Friday, April 30, 2010

Saper kata dagu empat tak boleh masuk pamphlet wedding?

Geli geli. Hahahaha. Entah kenapa I nak rasa ketawa jer bila last week, Adlain dengan Ida bagitau mereka nampak muka I dekat flyers untuk promotion wedding dekat KL. KL kat mana pon I taktau, tapi KL la..

I paksa Adlain mms gambar pamphlet tu dekat I. Bila I tengok, terus ketawa sampai putus urat kentut kerana kenapa la dalam banyak-banyak gambar I, gambar muka kompius dan tahan kentut ni jugak yang dipilih...



Anyway kredit to Ayang Kamell for the make-up and tetiba I berangan jadik Rozita Che Wan pakai bulu mata macam kipas cina.


Hurm... I tak dapat pon keizinan dari sesiapa untuk menggunakan gambar I ni. Kata Yatie, kalau saman, duit tu dia nak half. Yer la tu... Ko hingat aku artis???

-EnD-

Futsal + Football & Telur

Jumaat malam, macam biasa kitorang main futsal. Kali ni change venue dari Sport Barn PJ ker Sport Planet Sunway. Walaupun bertukar tempat, I masih jugak banyak menyepak angin dari meyepak bola. I memang hebat. Walaupun sepak angin, tetapi muka tetap ketat dan kompiden hebat. Hehe.

Kali ni kitorang main 2 jam pipel. Cirit kuning wa cakap lu! Go datang bawak Gf dia Cik Asma. Tapi pasal dia sakit kaki, dia tak dapat nak join. Takper Asma, next time eh? Ni first time I jumpa dia, biasa dia baca blog dan cakap I kelakar, bila jumpa depan-depan, dia cakap karekter I sama jerk macam dalam blog. :D

I paksa Wana timang I pasal malam ni dia tak join futsal. Dia bizi nak marinate ayam-ayam untuk BBQ esok malam. Si Mira dengan Hana masih jugak datang sebagai penonton sahaja. Alasan period pain sangat lame girl.

Ok next, on Saturday, I tengok WakDan game bola dengan team apa pon I dah tak ingat. tapi yang pasti seri 0-0 dengan team yang nampak sangat jarang main pasal tadek jersey. Kesian jerk semua pakai T-shirt. Lepas tu paling hebat, keeper dia tak pakai glove. Tapi tu la, lawan dengan team tak pakai jersey pun WakDan seri jugak. Seri tau? Tadek jaringan pon.


I beri sokongan jerit-jerit sampai terkeluar anak tekak dan merempuh lecak padang sampai air becak kena sampai ke peha kerana kadar tujahan pada air sangat tinggi dan menghasilkan percikan yang kuat akibat dari berat badan unggul. Heh!

Ok. Kumpul la ramai-ramai depan gol eh korang? Tengok keeper, selamba badak tak pakai glove. Hebat tu!

Dah apa kerja si Zaha ni nak main laga-laga bontot?

Katek senak telor. Haha.

Si Ami sungguh-sungguh gelecek bola, tapi yang lain macam relex jer. Seperti syok sendiri sahaja.

Last sekali, lepas game Saz kena mandi campuran tepung+telur+serbuk kunyit dan pewarna hijau... Ni acara rasmi kalau birthday siapa-siapa kena time ada game. Tak kisah la advance ker, belated ker, memang kena..


Lepas game, tunggu bebudak lelaki mandi-mandi mekap pakai bedak bagai, terus kami menuju ke Tasik Shah Alam, BBQ kat sana. Tunggu update dari I, same time, same station, tomorrow only on TV5. Kiter kembali ke Angkasapuri bersama Hasbola Awang. Chuut Chutt...!!


-EnD-

Wednesday, April 28, 2010

Cara Memekap Muka Tembam Lagi Kering

Ok, hari ni I nak ajar U all semua cara-cara nak mekap muka kalau muka U all gemuk. Lepas tu dah la bulat, kulit kering, dahi berkilat, tembam pulak tu. Ishk.. Sampai sekarang I tak boleh terima I jatuh dalam kategori muka bulat. Dari dulu I selalu bajet muka I jenis bujur sirih. Haha. I memang tak sedar diri. Biarla.. Nenenenene.

