Tuesday, October 31, 2017

Shein's Costume Party

Assalamualaikum..

One of Shein punya favorite activity at school is Costume Party. Shein (and Mama always looking forward to this Costume Party selain dari perayaan lain macam CNY and Deepavali sebab nanti also need pakai traditional punya baju). Untuk this year Costume Party BBI dah buat dah on Friday last week. This year Shein jadik Puss-In-Boots which is one of the character dalam Shrek. Last year Shein jadik Ultraman. Ikutkan Shein, every year pon dia nak jadik Ultraman tapi Mama beliau tidak happy untuk dia always jadik Ultraman so yeah jadik la kau Kucing tahun ni tapi kucing handsome lah sebab pakai macam Musketeer. Shein punya suka pakai this costume sampai Abah ada difficulties untuk mandikan dia malam tu sebab dia taknak lucut baju. Pakai dari pergi sekolah sampai la balik sampai naik kepam dah. Seluar tu sampai koyak la dekat celah kangkang punya ganas kau Shein. I sewa costume ni Costume Shop somewhere dekat Melawati. Sewa RM70.00 je, deposit RM150.00 ni dah koyak nampaknya burn la segala deposit Mama huwaaaaaa. Cost ni semua Shein, cost! Tapi nak try repair dulu lah. If boleh jahit, Alhamdulillah… If the Costume Shop tak accept, Mama redha je la. Takde rezeki nak buat macam mana. As long as Shein happy sebab duit boleh cari *dan air mata bercucuran. Nanti next week untuk Salma Birthday party also theme Costume. I ingat dah bagi Shein jadik Pirate pulak lah. Sure dia happy. I nak try to avoid Super Hero. Kang pakai baju Super Hero dengan I sekali lah sakit habes Shein karate kan. Hahahaha.


Thank you Abah tolong siapkan Shein. Hensem anak Mama siap bedak capok-capok macam pakai tepung gomak.

Melaka Trip - MPO and Makan Sedap

Assalamualaikum..

Sebelum entry Melaka ni jadik kenangan, baik I masukkan cepat-cepat dalam blog time panas-panas lagi. Untuk birthday Intan ni dia tanya I, ‘Kaksu, entry birthday Intan ada berapa part? Intan nak banyak-banyak jugak macam Kaksu’. Ewah, senang je nak mintak-mintak. Pergi la update dekat blog sendiri. Yang I punya pon mau makan sampai Part 20 lagi dia pon nak banyak-banyak jugak. Hahaha. Ok sambung citer trip Melaka, kitorang masa nak pergi dah plan la nak pakai baju apa la, kasut apa la. I tanya Intan, ‘Intan, kasut Intan pakai kasut apa?’ Lepas tu dia cakap pakai sport shoes. I belagak cakap ‘Tapi bukan Adidas NMD kan?’ Kata Intan ‘Bukan, tapi Nike harga RM400.00 Ok Kaksu!!’ Terkeluar suara jantan dia time ni. Hahahah. Bongok la Intan. Baju pon kitorang pergi beli sama jugaaaaaaaaak yang tak tahan tu. Beli dekat H&M yang loose je so that nanti tak belengas and ketiak lecak sangat. Intan ambik warna lain sebab dia lantik diri dia jadik Ketua. Lantik diri sendiri, pon boleh jugak. I excited untuk this Melaka trip 1) Boleh jumpa Sarah 2) Makan sedap dekat Bandar Hilir. Selain dari tu, of coz la I happy dapat spend time dengan Dyba and Intan. Masa naik bas, ada la rasa takot sebab I kan memang penakut naik kenderaan. Memang macam tu. Kapalterbang lagi lah! Bas pon macam dah lama tak naik je. Dulu masa balik Jengka dari KL pon ada naik bas. Pon takot. Tapi yang Melaka ni, macam sekejap je dah sampai. 2 hours kot? Kitorang isi masa dengan karaoke lagu ongtue so tak rasa lama pon. Tau-tau je dah sampai.



Sebelum Bas bergerak. Photo taken by Abang Driver bas la. Dia pulak sporting je melayan.

Monday, October 30, 2017

Melaka Trip - Air Tembikai Depan Clock Tower

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang pergi Melaka ada Office Trip. Kata Sazli ‘Rombongan Cik Kiah’. Pandai je dia. Please ok, ni bukan rombongan Makcik-makcik hahaha. Best jugak jalan-jalan macam ni. Day trip je. Gerak dari KL 9.00am and before 11.00am dah sampai KL semula. Kat sana ada jumpa dengan Sarah and her twins. Tak ramai pon yang join, dalam 15 orang je. Bas muat ramai, so seat 2 tu sorang satu la. Boleh baring macam tido dekat rumah tapi kaki terkeluar la sikit. Lelaki 4 orang je HAHAHAHA. Pempuan dah monopoli trip ni. Dalam bas apa lagi? I dengan Intan buat concert la. Intan awal-awal dah berangan jadik Tourist Guide. Sekejap cakap English, sekejap cakap Melayu. Kekadang kitorang jadik DJ Radio. Mesti kakak-kakak ni bengang je tak dapat tido. Tapi bila I and Intan diam, dorang suruh nyanyi. Memang kitorang clown pon kalau office punya activity. I know all the Kakak-kakak suka je kalau kitorang bising-bising. Kata Sazli, ‘Papa tengok, Mama dengan Intan je sebok nyanyi. Yang lain diam je?’ Eh of coz la. Siti Nohaliza ma? Ni la masa I nak buat concert tapi Abang Bas punya collection lagu semua ongtue je. Lagu P Ramlee la, Ahmad Jais la. Acane T___T Naseb ada jugak lagu ongmude macam Jack, Ziana Zain yang Cinta Di Akhir Garisan. I lah Ning Baizura, I lah Ziana Zain. Terus giler kuasa tak past Microphone dekat Intan. Tapi takpe, this time takde perebutan kuasa sebab I dengan Intan je yang nyanyi. Kah kah kah. Harini I share sikit je dulu eh gambar? Tu pon sebab tingat Air Tembikai dekat depan Menara Jam tu. Haritu kitorang berlima, order 2. Ingat tak cukup sekali naik pecah punci kencing I nak mengabeskan sebab banyak giler.



Ni la Air Tembikai tu. Sedap and fresh giler! Tak sure berapa harga. Kata Dyba, 2 tembikai + 3 cendol RM27.00 je. Location dekat depan Clock Tower, sebelah dengan sungai yang ada orang naik cruise tu. Tepi jalan je.

Friday, October 27, 2017

Lamb Kebab Terpaling Sedap Dan Throwback Solo Trip

Hi Assalamualaikum..

Bersempena birthday PA Siti Nohaliza iaitu Intan, harini dia busy sikit. Happy birthday Intan! Atleast lepasni kalau kaksu tanya Ain bila nak kawen Ain boleh jawab "tunggu Intan kawen dulu nanti Ain kawen lah sebab Intan lagi tua dari Ain". Hahahaha. So takpe, kasik chance mereka bergembira and Ain tolong update blog since dah dapat notice dari malam tadi sampai kesiang. Dia kalau bagi early notice memang semacam punya eksyen. Ain cakap dengan kaksu pagi tadi nasib baiklah Intan punya birthday takde term birthday week. Kalau tak manjang lah dia busy kang. Siti Nohaliza yang betul-betul bini Datuk K tu pon takde birthday sampai seminggu, melampau betul. So harini cerita pasal kebab kambeng tersedap Ain pernah makan. Minggu lepas siap masuk mimpi punya biadap kebab ni. So beli lah lamb grill and buat letak dalam tortilla, bagi rupa lebih kurang macam gambar bawah ni. tapi jauh beza rasa. Tortila kan keras. memang la tak sama. Lamb grill tu pulak liat boleh tahan macam makan selipar.  

Kebab kambeng terpaaaaaaling sedap Ain pernah makan. Dah seminggu lebih jugak teringin tapi nak yang sebijik macam ni. Ni Ain makan dulu dekat kedai Iran area Victoria Market, Melbourne. Bapakla sedap. Kita order baru dia uli roti pita tu. Roti dia tak lembut sangat tapi sikit tak liat. Kambeng dalam tu dia grill and rasa memang cukup semua. Balut sekali dengan tumbuh-tumbuhan sikit (Sambil taip sambil telan ailio). Kalau banyak duit memang pergi Melbourne balik hari ni semata-mata nak makan. Kubilang kalaaaaaau..

Assemoga Intan 2017 - Part I

Assalamualaikum..

