Tuesday, March 31, 2015

Colour's By Faiesh

#reviewbychooyaya

Kami sedia menerima pelbagai jenis tempahan pakaian. Ramai juga artis yang telah menggunakan perkhidmatan kami termasuklah Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad, Anzalna Nasir, Jehan Raja Lawak, Sarah Raisuddin, Eira Syazira and Azad Jasmin.
Pelakon Singapura El-Faiza Ulhaq, Gitaris Mojo Dan beberapa orang lagi artis tanahair. Gitchuueeww! 

Ini saya serta kan sekeping gambar buat tatapan pengguna media sosial sekalian.
(Ya Allah apa skema sangat ayat ko ni Faeish? Sabar jer la. Hahaha)



Colour'sByFaiesh Fashion Designer. 
Label : Colour's By Faiesh
RTW : Colour's By Faiesh
Lot 72, Jalan Indah 7, Selayang Indah. 
To purchase please contact [0123787658] - Faiesh

-eNd-

Ozeki with Hana

Assalamualaikum..

Semalam masa I share gambar lunch dekat Ozeki dalam group, Mira terus tak puas hati. Kata Mira, ‘Kenapa kalau dengan Mira Sushi King je? Kalau Hana boleh makan dekat Ozeki?’ Lepas tu Min jawab, kata Min, ‘Sebab Maksu takot kau pau dia la’. (Tenkiu Min tolong jawab. Haha) Lepas tu I jawab, ‘Yerla Mira, Hana kan pakai lawa. Takkan nak makan dekat Sushi King’. Hahaha. Kata Mira, ‘Yerla, Aku macam muka tak mandi sokmo. You wait you wait aku habes pantang nanti’.

Pastu I jawab acuh tak acuh, ‘Yerla, tunggu jer la’. Hahaha. Terus dapat bunguks dari Mira. Mira ni dia jawab nak kompiden je. Lepas pantang la apa la. Sentut jer. Dari dulu pon muka ‘masam busuk’ jer. Haha. Actually Mira memang mandi tapi dia ada masalah muka busuk. Konsep dia, mandi ke tak, muka memang jenis macam mintak lempang je. Tu mata panda tu dah 16 tahun Maksu suruh ‘do something’. Kang suruh pergi Aesthetic Clinic, her husband doctor pangkah plak. Ni nanti Elfie keluar eye cream ko tak beli siap ko Mira.

Lepas tu Mira, fashion rambut kapok Vanida Imran is so last year. Please do major make-over will ya? Potong la rambut pendek kasik fresh look. Mira kan tall? Pinggang ramping, body figure hour glass. Takyah usaha keras sangat dah nampak sexy tapi tu lerrrrrrrrrrrrrrrrrr. Number 1 tu, mata panda tu please Mira? Lepas tu diet. Lepas tu kulit kusam please la disiplin sikit pakai product muka and please potong rambut. Semak dah aku tengok rambut kau. E!

Dah la sampai Mira dah nak habes pantang I tak tengok-tengok lagi Irina Svetlana. (Nama anak Mira Svetlana. Jangan tiru eh korang?). Kata Mira, ‘Woi Maksu, anak aku dah nak masuk sekolah darjah satu dah ni. Bila nak datang tengok?’. Jawapan : Ko dulu tengok Shein masa dia 5 bulan? Apa ada hal??? Hahahahah. Sabar eh Mira, Maksu tengah bizi menyelamatkan dunia ni. Ahad nanti Maksu datang la tengok Svetlana. Pastu nak tengok la kemajuan Mira punya badan. Kata Mira dia hari-hari makan singgang ikan. Tak kurus taktau la. Takper, kiter tunggu Ahad ni.

Panjang pulak intro pasal Mira, padahal nak bagitau Lunch dengan Haha semalam. Seharian pilih tempat nak makan. Dari Chili’s sudahnya ke Ozeki. Naseb Hana kata New Style Sashimi tu sedap. Dia kata sedap, tapi dia makan 2 keping. The rest lagi 10 I yang makan. MUAHAHAHAH. Tapi Hana sangat la kurus. Masa pregnant debob giler, now dia breastfeed baby dia, berat 40-41kg je. Bapak la best. I berat 40kg rasanya masa darjah-darjah kot? Sian I Haha. 


