Friday, June 29, 2018

Assemoga Dyba and Maktok

Assalamualaikum..

Happy Birthday to Dyba and Bunda Azizah. Depa kongsi birth date yang sama on 27th Jun. Dyba memang banyak kena tarikh dengan I. Aurel anak bongsu Dyba same birthdate dengan Bapak 4th April and Ciksu Adik Dyba sama birthdate dengan I on 12th October. So Dyba memang ingat la tarikh-tarikh semua ni. Hehe. Peramah kan I semua menda nak citer. I kalau nervous memang suka la peramah macam-macam. Lepas tu nanti citer menda tergantung. Lepas tu semua menda nak citer at one time. Tu maksudnya I tengah nervous. Korang tau tak, haritu kan masa I dengan Dyba turun dekat bawah, nak pergi klinik ada la satu Singh ni macam nak scam I tau? Tetiba je dia cakap I muka bertuah. ‘Miss, you have a lucky face. U gonna have 3 good news on 26th June. One is money, one is good health and one is promotion. There’s two person 1 man and 1 women jealous on you. You like to help people, you are kind hearted. U easy to angry but after 5 minutes you cool down’. Zap zap zap ambik tarikh lahir la apa lah tambah tolak semua, lepas tu dia bagi I kertas. Suruh pick bunga apa lepas tu simpan kertas tu dalam purse dia. Lepas dia kira total number birthdate and apa number dalam kepala I from 1-9 and entah macam mana number tu sama dengan yang dia tulis yang dia suruh letak dalam purse I so I pon impressed la. Tatau apa trick dia pakai. Lepas tu suruh pick 101, 202 dengan 303 land I pick la 202 sebab paling tengah, blakang dia suruh I letak amount tu dalam purse dia. Kepundeeeeeeek! I nak kena scam ke apeni? Naseb I pandai sikit, I cakap I nak pergi klinik and come later to bagi dia duit.

Lepas tu mulalah nak termuntah sebab klinik takde pintu belakang. Nak tak nak kena jugak lalu depan dia so I call kawan lelaki I, mintak menyamar jadi husband, so masa lalu depan dia I tunjuk ‘That’s my husband’. Keras kepala I jalan. Kalau tak setel RM202.00 kena pau. Tapi dalam pada nak elak bayar RM202.00 kena pulak bayar harga satu tray kecik Mee Hun, Mee Goreng and Mee Kuah for RM620.00 Dah namanya takde rezeki kan? Yang selamat dalam purse pon boleh jadik milik orang lain. Anywaysssss hidup kena diteruskan walaupon pelbagai dugaan melanda. Most important semua orang yang I sayang selamat, sihat and masih hidup bertongkat langit yang sama dengan I. Alhamdulillah…. Adoi, banyaknya entry yang I hutang ni. Entry John mai beraya last week, entry Open House and Birthday Ameena anak Farah last week, entry Open House Office I dengan gambar-gambar Dyba punya bunga and balloons and latest #dybacelebration pulak. Nanti I masukkan la one by one. Sekarang ni I busy menyelamatkan dunia. Kadang-kadang masuk office terfikir, amenda aku buat hari ni busy dari pagi sampai ke petang sebab tau-tau dah balik je, lepas tu penat. Hahahahaha. Ni sambil buat entry, sambil makan Cherry. Now beli buah pon senang. Dah la murah. Cherry ni harga dia RM80 je sekilo. Tu pon nak kena share jugak. But meanwhile…..



Happy 30th birthday untuk Dyba. Happy dia dapat banyak bunga and dapat balloons as well. Kaksu hutang Dyba birthday prezen Ok? Nanti bila barang sampai baru Kaksu bagi. Ada readers comment cakap kenapa Kaksu paling excited. Jawapan : Entah, Kaksu memang easy to get excited. Hehe.

Thursday, June 28, 2018

What's Cookin' at Kampung

Assalamualaikum..

Sorry la dah 2 hari diam tak update blog lepas tu ada je yang email tanya ‘Kaksu ok ke? Kenapa senyap tak update blog?’ Hahahahaha rinde lettew dekat I. I memang busy these two days sebab jadik Mak Pengantin. Office I buat Open House so Selasa tu sebok la arrange semua macam kek, foods and taktau la busy apa kehulu-kehilir buang masa and semalam dari pagi jejak ke petang busy macamkan Open House Office tu, I yang punya. Sazli suka la membahan I. Dia cakap dekat Atig semua, ‘Su tu aku call pagi-pagi cakap busy. Ingatkan ada meeting ke, rupanya busy prepare open house’. EH biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Busy jugak tu. Hahahaha. Tanya la opis mana-mana, siapa penggerak majlis makan-makan, majlis sukan, majlis dinner semua kalau bukan Secretary. Please OK? I pon penting jugak dalam menggerakkan Syarikat. Kalau I jadik Menteri dalam Malaysia ni probably I Menteri Kebudayaan dan Makan. Hahahahaha. Ada ke Menteri Makan? Takpe kalau takde, kita boleh wujudkan. Malaysia ni semua menda boleh jadik. Malas nak komen apa la kang nanti red flag pulak Blog I yang mediocre ni. Ok sambung berangan. Nanti mana-mana tentera or polis yang debab-debab I takde bising cakap suruh exercise semua. Lepas tu I akan jumpa Boss dorang and cakap mana yang BMI tinggi tu masuk department kebudayaan sebab mana larat nak kerja tangkap orang. Lari tak kuat. So masuk Bahagian Kebudayaan je. Tingat dulu masa zaman office dekat Balai Felda, kitorang selalu la makan dekat McD Setiawangsa. Time tu ada Arwah Kak Tonah and zaman Intan kulit kaler gold, rambut rebonding tapi depan kenteng sikit (sebab rambut baru tumbuh). Selalu la nampak Abang Pol (Abang Polis) naik motor ronda kan? Lepas tu Intan cakap ‘Kaksu, kenapa polis tu debab?’ I cakap ‘Oh, tu Polis bahagian Kebudayaan. Debab pon takpe.’ Hahahaha. Harini I share apa yang I makan masa kat kampung. Entry lain banyak dalam draf taktau mana nak citer dulu sudahnya aku citer pasal makanan. Hahahaha.



