Friday, July 31, 2015

Family Lunch Buffet di Lemon Gardens, Shangri La Hotel, KL

Assalamualaikum…

Time puasa lagi kata Bapak, nanti lepas Raya kiter pergi lunch sama-sama. Celebrate birthday Mak on 27 Jun last time sekali dengan kitorang punya wedding anniversary. Ala, sajer jer makan-makan. Lagipon dah lama tak makan sama-sama dekat hotel. Last haritu makan sama masa birthday Sazli 20 April. Dah 3 bulan lebih la kan? Mak memang dah lama sebut nak makan dekat KL Tower. So kitorang decide nak makan la dekat KL Tower this time. And I sebagai setiausaha kehormat (yang poyo yakin tak melakukan kesilapan) telah membuat kerja penempahan. I call KL Tower to book lunch for 4+1 person on Saturday 25 July, 1st session 11.30am – 1.00pm. Dekat KL Tower if lunch ada 2 session, satu lagi 1.30pm – 3.00pm. Dorang buat 2 session maybe sebab limited seat tapi ramai yang nak makan. Harga lunch buffet tak sampai RM100.00/person (excluded tiket nak naik ke restaurant).

So, dengan yakinnya tanpa check back my booking lmacam yang I biasa buat, kitorang pon menuju la ke KL Tower. Kata Bapak, keluar pukul 10.45am sebab taknak kalut. Masa sampai KL Tower orang memang ramai. Ada one group tourist nak lunch dekat sana jugak. I dengan yakin pergi la cek, sekali receptionist buat muka cuak. Kata dia tadek booking atas nama I. I pon sama cuak sebab tengok orang lain book through Agoda or yang ada reservation semua print out dari email. Receptionist kata nama I tadek tapi dia cakap, dia cuba dapatkan jugak tempat untuk kitorang. Come back after 15 minutes. I nak nanges dah this time, rasa bersalah pada Bapak, Mak, Shein and Sazli. Padahal semua orang excited dah nak makan atas awan kononnya.

Masa datang balik after 15 minutes, Receptionist kata memang tadek slot dah. If nak kena masuk slot 1.30pm – 3.00pm and time tu jam baru 11.30am. Ko Ghaser ok tak nak melilau dekat KL Tower lelama macam ni?

Nak marah pon tak guna. I pon silap sebab setakat call, leave henpon number jer. Tadek mintak reservation number or call balik to check my reservation macam yang I buat sebelum-sebelum ni. I YAKIN buta-buta jer yang I punya booking dah secure. Bapak and Sazli memang tadek blame I apa pon. Bapak cakap, takpa lah kita pi hotel lain. Su call Mandarin. Sana pon syok. I call MO, lunch and dinner fully book and Sazli suggest kiter makan dekat Shangri La jer la, since hotel tu kat bawah Bukit Nenas ni je. I call sana and luckily ada table. So kitorang gerak la ke sana. Pheeewwwww lap peluh. Tapi seriously I rasa bersalah giler. Taktau nak cakap macam mana. Mata I mengecik je secara automatic sebab feel guilty. But naseblah masa makan dekat Shang, semua puji kata makan kat sini lagi sedap. Lepas tu takyah dok kalut. Restaurant bukak 12.30pm – 3.00pm so boleh makan sampai pengsan. Haha. (I tau dorang cakap macam tu banyak-banyak kali sebab taknak I rasa bersalah)

Dah. Takyah cakap banyak, jom tengok gambar makanan. Dulu masa sebelum datang Shangri La, I rasa dekat Renaissance Hotel paling sedap. Tapi rupa-rupanya dekat Shangri La lagi sedap hoi! Sini ada segala mala jenis makanan. Dari Chinese, Indian, Malaysian, Japanese, Western, Dessert, Bread, Ice-Cream and semua pon sedap. I paling banyak makan Oyster. Ada la 12 ketul kot? Memang fresh giler baby nak mampos. Sapa suka Oyster, I suggest korang datang la sini, makan barang sebaldi. Baru puas hati. Dah jom tengok gambar makanan yang I sempat snap. (Nampak je makanan, hilang terus rasa bersalah) Haha.


Yang ni I punya first trip. I ambik dimsum (Sedap gilers), roasted chicken, udang dengan ikan. Zup zap zup zap.  Less than 5 minutes setel. I hebat.

Naik Basikal Dekat Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum..

Masa weekend bebaru ni, kitorang sekeluarga ada plan nak lunch dekat KL Tower, tapi sebab ada technical problem, so tukar venue ke Shangri La Hotel. Lunch buffet dekat Lemon Gardens. Naseb makan sedap, so hilang la kekecewaan tak dapat makan dekat KL Tower. Gambar nanti la I share bebila free eh? Ni I nak citer pasal petang tu lepas Asar, Sazli ajak pergi Tasik Titiwangsa. I memang dah lama giler tingin nak bawak Shein naik basikal macam orang Korea tu. Bubuh anak dekat dalam kerusi dekat belakang lepas tu kayuh basikal keliling taman. Omel sangat. Parking kereta dah jauh. Tapi takpe sebab kiter enjoy mengejar Shein all the way dari parking nak ke tempat sewa basikal *tangan kebahu. Haha.

Time tu, ada 1 je basikal yang boleh Shein bonceng. Basikal untuk Sazli tadek. Sazli kata takper, dia boleh lepak minum teh tarik, I boleh bawak Shein naik basikal ronda-ronda. Malangnya kecintaan Shein pada Abah sangat tinggi, so dia nak duduk sekejap je dekat kurusi belakang tu. I pusing-pusing ronda area Sazli je. Kalau jauh je dia tak nampak Abah dia, nanti dia jerit. I saspen takot dia keluar dari kerusi lepas tu guling terjun masuk tasik. Hahaha. Tapi kira ok laaaaaaaaaaaaaaa dapat jugak bawak Shein naik basikal yang macam I impikan setelah sekian lama. Sewa RM10.00 sejam, naik 15 minutes jer kot? Selebihnya park dekat tepi lepas tu Shein tengok Upin Ipin sesambil minum teh ais. Boleh? Baik takyah pergi park. Tapi I ok jer, lepak minum macam ni pon dah syok sangat dah. Janji tak duduk dekat rumah sampai kepam. I rimas la sebab rumah ni apartment. Lain la landed house. Boleh lepak-lepak depan rumah (alasan).