New Style Sashimi. Harga RM78.00
I baru je makan ni, tapi tak pernah jemu sebab ianya bapakla sedap.

Make-Up by Yna Dona

Assalamualaikum..

Haritu I dah share dalam Instagram I Make-up by Yna Dona kan? Harini kiter go for detail skek. Lepas tu I share 18 juta keping gambar hasil make-up Yna dekat sini sekali. Mana tau ada orang Pantai Timur yang berkenan, boleh la guna khidmat Yna. Selain untuk Bridal, Yna jugak offer make-up untuk Outdoor/Studio Photo-shoot and Personal/Group Make-up class.

I dah kenal Yna ni since 2010. Masa tu dia baru berjinak-jinak dalam arena make-up ni. Pernah jumpa pon dekat KLCC. Kecik molek orangnya. I duduk sebelah dia terus jadik gajah. Menyampah. Selepas 5 tahun, I sendiri impressed tengok Yna punya progress. I rasa kalau dia stay KL memang menjadik pilihan artis-artis kot untuk make-up dorang?

Rate yang Yna kenakan ialah RM250-RM350 (tak termasuk transportation charge). Memang worth it untuk bayar such amount. Korang tengok la sendiri hasil make over selepas Yna make-up, meletop-letop You alls. Mesti kebabom masa wedding. Dia pon guna product yang setanding dengan MUA professional Gred A dekat KL macam MAC, Nars, Bobbi Brown, Chanel etc. Yna cover make-up untuk area Dungun, Kemaman, Kuantan, Kuala Terengganu dll. Kalau nak lagi murah, korang amek la package macam nikah, sanding 2 belah pihak sekali dengan outdoor photoshot. Berbaloi-Baloi.

Tapi kalau dapat orang sama area la. Kalau belah pempuan dekat Dungun, belah lelaki dekat Zimbabwe harga package tidak valid. Hahahahaha. Bongok.


Cantiknya...

Monday, March 30, 2015

#Nuffnang8irthday at Zouk KL

Assalamualaikum…

Bebaru ni on 21 Mac 2015, I join #Nuffnang8irthday dekat The Zouk KL. Theme 60’s (Breakfast at Tiffany’s). Sebab dah kata breakfast so event start awal. Pukul 10.00am registration. Pukul 6.00am bangun kemas umah segala zup zap zup zap berkuntau jadik supermom so that bila Sazli bangun kejap lagi rumah dah wangi. By 9.30am dah siap semua, I terus gerak. Pepagi masuk lift berdoa dalam hati, jangan la ada orang. Kang nanti dia cakap I sewel pulak, ‘Ko dah kenapa yang pagi-pagi pakai ala Agogo ni siap liptik merah segala?’ Haha.

I jumpa Filla dekat Parking. Dia sampai dulu tapi taknak masuk sebab dia kata nanti dia macam onggile jalan sorang-sorang. So moh ler gerak sekali. Filla patut pergi dengan Elly tapi Elly pagi tu kena diarrhea teruk, so dia tak larat nak join. Takper Filla, ‘Abang’ ada, Abang selamatkan you. Ok?’ Hahaha. Si Ellis lambat. Pukul 10.00am baru gerak dari rumah. Orang cakap suruh pakai 60’s, dia pakai macam nak pergi opis. Kata Ellis, dia 60’s corporate. Haaa yerla…. Ellis siap kenal dah kawan-kawan blogger dengan staff Nuffnang semua. Macamkan dia yang blogger yang tak tahan tu. Hahaha.


8 is great, Let's aim for infinity!




Ayu, mana tema 60's nyer?


Ok, tukar props dengan Ellis.

Dekat sana, I kena this Fashionita Hijabi Blogger, Syahira Zakaria. Cantik giler outfit. Korang tengok blog and follow IG dia ok? Sebab dia memang pakai fashion yang affordable. Lemah lembut orangnya. I suka giler. Dia datang dengan husband dia. Husband dia come dia punya personal photographer. Molek je bekerja dua orang. Imagine kalau Sazli jadik I punya personal photographer mau sehari I pecat Sazli 18 kali sebab dia memang becinta sangat nak amek gambar and nak ambikkan gambar. Hahaha.