Roti Jala made by Kaklong. Cantik dia buat. Sedap ni kalau makan dengan sardine.


Monday, June 25, 2018

Kisah Gambar Raya

Assalamualaikum..

Harini nak share gambar-gambar Raya dengan Si Sheindong kesayangan nkorang. Rasanya memang takde yang perfect kot untuk tahun ni? Hahahaha. Menyirap je dia tau? Esok dia dah besar memang I nak tunjuk semua gambar ni dekat dia lepas tu tunjal sekali. Geram. Sekarang memang selalu kena tunjal pon sebab kekadang annoying and banyak bebel dia ni. Dah la gigi bawah dia patah kelmarin. I tanya cikgu dekat sekolah Shein, dorang cakap Shein takde pulak patah gigi dekat sana, tanya Mak Tok and Baba pon dedua taktau so I tanya la Shein. Bila tanya dia, ‘Shein where is your teeth?’ Dia tayang gigi and sebut ‘Its here Mama’. Lepas tu I tunjuk yang rompong satu tu, dia cakap ‘Gigi nothing…’ Yerlaaaaa nothing pergi mana?????? Mula la aku nak Tarzan. Lepas tu dia jawab ‘I don’t know. No shouting Mama!’ Eh, kita pulak yang kena sound T_______T Abes tu jawab I DON’T KNOW HOW??? Kata Sazli, kalau tertelan macam mana Mama? Jawapan : Kalau tertelan rasanya Ok kot sebab tengok Shein gembira je ni macam takde masalah hahaha. Ko ni Shein, gigi dah la jarang-jarang tercabut pulak satu. Actually tu gigi susu dia kot? One day akan tertanggal jugak tapi Abah Shein frust la sebab dia memang jaga betul gigi Shein. Hari-hari gosok 2 kali lepas tu check betul-betul ada kuning lagi tak. Sedang parut pon dia dah menung, inikan pulak tertanggal gigi. Kata Sazli, now Shein sebut S banyak angin je yang keluar. Hahahahaha. But bagi I, better tercabut and later keluar gigi lain dari dia tak tercabut lepas tu bertindih. Jadik la macam gigi Mama. Berlapis. Nak pakai braces angan-angan dah 3 tahun sampai kesudah tak kesampaian. BTW, ni nak citer pasal tragedy ambik gambar, yang sampai berbaris citer pasal gigi apa kes???


Ni percubaan kedua selepas gagal ambik dalam rumah. Kata Baba, bagi dia relax dulu. Lepas tu ambik gambar dekat luar pulak. Kot Ok. Result : werhdkcvmhdutpanteksascdpc$##@^&*&&^!! hahahaha

Resepi Burito's Yang Sedap!

Publish : 4/7/2017
Re-Publish : 25/7/2018

Kot ada sesapa nak buat makan-makan and nak kelainan. Kan?

Assalamualaikum.

Sehari sebelum Raya, Mak Azizah request nak makan Burito's. I pernah buatkan dia sekali dulu. Lepas tu Mak suka... Ni dia mintak buat lagi lepas tu I carik bahan dekat Giant Ampang Point so boleh la buat.. Haritu ada share dalam instagram tapi ada jugak yang cakap tak berapa detail katanya. Nak juga eh mengkome jenis gambar step by step? Naseb la masa Jumaat balik dari Jengka, Sazli mintak repeat buat sebab haritu dia tak puas makan. So boleh la snap gambar step by step. Ni I kasik resepi untuk buat guna seekor ayam ok? Boleh buat lebih kurang dalam 20 wrap macam tu terpulang kepada kegemukan Burito's memasing. Inti dia ni korang boleh letak dalam fridge if tak habes. Nanti bebila lapar, boleh makan. Please ikut sama sebijik sejiban macam I bagi ni InsyaAllah sedap dan lazat. Jangan mengada nak improvise nanti lain rasa marah I pulak.  Boleh la buat makan bebila korang nak. Senang je. Makan Tortilla ni memang kenyang. Jumaat tu, Sazli and Mak memang makan ni je dari siang bawak ke malam. I pon suka sebab simple tapi sedap. Walaupon Ain berbulu je sebab I selalu cakap I masak sedap tapi semua orang kena redha lah ye? Dah memang sedap, nak buat macam mana. Kah kah kah. Kot ada yang nak jamu kekawan makan sempena raya pon boleh. Confirm dorang suka. Caya la cakap I. Alip lam lam ha tulis dekat dada.


