Thursday, August 30, 2018

Cerita Hari Raya Lagi

Assalamualaikum..

Tetiba sambung balik gambar Raya Haji. Yerla, sebab masa Raya Puasa lepas gambar tak puas hati langsung OK? Dah la masa tu gelap, so gambar dah malap lepastuuuuu guna pulak GoPro terus hampas je + I macam debab sikit time tu. Raya Haji ni gambar macam lawa pulak. I tengok gambar tahun lepas, rupanya dah 2 Raya Haji kita recycle baju purple masa Ayang and Eddy kawen ni. Actually Shein punya tu dah senteng seluar dia, sikit lagi nak jadik seluar sedut jubor (sebab cawat pendek) tapi malam tu gigih la Mama beliau tetas dekat bawah seluar tu kasik labuh. Dah tu, tak yah jahit pon hahahahaha. Naseb dalam gambar hensem je. Tahun depan tak boleh dah la pakai baju ni kalau tak mungkin Shein pusat pon dah nampak. Dia besar la wei, now berat dah 26kg. Takde sapa sudi nak angkat dah. Dia tau tu dia berat sebab each time piggy-back dengan Mama nanti dia cakap 'I'm so heavy'. TAUUUUUUUUUUUUUU pon kan? I ni saspen la nak menyiapkan Shein kesekolah ni nanti. Beliau kalau dengan Abah beliau memang everything is play time and happy time. Nak mandi pon ada masa nak main kejar-kejar hide and seek. Lepas tu you Snake, I'm Monkey. Dah tu ada pulak mandi I brush your teeth, you brush my teeth bergelak ketawa bagai mana la dia tak suka siap dengan Abah. Kalau dengan Mama (Mak Tiri) 'Hurry up laaaaa Shein! Mama stressed la. Mandi la. Please. Adoi... Sheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeinnnn!!'. Lepas tu tak dia nanges, aku yang nanges.  Hahahaha. Banyak pulak masa I nak jadik Snake macam Abah dia. Eeee!! Ya Allah I can imagine macam mana nanti huru-hara Shein dengan I. Naseb Sazli supportive and banyak tolong. Dia dah expert dah. Anyway, back to the topic, I nak share gambar Raya Haji. Jeng jeng jengggggg, terimalah!


Tengok Sazli, asal ajak amek gambar je buat muka. Geram je tau? Selipar tu sapa punya tu Papa? Main sarung je Ya Allah. Bini beria la heels bagai. Si Eddy tu dekat belakang melambak gambar dia photobomb.

Wednesday, August 29, 2018

Less RM38.00 untuk Victoria Corset (2 piece Corset)

Assalamualaikum.

Korang, I ada barang baaaaaek punya nak introduce. This time I nak perkenalkan pada nkorang Victoria Corset Set. Ni berita baik untuk sesapa yang tak suka 1 suit corset sebab Victoria Corset ni 2 pcs tau? Sebelum ni yang 2 pcs I ada for Super Plus Size je. Victoria Corset ni terdiri daripada Baju and Seluar. So tak payah la jadik superman dah (pakai sependa dekat luar). One more, Victoria Corset ni berlengan. So sesapa yang ada lengan tough tu boleh la try Victoria Corset ni. I suuuuka sebab material dia jenis lembut (polyester/spandex) but dia hold segala babat-babat di badan dengan superb. Tak jauh beza dengan 1 piece corset but bezanya dia 2 helai. Let say hari tu pakai baju lose macam Baju Kurung, korang pakai je la seluar. Seluar dia pon ngam best sebab cover sampai bawah bra. Memang susah nak carik girdle macam ni. Yang ada banyak jual dekat kedai underwear jenis ngam-ngam sampai kat pinggang je. Dah tu nanti keluar la lemak dekat tepi terus jadik macam muffin. Girdle Victoria Corset ni dia cover atas dari pinggang terus. BEST! Seriousssss best. Baju dia pulak ada 3 laras so boleh pakai lama kata la dah kurus sikit. Ada tulang dekat belakang so boleh hold segala babat-bata and Bra korang boleh pakai macam biasa. Jangan risau pasal Logo jenis Ziela Jalil ke apa sebab yang material bahagian bra tu dia lembut ant tak ganggu pernafasan Logo. Jadik takyah risau Logo terpenyet ke apa. OK? Lengan dia pon stretchable so agak-agak kalau muscle macam Popoye pon Victoria Corset ni boleh tolerate, InsyaAllah. Harga Asal is RM150.00 tak masuk postage but KALAU BELI SEKARANG HARGANYA HANYA RM120.00 FREE POSTAGE. Jimat RM30.00 dah kat situ. Taknak keeeeeee?


Victoria Secret Corset by HOC. 2 pieces Baju and Girdle

Resepi Asam Pedas Ikan Patin Campur Bendi KILLER

Assalamualaikum..

Sorrrrrry sebab minggu ni I agak busy so tak dapat update blog setiap hari and Year 2018 ni memang macam a bit hectic untuk kitorang anak beranak. Rumah dalam progress and hopefully by 2019 kitorang dah boleh masuk rumah baru. Sazli pon busy jugak. Kesian dekat dia, dengan kerja banyak dekat office lepas tu nak setel hal Rumah Shein yang dalam progress and at the same time pulak projek rumah Mak di Jengka pon dia involve dengan Kaklong and Abang Long. Semuaaaa tu run at the same time but I know Sazli boleh handle sebab dia bijak and pandai manage time dia. Time Management dia memang Tip top! Start Isnin depan ni, Shein and Mama akan start new routine. I will handle Shein untuk kesekolah. No more Abah. Cukup tugas Abah menyiapkan Shein ke sekolah for the past 3 years. Shein also kena live life macam peer dia. Bangun awal bersiap pergi sekolah sebab sekolah start at 7.20am hehe. Good luck Shein. We will do this together and probably untuk awal-awal kena susahkan Abah sekejap sebab nak bagi Shein biasa routine with Mama pulak sebab bagi dia kalau Mama siapkan maksudnya takyah sekolah. InsyaAllah, we both can do it baby! Meanwhile sementara kami anak-beranak tengah nak settle down ni, korang kena la layan banyak entry makan je eh? Hehe. Ada readers remind suruh up entry Birthday Izzy and ramai mintak share pasal rumah. Adeh. Rumah tu a bit complicated. But mana sempat I will share OK? I pon excited jugak but semua tu kena guna banyak masa. Ooooo lupa nak cakap, next month I akan pergi Sabah untuk SUFMA. Main Netball. Kaklong and Eddy pon akan pergi jugak. So dalam sebulan ni akan busy with training Netball as well. OMG busyyyyy sangat ni. Tak kurus taktau la. Anywaaaaaaay harini I nak share dengan nkorang resepi Asam Pedas Ikan Patin. Intro 18 baris padahal nak share resepi je pooooooon. Hahahaha.