Sewa basikal dekat Taman Tasik Titiwangsa, RM10.00 sejam. Cukup masa nanti dia call suruh pulang. Tengok la Si Shein dekat belakang tu. Ngam-ngam je dengan badan dia.m InsyaAllah selamat untuk bebudak debab macam Shein ni.

Shein kalau minum air teh ais, package celup tangan. Tu kalau mintak air dia ada rasa masin sikit.

Suka sangat Shein bila Sazli dukung dia macam ni. Habes semua daun pokok nak dicapainya. 

Dalam pukul 7.00pm macam tu kitorang gerak la balik. Thank you Papa bawak I dengan Shein jalan-jalan! Macam ni pon dah syiok sangat dah. Nanti kiter datang awal sikit la, so that semua orang dapat basikal. Baru syok ronda-ronda keliling tasik. Tapi dengan Shein ni jangan put too much expectation. Nanti kecewa. Sebab dia ni bukan boleh kira. Kena mood tak ok, memang harapan la nak buat apa-apa. Tapi lately ni kurang dah tantrum ni. In-control la semua, Alhamdulillah. Kena pandai tackle dia macam mana. Shein now, if dia merajuk jenis teresak-esak tu menanges. Memang belas sangat bila tengok dia.

Tapi Shein kekadang drama. Kata la kalau baru lepas kena marah dengan Sazli, sekejap je nanti dia gurau-gurau dengan Sazli. Pandai dia ambik hati Abah dia. Kejap kang nak salam, kejap kang peek-a-boo, kejap kang dia kutil ibu jari kaki ajak gurau. Cuba dengan I? Dah la kalau marah pon dia tak heran walaupon I dah jerit tarzan. I hep dia, dia hep I balik. If merajuk dengan I ke memang lama. I ajak salam taknak. Eksyen. Takde der dia nak bodek macam dia bodek Sazli. Perangai sangat kan Shein? Mana la keadilan dalam dunia ni. Nyampah.

-eNd-

Thursday, July 30, 2015

Kisah Raya Kedua 2015 - Part III

Assalamualaikum..

So, dah Raya Ke-2 entry petang punya session. Ni Rish mesti tertunggu-tunggu entry ni. I dah boleh imagine muka dia excited macam mana. Sebab kalau cakap ‘Rish lekas I nak ambik gambar dengan you’, Laju je dia senyum and datang dekat dengan I ready nak ambik gambar. Makanan pon terus letak tepi. Hahaha. Bunguks Rish! Seronok sungguh dia kalau ada muka dia dalam blog ni. Hahaha. Anyway, thank you Rish, Fruz and Raisa sebab datang dari Kuala Lipis ke rumah I dekat Jengka 1 petang raya Ke-2 tu. Kebetulan Rish pergi rumah biras dia dekat Jengka 11, so terlanjur tu datang singgah rumah I sekali. Finally sampai jugak dorang dekat Jengka yang kaya dengan Pokok Kelapa Sawit ni.

Dorang sampai dulu dari I. Sebab I dari Jengka 10, yang gathering dengan kawan-kawan tu. Masa sampai tu kata Rish, Raisa dah siap berak dah. Si Fruz biasa la. Jenis selamba je. Siap ambik sendiri air batu dekat dalam peti ais. Hahahaha. Kata Mak I, senang orang macam ni. Semua buat sendiri. Masa tu ada sedara-mara I dekat rumah, so kena take turn la nak makan rendang Kaklong yang sedap tu. Rish dah tak sabar-sabar, bila port dah kosong zaaapppp terus dia makan tinggal Fruz dengan Raisa, tak pandai kiri kanan dah. Hahaha. Kebetulan masa tu Sazli bawak Fruz and Raisa naik motor ronda-ronda keliling kampong. Naseb la a day before I dah pam motor tu, kalau tak dikhuatiri tayar meletop. Dah jom layan gambar.


Fruz, Rish and Raisa. Shein, Siti Nurhaliza and Sazli. Ni dekat laman rumah I. Masa ni panas takyah cakap la. Raisa dah ngamok dengan panas + mengantuk lagi. Shein pulak waktu ni perrrrghhhhhh ketiak dia paling lejen woi! Bau cuka + telur. Seriously masam + hanyir semua ada. Siapa pon taknak pegang ketiak dia waktu dukong. Hahahahaha.


Waktu ni masa nak tunggu turn makan ketupat + rendang lauk pauk semua tu. Kaklong memang masak lebih rendang. Dia frozen kan. So bila ada tetamu datang, just panaskan balik. So rendang still rasa fresh. Si Raisa tu, dia ingat dia besar? Shein nak main gate, dia pon sebok nak main. Kena kutil sikit dengan Shein dia dah jatuh. Lololol.


I tanya Rish, ‘Kemain pakai baju lawa siap tudung Satin. Macam artis dah’. Rish jawab, ‘Nak masuk blog Chooyaya kan?’ Hahahahah bunguks Rish.


Tengok gambar ni, keluarga bahagia sangat. Kata Rish, ni gambar isteri, anak dengan suami. Si Raisa tu siap terlentok dekat Mama dia. Kemain manja. Tunjal nak? Baju pergi Jengka pun nak pakai Ralph Lauren je. Kemain kan? Kata Rish, ‘Raya bole la beli mahal. Biasa beli jenis Fiffi je, I memang tak boleh kalau ada duit lebih dalam bank. Kena habeskan jugak. Biasa kalau esok nak gaji, dalam bank kena habeskan semua. Kalau tak I susah hati.’ Hahahaha. (Masalah semua kaum wanita kecuali Intan)


Rish kata, ‘Raisa, lekas ambik gambar dengan Auntie Su. Taknak ke awak masuk dalam blog dia?’ I tengok Rish ni bongok menjadi-jadi semenjak ada anak ni. Haha.