Ni batch kedua buat I guna chicken ribs. Korang boleh guna mana-mana bahagian favorite memasing. Takde hal. Suka dada guna dada, suka peha boleh guna peha. Ok? Lepas rebus, boleh siat-siat macam nak buat soto tu.

Friday, June 22, 2018

Peeeeetzaaaaaaah! (Selepas jemu makan ketupat and rendang)

Assalamualaikum..

Kitorang balik ke KL dari Jengka hari Isnin (Raya Ke-4) tu jalan smooth je. I agak la smooth sebab masa pejam mata kat Jengka 17, bukak-bukak magic dah sampai Bukit Antarabangsa rumah Kaklong. Kitorang nak drop Kaseh kat sana. Sazli cakap jalan Ok. Kereta banyak, slow sikit but ada movement la. Kitorang gerak dari Jengka dalam 10.30am macam tu. I cakap magic, Sazli kata ‘banyak la you punya magic’ Hahahaha. Memang I mengantuk level tak boleh dimaafkan. Tido tak ingat apa. Shein dekat belakang dengan Kaseh, selamat la I membuta dekat depan and Kaseh take ove Shein. Dia kalau dengan I main game dekat iPad pon nak marah-marah I kalau kalah. Jenis tak boleh terima kekalahan susah la macam ni Shein. Ikut perangai sapa la tu (^_^)  Sampai KL, terus pergi rumah Bapak. Lepak makan dekat sana for lunch and rehat sekejap. Pastu dalam pukul 6.00pm kitorang balik rumah and Sazli cakap lepas Maghrib kita pergi Toys R Us beli Toys Shein and dinner sekali. Kat GE Mall I nak makan dekat Alexis la sebab nak makan peeetzaaaaaahhhhh! I dah tak boleh blah dengan makanan raya dah. Had enough already. Macam Sazli dia tak kisah pon makan apa saja, macam I pulak lain. I kisah. I nak makan Pizza. Shein nanti boleh makan ciken rice. Dia suka makan Rice now. Sekali makan kekadang betambah-tambah. Selera dia sekarang kalau makan. Sampai-sampai order dekat Waiter, ‘I want rice, soup, egg and shiken’. Sesuka hati kau je Shein. Hahahahaha. So I orderkan Shein Chicken Rice and I nak order Pizza AL Fungi for me and Sazli sharing sebab Pizza dia sebesar penampar kokodai. Later we had Pavlova for Dessert. Read : We = Me alone. Sebut we sebab taknak nampak gelabah tetek sangat. Hahahaha. 


Pizza ni memang terpaling favorite I dekat sini. Sedap! Harga dia RM41.00

Thursday, June 21, 2018

Wooooi Sedapnya Inside Scoop!

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan dekat Inside Scoop? I pon baru je try. Sedap weh! Ice-cream dia memang semua sedap-sedap. Tanyalah macam mana I tau semua sedap padahal baru je 2 kali try? HAHAHAHAHA. Sebab semalam masa nak pilih makan ice-cream mana I cakap 'I nak try dari hujung sini sampai hujung sana'. Lepas tu belinya 2 scoop je. Hahahahaha kongang! Sini ice-cream dia macam unik tau? Semalam kita try Onde-Onde dengan Milo Tabur Ice-cream. Ada jugak perisa durian, vanilla, pistachio, strawberry yogurt, kelapa, kopi and many more. Yang I rasa SEMUA sedap. Harga 1 scoop RM7.50 kot. Lebih kurang macam tu. But yang premium macam Pistachio and Durian kena add RM3.00/scoop. Yang durian tu serious rasa pure durian bukan durian tipu-tipu macam keropok durian+jagung tu. Meremang jugak nak makan. Onde-onde tu rasa macam pandan + santan + gula melaka MEMANG Sedap! I tanya Intan, sapa ajar dia makan Inside Scoop ni sebab kitorang dah 80 juta kali lalu dekat sini, tak pernahnya rasa nak try (Sebab it located hujung KLCC near tunnel menuju Avenue K tu). Kata Intan, sebab dia tengok dalam Eina Azman punya IG Story. Dia memang tau suka sangat terpengaruh dengan IG orang? Haritu beria makan Capsicum sebab terpengaruh dengan DJ Butterfly tu. Sabar je lah Intan. Tapi yang terpengaruh dengan Eina Azman pasal eskrem Inside Scoop ni I terbaik lah Intan! Harini kita try dia punya Salted Egg Yolk Waffle with Ice-Cream hooooooooi sedap giler! Dia punya waffle pon rangup, yet fluffy tapi idok pulak rasa macam too heavy. Just nice. Tak reti la nak explain macam mana but makan tengah panas + ice-cream hurmmmm Nikmat doniaaaaa!


Ni Harga dia RM17.80 makan share 4 orang Ok la. Takde la rasa bersalah sangat makan. Yang ni I ambik ice-cream Strawberry Cheesecake and memang ngam pair dengan waffle legam and Salted Egg Yolk Sauce ni. Highly recommended untuk yang baru nak try. Serious sedap!