I gerak awal. Tak sempat nak tengok Filla bagi ucapan. Nuffnang jemput dia bagi speech sempena dia sebagai Veteran Blogger. Sampai hati sebut Veteran tau? Filla kan muda jelita lagi? Hahaha. Harini banyak dessert. Memang kencing manis. Segala mala kek macaron tok nenek’s ada. I pulak lapar nasik. Bila emcee kata dah boleh makan zaaaapppppppppp I dengan Syahira beratur paling depan. Hahaha. Perangai sangat. 


Photo taken by Nadhil husband Syahira. Gambar ni I ambik dari Syahira blog.




Kata Syahira outfit dia ni semua below RM100.00, tapi result lawa kan? Orang dah lawa pakai apa pon lawa :)


Dengan Jack from Nuffnang.


Staff Nuffnang on stage


Ellis, Nadhil, Siti Nurhaliza and Syahira
Sam, gambar kite kena kerat kecik je. Sebab I tak sampai hati nak letak gambar besar, Lengan besar gajah. Hahaha.



Pepagi makan ice-cream from Milkcow


Sedap sangat macaron ni.


#Foreblanc


Happy 8th Birthday Nuffnang!

Anyway I had so much fun! Goodies bag best, makan sedap, dapat fe-feeling macam Breakfast at Tiffany’s. Lain kali kalau ada makan-makan lagi jangan malu jangan segan, ada durian boleh jalan. Eh tu dialog dalam Upin-Ipin episode Raja Buah. Hahahahaha. Congratulation Nuffnang for your 8th Birthday! Semoaga terus maju dimasa akan datang and ada office di seluruh dunia!

-eNd-

Review By Chooyaya - Yapplez (Perfume)

#reviewbychooyaya

Assalamualaikum

Siapa nak cuba perfume original reject boleh follow @yapplez. [Dey yapeda Yapplez? - Ni Kaksu yang cakap. Haha]
Yes, ramai je yang jual perfume and harga pun berbeza, tapi trust me. Worth it kalau korang beli dekat sini SEBAB betul-betul bau original. 
Ini betul-betul. Bukan COBAAN. Hahaha.
Yela kan? Kata kalau dah murah takkan la tadek defect langsung?
Maybe cuma botol je ada sikit calar tapi yang penting is quality perfume tu sendiri. Kan?
Kalau rasa perfume tu bau tak sama boleh dapat balik duit in 7 days so tak payah ragu-ragu ok?
Konsep dia, money back guarantee gitu.

 Follow je 


And, kami juga ada jual inspired perfume. Ni untuk yang nak berwangi-wangian tapi bajet sendu sikit and tak berapa nak ada ongkosnya. So maybe boleh try. Ni highly recommended sebab kat office semua dah gila perfume inspired ni. Murah giler ok?



Jangan lupa follow dekat IG and Whatsapp. Takyah malu segan bagan [019-757 0014]
Segan Bagan tu apa Azyan? Ko ni memandai je cipta perkataan baru. Haha.

IG tuan tanah kedaung @azyan_zamry (Sesambil je dia promote diri dia kat sini) Haha

-eNd-

Nadia is off the market - Part II

Assalamualaikum…

Selamat Pengantin Baru untuk Nadia and Faheem yang sekarang ni tengah honeymoon dekat Japan. Tengok dorang upload gambar dalam IG makan hati je I tengok. Makan semua sedap-sedap ok? I bergenang air mata tengok sushi sashimi belaka. Lepas tu sakura pulak tengah nak bloom sekarang ni. Memang cantik. I love Japan! **Tetiba. Haha Anyway, harini I nak share gambar Nadia punya Majlis Pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac 2015 lepas.

Last entry I share dia punya make-up dengan baju kan? This time I share Nadia punya Bridesmaid dengan Hantaran both side. Konsep dia, gambar apa yang I ada jer. Sebab yang ni I snap dari handphone camera je. Tetiba selepas 8 tahun suka dengan Samsung, I rasa I suka iPhone better. Gambar iPhone lagi cantik dari iPhone. Ni S5 ni Sazli bagi masa birthday last year bulan 10. Pakai tak sampai 6 bulan tetiba nak iPhone plak. Acane? Pastu I nak pau iPhone Sazli yang 5s tu, kata dia bak seribu! Hahahahah. Jual murah sikit bang. Sekarang orang semua pakai iPhone 6 la. Hehe.

