Tuesday, June 29, 2010

Alasan Untuk Makan Di Tempat Sedap

Salam Satu Malaysia (tetiba)

27hb Jun lepas kan Anniversary Kenduri Kawen belah Pahang dan jugak Birthday MIL. Kebetulan haritu Mak ada party majlis baca yassin dekat rumah cikgu mengaji dia, Mak cakap dia nak bagi goodie's bag dekat kawan-kawan dia, so I bagi mak cupcake ni untuk letak dalam beg gudis tersebut.

Comel kan kapkek ni? Dah la comel, sedap pulak tu. Pastu pasal order dekat kawan, terus dapat less 20%. Thanx Inez! Kapkek ni buat MIL Kaksu happy sangat. Walaupun Saz punyer kesabaran dah jadik senipis kulit bawang masa nak masukkan dalam bekas plastik kotak tu. Sememeh jerk kena krim kiri kanan, pastu bersihkan balik yang comot guna cotton bud. Kretif sgt. Kadang-kadang krim yang ada pada kapkek gemok masuk dalam mulut Sazli jugak. Haha

So.... Bersempena dengan birthday Mak, malam tu kami sekeluarga (sekeluarga itu ialah Mak, Bapak, Sazli & I) pergi dinner dekat Jake's Starhill Gallery. Bapak telah mengamanahkan I untuk menjadik Event Manager dimana I diberi kuasa mutlak untuk memilih tempat makan makam.

Soalan pertama : Bapak, nak makan style apa? Thai, Malay, Japanese or Western?
Jawapan : Bapak cemuih makan nasik (wah belagak) Kita makan Western la..

Soalan Kedua : Kat area mana Bapak?
Jawapan : Somewhere at KL not too far from rumah la

Soalan Ketiga : Restoran or Hotel?
Jawapan : Hotel la pulak...
(Wah, berdebar... Terus tanpa malu tanya bapak, saper yang belanja.. Haha)
Jawapan : Bapak la.. Ni kan birthday isteri bapak.

Ok senang. Secara otomatik I cuma Event Manager dan Bapak jadik Bendahari Majlis. Kalo macam tu tak perlu pilih Hotel Midah lagi. Haha.

Appetizer I pilih Charbroil Chicken Salad. Enak dan lazat dan tidak menggemukkan. Sesuai dengan tema diet I. (Aku yang order lebih-lebih macam tuan punyer majlis)

All time favorite, Escargot half dozen. Ingat nak amek 1 dozen, tapi malu. Kenshel.

Sazli makan Rack of Lamb. Dalam gambar nampak kurus, tapi portion dia besar tau? Sedap sehingga menjilat jari. Nak mintak banyak-banyak dekat Saz, tapi malu. Ok. Dah 2 kali malu ni.

Bapak macam biasa, kalau makan steak dia suka sirloin, so dia order Aust. Sirloin. Jugak sedap! Bapak kasik sehiris. Sedap. Nak mintak lagi sehiris, tapi dalam hati, pasal malu.

Mak makan fish & chips. Dia cakap semua orang order lain-lain... Ada order kambeng, ada makan daging, dia tak suka ayam, jadi dia pilih ikan. Ikan tu nampak kurus, mungkin tidak kenyang.

I order Chicken Bombay. Tak terasa macam nak makan steak malam tu, pasal petang tadi dah makan dengan Nadia dekat Dome. So tak berapa lapar. Rugi rugi.



Sebagai Event Manager, I menseperaiskan Mak dengan kek coklat dengan bunga yang di delivery petang tadi dekat restoran. Terkejut dia masa orang nyanyi ramai-ramai dekat dia lagu Happy birthday. Siap dapat bunga. Terus malu-malu macam gadis kampung. Wacey!

Terima kasih kepada kamera henpon hina pasal buat dahi I nampak macam cermin.