Happy Birthday Intan aka Mok yang ke 33 tahun! Intan jangan la sedih sebab dah 33 ok? Bagi Kaksu Intan tak macam 33 pon… Still look young. 33 takper janji cantik, sweet and happy go lucky sebab kalau sentiasa gembira nanti automatically dia jadik awet muda. Kan? Kaksu hope tahun ni last la Intan celebrate single ok? Walaupon wish Kaksu ni makan 7 tahun ada kot? Intan macam tu jugak pon HAHAHAHA. Takper, jodoh tak sampai lagi. Sebab yang terbaik mesti sampai last-last macam kalau dalam TV tu lawan-lawan hero kalah dulu kan? Nanti last-last dia akan menang jugak. Macam tu jugak dengan kes Intan dan jodoh ni. Eh, tapi macam tak relevan je. Hahahah. Malam tadi beria la kitorang stay up sampai midnite nak wish dekat dia tapi Birthday Girl dah tido awal sebab penat buat assignment and migraine kata dia. Tu la I tanya Intan, if next year dia dah ada degree, dia nak sambung ambik Master ke? Kata Intan kalau dia ambik I nak buat apa? I cakap I nak terajang je dia. Menyampah dah tengok dia tension dengan assignment and tak boleh plan apapa. Kejap kang pergi library, Sabtu Ahad pon kalau takde kelas sebok dengan study dia. Macam tu nak sambung Master? I tanya Intan ‘Kenapa Intan nak ambik Master? Nak jadi VP ke?’ HAHAHA. Birthday Intan harini, naseb takde buat rules ‘Birthday Week’ macam I, kalau tak mampos. Cuma warna tema dia untuk Intan Celebration ni nak specific light blue + white pants + purple shawl. Dah tu kena dapat approval dari dia pulak tu. Tak boleh lari warna dengan yang dia nak. Cost la birthday dia ni sebab kena beli  baju and seluar baru. Tu malam tadi Kaklong call dia dari JJ marah Intan sebab warna light blue susah nak cari. Habes bekandang babi keluar. Hahahaha.



Happy Birthday Intan. Assemoga! Dia taktau yang kitorang arrange breakfast untuk dia ni. Kek sponsor by Izzy, Dyba and Siti Nohaliza. Breakfast by Kak Jue and Siti Nohaliza. Hope you like it Love :)

Thursday, October 26, 2017

Icescape Ice Ring – IOI City Mall

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, memula Sazli cakap nak  bawak Shein pergi hiking dekat Bukit Nenas and lepas tu boleh la pergi Mini Zoo dekat sana. Dia memang kalau takde apapa plan, mesti dia akan plan something for Shein. Sedih dia tengok muka Shein kalau terperap je dekat rumah. Jumaat malam tu Sazli cakap 'Esok pagi kita keluar pagi-pagi lah Mama sebab tak panas'. Tapi biasalah dalam kehidupan kita, cita-cita tu tak semestinya akan kesampaian. Shein and Sazli pon siap breakfast dah pukul 10.00am so acane nak ke Bukit Nenas tengah panas belenting ni? Tetiba Sazli cakap nak try ice skating lah. Shein sure suka try new thing. I pon tanya Dyba kot-kot dia nak join ke sekali Dyba cakap Ok. Intan tak boleh join sebab dia busy dengan assignment (Tu yang I cakap kalau dia sambung Master, I nak terajang je dia terus. Tak abes-abes weekend pergi Library) So tengah hari tu taraaaaaaaaaaa tetiba kitorang dah ada dekat IOI City Mall dah. Hahaha. Macam tak caya je ad hock plan macam ni menjadi. Biasa plan bertahun pon tak jadik-jadik. Contoh : Kitorang plan nak cuti hari kerja and and pergi Sunway Lagoon haaaaaaram tak menjadi kenyataan. Dari Shein takde, sampai dah nak masuk 5 tahun dah pon. Hahahaha. I suka la buat activity macam ni sebab I memang kalau tak buat apapa jadik meroyan dekat rumah. Perangai kaki berjalan dah jatuh dekat Shein tapi Shein lagi up sikit la. I kalau dah penat, rasa la rindu rumah and reti la nak balik. Shein takde der. Walaupon dah berjalan dari pagi jejak ke tengah malam, nampak je  jalan nak balik rumah kitorang daaaaah dia menggelupur taknak balik. Hahaha. Kata Sazli 'Suraya, perangai anak you ni sebijik macam perangai you. Kaki jalan. Pantang nampak pekan'. Pekan = Kedai/Mall. Hahahahaha. Naseb baik lah Shein ikut perangai Mama. Kalau tak mereput la Mama duduk rumah tak buat apa. Aku pandang engkau, engkau pandang aku. Sekian terima kasih.


Besar kan Shein? To date berat dia dah 24.7kg ok? Memang nak pecah dada kalau nak dukung dia. Ni nampak gaya ni umur 12 tahun memang dia lagi tinggi dari Mama la ni jawabnya.

Wednesday, October 25, 2017

C R A V I N G

Assalamualaikum..

Sekarang ni I suka giler la makan Sup Ekor. Taktau kenapa. Tapi yang Mamak/Thailand style je. Yang Melayu punya I tak berapa suka. Dia mestilah pedas + masam and letak celery and tomato dalam dia. If balik dari Badminton dengan Futsal, usually kita lepak makan dekat Ali Bistro I WAJIB order Sup Ekor. Dulu dah rasa yang dekat situ paling sedap until I makan dekat Suraya Seafood Kampung Baru, sedap giler wei! Since that I suka yang Suraya Seafood punya la. Lagipon kita nama sama dia macam ada sejenis chemistry la kononnya. Tapi masa second time datang, Sup Ekor sold out. Menyampah. Itu paling menyirap kalau time teringin nak makan semangat berkobar, rasa dah sampai dekat tekak sekali dah habes. Bengang rasa macam nak terbalikkan meja je. Pakkal la I sabar. Hehe. Tapi Sup Ekor dekat situ memang terbaik and bagi I memang paling sedap dalam dunia lah. Ada la tempat-tempat lain yang I pernah try tak sesedap Suraya Seafood tu. Taktau la dia sedap sebab letak Ajinomoto ke, sependa ke... Entah. Janji sedap dapat rasa dekat tekak I. Perfect la rasa dia. I pon taktau bila yang start suka. Bila imagine Ekor Lembu time dia hidup, ada la seram jugak. Imagine dia libas-libas ekor dekat bontot dia. Hahahahaha. Bongok. Tu kalau time makan pergi imagine memang potong la.


Sup Ekor Suraya Seafood. Sedapnya! Rasa macam nak makan malam ni jugak

The Loaf SOGO and Jalan TAR with Bunda

Assalamualaikum..

3 minggu lepas kot masa kitorang lunch dekat Interconti (Bapak belanja) sempena Shein dah besar tak pernah makan dekat Interconti hahahah (Tapi I claimed sempena birthday I in-advance, tak kira) MIL ada cakap dengan I dia nak carik souvenir untuk kawan-kawan dia. Dia ada Lunch Reunion dekat hotel mana entah, I tak ingat. Kata Bunda, dia nak kerongsang je takyah mahal-mahal lepas tu I cakap ‘kedekuuuuuut’. Dia gelak je. Hahahahaha. I cakap, maybe Ampang Point ada so nanti Su boleh tolong carikkan dekat sana. Kata Bunda, kawan dia cakap dekat Jalan TAR ada banyak. So I offer la if dia nak I temankan. Ingatkan nak pergi minggu depan-depannya sekali petang tu jugak dia cakap boleh tak kalau pergi esok sebab dia dah geli pungkok tak sabar nak beli. I cakap ‘Ok sayaaaaaaaaaaaaaaang, I teman you’. Mengekek dia ketawa. MIL sekarang dia dalam tempoh recovery untuk mata dia sebab dia ada cornea problem so dia punya penglihatan a bit terbatas so dia tak berani nak drive jauh-jauh. Area Ampang je yang dia berani. Bunda ajak pergi naik Uber tapi I macam tak berapa selesa naik Uber. Nak menunggu sampai kekadang lambat, kekadang sesat so I jadik serabut perut. I ok je drive. Dalam pukul 10.00am I dah ambik MIL. Kitorang pergi awal sebab taknak panas sangat. Parking dekat SOGO lepas tu then jalan kaki pergi Jalan TAR. Enjoy jugak datang sini. Biasa I datang once a year time dekat-dekat nak Raya sebab saja ambik feel. Feel bau ketiak orang padahalnya. Dengan besesak-sesak I pon tak paham kenapa I besungguh buat routine macam ni. Time hari tak raya ni takde la sesak sangat. I target siap cari kerongsang nak makan dekat satu restaurant depan Sogo tu. Nasi Goreng dia sedap! I suka. Tapi haritu tengok dah takde and baris tu macam ada renovation. Frust sangat. Kata Bunda makan dekat Secret Recipe Sogo la, but tengok ponnnnnnnn dah takde. Dah tukar dengan The Loaf. I pon tak perasan zaman bila yang SR dah takde dekat Sogo ni. Tapi layan la wei Sogo, depan tu ada Buskers. Suara pon semua best-best. Impressed giler I.