Sebelum itu mari saksikan dulu muka tembam ni dalam Majalah Rapi keluaran 1 April 2010. Eh eh. Tetiba I malu. Ok. Bye.

Make Up artis tanya, biasa kat office pakai mekap kaler apa? I cakap I memang biasa mekap buat smokey eyes, pastu pakai lipstik maroon gelap dengan blusher kaler biru. Pastu dia tak layan, terus mekap muka I guna kaler oren.

Dah.. sekarang mari saksikan bagaimana nak mekap kalau muka sama spesis dengan I. Muka tembam tau? Ingat???? Tipu tipu...!!! I belum 29 tahun tau? Ni mesti sengaja nak kasik I nampak tua la ni. Ala-ala, macam mana nak mekap kalau umur kau dah tua tembam. Kan? Nampak tak tetiba ada jerawat seketul betul-betul tengah dahi. Hebat sangat dia tau? Tau jerk I nak main mekap-mekap, terus keluar dekat situ. Terima kasih jerawat!

Nah. Baca sendiri.


Hasilnya...!!! Haha. Kesian I senyum macam kerang retard. Miahahaha


Sekian. Korang jangan gelak-gelak tau? I tau kalo ada orang gelakkan I dari jauh tau? Kesian I, dah la muka tembam, rambut buat pulak ala-ala Mek Saidah salam pantai timur. Mek Saidah pun dah kurus, sekarang I taktau nak geng dengan siapa lagi. Tsssk Tsssk.

-EnD-

Dating tepi tasik

Korang...!!! Sabtu malam lepas WakDan ada buat BBQ party and Wakdan 1 year anniversary cum Sazli 28th Birthday! We had so much fun, seriously... Tapi I bengang I dapat makan kepak ayam 3 jerk, I target nak makan lapan. Nanti petang-petang sikit, atau esok lusa I apdet gambar eh? Sementara waktu, saksikan la sekeping gambar ni jerk..


Happy Birthday Baby Gumuk! Sekarang kiter sudah sebaya.. Nyeh nyeh! tengok la Wana tu, manjang over jerk... Air liur bersembur atas kek, patut ada rasa bbq sikit kek carrot tu. Hish!

-EnD-


Monday, April 26, 2010

Sukan tiap minggu tapi masih juga gemok

Kebelakangan ni I bersukan tiap-tiap minggu pipel. Balik dari kerja sebok dengan training netball. Tadek la target nak menang kan? Cuma nak mengkuruskan badan dan exercise jerk la. Tau yang team Umi Saleha tu hebat, pastu poyo-poyo komen dekat FB I pura-pura taik kucing tanya I menang ker kalah. Jahat.

Dah la haritu I kompiden jerk minum teh kurus dia. I bajet air teh lazat. Balik rumah terus beri-beri. Esoknya terus I kurang 2kg. Eh tak. Tu I tipu. Hehe. Kang nanti tetiba teh kurus laku sold out lepas orang baca blog I ni pasal terpengaruh dengan I konon minum seteguk teh kurus terus kurang 2 kg esoknya. Haha.

Dah, kiter tinggalkan cerita Umi Saleha, teh kurus dan netball yang kalah sipi tu (I konsider menang dapat number tiga, I tak kira), sekarang I nak share pasal futsal last week yang WAGS WakDan main dekat Sport Barn PJ.

Kali ni tak ramai macam first time WAGS futsal pasal awek-awek dan skandal Zareff jugak tidak kelihatan so main pon tak berapa fight dan lebih kepada main-main manja, tarik baju serta berlawa-lawa ditengah padang pasal semua kena menten cantik pasal ada Fouziah Gous. Taktau kenapa bila ada dia, semua pun kena jadik cantik. Haha.

Nasib dalam gambar tak keluar bau, kalau tak mesti bau busuk kepam kerang dan ketam. I tak paham kenapa bila I berpeluh, Saz cakap I bau ketam. Dia tu kalau busuk bau macam kencing semut I tak komplen pon. Ok. Komplen jugak kadang-kadang sebenarnya.

Penulis ditepi padang. Hehe.

