Thursday, June 30, 2011

Setia & Usaha Tangga Kejayaan

Phewwww...!! Lega sangat rasa kepala sekarang pasal Board Meeting dah habes. Dah 2 minggu I bizi nak menyiapkan paper untuk Board Meeting. Ini untuk Suku Tahun Kedua punya. *peramah kan I?

Time Board Meeting la I akan bertukar menjadik manusia yang superbly sombong dekat office pasal bila I bizi menyiapkan kertas mesyuarat I akan menjadik sombong secara maksima. Itulah keistimewaan I. Harap tiada sesiapa yang akan menjeles.

Time ni kepala menekun jer pada screen komputer, kadang-kadang kencing selagi boleh tahan, I akan tahan sampai la terkeluar sikit baru pergi toilet. Haha. Naseb baik pakai panty liner. Bodoh ni!**Menahan kencing tidak baik untuk kesihatan.

Biasa kalau time Board ni la, boss I asyik nak hangen satu badan. I pon sama jugak la. Ketar jubor segala nak menyiapkan paper. Dah la boss I sikit punyer cerewet. Semua kena perfect. Tip top! Kalau I print paper, ada setitik dot yang error masa printing pon dia suruh print balik semula.

Pendek kata, 'ewah, nak perfect semua, buat printer sendiri la'. Tapi tu la. Cakap dalam hati jer. Ko giler nak melawan bos???? Tapi bos I seorang yang baik, walaupun selalu jer mengata I gemok la aper la, tapi bila I tanya, 'boss, budak baru tu muda lagi eh? Nanti U mesti nak tukar dia jadik secretary u kan?'

Pastu boss I kata, 'Ehhhh.... Su lagi cantik baik....Takkan la I nak tukar' Hahahaha. Adoi la. Mulut manis betul dia sekarang. Kelakar pulak bila dia cakap macam tu pasal dia ni memang muka takder tokoh langsung untuk menjadik 'orang tua yang gatal'.

Boss check paper yang I buat. Tengok tu, omel jerk, siap ada sorry lagi. Patutnya dekat bawah dia tulis tu, I reply dekat bawah dia, 'its ok Boss.. I maafkan U'

Cantik-cantik kan officemate I? I yang paling tua. *Redha

Muka suci di office. Meh lempang sikit meh!

Seronok sebenarnya kerja Secretary ni. Setakat ni dekat alam maya , I ada kenal dua orang yang buat kerja sama macam I sekarang. FidaGhazi & Filla. Satu persamaan kitorang semua ialah, banyak merepek dan agak senteng. PA/Secretary biasanya memang macam ni eh? Baca la entry-entry dorang kalo tak caya. Tulis ni alip lam lam ha dekat dada ni ha.

Cumanya, dorang hot mama. Gorjes dan kurus. I gemokssss.

P/s: Yang ayat aku semua berbaur skema ni kenapa? Har har harun.

-EnD-

Sunday, June 26, 2011

Chawan Mushi Yang Lazat Yum Yum

Semua orang mesti pernah order bento kalau makan dekat mana-mana Japanese Restaurant kan? Sushi King la to be specific. Since now Sakae Sushi seolah-olah dah macam tak berapa nak ada dekat KL Town ni, so I cerita pasal bento dekat Sushi King jer la eh?

Korang sure perasan, kalau order bento, mesti dapat package dengan Chawan Mushi dengan Yakult kan?

Yakult biasanya I akan minum dengan gembira, tapi Chawan Mushi tu, I biasanya akan jahanamkan dia dengan cara mengkacau segala isi dia sampai dah takder rupa makanan, (lebih kepada rupa muntah bayi) lantas membiarkan sahaja diatas meja.

Dengan kata lain, membazirkan sajer egg custard tu tanpa sedar membazir ialah amalan syaiton. Ishk Ishk. Takmao kawan dengan syaiton. Dia jahat. Jadi, marilah kiter semua membunuh syaitan dimalam Jumaat. EH? APA NI? Haha.