Ni Bunda punya. Dia cakap nak makan Spaghetti Sayur. Ada pulak tu Veggie Spaghetti dekat sini. Konon makan sayur baik untuk mata. Ok la. Hahahaha.

Tuesday, October 24, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part V

Assalamualaikum

Maaaatilah Assemoga Siti Nohaliza 2017 dah Part 5. Mau lagi 4 entry baru abes ni. Kang kalau tak letak tak best pulak sebab macam I tak appreciate yang meraikan I. Ye tak? Padahal alasan. Hahaha. Korang kalau sayang I, kena la terima I seadaanya. Ok? Macam mereka-mereka yang sayang I terima I seadanya. Dalam mereka menerima I seadaanya tak lari la perkataan ‘Suraya, kenapa eh you bongok sangat?’ or ‘Kaksu, bongok la’ dan lain-lain lagi. Kena tunjal paling biasa. Hahahaha. Lagipon birthday kan setahun sekali je. Kasik chance la. Ok? Kalau Ok bagus. So, pagi 12 Oktober yang indah tu, I order some brunch menu dari Café Office I untuk satu office. Ada Lontong with Nasi Impit, Kuah Kacang, Sambal Ikan Bilis with Telur Rebus and Air Teh Tarik. I order cukup untuk 1 office makan dari pagi membawak ke lunch siap boleh tapau some kuah Lontong bawak balik. Lepas tu I order jugak Mee Goreng, Roti Jala and Kari Ayam dari NZ Delicacy and sebab NZ Delicacy sayang I maka beliau telah belanja I dengan Kuih Koci yang sedao giler and Kuih Seri Muka setalam. Alhamdulillah… Semoga awak and Mak awak murah rezeki Kaksu doakan. I memang selalu tempah dekat NZ Delicacy ni. Dulu readers yang buat review dekat Blog je. Lepas tu now if sekolah Shein ada Pot Luck or Office I ada Potluck memang sini je I order sebab sedap and murah. Hantar on time and tak banyak hal so kerja pon jadik senang. 


Siti Nohaliza dengan Team Marketing. Mem la ajak ambik gambar sama. Kata dia, ambik gambar la dengan Birthday Girl. Eh, ramai pulak pakai ala-ala warna tema I.

Buat Sendiri OK? PLEASE.

Assalamualaikum..

Semalam I buat Sandwich tapi guna Croissant. Sazli suka la makan Croissant and roti-roti ni. If pergi makan dekat Hotel, usually dia akan ambik bread + butter dulu baru makan yang lain. Penutup pon makan bread + butter jugak. Kekadang croissant tu tak payah apapa inti pon dia suka, cukup makan with butter je. If nak buat sandwich untuk Sazli semua dia suka asalkan jangan Tuna and jangan masam. Lepas tu takyah basah-basah meleleh sos segala and no Tomato slice inside. Dia suka yang kering-kering je. Sos cili takyah letak langsung pon takpe. Kill the taste kata beliau. Macam Kaklong and Intan, dia suka sos meleleh-leleh. Dyba mana ada dia makan je, tak susah nak jaga. Tu kekadang I pon naik confuse macam mana nak buat sandwich ikut preference masing-masing. Usually if buat untuk Sazli I buat la lebih untuk The Girls. Dorang pon dapat rasa + I ni kalau buat apapa tak reti nak buat kuantiti sikit. Mesti macam nak makan sekampung. Ni Kakyang yang mengandung tu, dah 2 3 kali mintak tapau some Egg Sandwich untuk dia. Nanti InsyaAllah dalam this week la buat untuk Kakyang. Iyan iyeeeeeeeer. Actually nak buat sandwich ni tak susah pon. Senang sangat. Tak ambik banyak masa pon. Macam semalam I buat chicken meatloaf + eggmayo. Letak salad banyak-banyak dah rasa macam makan pokok (dah macam kambeng dah). Tapi sedap la. Murah pon murah. Beli bahan, lepas tu buat je sendiri dapat makan ramai-ramai lagi meriah. Ni kalau dekat Delifrance dah berapa RM dah ni. Korang kalau rajin, boleh ikut macam I buat ni ok? Simple je. Sambil goyang tetek pon boleh buat. Hahahahaha.



Letak gambar ni dalam IG Story lepas tu ada orang cakap ‘Pinggan macam pinggan kat rumah, takkan buat sendiri kot?’ Jawapan : PLEASE (Short, Deep and Strong). Hahahaha.

Monday, October 23, 2017

Shell Out G-Village

Assalamualaikum..
MIL dah lama dah cakap tingin nak makan Shell Out. So dalam minggu lepas yang minggu birthday I tu (Nak jugak bagitau hahahaha) kitorang dapat jugak bawak dia makan dekat Shell Out G-Village. Punya happy dia dapat makan dekat sini. Bapak tak join sebab dia Outstation so kami 4 beranak je la. Happy sangat dia dapat jugak rasa makan longgok-longgok atas meja macam ni cuma I je la saspen takot dia tak tahan pedas. But Alhamdulillah dia boleh makan. Kitorang ambik yang perisa kari but mintak yang paaaaaaaaaaaaaaaling mild. Makan 4 orang just nice je portion dia. Takde rebut-rebut. Makan dekat Shell Out tak boleh ajak Intan nanti confirm gaduh sebab dia jenis dekat tangan kita pon nak rebut and tak sabar-sabar. Tapi kan kalau tanya I, if nak makan sebab tingin tu takper la, datang la sekali to feel the ambience. Tapi if spend makan 4 orang total bill sampai RM299.00 baik beli and buat sendiri je dekat rumah. Dapat makan lagi puas, lagi banyak makanan laut dalam tu and probably lagi sedap. To be frank, sama je rasa macam yang I masak sendiri. Resepi boleh tengok dekat sini tapi kalau nak copy paste dalam FB ke, dalam Blog ke kasik la kredit dekat I. Terutamanya page-page FB yang suka kidnap gambar-gambar makanan I dalam blog ni. Pundek la. Bengang pulak teringat kes Page FB Viral tu. Dah la amek resepi orang, lepas tu curi gambar lepas tu bila kita mintak kredit dia cakap kita eksyen and cakap tak boleh bawak masuk kubur. Penjahat ok, penjahat. Pui! Yang entry I meroyan tu korang boleh baca dekat sini. Hahahah. Marah sangat rasa bila ingat. Kita sesusah masak, dia sesenang plagiat resepi kita claim dia punya. 


Shein punya first experience here. Tengok dia enjoy makan. Macam Ongtue.

Resepi Mudah Tapi Sedap - Nasi Goreng Lada Kering

Assalamualaikum.

Masa bagi Kaklong Nasi Goreng Lada Kering yang I masak semalam, dia terus reminiscing back our memory dulu masa I first time buat Nasi Goreng Lada Kering ni. Masa tu tak kawen lagi kan Kak? I buat kena letak atas surat khabar sebab oily giler. Bajet macam nak buat sambal tumis so letak minyak banyak-banyak (sebab takot cili tak masak nanti sakit perut) and lepas tu letak nasik. Bukan Nasi Goreng Lada Kering dah tapi Lada Goreng Bernasi Minyak. Hahahahaha. Tapi sedap la Nasi Goreng ni. Dulu masa zaman kecik-kecik I remember Mak buat macam ni and memang sedap! Lagi sedap sebab tinggal makan je and tak payah buat apapa. Hehe. Dah seminggu Ikan Bilis yang Sazli dari En Kahar from Sabah beli dok ada dalam peti tapi I tak buat-buat jugak Nasi Goreng ni and finally I dapat kekuatan untuk buat semalam. Malam tu sediakan perencah and esok paginya tinggal goreng je. I ikut resepi yang tulis dalam Facebook. Simple je and The Girls and Sazli cakap sedap. Cuma I rasa macam berminyak sikit. Next time kena kurangkan minyak lah. I rasa la jugak sesudu dua. Dapat jamah pon dah ok, lepas kan tingin. I masak 4 cawan nasi malam tu and dapat bekalkan Sazli and The Girls. Suka la dorang semua and request nak lagi. Main order je. Bayaaaaaaaaaaaaaaaaa laaaaaa. Penat ok masak? Intan minggu depan sempena birthday week Intan, Kaksu nak request Intan buatkan Kaksu Nasi Goreng. Boleh? Dyba goreng telur. Izzy bawak timun. Kaksu dengan Kaklong this time nak jadik tukang makan je.


