Friday, November 30, 2018

Villaku Residence 2018 - Part II

Assalamualaikum..

Berakhir dah kitorang punya Vacation 3D2N dekat Villaku Residence Kuantan. Now I tengah baring dalam bilik dekat Rocana Hotel Kuantan. First time duduk sini, OK laaaa. Ala-ala Cathayana Hotel jugak. Hotel baru, bilik spacious tapi takde Swimming Pool, Rate dalam RM250.00 macam tu untuk per night. Memula tadi tengok The Zenith, tapi I fikir esok nak check out awal, takde plan nak pergi Swimming Pool etc so takyah la spend banyak sangat for hotel. The Zenith harga lebih kurang dalam RM350.00/nite macam tu la. I pon tak biasa sangat dengan hotel kat Kuantan ni. Ada la duduk a few hotel dekat sini macam Grand Continental, Vistana and Shahzan Inn. I macam tingin sangat nak duduk Boutique Hotel tapi each time mesti gatal Google pasal Boutique Hotel lepas tu ubah fikiran sebab takot Momok and tersaiko sebab kata Yatie kalau hotel bukan-bukan nanti badan naik gegata hahahaha. Lepas tu Cikgu Ros pon cakap sama jugak. Dia kata, dia pernah duduk Boutique Hotel yang dekat Shop Lot, lepas tu bangun pagi habes kaki gatal-gatal semua taknaaaaaaak. Eeee imagine nanti kalau keluar gegata besar-besar dekat kaki sebesar penampar kokodai macam mana? I kenot. Kitorang tadi berpisah lepas makan dekat Go'Bang. John stay dekat rumah kawan Cikgu Murni. Apit pulak pergi rumah kakak dia dekat sini jugak. Paklah sekeluarga terus ke Kelantan sebab ada sedara dia ke sapa entah kawen, lepas tu terus gerak baik Kedah. Lusa dah nak pi Medan 5 hari. Sakan bejalan depa. Cikgu Khairi pulak tadi dari Villaku terus gerak ke Melaka sebab ada Majlis Nikah adik Nadirah. So semua dah buat hal masing-masing la and kitorang continue duduk Kuantan for one more day and InsyaAllah esok lepas breakfast kitorang akan gerak balik KL. Boleh je nak balik terus tadi sebab Kuantan - KL takde lah jauh mana tapi saja je lah kan take our sweet time here. Dah sesekali sampai Kuantan lepak la lama sikit. Tapi duduk Rocana ni memang betul punya relax. Takde dah nak keluar malam ni pergi Tanjung Lumpur etc sebab P E N A T. Dinner semua I dah siap tapau dekat Kuantan City Mall (depan je dengan Rocana ni) so malam ni rehat je la dekat hotel. Meanwhile I compile semua gambar untuk this trip, kita layan la dulu gambar makanan yang kitorang makan sepanjang berada dekat sana. OK?


Ni first cooking kitorang dekat sini. Konon first day sampai nak masak simple-simple je, tapi tetiba eh meriah pulak. Punya meriah sampai Lunch pukul 4.00 petang hahahaha. Ada Gulai Ikan Duri, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar and Sambal Petai Air Mata. Sup Ayam untuk budak-budak takde dalam gambar.

Thursday, November 29, 2018

Villaku Residence 2018 - Part I

Assalamualaikum..

Sorry dah dua hari I tak update blog. Ada yang rindu I tak? Ke tak rindu pon sebenarnya. Ok tak payah jawab. Hehe. I, Shein and Sazli semua down with fever.. Dah la plan nak ke Villaku Residence dengan kawan-kawan Teknik Kulim Saz ni since forever, punyalah frust tetiba demam pulak. Shein a day before kitorang bertolak pon suhu naik sampai 40 macam tu and Saz bawak dia pergi jumpa Dr Adrian on Tuesday. Dr Adrian bagi permission untuk holiday tapi first day tak boleh mandi swimming pool lagi (tapi ko ghaser?) Hahahaha. But today, Al-hamdulillah he's getting better. I pon dah macam OK sikit ni, cuma tekak je la tak berapa sedap. Bagus jugak tekak tak sedap ni kalau tak possibility nak makan banyak memang sangat tinggi. Yerla, makan ramai-ramai ni memang best. Anyway, kalini kitorang ke Villaku Residence dengan John, PakLah, Cikgu Khairi and Apit semua with family. Pidaus memula nak join, tapi cancel pulak last minute sebab ada hal lain. Kitorang akan berada di sini  from Rabu - Jumaat and maybe akan continue lepak Kuantan pulak sampai la Sabtu. So Sabtu lah baru balik KL. Kalau jadik duduk Kuantan, I nak makan dekat Kula Cakes la. Dah lama tak makan Mango Cheesecake dekat sana. Anyway, I update ni live from Villaku la. Gambar dah ada banyak tapi I masukkan sikit-sikit la eh? Ni sebenarnya depa tengah buat sukaneka dekat luar, tapi anak I biasalah... Suka buat bebal. Memula OK, bila nak start game tetiba eh moody. Lepas tu daaaaah kitorang berdua je dalam Villa ni layan Tobot, why????? T____T Kata Shein 'I don't want go outside, it's very hot, Danger!' Sejak bila pulak taknak main panas kan? Kalau dekat Sekolah tu, time rehat bukan main lagi berminyak-minyak main bola tengah padang takpe pulak. Hahahahaha. Tadi last acara untuk Sukaneka is for Mak Pak pulak. Lari Ikat Kaki Couple. Macam biasalah I menang. Kata bebudak ni depa bagi chance je kitorang menang sebab takot I nanges kalau kalah. Hahahahaha. John cuba menipu dalam game tapi biasalah yang kuat ngelat ni susah nak menang hahahahaha. Oh, kalau korang perasan, this is my 3rd time here. Memula dulu pergi dengan Shariffah, lepas tu kawan-kawan Apartment on 2016 and latest dengan bebudak SMKT ni lah. Ni pon si Aliah dengan CT dah menyebut nak datang sini lagi, InsyaAllah sampai la kami ke sini lagi tahun depan. Kalau ada member card, kitorang dah layak dapat Platinum Card dah ni.



Kau masih cantik, seperti dulu..... Saat pertama ku jumpa denganmuuuuuuu. Tetiba nyanyi. Hahahaha. Takde apa yang berubah sangat except furniture dia ubah tempat and katil dia ada cadar baru. But still cantik tempat ni, sama macam dulu.  I datang first time debab, second time kurus, 3rd time debab balik. Hahahaha.

Monday, November 26, 2018

Masak Ape Tu?

Assalamualaikum..