Masa ni semua berebut nak amek gamabr dengan Apai yang sakit kaki tu, apa lah yang istimewa sangat pon I taktau. Juga kelihatan Wana cuba untuk mencabul kehormatan buah dada I.


Ok. Acara wajib, amek gambar ramai-ramai. Kelihatan Apis sangat manja dengan suami I, siap pegang peha lagi. Geli geli. Lepas tu si Apis Haris kalau bab amek gambar, melentik dia mengalahkan perempuan yer? Siap kaki posing gedik. Muntah I. Fariza sila turunkan tangan. Ketiak bau hacem!

Lepas futsal, terus lepak minum dekat Rasta... We had so much fun! Futsal ni akan diteruskan sampai la kalau majoriti dari WAGS mengandun ker, baru la stop. So setakat ini semua ON. Kalau tetiba I tak main futsal tu, maknanya I mengandun la yer?

-EnD-

Friday, April 23, 2010

Ok. janji ni yang last. OK?

Janji! Janji lapan kali!

Hehe. Seperti yang dijanjikan akan mengapdet gambar menari beribu-ribu entry, sekarang mari saksikan entry yang last pasal menari ini bagi mengelakkan dari semua orang muntah hijau dan cirit birit.

Liyana, sorry pasal tak dapat nak attach video klip menari pasal cameraman nampaknya lebih seronok amek gambar orang makan berlatar belakangkan muzik kami menari. Sangat sedih. Pasal time menari perfect keluar gambar makanan dan oarng makan, pastu time terabur, bunga pahar sorang atas, sorang bawah, baru nak capture. Sangat sedih sampai kurus.

Percaya tak ini satu-satunya gambar kami dalam satu kumpulan, dah la duduk belakang pentas kepam ramai-ramai lepas tu selandang bersepah disana sini. Tu pun I dah crop kasik nampak snonoh sikit. Ishk ishk.

Rugi makan time ni pasal tak kenyang kerana keluasan perut menjadik minimum kerana pakai sepender ketat supaya tak nampak perut boroi.

On-stage. Sila saksikan Intan yang pakai costume India tetiba bunga pahar atas kepala terus nampak macam pokok ceria bewarna rangeela.

Ewah ewah...

Siapa yang tercepat ni, Syira atau Azian? Sorang dah menunduk, sorang tegak lagi. Belasah jerk la. Janji semua gembira di hari raya.

Syira cik accountant. Kata Intan, Syira menari dah ada step, tapi aci boleh jerk. Janji step betul. Lenggang lenggok takda pon takper.. Haha.

Mas the receptionist cantik yang tak mandi dari pagi, sampai-sampai jerk dekat changing room terus kompiden nak mekap. Busuk takper Mas, janji cantik dan putih. Macam Intan dia wangi, tapi hitam sikit la

Sarah the marketing officer yang masa mula-mula kenal terasa nak tolak jatuh dari tangga pasal muka kerek giler. Tapi bila dah selalu bersama, ternyata senteng jugak. Pasal Sarah suka makan salmon sashimi, kaksu consider kiter geng la.

Intan the secretary gembira jerk dapat pakai costume India. Jelas kegembiraan sampai la dia atas stage.

Aini budak praktikal - Geng Selulit I

Tarian kedua, Satu Malaysia! Lekas spot yang mana satu I

Ok semua, clap your hand and all hot girls in the house put your hands up in the air.. Put your hands up in the air! Wak lu!

After dah tukar baju, terpaksa I membongkokkan badan supaya kakak belakang dapat masuk gambar jugak. Yang penting, perut kembar 3 tidak kelihatan kerana di cover oleh lengan. Yes lah!

Artis jemputan. M Daud Kilau. Walaupun kurang gembira kerana Syarikat memilih artis yang tidak sebaya but this man is very talented walaupun baju dia buat I silau lah.

Kata CEO, kitorang menari perfect. Hehe. Hnsss Hnssss. Kembang sekejap. Dia cakap next year boleh menari lagi. Harap-harap masa tu tak kena time I pregnant. Kalo kena time pregnant pon,I tak kira, nak menari jugak! Biar I pakai costume macam maskot Digi sekalipun. Heh!