So, dekat entry kali ni, I nak kongsi macam mana cara nak makan Chawan Mushi supaya berasa lazat dan tidak lagi ada pembaziran. Kredit to Nayang I, Wana sebab dia yang ajar I. Sebenarnya memang I tak puas hati pasal, 'Aperhal ko nak ajar taiko sushi makan makanan Jepun.? Biadap!' Tapi taiko jugak kadang-kadang perlu merendah diri. Cey!

Bahan-Bahannya

1. Kena ada Chawan Mushi
2. Nitsume (Sweet soy) - Kat Sushi King biasanya ada 2 jenis soy sauce/soyu. Pilih yang manis. Ok? Paham tak cepgu ajar ni?
3. Mayo

Cara Membuatnya.... Jeng jeng jeng! Mula-mula, tuang la Nitsume tu atas Chawan Mushi. Musti tutup semua dekat top. Pastu mintak abang dekat Sushi King tu, letak mayo dekat atas tu sampai tutup atas dia. Sama banyak dengan Nitsume. Kalau nak sedap, carik abang Sushi King yang hensem-hensem saja macam Shafiq dekat Sushi King Alamanda. Wah!

Macam ni la rupa Chawan Mushi yang dah di letak Nitsume dengan Mayo.

Mix all together and makan la. Serius sedap. I order sampai 2 la... Pasal langsung tak rasa hanyir langsung dah. Nyesal sangat dulu selalu membazirkan Chawan Mushi ni. Cis! Tak pepasal berkawan dengan syaiton dah. Hoh!

Dengan cara ni, kalau ada yang sesiapa dulu tak suka makan Chawan Mushi ni, now anda semua boleh cuba cara yang sama macam I. Sedap woh! Tak tipu ni.

Ahhhhh !!! Bahbee la.. Yang tekak aku nak biadap sangat dan-dan nak makan Chawan Mushi sekarang ni jugak kenapa??? Padahal tadi dah belasah 2 kot? Hello Suraya! Berat tu sikit lagi nak cicah 70kg oi... Tak sedar-sedar ke diri lagi ker? Hummmmmpppppp!!

-EnD-

Sunday, June 19, 2011

Gemok diluar rompong didalam. Itulah Macaroons!

Ooooo... Baru I tau rupanya macaroons ni ada dekat Harrods KLCC. Bagus. Senang sikit nak carik kalau mengidam nak makan. Pasal sebelum ni, kalo nak makan macaroons, kena carik dekat Empire Subang. Either dekat Serai or dekat Whisk. Jauh wooooo dari Ampang.

Dah rezeki CikPuanBunga kot? Kalau nak tunggu I pergi area Subang sana nun nampaknya lapan belas bulan lagi la gamaknya... KLCC dekat ya amat dengan opis I. So, I drop by over lunch. Sesambil mencarik jersey Barcelona untuk budak demok sempena 2nd anniversary kitorang, I singgah la dekat harrods. (Wah, peramahnya I malam ni)

Kesian CPB, dia nak rasa sangat macaroons ni. Dekat area dia, takde menatang ni ha.. Sebenarnya tidak la sedap mana. Dah la rompong je dalam dia. I panggil menatang macaroons ni cookies yang pentipu! Nampak gemok tetapi rompong didalam. Dah la 4 hengget seketul. Nak puas??? Makan 10 ketul barangkali baru puas.

Pheeewwwittttt...

Kat sini, kalau nak beli, kena beli 6 ketul terus. Dan 12 dan seterusnya. Takde der nak beli seketul untuk rasa-rasa. I kasik CPB 5 ketul jer, since lagi sebijik si Intan nak rasa.

Harap, macaroons tersebut selamat sampai dengan bentuk asalnya ke Yong Peng sana tu, Mekalau dah jadik serbuk, harap makan la jugak eh Yatt supaya tidak kempunan. Kaksu ucapkan selamat menjamu selera dengan kata-kata, 'ingat daku dalam doamu'

Yang ikhlas,
Kakakmu.