Hantaran 5 berbalas 7 tapi tetiba jadik 7-7 sebab kata Family Faheem, lagi 2 tu family dia bagi sebagai hadiah. Tengok segala mala YSL, Jimmy Choo, Dolce and Gabbana terus telan ailio. Hahaha. So kami 7 orang angkat dulang. I, Elinor, Azrina, Fyt, Fiza, Jaja and sebab Hui tadek attend wedding kawan dia dekat Sydney so baton bertukar tangan ke adik ipar Nadia yang comel, Ella Ezuana.

I sampai awal sebab kata Bridesmaid? Kena la sampai awal. Hahaha. Masa sampai, tengok ada Fyt, Fiza dengan Elinor yang macam Mak Pengantin sangat dah ada dalam bilik. Wei, best giler la bilik yang Sime Darby provide. Siap ada bathtub segala. Macam hotel 5 star. Si Elinor kan, dia buat kerja zup zap zup zap laju giler. Semua tulis dalam buku nota. Tulis manual. Hahahahhaha. I tengok masa ni Pengapit lagi stress dari Pegantin. Acaner?


Make up by Ayang Kamell
I memang paksa korang yang bakal kawen, amek make-up dengan Ayang sebab dia mekap lawa. Ni dah 8 juta kali bagitau ni. Kalau tak amek jugak, taktau la. Hahahaha.



In the making


Fyt dengan Fiza sampai lepas Elinor. Bagus dorang ni. Memang jenis punctual.


Jaja and Azrina. I tanya Azrina, 'Babe, baju kiter semua size sama kan? Kenapa you punya macam singkat sikit? Lawa! Kenapa I punya labuh?' Lepas tu Azrina cakap, 'Babe, you tengok la ukuran dada I, sebab tu you punya labuh'. Terus I jalan seret kaki. Hahahaha. 


Rambut blow tu Jumaat petang by Lavinas. Sesambil je iklan. Hahaha. RM25.00 je you alls! Dia blow memang tahan lama. So, jangan lupa pergi Lavinas and now pon dorang ada buat promotion 40% untuk semua jenis facial. Pergi sekarang aku kata!


Kasik chance please?

Kitorang sebok-sebok tengok Ayang Kamell mekapkan Nadia. Tak lama lepas tu Jaja pon sampai and bila quorum Bridesmaid aka Gadis Pengangkat Dulang (Gadis? Walaupon. Haha) dah complete, so Fiza sebagai ketua pasukan sorak Bridesmaid pon dah kecoh kelapa ajar macam mana nak angkat dulang siap ada count 1 2 3 la, bend kaki la apa la, hantaran pegang paras dada belah kanan la segala. I layankan ajer. Tapi macam biasa, mana la I nak boleh serious. I rasa Fiza berbulu je tengok I masa ni. Hahahaha.

Hantaran dari pihak Perempuan kepada pihak Lelaki







Hantaran dari pihak Lelaki kepada pihak Perempuan






I amek dulang tu pastu bend kaki kiri kanan and buat macam tarian sirih junjung siap angkat atas kepala 1 2 3 4 5 6 7 8 pusing kiri pusing kanan sebijik macam mana kitorang menari tahun 2010 dulu. Hahahaha. I suruh dorang semua buat macam tu, dorang kata I giler. Hahahahha. Lepas tu kena ukur, sapa pendek depan. Sapa tinggi belakang. So paling depan ialah Ella, sian dia pendek. Tapi takperla. Sebab baju dia kan lain, so dia kira ketua la. Hahahaha.

Lepas Ella is Jaja, Lepas tu Elinor, Fyza, I, Azrina and blakang skali Fyt. Fyt la paling tinggi sebab tu BF dia Spanish (padahal tadek kena mengena dengan ketinggian pon. Haha). I seronok la doing this job. Si Fiza tu macam emak-emak sangat OMG. Sekejap suruh pakai kasut, sekejap tak. Ha, gaduh la korang kat situ. I teruskan dengan acara tarian sampai Ella dah senak-senak perut ketawa. I tengok yang belah lelaki relex je. Tadek pon nak susun-susun belaka. Konsep dia, sapa tua kat depan, sapa muda kat belakang.

Kitorang masa masuk hall nikah nak letak hantaran, count 1 2 3 and  letak hantaran. Lepas tu count 1 2 3 bangun. Count 1 2 3 baru jalan keluar. Tersusun sangat. Fiza mesti bangga kan dapat organize kitorang lawa and tersusun macam ni? We doing good girls! Hi -5!


