat semayang. Betul ker? Takper... tu semua tak penting, janji ianya sangat lazat walaupun agak kurang manis la....
P/s : Sila abaikan pinggan yanga tetiba ada dekat atas buku banyak2 tu yer?

-END-

NASIHAT

1. Tak elok cakap orang hitam. Nanti anak kiter yang hitam. Ayokkk....

2. Kalau orang dah kasik makanan, tak elok komen2 cakap tak manis. Hep!

Jangan Salahkan Aku, Salahkan Makan!

AKTIVITI MAKAN YANG SANGAT AKTIF SEPANJANG MINGGU INI - INTAN SILA JANGAN JELES

Ada komplen dari kawan aku, bagitau yang blog aku nih dah jadik macam blog makan2 pulak. Hehe... Dah tu? Nak buat macam mana, itu salah satu dari aktiviti wajib. Dulu lagi la aku ngan Encik Tunang kuat makan. Tengah hari dah calling2 nak update malam nih nak makan apa.

Tapi semenjak stress baju dekat Butik banyak tak muat, so kena la kurangkan aktiviti tersebut. Nak kawen kan, kena la jaga badan sikit....

2-3 hari nih, diet tidak memakan nasik sebanyak sepinggan nampaknya kurang menjadik akibat dari perselisihan faham manja dengan Encik Tunang. Pasal aku terasa cam aku sorang2 jerk yang susah payah nak diet, tapi dia suka suki jerk nak makan burger lepas heavy dinner masa petang dan meminum milo gelas besar masa tengok bola dengan bapak pukul 3.00 pagi.

INI TIDAK ADIL!

So, pagi tu aku cakap dengan Encik Tunang, perjanjian untuk diet tu telah terbatal dengan sendirinya. Yang magic ialah, Encik Tunang bersetuju dengan hati yang gembira dan siap cakap macam ni...

DIALOG

Aku : U, harini I makan KFC Snack Plate, take away twister dengan Cheesy Wedges!

Encik Tunang : Yer ker sayang??? Wah.... Sedapnya! Enjoy eating ok? Sian U.. Dah lama tak makan KFC

Aku : ..........
*Errr... Kalo korang la berhadapan ngan situasi nih, korang paham tak yang gf/tunang nkowang sedang memberontak secara alim dan senyap2?

Tak puas hati!

Aku : Ok, petang ni I nak makan Bbq chicken (Charboiled Korean Chicken wtf) . Pastu esok nak makan nasik waktu lunch & Lusa U bawak I makan steak kat Victoria Station pastu tengah hari Jumaat I nak makan sushi banyak2 dekat Sakae Sushi KLCC

* Harap maklum yer puan-puan, aku perli dia

Encik Tunang : OK! Nanti I bawak sayang makan semua tu eh?

Arrghhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, hasil dari permintaan kunon2 protes yang disalah ertikan oleh Encik Tunang yang kekadang lurus tu, maka inilah hasilnya....

BBQ Chicken Korean Charbolied JJ Setiawangsa
(Balik dr kerja)

Ni menda ntah nama dia, Boneless BBQ Chicken Burger

Sayang oi.. Kenapa la U tak faham2 yang I nih bukan la nak makan sangat. Tapi sajer pura2 tahik kucing yang sebenarnya I dah serender nak diet? Dengan harapan U ckp cam ni, 'Eh U, kata nak diet? Tak elok la makan berat2 mcm ni... Nanti kang tak menjadik pulak diet kiter'.

Nampak tak 3 scop eskrem batang ceklat nih? Nampak lazat dan menggodakan bukan?

Kenapa mesti I yang habeskan eskrem ni????


Hahaha.. Padan muka, nak lagi bila-bila! Tadi U yang nak sangat makan kan? Nah! Hambek kau sayang!

Victoria Station Jalan Ampang
Dinner



Sangat mengujakan rupa Sizzling Steak ini! Medium Rare dengan Black Pepper Sos... Yummy! <- Ini Encik Tunang punya. Memula sebok nak makan Fish & Chips. Pehal??? Kat VC makan la steak. Nak makan F&C pergi la Manhattan Fish Market tu. Daaa????


Steak ini saya tak mampu nak menghabiskan pasal dah lama tak makan banyak macam ni. Jadiknya perut saya agak me'reject' makanan yang portion besar2 macam ni (ayat belagak secara sembunyi2 - kunon tak kuat makan la? Petuhui!)
Ini ialah Sirloin Steak with brown sos, medium rare & saute mushroom dia sangatlah lazat nak mampos!




Ya Amoi, lu jual sayur apa? kongkang kangkung ada ka?

Kalau makan salad tapi dengan thousand island maka diet anda memang la terbatal

*cakap dalam hati, 'Nah! Rasakan kau Suraya, nak lagi makan kan?'


Owh, ini bukan siput vavi yer kawan2, tetapi beliau adalah escargot yang di grill bersama dengan garlic+butter sos yang lazat sehingga menjilat kuku

patut gambar nih tadek pun takper, tapi sengaja nak tunjukkan yang kitorang makan kat Victoria Station. Ha.. yang tepi tu air mangga Encik Tunang, aku minum air sejuk jerk... Tadek duhet...

Sakae Sushi KLCC

Lunch tadi (17/4/2009)

Macam biasa la, hana maki dengan salmon sashimi. Harini dah insaf sikit, so tak boleh makan banyak2


Sian Kaklong, makanan dia lambat sampai, so terpaksa la posing dengan makanan orang lain. Pasal dia buat muka kesian, aku kasik dia hanya sehelai sahaja salmon sashimi itu. tapi dia berjaya mengkidnap seketul hana maki yang sangat lazat didepan mata aku tanpa segan silu walaupun aku dah warning, 'kak, ko nak order sendirik, jangan paw aku punyer tau?'


Dah dah. Aku patut hentikan semua aktivit makan2 ni wei... kang aku gumuk balik... Ni ha baru jerk rasa ringan badan. Tapi Encik Tunang cakap, badan aku dah naik! Korang rasa dia tipu ker ikhlas? Tak diet selama 2 hari dah boleh gemuk ker? Tipukan dia?

-END-