Pui!

-EnD-

Wednesday, June 15, 2011

Apa sudah MAKAN ?????

Dah lama kan I tak share apa yang I makan lately? Asyikkkk bercerita pasal aktiviti sukan-mensukan tak habes-habes (yang menang tu kan?) Malam ni, I share la sikit-sikit apa yang dah selamat menjadik mukus dah pon dekat sini . Read : Tahik.

Gambar I cantum-cantum pasal segan. Segan woh kalau dah satu entry ada 5 6 7 8 gambar makanan sahaje. Nanti orang kata I kuat makan? Tapi mampos ah. Memang kuat makan pon. Apa yang nak disegankan? Makan kan satu proses kehidupan?? Tak gitu? *Untuk cover rasa segan.

Sedikit angka lagi dah ke 70. Dan I berbangga untuk itu. YES! Sapa dah nak sipi-sipi ke 70, buat tangan macam saya, **sambil buat macam usop wilcha bongoks tu.

Atas, : Spaghetti Carbonara, bawah Spicy Seafood Spaghettini. Yang ni I makan dengan Syira Logo masa balik dari Seremban dekat Delicious. Lepas mengadap jem kat Sungai Besi yang I sebagai co-pilot membuta tanpa rasa bersalah membiarkan Syira drive lantas memaki semua cina yang cuba mencilok dia sehingga obvious racist tu. Ala. Yang lepas game neball yang menang tu. Ingat tak? Meh nak lempang mekalau lupa. Jaga jaga.

Balik je dari Seremban, dari Ahad sampai ke Rabu. I makan dekat Sushi King setiap hari. 4 Hari berturut-turut. Hambek ko! Punyer la dah lama tak dapat makan sushi since bizi dengan kerja sebagai utraman part-time. Skali dapat makan, aku belasah 4 hari terus. Hnss Hnsss.

Must order after this. Soft Chell Crab. Harga RM15 seketul. Kurus je ketam dia. Tapi pasal sedap, lantas mengorder 2. Syira Logo yang perkenalkan makanan ni, as her good friend love this too much! Bawah tu salmon sashimi. Sebelah dia Salmon Carpachio. Tapi kata abang driver opis I, 'Eh, itu ikan SOLOMON' Baiklah abang. Solomon pon ok. Naseb tak Sailormoon. Meh lempang muka tu laju-laju sikit meh?

Mengikut putaran jam, yang kaler putih empat ketul tu nama dia Kani Tama Maki. Bawah dia, 'a must order' lepas ni, Hamaguri Soup. Sedap nak mampos woh! Inzal tros lepas makan. Menggelupur siap. Bayangkan la?. Sebelah dia ialah Salmon Nishoku dan atas skali Chicken Cheese Roll.

Kepada yang baru-baru nak cuba makan sushi/sashimi ni, elok la ambik yang masak-masak jerk macam Chicken Cheese Roll tu. Kepada YnaDona sila ambek perhatian. Lekas sikit belajar makan raw fish supaya Kaksu ada geng.

Btw, Tengs to Syira logo pasal belanja I makan hari semalam dulu tu. Makan dua orang kena RM107.00. Allocate bajet RM1oo. Dasar tamak kan? Haha.

Perghhh! Hot sial ! **Dah 2 kali puji takkan senyap je kot? Pavlova sound nice. Macaroons pon. Mati la. Da 2 minggu menabur janji dengan Cik Puan Bunga untuk mengepos macaroons pada dia tapi masih tidak berkesempatan berbuat demikian. Berdoa Yatt, berdoa jangan henti supaya soon Kaksu mempunya ruang untuk mengirim those macaroons.

DAN, PERSOALANNYA....

Jeng jeng jeng....