Minus Elinor. Masa ni dia tengah bizi kehulu-kehilir. Kata Mak Pengantin? Haha.



Yay. Complete!

Lepas dah setel dengan tugas hantaran, kitorang duduk la tunggu Nadia dinkahkan. Gambar lain, nanti I sambung Part 3 OK? Tapi bila semua dah setel rasa macam missing la. Nanti InsyaAllah Sept baru Nadia buat dia punya reception. Lambat lagi! Dah tetua macam ni baru rasa enjoy jadik bridesmaid. Hahaha. Lawak betul. Oh. Pada yang tanya baju beli dekat mana, kata Nadia dia beli dekat Ampang Park. Dekat mana pepandai la korang carik sendiri.

So stay tuned untuk next entry ok? I tengah hangen dengan agent Prudential ni. Dah la call paksa-paksa suruh amek insurance dia. I cakap I dah ada 3 insurance, so nak kena ambik jugak lagi ke? Kata dia, kalau dah ada 3 4 insurance pon bagus Alhamdulillah. Tapi yang ni kiter nak bagi untuk tujuan penghargaan. Kalau penghargaan bagi la free. Kan? Dah la call hari-hari. Hangen pulak aku. Eeee menyirap ok???? Taknak laaaaaaaaaaaaaaaa. Jangan paksa boleh tak????

-eNd-

Review By Chooyaya - L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum

#reviewbychooyaya

Assalamualaikum
L’AROME - Apple Stem Cell Slimming Serum
Nak kurus tapi kuat makan and malas exercise? Tadek hal.
L’AROME can help you!
Jangan nak jeling-jeling skrin, cucuk mata tu kang.
Baca dulu!
Tidur pun boleh kurus uolls. Janji konsisten sapu L’arome and ikut pantang larang yang dia bagi.
 Sapa rasa nak kurus tapi kuat tido disarankan sapu L’arome.
Let L’arome do their work time kite lena diulit mimpi.

Apa kebaikan produk ini?
- Untuk turunkan berat badan.
- Untuk kurangkan inci/cm atau ukurlilit badan.
- Untuk hilangkan selulit.
- Untuk hilangkan stretchmark.
- Untuk meminimakan sakit senggugut. Ada yang dah hilang senggugut bila sapu L'arome.
- Agen pelawas. Berkesan untuk kebanyakan pengguna yang selalu sembelit.

- Untuk ratakan perut.
- Untuk cantikkan permukaan kulit akibat selulit dan stretchmark

Produk ni berkesan untuk siapa?
- Yang nak turunkan berat badan.
- Yang nak kurangkan inci/ cm.
- Yang nak kurangkan lemak di lengan, perut, paha, pinggul dan lain lain.
- ibu yang berpantang selepas bersalin. Lepas 2 minggu dah boleh start berl'arome.
- Yang nak firmkan perut selepas bersalin atau pertambahan berat badan.



RM 385 je untuk 4 botol.
Masih murah kalau nak bandingkan dengan Slimming centre punya harga.
Mudah. Berkesan. Hebat !!
Nak tengok testimonial lain and info lain?
Pm/call – [0125977398]

-eNd-

Friday, March 27, 2015

Kaklong, Bakso dan Ayam Hempap

Assalamualaikum..

Macam I cakap dekat entry tadi yang kitorang makan kat Nandos tu, I cakap Kaklong pergi Bandung kan? I pesan dekat dia 1 je, 'Kak, jangan lupa amek gambar makanan tau? Nanti ko update dengan aku'. Makan. Itu yang paling penting. Hahaha. Kaklong pon menurut perintah je. Habes semua gambar makanan dia bagi. I yang tengok ni telan je la ailio.

Kata Kaklong, bakso dia kalau makan memang lain dengan yang dekat Malaysia. Mee kuning dia lain. Lepas tu takyah makan dengan sambal kicap pon dah sedap. Kata Kaklong sedap sangaaaaaaat Dik! Teringat dekat Mak, De dengan nko dik. Aaawww sweet Kaklong. Makan sedap terus tingat Mak and Adik-adik. Suami dia tak ingat pulak. Haha.