Wednesday, June 20, 2018

Whats Up RAYA!

Assalamualaikum..

Tahun ni punya raya sikit punya payah nak ambik gambar dengan Shiendong korang tu. Tengah nak amik gambar boleh pulak dia nak sleep lah apa lah bergumpal dengan blanket yang bau tungkik tu. Sudahnya gambar family belah Sazli tak cantik, belah Pahang pon tak berapa cantik sebab hari dah petang, GoPro punya quality tak berapa nak ngam and Shein sebok nak berdukung belakang macam monkey. I frust taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaau? Gambar kitorang bertiga ada la yang Ok, tapi Ok Ok ayam je la. Si Sazli pulak time petang tu ikat Samping macam P Ramlee hahahahaha. Datang Shein, saaaaaaaaaaaaaaap ditariknya Samping abah beliau maka sekian terima kasih. Hari Raya Portrait ada yang muka Sazli and Shein je yang clear (pengorbanan seorang Ibu walaupon beliau cantik Siti Nohaliza haritu baju tema kaler BN tapi tak nampak muka – fine) and one more gambar Sazli je hensem, Mama dagu ada 2 and Shein mata pejam tapi sebab pintu pagar cantik, awan pon cantik, ketiak pon wangi maka aura meriah masih teserlah dildalam gambar. Hahahahaha. Adoooooooi ko ni kan Shein?? Esok dia dah besar I nak tunjuk pada dia gambar yang dia dah rosakkan lepas tu memang aku tunjal. Setereeeessssssssssssssssssss. But tu la, kalau anak baya-baya Shein ni bukan senang nak dapat a perfect photo pon. S U S A H. So redha je la dengan apa yang ada. I redha kalau muka I sorang cantik, muka orang lain senget-senget pon tak pe sebab I princess. Hahahaha. Selalu tau kalau ambik gambar dengan bebudak ni pon beria pilih gambar mana yang cantik. I cakap ‘Masukkan lah dalam IG korang, Kaksu akan masuk yang Kaksu cantik je’. HAHAHAHA. Bengang je bebudak ni. Lepas tu bising cakap IG dorang bukan ada yang tengok pon. So? I dah la tak boleh kalau readers puji Intan ke, Dyba ke, Kaklong ke cantik nanti I jawab ‘K’. Kekadang I delete komen tu. HAHAHAHAH.


Kata Sazli, sesi bermaafan elok kalau sebelum Solat Raya. Afdol kata beliau. I kalau kat kampung GF, Sesi Bermaafan lepas solat raya. So, alang-alang tengah kepam tak mandi, kita bermaafan cara lain la. Meniarap terus dekat lantai. Moga-moga duit raya lebih la dapat lepas tu Sazli mahu belikan Chanel terus. Haritu I dah hasut dia cakap Chanel cantik semua. Semoga dapat pertimbangan. Amin… Hahaha

Resepi Soto Terpaling Sedap. Assemoga!!

Publish : 24/7/2015
Re-Publish : 20/6/2018

Untuk sesiapa yang nak buat Open House or ajak kawan-kawan makan, boleh try resepi ni. CONFIRM sedap!

Assalamualaikum…

Harini rasa lapar lain macam. Scroll-scroll gambar nampak pulak Soto Ayam yang I masak masa sehari sebelum raya. Sambil telan air liur, terus rasa macam menyesal tak makan puas-puas. Blardihel. Sedap nak mampos! Lantak la kalau ada yang kata ‘Apa menda perasan sendiri masa, sendiri kata sedap’. Hahahaha. Tapi serious memang sedap kot Soto Ayam guna resepi ni? Resepi dari Kaklong I sebenarnya. Kaklong memang terror giler kot masak. Masa haritu I tengah nak masak, asyik call dia je. Ada la 12 kali kot sampai ada satu masa Kaklong jawab je call terus gelak and cakap ‘Ko nak apa lagi ha syaitonnnn?????’ Hahaha.

Yerla, memang la I gelabah sebab ni first time kot masak sorang-sorang? Tadek sapa assist langsung. Mak kat umah Tok. Sazli, Bapak and Shein besenang lenang je tido bawah aircond dekat hall. Nak terkeluar bijik mata I jeling Sazli time tu. Dah la penat neh! Haha. Korang kena try. Lepas korang try guna resepi ni, lepas tu confirm korang takkan ada hati nak makan soto ayam lain dah. Lagi la kalau order dekat Kedai, kuah jernih jer. Walaupon bahan sampingan dia ada cukup tapi tak kick macam yang ni. Yang ni I bagi resepi untuk seekor ayam. Ok? I beli yang peha sampai pinggang ayam tu. I ambik 4 ketul. Lepas tu menyesal sebab patutnya ambik 5 ketul. HAHAHAHA.