Nak buat Nasi Goreng Lada Kering ni kena menggunakan kekuatan tangan. Kalau guna blender dah jadik tak sedap lah. Bagus untuk membentuk muscle. Kata Kaklong ‘muskel’. Haha.

Sunday, October 22, 2017

Slot Prelove Chooyaya - New Tommee Tippee Electrical Steam Sterilizer and Bottle Steamer

Slot Prelove Chooyaya - New Tommee Tippee Electrical Steam Sterilizer and Bottle Steamer

Salam Kaksu, saya nak letgo urgent items below:-

1 x new Tommee Tippee electrical steam sterilizer
1 x new Tommee Tippee bottle steamer

Reason nak jual sebab kedua-dua items tak penah digunakan.

Condition new : Nak jual kedua-dua items rm500. Market price lagi mahal.

Contact saya : 0182152532 - nieda

TQ Kaksu cantik.

Saturday, October 21, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Kasut Guess


Slot Prelove Chooyaya - Kasut Guess

Hi Kak Su,

I ada beli kasut Guess. Tamak haloba punya pasal beli la sampai banyak color. Tapi last-last I pakai satu dua je. So ada satu ni nak let go. Masih baru. Pakai cuma time try je. Retail dalam RM399.00 and I nak let go RM130.00 tak termasuk postage. Tapi boleh nego sampai jadi.  Even kalau sales 50% pun still murah. Size 8 tapi kaki size 7 pun boleh pakai sebab dia hujung sempit. Kotak akan dibagi sekali. Sesuai untuk pegi event or hari raya or kenduri nak glamer-glemer. Gambar last tu harga kat US x 4.24 USD and so dah sampai tempat kita, mau mark up lagi price dia sebab Abam Jib punya segala tok nenek tax gst pelbagai, macam harga bag LV *tetiberr hahahah* 

Kalau nak email I at shariaanana@gmail.com. Kalau comfirm baru I WhatsApp.


Friday, October 20, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part IV

Assalamualaikum..

Back to cerita Birthday I. Kah kah kah. Harap jangan bosan. Rasanya sampai birthday Intan 27 October ni pon tak abes-abes lagi citer pasal I. Yerlaaaaaaaaaaaaa. Kan I Pwincess? (tak abes-abes) hahaha. Semalam masa dalam kereta I cakap ‘Minggu depan birthday week Intan’. Lepas tu Kaklong cakap ‘Abes nak kena ikut cakap Intan pulak ke seminggu?’ Hahahaha. Bongok. Taaaaaapi minggu lepas I makan banyak giler ok? Now I feel fat and kena start balik ‘No Rice : Day 1’. Ni No rice betul ni. Bukan macam Shanom. No Rice Day 1 je hari-hari. Harini Instastory Day 1, esok Day 1 balik. Hahahahaha. I nak jot down apa I makan and berapa cal I ambik sehari. Tau la bila birthday sekejap kang kek, sekejap kek. Ni Si Ellis suruh check out IG apa entah ada kek sedap kata dia. Malas I nak tengok. Huda pulak pakkal la dia dah lepas ke Setia Alam kalau dia kat KL area kang I kang mula la ‘Baby, I tingin nak kek tu.. Tingin nak ni’ Yang Huda pon melayan hantar. Bebudak ni pulak rajin melayan I kalau I tingin nak makan apapa. Nak pulak Starbucks ada dekat office ni kang kejap tingin Caramel Mac, tingin cake tingin tu tingin ni. OMG cannot, nanti gemok macam mana? Taknak. Say NO to gemok! Ok. Harini I nak share apa yang I dapat masa 12 Oct lepas. Yang haritu je tau? Hari lain dapat nanti I share. Hahaha. Poyo giler. Kata readers komen dalam Insta. ‘Kaksu, ni dah betul macam Siti Nohaliza ni’. Hahahaha. Korang kalau sayang I, kena terima I seadanya. Ok? Macam Sazli dia dah level redha dah. I buat catwalk depan dia ke, posing depan dia ke nanti dia pas dekat Shein. ‘Shein, ko tengok Mama ko gile’. Hahahahaha.

 

Sedap Brownies ni tau? The Girls la ambik package balloons + kek + hand bouquet. Harga I tak tau pulak berapa. Tapi Brownies ni memang sedap! Hari kejadian jugak settle. Check out IG @miss_yaya89
 

Thursday, October 19, 2017

Jangan Sombong Awak..

Assalamualaikum..

Orang cakap, kalau nak buat baik mesti ikhlas dan jangan mengharapkan balasan apapa. Sebab bila kita buat baik dan mengharapkan balasan or at least kita mengharapkan orang mengenang budi kita serta ingat apa yang kita dah buat untuk mereka and kata la lepas tu apa yang kita terima tak macam yang kita expect, kita jugak yang akan kecewa, frust (eh bukan sama ke kecewa dengan frust). Jangan sampai emosi kita take over sebab time tu lah nanti kita akan mula ungkit-mengungkit, give up, lose faith, dendam and paling teruk berniat untuk berhenti buat kebaikan sebab rasa sia-sia so masa tu lah habes dah semua pahala yang Allah dah bagi pada kita semasa niat asal kita untuk berbuat kebaikan dengan mengembirakan hati orang lain sebab kita dah tak ikhlas. Sebab kita ni kalau dah namanya manusia level-level I yang kekadang emosi suka ambik alih disebabkan rapuhnya jiwa dan longgarnya iman so kita akan selalu nampak apa yang kita dah buat untuk orang tetapi selalu lupa apa yang orang pernah buat untuk kita. Paling tidak pon kita merasa diri kita lebih baik dari orang lain. Bila kita rasa diri kita lebih baik dan hebat dari orang lime, time tu lah kita dah masuk kategori sombong. Jangan sampai sombong. Walaupon kita tak pernah tinggal solat, meninggalkan perkara haram dan yakin tak melakukan dosa, bersedekah setiap hari, berbuat kebaikan setiap hari tapi bila dah terdetik rasa diri lebih hebat dari orang lain maka pada masa itulah automatically kita sebenarnya dah masuk kategori sombong. Kita akan rasa diri kita lebih menonjol, kita bangga diri and tiba-tiba hati pon dah macam keras nak terima nasihat. Kita rasa semua orang salah and kita sorang je betul WALAUPON kita yakin dengan amalan kita tapi kalau dah tercalit sombong tu dalam hati, cepat-cepat isitfar dan bertaubat.


Gambar takde kena mengena dengan entry but I suka tulips.

Huda Beauty Dessert Dusk Palette (Limited Edition) RM370.00 Jer

Assalamualaikum..

Korang tau kan Huda Beauty punya make up series memang paling cantik dalam dunia kan? Exaggerate giler kan I? Lantak lah. Janji I bila pakai Eye Shadow Huda Beauty rasa macam pengantin lepas tu Intan tumpang sekaki.  I pesan pada dia ‘Intan jangan nak tekan kuat-kuat. Tekan sikit je’. Lepas tu masa dia guna I pandang dengan ekor mata hahahaha stressed Intan. Sekarang dia akan ambik yang sisa-sisa dekat brush I je. Ituuuuuuuuuuuuu pon lawa jugak. Punya hebat aura Huda Beauty ni ha. Dia now hari-hari lawa tau? Hari-hari Neelofa. Taknak kalah dengan I yang Siti Nohaliza ni hahahaha. Macam Dyba dia cakap dia tak boleh la mekap selalu sebab dia natural beauty. Hahahahaha. Confident bebudak ni kekadang I pun tak tahan. Tapi sebab sayang, layan ajer la. Huda Beauty make up ni memang takde dekat Malaysia kecuali yang fake punya. Yang tu I tengok ada banyak jual dekat booth. Haritu masa Karnival office I pon ada jugak jual. Suka-suki je kan? Sephora taknak bawak masuk ke eh Huda Beauty dekat Malaysia? Eeee geram betul. Tapi bagus jugak tak bawak masuk nanti I bulan-bulan makan mekap je sebab nak beli makanan duit dah takde. Hahahaha. Tapi kan? Walaupon broke macam mana pon wanita-wanita di Malaysia, I agak kalau Sephora bawak masuk confirm laku keras punyalah. Personal Shopper pon ada banyak jugak jual. Kekadang I tengok ada yang jual Pallete tu sampai RM500.00 pon ada and ada yang beli pulak tu. Bapak Mahal! Tapi nowwww I ada berita baik pada semua yang dah lama berangan nak Huda Beauty Pallette korang boleh beli dengan Dyba je. Dyba the owner of @sofeas_wardrobe tu. Jom check out harga.


Huda Beauty Dessert Dusk Palette (Limited Edition) RM370.00 + RM8 Postage

Tuesday, October 17, 2017

Gemok Padan Muka

Hi Assalamualaikum..