Ya Allah. Sedapnya. Asam Pedas Ikan Patin + Bendi.

Monday, August 27, 2018

Resepi Pucuk Kayu Masak Tempoyak Dengan Petai Yang Confirm Sedap

Assalamualaikum..

Teringat kesedapan Pucuk Kayu Masak Tempoyak collaboration diantara Kaklong dengan I masa sehari sebelum Raya Haji haritu. Weh, BAPAK LA SEDAP! Sumpah tak tipu. Selama ni kalau makan dekat restaurant susah bebenau nak dapat yang memuaskan hati. Mostly kurang kick la sebabnya  tempoyak dorang letak sikit or Pucuk Kayu yang diletak tu macam keras level daun dah. Bukan pucuk. Kali ni buat sendiri, pucuk ubi and daun kunyit ambik dekat Mak punya backyard. Petai I beli dekat tepi jalan time nak beli daging panas and I kupas petai and kulit ari dia dengan penuh kasih sayang. Tempoyak Mak pulak yang fresh sebab dia buat sendiri makanya takde campuran pisang so semua ingredient is premium gred la. Gitchew. Mana la tak sedap. Kitorang tak letak Daun Kaduk sebab pemalas nak mintak dekat jiran. Nak mintak tolong GF macam segan sebab dia yang ambik semua daun-daun tu lepas tu dia cakap macam ni ‘Ha, nak apa lagi???’ Macam marah je bunyi hahahahaha. Serai pulak debab-debab. Kata Mak dia beli dekat kedai Idah. Betul punya debab macam Shein. 10 batang baru singget. Kalau kat KL, sebatang kurus kekadang sampai namposen dekat Cold Storage. Original recipe Pucuk Kayu Masak Tempoyak ni I taktau dari mana. Pahang, Negeri Sembilan or Perak tapi kata Kaklong, this is our way la. Kena buat disclaimer sebab kang nanti ada pulak yang marah derhaka pada resepi asal. Sebab ada yang buat, guna bawang merah je tak guna bawang putih. Daun-daun tu pulak ada yang racik macam bunga rampai. Kitorang pesen pemalas semua takde beria sangat nak meracik and santan pon guna santan kotak je tapi InsyaAllah sedap. Korang kalau nak, boleh cuba resepi ni tau? Cara memasak I letak dekat Highight Instagram. Boleh klik dekat sini untuk check out. 


Pucuk Kayu Masak Tempoyak With Petai. Sapa tak makan petai, shadapyu! Petai ni bagus tau? Antioxidant.

Friday, August 24, 2018

Cerita Raya Haji

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua… Dah ada yang masuk kerja ke? Orang KL kan, sehari je cuti tau masa Raya Haji? Selasa kerja, Rabu cuti, Khamis kerja balik dah. I kenot brain this. Yang I ni beria la cuti dari hari Isnin. Harini baru masuk kerja. Tu pon pasal segankan Boss I sebab tinggal dia lama sangat. Ikut hati nak je sambung cuti seminggu terus. Hahahha. Pagi nanti confirm menyentan masa nak pergi kerja sebab terasa macam WHY KENA KERJA HARINI sehari sebab esok dah cuti semula. Hehe. Entry ni pon I buat malam tadi lepas tu autopublish la. Seteresssss I tau sebab 2 3 4 orang DM tanya ‘Kaksu, dah berenti tulis blog ke? Kenapa dah lama takde entry baru?’ Ya Allah korang…. Eeeee menyirap je I tau? Yang cakap dah lama takde entry baru tu padahal baru 3 hari je I tak tulis. Dia punya sembang membawa bimbang macamkan I dah tak tulis blog sebulan. Kekadang terfikir balik, blog ni masih relevant ke? Ada lagi ke orang nak baca? Advertorial memang dah kurang giler sekarang. Rasa macam zaman kegemilangan blog dah takde dah. Orang more to Instagram semua. Kan? Korang rasa patutkah I slow down blog? I tengok now pon semua blogger yang sezaman dengan I, naik entry sebulan pon 2 3 entry je. Aku jugak gigih update setiap hari. SEBAB NI TAKDE ENTRY BARU 3 HARI DAH ADA YANG MEROYAN. Hahahaha. Takpe la, korang jangan risau. Selagi I ada roh nak menulis I will keep writing je la. Traffic pon setakat ni ok je sama macam dulu. Maknanya ada je orang nak baca. I know ramai silent readers I ni. Baca je, komen or meninggal jejak takde. Ada yang cakap ‘Kaksu dapat pahala tau tulis entry ni sebab dah gembirakan kami yang membaca’. Amboi. Terus cakap dapat pahala kan? Anyway, untuk semua Salam Aidiladha. I tau perasaan anak-anak yang Mak Bapak pergi Haji macam mana. Sama macam I la dulu masa Mak and Ayah pergi Haji. Balik rumah, rasa macam takde apapa je. Tido pon depan TV, bangun dah pukul 10.00am. Makanan raya, persiapan apa semua takde. Sedih sangat rasa. Rasa macam hari biasa je. Macam tahun ni kita meriah la WALAUPON Raya Haji. Makanan raya tetap semeja. Hahahahaha. Mak je bising cakap takde kuih raya. I pon belikan dia peyek je. Now dekat kampung dorang tengah busy packing sebab kan Mak nak buat rumah baru (macam I share dalam previous entry).


Salam Aidiladha dari Siti Nohaliza, Sazli and Shein! Kemain meriah baju raya aku, rasa macam lagi cantik dari raya puasa pulak. Hik hik. Baju from Lily Petuna. Korang boleh check out IG dorang. Baju yang I pakai ni now ada offer. Tak silap I harga jadi RM200.00 je. Original price RM350++ kot? Entah. I selalu hilang ingatan bab harga baju. Malas nak ingat.

Monday, August 20, 2018

Hi, Kerja Lagi Ke Harini?

Assalamualaikum..