Sementara Raisa pergi ronda-ronda dengan Ayah dia and Sazli, Rish ajak I buat lawatan muhibbah dekat belakang rumah. Sanggup je dia bernyamuk semua. Shein pon sebok nak ikut. Lepas tu nampak penyapu, so Shein pon meroyan. Tau la Shein, masalah ‘percintaan’ dia yang takkan pernah selesai dengan penyapu ni.


Tengok. Dah dapat penyapu, muka nak eksyen jer.


Sesambil makan rambutan, I suruh Rish posing. Kata Rish gambar ni wajib masukkan dalam blog I. Kalau ada yang tanya, baju ni Rish beli dekat butik Fazura. House of Doll. Dia beli online. Yang dia pakai ni size M. Harga dalam RM250 eh Rish? Tapi size M pon cutting kecik. Rish kurus giler kot sekarang? Kalau macam ni pon size M, I agak I pakai 4XL. Tsssk tssssk.

Dalam pukul 6.45pm macam tu, dorang gerak balik ke Kuala Lipis. Tak jauh pon Jengka – Kuala Lipis. Dalam sejam setengah jer. Masuk kereta je, Raisa terus tertido sampai la ke Kuala Lipis. Suka la Rish sebab dia pon boleh tido sekali. Haha. Merasa la ko berpanas nak cecantik dekat kampong. Sebab tu la I takder der nak beria pakai baju raya sebab biasa kalau panas nak memetir je jawabnya. Hahaha. Anyway, thank you Rish + Fruz + Raisa sebab sudi beraya di Jengka. Lepas ni kena sambung tradisi beraya ni sampai la bila-bila selagi ada hayat ok? InsyaAllah.

P/s: Rish, nak uweeeeet!!

-eNd-

Wednesday, July 29, 2015

1 Kekosongan Jawatan Sebagai Setiausaha to MD di Global Amity Sdn Bhd (Bangi)

Assalamualaikum..

SILA AMBIL PERHATIAN. Ni entry serious ni ok? Jangan memain.

A friend of mine, Mr Azri Aziz (MD Global Amity Sdn Bhd) pemasar kereta jenama Honda, diantara yang terbesar di Malaysia sedang mencari seorang Setiausaha. So kalau ada sesapa yang tengah carik kerja, or ada kawan-kawan, sanak saudara jiran tetangga yang also looking for a job, this is the time bebeh! Syarat-syarat adalah seperti berikut.

  1. Berpengalaman kerja sebagai PA/Secretary
  2. Boleh bercakap and menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik (compulsory)
  3. Berat 55kg
  4. Tinggi min 164cm
  5. Single
  6. Cantik
  7. Pandai Urut


Itu sahaja syarat dia. Gaji RM2,000 – RM3.500 tapi boleh nego if candidate is exceptional. If ada sesiapa yang berminat boleh cuba hantar resume. Office location dekat Bangi. Nanti I bagi full address at the end of this entry. Parking free and paling penting against traffic. Close interview by end of this week.  So kena cepat-cepat hantar CV. Email CV anda ke hr@globalamity.com.my. Actually syarat yang ke 3-7 tu I je memandai. Hahaha. Sebab Jeri kata blog I ni mana ada orang serious. Semua senteng macam I. Kwajaq.

I offer biar I je jadik secretary dia. Tapi dia taknak. Sebab kata dia, I mulut bising, lepas tu kecoh satu office, lepas tu asyik nak dubsmash la itu la ini la. So dia taknak. BERANI dia reject I? Haha.


Global Amity Sdn Bhd - Bangi


GLOBAL AMITY SDN BHD -  Bangi
Wisma AAB, 11A Jalan P/9B,
Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi.
Hotline : 1300-888-300

Good Luck!

-eNd-

Tutorial Fatin Fashiha Signature Shawl

Assalamualaikum

Kengkiu kepada readers yang ada beli shawl dengan anak buah I. Ada yang borong sampai 7 helai terus eh? Kemain korang nak lawan tokey. Naseb I beli 9 helai (lepas tu dapat free 2 helai. Tengkiu Atin) so I la menang dalam kes ni. Hahahaha. Sekarang hari-hari pakai shawl baru. Bebudak kat office ni pon dah terpengaruh beli tapi konsep beli tak menguntungkan I sebab dorang beli shawl ni dengan syarat I kena belikan inner neck yang macam I pakai ni. Boleh? Melampau memasing sekarang perangai. Hahaha. Kata Atin, first batch almost 60 pcs sold out. Seminggu dapat jual 60 helai, sebulan 240 helai baik benti kerja je la jadik auditor, duduk rumah, goyang tetep jual tudung je dah. Hahahahah.

Ada yang mintak Atin buat tutorial macam mana nak pakai shawl ni. So dia pun baik hati buatkan tutorial. I nak cakap pada Atin, sapa yang request buat tutorial tu suruh beli paling kurang 5 helai. Kalau beli sehelai jer, tunjal kepala. Hahahaha. Actually ada banyak cara. Ikut suka korang la nak pakai macam mana. Tapi kalau yang macam Atin pakai ni nampak stylo hoi! Pakai pulak aviator memang jalan pakai lubang hidung la sebab poyo. Tapi konsep merendah diri dah takde. Tak ok jugak tu,. Haha bongok. Dah jom tengok macam mana Atin menggayakan her own signature shawl ni. 



1. Pakai anak tudung. Tak perlu yang inner neck. Anak tudung biasa je pun boleh. Letak shawl sebelah panjang sebelah pendek mcm biaso. 
2. Kelepet tudung macam nak pakai tudung bawal tu. Kelepet belah kanan (ikut tangan kanan korang belah mana) miahaha
3. Kelepet tudung kat no 2 tadi pinkan ke sebelah kiri. Pinkan kat anak tudung. (Belah dalam tudung)
4. Boleh adjust kat bahagian dada ikut keselesaan
5. Amik sebelah panjang tadi untuk dililit kebelakang. Pastikan bahagian yang bertanda A tu ditarik kebelakang.

Tuesday, July 28, 2015

Kisah Raya Kedua 2015 - Part II

Assalamualaikum..