-EnD-

Thursday, April 22, 2010

Happy Birthday Sayang! Vol 2

Selepas Celebrate Birthday Saz dekat Tamarind Spring Ampang dengan In-Law (yang gambarnya kabur giler pasal guna camera handphone Saz), malam tadi, kawan-kawan pulak datang rumah untuk makan ikan bilis goreng kicap serta paling sweet bawak cake comel 2 ketul *ok sayang, sorang satu eh? Dari Chocolate untuk Saz. Ni semua tak plan. Plan asal, Saz nak jumpa dorang. Rindu dia kata. Geli geli.

Waktu tu I baru siap mandi selepas susun-susun kain yang setinggi gunung Kinabalu kasik leper sikit macam gunung size cup A size 32. Dah la kepenatan baru training netball dengan sungguh-sungguh petang tu, So I dah sms budak-budak ni cakap tak larat nak masak, hatta ikan bilis goreng kicap sekalipun, dengan harapan boleh tapau makanan dari cafe bawah ni jerk. Tapi hampeh! End up masak jugak pasal suami teringin giler nak makan ikan bilis kicap.

Ok ok. No problem. Untuk yayang demok, suruh masak lontong malam tu pun I sanggup. Ok tak. Tipu jerk.

Thanx guys for the cake! Hancur my atkins diet. Atkin diet taik kucing yang siang mengada makan soup jerk, tapi malam menggelupur makan nasik. Mana tahan tengok ikan bilis kicap menggoda sanubari!

Farisha & Wana menolong didapur dan sama-sama berlakon macam dalam cerita Masak-Masak bersama Salina Daun.

Yang mana rancangan memasak cuma menyediakan resepi dan cara menggoreng ciken ball rangup diluar, lembut di dalam. Kalau nak lagi sedap, tak payah de-frost dulu, lebur jerk dalam kuali. Nanti ice tu cair jugak secara otomatik. Hehe


Seperti caption Wana dalam FB. Model teh ice! Gua memang tak boleh blah bila Fruz tanya Puja, berapa extra dapat kalau berlakon. Haha. Ko nak ambik watak apa Fruz? Apa? Tukang kebun ker Guru Besar? Hahahaha


Ok kasihan sangat. Masih juga makan di lantai berlapikkan surat kabar. Tapi makan tetap selera pasal bersama rakan-rakan tersayang. The beauty of Friendship! Ni yang Si Apis jeles siap sms I awal-awal ugut jangan ambik gambar. Lepas tu call Wana pukul 2am tanya ada kat mana. Haha. Dia jeles pasal tak dapat join kerana tugas di Penang. Hahaha. Siot jerk Apis. Dasar penjeles!


Ok semua, I part time kerja sebagai bibik Puja. Kesian giler muka macam hampeh lagi sibet. Tapi pasal I jujur dan tak la asyik berangan cantik, I redha bubuh jugak gambar I dalam ni. Tapi tu la. Kalo gambar buruk, letak paling last. Kalo gambar cun, musti paling atas walau tak kena dengan tajuk. Hahahahaha

Kerana tak sampai hati dengan bebudak ni, I tapau la ayam goreng kunyit dan ayam masak kicap dekat cafe bawah. Jadik la.. Kang nanti kasik makan ikan bilis jerk, kesian pulak. Si Apis suruh I buat Ikan bilis stim la, ikan bilis sweet sour la.. Si Zaha pulak suruh buat ikan bilis goreng tepung. Sesuka hati jerk. Tak pernah dengar aku resepi-resepi tu..!

Thanx a lot guys for coming even tak plan pon nak makan-makan ni. Ceh. Nak jugak mention makan walau hanya ikan bilis hina. Haha.

Last skali.. I nak jugak share apa yang Saz wrote at my wall during his birthday. Sorry la, I copy paste jerk. Tak reti haku nak print screen and tetep kat sini. I buta IT. Sian I.


Sazli Ramzan To my lovely wife chooyaya.. TQ so much for the birthday wish and cake cumil last nite.. entah bile tah dia pi beli.. tetiba ade je.. eventho simple but the value is so precious.. bole tido kat sebelah waktu I tgh fb pastu kul 12 bangun and celebrate my special moment.. I really appreciate it and im so proud to have ...a wife like u.. probs here and there biasa la kan but we are smart to manage it..thanks for being with me..tup tap tup tap nak dekat setahun dah..I wish happy married forever and I m so in love with my wife..love u so so much..Insyaallah doakan kite supaya dimurahkan rezeki, panjang umur and dikurnikan zuriat yg baik2..Amin..