Bapak lagi best, tulis kad birthday depan mak ok? Tak seperais langsung. Haha

Bapak kata, sebagai Event Manager I did a very good job. Unexpected Surprise buat Mak happy dan terkejut. I sangat bangga untuk itu. Sebagai balasan, bapak kata birthday I nanti nak makan dekat kedai mamak Ampang Jaya jerk, sebelah Dobi. Tengs bapak, tengs. Kalau tak menyakat I sehari tak sah.

-EnD-

Jakun di Perlis

2 minggu lepas kan I ada joyah-joyah pasal I pergi ke Arau untuk sukan SUFMA kan? So selepas 2 minggu dan selepas I malu-malu vavi nak jumpa ngan Syira dekat kentin pasal masih jugak tak apdet-apdet kisah kemenangan main netball disana (walaupun harap maklum, I dengan Syira sekadar pemain simpanan) tapi tetap ok?

P/s : Tapi pemain simpanan adalah lebih baik dari pencatit markah. Ok. Ini perli diri sendiri.

Bukti sebagai pemain simpanan bilamana semua orang pakai bip, tapi yours truely hanya tersenyum manja :D

Eh eh. Jangan salah sangka. I juga ada mengkontribut tenaga walau bukan pemain 7 yang utama. Half time I main la. Tapi harap maklum, pemain reserve hanya boleh dapat main bila terlalu menang atau terlalu kalah. Kalau lead 3 4 bijik bola, duduk jerk la kat luar jadi penyokong. Haha.

I bangga-bangga ayam pasal I dengan Syira pun ada menyumbang kepada kemenangan kami disana bilamana I dengan dia jadik CSI bila ada wilayah yang main kotor jemput segala pemain negeri untuk wakil wilayah. Agak-agak la kan kalau nak menang pon.. Habes di halaunya aku balik KL. Sabar Syira... Sabar...

Masa otw ke Arau dari KL, I dengan team netball naik van. Van ni jenama Prego. Bila naik terasa macam naik van jenama kuah spegetti jerk. I dah cakap dekat Ummi masa dalam van, terasa macam tak selamat jerk naik van ni. Abang driver bawak ala-ala pemandu F1. Dengan van jenama spagetti dan muatan dalam van semua size sedap macam I dengan Ummi jadi kebarangkalian tayar untuk pecah amatlah tinggi.

Masin mulut kau Suraya. Dekat-dekat sampai Penang, masa van tengah bergerak laju, tayar pecah! I terjaga dari tidur pasal van dah melelong-lelong. Tak mengucap pon pasal panic. Nasib baik tak mati kena langgar lori kontena pasal right after beberapa saat van sempat kebahu jalan, lori kontena lalu. Fuh! Panjang umur I. Kalau tak, blog ini hanya tinggal sejarah dan anda semua tidak dapat menatap wajah anak I. Sedih tak sedih tak?

Day one on Khamis, menang sangat-sangat untuk kedua-dua game. Hebat hebat. Syira, motif ko buat muka lawa sampai muka aku nampak macam ayam sontot?

Kata orang, laksa dekat Kuala Perlis sedap-sedap woh! Tapi dari Politeknik Arau ke Kuala Perlis sangat jauh.. Tidur, bangun, tidur dan bangun masih jugak tidak sampai....

Tetapi bila dapat laksa ni, terus rasa berbaloi, perasaan makan laksa ni? Macam inzal lapan kali. Sedap tak sedap la kan?

Baik!
P/s :(Garang kan tauke kedai kat sini?)


Kemudian kami ke Padang Besar untuk beli jersey Brazil fake dan jugak baju T-shirt HadYai fake. Berani la ko Ummi pakai baju ni. Buatnya dalam bahasa Melayu 'Mari rogol I secara berjemaah' Macam mana?

Dialog : Eh bang, betul... Periuk lapan tingkat kat sini offer 70% tau? I tak kira, I nak jugak doblas set!

Klimaks kejakunan. I jumpa buah besar giler ni siot dekat Padang Besar! Memang bessssar punyer! Size cup F! Memang lemas! Kata Kak Karimah ni la Buah Sto atau Buah Stor, Atau buah Seto atau soto jawa. Eh. Tak. Soto jawa tu tipu.