Sambung kisah Raya Ke-2 session tengahari. Entry yang dinanti-nantikan oleh kekawan sekolah yang dediam jadik silent reader blog ni. Hahaha. Kantoi dah... Gambar tak banyak la yang ada. Apa yang sempat snap je dari henpon I and ada a few dari Dewi punya camera. Tu pun I sorang je yang meroyan asyik ajak ambik gambar. Yang lain buat bodo jer. Sebok nak borak. Sebok nak borak tu dorang la. I sebok nak makan, lepas tu baru sebok nak amek gambar. Hahahaha. Actually bukan la reunion beria sangat macam budak batch lain siap ada banner ke apa, tapi more to jumpa lepak makan. Wani and Dodit pulak baik hati sudi jadik host, ajak kitorang pergi rumah dia and dia ada masak untuk bagi kitorang makan. Bagus. Tenkiu Wani and Dodit. Pasangan legend dari group SMJX98 yang bercinta dari sekolah menengah ni. Drama terjun sungai paras buku lali semua ada. Now anak dah nak masuk 3. Syabas Dodit and Wani.

Dorang plan ni dalam group WhatsApp. Dalam group kemain sembang nak kencang jer. Bila tiba hari kejadian, takde sampai 30 orang pon yang join. Ada pulak budak lelaki kata segan la apa la. Boleh? Menyirap pulak I. Dah la some of them almost 17 tahun tak jumpa. Cani nak buat reunion? Pui! Masa pagi tu kemain remind masing-masing jangan lupa datang la apa la. Nyampah. Tapi yang ada ni pon dah cukup meriah. I jer tak dapat nak lepak lama sebab Rish and Fruz nak datang rumah petang tu. I pergi dengan Edi and Zura, lepas tu lepak makan sekejap, amek gambar sikit and balik. The rest sambung makan.

Ada jugak kekawan yang I tak sempat jumpa sebab dah balik, tapi gambar dorang ada. Actually untuk meeting yang ni, yang sama kelas I is Edi, Normarlina dengan Awin je. Edi kerja sama tempat dengan I and Awin nurse dekat Hosp Ampang. Yang lain semua budak kelas lain. Budak kelas I nape entah macam tak sebok-sebok nak jumpa, tu yang I sebok ngendeng budak kelas lain. Haha. Ala janji batch sama kan? Jap lagi I share gambar dorang. Semua muka dah emak-emak bapak-bapak je. Ni semua kekawan sekolah I ni. Yang sama-sama nakal ponteng kelas, jalan kaki dari sekolah ke simpang luar almost 4km sebab nak balik umah awal, yang mandi air terjun sama-sama. Fikir balik, boleh tahan nakal I dulu. Tapi I dulu tadek boipren masa sekolah. Tu yang muka wanted je sebab dorang cakap I kaki ‘kebas’ Bf orang. Hari-hari ada je yang panggil dekat toilet sebab nak tanya naper kacau boipren dorang. Haha. Bongok.



Duduk dari kanan ke kiri. Baju yellow mustard tu Rahidah, Salbiah, Suziyana, Wani, Siti Nurhaliza, Nurbaizura, Awin, Nor Atikah and Afiszah. Berdiri dekat belakang is Normarlina, Siti Balkish and Ratna Dewi (Ayah dia polis misai tebal nama Tok Kamal). 


Zura, Maksu (Suziyana) and Afiszah. Yang belakang photo bomb tu anak Dewi. Memasing anak mininum 2 orang. Lepas tu dorang dah ada anak bujang yang sama tinggi. Untunglaaaaa. Umur macam ni dah settle down sebab anak memasing dah pandai bawak diri. I je yang still sebok-sebok gigih nak kejar anak. Haha.


Ni la Awin. Mazuin Khalid nama dia. Kawan sekolah. Now nurse dekat Hosp Ampang. Anak dia sebaya Shein la. Ada geng anak kecik. Awin, diucapkan Selamat Hari Raya. Anak bila nak tambah? Heeeeee.


Yang nyorok blakang I tu nama dia Nor Atikah. Dia jiran depan rumah I (Walaupon jiran tapi selamba 16 tahun tak jumpa). I panggil dia Dik No. Tu panggilan kitorang dekat area rumah I. Dorang pulak panggil I Dikcik. Sebab dulu kecik so jadik la Dikcik. Now macam nama tu tak berapa nak sesuai dah. Haha. Suzi, Maksu, Wani, Apis semua ni hot stuff kot dulu dekat sekolah? BF dorang la yang I kacau tu. Wargggh hahahahahha. Awin je budak baik. Dia patut datang dengan Hasmalina tapi last minute Mas tak boleh nak join.


Sapa tak kenal Ratna Dewi? Anak Polis Jengka Satu nama Tok Kamal. Abah Dewi misai tebal, semua orang takot. Polis kot? Dewi anak dah ada 3 orang. Semua dah besar-besar. Kaki penyapu macam I jugak. Suka kemas rumah. Dewi dulu pernah bawak motor, jatuh sampai kaki berdarah. Lepas tu takot Abah dia tau so dia pakai stokin dalam rumah. Boleh tahan bijak. Hahah. Kalau korang ingat kisah I naik motor tercicir tu kan? (Baca dekat sini), ni la Dewi yang tukang bawak I. Sampai hati dia tinggal I macam tu jer tercicir dekat belakang. Haha.


Ni nama dia Sazali Yusoff. Pendiam dari dulu sampai sekarang. I segan dengan orang pendiam ni. Tak tau nak borak apa. Hehe.


Dodit (baju kuning) ni la suami Wani. Sebelah tu Ijal or Razalie Jaafar. Tetiba sekarang dia jadik abang ipar Mazlie Musa. Dulu masa sekolah satu geng. Selalu la Mazlie kirim salam dekat Jun (Adik Ijai) tetiba sekarang jadik adik ipar. Dah jodoh kan?


Dodit tersesat pulak ambik gambar dengan ge-gurls.


Alamak, sapa yang cap merah ni? I agak ni Shahrul Wak Ang, senior setahun. Betul tak? Pastu Dik No kemain landing manja dekat Sazali eh? Hahahaha. Yang baju biru lelaki tu Amit. Amiruddin nama dia. Duduk sama Jengka dengan I.