Waktu nkorang baca entry ni probably I dah gerak balik kampung dah. Kat office I harini masih meriah dengan semua orang. Dyba tak balik Kelantan sebab Ma dia naik Haji. Intan and Izzah pulak kan orang Keyel, so raya kat KL jer la . Cuti pon sehari je on Rabu tu. Izzy pulak tak sempat nak check lagi dia kat Shah Alam or Melaka. I pulak cuti dari Isnin - Khamis punya lama kan? Hehe. Maybe some of you rasa Raya Haji takde apapa tapi kitorang anak beranak meriah je macam biasa dekat kampung ni. Esok ko tengok la dari pagi jejak ke malam memang duduk dekat dapur je memasak tak abes-abes. Semalam Kaklong ada tanya I, nak masak apa untuk Raya Haji? I cakap taktauuuuuu. I ikut je apapa sebab Kaklong kalau masak semua pon sedap sebab dia masak dari hati and kasih sayang sebab tu sedap. I dapat Ayam Masak Kicap + Kari Ayam Kampung cukup la. Makan dengan Ketupat instant. Kitorang sejak Arwah Ayah takde memang dah tak merasa makan ketupat daun dah sebab legasi menganyam ketupat dah terputus. Yang pandai (Kaklong) dah busy nak masak. Takkan la dia nak buat semua nanti kojol sebab penat. Hahah. I pulak kalau buat ketupat jadik bentuk ikan siap ada sirip HAHAHAHAHA. Untuk Raya Haji tahun ni, probably raya haji terakhir dengan rumah Mak sekarang. Sebab lepas ni InsyaAllah kalau ada rezeki, umur dan diizinkan Allah kitorang nak roboh rumah depan tu and buat rumah baru. Sazli dah buat plan dah tu, nanti kat kampung kita mesyuarat balik. Mesyuarat tu yang tak tahan. Ketua project is Abang Long. Dia garang sikit tapi takpe, Abang Sulong biasa memang tegas. Hahaha. Actually Abang Long and Kaklong punya projek ni. Dorang memang dah lama cakap nak buatkan Mak rumah baru yang selesa, dalam bilik ada aircond semua. Kaklong pon siap doa depan Kaabah memang dia nak buatkan Mak rumah baru. Alhamdulillah termakbul doa dia. TQ Kaklong... Mak sure happy happy dapat anak macam Kaklong yang sanggup habes banyak puluh ribu lemon sebab nak buatkan dia rumah. Semoga tambah murah rezeki melimpah ruah untuk Kaklong and Abang Long, Amin.....


Abang Long ambik gambar rumah Mak buat kenang-kenangan.. Rumah depan ni wujud sejak I kecik-kecik lagi tapi yag tiang tu tak ingat la masa bila Mak buat. I dah naik sekolah menengah kot?  Senang dah takde pokok kat depan, so tak susah nak sapu sampah. Dulu masa I kecik-kecik becinta nak sapu sampah keliling rumah sebab banyak pokok.

Friday, August 17, 2018

Shein's Hotel Stay-cation Over Weekend (Maya Hotel)

Assalamualaikum..

Actually dah masuk 2 weeks back-to-back kitorang anak beranak check-in hotel sebab Si Shein la request. ‘I want to go ‘Hotel House’ Mama Abah. Sleep, Shower and Swimming. It’s awesome Mama, nice!’ Ni dia la cakap. Dapat idea ajak pergi hotel ni masa kitorang keluar last time pergi Pavilion, dia nampak hotel tinggi-tinggi terus mintak nak stay hotel. Abah beliau memang kalah la dengan Shein kalau Shein mintak apapa hahaha. Almost nak check in malam tu jugak but I mintak Shein and Abah sabar sampai weekend. So that lama la sikit duduk hotel dari petang Sabtu sampai la Ahad tengahari. Masa first time check-in kitorang pergi Maya Hotel. Depan je Pelita Ampang tu ha. Ikutkan tak sampai 10 minutes dah sampai rumah kitorang. Kata Sazli, ‘Kenapa eh Mama kita tak buat dari dulu?’ Eh, buat la dia hilang ingatan sekejap. Duluuuu lagi I ajak dia check-in hotel dekat area KL je. Kata Sazli nak jugak yang jauh-jauh macam PD ke… Melaka ke. Now bila dah start buat baru la dia rasa best sebab lepas penat swimming melayan Shein pagi tu, badan dah penat so takde la drive jauh sangat nak sampai rumah. Best apa? Lagipon some date, harga hotel takde mahal sangat. RM350.00 pon ada. But I tengok kalau minggu ni, harga Maya dah jadik RM550++ macam tu paling murah. Now musim cuti sekolah + Middle East people pon cuti, so dorang ramai datang KL jadiknya hotel pon increase la harga. I nanti nak try hotel-hotel yang baru sikit macam 4 Season, W Hotel dengan Element hotel dekat Menara Ilham. Tu semua hotel-hotel baru tu. Nak dapat harga murah, boleh ambik time bukan peak season so takde la sampai RM600.00 – RM800.00. Kita kena bijak berbelanja. Hehe. Bijak ke kedekut? Hahahahaha. So untuk this time, I share dengan nkorang Maya Hotel eh? Tak banyak sangat I ambik gambar. Some of it, I Google je. The reason Saz nak Maya Hotel ni sebab Swimming Pool dia under roof. Kata dia, nanti Shein tak la hitam. So jom!


Ni gambar Google. I tak sempat nak snap gambar sebab Si Shein, sampai je hotel terus melompat atas katil. Nampak je hotel room terus bagi thumbs up. Hahaha. Bilik kitorang macam ni la. King size bed, lepas tu ada kerusi. Sebelah dia Bathroom boleh nampak dalam kalau selak langsir. Ngam la macam ni Sebab Si Shein boleh mandi dalam bathtub sampai konek kecut, while kitorang boleh tengok dari luar melalui cermin. Harga masa kitorang pergi ni RM360.00 net masuk breakfast for 2 person.

Wednesday, August 15, 2018

Projek Pilih Tiles and Floor untuk Rumah Shein

Assalamualaikum..