Bahan-Bahan

Blender
  • 1 bijik bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang kecik
  • Halia 2 inchi
  • Serai 3 batang
  • Buah Keras 4 bijik
  • Perencah sup Adabi (size kecik)
  • 1 bunjut sup ayam
  • Air
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • ½ inchi halia – dimayang halus
  • 2 batang Kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 6 biji buah pelage
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Lain
  • Seekor rangka ayam
  • Seekor ayam dipotong 6
  • Setengah cawan susu cair
  • 2 ketul cube ayam
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Bergedil
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Ketupat Segera
  • Suhun Goreng
  • Kacang Goreng


Sambal Kicap
  • Lada kecik 20 bijik
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Gula
  • Kicap Manis Cap Kipas Udang



Bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, serai, buah keras, perencah sup and sup bunjut (keluarkan dari kain pembungkus) and blender. Blender sampai bebetul hancur semua. Guna dalam dua cawan air untuk blender. Sambail blender, sambil buat tarian kipas untuk menghiburkan hati. Haha.


Wednesday, June 13, 2018

Tragedy Baju Raya Hilang dan Kisah Raya Di KL

Assalamualaikum..

I dah start cuti harini sebenarnya. Now dah sampai kampung Sazli dekat Sri Tanjung Ampang. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Kitorang keluar tadi dalam 12.25pm dari rumah kitorang, sampai rumah Bapak 12.28pm. 3 minutes 16 saat je hahahahaha. Untunglaaaaah kampung dekat. Kitorang akan stay dekat sini sampai Raya Pertama then baru balik Jengka beraya dengan family I pulak. Memang every year macam ni lah. So that kitorang dapat beraya bersama dengan kedua-dua belah family at pada Raya Pertama. Syukurlah perjalanan nak ke Jengka Satu dari KL kalau tak jem cuma 2 jam setengah je. Kalau I duduk Kelantan or Alor Star ke nangeslaaaaaaaa hahahah. Nanti esok lusa bila Shein dah besar nak kawen, I hope dia kawen dengan orang dekat jerlah. Senang nak balik raya takyah gaduh.  Macam Kakyang and Eddy, tetiba berjodohan so balik kampung for raya senang sebab kampung Eddy sebelah-sebelah je dengan kampung I. Ni dalam WhatsApp Group Anak Cucu Sulatin dorang share gambar ramai-ramai dekat kampung, menyirap je hati kita awak...  GF pulak dah dua hari I called dia tak tak jawab-jawab, busy benar nampaknya. Tadi dapat cakap sekejap dia cakap dia nak pergi pasar beli barang-barang nak masak for Raya. Kaklong tadi dah buat Daging Masak Hitam dengan Kuah Kacang. Semalam buat Rendang Ayam and esok nak buat Ayam Masak Kari. Pagi Raya pulak buat Ayam Masak Kicap dengan Kuah Lodeh. Rumah Mak ada peti ais besar yang kotak tu so Kaklong and Abang Long masak banyak-banyak and frozen kan. Nanti ada tetamu datang tak kisah la raya keberapa pon, lauk-lauk semua ada. Yang tapau untuk anak-anak bawak balik lain. Semua tu tugas Kaklong and Abang Long. Penat tu dorang... I tak dapat tolong apa (untunglaaaaaaa), nanti lah lepas-lepas Raya belanja Kaklong makan dekat VS sebab upah penat masa dekat kampung. Tak pon kasik duit raya lebih. Tengok la, ini semua politik waaaaaang. Hahahaha.


Recycle Gambar Raya Last Year

Tuesday, June 12, 2018

Berbuka at Beriani Asif M Suites

Assalamualaikum...

Tak sangka Raya is just around the corner kan? Harini pon ada dah yang sampai kampung. Yang dah sampai kampung tu is Kaklong I la hehe. Dia cakap semalam pon dia dah malas nak kerja dah sebab kepala fikir nak masak macam-macam for raya. Bestnya! Kaklong dah la masak sedap. Macam kat office ni pon meriah, everyday ada je yang buat Raya Photo-shoot pakai baju raya. Office I pon tahun ni kemaaaaaaaaaain meriah gantung ketupat dengan lampu lip-lap segala. Korang tau kan yang kertas kilat-kilat tu kan? Yang tu penuh dekat office. Tukang deconya Si Robynn lepas tu I cakap dekat Robynn, ‘Ni Raya Aidilfitri eh Robynn, bukan Deepavali’. Hahahaha. Last week kot I pergi Chow Kit dengan Intan beli barang-barang semua sekali kena tipu. Yang gantung-gantung bulan tu kitorang beli RM12.00 tapi Along officemate kitorang beli RM5.00 je. Sampai hati tipu I harga mark up melampau – I no fren you. Dah la penat jalan dekat Chowkit. Sudahnya bukan setakat ketupat, dengan segala Ikan Bilis, Ramekin pon I beli. Beli Ramekin tu yang tak tahan. Tinggi cita-cita nak masak dessert tu. Hahahah. But seronok la I jalan-jalan Chowkit cari barang office. Terserempak pulak dengan Pak Megat suami Mimy Hamid. Dah tu I beli pulak Cucur Udang dekat Pasar Chowkit dengan Murtabak sedapnya lahai. I ada la ambik a few gambar dengan cita-cita nak share with readers yang tak pernah sampai Chow Kit but bila yang nak sharenya taktau la. Seronok jugak jalan-jalan Chowkit and tengok sisi lain of KL. I memang rasa excited although ada rasa takot sebab muka orang dekat sini macam garang-garang pon ada. Maybe sebab puasa. Kot? 