Jumaat malam ada dinner. Ummi masuk persembahan kebudayaan bertema 70an. Kami target dia jadi penyanyi solo, tapi malangnya cuma sebagai penyanyi latar yang cakap 'Aaaaa.... Param param' Jadi la Ummi. Ewah! Kakak-kakak netball gembira dapat bergambar bersama artis jemputan. Paling kiri tau? yang free hair tu.

Mempersembahkan, Mek Saidah!

Last but not least - Masih jugak jadi gadis pemegang papan tanda KL walau sudah berperut 3? Memang tak sedar diri.

Dah, tu jerk la serba sedikit pengalaman penulis di Arau yang dapat dikongsi bersama dengan pembaca kolum 'Sehari bersama atlet gemok', kiter jumpa lagi minggu hadapan.

-EnD-

Sunday, June 27, 2010

Chef Bam-Bam

Sempena Wedding Anniversary I dengan Sazli yang ketama Sabtu minggu lepas, suami bambam kesayangan telah dipaksa oleh I, eh tak mengoffer diri untuk memasakkan isteri gemoknya yang kecinta.

Iklan : Ni SPM, BM ko dapat berapa ni Su?

Memandangkan hari Sabtu malam tu I baru sampai dari Arau (Eh, Syira aku janji esok aku apdet pasal kiter dekat Arau eh eh? Tapi janji-janji ayam jerk, ko jangan pecaya sangat) Maka, aktiviti masak memasak chef bambam yang sepatutnya dibuat hari Sabtu terpaksa dipospone ke esokan harinya.

Comel sangat bila Sazli bangun awal pagi hari Ahad tu pergi pasar beli barang basah. Wah. Sombong tak payah sakap la... Orang tanya nak masak apa pon dia kata, 'takper... U rehat jerk ok? Tak payah buat apa-apa' lalu menyelimutkan isteri dia sambil kepung I dengan bantal banyak-banyak bajet I kucing la.. Tak kasik lari.

Dulu kan, masa sekolah rendah, I suka tidur dengan kucing. I pon suka kalo kucing tu tidur sebelah I macam I ni istimewa la kena pilih dengan kucing untuk jadik sleeping partner. Pastu tak lama lepas tu, I dah tak berani tido dengan kucing pasal mak sakap, kucing jantan mampu merogol manusia. Terima kasih mak untuk info yang bagus sampai I selalu tolak 'mamat' bila dia nak tido dengan I.

Ok. Dah merepek pasal nak kena rogol dengan kucing, padahal tadi cerita pasal masak-masak.


Tengok. Habes semua dikerjakan breakfast strip I. Presentation memang superb. Nama masakan ni kata Sazli, Chicken Fillet With Breakfast Strip and Onion. Hambek engkau Cik Kiah, nama masakan taknak kalah ok?

Oh, terlupa nak memperkenalkan chef. Ni la dia, chef sombong yang taknak di ajar macam mana nak masak nasik, kesudahannya nasik lembik pastu terpaksa tekan 'keep warm' sampai 3 kali nak kasik nasik ok. Result : Kerak lagi banyak dari nasik. Tapi takper.. Usaha tu yang penting. Masak nasik dah cukup buat I redha untuk diapa-apakan malam nanti. Haha. Skali Saz nak masak nasik hari-hari siap pagi, petang. Pengsan.

Menu berikutnya : Sayur campur.. Nama glamour : Stir fried mix veggie with brown sauce. Ko tanya apa sayur tadek dalam ni? Carrot? Asparagus? Bunga Kobes? Brocoli? Semua ada yer? Yang paling best, Capsicum Hijau Merah Kuning semua ada. Package Trafic Light. Taknak kalah. Aku pon kalo masak capsicum satu kaler jerk. Haha. Dah, takyah kagum lebih-lebih, Brown Sos yang dimaksudkan hanyalah sos tiram jerk.