Last week Sazli ajak I finalize tiles and floor untuk rumah since rumah dah almost 70% siap ni. Ni final punya pilih sebelum pasang betul-betul dekat rumah. Actually I takde la faham sangat pasal kejadian rumah and proses semua ni sebab 99% semua Sazli yang buat. Dari design, urusan bank, proses dengan Pejabat Tanah and MPAJ, contractor semua-semua tu SEMUA Sazli yang buat. Bukan senang nak build sendiri rumah sebab semua tu ada requirement yang kita kena follow. Leceh sangat-sangat sebab involve dengan banyak pihak. MPAJ pon ada bagi syarat yang kita kena ikut. Contoh kalau kita nak build rumah, bukaan depan kiri kanan tu ada certain ukuran yang kita kena ikut. Kalau tak ikut kang nanti tak dapat CF and tak boleh di insurancekan lepas tu loan bank pon tak dapat la nak buat kalau MPAJ tak approve design. Bank pon nak bagi loan ada pulak macam-macam syarat. Hesh, macam-macam la. Senang cakap, bukan senang nak bina rumah sendiri. Urusan beli rumah yang pemaju buat tu jauh lebih mudah. So, please korang jangan la mintak I cerita macam mana proses untuk bina rumah eh? (Sebab dah ada permintaan). Leceh. Beli je la rumah dengan pemaju hahaha. I pon nasib la Sazli banyak pengetahun pasal build house ni sebab ni memang dia punya field. Dia memang really committed dengan rumah kitorang ni and dia cakap dia bagi his 100% perhatian dan kasih sayang pada rumah ni. Alhamdulillah dari sebidang tanah kosong (time tengok tanah je tak jadi apapa I almost can't feel anything tapi Sazli cakap Sabar Mama, nanti dah naik rangka maybe you akan faham) now dah nampak dah jadik rumah walaupon tak 100% siap. Sian I tengok Sazli, kekadang mata lebam tak cukup tidur dengan kerja dekat office banyak, dengan hari-hari tengok progress rumah (walaupon Contractor ada everyday dekat site), dengan nak handle Shein lagi pergi sekolah... Tido pon kadang-kadang mengigau. Ada hari dia cakap dia susah nak tido sebab otak dia bekerja walaupon badan dia berehat. Sabar ye Papa? Sikit je lagi. InsyaAllah by end of this year bila semuanya selesai, you dah boleh tidur lena.


Ni kedai Tiles dekat Old Subang Jaya. Eh? Yer ke? Ke kat mana ni eh? Hahahaha. I ikut je Sazli. Ni second time.  First time datang masa nak quote harga untuk check berapa cost nak buat rumah ni. I pergi waktu bulan puasa tahun lepas masa first time. Lama sangat dah rasanya semua proses ni. 2 tahun lebih dah rasanya.

Hi awak, why so sedap?

Assalamualaikum..

Malam tadi tetiba tingin nak makan Steak dekat VS sampai rasa sebak nak nanges. Sampai termimpi-mimpi la. I memang macam tu, bila teringin nak makan apapa kadang-kadang boleh jadik emotional menanges or moody bila tak dapat. Memang menda berkaitan makanan, I a bit emosi sikit. Over kan? Hahaha. Bila jaga tu I menung je lepas tu macam sedih. ‘Ya Allah, terima kasih bagi aku hidup lagi. So harini dapat la makan Steak’. Terima Kasih Allah sebab bagi hidup lagi tu dah betul and bagus dah tapi yang hujung tu memang melampau la tapi takpe, kata Kaklong kalau kita nak mintak apapa dengan Allah or nak mengadu apapa, cakap direct je. Jangan kias-kias macam Ya Allah, bagi la aku jumpa jodoh dengan orang yang baik dan boleh jaga aku. (Padahal masa tu dah ada crush). Tak payah. Cakap je ‘Ya Allah kasik la aku kawen dengan Yusry KRU (contoh)’. Haaaaa terus mintak specific jangan malu jangan segan.  Malam tadi masa borak dengan Intan pasal nak makan steak, kata Intan ‘Kaksu, kalau esok hidup lagi dapat la makan steak. Sekarang macam-macam boleh jadi’. Dia nak cakap sebenarnya ‘Kaksu, kalau malam ni Kaksu mati, tak dapat la makan Steak’. Hahahaha. Imagine makan Steak dekat VS yang medium rare tu, ambik pulak Sirloin ada lemak-lemak manja. Makan with Asparagus (Kata Intan Aspagarus) + Wedges dip Sos Chili Lingam Ya Allah sedapnyaaaaaaa!! Hahahaha. Ada kawan-kawan I yang cakap Steak VS ni tak sedap and spoil, ahhhhhhh lantak lah. I suka jugak-jugak. 



Kau tunggu Kau tunggu

Tuesday, August 14, 2018

11 Years Ago.. Haha.

Assalamualaikum..

Haritu I share gambar Raya terakhir dengan Arwah Ayah tahun 2007 dalam Family WhatsApp Group lepas tu Kakyang crop gambar tu and letak sebelah gambar yang I baru ambik 2 minggu lepas. Time I bukak gambar tu bersembur air yang I tengah minum. OMG WHY??? Dengan rambut rebonding belah tengah karatz pulak tu. Pakai earring pearl 3 bijik, kening bentuk atap, lipstick pulak warna gold. Baju raya pulak aci boleh je baju kurung kilat tak butang pulak tu dekat leher. Why????? Hahahaha. Memang I rasa I dah terpaling cantik ke pakai macam tu time tu? Actually I rasa dulu 2007 takde la I buruks sangat macam tu, but maybe sebab time tu I buruk ke, or sebab camera yang amek gambar I jadi buruk macam tu ke, entah (Nak jugak salahkan camera, padahal?) Jap eh, I carik gambar I time 2007 yang lain. OK jumpa! Hahahahaha. Bila tengok balik gambar-gambar lama ni kekadang menyirap jugak. Dengan hitam segala Ya Allah. Bab yang best cuma time tu badan takde berisi sangat. 2007 – 2009 la yang Ok sikit, lepas tu tahun berikutnya debab tak ingat dunia. Nak lagi lepas kawen hahahahaha. Bahagia sangat tu, tu sebab la debab. Now I dah letak 60kg paling berat boleh pergi. Kalau sampai 60++ tu dah kena diet semula kalau tak nanti pakai baju apa pon tak kena lepas tu mulalah stressed. I fikir kan, kekadang faktor usia dan ekonomi pon memainkan peranan jugak. Dulu masa muda mana la nak ada duit lebih buat treatment rambut, facial semua. Supplement pon tak makan, pengetahuan nak bercantik-cantik pon takde. Memang la gitu ghupernya. Hahahaha. Lagi satu, sebab mekap jugak. Dulu make up set beli kat Giant RM70.00 dari eye-shadow ke lipstick one set siap dengan brush, jalaaaaaaaaaaaaaaaaan. HAHAHAHAHA. Korang tengok la si Jihan Raja Lawak dulu macam mana. Now dah kaya, pakai braces, facial, makan supplement, mekap pon dah cantik terus dia Siti Nohaliza. Kan?


Beza gambar ni is 11 tahun. Kiri Umur 26 dan 37 tahun. I MEMANG BERANI PUBLISH GAMBAR NI hahahahahahaha

Kek Lapis Apollo Penjahat

Publish : 12/5/2014
Re-Publish : 14/8/2018



Throwback sikit journey Shein and Mama 4 years back (^_^)
Assalamualaikum.