Intro punya panjang pasal Chowkit padahal nak citer Ahad lepas kitorang bukak puasa dekat Restaurant Beriani Asif dekat M Suites Jalan Ampang. Sini dorang punya 2nd Branch.

Friday, June 8, 2018

Lipmatte apa yang I pakai

Assalamualaikum..

Selalu korang tanya I dalam FB, IG, DM I pakai lipstick apa kan? Meh harini I share apa yang I pakai and apa lipstick yang sesuai dengan I. Usually lipstick I akan beli banyak tone. I beli yang earth color lembut-lembut lepas tu ambik yang macam shocking color sikit then later I mixed kan. Jarang I pakai 1 tone but depends la. Kalau baju putih, suram sedih hujan I pakai la warna pekat sikit. Nowadays pon banyak lipmatte local product yang bagus-bagus but kena pandai pilih. I chose lip matte sebab I memang pakai matte lipstick since forever. Pernah try pakai yang basah-basah Korea tapi tak sesuai dengan jiwa I gitchew lipstick pon kena sesuai dengan jiwa ok? Pernah try jugak international product and dari Guardian/Watson yang RM20.00 sebatang tapi lips I tak boleh. Akan jadik kering merekah and sudahnya after wipes akan terkopek. I pulak tak boleh nampak terkopek ni sebab nanti sebok nak tarik lepas tu berdarah la and sejenis Shein nampak I punya lips terkopek macam tu, nanti dia sebok nak tolong tarikkan adoi.. Lama jugak nak OK kalau dah bibir kering macam tu. Usually I akan guna sugar + honey and buat macam scrub dekat bibir, gonyoh sampai la hilang kulit-kulit mati tu tapi dek kerana taknak membazir, taknak la I sacrifice bibir I ni. Macam now, one of my favorite lipmatte is from @kaay_cosmetics. Yang best pasal lipmatte ni selain tak kering (walaupon matte) is lipstick ni paraben and silikon free. Dah la bila pakai rasa mint and rasa sedap pon ada. Macam rasa kek. Thanks Kaay Team sebab hasilkan lipmatte yang best macam ni. Harga pon affordable. I ada jumpa lipmatte local harga dekat RM60.00 sebatang adoi.. Tambah sikit lagi dapat Mac. Macam Kaay ni pilihan warna pon macam-macam, semua pon cantik-cantik. I ada dalam 5-6 warna jugak since first time cuba until sekarang. Macam now dorang ada keluarkan Juicy Blush poooon best jugak. Kaay ni memang paham jiwa I la sebab blusher I suka jenis liquid.



Yang ni I pakai Lipmatte Caramel alone. Takde campur. Pon cantik jugak. Soft je warna dia. Lepas tu pakai jugak Kaay Juicy Blush code Sparkling Pink. Dap sikit je dekat pipi lepas tu finishing I suka sapu  dengan Kaay Miracle Powder so nampak lebih natural, semua untuk makeup nak pergi kerja.

Thursday, June 7, 2018

Resepi Mee Suah Yang Sedap

Publish : 28/9/2015
Re-publish : 7/6/2018


Assalamualaikum..

Kisahnya I nak update entry lain, tapi bila tengok gambar Mee Suah ni, terus telan ailio and tak menahan. Rasa macam balik ni kena repeat buat lagi sebab sedap giler kot Mee Suah ni? Korang pernah makan tak? Jap lagi I share recipe so korang boleh try sebab Mee Suah ni nak buat dia bapak la senang. Bahan sikit and tak consume time yang banyak. Maknanya kalo ada orang nak datang rumah, hidangkan ajer Mee Suah ni sebab nak buat dia sama macam nak masak Mee Maggie je. Sekejap dah siap and yang paling penting ialah SEDAP. Kalau I cakap sedap tu, makanya korang kena percaya. OK? Kaklong yang ajar I buat Mee Suah ni tapi I improvise kasik nampak poyo lagi sikit. So yang ni version upgrade la sebab original recipe guna dada ayam and tadek chicken ball.

Bahan-bahan

  • Mee Suah
  • Bawang merah 6 ulas + bawang putih 2 ulas + lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk)
  • Ayam
  • Chicken Ball
  • Cendawan Tiram
  • Cube Ayam Knorr
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air
  • Daun Sup & Bawang Goreng
  • Sambal Kicap (Lada kecik + bawang putih + kicap manis + gula + sehiris limau nipis)

Cara Membuatnya

  1. Memula panaskan minyak and tumis bahan tumbuk. Kasik sampai naik bau and bawang tu garing. Waktu ni bau dia perrrrghhhhhh menyirap ok?
  2. Lepas tu masukkan ayam. I guna tight hari kelmarin. If korang suka, boleh guna dada ayam. Tunggu sampai air ayam kering baru masukkan air. Tu rahsia nak bagi masakan tak bau hanyir.
  3. Lepas tu masukkan la air and cuba ayam. Untuk 3 peket Mee Suah, I masukkan 4 cube ayam. 3 peket tu cukup untuk 8 orang makan.
  4. Nak cepat masak, air tu korang guna la yang dah siap jerang awal-awal. Kalau tak bercinta nak tunggu air menggegelak.
  5. Masukkan la chicken ball and cendawan tiram
  6. Perasakan dengan garam
  7. Masukkan Mee Suah and last sekali tabur daun sup and bawang goreng. Siap!
  8. Jangan lupa sambal kicap.