Duduk dari kanan : Hasnol Hisyam, Edi, Awin, Wani, Siti Nurhaliza and Biah
Berdiri dari kanan : Sazali, Dodit, Amit, Zura, Rahidah, Dik No, Balkish, Apis, Maksu, Dewi and Normalina.

I mewakili Tuan Rumah memandai-mandai mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang harini. Hehe. InsyaAllah ada rezeki tahun depan kiter jumpa lagi. Thank you kepada Group WhatsApp sebab mengumpulkan kembali kitorang pada Hari Raya Kedua. Mesti lagi best kalau lagi ramai yang join. Lepas ni Admin SMJX98 kena la kerja keras kumpul ramai-ramai lagi bebudak. Mana budak kelas Sains Sosial? Sorang pon tadek muka. Didi mana Didi? Pok De yang duduk Jengka 10 tu pon patut datang sekali. Memasing mengada tetiba jadik malu. Geram je. Seronok dapat berkumpul walaupon sekejap. InsyaAllah ada rezeki, kiter jumpa lagi. Akhir kata, ‘nak uweeeeett!’

-eNd-

Monday, July 27, 2015

Kisah Raya Kedua 2015 - Part I

Assalamualaikum..

Ok, ni I nak sambung kisah Raya Ke-2, tapi I bahagi kepada 3 entry la. Sebab ada entry pagi, tengahari dengan petang. Naseb malam tadek orang datang dah. Kalau tak ada 4 entry. Hahahaha mampos. Kang kalo I letak 1 entry jerk kang nanti entry panjang sampai ke lantai. Korang tu bukan boleh caya, I punyala draft berjela, tulis berkajang-kajang sampai 18 jam menaip, korang kang baca 2 menet dah siap. Scroll scroll scroll tadek gambar makanan lepas tu close. Nyampah jer. I pulak raya kalini satu hapah pon tadek amek gambar makanan. Luper nak mampos. Fokus sebok kepada nak ambik gambar orang, gambar Shein and paling best ambik gambar sendiri. Yerla, baru habes puasa muka runcing lagi. Sekarang dah dulang dah. Hoyeah!

So, raya Ke-2 tu pepagi I sapu sampah dekat luar rumah tapi separuh je sampai pokok rambutan. Tak sempat nak sapu keliling rumah sebab kata Kak Tini, ‘Su, Kak Tini dah besiap ni. Nanti lepas siap, Kak Tini gerak la pergi rumah Su’. Time tu pukul 9.00am, ko ghaser? Tak lipas kudung pulak I sapu sampah? Zup zapp zup zapp dah siap. Si Shein pulak sebok nak ‘menolong’, memang kena petir la dengan I. Hahaha. Siap sapu sampah, I naik atas rumah iron baju, mandikan Shein lepastu siapkan dia. Lepas tuuuuuuuuuuuu Kak Tini meses cakap, ‘Su, change plan. Kak Tini pergi beraya rumah kawan Fendi dulu’. Memang menyirap tau dia ni? Tau tadi mandi lambat sikit. Ni dah kena mandi awal. Haha.

Elok siap je, dalam pukul 12.30pm Kak Tini sampai. Aik, awal pulak? Kata Kak Tini dorang datang rumah I dulu baru rumah kawan Fendi. Tadi masa meses pukul 9.00am gaya macam dah nak gerak sangat. Sabar jer la. Hahahaha. Kitorang pon lepak makan kuih raya. Time tu, ada tetamu lain jugak dekat rumah. Mak kan YB kat Jengka? Sebab tu orang tak putus-putus datang. Ais pon beli seguni-seguni terus. Sini Jengka panas giler kot? Tadek ais batu, memang tak hidup. Borak-borak pasal kisah kenangan lama, sekali Mak siap masak. Dia suruh ajak Kak Tini and family makan. Mak masak  ayam masak kicap dengan sambal udang campur kacang panjang. Lawan dengan nasik panas and air gas sarsi. Terbaik la Mak! I up gaji you. Hehe. Tenkiu Mak, sesusah je masakkan tadi.


Ni la Kak Tini. Padahal dulu kawan dengan Fendi, tapi kiter lagi close dengan Kak Tini. Heeeee. Suka dengar pengalaman Kak Tini masa dia duduk dekat Jepun.


Arissa, Aiman and Zara 3 orang anak Kak Tini. Tu Fendi sebelah Sazli. Sama kerja dengan I masa dekat ALPS Jengka dulu.


Amboi. Haha.

Mak kata segan dengan Kak Tini sebab I cakap Kak Tini masak sedap! I selalu stalk IG dia. Dia masak semua macam Mak-mak. Dia goreng ayam pon nampak sedap. And anak-anak Kak Tini semua kaki sayur. Sup Sayur wajib ada dalam menu hari-hari. Kak Tini tu, each time I cakap nak datang rumah dia, dia dekat Rawang mesti dia change topic. Geram jer. Tapi kali ni sebab dia dah makan dekat rumah I (Walaupon dekat kampong and Mak yang masak) so dia dah tak boleh lari. I nak jugak datang rumah dia. Hehe. Lagipon Arissa and Zara macam seronok je main kejar-kejar dengan Shein. (Alasan)

Anyway, thank you Kak Tini and Fendi sebab sudi datang rumah beraya tahun ni. Dorang duduk Rawang tapi Mak Ayah Fendi duduk Jengka 17, so sebab tu la dorang datang beraya dekat rumah I. I tanya Kak Tini, ‘Kak Tini, ada tak kekawan Kak Tini yang baca blog Su?’ Kata Kak Tini, ‘Tak payah la. Malas nak rebut-rebut Su’. Hahahahahahhaha,. Ngek la dia ni! So Kak Tini, jangan nak lari dah eh? Nanti Su dengan Sazli and Shein serang rumah Kak Tini dekat Rawang. No more excuses! Su nak makan semua yang ada dalam IG Kak Tini. Kbye!