I dah 5 hari kot macam tu flu and demam on off. Takde la sampai tak larat. Boleh lagi nak berjalan meladi semua (hehe) tapi badan ada la dedar and tekak rasa tak sedap sikit. Adoi… Tak sabar nak fit and enjoy makan semula. Now rasa macam nak makan Sup Ekor Thailand yang masam-masam tu sedapnyaaaaa… I nak Sup Ekor dengan Boost All Berry Bang extra Strawberry and Heinz Sweet Gherkin. Nak kena beli la ni kejap lagi dekat KLCC. Time tekak tak sedap ni memang nak makan masam-masam je. Hope bukan Denggi la sebab badan I pon actually ada rasa lengoh-lengoh ni. Tapi kalau Denggi I memang dah melepek dah, ni OK pulak berjalan sana-sini hehe. So InsyaAllah tak Denggi la tu. Lusa I nak pergi Villaku Residence Balok dengan kawan-kawan sekolah Sazli masa Teknik Kulim dulu hope cepatlah sihat. Nanti tak dapat la nak enjoy-enjoy sangat. Depa dah atur program macam-macam dah ni. Siap ada Sukaneka lagi. This time I nak try activities yang ada dekat tepi pantai tu. Tu pon kalau fit la. Kalau tak fit, duduk je la mengenang naseb ditepi kolam. Huwaaaaaaaa. Actually ni kali ketiga lah I dengan Sazli datang Villaku. Mungkin akan jadik keempat sebab Aliah dok menyebut teringin nak kesana. Ni dah kategori layak dapat member price dah ni. Hehe. Dorang plan nak masak macam-macam. Si Sazli haritu macam suruh masak Nasi Dagang. Adoi. Mana la I pernah masak Nasi Dagang. Dah la yang nak makannya 5 family macam tu, buatnya nasi mentah ke ada yang makan kaki je ni kang hahahahaha. OKlah, entry ni I nak share resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas dengan Nasi Goreng Putih. Telur dadar dengan Ikan Tenggiri Goreng pon ada ni masuk gambar. Nak jugak resepi ke acane? Hahaha. Actually Ikan Tenggiri ni Simaa yang tolong belikan dekat Bentong. Dah siap potong dah. I tak ingat berapa kelar ada. Tapi cukup la stok seminggu makan untuk kitorang anak-beranak. Plan asalnya untuk Shein, tapi haritu I bekalkan dia Gulai Ikan Tenggiri, kuah je dia makan. Shein ni kalau Ikan Tenggiri, kita suapkan dia makan. Tapi kalau suap sendiri taknak makan. Eeeee geram je. Dia tau tak kesusahan emak beliau hari-hari bangun pukul 4.30am nak masak gulai dekat dia? Grrrrrrr.


Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas.

Friday, November 23, 2018

Sedapnya Telur Sotong dekat Yaseem

Assalamualaikum..

Macam tak boleh lagi nak get over kesedapan makan dekat Yaseem semalam. Nasi Kandar woo hoooo!! I rasa lagi sedap dari yang dekat Pelita. Tapi Pelita KL la. Bukan Pelita Penang. Yang Pelita Penang tu kwahajaq punya sedap, memang tak dapat la nak lawan. Dari Isnin Kaklong cakap pasal Telur Sotong dekat sana sedap. Bak kata Pakcik Cina yang bawak Uber tu, 'air liur dah berpusing-pusing dalam mulut'. Hahahahaha. I know some of you yang read this tak suka makan Mamak Nasi Kandar like this tapi kena la cuba dulu.  Kasik variety sikit makanan yang kita nak cuba and nak makan. Actually satu masa dulu I pon tak suka jugak tapi once dah try macam jatuh cinta pulak. I ni semua boleh makan. Japanese, Korean, Western, Pakistani, Mamak. Chinese, Italian, Melayu semuaaaa I bedal. Tempoyak, petai also I makan. Ikan Sungai, Ikan Laut semua ON (kecuali Talapia yang tu cannot sebab phobia). Telur + Kicap pon selera. Takde hal. Senang nak jaga I, untung Sazli. Hahahaha. But dulu masa pergi Europe, 3 hari makan spaghetti I dah nak nanges dah sebab kat sana Spaghetti dia tak sedap macam dekat Malaysia. Yang tu lain cerita lah but semalam I rasa happy sangat dapat makan Yaseem sebab lepas ni nak makan Nasi Kandar sedap, KL pon ada woo hoo!!! Seronok sangat ni. Hahaha. Actually kitorang nak makan dekat Kudu bin Abdul tu tapi queue panjang giler. Kalau tak boleh minum air 3 layered tu, but takpe there's always next time kan? Yang kelakarnya masa on the way nak balik dari Yaseem ke Office Wisma F kan kitorang kena lalu kaki lima dekat Jalan TAR tu lepas tu Kaklong cakap 'Tak sangka sekarang kita jalan kaki berpeleseran dekat Jalan TAR ni' HAHAHAHAHA. Lepas tu ada yang reply dekat DM Instagram I 'Kaksu, siannya, dulu lepak KLCC, sekarang Jalan TAR'. Eh, shadapyu! Hahahahaha. Sini best apa? Ada Nasik Kandar haaaaaaaa (pujuk hati).


Nasi Separuh, Kuah campur takmau banjir, Telur Sotong + Ikan Bawal + Bendi. Kena RM19.00 pundek mahal! Hahaha. Kata Kaklong sebab Ikan Bawal tu mahal.

Thursday, November 22, 2018

Selamat Pengantin Baru Fakhri dan Suhaili

Assalamualaikum..

21 Oktober lepas, I pergi wedding Fakhri and Suhaili. Selamat Pengantin Baru Fakhri. Fakhri ni ex-officemate I lepas tu adik kepada Faiz Rashid kawan I. 2 minggu sebelum wedding Fakhri Faiz dah bagi kad. Wedding dorang buat dekat Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Masa datang tu pengantin tengah amek-amek gambar lepas tu Faiz terus ajak duduk dekat VIP table. Yayyyy dapat makan sedap! Tachiu Faiz. Tak lama lepas I sampai, Abang Reen, Aini and Fiza pon sampai. Ramai jugak officemate I datang. Bebudak FGV pon ada. I bukan kenal sangat pon orang hahahaha. Dah lama giler tak jumpa dengan Faiz dengan Farah. Kitorang konsep perjumpaan setahun sekali time raya. Hahahahah. Tapi takper, jauh dimata dekat dihati. Dulu masa Faiz kerja kat Jakarta, ada la kekonon plan nak pergi sana. Lepas tu sampai la dia dah balik KL, dah pindah sana semula pooooooon tak sampai-sampai Jakarta lagi jugak. Now memang kitorang tak gerak kemana-mana sebab Saz busy dengan new house. Lagi dah nak siap ni, laaaagilah dia stressed and weekend pon dia habeskan masa dekat sana. Takperlah, worth it kan? Haritu jumpa Farah, OMG cantiknyaaaaaa!! Masa a month before ada jumpa main netball sama-sama. Friendly je, saja suka-suka. Dia ni bila yang nak gemok and tak cantik pon I taktaulah. Tapi dia selalu cakap dia gemuk. I rasa ni lah masalah pempuan, always feel fat. Yang lelaki pulak, sah-sah badan debab, perut maju kedepan lagi ngaku hensem. (Faiz) HAHAHAHAHAHA. Lama jugak kitorang lepak dekat wedding Fakhri, Shein pon suka la ada ramai nak melayan dia. Farah kang kejap hantar kuih, hantar eskrem, bebetul rasa special ni. Hihi. Balik dari wedding Fakhri, kitorang terus ke KLCC sebab Sazli nak makan Molten Chocolate Cake. Maaaaaakan lagi. Aduh... Mana la badan tak naik. Kuat makan manis semua, tapi bila badan naik complaint.