Perhatian kepada pencipta Kek Lapis Apollo. Sila ambik perhatian dan carik jalan penyelesaian supaya anak kesayangan I, the one and only Shein Iskandar tak mengamok guling-guling atas lantai or rendam kepala dalam gulai daging salai each time dia makan you, lepas tu you terpatah dua. Anak I kinda hate it! And kepada Shein, kalau dah rasa nak makan Kek Lapis Apollo lepas tu dia kekal dalam bentuk asal and tak luak/patah etc, tak payah makan dah. Takde lagi orang boleh cipta makanan yang takkan habes. Kalau nak makan menda yang tak habes memang ada. Makan kaki sendiri. Ok?


Hetchu Kek Lapis Apollo!


Yang benar,
Mama yang berasap kepala

-eNd-

Monday, August 13, 2018

Anything For You Shein

Assalamualaikum..

Tak lama dah nak masuk December. By 12th December ni Shein dah 6 years old la. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Kan? Rasa macam baru je mabok mengandung kan Shein now ketiak dia pon dah pandai nak berbau hanget. Hahahahaha. Pagi-pagi I mintak nak cium ketiak, dia bagi pulak tu. Kang nanti tetiba dah nak sunat pulak lepas tu nak kawen dah. Huwaaaaaa. Don’t grow up too fast Shein. Tak puas lagi Mama nak manja-manja dengan Shein. Mama hope, we can be best friend forever. Kita boleh borak-borak pasal your crush, pasal sapa yang sakitkan hati you and all. Mama open and sporting. You know that. Macam Abah, dia agak conservative sikit but its OK son, you always have Mama to talk. You know that (^_^). Mama believe Abah love you even more, tapi dia man. He needs to be tough. Hati kena kental and of coz lebih tegas dengan Shein so that you also grow up jadik kuat and tough jugak macam Abah. Man, kena kuat. Jangan mudah mengalah, jangan manja sangat. But Abah sayang Shein habes dunia tau? Nanti bila Shein dah besar, boleh jaga Mama and kita boleh la keluar sama-sama berdua macam kita selalu buat. Teman Mama Medi and Pedi. Lepas tu pergi cuci rambut and kita boleh tengok movie sama-sama. Betul ni Shein. Mama memang nak Shein jadik kawan baik Mama FOREVER. Kita share problem and selalu kena heart to heart talk. Jangan ada apapa rahsia and kalau Shein ada apapa yang Shein tak suka Mama buat, you always can tell me. Ok? Mama dah boleh imagine nanti when we both grow old together bila kita jalan pegang-pegang tangan beli barang dapur or Mama teman Shein beli kasut bola. Best kan? Bestnya. Hope Allah panjangkan umur Mama and Shein so that kita boleh spend time sama-sama. Abah pon.


Anything for you Shein

Shein, thank you for the happiness and joy yang you dah brought for Mama and Abah. We are very lucky to have you. Rezeki Mama and Abah lebih murah bila Shein ada. Syukur Alhamdulillah. Hope Shein dapat maafkan Mama and Abah if we ever hurt your feeling sengaja atau tak sengaja. Deep down dalam hati Mama Abah, we love you so much and memang taknak you hurt pon but apapa kami buat bila bertegas, tercubit semua tu is for your own good. You sometime boleh tahan degilnya. Manja sangat. Nak ikut kepala dia je. But you know whatever it is, for you Son, Mama and Abah akan cuba fulfill apa yang Shein nak. Not to spoilt you, it just Mama and Abah nak bagi Shein ada memory yang indah masa Shein kecik-kecik. Tak kisah la apa pandangan orang lain, but for US memang we both nak Shein happy. When you smile, excited over something, itulah kebahagian kami. Bila Shein cakap ‘Thank you Mama Abah’ memang rasa berbaloi sangat (Walaupon dah 2 weeks check in hotel sebab Shein nak stay at ‘hotelhouse’ hahahaha). Shein selalu cakap ‘Its Mama, Abah and Shein homeeeeeeeee’. Bahagia sangat rasa. Shein, when you can read this entry, tahulah kamu anakku yang Mama and Abah love you beyond anything else in the world, to the moon and back. You are my number 1 and will always be my number 1. Always…

-eNd-

Friday, August 10, 2018

Koryo Won KLCC

Assalamualaikum..


Kaklong la ni tak abes-abes cakap tingin nak makan makanan Korea. Ada sekali kitorang pergi Bbap Avenue K tetiba kat situ dah jadik Chicken Rice Shop. HAHAHAHA. Entah zaman bila la tutup, I pon tak perasan. Tak menahan Kaklong meratip nak makan Sondobu Jigae (Sup Tauhu Pedas) so I pon bawak la dia pergi ke Koryo Won KLCC. Last time makan dengan CT, Aliah semua so I dah tau la sikit-sikit macam mana nak order. CT muka dia dah wanted dekat sini so dia masuk je terus cakap ‘Macam Biasa’. Gittew dia punya otai kat sini cakap macam biasa. Kelam kabut la Si Nepal tu bawak segala mala yang ‘Macam Biasa’ tu. Dah tu kan? Ada pulak yang sana sini dapat FREE tak payah bayar OMG giler la. Hahahahaha. Haritu I saja je cakap ‘I nak order macam CT’ Lepas tu Nepal tu buat muka blur kerek. Dia pon taktau kot nama CT tu CT. HAHAHAHAHA. I facetime CT lepas tu tunjuk dekat dia menu then only I tau yang menda dia selalu order tu nama dia Special Jumulung. It’s Daging BBQ. Cara makan dia is balut macam sirih dengan salad tu lepas tu ngap! Tingat masa pergi Korea dulu Si Muni bawak kitorang makan Ikan Bakar makan macam tu la. Punya sedap. Kaklong tu pantang menda sedap sikit dia akan cakap ‘Ni letak Babi ke?’ Macamkan dia pernah makan Babi. Hahahahaha. Tapi susah la nak cari rasa authentic Korea dekat Malaysia ni. Yang dekat Korea punya Area dekat Ampang tu pon rasa lain. Actually I ada berangan 1 menda tau masa tengok cerita The Successful Story of A Bright Girl yang Jang Nara berlakon tu. Dia makan Daging BBQ tu lepas tu dia petik je salad dari dalam pasu and makan. Cool giler I tengok dengan mata yang berkaca-kaca. Nanti bila rumah dah siap, I nak tanam la salad, cili padi, lada hijau semua lepas tu bila nak makan, bersila je tepi pokok lepas tu petik and makan right after. Bestnyaaaaa. Lepas tu I nak tanam Pegaga, Ulam Raja and Pokok Petai. Hurm. Pokok petai sound exaggerate pulak hahahaha. Nampaknya Petani Modern la aku lepas ni. Harap-harap janganlah ada biawak ke atau monyet ke atau apapa binatang musnahkan tanaman I sebab I jenis beremosi sikit kalau bercucuk tanam. Ada yang nanges tepi pasu ni jugak kang. Bukan boleh percaya.