Harini Ain nak cerita pasal makan. Siti Nohaliza busy dengan BOD so dia eksyen sikit. Dari pagi cakap busy busy busy risau takut dia tak sempat makan. Member kan sekarang ada gastrik. Tapi tengok kat IG story Alhamdulillah sempat makan and bersuka ria sekejap. Lupa pulak bab makan dia lagi expert, sibuk macam mana pon insyaAllah sempat. Hahaha. Dahla tu siap carik pasal tag orang gambar udang apehal? Tapi Ain makan sedap jugak so tak heran pooooon. Tapi teringat jugak lah udang gemok tu masa kaksu pernah bawak makan kat kedai kelantan tu. Blergh. Tadi pukul 12 lebih dia dah bagitau suruh update blog siap cakap 'tajuk bebas. Ni kaksu dah kasik advance notice ni'. Kemain sound eksyen gila ok? Sebab kadang dia aci boleh je mintak tolong update and bila kita tanya pukul berapa dia kata now + emoji yang tayang gigi tu. 

Ni Ain makan lunch tadi. Nasi kukus + ayam goreng (kena bahagian isi) + ulam tak tau nama dan timun yang tersembunyi + sambal belacan = Gemok. Ain suka ayam bahagian isi. Paaaaaling tak suka tight/drumstik. Kaksu kata bahagian isi yang buat gemok sebab serap banyak minyak. Tapi orang yang ajar diet kesihatan kata elok makan bahagian isi. Mana satu entah fakta yang betul. Kuah tu letak kuah gulai sikit + kuah lemak siput sedut sikit. Abang kedai tu ajar. Nasib baik sedap. 

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part III

Assalamualaikum..

Tahun ni Sazli dah cakap awal-awal untuk birthday I, dia nak ajak spend time sama-sama tengok movie and makan berdua je. Bukan taknak bawak Shein, tapi takot nanti dramatic sangat. Kang nanti Mama tak Pwinces la sebab Shein dah over shadow lepas tu semua nak ikut cakap kau aperhal? Haha. Tapi pagi tu masa siapkan dia, dia macam tau wei kitorang nak bersuka-ria. Dia cakap ‘Mama, no good morning Ms Ainur’. Maksudnya dia taknak pergi sekolah. Drama la sekejap sebab dia taknak pakai baju sekolah. Lepas bermuzakarah dengan Abah beliau, Shein pon ok la. Cakap pada I ‘Mama, No Ice-Cream’. No Ice-Cream maksudnya beliau kena pergi sekolah la. Time tu Sazli dah mental koyak sikit. Dia tanya ‘Macam mana Mama?’ I cakap, macam mana apa? Nak dramatic ok je bawak Shein sekali. Haha. Akhirnya Shein tertewas kena jugak pergi sekolah tapi Abah beliau masa first 30 minutes dia macam down la. Rasa bersalah enjoy without Shein. I ok je. Bukan la tak sayang Shein tapi NI KAN BIRTDAY MAMA? Kasik la rasa special sikit. Untuk Shein, nanti la kita celebrate sama-sama naik Genting Highland makan dekat Burger and Lobster ok? P.R.O.M.I.S.E Tapi Abah kena la bawak kitorang. Mama request nak naik cable car boleh? So masa Rabu tu (sehari sebelum birthday I) maka keluar la I dengan Sazli. Memula nak pergi Pavilion tapi sebab cerita Kingsman punya show waktu tak berapa cantik so kita pergi KLCC la. KLCC laaaaaaagi. I rasa I dah layak la jadik duta KLCC. Seminggu 4-5 kali kot pergi sana? Last week direct Monday – Friday KLCC OMG. KLCC ambik duit I seminggu sebab lalu pergi balik + parking ada la RM100++. Sebulan dah berapa? I rasa baik I ambik monthly pass je kan? Lagi jimat.


Kata Sazli, nak dari pagi sampai petang so lepas hantar Shein pergi sekolah dah ada dekat KLCC. Nak menunggu sampai balik, parking kena RM19.50 nice one. Ni dekat ZARA. I saja la tengok-tengok baju kot ada yang berkenan. Naseb Sazli baik sebab takde yang I suka. Sebenarnya I tak boleh shopping kalau ada orang tunggu.

Sunday, October 15, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Gucci Hobo Shoulder Bag

Slot Prelove Chooyaya - Gucci Hobo Shoulder Bag

Salam Siti Nohaliza yang cantik jelita, Terima kasih kerana memberi peluang untuk jual prelove kat blog u. I nak jual handbag i ni.


Ni details ok



Gucci Hobo Shoulder Bag
Beli tahun 2010 tetapi jarang sangat guna
Condition still tip top
Nak jual sebab in need for cash
Ada receipt, care card dan dustbag
Nak jual for RM1,500.00

Contact me Lin 0192499444



Saturday, October 14, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Madela Freestyle + FREE Avent Steamer Blender + FREE 15 Storage Milk + FREE Postage (RM850)

Slot Prelove Chooyaya - Madela Freestyle + FREE Avent Steamer Blender + FREE 15 Storage Milk + FREE Postage (RM850)

Madela dibeli 4 tahun yg lalu, made in Swiss. Moto suction masih elok sebab baru pergi service awal tahun hari tu. Saya hanya guna pump bila pergi travel je sebab nak pump dalam kereta. Dekat ofis/rumah, saya gunakan pump lain. Sejenis beli benda mahal tapi sayang nak guna. Avent Steamer Blender tu just nak sedekah je, itu pun saya beli tahun 2012. Guna masa baby 6 bulan - 1 tahun. Lepas tu simpan. Bukak balik tahun ni guna balik masa 2nd baby 6 bulan - 1 tahun jugak. Now my baby dah 1Y3M.. dan simpan balik.. Tapi Madela dan Avent no warranty.. Mana nak dapat harga pump skali include blender.. 2 in 1 kekdahnya.. 

Tima kasih kerana berminat dan Tankiuuu Kaksu. Berminat boleh Call/WhatsApp 0135898856 (Farah cantek) 


Friday, October 13, 2017

Tips Masak Nasi Goreng Bodoh Yang Sedap

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu I buat Nasi Goreng Bodoh. Dah banyak kali dah share dalam blog ni sampai I pon dah naik menyampah tengok sebab rasa amendaaaaa poyo buat nasik goreng pon nak kasi resepi 20 juta kali tapi setiap kali masuk Instastory and IG TETAP ada yang tanya macam mana tips nak kasi nasi goreng tak benyek + sedap macam I buat. Acewah, macamkan pernah rasa kan macam mana nasi goreng I ni ha yang confident cakap sedap tu. Hahaha. So oleh kerana itu, harini I up lagi sekali resepi dan cara  macam mana nak buat Nasi Goreng Bodoh ni sedap. Tips dia senang je. Guna nasi sejuk. Kalau boleh nasik yang masak semalam or leftover lepas tu letak dalam peti ais. Beras biasa and bukan beras wangi or beras basmathi. Sebab kalau beras wangi dia starchy so a bit lembik and beras basmathi pulak keras dan dikuatiri tercekik bila makan. Orang Jawa sebut keseret. Keseret tau keseret? Keseret ni macam bila makan, dia rasa terlekat dekat tekak. Itu keseret. Paham? Guna nasi sejuk InsyaAllah sedap. If nak buat nasi goreng pagi ni, jam tu jugak baru nak masak, dia memang akan jadik lembik lah. Lepas tu minyak kena guna secukupnya. Tak boleh banyak, tak boleh sikit. Itu sahaja tips. Selain dari tu, masaklah dengan kasih sayang... InsyaAllah akan sedap la nasi goreng anda tu nanti. Cececece. My way nak buat nasi goreng bodoh I ni senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih and ikan bilis. Panaskan minyak, pecahkan telur jadik scramble egg. Minyak banyak ok? Ni baru belajar dari FB ni. Ketepikan aje tulur tu, and masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing lepas tu masukkan la nasi sejuk. Dah gaul gaul gaul semua sampai sebati baru la masukkan garam. Sebelum angkat, letak pulak Ikan Bilis Goreng. Siap! Senang je kan? Sambil goyang tetek pon boleh buat. Hahahahah.


Nasi Goreng Bodoh pujaan Sazli and Shein

Tema Kenduri

Assalamualaikum..