Cantiknya Farah.. Kata dia, baju dia macam lari je tema and tak match sangat dengan Faiz. Belasah la. Bukan dapat markah lebih pon. Janji cantik. Tak silap I, baju ni by Jovian.

Wednesday, November 21, 2018

Recap #chooyayamasak

Assalamualaikum..

Tak lama dah nak bulan 12 kan? Tak sangka pejam celik eh dah hujung tahun. Macam I, rasa excited lebih la bila nak hujung tahun ni sebab InsyaAllah nanti bulan doblas dapat la masuk new house. Macam-macam dah berangan untuk new house. Nak main masak-masak berangan macam cerita masak-masak Jamie Oliver lepas tu I nak bake a cake. Buat Brownies bestnyaaaa. Nanti birthday family or kawan-kawan rapat, I je la buat cake. I know cita-cita I begitu tinggi walaupon bukan sekali failed ye baking cake? Berkali-kali sebab buat cake ni memerlukan kesabaran. Macam I buat Pavlova failed, buat Brownies pon failed. Kah kah kah. Macam Pavlova tu, bila siap masak, kita tak boleh keluarkan terus. Kena biarkan dalam oven and bukak pintu oven tu selama 2-3 jam sampai dah sejuk baru boleh bawak keluar tapi sejenis Suraya tak menyabar, siap je bake, 30 minutes dah bawak keluar apa laaaaagi, mendap la Pavlova tu lepas tu jadik liat sampai terasa eh aku ni makan Pavlova ke makan dodol? Yang Brownies pulak, actually kalau nak buat, jangan rushing and tau nak cepat siap. I pulak masa tu buat pukul 11.00pm mata, dah mengantuk. Makanya macam biasa I naikkan suhu lagi 20 lepas tu bijak pakai api atas bawah bajet nak cepat masak. Cepat memang cepat sebab hanget. Campak dekat ayam, ayam pon tak sudi nak makan kah kah kah. Tapi tu duuuuuuulu masa darah I muda. Ni dah tuwe, maybe la sabar sikit so InsyaAllah I yakin projek baking I akan menjadik. Nanti I nak buat Cupcakes dengan Shein, lepas tu nak buat Muffin and nak buat Choc Chips Cookies sendiri. Ya Allah, tak sabarnyaaaaaaa. I cakap kat Saz I nak Oven besar. Yang boleh masuk sekor Ayam Belanda senang I nak baking nanti. Lepas tu I nak tanam sayur. Nanti bila nak makan ulam, bukak pintu belakang zaaaaaappp terus petik. Waaaaa. Bestnya. I ada la suarakan dalam Group Family pasal ni, lupa classmate masa Sekolah Menengah dulu dah jadik anak buah lepas tu Eddy cakap 'Ko kalau nak tanam sayur, jangan nanges pulak kalau tak jadi ke, kena langgar biawak ke'. Eh pundeeeeek! Hahahahaha. Adoi. Tu pon I saspen. Sebab I jenis committed. Buatnya pokok I mati ke, tak hidup ke, takot moody pulak nanti but takpe, we give a try. See how. Mana tau sekarang I lebih matang dan kurang manja. Kaaaaaaan?? Oh, meanwhile, harini I nak recap masakan I lah. Boleh?


Dyba, sandwich ni senang je la nak buat. Roti sapu dengan mayonnaise lepas tu renjis black-pepper and letak chicken/turkey slice, salad and cheese. Siap!

Monday, November 19, 2018

Shein, Kaklong, Intan, Mondis eh Semua ada lah!

Assalamualaikum..

Hari Selasa lepas I cuti sebab nak setel banyak menda. I ada appointment dengan Dr Abdul Jamal – Ortho dekat Gleneagles, lepas tu nak repair Shein punya iPad and nak cari Pyjama untuk Shein sebab esoknya dia ada Slumber Party at School. So dari pagi – petang tu memang pack la time I. Shein pulak tetiba ajak tengok movie masa dekat KLCC tu, so kitorang sampai rumah dah pukul berapa. Sama macam kerja jugak… Dekat gelap baru sampai rumah. Nak buat kerja Part Time Power Rangers Kuning pon tak sempat. Actually bagus kalau bizai ni, sebab takde masa nak fikir bab-bab yang buat kita sedih ke, yang serabutkan kepala ke. Ye dak? Sama konsep dia kalau badan dah terlalu letih, tido je. Takde masa nak fikir pasal hantu nak kacau ke sebab I ni sejenis penakot nak tido sorang. Mula la fikir, ni kalau aku pejam mata ni, sure jap lagi hantu datang tenung la apa la. Kalau kaki terkeluar dari selimut pon I fikir, ni nanti mesti hantu datang kuis, bangang giler. Hahahahaha. Pagi tu macam biasa lah, I hantar Shein pergi sekolah and dari sana terus ke Mondis Jalan Genting Klang untuk hantar iPad Shein yang rosak screen ni. Kedai pon tak bukak lagi, so memerap la dalam kereta layan perasaan. Yang screen iPad Shein ni memula dia kelabu, lepas tu macam TV takde signal, last sekali terus kelam. Memula I gigih taknak repair sebab geram dekat Shein ni, iPad dia sorang je dah berapa banyak dah musnah tapi kata Sazli, sian pulak Shein takot mata dia sakit pulak tengok screen macam tu so repair je la. Mondis ni actually ada dekat Ampang Point jugak tapi sebab I dah janji nak datang yang Jalan Genting Klang so I pergi je la dekat sana. Kata Cina Mondis tu, actually nak pergi yang Ampang Point pon OK je. Cis! So I deal dengan dia kata nak ambik iPad I nanti dekat Ampang Point je, so takyah la I datang yang Genting Klang. Susah la nak dapat parking, lagipon yang tukang jaga parking ni muka seram je, takot I. Haritu iPad Shein yang lama, sampai sekarang tak repair sebab nak kena tukar motherboard ke menda entah. Kalau nak tukar motherboard tu kena RM350.00 and haritu pon yang LCD Screen tu pon kena RM350.00 jugak. Tengok lah nanti kalau merajin, I repair jugak la iPad yang lagi 1 tu. Sakit jiwa pulak tengok menda rosak tak di repair. BTW nah, I share address Mondis ni. Yang Ampang Point, kedai dia dekat Level 1, depan Hokkaido Cheese Tart. OK?