Note : Mee Suah ni macam Mee Maggie. Dia absorb air and cepat kembang. I suggest, if korang nak makan, ambik sedikit kuah and letak dalam periuk lain baru masukkan Mee Suah. Sebab Mee Suah ni nak makan dia, kena makan panas-panas and kena on the spot. Kalau tak dia kembang dah tak sedap. Jangan masukkan 3 peket sekaligus. And if buat Mee ni, air kena banyak. If korang buat sup biasa, kuantiti air tambah half dari yang biasa korang buat sup. Ok?


Mee Suah sup, perghhh bapak la sedap! I suka kalau kuah banyak sebab I suka hirup sup :)

CRAZY RAYA SALE HOUSE OF CORSET

PENGUMUMAN PENTING!

Assalamualaikum

Untuk harini dan esok sahaja (postage sebelum raya) DAPATKAN HOUSE OF CORSET dengan HARGA RM100.00 SEHELAI (Np RM150) dan Bengkung Ramping for RM63 sehelai. If ambik combo (Corset + Bengkung Modern) RM118 SAHAJA (Np RM90.00) tapi kena bagitau baca dalam blog I je.  OK? ONLY 2 DAYS! Lepas tu harga semua akan back to normal. FREE postage!! Kita ada dari size M - 5XL warna Black, Blue and Beige (While stock last) so apa laaaaaaagi boleh beli sorang lapan helai SEKARANG! GRAB THIS CHANCE NOW! So nanti raya kita semua boleh la nampak WOW sebab dah ada shape. Kalau pakai hari-hari boleh la menten kurus sampai abes Syawal sebab bila makan, tak bole banyak sangat. OK? WhatsApp I dekat 0129184042 NOW. OKbye!


-eNd-

Wednesday, June 6, 2018

Pandainya Atig Masak!

Assalamualaikum..

Ya Allah, hiba sangat rasa tengok Nasi + Lauk Pauk yang Atig masak ni wei, kecur ailio. I lapar Nasi and Lauk Pauk yang dimasak dirumah la. Dah la semalam I tak sahur, tapi al-hamdulillah setakat ni hidup lagi walaupon macam hazab sikit lagi nak mati. Jalan pon dah level merangkak ni. Dagu pon merata parking dekat bahu orang. Hahaha. Ingat 10 Ramadhan terakhir ni, I taknak dah sahur Nasi Goreng but nak buat Nestum je. Sazli dia pergi Kiamullai dekat Surau bawah and only balik after Subuh so yahooooooooooooooo tak payah masak.  Hahaha. Tapi tak sahur ni rasa macam kurus pulak (walaupon baru sehari je pon tak sahur Nasi Goreng). Kecoh kan? BTW, ni I nak share lauk-pauk yang Atig masak masa kitorang bukak puasa sama Jumaat 2 minggu lepas dekat rumah Zairie and CT. Bagus la Atig ni, pandai giler masak. Dah la dia masak sedap rasa ala-ala Thai. I kalau dengan Atig selalu bergaduh pasal bawang. I suka guna bawang kecik, Atig suka guna bawang besar je. Dia cakap buat apa susah-susah nak guna bawang kecik, sama je rasa. Buang masa jeeeeeeee. Eh, suka hati laaaa. Naseb la bawang ada bawang besar, bawang kecik dengan bawang putih. Kalau ada bawang oren, bawang biru, bawang hijau semua pon I nak guna. I am detail like that paham? Anyway. ni semua ni S E M U A ni Atig yang masak sorang dengan bantuan Zairie. Hebat kan? Kata Sazli, naseb Atig yang masak, kalau I masak pukul 10.00pm la baru makan. Tahan la kan? Dapat makan jugak. Kalau dia yang masak semua orang la tak dapat makan terus. Sazli memang suka la cakap I masak lambat la apa la. Geram je. Untuk sesapa yang merana tengok makanan ni semua, I mintak maaf eh? But I kenot merana sorang so nak drag semua orang merana sana.


My plate. Meriah Bukan Main.

Tuesday, June 5, 2018

Happy 66th Birthday Baba Shein

Assalamualaikum..