-eNd-

Friday, July 24, 2015

Makan and Movie with Family

Assalamualaikum…

Masa Selasa haritu Sazli ajak kuar jalan-jalan. Kata dia tingin nak pergi Pavilion. Dah lama tak pergi. Nanti kang peghok sangat. Hahaha. Tau pon… I dah cakap kat dia. Kalau jalan-jalan pergi Ampang Point I taknak. Baik cakap awal. Sazli tu dia memang tau? Dia mana suka mall besar-besar macam Pavilion, KLCC semua ni. Habes-habes nanti Ampang Point, GE Mall. GE Mall tu takper lagi, kalau Ampang Point? Mati la muntah ko kat situ. Hahahaha. Kata Sazli kiter makan-makan, bawak Shein jalan. If mood dia ok, kiter tengok wayang. I rasa dahi dia, ok je. Tak demam ke apa. Hahahaha. Sebab Sazli ni sikit dah ikut perangai Bapak. No window shopping ke apa. Nak beli apa, masuk Kedai lepas tu balik. Dah. Dapat bini kaki jalan pulak. Acane? I kalau pergi mall tadek apapa pon ok jerrrrr. Janji jalan. HAHAHAHA.

Kata Sazli, kiter pergi je lepas Zohor. Shein tak tido takper. Kiter bawak stroller besar (Quinny Moodd). Nanti dia boleh tido dalam stroller jer. Bawak la bekal segala mala baju susu blanket tok nenet. Shein masa pagi dah berak, I lega la sikit. Leceh la now kalau dia berak dekat Mall, nanti nak memakaikan dia pampers, perrrghhh menguji sangat. Kekadang I kena lempang dengan Shein. Dia tau nak main jer 24 hours. Gewam Mama. So, kitorang punya plan menjadik. Kuar umah dalam pukul 2.00pm, sampai tu window shopping dulu. Sazli nak beli kasut kerja and jeans kata dia. Survey survey dulu. WALAUPON perut lapar nak mampos tapi kena redha sekejap. Kena bagi Shein tido untuk dapat menikmati makanan dengan aman. Kalau budak tu tak tido kang nanti dia punya perangai memang hatetek. Shein ni ikut suka dia je. Time mood ok, dia ok. Time angin puting beliung sampai memang tension tahap nak tanam kepala dalam tanah.

By 3.00pm Shein tido nyenyak giler. Tido sendiri je. Tau-tau je gone. Bagus. Tak tunggu lama terus I dengan Sazli pecut ke TgiF. I dengan Sazli tak bincang nak makan kat mana. Tapi Sazli kata, dia tingin nak makan burger. I pon cakap tingin Tennessee shrimp. Sehati sejiwa nampak? Haha. Papa nak uweeeet!! TgiF pon lengang je. Orang tak ramai lagi. Dah la pasang lagu kuat, naseb Shein tak jaga. Sampai-sampai terus order. Takyah beria nak belek menu sebab dah tau nak makan apa dah. Makanan sampai after 30 minutes. Boleh tahan lambat, tapi as long as Shein tido, all is well… I dalam hati berdoa, ‘Jangan la Shein terjaga Ya Allah’. Sazli pulak sekejap kang dia naikkan Shein ke atas, kejap kang dia adjust kepala Shein, kejap kang selimutkan, kejapkan tarik selimut. Kata dia takot Shein tak selesa. Lepas tu nak angkat baringkan kat kerusi. Jangan carik pasal. Kecik besar kecik besar I pandang Sazli pasal dia asyik baiki-baiki Shein tido. Kot dia jaga kang, memang I skali nanges guling dekat lantai. Naseb la. Haha.



Sazli makan ni. Nama dia Cowboy Triple Meat Burger. Harga dia RM41.85
Kata Sazli sedap lagi burger dekat Toran.


I makan Tennessee Chicken and Shrimp. Harga dia RM47.70
Memang nak makan yang ni dari rumah. Tapi lepas ni I taknak dah makan ni, nak cuba makan menu lain pulak.


Thank you Papa bawak Bubu jalan-jalan.


Tu nampak kaki Shein je terjulur dari stroller dia. Nyenyak Shein tido


Sampai habes makan pon, Shein tido lagi. Tu nampak punya selesa sampai tangan dedua naik atas. Kemain. Hahahaha. 
Lama Shein tido. Dekat pukul 6.00pm kot baru la dia bangun. Selesa betul dalam Moodd ni. Dulu rasa menyesal beli, tapi dalam situasi macam ni best pulak. Shein ni rangka besar. Bagak. Memang sesuai la guna stroller bulky macam ni. Sesuai dengan size dia.

Memandangkan Shein mood ok walaupon selepas bangun tido, Sazli kata ok kalau nak tengok movie. Tadi patut boleh je nak beli ticket dari awal, tapi takot Shein tadek mood. Rugi la beli tiket. So kitorang beli masa nak tengok tu je. Seat paling belakang dah full. Dapat row 4 dari belakang. Ok la. Tengok cerita Minions. I ambik 3 seat walaupon Shein takyah beli tiket kat dia pon takper sebab below 3, tapi larat ko nak pangku 16 kilo? Kitorang amek 3 seat paling tepi. Senang nak keluar kalau ada apapa. Sazli beli air, nugget, chicken ball dengan jajan. Boleh bagi Shein makan. I sebenarnya saspen giler. Takot Shein mengamok ke apa sebab ni first time bawak Shein tengok wayang. Skali masa bawak masuk je cinema, dia diam je. Seronok tengok tv screen besar agaknya.


Iklan je 30 minutes kot? Naseb Shein ok. Diam je dia tengok screen. Alhamdulillah...


Dia punya selesa macam lepak tengok tv dekat rumah. Tu kaki tu, parking merata jer.


Best la jugak cerita Minions ni. Nanti boleh la bawak Shein tengok wayang lagi. Untung la ko Shein, umur 2 tahun setengah dah tengok wayang. Mama dulu first time tengok wayang umur 23 tahun. Sian giler.

Lepas habes tengok wayang, kitorang pon balik. Al-hamdulillah semua ok. If Shein ok, semua pun ok InsyaAllah. Sazli pon now macam dah makin cool handle Shein. Kata dia, Shein kawan baik dia. Dia pon taknak dah marah-marah Shein sebab dia dah insaf semenjak tak tinggal trawikh ni. Haha. Omel sangat Papa. Thank you Papa bawak Bubu and Shein jalan-jalan. Nanti kiter repeat ok? Papa belanja makan, belanja movie, lepas tu I belanja parking. YES! I am soooooooooooooo happy! Papa, Nak Uweeeeett!!