Yang ni la Kaklong rindu sangat nak makan. Kalau dekat Koryo Won nama dia dah jadik Sun Du Bu Chi Gye. Ejaan lain, tapi bunyik sama je. Sondobu Jigae. Hahahaha. RM35.00 harga untuk sebesen macam ni. Good for 4 people.

Mandela Vs Medela (Dalam pandangan Intan)

Publish : 12/6/2013
Re-Publish : 10/8/2013


Assalamualaikum.

Semua tau kan yang Mandela dah passed away pagi ni? Melimpah dekat Instagram artis-artis yang up pasal ni and habes kena sekolah dengan fans sebab sebut Rest In Peace. Tak boleh sebut katanya sebab kuatir salah dan berdosa bagi orang Islam yang cakap macam tu. I suka Mandela since Sazli banyak bercerita dekat I pasal Mandela. Bapak pulak ada buku Biography pasal Mandela and dia ada cerita jugak macam mana Mandela ni ajar rakyat-rakyat dia supaya tak racist between white and black dulu masa dia jadik president. Pastu ada satu filem ni nama Invictus. Lakonan Matt Damon and Morgan Freeman yang memainkan watak sebagai Nelson Mandela. How Mandela (Madeeva) unite rakyat Africa by Rugby. Very inspiring. Serious korang kena tengok. Bagi I, bila Mandela passed away, we have lost one of humanity's greatest treasures.
Mandela

Wednesday, August 8, 2018

Macam Macam Hal


Assalamualaikum..

Untuk #izzycelebration dia mintak semua orang look like her. Kena pakai kemeja kotak-kotak dengan seluar jeans with sport shoes and tudung bawal cotton RM5.00 tu. Muka takyah mekap beria. So dari minggu lepas kitorang dah share la idea macam mana nak pakai baju kotak-kotak. Paling kesian Kaklong la sebab dia kan Warga Emas? Hahahaha. Dah bagi dia try baju kotak-kotak dah. Sebijik macam orang nak pergi menoreh Ok? Tinggal nak lekat ubat nyamuk kat pinggang je. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa sebab tak tahan nak terkencing. Adoi yaaaaaaai Izzy. Mana la dia dapat idea nak pakai baju kotak-kotak ni tapi ok la dari tema warna. Paling tak boleh lupa yang kitorang macam kumpulan nasyid makan dekat Aseana tu hahahahaha. Bebudak ni memang makin melampau la tema. Izzah pulak dah gaduh-gaduh dengan Intan sebab berebut tema nak pakai denim jacket, denim pants dengan white shirt. Daaaaah Intan pon nak sama jugak. So yang dapat is sapa punya birthday dulu la. Pemenang dia ialah Izzah la sebab dia Ogos. Si Intan Oktober. Maka Si Intan tak puas hati dia terus upgrade nak pakai Saree time birthday dia. Saree OK? Bukan Lengha ke. Lengha eh nama baju India tu? Lepas tu nak buat kat KLCC Park, bentang tikar makan Pizza dengan Mc Donald OMG INTAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAN. Kata Kaklong nanti kena pakai Saree tu nampak la pusat? Intan jawab : Eh, Tak la Kaklong. Kita pakai la inner. Lepas tu I tanya, Dah tu sapa nak tolong lilit Saree? Kata Intan mintak tolong Robyn la. Dah satu hal pulak Si Robyn nak menyiapkan kitorang pulak pakai Saree hahahahahaha. Dengan nak duduk dekat KLCC park ada yang balik tinggal sependa je ni kang.





Intan nak suruh pakai macam ni nanti

Pasal Lift

Publish : 4/12/2017
Re-Publish : 8/8/2018


Assalamualaikum…

Bebaru ni ada dua kejadian kelakar melibatkan lift. Biasalah office puluh tingkat macam kitorang ni kalau kena nak balik time peak hours tu kekadang makan 20 lift berenti pon tak dapat nak naik lagi. Memang laaaaaaaaaaama nak tunggu lift kosong. Orang kat dalam lift ni pon kekadang duduk depan-depan semua sebab kedekut taknak kasik orang masuk. Ikutkan boleh je nak squeeze in lagi. Ada jugak yang jenis dah nampak ni dalam lift macam sardine naaaaaaak jugak masuk. Tingat dulu masa zaman I dengan Kaklong pergi kerja naik motor kan, bila balik kitorang tukar kain kepada seluar. Kalau pakai baju kurung kena la tukar seluar sebab nanti bila mengangkang naik, kain tu sampai kepeha. Hahahaha. Kalau I pakai baju saloma, kain belah belakang kan? Kekadang malas punya pasal nak tukar seluar dia punya belah dah sampai bontot. Nanti turun motor jalan mengundur la sebab taknak bg orang nampak. Tekepit-kepit. Dari office dah pakai dah ni helmet, tukar seluar so samadengan macam nak pergi menoreh. Imagine eh? Pakai baju kurung, seluar and pakai helmet yang full face tu. Dah gaya team Ultraman dah. Masa nak tunggu lift tu kekadang bekejar le nak masuk lift belah sana. Pintu lift terbukak dari jauh Kaklong pon jerit ‘tungggggggggggggggggggu’. Belari la kitorang siap ada sound effect bunyi brek ‘sreeeeeeeeeeeeet’. Sekali dalam lift orang ramai giler hahahaha. Keras kitorang masuk lift. Lepas tu ada dengar orang cakap, ‘Ada Ultraman punya team la dekat office ni’. Dalam hati = pundeeeeeeeeeeeeek! Hahahaha


Negaraaaaaaaku

Tuesday, August 7, 2018

Family Outing On Weekend - Part II (Edisi Emos)

Assalamualaikum..