Kenapa I panggil Syira tu as a Syira Logo? Agak-agak tau tak kenapa? Hiu hiu hiu (gelak annoying - meh lempang saya sekarang)

-EnD-

Monday, June 13, 2011

Kata menang kan?

Setendet la kan? Kalau game menang memang suka la nak apdet sampai 2 3 entry. Haha. Cuba kalau kalah, satu entry pon takder. Buat macam tak pernah ada game/tournament pon. Dasar!

I stay dekat Alson Klana Seremban ni selama 4 hari, 3 malam. Dari Rabu sampai ke Sabtu. Dapat bilik view swimming pool woh! Bilik besar dan sangat mengujakan sehingga kadangkala terfikir untuk bermain pondok-pondok sahaja. Tetapi tiada partner. Haha.

View dari balcony bilik. Abaikan betis gemok itu. Sangat jeles kepada Syira yang semakin hari semakin kurus. Petua dia, sekali makan sehari jerk. Brunch pukul 10.30am SEKALI sahaja. Pastu tak payah makan dah. Kalo nak ikut dipersilakan. Tapi kalau pengsan, diucapkan padan muka.

Malam first, ada perbarisan. Naseb baik buat malam. Kalau tak, mau lencun ketiak dengan baju 2 lapis bagai ni. dah la jadik pemegang sepanduk Memperkenalkan Kaklong disebelah kanan (macam tak kenal la kan?) dan Syira disebelah kiri. Tahniah kepada Kaklong pasal menang badminton jugak. Abang Long (bil) menang tennis. Wah. Muhibbah giler keluarga I ni. Semua masuk sukan. Menang pulak tu semua. Ni hebat sangat ni. *petir sabung menyabung

Opismet dari HQ. Yan & Abg Reen yang sama-sama masuk Treasure Hunt last time, ingat tak? Dorang masuk futsal veteren. Eh tak la, Bergurau sajer. Futsal remaja (remaja la sangat kan?) Haha. Tahniah dapat number 3. Harap lain kali mendapat juara seperti I juga. Hnssss Hnssss.

Malam dinner yang turn out I menjadik seperti pengantin bertema didalam taman. Haha. Tengok Syira, cantik kan dia?? Harap Syira belanja Sushi selepas pujian ini.

Berjumpa dengan classmate yang sentiasa muda remaja. Si Eddie. Ya. Masih bujang dan masih mencarik. Sila telefon, 017-93996xx *Mood carik pasal on. **Mati la kalau Eddi baca entry ni. Haha. Tak takot pon!

Last but not least, bergambar bersama team dan jugak penyokong dari HQ. Budak-budak bola dan budak futsal. Tengs for the support guys. Terus I berjaya menjaringkan 29 gol. *tipu of coz. Ko giler defend nak jaringkan gol. Giler kuasa namanya tu.

SUFMA di Seremban memberi 1001 kenangan yang indah pada I. Yang mana busuk-busuk tu, I dah buang jauh-jauh. Cita-cita I sekarang ini untuk menjadik manusia yang disenangi oleh semua orang. Buat baik kepada semua selagi termampu. Walaupun dah setengah tahun baru nak berazam macam ni, tapi dikira aci la eh?

Good Luck Su!

Yang Benar,
Siti Suraya **Tetiba ada Siti (untuk memberi effect ayu disitu)

-EnD-

Sunday, June 12, 2011

Menang bukan ukuran. Janji baju sponsor setiap hari bertukar.

Kiter just got back from Seremban ni. Dari Rabu kat sana. Semalam petang baru jer sampai rumah... Kiter penat sangat.. Badan kiter lesu habes ni ha.. Kiter harini kerjanya baring, dan tido jer...

Suami kiter pon tak kasik buat apapa. Dia suruh kiter rehat jerk. Maka kiter mengambil kesempatan untuk tido dan hanya mandi jam 4 tadi. Hebat sangat rasa dapat tido lama-lama macam ini.

Makan? Tapau jerk. Haha. Kata penat kan?