Bakso dia. Nampak pon dah tau sedap. Tu yang gemok kaler putih berenang-renang tu tauhu ke apa? Ya Allah kekejaman apakah ini?

Review By Chooyaya - dulce.ttob

#reviewbychooyaya

Assalamualaikum
Nak cerah? Jerawat? Jerawat batu? Jeragat? Parut? Kusam? Kedut? Berminyak? Open pores?
Semua masalah kulit boleh settle. Tadek hal. Menda boleh bawak bincang. Hahahaha.
Jom kita ber'facial' di rumah.
Produk jenis mild sesuai utk kulit sensitif.
Made in France uols. Ko ada?

Harga? RM19 je.  SANGAT MURAH
Minggu ni diorang bagi VOUCHER RM5. 
Wah !! Jimat ni.


Follower setakat ni dah mencecah 6.5k tu!
They looking for Dulce Agent. Boleh la kalau nak tambah duit poket
Mana tau nak pakai baju raya Zery Zamry tahun ni?
WhatsApp [011-21232033]
Email [dulce.malaysia@gmail.com

-eNd-

Intan, Diet and Nando's!

Assalamualaikum..

Intan semenjak dua menjak ni kemain diet. Makan nasik taknak, minum air manis pon taknak. Sekarang dia minum air mineral je. Makan pagi pon telur putih je eh? Ko mampu? Makan tengahari ikan singgang semata-mata. Eh jap. Tu Izzy! Hahaha. Dia kata dia gemok. Tak boleh makan banyak. Perut kembar lapan. 

Hari Isnin lepas I bawak bekal nasik dengan sambal air mata and telur. Biasanya dia la menggelupur nak makan. Skali masa tanya tuari tak sempat habes ayat dia dah letak telefon. Kwahaja. Kata dia, dia kena kuat. Kali ni kena betul-betul. Tak boleh main-main dah. Yerlaaaaa. Kiter tengokkan berapa lama dia tahan tapi I agak semenjak 31 tahun lepas, inilah diet Intan yang paling serius.

So, bersesuaian dengan diet Intan maka tengahari semalam kite tiga orang makan dekat Nandos. 3 orang je hari semalam, tak cukup corum sebab Adik Dyba mc 2 minggu. Kena chicken pox, berjangkit dengan Sophie anak dia. Dah tetua baru nak kena chicken pox. Comel sangat ni. Hahaha. Kaklong pulak ada dekat Bandung sekarang ni. Dia pergi jalan-jalan dengan kawan dia. Kata dia taknak shopping apa pon. Nak makan puas-puas je. Kiter tengokkan macam mana nanti. 


Ni Intan punya. Dia amek kepak ayam sampai ke dada. So besar la portion ayam dia. Dengan grilled veggies (cecece) and coleslaw.

Review By Chooyaya - Nor_Suehada

#Reviewbychooyaya

Assalamualaikum...
Meh I nak kenalkan korang dengan 1 IG ni.

Sape-sape yang kaki online shopping IG NI WAJIB FOLLOW OK?
 @nor_suehada 
 Berbaloi sangat-sangat. Confirm takkan rugi punyer. Sapa yang nak beli tapi rugi, ye dak?

Korang takyah susah-susah nak follow banyak IG lain untuk shopping.
Sebab apa? SEBAB!

Dress / Skirt / Subah 
Barangan Baby & Kanak-Kanak
Pakaian Baby
Pakaian Lelaki
Produk Kecantikan & Supplement

Senang cakap macam-macam ado. 
Mak Bapak je yang tadek. Haha.
Nak tau ape lagi?? 
Meh follow

@nor_suehada @nor_suehada @nor_suehada

Harga semua mampu milik terlajak murah !!!



Please PM/WA/telegram me for quick respond 
[017-2573783]

-eNd-

Thursday, March 26, 2015

Readers dan Nasi Goreng USA

Assalamualaikum…

Dari kelmarin I asyik gelak je melayan reader-readers yang email nak amek slot Free Review dekat IG dengan 1 short entry RM50.00 tu. Macam-macam perangai memasing. I cerita dengan Ira pon meleleh-leleh air mata gelak. Hahahaha. Wei tapi ramai giler kot yang amek Package B? Cukup la duit tu buat tambang kalau nak pergi Korea guna Matta Fair punya rate. Hahaha. Selalu I up entry, komen mana nak ada sangat. Sendu ok? Kekadang 1 2 je. Ingatkan tadek yang baca. Sabar jer la.