-eNd-

Thursday, July 23, 2015

Wide Shawl From Fatin Fashiha Yang Murah, Berkualiti Cantik Menawan. Assemoga.

Assalamualaikum…

Bebaru ni masa Atin balik kampong, I tengok dia pakai shawl lawa je. Elok jatuh terletak dekat badan. Mudah terbentuk walau pon kain lembut. I agak sebab kain dia berat, so dia nampak lawa je berombak-rombak macam Ombak Rindu (Tetiba). Kata Atin, shawl ni dia buat sendiri. Sebab buat sendiri? Sebab kata dia susah benau nak carik shawl yang menepati selera dia. Kain tak berkualit tapi harga mahal tak sepadan dengan harga. Dah jumpa kain yang berkualiti tapi sehelai dia bantai sampai RM50.00 palotak dia la. So dia carik sendiri kain and jahit sendiri. Lagi puas hati. Dah la tu,  kaler semua lawa-lawa, lepas tu material jenis tak kedut. Tak iron pon takper. Still boleh pakai terus. Sesuai la untuk orang pemalas nak iron tudung macam Yatie.

Yatie, kalau awak baca ni kiter paksa awak beli 12 helai macam kiter. Sebab memang sesuai untuk awak. Ala-ala hijabster shawl ni ok? Lepas tu paling penting takyah iron. Memudahkan hidup. Kekadang nak iron tudung pon boleh jadik issue tau? Jangan buat pasal. Hahahahaha. Kata Atin, material shawl ni jenis Heavy Chiffon. Wide shawl yang segi empat tu. Bukan half-moon tau? Panjang 1.5 meter, lebar 0.7 meter. Dalam 7 meter. ITU KUBUR! Kau dah nak mampos? Hahahaha. Bangang la Sudin ni. I asal tengok Seniman Bujang Lapok mesti gelak sampai bergegar rumah. Walaupon dah tengok 8 juta kali. Haha.


So far ni color yang available. Shocking pink, maroon, pink belacan, dark purple, hijau askar-askar pergi berperang, pink, dark brown, peach, emerald green & yellow mustard. Soon akan ada additional warna macam ocean blue, royal blue and merah semerah jantungku awwwwww.

Kisah Raya Pertama 2015

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya! Sekarang ni tiap kali entry je mesti ucap Selamat Hari Raya. Selagi tak habes sebulan selagi tu ucap. Hahaha. I tengok bebudak dekat office ni muka memasing lemau je. Lepas tu saiko asyik la nak timbang. Tu la… Haritu kecoh kemain bangga turun 3 kilo time puasa. Ni masuk Syawal Ke-7 dah mencanak naik balik. Makan la lagi banyak-banyak (termasuklah aku) Wargggh hahahaha. Ah lantak lah. Raya setahun sekali. Makan jer la. Sebok nak diet time ni kenapa? Nanti habes raya, diet la balik. Itu pon azam I untuk tahun ni. Ada open house, tergerak nak makan apa, makan ajer. Takyah ngengada nak diet ke apa. Cuma kena makan dengan bijak. I nak kasik petua kat korang ni. Balik ni, beli lemon. Tiap-tiap hari sebelum nak tido, perah sebijik lemon and campur dengan air and minum. Nanti dia akan flush segala lemak-lemak yang korang makan and fat tak sempat la nak absorb masuk dalam badan. So InsyaAllah tak gemuk. Sebelum tido ok?

Tapi kata boss I, actually kalau nak bagus minum juice lemon tu dari sebijik lemon macam tu je. Jangan campur dengan apapa. Masam dia tahap nginggggggggggggggggg. Pepagi bangun tido terus minum. I tanya dia, tak sakit perut ke? Kata dia tu la magiknya. Memula dia ingat sakit perut sebab masam. Tapi bagusnya lemon ni, if dia masuk perut dia akan turn acid to alkaline. InsyaAllah tak sakit perut. Dia dah amalkan 6 bulan. Without failed. Patut la I tengok boss I menten je badan tak naik-naik. Sebab dia jenis makan banyak nak mampos kot? Tak kisah la mana-mana pon. Janji sehari sebijik lemon. Kaklong I pon dah lama start minum lemon ni. I je la hangat-hangat taik kucing. Memula berkobar. Lepas tu lemon kecut je dalam peti ais. Tapi demi untuk nak makan banyak raya tahun ni, I kena la bersungguh-sungguh skek. Hummpp!!

Ko tengok, intro je dah dua baris. Padahal nak citer kisah Raya Pertama I untuk tahun ni. Alhamdulillah semua smooth. Takde accident or injury. Semua ok. Macam biasa seperti raya-raya sebelum ni, Raya Pertama pagi kitorang ada dekat Ampang lagi. Tengahari baru balik Jengka. So Raya Pertama dapat beraya both side. Family sana happy, family sini pon happy. Naseb baik la Ampang-Jengka less than 3 hours so tak lama sangat atas jalan. Dekat KL ni tak la busy macam dekat kampong. Masak dekat rumah Tok je. Lepas tu apa makanan dari rumah Tok, bawak balik rumah Mak. Pagi raya makan tu je. Nanti lepas solat sunat raya, semua gerak pergi rumah Tok balik. Macam tu lah routine tetiap tahun.

Pagi raya tu Mak, Bapak and Sazli pergi solat sunat hari raya dekat Masjid Kampung Melayu. I pulak berkuntau dengan Shein dekat rumah. Dia mengada buat hal taknak mandi, puas I lari kejar dia. Kejap nak turun tangga, kejap kang nak naik tangga. By the time dah siapkan Shein, dorang pon sampai rumah. Lepas tu kiter semua bermaafan and amek gambar family. Time bermafaan ni I rasa macam ada seketul bola tenis dalam tekak tersekat. Tapi control la air mata sebab kiter athlete tak macho la kalau nanges. Hehe. Time ni syok sebab Mak dengan Bapak bagi duit raya. Sazli pon bagi jugak. Boleh dapat handbag Longchamp dua. Heeeee tapi sekarang dah habes dah SEMUA duit tu. Taktau pi mana. Hahahaha. Masa nak tangkap gambar memang la dramatic. Tau la Sheindong Kedondong tu, mana nak bagi kerjasama. Dia ingat kiter ni dalam hidup cuma nak kejar dia je. Takyah buat kerja lain. Pffft.