Life ni always ada naik dan turun. But apapa pon I always remember this simple quotes ‘Fikir Positive Yang Lain Akan Ikut’. True that. Tapi tak semudah tu kita nak positive sentiasa kan? Sure akan ada satu masa yang kita menung, fikir kenapa ujian ni kita dapat, kenapa Allah uji macam ni, kenapa kita, kenapa bukan orang lain and macam-macam jenis kenapa lagi. Tapi kan setiap manusia tu ujiannya berbeza-beza? Allah uji setakat mana yang kita mampu. I pon sama jugak kekadang rasa kenapa eh dulu aku tak belajar betul-betul kalau tak sekarang dah kerja Doktor agaknya (hahaha), kenapa tak start business cepat-cepat, kenapa tak kawen awal and ada 4 anak before 30 and many more lepas tu down. Sentiasa ada yang tak puas hati, padahal orang lain nampak  hidup kita sempurna and sapa tau, dalam diam orang adore life kita sedangkan kita kalau boleh nak more and more. Tamak. I pon sebenarnya ada rasa macam tu jugak kadang-kadang. Bukanlah tak bersyukur tapi rasa I can do better than this. I can have better than this. Macam-macam better than this la. But, bila-bila kita ada rasa perasaan macam tu, cuba compare life kita dengan orang yang lebih susah. Nanti kita akan insaf. Korang baca tak KRT dekat FB? I baca! Hahaha. Tergelak pulak tapi situ kekadang confession macam kelakar pon ada but also ada yang bila I baca rasa bersyukur. Dekat KRT tu ada yang tak kerja, suami pulak tak bagi nafkah, sudah tu pula kaki judi, kaki perempuan, kaki pukul, mulut longkang, kaki busuk eh macam-macam lagilah. Ada pulak yang cakap belanja tak cukup. Makan pon bercatu, baju pon tak berganti, rumah pulak tumpang saudara-mara, simpanan langsung tak ada, anak pon tak cukup makan. Kekadang dalam tangan itu lah ada RM15.00 nak belanja sampai hujung minggu sedangkan I, RM15.00 tu hari-hari bayar tol and parking je. Tak pernah risau tak cukup makan, tak pernah merasa susah yang maha hebat, apa nak makan dapat, makan pulak hari-hari sedap, hujung minggu suami bawa jalan-jalan, melayan anak dan wife boleh becantik-cantik jalan dekat mall tapi tengok cerita Tiada Cinta Sepertimu bila Bella dapat Handbag Chanel dari Hazran I pon rasa nak jugak kalau boleh, tak bersyukur tu apa yang dah ada sebab rasa apesal wanita lain boleh dapat handbag dari suami, kenapa I tak dapat (Sebab nak Chanel je hahahahaha). Tak bersyukur kan? Padahal I know Sazli tu work hard nak bagi anak dan isteri dia hidup senang. Setel semua bills, bayarkan lagi kereta, bagi lagi duit belanja, sediakan lagi tempat tinggal yang selesa. I betul-betul goyang tetek je tak bayar apapa. Eh jap, ada. I bayar Internet RM160.00 sebulan. Tu je. Hahahaha. Ya Allah, bersyukur sangat. Semoga Allah murahkan rezeki you Papa. I doa. InsyaAllah….


Sabtu pergi Pavilion, Ahad Sazli ajak pergi The Garden sebab nak beli selipar dia dekat Adidas. Dia kena pakai selipar yang tapak lembut sebab dia ada sakit kaki/tumit. Suka la I sebab memang jarang-jarang tu dapat pergi area Midvalley. Parking dah la sejenis hazab. Nak valet pon tak boleh sebab full. Setengah jam jugak la memusing carik parking.

Monday, August 6, 2018

Family Outing On Weekend

Assalamualaikum
Shein now kan memang kaki meladi la. (Tau ke Meladi tu apa). Kata Abah, sama macam Mama la. Eh, yer ker? Heeeeeeee. Lepas tu kan kalau dia tersepak apapa lepas tu dia sakit nanti dia over ok? Padahal sikit je tapi dia punya drama. ‘Aduh aduh aduh sakeeeeeet’. Hahahaha. Yang ni ikut Abah la sebab Mama jenis strong tahan sakit. Jarang la nak merengek apapa. Macam Sazli lain, dia manja. Demam pon mengerang geram nak lempang. Hahaha. Now weekend usually kita akan bawak Shein keluar la sebab kalau tak nanti gerak sikit nak buang sampah pon ‘Mama, Shein follow Ok?’ Hahaha. Ambik selipar terus yang tak tahan tu padahal nak buang sampah je pon. Tu Abah beliau kalah. Kesian dekat Shein kalau tak pergi mana-mana. Takpon nanti dia ajak pergi outside or Car.  Lesgo to Car Mama! Ni ha last week punya outing la yang dia sebok ajak ‘Hotel House’ sebab keluar dari Pavilion dia nampak hotel baru sebelah Pullman tu, lepas tu dia cakap ‘Mama, we go Hotel House ok? I want sleep, shower and swimming at Hotel House. It’s awesome Mama!’ Ajak pergi hotel. Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap Abah Money. Selamat. Hahahahaha. Seminggu jugak la hari-hari tanya pasal Hotel House. Baru weekend lepas dapat bawak pergi check in. Suka la Shein. Dah tu, sebelum balik pepandai buat perjanjian nak pergi Hotel House lagi weekend ni ewaaaaaaaaaah banyak cantik muka? But now pon Shein dah banyak boleh tolerate. Toys pon usually dia nak yang murah-murah je macam Ultraman dekat Toys’ R Us tu baru RM35.00 sekor. Yang mahal tu biasanya yang Abah Shein yang nak. Hehe. So sebelum makan, pergi dulu Toys R Us biar dia pilih nak apa. Takyah risau sangat dah sekarang sebab kalau dia nak menda apapa merapu nanti Sazli cakap ‘That’s for Baby Shein’. So dia akan OK. Lepas tu baru la makan and kalau Mama Abah ada menda nak carik, dia dah takde masalah apa. Sabtu Ahad lepas Shein puas la berjalan. Sabtu bawak pergi Pavilion makan dekat Kyochon and Ahad pergi The Garden pulak. Puas hati Mama. Eh tak. Shein. Haha.


Semenjak ada Shein, jarang dah duduk depan. Sazli la driver. Mama and Shein Boss la. Hikhik. Tengok tu Blanket Shein yang biru tu, dah 2 minggu dia berkepit dengan yang tu je. Dia ada dua blanket actually. 1 brown, 1 blue. So pakai tukar-tukar but nak menukar tu memang a big problem la. Kekadang dia nanges sampai menggigil. ‘Why you do that Mama, why?’(Bila I tunjuk kat dia, blanket dah wet sebab I basuh).

Friday, August 3, 2018

Baik Punya Concert 4D. TQ Belanja Papa!

Assalamualaikum..