Mondis
272, Ground Floor, Wisma Mutiara Genting,
Jalan Genting Kelang, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur
No Phone : 03-6732 6449 


Shein excited nampak Si Adrieyl haritu dekat Sekolah. Ya Allah debabnya engko Shein.

Friday, November 16, 2018

Kenangan Dulu-dulu


Assalamualaikum..

Pepatah Melayu ada berkata Seperti Mencurah Air Di Daun Keladi’. Tetiba keluar falsafah ni. Ko dah kenapa? Hahahaha. I tingat kisah pasal Daun Keladi ni waktu I kecik dulu. Dulu kan masa kecik, I memang jenis mengikut je mana De I pergi. Dia berkawan, I nak ikut. Dia tak redha tu I mengekor mana dia pergi tapi kang nak cakap tak boleh ikut, Mak mesti marah. I know De semak dengan I. Yerla kan, dia dah besar mesti lah nak berkawan dengan rakan sebaya tetiba eh ada pulak adik mengekor dekat belakang. Acaner nak citer pasal crush? Masa dari Sekolah Rendah lagi I mengekor mana dia pergi. Kekadang ikut dia pergi Pekan Sari (Pekan Sehari) and also masa Hari Sukan Sekolah. Semak la dia. Tak cukup masa sekolah I mengekor dia, masa dulu kerja dekat ALPS pooooon I sebok nak kawan dengan dia. Hahahaha. Paling bengang De kalau I kerja satu shift dengan dia dulu. Eleh, eksyen kan? Tapi bila I dah masuk kerja Office, I dah tak mengekor dia la taaaaaapi ada jugak la waktu-waktu dia dating dulu, I mengekor jugak. Malam dia kawen, I tido luar bilik  dia sebab sedih kena tido sorang OMG fikir balik, memang I ni merimaskan kakak-kakak I and agak annoying la. Anak bongsu dia memang clingy sikit. I nasihatkan kepada mana-mana kakak yang terpaksa bawak adik berjalan tu, sabar la… Nanti esok sama-sama dah tua bila ingat balik, sure jadik kelakar. Masalah kena handle adik ni, bukan De sorang je yang alami tapi I believe raaaaamai lagi yang face annoying time with little sister. Macam Along anak buah I yang Askar tu, dia hari-hari kena ironkan baju Ayang, Dah la Ayang menipu. Along penat ironkan dia baju, dia boleh pakai, tapi tak pergi sekolah. Tido bawah katil. Hahahahahaha.


Ada kisah antara I, De dan Daun Keladi

Thursday, November 15, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part VI

Assalamualaikum..

Dah sebulan dah birthday I, jangan disangka takkan ada dah entry, nampaknya masih ada. Aaaaaaahahaha. Balik kerja tu singgah umah Bapak sebab Mak request suruh datang. I tau dah sure ada makan-makan and cake ni. Sekali sampai, memang ada cake coklat, Nasi Beriani Udang and siap ada bunga lagi atas meja. Kata Mak, dia gubah bunga ni and buat simbolik 3 kuntum bunga putih dengan 7 kuntum bunga merah sama dengan I punya umur awwwwww so sweet. Time tu Shein tido, so kitorang je la berempat ambik gambar and makan-makan. Sunyi pulak bila Shein tido ni. Tapi kalau dia bangun, birthday ni akan bertukar tangan jadik dia punya birthday lah. Bukan birthday I. Hehe. Shein sekarang kan ongtueeee sangat. Kalau I sampai rumah Bapak nanti dia panggil I datang kat Maktok and Baba lepas tu cakap ‘Baba, Matok ni Mama. Mama, salam Baba, salam Matok’. Sambil dia ikut dari belakang macam Guru Besar make sure I salam both. Ewah, dia pulak suruh kita salam semua hahaha. Shein ni memang such a sweetheart sangat tau? Dah besar dan debab sangat dah dia. Sazli selalu pesan ‘Mama jangan marah-marah Shein tau? Dia ada perasaan dah sekarang ni’. Kalau I balik dari kerja dia bagi salam dari dalam rumah (Dia yang bagi salam) lepas tu cerita la apapa. Kadang-kadang mengadu. Selalu now sakit kaki mintak urut. Paling best bab urut, dia selalu nak Abah dia. Sekarang mendengar kata banyak la sikit. Suruh slow kan volume iPad now mau la dia mengikut dah. Banyak baik dah dia now, good boy sangat. I rasa sekarang macam I dah ada new best friend. Now, keluar berdua dengan Shein pon I dah OK Cuma makesure duit kena ada namblas juta la haha. Sedih pulak nanti new house, Shein ada bilik dia sendiri. Macam mana nak tido bepelukan sebab kita best friend. Now kalau tengok movie dekat cinema pon kena peluk pegang tangan semua. Anak I romantic lah. Adoi, rindu pulak dekat Shein. Tapi sekarang ni kan entry birthday I, ko tengok senang je dia nak hijack I punya entry. Cis!


TQ Mak and Bapak for the cake. Sedap! Cake sekarang memang kena coklat la, sebab Shein suka Kek Coklat. Tak kisah la birthday sapa, cake flavor kena apa yang dia suka. Fine.

Wednesday, November 14, 2018

Ada lagi Ke Corset? Eh Adaaaaa!!

Assalamualaikum..