In conjunction of ‘7 Days Princess’ sempena dengan Birthday Week I (matilah bila nak abes cerita birthday engkau ni Suraya) so I on Wednesday tu I mintak semua pakai baju tema kenduri. Dah citer dah dalam previous entry. Kitorang tengahari tu tapau some salad mahal dari Isetan lepas tu makan dekat KLCC Food Court sebab nak makan Waffle sedap dekat Milano Café. Intan and Kaklong la yang nak makan Brussel Sprout tu. Haritu macam mana entah 2 orang tu terlepas pergi Isetan and makan salad lepas tu cakap sedap. Bila tanya mana, kasik bau sendawa je. Bongok hahahaha. Memula Intan dengan Kaklong je nak salad but end up semua terpengaruh. Yang paling mahal Kaklong punya la. Dia tu dah beli salad, beli lagi Hor Fun Chicken lepas tu Waffle kitorang semua share dua orang, dia je makan sorang. Kata dia, semenjak dia sihat sikit rasa badan ni, nafsu makan dia naik. Eeee seram. Nanti gemok Kau tau lah. Masa hari Rabu tu, Izzy kata nak ambik souvenir company punya buyer and Intan teman. Sebenarnya dua orang tu beli hadiah I dekat Arzu and Lovisa rupanya. Awwwwwww sweet! Kaklong and Dyba pergi tengok baju dekat Uniglo and I beli some breakfast bar dekat Cold Storage. Now untuk breakfast, I try ambik at least 1 cup of Hot Choc. Kena paksa makan walaupon I bukan breakfast person. Tak makan sampai lunch pon takpe. Tapi dah tetuwe ni tak boleh macam tu. Kena isi perut tak kisah la tak lalu kea pa tapi WAJIB ambik. Ok? I bercita-cita nak minum fruit juice pagi guna blender yang terus boleh minum tu tapi rajin pulak I nak kupas buah. Paling tak suka kot? Dari kupas buah I rela lapar tak makan. Hahahahaha.


I rasa KLCC kena panggil kitorang jadik Duta la. Hari-hari I spend more than RM15.00 for parking. Pergi kerja lalu, balik lalu. RM10.00 dah. Lunch nasib la tong-tong bayar parking. Lulz. Kemain memasing macam nak pergi kenduri.

Thursday, October 12, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part II

 Assalamualaikum..

Sian Intan and Dyba harini bizi kehulu kehilir untuk birthday I. Hahaha. Memula pagi setting meja untuk breakfast for office sama-sama lepas tu tolong arrange tempat I untuk letak bunga-bunga yang I dapat (once a year memang akan jadik florist lah) and jugak prezen and jugak cakes. Lepas tu sebok ambik gambar and taktau la apa menda yang disebokkan. Dyba tanya ‘Ni bila kita nak buat kerja ni?’ Lepas tu Intan jawab ‘Selagi tak habes Suraya punya birthday’. Esok pulak ada birthday lunch dekat Chili’s KLCC dengan bebudak ni. Lepas tu haaaaaaaaaaaabes. Tiap-tiap tahun, Alhamdulillah memang macam ni la kitorang dekat office bila birthday I sampai. Masing-masing bizi (yang taktau bizi apa tu). Intan memang duduknya dekat meja I je. Lepas tu I tanya dia, ‘Intan nak apa?’ Dia jawab ‘Intan nak tolong Kaksu’. Hahahaha. Si Dyba pulak bongok, dia call HR Head cakap Intan tak buat kerja. Lepas tu Intan kena pergi balik la HR. I tanya Intan, ‘Intan bizi ke dari tadi kehulur-kehilir’ Lepas tu dia jawab ‘Intan pon taktau la apa Intan buat. Macam banyak sangat kerja ni’. Yang HR Exec nama S cakap dekat Intan. ‘Pelik I, harini birthday Kaksu ke, birthday you dengan Intan? Korang dua yang nampak bizi’  Hahahaha. Tadi lepas lunch, Intan ajak makan cakes semua ramai-ramai and setting meja. Selagi tak makan kek selagi tuuuuuulah tanya bila bila bila. I tengok atas meja ada Brownies yang dorang kasi, ada Kek Coklat dari En. Herman (partner Badminton I), ada Kek dari Ana and ada Cheese Cake slice dari Dzarif. Dah ready nak potong tetiba dorang nyanyi lagu birthday song and Group Finance kasik pulak 1 more cake. Waaaaaaaa. Terharu I. Sebab Finance kasik kek. I kan jenis duduk dekat tempat je tak peramah-peramah sangat berkawan tapi bila dorang bagi macam tu, I rasa la disayangi. TQ sangat… I segan sebenarnya sebab sebenarnya I memang jaaaaaarang pergi-pergi berkawan dengan dorang (except the girl) tapi yet still ada cake untuk I.


Dari Kiri : Kaklong, Izzy, Intan (Sebok nak menyempit duduk depan I), Siti Nohaliza, Dyba, Aini, Kak Bazilah, Kak Ros, Kak Ani and Fiza. Taccchiuuuuuuu!

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part I

Assalamualaikum..

Hari semalam I cuti, lepas tu pesan pada The Girls suruh email I Birthday Wishes and gambar dengan birthday girl sebab I nak letak dalam blog. Kena buat satu perenggan lepas tu puji-pujian je lah kalau boleh. Sebab I kan Princess? Hahahahahah. Lawak betul la. Dyba tanya ‘Kaksu, pertandingan ke?’ I cakap je ha ah. Dah ni dorang dah bising-bising tanya sapa yang menang. Dyba cakap kalau dia kalah dia taknak kawan I. Intan pulak dah jeling nak terkeluar biji mata. Aduhhhhhh. Menyesal pulak suruh dorang buat assignment macam ni. Ni nak kena kasik hadiah pulak ke apeni? Hahaha. Korang yang biasa follow blog ni sejak 80 tahun dulu sure tau kan birthday week I meriah macam mana. Lots of drama, laugh and tears. Dorang pon kalau birthday I semua excited nak muntah semua. Itu yang buat special. I know dorang pon semua happy ikutkan je apa yang I mintak. I rasa bahagia sangat dikelilingi oleh budak-budak ni. Kawan-kawan I pon SEMUAAAAAAAAAAAA baik-baik. Dari Officemate, kawan-kawan WAGS and kenalan also readers blog. Semua baik and selalu la buat I rasa diri disayangi. Tak kisah la sebab kena paksa ke apa. Hahahaha. Bak kata someone dulu ‘Sayang Suraya dah macam satu kewajipan’. Hehe. Dah jom baca apa dorang wish untuk I.


Ko tengok la Nenek orang tu posing macam mana T___T

Wednesday, October 11, 2017

Special Birthday Sale Untuk #houseofcorsetbychooyaya

Hi Assalamualaikum..

Bersempena dengan birthday Siti Nohaliza besok yang ke.... hahaha. Big boss telah bermurah hati untuk buat satu SPECIAL BIRTHDAY SALE untuk Houseofcorset punya best seller item. Bagi yang tak tau lagi, now dah ada few type of corset. Untuk bengkung jenis waist sahaja pon ada, one suit corset (best seller) pon ada, untuk plus size seperate baju and seluar poooon ada. Macam biasa kaksu selalu cakap, semua pon ada, mak bapak je takde. Hahaha. Sale ni akan berlangsung start now (11hb Okt 2017) until besok malam (13hb Okt 2017) pukul 12.00AM. So less than 36 hour je tinggal. Nama pon special sale, kalau lama-lama tu namanya bukan special. Now pon lepas update kat IG tadi boleh tahan meriah DM masuk. Tu tak tau la whatsapp kaksu macam mana. Siaaaaan dia tengah dating pon bekerja. So if lambat sikit respon korang bawak bersabar ok? So mana yang memang plan nak berjimat cermat and jenis tunggu sale, please grab this chance ye. Kadang bila takde promo/sale tapi orang mintak discount jugak kesian tengok Siti Nohaliza. Dia jenis cepat kesian. Tapi tak bermakna korang boleh mintak sampai melampau punya murah ok? Nanti dia mengadu "kaksu pergi keje pakai sependa jela Ainnnnnnn" Hahaha kesian kan?  

Best seller one suit corset. Kalau kat IG just tengok by hashtag #houseofcorsetbychooyaya. Normal Price is RM150 exclude postage. Now sempena birthday sale harga jadik RM108 (semenanjung) and RM110 (sabah/sarawak). Paling penting FREE POSTAGE. Semua dah include. So dah save almost RM50. Banyak tuuuuuuuuuuu. Macam biasa, ada 3 pilihan warna and size ada M-5XL. Berat pulak sampai 125KG pon boleeeeeeeeeeh!

Tudung Cantik Be_Anggun

Hi Assalamualaikum..