Semalam 4th Jun 2018 birthday Bapak yang ke 66 tahun. Happy Birthday Bapak! Semalam I asyik wish je lepas tu asyik cakap dia handsome. Lepas tu Bapak and Sazli cakap 'Bahayaaaaaaa' Hahahaha. Tapi dorang tu memang tau? Kalau I buat baik-baik je mesti cakap bahaya padahal I ikhlas. Hehe. Dah 9 tahun dah dapat celebrate birthday Bapak sama-sama, hope many more years to come InsyaAllah.. Bapak ni orangnya tegas, firm, tak suka buat popular decision. Maybe kadang-kadang rasa macam geramnyaaaaaaaaaaaa tapi apa dia buat tu usually betul lah sebenarnya kalau ikut theori sebab tu dulu masa dia still dalam business field, dia got respect by many. Tapi dalam tegas macam mana pon, dengan Shein selalu kena buli. Kata Bapak, 'My time depends on my Boss'. Sapa Bapak? 'Mohamad Shein'. HAHAHAHA. Sebab kalau Bapak ambik Shein balik dari School, Shein la yang bagi direction nak ikut mana. 'This side Baba, this side'. Tu yang kekadang nak sampai rumah dekat sejam sebab ikut jalan jauh + benti Petronas beli eskrem + berenti pulak kedai beli Banana. Kata kalau ada certain day yang Shein moody and cranky maka affected lah day Bapak and Mak as well. Haritu pon dia macam sedih jugak bila Tok Chak passed away. Dia cakap hidup dia sunyi, takde dah routine dia. Biasa 10 hari dalam sebulan dia akan balik kampung babysit Tok. Takpalah kalau Tok dah tak ingat banyak menda asalkan dia ada buat semangat untuk Bapak. Kesian jugak I tengok Bapak time tu tapi dia cakap 'Takpa lah, asalkan ada Shein, apa pon takpa'. Gitu dia punya sayang dekat Cucu sorang tu. I hope Shein nanti jangan la nak spoil dengan Baba and Maktok pulak. I mohon semoga Allah peliharalah Bapak, sihatkan tubuh badan dia dan panjangkan umur dia sebab Bapak jugak is Idol tu Sazli. Saz cakap dia also nak jadik macam Bapak. Cuma Sazli ni, soft side dia lebih banyak la compared to Bapak. Bapak tegas, but Sazli boleh dibawang berbincang walaupon ada jugak perangai tua sebelum usia dia hahahahahah tapi boleh dimaafkan lagi.


Pulut Kuning made by Mak, deco by yours truly. Kata Mak 'Cantiknya Su.. Pandai Su hias'. Hehe. I rasa macam biasa-biasa je tapi Mak tu apa pon I buat Ok. Masak pandai, pilih langsir pandai, semua lah pandai. Hahahaha.

Monday, June 4, 2018

Berbuka With Sazli and Shein at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Last week on Sunday first time kitorang bukak puasa bertiga anak beranak. Until Sunday tu, takde lagi pon kitorang berbuka dekat rumah sendiri sebab most of the time kitorang berbuka biasanya dekat rumah Bapak. Tapi last week Bapak balik Kedah sebab dia nak buat moreh and visit kubur arwah Tok so baru lah kami berbuka bertiga. Yang paling lapar walaupon tak puasa ialah Shein la. Balik sekolah mintak rice. Mama masak nasik, lepas tu dia saja tambah 2 kali. Dah tu, time kita berbuka dia pon sama makan. Lagi lambat tido, nanti mintak Soup pulak. Sepesen mama Shein ni, suka makan soup. Now pon nampak dia selera la makan pedas macam Mama. Nanti dia mintak put some chili dekat nasi dia. Kalau biar dia letak sendiri memang banyak la dia letak, macam takde belas kasihan. Nanti bila pedas, dia akan garu la lidah dia hahahahah. Shein makan sekarang kussssssssss semangat. Growing up boys. Sebanyak portion Abah dia makan. Tak campur dengan snack lagi. Haritu bukak puasa dekat Sushi Zanmai dia saja makan Miso Ramen 2 mangkok, Tempura 1 portion, Waffle Ice Cream 2 set and now dah pandai mintak Orange Juice and Ice Water. Punya banyak makan. Ni kalau Mama makan pesen Shein ni, alamat Raya memang pakai baju size L la. But dia active. Lepas makan, burn la calories sebab Shein active. Berenti main time tido je. Mulut pon sama naik memang peramah giler sekarang sampai Sazli suruh tido je sebab banyak sangat tanya. ‘What’s going on Mama and Abah?’ Ni dia tanya kalau dengar kitorang borak. Busy body kan? I pon kekadang ada je marah dia sebab jenis apapa semua nak main. Ajak mandi nak dukung, bila mandikan dia jirus-jirus air. Dia rasa dia kelakar kot? Lepas tu buat apapa kadang-kadang dia tak focus maka keluar la suara Tarzan I. Hahaha. But usually bila nak tido kita akan becinta la hug each other. Biasa memang Shein tido atas lengan I, I hug dia lepas tu time dia mamai-mamai I cakap ‘I love you Shein. I’m sorry I’m shouting at you Ok?’ Nanti dia reply ‘I love you too Mama. It’s Ok’. Huwaaaaaaaa sedih pulak. Sedih time malam la. Esok pagi menaga balik.


Dah jom layan gambar makanan pulak. This one Summer Roll. Wajib order yang ni. RM20.80

Friday, June 1, 2018

Solo Trip To El-Nido, Palawan Philippines.

Hi Assalamualaikum..

Harini Siti Nohaliza bizi mengukur jalan dekat mana ntah tadi dia bagitau, so dia mintak tolong (lebih kepada paksa) Ain updatekan blog. Tajuk bebas. Tadi lepas dia bagitau Ain tersambung tido so sekian lambat lah jadinya. Tapi mat saleh kata late better than never. Nak update pasal makan-makan tak sampai hati sebab nanti dengan diri sendiri telan ailio. So sembang kosong jela ok? Cerita pasal experience Ain travel ke El Nido, Palawan Philippines. Kot ada sesiapa nak pergi sana boleh lah amek tips sikit. Cerita dah almost sebulan pon takpe. Belum basi sangat rasanya. Hahaha.

El Nido first day sunset.