Menu ke tiga : Mix Veggie and Chicken Breast with Red Sos. Nama tak glemer, sayur campur ayam masak dengan pes masak merah segera dalam peket Rm1.50. Giler comel Sazli. Dibuhnya sayur yang sama, tapi yang ini dia bubuh dada ayam. Kesudahannya malam tu I berak sayur jerk.. Hijau jerk... Muntah brokoli aku. Haha


Pukul sebelas setengah masak, pukul 3 baru dapat makan, harap maklum semua. Masa ni perut pun dah masuk angin. Ikut perjanjian, lepas masak dia nak kemas semua. Tapi lepas makan, terus Chef BamBam tergolek. Penat katanya. Yang tak tahan, dia penat sampai 2 hari ok? Guna alasan taknak buang sampah pasal penat masak. Masak hari Ahad, yang suruh buang sampah hari Selasa. Melampau tak? Tak kena jotos dengan aku pulak. Gerrrammmmm!! E!

Petang tu, lepas dah lebam duduk rumah seharian, Saz ajak I keluar. Eh tak, I yang ajak dia. Kitorang pergi beli wedding anniversary prezen for each other. I ingat Saz jerk bagi kat I, I tak payah bagi dekat dia, tapi bila I tanya dia nak tak perfume, dia jawab dengan senyuman mintak lempang. Ishk. Rugi meniaga macam ni. Haha

So..... I belikan dia Giorgio Armani - Attitude dan dia belikan I Polo Ralph Blue bersempena dengan itu ialah perfume masa kitorang memula date dulu. Bila pakai perfume tu terasa ghairah jerk. Gatal jerk... Nasib baik dah kawen. Kalo tak, malaikat penulis dosa kena kerja overtime.


Polo Ralph Blue untuk I



Armani Attitude untuk Sazli

Lepas membeli perfume, next kami ke Sushi King untuk dinner. Tak lain tak bukan kerana salmon sashimi. Take note, yang soyu melambak wasabe tu ialah Sazli punyer ok? Tak buasir bunga pulak I rasa dia punyer soyu. Pedas sampai ke hidung! Sikit lagi nak jadik naga.

Perantin lama

Hari Ahad tu rasa best sangat... Best pasal dimanjakan suami dengan masakan yang enak-enak, dapat perfume lagi, dinner free lagi... Best sangat-sangat. Terima kasih kepada suami kerana sudi memasakkan untuk I. Sedap atau tak blakang kira yang penting usaha dia tu buat I sebak. Kesian dia berpanas dekat dapur, pastu jerit I suruh rehat depan tv bila pantau apa yang dia masak. Sombong giler.

Syukur jugak kerana tidak keracunan makanan. Haha. Ok dah cukup mengkondem Sazli, Suraya!

Akhir kata, I sayang Sazli sangat. Sungguh! Wah..! tetiba emos. Haha. Dah dah. I nak bermanja-manja dengan suami sekejap dekat sofa. Lepas tu tidur.. Lepas tu.. Aaaaa... Hehe. Ok. Bye!

-EnD-

P/s : Mak mertua belikan Microwave untuk wedding anniversary. Terima Kasih mak! Harap tahun depan dapat kereta atau rumah pulak. Hehe

Makan sampai pensan

Eh.. Saper kata blog Cik Suraya tadek cerita pasal makan-makan lagi? Ada ada.... Jangan risau. Cuma sekarang ni masuk fasa ke 2 diet tahik kucen setelah ketidak berjayaan Atkin Diet 2 bulan lepas so sekarang I come with simple diet yang tak la strict mana. Dimana tidak la megganggu jiwa sangat bila tengok album-album lama henpon hina yang mak engkau sumpah giler lagi banyak gambar makanan dari gambar diri sendiri. Heh!

Tak caya tengok ni.

Haha. Bodo. Sanggup post cerita pasal makan kerana tekak belagak tetiba teringin nak makan sushi tengah-tengah malam buta begini. Stupido!