Ramai yang whatsApp tanya, ‘Kaksu, Corset ada lagi tak?’ Jawapan : ADA and tak pernah takde. Lepas tu tanya nape dah lama tak share dalam Blog? Jawapan : Malas. HAHAHAHAHA. Pon boleh je. Actually now, ramai customer dari Instagram je sebab I pon buat swap review dengan IG Shop yang lain kan, so hari-hari ada je order masuk. So bila order ada je, mulalah ada eksyen sikit, malas dah promote dalam Blog padahal lupa orang yang order ni pon ada dikalangan Blog Readers jugak. Hehe. I dah dua tahun kot dengan HOC ni. So selama 2 tahun nil ah jadik pengguna tegar Corset and Bengkung Ramping. Hari-hari WAJIB pakai. Sebab tu la menda dua ni di panggil waist trainer sebab bila kita pakai consistent lama-lama memang akan ada shape pinggang no matter how tebal kita punya babat or lemak tetek dekat pinggang tu. I panggil lemak dekat pinggang tu, lemak tetek. HAHAHAHAHA. Bongok. I tau nak buat satu-satu menda tu susah nak konsisten termasuk la pakai Bengkung and Corset tapi kalau dah menjadik kebiasaan, bila tak pakai rasa macam tak complete je. I memang dah immune orang cakap pakai Corset/Bengkung ni body fake, nanti bila tanggal menggelebeh jugak ewaaaaaaaaah sesedap rasa je berkata-kata eh? Ko nak gemok sorang, taknak ada body, biarkan lah dekat situ sorang-sorang. Lepas tu lagi nak sakit hati kat kita yang FAKE body ni. At least ada la usaha nak kasik nampak shape. Macam experience I sendiri lepas bertahun pakai dedua jenis waist trainer ni, memang nanti nkorang akan perasan, body lebih kemas. Pernah la sekali I try tak pakai bengkung masa pakai dress cotton yang ikut body, tengok-tengok eh, not bad. Of coz la bila pakai corset/bengkung akan nampak lagi kemas but at least lemak-lemak tu takde dah terjojol. Dua tahun tau pakai? Bukan pakai 2 hari lepas tu tanya bila nak ada shape T____T Macam I sendiri yang konon-kononnya tauke Corset ni, I pakai memang lanyak sampai lembik and koyak la, then only I change to new one. Biar pakai kasik berbaloi. Macam Bengkung Ramping ni serious TERBAIK lah. Sebab ada hari I pon macam malas nak pakai Corset (tengok pada jenis baju lah). Pakai hari-hari at least 8 jam sehari but makan tahun la baru I tukar lain. Bapak la berbaloi. Ada jugak customer I yang dah pakai Corset, dia pakai pulak Bengkung. Puas hati katanya.



Ni gambar latest I ni. Time ni pakai Bengkung je, tak pakai Corset sebab plan nak makan banyak. Hahahaha. Actually kalau pakai skinny jeans, lagi cantik pakai corset. So far berat I memang tak lebih 62kg la (Timggi I 161cm). Pernah la lupa daratan masa Raya naik berat badan banyak tapi lepas tu consistent balik bercorset/bengkung. Sebab masa raya kan open house semua I nak enjoy makan. So taknak pakai but memang affect la. Ko tau bila tak pakai waist trainer ni kemain seronok la makan. At least with Corset/Bengkong if kita pakai, nanti kita akan rasa tak selesa bila makan lebih and kita akan stop. Itu je trick dia sebenarnya.

Tuesday, November 13, 2018

Ayam Gepuk Pak Gembus

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu actually I tak plan pon nak makan Ayam Gepuk Pak Gembus yang tengah viral sekarang ni sebab dari review semua cakap beratur lama giler, susah nak dapat seat and restoran panas membahang. Lagipon kata Nik, dia pernah nampak line beratur panjang giler  tengah panas siap pesan dekat I 'Jangan nak mintak makan dekat sana eh? Beratur lama. Panas'. Cis!! DITAKDIRKAN hari Ahad haritu, I nak beli sayur dengan ikan dekat Pasar Chow Kit (cecece) and mintak Nik tunjukkan gerai Ayam Penyet yang dia selalu bungkuskan I tu (sebab Isnin nak makan dekat sana), so lalu la kitorang dekat Keramat. Sekaaaaali nampak restaurant Pak Gembus ni dah bukak la wei. 11.00am dah bukak maka sebagai seorang yang pantang dengan Ayam Penyet maka I pon terus la tukar plan dari nak pergi beli Ikan kepada tapau Ayam Penyet! Hahahaha. I memang lemah sikit dengan Ayam Penyet, sama la dengan Izzah. Tak tetap pendirian langsung. Nik park kereta agak jauh lepas tu bapak la panas wei Keramat ni. Dalam restaurant dah full and orang dah ramai yang queue. I tengok la sendiri cane dorang lenyek cabai tu jadik sambal. Memang ngeri wei cabai dia. Terus dalam kepala terbayang buasir bunga kelopak 7 hahahaha. Ada 3 bekas kayu depan kaunter sambal tu. Yang 1st one memang lada semata-mata. Masa tak makan dekat sini lagi I dok imagine mesti yang lada banyak tu super pedas punya sambal tapi sebenarnya yang tu is 1st process untuk buat sambal. It's cabai yang sedang melalui proses yang pertama. Kata Nik, 'kena bayar gaji lebih la orang yang tukang lenyek sambal ni' I pulak imagine bukan-bukan. Dah la dia lenyek tak pakai glove, sekali lepas tu nak terkencing haaaaaa mau pijau! Hahahahah. Masa nak bayar sekejap je, tapi nak menunggu tu almost sejam wei. Naseb la tak lapar sangat time ni. Kalau menunggu time lapar mau I terbalikkan je semua sambal-sambal tu hahahaha. Kerusi and meja yang Keramat punya branch ni pon agak limited. I rasa at one time, tak sampai 30 orang pon yang dapat makan. Naseb baik I tapau tapi I rasa, makan dekat restaurant la baru feel. Ada kicap, boleh tambah sambal. Makan kat rumah kena redha je la dengan apa yang ada kat dalam tu.



Tu nampak ada 3 bekas kayu tu. Yang paling hujung tu is kacang tanah punya adunan. Macam Kuah Pecal pon ada. 

Monday, November 12, 2018

Birthday Ani and NZ Delicacy

Publish : 14/11/2017
Re-Publish : 12/11/2018


Throwback sikit last year punya entry... Happy Birthday Ani!
Assalamualaikum..

Office I now party je. Harini makan free, esok makan free lagi. Untuk minggu ni takde pulak tu birthday sesapa tapi semalam boss I baik hati belanja satu office makan Pulut Kuning sempena dengan anak dia tengah ambik SPM. Thank you Boss! Belanja selalu la, InsyaAllah murah rezeki. Macam last week on Friday, kita buat Potluck sempena birthday Kak Ani and Atiqah. Saja je suka-suka. Mintak contribution Boss sorang sikit, lepas tu daaaaaaaah dapat buat makan. Kata Dyba, dia organizer. Hahahaha. Haritu kita buat brunch la. So menu ialah Nasi Dagang and Nasi Putih (Sebab ada Ongtue nama Intan tak boleh makan pulut – angin) and lauk Gulai Ikan and Gulai Telur Kelantan Style. Lawan dengan Sambal Cuka + Jelatah. Pastu kuih kita order Seri Muka Durian and Kuih Koci sebab tak boleh nak move on dengan dua-dua jenis kuih ni dari Nz Delicacy. Masa petang tu Boss I tanya ‘Esok takde Ayam ke?’ Daaaaaaaaaaah kacau. So malam tu kitorang bincang dalam Group lepas tu I tanya la Nina (anak Tauke NZ Delicacy) boleh ke nak order Ayam Gulai? Terus dia cakap ‘Kaksu, BATU BELAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH’. Hahahaha. Ala, sorry la Boss. I tanya je. tak boleh kalo, takper la… Pastu Nina jawab ‘Ok, Boss Besar cakap boleh. Dia kataaaa naseb baik Siti Nohaliza order. Last minute pon boleh buat’. ALHAMDULILLAH. Thank you Kak Pah sudi layan Su.. Hehe. Su tak bersalah. Bebudak ni yang request suruh order jugak. Segan nak susahkan sebenarnya tapi kita cuba nasib. Naseb baik dorang boleh buatkan so esok ada 3 la lauk. OMG Sedapnyaaa Nasi Berlauk oii! Punah diet.            


