Assalamualaikum....
Hari ni kiter borak-borak pasal random things eh?
Actually I dah dapat mc since Isnin lepas sampai la date nak operate nanti. Doktor kasik sebab suruh rehat kat rumah. But I ada la datang office on-off sebab nak setelkan a few things sebelum bercuti panjang. Especially nak siapkan filling yang melambak tu. Heeeee... Tanya la mana-mana Secretary and PA apa menda yag paling bensi sekali nak buat? Tentulah filling kan? Ke tak? Ke I sorang jer yang tak suka? Haha. Baiklah.
Kang nanti susah-susah sangat, ambek semua, masuk dalam kotak. Setel. Pastu kalau boss tanya dekat mana doc A, kata taktau jer. Boleh? Ke tak boleh sebenarnya? Pastu Boss I pulak selalu jer ugut, kata dia nanti kalau I masuk kerja, jangan terkejut kalau tetiba ada awek blonde pakai skirt atas lutut hot gilers tengah guna PC I. Caneh? Caneh apa plak? Aku halau la kot? Haha. Ok Boss. Gurau kasar nampak? Tak kelakar kot?
Pagi tadi, Huda call I. Cakap jer hello, terus dia nanges sungguh-sungguh. I terpana (Amboi, bahasa Malaysia sangat). Taktau nak calm down macam mana. Dalam hati I. Ya Allah, ada kematian ker apa ni? Ya Allah Ya Allah... Isitifar dalam hati. Bila Huda dah calm down sikit, dia kata, 'Suu.... Durian Crepe aku..... Semua dah rosak....' **Continue nanges.... Mak. Urut dada I. Phewwwwww....
Ingat apa la... Durian Crepe dia rupanya.
Kata Huda, 64 pax semua dah rosak. Sebab peti ais yang dia baru beli on Saturday tu macam tak sejuk. So habes semua... Ya Allah... Siannya Huda.... Sebab dia buat tu untuk order budak-budak office I. Ada dekat 70 pax semua. So, dia bangun bagi tu nak continue la buat lagi sikit, sekali tengok custard dia yang dia buat earlier dah bau lain macam. Yer la. Dah jadik macam letak kat room temperature more than 8 hours, memang la tak ok kan?
Pastu Huda whatsapp I, tunjuk 3 plastik sampah kaler hitam tu dia terpaksa buang Durian Crepe tembam dia tu. Siannya Huda.... Tapi comel jugak la. Sebab time dia bercerita, memula nanges, pastu macam dah ok. Pastu sambung nanges semula. Alololo... Omel sangat ni Huda! I kata pada Huda, suruh orang jual peti ais ganti balik RM640 yang rugi sebab peti ais dia punya pasal habes rosak semua Durian Crepe Huda. Tapi kata Huda, bukan salah orang jual tu.... Terus kedip-kedip mata I. Cool sangat Huda ni.... (^_^)
Pastu (pastu lagi) I ada la chat ngan Yatie. I kata pada Yatie, 'Sian eh Yatie dekat Huda.. Tu kalau jadik dekat kiter, kiter dah giler kot? Masuk tempat jagaan orang giler terus'. Pastu kan? Kata Yatie, 'Ha a. Sebab tu awak tak boleh meniaga, samaada awak yang giler atau customer awak yang giler sebab awak garang sangat'. Haha. Siot jer Yatie.Sambil-sambil jer bercakap nak mengenakan I. V a v i.
Ok. Cerita lain pulak. Nak tengok tak hasil lukisan Sazli dekat Memo S, apps dalam S3 I? Jeng jeng jeng!
Papa, Baby S dengan Mama. Kemain rambut Papa ko, dah la panjang siap ada kaler kuning sikit-sikit. Haha. Pastu naseb baik dia tak lukis I yang pakai baju kaler hijau tu tak gemok. Berani la dia kan? Memang tidak dinafikan agak buruk la lukisan ni, tapi I rasa macam sweeeeetttt sangat..... Walaupun jugak tangan Baby S macam parang, tapi takpe. Omel jugak tu.
Pastuuuu..... Tadi Sazli dah pergi collect Stroller untuk Baby S. I made up my mind already. Kata la Moodd ni bulky ker apa or tayar besar or tak muat boot kereta etc... I tak kisah. I suka jer. Seperti kata Pepatah Melayu, 'Cantik di mata kekanda'. Eh. Betul ker ada pepatah macam tu? Haha. Memandai jer I. I happpyyyyy sangat sebab sebab sebab Moodd sebenarnya ada kaler merah pekat macam ni. Sebabnya masa I tengok dekat Mamours last time, kaler merah dia more to oren yang busuk+buruk sikit kaler dia. Sekali yang I dapat ni kaler Merahnya Mak Ngah! **Bak kata Sazli
Pastu I beli sekali Car Seat jenis Maxicosi Pebble. Omel sangat-sangat I tengok. I happy (lagi) sebab start bulan doblas ni, Harga kesemua Quinny brand and Maxicosi dah back to normal price and kalau ada less pon, tak banyak macam time I beli. Lalalala. I dapat jimat dekat RM1k jugak la.. Mesti Saz bangga sebab isteri dia pandai berjimat cermat dan bijak berbelanja (la sangat)
Kata Sazli, 'Bubu is the best mother in the world!' Waaaaaaaa... Kembang kembang kembang la I. Kata dia, dia berkenan sangat dengan Moodd ni. Style habes... Heeeeeeee.... I bagitau Saz, actually Maxicosi ada dua jenis. Cabrio or Pebble. I ambik Pebble. Sebab selesa. Sebab tu la dia mahal sikit dari Cabrio. Pastu I jugak dah bagitau dia, Moodd ni latest model. Sebab dia latest model, so dia jadik la model yang paling tinggi harga berbanding model Quinny yang lain.
Sazli kata, 'Ooooo yer ker? Patut la style'. Mokcik terus urut dada. Rasa lega lepas berterus terang. Sebab sebelum ni kalau Saz tanya pasal stroller. I selalu tuduh stroller jenis Peg-Pereggo pliko switch yang paling mahal. Quinny Moodd is way to cheap than other brand. Heeeeeeee........ Tapi dah berterus terang tadi, kira ok la kan? Berterus terang lepas dapat barang kira ok dan sangat bijak. Haha.
Anyway... Tq Papa!!! Sayangggggggggggggggg Papa... Ini kereta Baby S kiter akan pakai turun temurun sampai la ke adik di nanti. Ok? Bak kata pepatah melayu (lagi) Alah membeli menang memakai. Kan?? Gimme Five!
-EnD-