Anyway, just untuk korang punya information. Sehari I akan masukkan review dalam blog 2 entry je. IG pon sama. Taknak banyak-banyak nanti readers bosan pulak nak baca kan? Publish by first come- first serve basis tau? Sapa cepat buat payment maka zappppppppp terus masuk list. Entry lain macam biasa I akan up jugak. Kang korang rindu I pulak. Ke tak pon? Takyah jawab.

Mana yang suruh review hal perangai budak office yang jilake nanti tau? Tunggu dulu. Masa tak mengizinkan ni. I bizi menyelamatkan dunia sekarang. Hahaha.

Ada sorang readers ni dia nak mintak review. Tapi I tengok tadek pon kasik tau nak jual apa. I tengok dia punya signature email kerja Microsoft. So I tanya la, dia nak jual computer ke? Hahahaha. Terus gelak guling-guling member atas lantai. Pastu Si Faiesh selenga, orang dah cakap 1 gambar je. Dia siap kasik 8 gambar lepas tu caption tak menahan, ‘Ini saya sediakan beberapa gambar untuk tatapan pengguna media sosial sekalian’. Siap ada smiley kat hujung lepas tu I reply, ‘Tak payah nak beberapa gambar sangat la. Kaksu nak sekeping je’. Hahahaha. Kata dia, dia tak focus sebab tengah masak. Pon boleh.

Ada yang sorang ni, dia dah bank in lepas tu dia cakap, ‘Pasal details tu, bagi saya pikir jap isi penting nye supaya jelas, padat dan terangsang..kahkah..’, I pon jawab, ‘Wow, malam ni malam apa?’ Hahaha. Terus tepuk dahi dia. Kata dia, dia dah tau Shein dapat perangai dari sapa. Ada yang sorang ni pulak, Follower IG je ada 65k ok? Bukan sikit. Siap dah featured dalam Nora Danish punya IG tapi email I cakap excited giler email I sampai rasa nak muntah. Boleh? Hahaha

Apa-apa pon I nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang nak collaborate dengan I. Apapa hal kalau tak paham jangan memalu nak tanya, I memang suka jawab soalan pon. Kata peramah? Anyway, semalam I makan Nasik Goreng USA dekat Kerisik, belakang JJ Setiawangsa. Bapak la sedap! Kaklong order Meggie Celop pon sedap. I rasa tu la Maggie paling sedap yang I pernah makan dalam dunia. Gambar Kaklong tak send plak. Dia ada dekat Bandung sekarang, Jalan dengan kawan-kawan dia. Eeee I takot kot nak naik flight sekarang ni. Malam tadi pon ada crash plane jugak. Nauzubillah.


Nasi Goreng USA Kerisik

Sapa yang tau dekat area mana jual Meggie celop lagi, kasik tau I ok? I nak try jugak.  BTW, esok I bawak Shein tengok Ultraman dekat Genting. Show pukul 4.00pm, lepas tu terus stay dekat One World Hotel. Sesapa ada kat sana jom la date. Oklah. Tu je nak citer. Kbye.

P/S : Kepada yang dah pos barang and dah book slot untuk promo yang kaksu buat, korang kena sabar menanti eh? Sehari Kaksu masukkan max 2 je dekat blog and IG. Taknak banyak-banyak sangat sebab we go for quality not quantity. OK? Cecece.[Kasik chance please?]

-eNd-

Review By Chooyaya - luni_collection

#Reviewbychooyaya

Assalamualaikum
Korang gila handbag? (Tak payah jawab pon takper hahaha)
 Jom follow IG ni.
SEMUA READY STOCK. 

Harini order, harini buat payment, harini dorang ship out

Esok lusa zaaaapppppppp dah ada depan mata
Lepas tu boleh dah boleh lompat bintang

Harga start dari RM30.00
MANGO start from RM30.00
Charles & Keith start from RM90.00

SELALU ADA CONTEST simple-simple dan FREE GIFT.
Follow Ok? Mana tau dapat free gift ke?






Follower luni_collection je setakat ni mencecah 63.5k!
Ramai tuuuuuuuuuuuuu

Pernah future dalam Nora Danish Instagram (Perrrghhh)
Usually IG Shop yang follower ramai ni ialah trusted seller
Since 2009
WhatsApp / Telegram [011-21232033]
WeChat LUNI_COLLECTION
Email [luni.collection@gmail.com]

-eNd-

FIKCLES Cakes!