Gulai Ikan Tongkol – Kelantan Style.

Saturday, November 10, 2018

Assemoga Intan Part I - Caffe Abnomal

Assalamualaikum...

Happy Birthday Intan! Assemoga!!! Sorry lambat update. Dah 2 minggu dah kejadian birthday Intan ni tapi I pon busy je menyelamatkan dunia, tak sempat nak update. Anyway, ni baru Part 1, I nak share tempat kitorang celebrate Intan punya birthday ni dulu. Nanti gambar lain, dalam next entry la eh? Dalam pada taip entry ni I rasa sedih jugak sebab this is kali terakhir celebrate birthday Intan under one roof sebab start 1st November haritu Intan and Izzah dah tukar department. Maksudnya dah tak sama company la. Let say lepas ni ada makan-makan ke, sukan ke, joget ke dekat office I (kalau ada lagi la) maknanya Intan dah takde. Fikir memang la sedih, terasa jugak I sebab among us, kitorang la paling lama kerja sama-sama. Biasa mana ada I, situ la ada Intan. Vice versa. Teringat sama-sama berbual toilet sebelah-sebelah update current situation, berangan dekat meja, makan sama-sama dekat pantry, gaduh berebut makanan time ada jamuan etc of coz I feel missing. 10 tahun kitorang kerja sama tempat dari hitam sampai la sekarang bila ekonomi dah kukuh sikit maka kulit pon bertambah cerah. Dari pergi kerja pakai baju kurung asal boleh now dah tambah collection dalam wardrobe. Time flies sangat... But takpe, I taknak fikir bab sedih je. Intan bukan mati pon. Still boleh jumpa time lunch.. Cuma sekarang susah sikit nak jumpa sebab I tak pindah office lagi. Still dekat Menara F. Company lain dah pindah new building dekat Jalan Raja Laut. InsyaAllah lagi 2 more months, kitorang akan get back together. As for now, dah promise nak jumpa twice a week macam tu. So far memang always kitorang jumpa. Walaupon sekejap-sekejap. Hari semalam dapat jumpa Izzah, Kaklong and Intan dekat Avenue K with Dyba sekali, memang happy sangat. Dyba pon ketawa keluar suara jantan. Dia tu kalau dengan I tetiba jadik pendiam, macam tade menda nak borak tapi kalau dengan Izzah and Intan kemain lagi T____T. Izzah pon tukar jugak department tapi dia happy je nampak tu. Hahahaha. Untuk Intan, Kaksu hope Intan hang on there. Kena tough and as time goes by Kaksu yakin Intan akan dapat adapt dekat tempat baru. Soon, Intan akan rasa happy sebab dapat learn new thing with new friend at new place with new environment, InsyaAllah. Most important, kita semua will always have our back and will stick together as ONE. OK?  Dah macam lagu pulak hahahahaha. Drama lebih laaaaaaaaa. Pindah department je pooooon. Bukan migrate pergi oversea. Ceh!


Happy Birthday Intan! Untuk Intan punya birthday kitorang laaaari jauh dari KLCC and buat dekat Caffe Abnomal, Platinum Walk Setapak

Friday, November 9, 2018

What's Cookin? (Memacam jenis resepi sandwich)

Publish : 8/2/2018
Re-Publish : 9/11/2018

Assalamualaikum..

Now ada orang tu tengah rajin masak pagi-pagi dekat rumah, so kita layankan aja sebab rajin masak ni dia macam seasonal. Suka masak bulan ni, belum tentu bulan depan rajin lagi hahahahaha. Kalau sampai pemalas dia kekadang sebulan takde masak apapa. Kah kah kah. Macam malam, Sazli memang taknak makan unless dia ada exercise macam Run or Muay Thai class so dia need some protein + carbs makanya I prepare la salad or simple sandwich. Since dia tak makan malam (untuk elakkan dia dan isteri dia makan beria) I prepare la breakfast. I enjoy do this for Sazli’s breakfast. Bangun 5.00am everyday tapi takde pulak ngantuk dekat office. Sesekali do marketing beli salad and bahan basah dekat Cold Storage or Isetan, I sukaaaaa! I kan kalau tengok sayur nanti mata berkaca-kaca je hahaha. Experiment beli salad yang rare untuk Sazli makan (padahal I pon tak sanggup) rasa macam bring happiness and joy to me. Once a week I buat la lauk-pauk melayu untuk Sazli. Tak boleh everyday sebab nanti gemok. Sazli kekadang pesan takyah bekalkan dia, dia taknak makan nasi. Tapi I bekalkan jugak, tetiba ada WhatsApp masuk ‘Mama, sedap giler! Papa makan sorang habes!’ Dalam pada taknak, lincheeeeen. Kan ke seronok tu bila orang appreciate apa yang kita buatkan untuk dia? Pasal bekalkan sarap ni sebenarnya I suka tengok boss I hari-hari wife dia buatkan sandwich or bekal breakfast pergi kerja. Tapi sandwich dia I tengok simple je la, takde beria pokok-pokok macam I sangat. Kekadang  wholemeal bread sapu dengan peanut butter je but dia balut dengan cling wrap nampak interesting. I memang beli cling wrap, brown paper bag yang macam orang letak goreng pisang tu and a few type of bekas sandwich macam yang jual dekat hypermarket tu sebab senang for packaging. Bekas-bekas kalau kasik yang lawa sangat kekadang dia tak kembali ke pangkal jalan so beli je yang recycle or pakai buang. Senang. Moh tengok apa yang I dah masak dalam seminggu-dua ni. Gigih sangat amagad.


Harini I buat Kebab Minced Meat.