Ni ada pesanan dari Siti Nohaliza. Dia cuti pergi dating dengan housemate dia bersempena birthday week dia. Besok birthday dia jangan buat-buat lupa ok? Nasib lah birthday setahun sekali, Hahaha. Sebab still ramai yang tanya pasal tudung bawal dull satin yang kaksu selalu pakai and ada 60 juta tu (memang dia suruh bagitau dia ada 60 juta helai), ni Ain tolong update info pasal tudung tu. Dull satin ni material heavy and jenis terletak elok je. Kalau baca kat sini kaksu kata "material dull satin bawal yang I pakai ni heavy so memang jatuh terletak tapi tak pekak" Hahahaha gitu explain. Oklah, cakap banyak tak guna, nak tau cantik tak cantik tengok gambar-gambar Siti Nohaliza kat bawah. Barangkali dia adalah Duta. Kalau tak takkanlah ada sampai 60 juta helai kan? Hahaha. 


 Harga RM25.00 sahaja sehelai. Korang boleh pilih nak color apa. Senang bentuk and terletak.   

Tuesday, October 10, 2017

Kulit Lembap Dengan Bee Venom Serum

Assalamualaikum..

Haritu I ada buat LIVE dekat FB tutorial mekap (kemain) dengan cara nak pakai tudung bawal dengan kemas. Actually Mimy Hamid yang request dah lama jadinya I buat la. So dekat situ, ramai la boleh tengok I punya kulit muka macam mana and baru la percaya gambar I masuk IG buat muka cantik  selama ni bukan la filter semata-mata sebab LIVE celah mana nak filter pulak kan? Dekat LIVE FB tu semua I reveal apa yang I guna. ANNESURAYA SKINCARE sudah semestilah I pakai especially Day Cream. Jangan tinggal and jadikkan routine lepas tu memandangkan I pon umur muda 2 tahun dari Siti Nurhaliza yang betul-betul so kulit I memang kering dan tak lari dari ageing process. Nak pulak duduk dalam aircond lebih dari 10 jam sehari memang la buat kulit I super dry, kekadang rasa macam senyum pon nak crack lol. Pencuci muka pon tak boleh sebarangan pakai. So far I ngam la dengan Liquid Cleanser AS sebab tak mengeringkan kulit I lepas cuci. But after that, memang kena pakai pelembap to keep the skin moist. Duluuuuuuu I takde kisah sangat pon pasal kulit muka. Belasah je pakai Baby Johnson lotion dekat muka until I baca satu article ni betapa penting untuk keep kulit muka moist. Sebab kulit kering ni memang cepat tua. Kulit kering sebenarnya lagi bermasalah dari kulit berminyak. So start dari situ I mula pakai serum. Memacam I try dari yang RM50 sebotol ke RM650 sebotol yang 20ml. Semua tu ada yang local and ada yang international. I bertukar-tukar pakai dari satu jenama ke satu jenama until la bila Dr Aidil perkenalkan I dengan Bee Venom Serum terus I jatuh cinta habes and to be frank, this is the best serum yang I pernah pakai sebelum ni. Keep my skin moist and terbukti masa I check skin analysis first time result Moisture and Oil dekat muka I OK. Selama ni memang kalau buat skin analysis, tak pernah yang cukup minyak and moist dekat muka.



Halo halo. Rambut kapok-kepok Mak Datin by Lavinas

‘Naseb la birthday Kaksu setahun sekali je. Kalau tak susah la hidup kita’.

Assalamualaikum..

Since this week is my Birthday Week so I request Intan, Dyba, Kaklong and Izzy pakai baju Tema Kenduri. Hahahaha. OMG I memang dah 5 tahun kot tak pakai baju-baju kurung/traditional pergi kerja. So harini bila pakai terus rasa macam Siti Nohaliza. Hahahaha. Kata Intan and Dyba ‘Naseb la birthday Kaksu setahun sekali je. Kalau tak susah la hidup kita’. This week I ada lesen besar lah sebab Birthday Week. Lagipon I kan kakak? So dorang kena sayang and I Princess Ok minggu ni? Hahahaha. Esok I cuti sebab housemate request nak spend time sama-sama mula dari breakfast, movie, lunch, high tea seharian. Shein pergi sekolah. Kalau dia ikut kang dramatic sangat hidup Mak Bapak beliau. Eh, esok nak pakai baju apa eh? Tak sabar nak pakai XR1 yang Sazli belikan tu… I memang suka color maroon tu. Dah la dekat Malaysia memang takde. Bestnyaaaa!! Kan best if birthday tiap-tiap bulan so I can be a Princess EVERYDAY! I kan, dah lost count dah berapa umur I. Taknak kira dah… Bukan tak boleh terima hakikat dah tua tapi I nak live my life to the fullest! (Alasan) Nak happy-happy dengan love one, nak lebih rational and nak happy-happy je lah senang cerita. Taknak dah drama-drama ni semua. Dah banyak sangat dah hidup dalam drama before this sampai boleh jadik novel la hahahahah (buat rugi masa an air mata je) so now seiring dengan peningkatan usia, kita kena rational and apapa fikir hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk Allah, untuk family and love one. I akan usaha sebaik mungkin for not to hurts people feeling, make things easy for everyone and love the world unconditionally. I nak jadi yang lebih baik dari sekarang. I nak be nice to everyone… Walaupon pada orang yang tak kasik I masuk lane padahal signal dah 10 jam kasi, pada orang yang potong queue time nak bayar di counter, pada orang yang talks bad about me behind my back and also pada mereka yang purposely sakitkan hati I. I nak be nice to them and smile. (CIta-cita tinggi). Hahaha. 


Dyba. My Young and Innocent Little Girl yang selalu try buat I happy all the time walaupon bukan Birthday Week. Sazli care sangat dengan Dyba ni. Dia cakap Dyba ni, macam adik dia sendiri dah. Kalau Intan, Sazli suka buli je. Hahahah.

Monday, October 9, 2017

Birthday Week and Throwback Birthday at Bukchon Village, Korea

Assalamualaikum..

Hi semua. Minggu ni ialah my Birthday Week. Jangan sesapa berani lupa birthday Siti Nohaliza OK? Kalau tak, I merajuk. Tadi I dah pesan pada bebudak ni, ‘Sempena dengan Birthday Week kaksu minggu ni, semua orang jangan nak moody and tak friend antara satu sama lain. Semua kena be nice and jadik good girl. Dyba and Intan especially jangan nak moody-moody. If taknak kawan/merajuk tunggu minggu depan. Kena bagi Kaksu happy if sayang Kaksu.’ Lepas tu esok semua orang kena pakai Baju Kurung/Kurung Modern esok sebab I suruh, kan birthday week I? Macam tebiat pon ada ni sebab I memang dah berzaman tak pakai baju kurung pergi office. Dah la Jumaat ni masa birthday lunch I nak pilih all white wuuuuuu seram all white macam alam barzakh pulak. Hahaha. Tapi orang nak mati dia tak cakap dia nak mati so InsyaAllah umur I panjang lah. Khamis tu apa la eh I dapat dekat office? Nervous pulak. Intan and Dyba pon sama naik nervous. Dorang memang asal birthday I dia punya excited melebihi birthday mereka sendiri. Hahahahaha. I love them so much. Rabu tu pulak Sazli nak ajak spend time sama dengan dia dating dua orang and pakai Adidas XR1 yang dia belikan sempena birthday I tu. Hehe. So takde la nervous tertanya-tanya nak dapat hadiah apa dari Sazli sebab dah dapat tapi mana tau tetiba dapat lain ke kan? (Papa jangan stressed if you read this). Bersempena dengan my birthday week ni, I nak share entry throwback tahun 2015 masa I punya birthday dekat Korea with Sazli, Kaklong I, Kaklong Ellis, Ellis and Shein. 12 Oct 2015 kita jalan-jalan ke Bukchon Hanok Village, Namsan Tower and Itaewon. Berjalan dari pagi jejak ke malam masa birthday I memang puas hati giler. Tapi kan? Makan 2 tahun jugak nak update pasal Korea. Tengok balik gambar, amboi debabnya I. Seronok sangat dia gemuk-gemuk tu nak pegi mana?


I tau Kaklong suka Bukchon Hanok Village ni. Dia selalu la kalau lalu dekat area Kampung Baru yang nak menghala ke HKL jalan belakang tu kan, dia akan cakap ‘Dik macam Korea kan?’ Sebab depan Bank tu dia ada pokok-pokok rendang daun kaler orange.

Friday, October 6, 2017

Jual Pre-Love Item Anda di Blog I For FREE

Assalamualaikum..