Tapi kiter bangun tido masih jugak penat dan lesu. Habes macam mana ni? Saper yang kena bertanggungjawab ni? Dah la esok nak kerja dah... Tapi bila memikirkan betapa gembiranya kiter dekat Seremban bersama miamor kiter, Syira.. Abang Reen, Bib, Yan, Aidil & the rest, kiter rasa berbaloi la untuk kepenatan ni. DAH LA MENANG PULAK TU UNTUK PERTAMA KALI AKTIVITI SUKAN TAHUN NI.

Haha. Walaupun tidak main full time, mampos ah! Nak gembira jugak. (Dengan kata lain, pemain simpanan still)


Muka sebelum game biasanya memang sesuci lebaran.

Selepas game biasanya memang busuk habes. Syira especially. Itu yang tak sanggup nak pandang kamera tu.

Anak dara tidak elok bergambar diatas tangga. (Ini untuk Bib dan Syira)

Ye, menang. Tu nampak piala kat depan tu.

Game kat Seremban kali ni, kiter rasa memang tak fight at all. Menang semua game. Pulak tu dorang kasik kurang dari 5 point kepada opponent. Ada tu kasik 26-1 pon ada kalau tak silap kiter la. But saper yang tak suka kalau menang kan? Ko giler apa main untuk kalah?

Eh apa ni? Menang komplen, kalah apatah lagi. Yer. Bersyukur ni. Dapat towel besar pulak tu sebagai hadiah. Boleh buat selimut pulak tu pasal besar. Gembira sangat dah ni. Haha.

-EnD-

P/s: Manja tak berkiter-kiter malam ni? Haha. Motip manja-manja selepas away selama 4 hari dari rumah? Rrrraaauuuu!!

Wednesday, June 8, 2011

Pekerja Part Time Jaya Jusco?

Nah ! Saksikan sedikit gambar yang I kidnap dari Blekberi Intan masa buat persembahan choir untuk perhimpunan bulanan tempat I mencarik rejki. Cambiaso, gambar teasing musti up barang sekeping dua. Pastu nanti janji nak masukkan yang ramai-ramai atas pentas lepastu janji tinggal janji. Macam tak biasa kan? Haha.

Sarah : Ko kenal ni? Eh tak. Ni bukan tunjuk penumbuk eh? Tapi ni gaya yang kitorang kena buat time lagu Satu Malaysia by Faizal Tahir yang part 'Genggaman Tanganmu Semangatku Oh Terus Membara...' Paham?

Tundung Fareeda sponsor dari Syarikat. Baju korporat ala pekerja Jaya Jusco juga Syarikat yang bagi. Omel tak Intan pakai tudung? Lekas amek hati kata Omel untuk mengambil hati dia aku kata!

Sekian laporan dari Makcik Kentin. Makcik Kentin akan bizi sampai Sabtu pasal ada sukan dekat Seremban. Bakal meninggalkan suami lagi selama 4 hari. yes!

Haha.

-EnD-

Tuesday, June 7, 2011

Drama di Kampung

Hari Sabtu haritu, I balik kampung secara solo. Secara solo disini ialah membalik kampung dengan menaiki bas secara berseorangan sahaja. Sazli ada kursus over weekend. Padan muka Kesian dia.. Tak dapat nak ikut balik kampung sama.

I memang kena balik minggu ni, or else, kena balik lagi 2 minggu pulak. Bizi manjang. Tak habes-habes dengan aktiviti sukan. Kalau menang takper jugak. Ni semua kalah jerk pon. Tapi, mampos la. Janji ada semangat kesukanan. Kan?

Esok, sampai la Sabtu I akan berada di Seremban pulak. Kali ni harapan agak cerah la untuk menang. I join Felda-HQ untuk kesukan SUFMA. Sukan untuk kakitangan Syarikat I bekerja seluruh Malaysia. Jadiknya, terimalah hidung kembang ini sebagai tanda berbangga mewakili HQ ke sukan tersebut (OO) Jyeah!