Assalamualaikum..

I ni peratikan ajer perangai Huda ni. Kecik besar kecik besar je I pandang dia. Hari-hari dia upload gambar kek dalam IG dia. Sentut betul. Hahaha. I dah bergenang-genang air mata each time tengok dekat henpon. Tau jer la, kekadang bila datang Fikcles, I mesti makan nak banyak jer. Sampai 2 3 jenis entrée. Sampai tadek space anymore untuk dessert. Nak lompat-lompat setempat nak padatkan dalam perut also cannot eat anymore. Tapi time waktu-waktu macam ni, tengok Huda masukkan gambar kek rasa nak jotos jer dia. E!

Minggu depan I nak datang la Fikcles. Nak kena datang jugak! Tak boleh jadik. Dah sebulan lebih kot tak pergi? Sazli tu je yang selalu pergi. Dia kalau tingin jer zaaappp dah sampai Fikcles. Opis dia dekat area Subang so macam tak jauh sangat la kalau nak ke TTDI. Haritu kata dia, nampak Elly dekat sana. I tanya Sazli, ‘You hensem tak tadi?’. Sazli jawab, ‘I macam ni je la. Biasa jer’. Alololo. Of coz la you hensem. Kalau tak hensem I tak nak la you. Ok. Salam.

Malam tadi I garuk-garuk kepala sebab uban pendek kalau tumbuh kan gatal? I tanya dia, ‘Papa, you gatal kepala tak uban tumbuh?’ Nak tau dia jawab apa? ‘I tadek uban. So tak gatal’. Confident sangat! Hahaha. Padahal uban dia tu ada yang sama panjang dengan rambut dia kot? Hahaha. Sorang lagi yang confident ialah KakYus. Dia masukkan gambar dia dengan kawan dia dekat FB lepas tu caption tak menahan, ‘Like yang ke-100 akan dapat makan bersama Kakyus, Suraya dan Huda di Fikcles minggu depan’. HAHAHAHHAHA. Nanges I gelak. Dia ingat kitorang ni artis la yang ada orang nak makan sama?

Dah la selepas 24 jam, ada 16 like jer kot? [Ok. Tanam kepala dalam tanah]

Anyway, disebabkan I taknak only I sorang jer yang meroyan tengok kek-kek Huda yang dia letak dekat Fikcles, so I nak share dekat sini dengan korang. Dengan ucapan, ‘Marilah kiter merana bersama-sama’. OK? Kek-Kek Huda ni memang sedap. Sapa yang pernah makan, tau la macam mana. So takyah cakap banyak, jom check it out!


Chocolate Cake With Cream Cheese and Ganache



Red Velvet


Banana walnut with cream cheese frosting and butterscotch drizzles


Chocolate Cheese Cake with Belgian Dark Chocolate and Butterscotch


Victoria Sandwich


Lemon Cake with Ganache, Swiss Meringue and Lemon Curd


Chocolate cake with peanut butter frosting & shaved chocolate



Red Velvet Cupcakes


Chocolate cupcake with chocolate butter-cream frosting and drizzle butterscotch


PB and Chocolate Brownies


Double Chocolate Brownies and Rocky Roads


Bread Pudding with Vanilla Ice-Cream


Caramel Cheesecake with Crushed Cookies


Chocolate Cake with Peanut Butter Frosting

So, acane? I agak dalam ramai-ramai orang yang baca ni, Rish la yang paling merana. Sebab dia tu minah teringin. Jap lagi kang ada jer la dia bagi dalam group, ‘Korang, jom malam ni makan kek dekat Fikcles’. Confirm! Hahahaha. So pada sesiapa yang tak pernah lagi pergi Fikcles, korang kena pergi ok? Selain dari kek-kek ni ada macam-macam lagi makanan sedap dekat sana yang I kongsi dekat sini and sini. And kalau nak order kek untuk birthday, wedding or any function Huda still buat. Korang contact je dia sendiri dekat Huda punya Facebook. Bagitau korang reader’s Chooyaya nanti Huda kasik discount. Ok. Yang ni I memandai. HAHAHAHA.

FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885

-eNd-