Thursday, November 8, 2018

Rawatan PRP Paling MURAH di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Harini I nak share my experience buat PRP dengan Dr Hanafiah yang I buat last month 2 days after my birthday. Dah dekat sebulan, dah nampak result, then baru la I share sebab I nak tengok dulu apa kesan dia after I buat PRP dekat muka I ni. Taknak la kasik review penipu buat harini, esok dah tulis review lagipon NI REVIEW IKHLAS AND BUKAN PAID ENTRY. Hahahah. Tetiba garang. Macam mana I boleh nak buat and sapa yang pengaruh I? Jawapan : Aliah la. Hahaha. Dia dok sebut banyak-banyak kali 'Maksu, cousin aku buat PRP muka macam telur kena kupas Maksu. Punyalah licin.... Aku nak buat lah kalau ada budget'. Cakap sekali gua boleh la bertahan, dah kalau cakap ulang-ulang mana la aku nak tahan. Hahahaha. I memang ada baca pasal procedure PRP ni dari Aesthetic Clinic yang I follow dekat IG semua. Memang nampak menarik la tapi bila tengok harga macam tak sampai hati pulak hahahaha. PRP bukan murah tau kalau nak buat? Sazli sendiri pernah buat PRP untuk rambut dia and cost dia dalam RM3,000.00 macam tu and I tau result dia memang superb and tak boleh nak doubt. But you know RM3,000.00 ni bukan la murah untuk orang-orang macam I yang  'kais pagi makan petang' (bak kata Intan, dia peribahasa memang selalu failed). So terpadam la hasrat untuk I buat PRP ni. Rasa macam takperlah, natural beauty pon OK apa. Sambil nanges tengok wrinkle dekat ekor mata dah makin banyak sebab dah tuweeeeee sob sob nanges tepi bucu katil. But, you know apapa yang Allah susun tu ada je la hikmah disebaliknya. Around awal tahun masa I dok study pasal Shein and masalah speech delay dia tu, through this one Paed ni, I boleh kenal dengan Dr Hanafiah. Takde pulak kitorang cakap pasal PRP until I follow dia dekat IG and nampak sebenarnya dia ada buat PRP ni dengan harga murah tak masuk akal. Terus mata I berkaca-kaca kegembiraan and rasa YESSSSSS kalau macam ni punya harga memang I akan buat PRP every alternate months la. Woo Hoo!! Since I memang busy menyelamatkan dunia sebab part time Power Rangers Kuning sebok berpolitik, bersukan bagai. Dari awal tahun only last month je ada chance untuk buat PRP ni and lepas sebulan dah tengok result rasa menyesal, kenapa yang I tak buat awal-awal? Kalau tak mesti I dah Nur Sajat dah sekarang ni hahahaha. 


OK. Procedure dia ialah, Doktor akan ambik darah kita dalam 12 - 18 mls depends untuk keperluan and dekat mana yang kita nak focus buat PRP ni. Jangan risau darah hilang sebab total bloods dalam badan kita ialah 5,500 mls. Takot tak? Eh mestilah I takot cucuk-cucuk nak ambik darah ni tapi nak cantik tak? So kalau nak cantik shadapyu!

Wednesday, November 7, 2018

Costume Party and Diwali Assembly

Assalamualaikum..

Minggu ni Shein cuti sekolah seminggu Ya Allaaaaaaaaaaaaaah rasa macam puas sangat tido. Kunci jam 6.00am, pukul 6.20am baru bangun. Time Shein sekolah jangan harap la nak bangun lambat. Tak bangun 5.30am, alamatnya Shein pergi sekolah makan kaki je la. Dah la seteressss hari-hari fikir nak masak apa. Ni minggu depan back to normal routine la. Huwaaaaaaa. But the best thing is, now kitorang anak beranak memang akan tido awal la. 10.00pm - 10.30pm dah melesap sampai Hongkong. Shein now kalau nak tido, S E M U A kena tido berpelukan sekali. Lepas 'I Love You Mama, I Love You Abah, everyone please close your eyes'. Sazli dalam pada nak acah-acah tido sebab Shein marah pegang handphone terus gol. Hahahahaha. But better la macam ni, rasa macam dapat solid sleeping hours. TQ to you Shein. Tapi masalahnya I, kalau cuti sekolah pon akan tido awal, berjaga awal sebab dah macam routine. Hahaha. Ongtue sangat dah ni. BTW last week Shein ada Costume Party and Diwali Assembly dekat sekolah. Sapa lagi yang excited lebih kalau bukan Mama beliau? Hahahaha. Macam untuk Costume Party tu, Shein cakap dia nak jadik Ghost. I plan nak pakaikan dia baju Dracula, tapi takde pulak time tu dekat Jom Fiesta. Yang ada costume skeleton je, boring pulak. Nak jadik King segala mala King pon costume sold out sebab last week I agak banyak International School buat Costume Party sempena Halloween. Pilih punya pilih, ada la baju Joker dari cerita Batman and ngam pulak dengan size Shein so I ambik yang tu je la. Harga sewa RM100.00 but deposit kena RM150.00 so total RM250.00, after pulang baju deposit dapat la balik RM150.00 tu. Kira OK la kan? Shein sure suka ni. Pagi tu masa nak pakaikan dia, saspen jugak sebab dia cakap 'I want Superman!' (Dah pulak semalam cakap nak ghost klcsodpsmkcdnasudsjkdak!!!) But bila Sazli tunjuk poster Joker, Shein happy pulak and ask for face painting. Naseb la memang I dah standby brush and water color semua. Shein's face is by Mr. Abah! Tu pon dia mintak color his hair warna green, but I tipu sunat hair later at school we color. Naseb Shein OK.


Muka tu guna water color, yang bibir and mata tu I guna my make ups. Takot la Shein allergic ke apa. All by Huda Beauty kemain ko Shein.

Monday, November 5, 2018

Teh Jebok and Nasi Kukus King Kelate Kitchen

Assalamualaikum..