-EnD-

Monday, April 19, 2010

Happy Birthday Sayang!

Ceh, tetiba jerk bubuh gambar bertunang... Nak amek mood zaman tengah hangat bercinta.. Kikiki.. Anyway, Happy Birthday Sayang... Tak sempat nak membebel lama-lama pasal sekarang I sangat busuk, tak mandi, seluar tumpah teh o ais dan kepala berbau nangka.. Esok I update panjang-panjang.

Sunday, April 18, 2010

Minah Rempit

Masa WakDan ada game bola minggu lepas, tetiba I jadik Minah Rempit. I pinjam motor Wan Colan untuk buat aksi willy dan wekang (willi tayar belakang) Wah...!!! Hebatnya I.. Hehe. Ok la. Tak tak. I tipu. I cuma bawak jerk...

Nkorang reti bawak motor? I reti.... Ne ne ne ne... *Sambil buat muka belagak.

Bila cerita bab bawak motor, I teringat dulu beberapa kisah kelakar masa I mula-mula kerja kat KL. Masa tu I dah ada kereta, tapi pasal tak berani nak bawak, so tiap-tiap hari I naik motor pergi kerja dengan Kaklong.

Naik motor Yamaha SS yang arwah ayah belikan yang I janji nak bayar balik tapi I cuma bayar Rm150 jerk. Hehe.

I ingat lagi, masa tu both I dengan Kaklong tadek lesen motor. Tapi redha jerk bawak... Meh I list kan antara peristiwa-peristiwa kelakar yang I pernah lalui sepanjang menjadi minah rem-pit di KL.

  • Ada this one day, helmet tetiba hilang. Ada la satu helmet yang ok, tapi lagi satu ialah helmet steng hina kaler biru sopak-sopak tadek wiser, tadek span dalam dia. Sungguh-sungguh punyer buruk. Kaklong tetiba buat perjanjian giler. Pasal dia taknak pakai helmet buruk tu, dia suruh I bawak motor. Kerana sangat taknak pakai helmet steng hina, I sanggup bawak, so bayangkan la macam mana rupa Kaklong, dah la dia sedia sepet macam anak cina, pakai pulak helmet steng tu, sumpah macam nyonya jual sayur.
  • Bila balik kerja, hujan. Terpaksa jugak balik. Dengan tadek baju hujan Kaklong bawak jugak I redah. Helmet dia ada wiser, pastu dia buat-buat lap wiser dia tu guna tangan, siap macam wiper bunyik ek ek. Bangang. Ada satu hari yang malang, satu kereta bodoh langgar lopak, pasu air taik ker, lumpur ker hentah terkena dekat badan I dengan Kaklong, pastu berbau kerbau, balik rumah terus gatal-gatal.
  • Setakat kain tudung tercicir, kain tercicir dah menjadik perkara biasa. Kami kalo pergi kerja, pakai seluar track, tutup kepala dengan helmet (tak pakai tudung lagi pasal takot tudung keromot) berbaju kurung dan berselipar jamban. So, bayangkan la betapa hina rupa atas motor, tertinggal pulak tudung, so naik lift dengan helmet buruk, skali dalam lift, ada orang ckp, 'ooo ada team ultraman terlepas la kat sini...' siot...!!!
  • Motor mati tengah jalan? Pernah.... Kerana taknak malu, I taknak turun dari motor, keras jerk duduk atas motor tu.. Lepas kena marah dengan Kaklong baru la I turun.. Pastu kena pheewit2 dengan Mat rempit lain. Ceh!

Sebenarnya banyak lagi kot? Tapi dah malam-malam ni I otak dah jadik lemah sikit nak ingat.. Kena pulak dengan atkins diet, so tak larat nak menaip.. Hehe. Alasan semata.. Dah dah, sekarang mari layan gambar I merempit dengan Wana last time.


Wana korek idung! Eee....!!!