Hi korang, I ingat mulai minggu depan kan untuk Sabtu/Ahad I nak bukak FOR ALL yang nak jual barang-barang Pre-Love SAHAJA tak kisah la apa jenis pon yang nak dijual, korang boleh menggunakan blog I sebagai medium. Ok? Min 1 gambar, Max 3 gambar. Kalau rasa banyak buat la Photo-Grid. Korang kena buat text sendiri and semua info pasal barang pon korang kena provide. I hanya akan copy paste sahaja and masuk dalam blog. Apapa sahaja yang nkorang nak buyer tau boleh include semua everything dalam tu. I hanya akan pick for publish info yang complete sahaja. Contoh kalau nak jual Pre-Love handbag korang kasik la Gambar, Jenis, Bila Beli, Condition, Reason to sell, berapa harga, cara pembelian and contact number. Sebarang iklan menjual Pre-Love I akan accept hanya melalui email I sahaja iaitu [surayasulatin@gmail.com] and I tak accept yang dari WhatsApp sebab sian I, nanti nak kena copy paste pulak masuk blog. Dah I pon busy menyelamatkan dunia, acane? I kan part time Power Rangers so korang kena paham yang I tak selalu FREE. Yang ni I harap SESIAPA PON JANGAN NAK AMBIK KESEMPATAN PADA DIRI I YANG LEMAH. I cakap melalui EMAIL SAHAJA so kena melalui EMAIL SAHAJA. OK? Kang ada je la yang malas pergi WhatsApp I je. Nanti I marah baru tau. Ok? I garang jugak kadang-kadang. Dulu zaman darah panas biasa dah serang-serang orang kalau tak puas hati. Ni dah tetua sapa yang nak cari pasal, provoke I menggunakan apapa medium pon lantak ler ko kat situ. Malas I nak layan. Kah kah kah. Motto hidup I ialah : Less Drama. Gittew.



I takkan mengenakan sebarang charge untuk JUALAN PRE-LOVE ITEM DI BLOG I NI taaaaaaaaapi kalau la korang nak join I buat sedekah/infak pada orang-orang yang tak bernasib baik boleh je. Tak kisah pon berapa janji ikhlas. RM10.00 hatta RM1.00 pon I terima. Ok? Usually every month memang I ada allocate sikit untuk sedekah. I takde specific nak bagi pada sapa. Kekadang nampak dalam FB ada orang sakit-sakit I kasik je. Mana dan la. Ok? Tapi kata kalau taknak pon takpe (^_^) Cuma I mintak korang doakan I murah rezeki dah la. Untuk iklan product tak boleh guna slot ni ok? Ni Untuk jual Pre-Love item sahaja. Yang tu kalau nak macam biasa, PM tepi. So paham tak? Kalau paham bagus. Nanti email I and letak tajuk SLOT PRELOVE CHOOYAYA. Nanti I akan reply bila turn korang akan sampai. I akan publish on Sabtu/Ahad and please email I untuk selewat-lewatnya pukul 10.00am sebelum Jumaat. Ok? Ingat. Ayat buat sendiri. Tulis la macam mana pon korang nak. I prefer yang tak guna short form sebab I allergic orang guna ayat nak senang ni je. OCD I tak membenarnya typo. Harap semua paham. Kalau paham, bagus and boleh ready segala info barang yang korang nak jual and email pada I ok? Okbye.

-eNd-

Selamat Bertunang Nurul Iddurah and Imran Zahri

Assalamualaikum..

I sangat bangga dengan diri I sebab berjaya drive dari KL to Seremban ALONE untuk pergi Majlis Pertunangan anak Big Boss I merangkap I punya fav Fever Glam Lipstick agent, Iddurah dengan tunang dia Imran Zahri on 26 Ogos lepas. Ni betul punya throwback ni. Hahaha. Tahniah Durrah and tunang. InsyaAllah nanti Majlis Perkahwinan akan diadakan on April next year tak silap I. I pergi sorang je sebab Intan, Dyba semua tak FREE and Sazli petang tu nak tengok Semi Final Bola Sukan Sea yang menang tu so takot I sampai lambat kang susah pulak dia kelam kabut. Nak handle Shein sorang memang I tak mampu sebab bersesuaian dengan motto I pada hari tersebut ‘Less Drama’ sebab Mak engkau dah pakai baju traditional cecantik siap kain batik belah lepas tu nak mengejar dia je eh kurang kerja pulak kan? Bak kata Yatie, kalau berjalan bawak anak-anak ni dramatic and adventure sikit. Adeh. I kekadang nak ketenangan hati. Kata wife Big Boss I ‘Su patut bawak Shein, biar dia explore. Akak dulu pergi mana-mana bawak anak-anak. Biar dorang explore things. Macam kenduri ni, biarkan dia bermain’. Hurm, Shein kalau nampak pelamin, dia akan main belakang curtain and sama naik jugak dia nak bersanding lupa dia sunat pon belum dah sebok nak bersanding. Lupa ke masa wedding anak Boss yang pertama, disaat kompang tengah dipukul diluar, sapa atas pelamin? Jawapan : Shein. Hahahaha. Lagipon I dah promise Shein petang tu I nak bawak dia pergi tengok Dinosaur Live in KL dekat Matic tu (lagi). Kang kalau angkut dari pagi, takot sampai ke petang dia dah ngantuk and nak berdukung naik kereta, I tak larat nak angkat. Shein 24kg ok? Berat giler.


Tahniah Iddurah and Imran. Cantik pelamin, warna baju semua. Dah macam kawen kan? Zaman sekarang bertunang meriah sangat kan?


Esok zaman Shein bertunang macam mana la eh? I pon sure sama naik nak cantik-cantik jugak. Hahaha. Eh nanti bila Shein dah besar, I akan jadik kawan baik dia. Nanti apapa semua kita share la contohnya pasal GF ke. I tak rasa I emak yang garang. I sporting. Ishk, sebak pulak citer macam ni kan? Semoga Mama and Shein panjang umur so that kita boleh jadik best friend. Amin…. Ok sambung citer. I gerak dari KL dalam 11.45am kot, tak ingat. Target sampai dulu dari Boss I (En R) tapi tengok dia sampai dulu. I berdoa jangan la ngantuk and tertido sebab I memang macam tu, pantang jalan clear mula la layu je mata. Penah la telelap lepas tu istifar. Tapi kali ni I hati-hati la sebab naik kereta Sazli. Kata Sazli ‘Tu kang Mama jangan la nak langgar-langgar divider pulak’. Hehe. Haritu I dah calarkan rim beliau. Stressed ooo bawak kereta orang. Macam I kalau naik divider dah relax dah. Takde gelabah ke apa. Nak buat macam mana. Gelabah pon bukan boleh rewind. Ada sekali masa naik divider Intan dah terjerit-jerit. I cool je. Hahahaha. Tapi dalam hati berdebar-debar sebab amenda la ni nak kena repair tapi sebab kereta sendiri dia cool la.



Tak ramai kawan office yang datang haritu sebab ramai yang ada hal. Yang duduk tu Isteri Boss I. Baik sangat dia. Dia Lecturer. Kalau pergi holiday mana-mana mesti ada je buah tangan untuk I sampai I pulak naik segan. Belakang tu Dee, Siti Nohaliza and Kak Jue.


Paling Kiri baju biru, tu la CEO Office I. Encik KP. Kemain segak berbaju melayu ‘Butang baju melayu aku mana Pah’. Haha. Jangan carik pasal. I mata tak boleh nak bukak sebab silau cahaya. Dee lagi la tak boleh bukak mata tapi I letak jugak gambar ni sebab I Ok. Orang lain tak ok takpe. Hahahaha.


 Yang baju belang tu suami Kak Jue. Sama office jugak dengan kitorang. En Baha nama dia. Tukang ambik gambar is Dzarif. Last-last dia takde dalam gambar.

Thank you for inviting Su en KP and family. InsyaAllah ada rezeki, nanti sampai la untuk wedding Durrah pulak. Wife En KP cakap suruh datang malam berinai bawak Shein. Sure or not? Kang huru-hara pulak majlis Durrah. Hahahaha.  Balik tu, I guna jalan lain. Guna Federal tapi jem dekat Seremban boleh tahan hazab sebab banyak traffic light. I naik tersengguk-sengguk mengantuk. Subhanallah memang tak boleh la nak drive. Now ok jugak sikit, dulu I dekat traffic light pon ok je pejam mata sekejap. Hahahahaha. I memang pantang naik kereta, memang ngantuk. Tapi kalau naik kapalterbang taknak pulak I tido walaupon dah berjaga semalaman. Sesaat pon tak boleh lelap. Itu nak pergi London? Hahahahah. Lupakan ajer la. Phuket pon dah separuh mati nak tunggu sampai. Sampai KL dalam 3.30pm terus I bersiap bawak Shein and Kaseh ke Dinosaur Live in KL dekat Matic lepas tu protes taknak tengok bola sebab sakit hati tak dapat pergi. Dah la memang pulak tu. Siot je. Hahahahahaha. Time Sazli pergi Malaysia menang, time I pergi Malaysia kalah. I rasa betul la I takde good luck tengok bola dekat Stadium. Cis!

-eNd-