Ok. Pemenang ketama jatuh kepada sushi giler tebal RM11.90 tidak termasuk service charge dan tax 15% dari Sushi King. Terima kasih kerana come with sushi yang tebal cenggini eh sampai I dah jadi pengunjung tegar SK sejak 2 bulan lepas. Tahniah Suraya. Fakta : Makan salmon sashimi tidak menggemokkan, tapi kalau sekali makan 2 pinggan = 10 slice atau sekor salmon dewasa dikira macam mana eh?

Pemenang kedua, Salmon Carpacio yang sedap enak lazat berkrim disukai ramai. Eh eh, tadi I cakap tak salmon sashimi I makan 2 pinggan, salmon carpacio sepinggan. Maka tiap kali datang 3 pinggan salmon. Hamek ko! Muntah ikan aku!


Green tea ice cream yang ada krim putar dengan red beans jatuh di tempat yang ketiga. Yang pinggan-pinggan kosong tu sumpah bukan I punyer tau? Tak tipu ni... Benci la kalau semua orang taknak percaya. Ngeeeee :D

Bila nafsu serakah mintak tekak diisi dengan makanan tidak menggemokkan, maka pegi ke Nando's, bajet makan ayam grill tak gemok ni bagus untuk diet. Yang fries dengan coleslaw banyak mayo tu takper la eh tapi?

Dipersembahkan pelbagai kek dari Secret Recipe. Ada Blueberry Cheese, Choc Banana dengan Carrot Cake. Apa barang amek sejenis. Kiter amek 3 jenis terus la, pudat-pudat dalam pinggan. Makan 3 slice baru remaja woh!

Last skali mestilah crepe pisang dengan krim putar dan eskrem vanilla dekat Food Court Level 2 KLCC. Makan sorang-sorang jer tau kalau boleh. Kalau ada kawan tengok kiter makan pastu mata macam nak mengecek, buat taktau jerk kalau perlu pura buta pun takper.. Jangan share jangan share tau? Nok beli!


Tapi... Ni semua makanan dulu la... Sekarang ni pagi I minum shake jer. Nasik dah seminggu tak makan, Diet kali ni biar la slow-slow sikit. Hasil lambat takper, janji konsisten dan berkekalan.

I ni jenis manusia tak sedar diri, bila dah tengok berat dah turun 3 4kg, mula la tak sedar diri makan balik. Kali ni makan baaaanyak punyer...!! Tapi tu dulu la... Tehehehehe. Skarang I dah insap. sudah la kau perempuan gemok, main tipu dekat blog sendiri

Tapi tu la, I insap-insap taik kuceng jerk pasal malam semalam tetiba termakan Dim Sum dekat Rasta. Sedap giler woh sweet sos dia, bubuh sepanda ker apa?

-EnD-

Wednesday, June 23, 2010

Mari Menjamu Mata

I just got back from Delicious Jalan Tun Razak together with my hubby, my friend Rish & Fruz and my foster bro Abg Yut and his girlfriend Adlain. Cey. Tetiba cakap omputih bila makan kt estoran omputih. Geli jerk bulu ketiak. Auuwww...

Ok dah. Tanpa melengahkan masa, mari kiter layan gambar-gambar makanan tersebut. Ni fresh dari ladang ni. Baju pon tak tukar lagik ni. Abang Yut dengan the rest lepak dekat rumah layan World Cup England vs Slovakia pastu berdoa sepanjang masa supaya England kalah pasal semua busuk hati tanak England go to the next level.


Nasik kerabu. Tetiba ada cili padi potong. Mana ko nak carik kat tempat lain??? Ni Rish punyer kerja. Makan la cili padi banyak-banyak, buasir bunga macam I, eh tak sakit perut nanti baru tau

Kira aci tak kalau sambung upload gambar esok, or sambung cerita lain kali. Internet lembap giler woh! Sakit jantung nak tunggu siap download. Nyampah.

-EnD-

Monday, June 21, 2010

Vavi la meggie!

Dugaan sungguh diet hari pertama ni... Tengah-tengah malam buta, lepas minum shake pukul 8pm tadi tetiba tembolok teringin nak makan meggi kari kosong dengan telur sebijik + cili padi dengan kicap cap udang merah. Tak ker kurang hajo namanya tu?