Pastu buat-buat cover bela tudung


Bila dah kantoi baru la gelak sampai pecah perut. Haha

Seronok sebenarnya kalau kerja naik motor ni, tak payah fikir jem, minyak semua... Cool jerk.... Tapi tu la, keadaan tak betapa mengizinkan untuk I merempit dekat KL disamping faktor malas nak mabik lesen... So, dapat lepas gian merempit kat kampung sekali sekala pon dah best... :)

-EnD-


Wednesday, April 14, 2010

Tak nak gemok!!!!

Saper-saper yang taknak gemok dan jugak sedang mencari alternatif macam mana nak kurus kan badan selain dari buat pembedahan plastik dan membahayakan diri memakan pil kurus, boleh jengok ke blog Dzul.

Dzul ni dia diet menggunakan formula atkins diet yang I hanya mampu bertahan untuk 2 hari setengah jerk. Lepas tu I rasa macam nak pengsan pasal tadek gula dalam badan, terus taram air durian belanda+nata de coco jenama fruit tree 2 gelas, terus perut rasa sejuk jerk... Nikmat sampai ke syurga, bila nak tidur senyum jerk... Kikikiki.

Konon I makan malam dengan ayam bakar kunyit+garam jerk, petuhui..!! Esoknya terus minum fruit juice sekotak. Suppose nak atkins diet kena super duper disiplin, tak aci main tipu-tipu semua ni, tapi I insan yang lemah dan penjeles tengok Sazli makan sedap-sedap, mana tahan babe.

So, I memang respek la dekat Adik Dzul ni yang berjaya mengkuruskan badan dia sekaligus sekarang ni menjadi jejaka idaman malaya. Cey!




Berbeza kan sebelum dan selepas?

I suggest anda bukak sendiri blog dia ni, lepas tu jangan lupa klik dekat entry introduction pasal atkins diet. Buat la setakat yang mampu, tapi ingat! Ini amaran, kalau betul-betul nak kurus, kena kuat semangat, jati diri. Baru la menjadik. Bukan macam haku.

But, diet-diet taik kucing I ni, berjaya jugak I ilangkan 2kg dalam masa seminggu. I ikut atkins diet punyer cara just bab tak boleh minum air jus buah jerk I tak mampu nak laksanakan. Pasal I jadik geram bila balik kerja, bukak peti ais, tengok air buah dah berpeluh-peluh kotak dia. Janji nak letak sikit kat bibir jerk, tapi terminum pulak..

So guys..!! Good luck ok? Nanti dah kurus kacak bergaya jangan la berlagak serta berjalan pakai lubang hidong pulak. Eh eh?

-EnD-

Maknyah Terlampau

Dah. I malas nak cakap banyak, sekarang pon dah dekat pukul 1am, jadi marilah kiter semua bersama2 menyaksikan gambar behind the stage masa nak buat performance last week. Ni pon I pilih-pilih gambar, pasal sangat kasihan untuk melihat diri sendiri seleps di make-up.

Kak Nira memang guna kaler lipstik yang pinkkkkk nak mampos, mata mekap merah+hitam yang kalau ko pakai mekap macam ni pergi pasar malam, mungkin ko kena baling dengan selipar oleh Maknyah pasal dah caras dorang.

Kata Kak Nira, memang dancer kena pakai warna-warna taknak kalah macam ni supaya bila spot light menghala pada kami, tadek la nampak pucat lesi.. Berseri-seri la sikit... Berseri? Haha. Apa kata anda tentukan sendiri.


Kalau anda rasa ini tidk cukup menyeramkan....


Anda patut lihat yang ini. Tak cukup dengan lipstik warna mintak lempang, pakai pulak dengn selendang kuning bunuh diri. Wah! Terhebat la maknyah!


Second costume sebelum dipakaikan dengan rambut Sahara Yaacob.

Btw, I sangat kecewa dengan video clip kami menari pasal person in-charge yang suppose merakamkan dari mula tarian sampai akhir lagi seronok ambil gambar orang makan dari diri kami sendiri. So, dari full version, dapat la dalam suku bahagian. Tu pun time salah pusing, menari syok sendiri yang dia capture. Time tengah hebat menari penuh dengan lenggang lenggok semua tadek. Frust frust!