Salam Sunday everyone. Sementara nak tunggu mata mengantuk untuk nap, meh la I share sikit experience with Teh Jebok yang I try semalam dekat Kelate Kitchen, Setapak. Teh Jebok tu nama lain dia. Sebenarnya Teh Tarik Madu. Memang layan giler wei... Sumpah. Layan giler bila minum. S E D A P sangat. But sesekali OK la sebab manis dia level potong kaki la but untuk yang memang sejenis kuat manis like typical Kelantanese rasanya tak jadi hal. Sesekali OK? Jangan kau bedal hari-hari pulak nanti kena kencing manis baru tau. Shein semalam excited giler nampak ada banyak bubble dalam glas. Tau-tau dia dah sentuh siap genggam bubble tu hahahaha. Bila suruh rasa, dia cakap 'sour'. Bagus Shein ni. Minumnya ice water je. Air-air lain dia tak berapa suka except Milo Ice la. Yang lain memang dia tak berapa la. Sesekali ada la dia mintak Orange Juice tapi kalau Starbucks size Venti pon dia sorang abes siap taknak share. Nak air mahal je. Sapa entah ajar. OK back to cerita Kelate Kitchen ni, Nik yang ajak I. Haritu nampak dia upload dalam IG dia, nampak macam layan jugak so I mintak dia bawak I makan dekat sini. Teh Jebok ni something macam yang I pernah nampak lalu dekat feed IG. Tapi yang tu macam lagi kwahaja. Ice yang dia guna pon ice cube teh jugak. Orang Kelantan ni makanan dia memang sedap-sedap kan? I ni kalau dengan Nasi Berlauk Air Dingin tu, makan hari-hari pon takpe. I suka sambal cuka lada kecik tu. Sedap la. Tingat makan Solok Lada yang Nenek Nadia buat Ya Allah sedapnya.... Kalau dekat KL, I suka makan dekat Kedai Kelantan. Dia punya Ikan Singgang pon sedap. Dalam dia ada Lengkuas and guna gula kabung. Lain dengan Masak Singgang Johor Style. Taaaaapi dekat Kelate Kitchen ni banyak hidangan nasi and lauk pauk dia banyak yang jenis gulai-gulai (untuk order ala carte). Nasi pon banyak jenis termasuk Nasi Kerabu, Nasi Kukus, Nasi Penarik, Nasi Beratur eh macam-macam jenis lagi la. Harga pon bagi I affordable cumanya bila datang time peak hours, I bet memang susah la nak dapat seat. Since kedai ni corner lot, parking pon takde la senang sangat nak carik.



Teh Jebok. RM5.50 untuk segelas. Puas minum. Tak mahal pon harga makanan dekat sini. InsyaAllah semua orang dapat makan dengan gembira.

Friday, November 2, 2018

HALAWA SANDWICH - DELIVERY SANDWICH ISI PADU !!!

Assalamualaikum..

Haritu I order sandwich from @halawasandwich. Lepas dapat makan, baru tau rupanya owner dia kawan Dyba hahaha. What a small world. Sabar ajer la. I sukaaaaaaaaaaaa la sandwich dia sebab inti langsung tak kedekut. Gemok and debab. I ambik yang Mix Lover sebab tak boleh nak decide nak yang jenis apa, so ambik mix terus. Semua pon sedap! I paling suka Makerina Mayo. Inti dia walaupon debab and penuh, tidak pulak soggy roti dia and rasa semua sedap and just nice. Inti sandwich pon actually tak boleh beria sangat berair kuah banjir nanti roti dia akan jadik lembik. Pantang I kalau sandwich, roti dia benyek. Tau la Malaysian kalau makan apapa, sos kalau boleh biar meleleh-leleh. Sebab I dulu pon macam tu. Until Saz ajar I 'Don't kill the taste by putting extra liquid'. Actually betul la. Letak less sauce actually lagi sedap. Kalau letak kuah beria ni kekadang nak makan pon takde mood. Abes kuah meleleh sampai ke siku hahahah. Macam Halawa Sandwich ni rasa filling dia pon takde over power ke, or rasa bawang beria ke. Memang sedap and kena la dengan tekak I. Packaging pon exclusive and I rasa memang sesuai kalau korang nak order untuk any Potluck. Kemas je packaging and boleh terus serve dalam kotak terus. Inti dia pon takde bersepah. I kalau potong sandwich selalu la failed. Kekadang tak sama besar, lepas tu tekan beria nanti roti dia pulak terpenyek. Rasa sedap macam mana pon kalau presentation tak berapa OK pon kira failed jugak kan? Dalam satu kotak ni ada 16 pcs and I agak good for 4 person la kalau makan time lapar. I makan 2 slice pon dah kenyang. Halawa Sandwich ni base dekat Taman Jasmin, Nilai taaaaaapi boleh delivery dekat KL, Putrajaya, Bangi, Shah Alam and Banting jugak. If self pick up dekat Taman Jasmin lah. Delivery charge pulak depend on location. Untuk delivery minimum 2 box and order kena at least 1 or 2 day before delivery date OK? Dah jom tengok gambar.


Halawa Sandich. Tengok dah tau sedap. Yang ni ada 4 jenis sandwich which is Double Mayo, Makerina Mayo, Chicken Pepper and Egg Mayo. Harga untuk Mix Lover is RM27.00

Thursday, November 1, 2018

Sopoong What???

Assalamualaikum..

Haritu Izzah, Intan and I pergi Berjaya Time Square. Kata Izzah dia nak cari baju untuk #intancelebration. Sini baju memang banyak weh, harga memang murah la tapi Intan pening sebab sini macam franchise pon ye. Kedai banyak tapi tengok semua macam sama je pesen. Dah tu takde size. Semua Free Size. Dah kalau debab macam mana? I rasa dekat sini macam dikriminasi terhadap orang debab hahahahaha. Izzah cakap yang ada size memang ada, tapi tak banyak sangat and yang ada size akan jadik mahal. Jahat kan? Kitorang ni la first time datang Time Square ni semenjak kerja dekat Menara F. Paling sedih, bila found out sini best banyak tempat makan, Izzah and Intan pon dah nak ke Wisma F pulak minggu depan. Sama tempat dengan Kaklong. So lepas ni layan makan Kudu la eh? Menyampah. Hahahahaha. I dengan Dyba and Ezy akan pindah kemudian dalam bulan 1 tahun depan. Tak guna la office cantik, suasana cantik kalau kawan-kawan rapat jauh. Haih, sedih pulak bila fikir. Tapi dalam pada sedih, makan tetap meriah. Hahahahahah. Semalam ramai DM dalam IG tanya Intan berenti kerja ke? Eh tak la. Intan tukar Department je tapi dah tak sama company la dengan I. Jumpa tetap akan jumpa macam biasa waktu lunch InsyaAllah..... Anyway back to cerita makan. Macam masa makan dekat Sopoong ni, Izzah yang suggest. Kitorang tak pernah makan tapi I cakap dekat Izzah, suruh dia Google apa makanan best dekat Time Square. Sini ada Krispy Kreme's jugak. Ayam Penyet pon ada! Makanan memang banyak lah. Masa kitorang makan dekat Sopoong ni terbongok-bongok taktau nak order apa. Sekali tengok meja sebelah makan siap macam ada Sizzling and cheese, sedap pulak. Masa bayar, request nak ambik gambar order meja sebelah so next time kalau nak makan dekat Sopoong ambik yang sama macam meja sebelah. Hahahaha.


Memang nampak maam typical instant noodle kan? Please eh. Sopoong punya lagi sedap. This one is Cheese Ramyeon. RM13.12, I makan ni. Cakap dekat Intan 'Takper kita makan share-share je la'. But bila sampai, I lupa daratan makan sampai abes. Yang Intan dok terintai-intai ramyeon I. Dia cakap Intan tunggu je Kaksu pelawa, tapi sampai kesudah takde. Kata tadi nak share. HAHAHAHA.