Sesia tengah hari I tadi sekadar makan sandwich dekat O'briens kalo kejap-kejap lagi bedal meggie yang menggoda sanubari dalam kabinet dapur tu. Dah la ada pelbagai perisa dan pelbagai jenis. Nak yang dalam mangkok, dalam plastik hina? Semua ada.

Sabar...Sabar... Gugel jerk la gambo meggie buat lepas kempunan..



Dah. Ni maggie mana plak ni yang keluar dalam google image ni?

Slurp...!! Meggie sebenar

P/s : I Love U (Tetiba)

-EnD-

Sunday, June 20, 2010

Happy Anniversary!

Happy 1 year Anniversary sayang!

Dah setahun dah kiter kawen... Sekejap sangat masa berlalu. I nak jadik isteri U sampai bila-bila boyeh tak? Yang I provoke provoke normal yang biasa I cakap tu, U jangan percaya. Tu semua muslihat suruh U pujuk jerk. Tiada niat lain.

Tapi biasanya U buat bodo jerk. Tengs sayang. Tengs.

Giler ker haper dah dapat suami kacak, baik hati, rajin kemas rumah, pandai main bola sepak, bijak, bekerjaya dan penyayang serta goreng karipap rentung masih jugak nak tinggalkan?

Kiter sama-sama doa supaya Allah bagi keluarga yang harmoni pada kiter yer sayang? Setahun kawen ni kalau ikutkan, masih jauuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi dan banyak lagi yang kiter kena tempoh. Kalau kawen tu macam buah kuih tart, setahun tu baru nak sukat-sukat tepung jerk.

Semoga U dengan I, sama-sama dapat menempuh cabaran dalam rumahtangga dan happily ever after macam cerita Prince Of Persia. Eh tak. Cinderella.

I sayang U sangat.. :) U tau kan?

P/s: Saz kata nak masakkan I untuk our one year anniversary... Tett...! I yang paksa. Hehe. I wonder, apa la yer yang dia nak masak? Good luck sayang! Harap kiter dua tak masuk opistal kerana keracunan bersama. Hehe.

-EnD-

Tuesday, June 15, 2010

Apa ada dengan Arau?

Salam Satu Malaysia. (tetiba)

I baru jerk balik dari Nilai untuk Sukan FRISB hari Hahad kelmarin. Balik-balik rumah terus jerk unpack semua barang and basuh semua seluar tracksuit dengan sependa stokin pasal hari esok (Rabu) nak pergi ke Arau untuk Sukan Felda pulak.

Wah. Bizi sungguh la tugas sebagai atlit kebangsaan ni (petuhui). Sakit badan tak habes lagi pasal marathon 4km hari Ahad, pastu dah ready nak sakit badan lagi sekali pulak. (Bunyik macam hebat kan?)

Marathon hari Ahad aritu I dapat number 6. Menurun lagi 2 tangga. Tahun lepas dapat number 4, tahun sebelumnya I dapat number 2. So, apa maknanya peningkatan number disitu yer kawan-kawan? Adakah mungkin kerana buntot sudah berkembang dan perut sudah berlapis 3? Mungkin.

Terima kasih kepada Sarah dan Intan yang bangun lewat hari Ahad bilamana marathon start pukul 7.00am tetapi 7.15am masih lagi bergembira dan bergelak ketawa sambil mengambil sarapan di hotel dan selepas itu I berlari marathon dengan nisbah kemuntahan yang ya amat tinggi kerana mee goreng masih lagi suam-suam dalam perut dan hampir terkeluar ikut hidung, pastu rasa pedas-pedas jugak kat hidung.