-EnD-

Saturday, April 10, 2010

Sehati Berdansa! Ewah...!!

Fuh... Alhamdulillah... Akhirnya persembahan tarian pada malam tadi untuk dinner company berjalan dengan lancar tanpa I lupa step yang major dan jugak I tak pengsan. Haha. I dah plan awal-awal dah, kata la kalau tetiba I blur, mengong secara major dan terlupa step bila tengah perfome atau terpijak kain ker apa, I dah plan nak pura-pura pengsan sebagi medium untuk mengkaver malu. Mampos arr... Hahahaha *Terima kasih Wana untuk idea ni. Hehe :D

Ni gambar I ambik dari FB Aini, opismet I. Dia buat practical jer dekat office. Next week dah takder dah. Hurm.. sedihnya... Lepas ni Kaksu dah takder la geng selulit dekat office kalau Aini takder...

Sementara I upload gambar lagi banyak dari handphone cabuk I dan camera-camera lain, tengok la dulu apa yang I ada ni. I tak kira, korang nak kata apa, katalah... I nak jugak buat at lest 8 entry pasal menari ni... Dulik..!!!



Terima kasih kepada diri sendiri kerana berbadan besar dan tidak ada size untuk baju kadazan, cina dan India. Kesian dekat Aini, memula dah meloncat-loncat gembira dapat pakai costume melayu, skali Kak Nira, our kereographer suruh dia pakai baju India supaya tally dengan Intan. Haha. Kegembiraan Aini seketika cuma.. Miahahaha

Intan dari awal practice dah cakap taknak pakai baju India, end up kena pakai jugak. Pastu dia merajuk pasal I taknak pakai baju India.. Hahaha... Tapi lawo aper Intan baju yang Intan pakai ni, macam Kajol dah Kaksu tengok. Tapi masa malam yang perfome tu, sikit pun I tak boleh gelak, nanti Intan merajuk, Dia terasa macam I kutuk dia nampak macam anak kel ker apa entah. Hahahaha


Masa practice, semua gedik nak duduk line depan. Pasal konon hebat la, sekali bila betul-betul nak perfome, dah pakai full costume, dah berdiri tepi tirai, time tu la lupa step semua, time tu la baru bertanya sesama sendiri, nak pusing depan time 7 ker, time 8? Pastu I cakap kat Intan, 'Tu la Intan, haritu gedik sangat nak duduk depan kan? Ni tangan dah berpeluh, macam mana nak pegang pahar bunga emas? Mau terlurut nanti...' Hahahha. Nerves macam masuk sehati berdansa ker apa entah.

Comelnya Sarah dengan Aini.. Kaksu sure that im truely miss our moment together masa practice dalam bilik gym dan kiter semua tiap-tiap hari tengok masing-masing half naked. Masa first day jerk malu-malu vavi, dah seminggu, tadek dah nak cover-cover.. Tak senonoh betul. Cuma Shira jerk la yang sopan. Yang lain, hampeh!

Half of us... Semua dancer ada 7 orang.. Maklumla, ambik gambar guna camera phone, mana la dapat nak posing ramai-ramai, tapi takper.. Nanti I masukkan gambar yang lain, kalau anda semua sudi melihatnya dan kalau tak sudi pon, I peduli apa, masih jugak mahu memasukkannya. Ini paksaan sebagai reward kepada I yang dah 2 minggu berdiet supaya perut tidak buncit di atas pentas.


Sekarang, mari semua saksikan costume I untuk finale dance yang amat kasihan kerana dah la gemok tembam hina, pakai pulak baju kuning, *warna feveret I siap pakai rambut kerinting paras pinggang dan nampak macam singa perempuan dan jugak seperti perempuan yang hilang arah tujuan dan keliru dalam mencari identiti diri. Heh!


Gelak la.. gelak la.... Kesian pada I... Tapi nasib baik muka ada iras-iras artis hebat zaman 80-an. Bangga sekejap. Hnsss Hnsss..



Sahara Yaacob. Hahahaha. Ada iras tak?

Well now, everything is over. Sedih pulak rasa, macam terkeluar dari AF pon ada,. Meninggalkan kawan-kawan lain yang masih tinggal didalam Akedemi. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai...! Diam ah suraya!

-EnD-