Tujuan I menulis entry pada malam ini ialah untuk berkongsi gambar adik-beradik bersama GF dan cucu'snya.. Tapi terbagi intro panjang lebar pulak. Maklumlah, kadang-kadang juga I boleh mentukar menjadi peramah jugak pon... **baca style eric leong

Mak, orang suruh buat flying kiss, bukan muka omel. Hishk. Sian kat Kaklong, muncung habes dah mulut dia. Tu yang depan sekali tu, musti kasik flying kiss senget untuk memberi efek kurus dan berdagu runcing. Ha. Tu yang mana tembun2 macam I tu, nak tiru la tu gaya flying kiss senget ni kan kan? Ko ingat senang nak buat efek muka flying kiss sambil mentahan kentut?

Yang depan skali pakai baju kurung pegang iphone hijau tu paling tak menahan bagi pose. Si Kaseh dah separa bogel. Panas sangat dekat kampung ni. Maklumlah. Aircond takder. Kiter memang tak biasa panas-panas macam ni. *petirrrrrr

Oh, ni yang kitorang berbaju kurung bagai di tengah hari rembang ni kerana ada kenduri kawen dekat depan rumah. Seronok jugak cuci mata tengok kawan-kawan sekolah yang dah lebih 10 tahun tak jumpa membesar dengan kacaknya membuat kerja ditempat kenduri lantas nampak sepsi mengacau gulai dan memasak nasik.

Terus tegur, bertukar FB dan menggelupur tukar profile picture yang paling cantik.

Dasar !!!!

-EnD-

Wednesday, June 1, 2011

Entry Berani Mati Woh !!!

Yer yer. I la tu... Tapayah nak terkejut sangat aih. *cover malu by act garang sikit-sikit. Hahahaha.

Ni masa ni, I waktu zaman sekolah. Tak silap I, masa ni umur 17. Masa tengah tunggu result SPM. Zaman ni memang kening Karisma Kapoor tengah in ke apa ni? Hahaha. Gelak la, gelak la. I relakan dan redha.

Rambut kerinting, kening tebal. Ada misai sikit. Hitam tok sah cakap la.. Siap pakai rama-rama dekat sisi kepala bajet comel macam Amy Mastura ke apa entah. Masa ni I kerja part time dekat Mercu View Resort. Tu lelaki yang I amek gambar tu, pelakon kalo tak silap I. Hairi ke apa entah nama dia. I pon dah lupa. Blasah je amek gambo dengar artis. Walaupon tak glemer, aku peduli apa???

Ani Maiyuni masa ni glemer ok? Ko jangan main-main. Tu nampak kening tebal Sin Chan tu. Jangan jeles. HAHAHAHAHAHAHA


Dan yang paling tatahan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll lagik !!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Remaja cun MANGGA & URTV!!! Hahahahahah. Apa la dalam fikiran I boleh amek gambar selit-selit kaki dekat swimming pool macam ni. Hahahahah. Konon model la kan? Hahahahahahha

Tengs to my second cousin, merangkap kawan baik (BFF) zaman sekolah dulu, Erni pasal tag gambar ni. Naseb baik yang mutual friend sahaja boleh tengok dekat FB. Makanya hanya kawan-kawan sekolah yang dah biasa dengan kening tebal I jer yang boleh tengok gambar ni.

Kalau tak, mau penuh comment box.

Ah mampos la.

Janji dulu I kurus.

Atlis merasa jadik kurus.

Walaupu buruk dan hitam dan kening tebal dan busuk momot bagai.

Bye

Yang Ikhlas,
Suraya S (5 Amanah)
Cikgu fav : Cikgu rap yang ajar geo. Sapa ntah nama dia. Pasal time dia mengajar, kami dibelakang boleh buat kerja sendiri. Tidur contohnya? Haha

-EnD-