Netball I dapat number 3 dan badminton dapat number 2. Satu pon tadek dapat johan, tetapi masih gembira kerana dapat number 2 tu hadiah dia beg laptop kacak hensem bergaya kaler hitam. Akak suka. Pastu hadiah number 3 dapat purse Polo yang I dah bagi kat Mak Nekmah and hadiah marathon yang larik sampai nak muntah kejar kakak kaki kurus yang kuat kerana menoreh getah dan mungkin berstamina tinggi kerana tiap-taip hari mengangkat barrel seberat 35kg berkesudahan dengan mendapat botol air tuppaware. Nice.

Rasa malu woh nak tunjuk hadiah dapat botol air dekat suami pasal macam menang acara sukaneka darjah 2. Tapi pasal dapat yang jenama Tuppaware, maka redha la sikit. Dulu masa sekolah selalu dapat hadiah gayung, baldi, tempat duduk plastik. Yang gembira mestilah mak. Terima kasih cikgu kerana buat mak I gembira.

..............

Terasa macam masih berbaki rindu pada suami, sudah mahu meninggalkan dia lagi sekali untuk 5 hari. Terima kasih Allah kerana bagi Sazli dalam hidup I. Walau dia selalu buat I sakit hati kadang-kadang, tapi bila dia jauh dari mata, I rasa macam ada seketul batu di dada kerana terlalu rindu dan horny secara tiba-toba.


Rindu yayang demok!

P/s : Kata Syira, ada pembaca blog I dari Arau yang notice I nak pergi sana nanti... Tetiba I malu pulak. Nanti bila jumpa mesti dia cakap I gemot. Takper. Lepas sukan nanti, I nak diet balik pastu kasik kaki kurus macam kakak marathon yang dapat number 1 tu supaya tahun depan I pulak juara marathon. Hnss Hnss. Semangat ni!

-EnD-

Thursday, June 10, 2010

Sokan Sokan!

Adoi. Pijau tangan ni ha. Sungguh-sungguh tadi makan sambal cendawan air mata. Tapi sungguh-sungguh jugak nak apdet blog. Hish. Macam la ada yang rindu pon. Kalau takder pon, aku peduli apa? :D

Ni ha, I nak bagitau... I akan ke Nilai untuk 3 hari. Ada sokan company dekat USIM. I main netball, badminton dengan masuk marathon. Cambiaso, mokcik ghaso cuma marathon jerk yang boleh dapat pulang hadiah.

Netball jangan harap la. Nak-nak pulak Intan yang jadik shooter. Dia dah la pendek. tapi kompiden main shooter. Haha. Ok. Gurau.

Oleh itu, kepada semua.. Selamat mensakit hati. Terutama kepada yang ada tv satu sahaja dan terpaksa berebut-rebut tv nak tengok cerita masak-masak dengan suami yang nak tengok bola. Pasal esok dah start World Cup kan. Jangan harap nak manja ngada-ngada dengan partner, kompem tak dilayan. Buat letih jerk tarik muka.

Lebih baik buat kerja lain yang berfaedah seperti berkebun ker... Kan kan?

Sekarang, terimalah lagu terakhir dari saya sebagai penutup rancangan

*Diam. Semua Diam sambil korek hidung, gentel-gentel, tengok dengan kasih sayang dan jentik bawah meja. Selet dekat lantai.

Ok tak, tadek lagu sebenarnya.

Nak sidai kain dah.

Taktau motif apdet ni ha. Sajer buang masa.

Bye
Kabadi kabadi kabadi

-End-

Wednesday, June 9, 2010

Double Wedding, Double Chin

29hb Mei haritu I ke Melaka untuk pergi wedding kawan Saz, Aishah & Azrul. Lepas tu esoknya ke Shah Alam pulak wedding Ila & Mahadhir. Senang cerita, tak payah dah I nak bersusah payah masak lunch untuk wiken pasal makan kenduri jerk. Suka suka. Kalau tiap minggu pon ada wedding I suka jugak, cuma yang tak suka, pening nak pakai baju mana. (ceh, macam banyak baju sangat baju kau pon)

Setakat pakai lucut, pakai lucut tu dah menjadi perkara biasa. Bila Saz siap mandi, dia nampak I pakai baju lain. Bila dia keluar salin baju kat bilik sebelah I tukar baju lain. Sampai la dah siap-siap semua, dia turun dulu ke kereta, I sempat tukar baju lain. Haha

Yer la kan. Dilema orang dagu 2 macam I ni. Sikit punyer susah nak kasik nampak santek. Tu pasal sekarang pakai baju kurung jerk kalo pergi wedding. Selamat. Pasal kalau pakai kebaya, rugi wooo... Baru makan 2 suap, perut dah kembar 2, eh tak tak, 3. Kau ada?