Gambar dengan family Sazli. Kiter berlima je la tetiap tahun. Konsep dia, I pandang you, you pandang I. Hahaha. Tapi syok sebab rumah tak sepah. Meriah sebab ada Si Shein. Dia memang bagi suasana nampak happy. Dalam pada basah ketiak nak handle dia, tapi itu yang buat seronok. Beraya dengan anak :) 


Mak, Bapak and Pwincess Siti Nurhalijah.


Mak besungguh nak amek gambar bertiga dengan Shein and Bapak. Tapi this is the only best shot yang dapat. Haha. Mana nak duduk diam Si Shein ni!

Dah siap sessi amek gambar, kitorang terus gerak ke rumah Tok. Kitorang packing skali bawak barang-barang untuk berkampung dekat Pahang pulak. Dari rumah Tok, terus balik Jengka. Kat umah Tok ada family Cik and Paknyang. Tahun ni ramai adik-beradik Mak turn mertua. Tahun depan meriah la semula. Dekat rumah Tok ada kuah kacang, gulai daging, rendang ayam, lodeh, ketupat nasik and ketupat palas. Gambar makanan tadek. Memang tahun ni sekeping pon gambar makanan I tadek ambik. Luperrrrrr. 


Hahaha. Huru hara memasing. Tok tu puas nak memujuk ajak amik gambar. Susah! Sama la macam Shein. Haha.


Budak ni pon satu. Sebok la nak menyapu jer. I nak tangkap dia pon susah untuk ambik gambar proper. Tapi syiok la peluk Shein time pakai baju melayu. Hug-able. Dah la dia wangi bau nestum. Time ni la. Time dah petang bau telur! 


Si Shein tak puas hati penyapu kena rampas. Haha.


This suppose to be family portrait Shein.


Yes! Dapat pun tangkap dia!

Dalam pukul 12.30pm kitorang gerak balik ke Jengka. Usually jalan tak jem. Tapi this time jem teruk sebab ada lori accident dekat area Tol Gombak (Ke MRR2 entah). Time raya-raya ni la sebok nak accident. Hesh! I masa dalam kereta dah gone dah dengan Shein. Masa kat umah Tok panas, masuk kereta aircond. Perut kenyang, so apa lagi. Tido la… Time I bukak mata laaaa baru kat Gombak ke? Ingatkan dah sampai Jengka. Sebab biasa macam tu. Pejam mata dekat KL, bukak mata dekat Jengka dah. HAHAHAHAHA. Shein pon sama jaga time I jaga. Kitorang teman Sazli drive sambil layan karaoke lagu raya Feminim. Masa dekat hiway tadek jem apa dah. Kereta banyak jugak. Seronok! Rasa sangat suasana hari raya tu.


Time ni dalam kereta. Sazli singgah Petronas dekat Jengka sebab nak wee-wee.

Sampai dekat rumah, tengok mamasing bergelimpangan macam singa laut terdampar ditepian pantai. Semua dah pakai t-shirt. Panas kot Jengka ni? Tadi masa dalam kereta Amsyar call I tanya bila nak sampai sebab dia nak tukar baju. I dah pesan, selagi Makcik tak sampai, jangan tukar baju. Haha. Duduk dalam setengah jam, I pon tarzan. ‘Tukar baju semuaaaaaaaaaaaaaaa. Nak ambik gambar’. Semua kena tukar baju termasuklah Big Boss (Mak/GF). Tiada pengecualian. Nampak macam ada segelintir pihak yang protes. Hahaha. Tapi mission berjaya. Raya setahun sekali kan? Time ni la nak amek gambar sama-sama. Dah la tahun ni konsep beli sepapan kain, pakai seisi keluarga. Gittewwww.


Tiada dalam gambar ialah Abang Long, (dia kena kerja) and Family Along anak buah I. Pon sama kena kerja. Esoknya (Raya Kedua) baru dorang balik Jengka. Kepada Kakyang, mintak maaf Makcik masukkan gambar ni. Kakyang nampak gemok takpe, asalkan muka Makcik nampak kurus. Hoyeah!


Dari kiri (berdiri) : Aiman, Sasha, De, Mak, Kaklong, Kaseh, Shein and Sazli
Bawah : Kakyang, Amsyar and Pwincess Siti Nurhalijah


Pempuan sahaja ok? Kakyang tonggek lebih nampak?  Nampak tak tali I sama macam corak baju Sasha and Kaseh? Lawa kan? Semua ni tempah dekat kampung je. Makcik tu buat kemas and cantik. Upah pon tak mahal.


Gambar sekeluarga dekat Jengka pulak. Sazli tak puas hati sebab kena ambik gambar banyak-banyak kali. Dia tu kalau tak dikerah memang tadek la gambar family. Susah betul nak ajak bergambar.

Lepas ambik gambar, maka kiter semua kembali ke habitat asal. Salin baju! Dekat Jengka ni hukum dia berlenggeng je sebab panas dia menusuk ke sanubari. Kitorang lepak-lepak je dekat kampong. Makan and tido. Lepas tu layan kawan-kawan Mak beraya. Kawan-kawan Mak tu ialah bebudak kecik la. Dorang lebih pada nak collect duit raya je. Bukan nak makan or beraya sangat. Petang tu kiter ronda keliling kampong. Best la raya kat kampong. Meriah sebab ada banyak bebudak jalan beraya, ada kereta 5 6 bijik depan rumah lepas tu ada orang main mercun. Shein dengan Amsyar pon seronok la main kejar-kejar, main basikal. Tu yang Shein dekat sini wanginya sekejap je. Lepas tu ketiak berlendir. Masaaaaam bau gam. Haha. Malam tu I beraya dekat rumah Mak Sedara I lepas tu balik umah, layan tv and tido. It is good to have our love one around us kan? Esok pulak sambung cerita Raya Kedua.

-eNd-