Otw ke Melaka I bedal tidur manjang. Macam penat sangat, macam malam tu baru balik dari Peperangan Badar ker haper ntah. Padahal main futsal jerk pon. Nasib baik dalam kereta, Hadry ada. Boleh layan borak dengan Saz, I pulak kadang-kadang terjaga bila ada air liur basi meleleh kat pipi. Lap lap. Nanti blusher hilang. :D lepas tu sambung tido. Penting tu tido untuk mengekalkan mood ceria.



Berpura menjadik petite

Padahal gorgon hijau, kaki kena bend kalau tak lagi obvious macam giant. Tu pahsal la ahkak tak suker amek gambar dengan orang-orang cumil macam mereka-mereka ini. Rasa terhina la.


Ooo.. Mesti kalau makan kena senyum tak nampak gigi eh? Hadry warning : Jangan main-main dengan I eh? I pandai main helikopter remote tau? Paling terel dekat Kuantan. Tau?

Pengantin dan bakal pengantin. Yang bakal pengantin perempuan suka kaler pink tau? Kereta pink, baju pink, camera pink. Sependa pon package pink. Oh. Sependa tu I buat cerita. I jahat.


Next, kiter ke Shah Alam pulak untuk kenduri kawen satu lagik. Macam biasa, suasana cuaca teramatlah panas yaw. Nasib baik kereta Saz aircond hebat, kalao naik kereta I, mungkin ada orang yang kena bunuh pasal panas sangat.

Ada eh orang bunuh orang kalo panas sangat? Ke takder? Ke?

Wajib amek gambar dengan pengantin untuk ambik berkat. Eh? Kalo dah kawen pon kena amek berkat jugak eh? Ke tak payah dah?

Tahniah Su. Sazli mengandung 3 bulan.

Pastu terus melahirkan baby sepet comel gebus macam ini. Magik kan kan?

Untuk kedua pengantin, semoga banyak bersabar dalam perkahwinan. Semua dah tak sama tau? Dulu makan sorang, sekarang berdua. Dulu kalau malas masak boleh bungkus, sekarang mungkin malu-malu kalau nak bungkus.

Dulu balik kerja boleh lepak depan TV pakai sependa jerk tak payah mandi, sekarang lepas Azan maghrib dah wajib wangi-wangi.

Dulu kalau masak tak sedap, atau hangit boleh buang dalam tong tanpa rasa bersalah, sekarang kalau masak pizza hanget berkerak berarang pon, kena kasik laki makan jugak nanti laki lapar. Takper, kalau hanget, makan isi kat atas jerk, yang tepung letak tepi. Eh. Tu macam aku tu. Dah kantoi lagik. Bye la.

-End-

Sunday, June 6, 2010

CAK...!!!


Mira mira. Harap Gofur tak baca ni, dan kiter tidak kantoi kerana telah merosakkan payung dia yang menjadik patah lapan itu.

-End-

Cop cop. Update entry busuk cuma nak bagitau pasal payung? Jadik la kan? Dari tadek langsung. Mokcik bizi ni, baru sampai dari rumah kaklong selepas melawat Abg Long dekat IJN, lepas pergi kenduri rumah Mas dekat Sungai Nerek, lepas kemas rumah, lepas makan ayam masak kicap dengan nasik himpit. Wah! Terima kasih mak. Sekarang saya tidak mengidam lagi.

Ok la. Bye. Mau mandi sekarang (tipu), ketiak sudah berbau kerengga bakar (benar)

-Betul-betul End-