Last week on Friday, Sazli and I pergi Istana Budaya tengok Baik Punya Concert 4D. Kitorang kalau ada Awie memang takde la terlepas any of dia punya performance dekat IB so far and I can say dalam banyak-banyak yang I pernah tengok, this time la PALING KELAKAR among all yang involve Awie and hope that Tall Order Production akan repeat lagi Baik Punya Concert ni for Vol 2 pulak. As expected, memang tak full house macam Baik Punya Cilok and Cuci the Musical but takpe lah sebab I memang betul-betul terhibur. Maybe kurang promotion kot sebab kata Hans, this time memang dorang takde any sponsor. Semua gerak sendiri je. Balik rumah tu naik senak perut and lengoh rahang ketawa sebab gandingan Awie, Hans, Afdlin dengan AC Mizal kelakar nak mampos. Ni memang concert nak membahan antara satu sama lain la. Memang takde heart feeling apapa and yang paling teruk kena Hans la sebab dia kan tak kawen-kawen sampai kesudah. Ada la part yang I rasa lawak dia agak double meaning tapi takpe sebab kanak-kanak yang datang probably la tak paham. Bak kata Afdlin ‘Ala, Melayu… Kecik je.. Standard Size’. Lepas tu Hans pon macam nak bangga la sebab dia kan keturunan Serani? Hahaha bongok la. Paling energetic I tengok is AC Mizal la. Memula a bit turn off sebab masa I baca review Khamis tu, ada yang komen cakap lawak AC macam tak sampai tapi masa I tengok Jumaat malam tu OK je. Maybe yang tulis tu, dia la yang tak paham lawak. Maybe sejenis pembaris kot? Lurussssssssssss je. Hahahah. Suara semua power la esp Awie and Hans pon boleh menyanyi la wei! Masa mula-mula tu dia nyanyi lagu Sejati not bad jugak. Macam yang lain-lain tu dah sedia asal penyanyi so takde la masalah, but Hans kan pelakon? Surprisingly dia menyanyi memang OK. Sedap la dari suara I kah kah kah.


Masa OTW ke IB, rasa missing pulak bila takde ayang-ayang (Sazli panggil Shein ayang-ayang lol). Asyik la panggil dia. Sheinnnnnn Sheinnnnnnn. Padahal dia tengah berbahagia tu dekat rumah Bapak. Kata Shein, 'Shein, Baba, Maktok home'. 

Thursday, August 2, 2018

Ayam Penyet Kg Pandan Kembali

Assalamualaikum..

Semalam Izzah, Kaklong, Izzy and I makan dekat Ayam Penyet bawah pokok yang depan Pandan tu. Dah lama tak makan dekat sini. Si Izzah dengar je Ayam Penyet memang dia nak la. Izzah ni memang bermasalah dia kalau dengar Ayam Penyet. Sama macam I la dulu. PANTANG ada ni dalam menu, memang yang lain tak layan lah. Si Izzah ni cakap dia nak start diet 1 August sebab dia cakap dia dah gemok. So bebila dia nak order dessert ke, air manis ke nanti kitorang akan cakap 'Izzah, ni dah bulan 8'. Lepas tu terus order air kosong. HAHAHAHAH. Padahal semalam makan nasi sepinggan setengah, acane Izzah? Malam taktau la dia makan ke tak. But takpe, niat untuk kurus ni memang bermula dengan cita-cita and setiap orang kena ada penanda aras. Maksudnya, kita kena letak berapa weight kita yang paling berat boleh pergi. Let say kita kata 64kg, so bila dah 64kg terus start la diet. Yang paling simple is try to cut sugar dulu la. Lepas tu cut nasi and portion. Sembang macam senang je kan? Padahal hazab nak mampos. I dah lama tak makan nasik besungguh. Nanti dapat je 57kg semula, I nak makan nasi + sambal cili padi petasi + telur mata cair dengan kicap seperiuk. Seperiuk eh, bukan sepinggan. Hahahaha. Punya nak balas dendam. One more lupa nak cakap. JANGAN LUPA PAKAI CORSET masa siang sebab bila pakai corset, makan pon tak enjoy sebab nanti mengah. So kat situ boleh helps lost weight jugak. House of Corset sehelai RM130.00 FREE POSTAGE (sesmbil promote) HAHAHAHA.


Hati Goreng. Sapa suka makan? I pon suka jugak hati and pedal masak sambal la tapi. Ada masa memang tinginnnnn sangat. Ada orang tak makan organ dalaman ni. I makan je. Tolak batu, kayu dengan Ikan Talapia. Yang lain janji halal, aku bedal.

Wednesday, August 1, 2018

Assemoga Kaklong! (Birthday Lunch Tema Kuning)

Assalamualaikum..

Happy Birthday Kaklong! Assemoga!! Dah dekat sebulan baru dapat update entry birthday Kaklong sebab I bizai menyelamatkan dunia. Happy dia tahun ni dapat banyak surprises dari family. Berapa kali tiup lilin tahun ni kak? Hehe. Kata Kaklong dah tuwee baru la meriah sikit time birthday. I ada hantar bunga untuk Kaklong masa birth date dia (9 July) lepas tu on Friday tu The Girls bawak pulak dia makan-makan dekat Brycg Green House. Dah lama dah tak makan dekat sini. Kitorang berpecah la. I dengan Intan pergi awal sebab nak ambik balloons dengan bunga dekat GE Mall lepas tu Kaklong, Izzy, Izzah and Dyba come later dengan driver (Grab Car) Hahahahaha. Tema kali ni Kuning ye? Kuning ang-ang yang takde belas kasihan punya. Cuma Dyba je la kuning lembut. Tu Atinten tanya dalam gambar ‘Dyba ketua ke?’ Tapi sebenarnya ketua is Izzy sebab dia sorang je pakai tudung Kuning. Si Intan kan, dia tanya la orang lain (kecuali I), nak pakai tudung apa sebab dia nak pastikan I tak ketua sekaaaaaaaali Izzy sorang pakai tudung kuning. Hahaha. Si Izzah pulak dalam gambar nampak baju dia biasa je kan? Kalau depan-depan kuning dia memang membunuh la. Jenis kalau campak baju dia dalam sungai nanti ikan semua timbul sebab buta kaler bright sangat. Izzah memang tau? Dia tu kalau kita letak warna tema memang dia ikut sungguh-sungguh. Kata la kita kata Pink kan? Nanti dia pakai Pinkkkkkkkkkk, if Hijau nanti dia pakai Hijaaaaaaaaaaaaaaaaaau yang sebatu dah nampak. Hahahaha. Bagus Izzah ni. Kaklong happy sangat sebab dia tak sangka ada lagi bunga and cake untuk dia. Masa tengah makan tetiba je ada lagu Happy Birthday version kanak-kanak lepas tu Waitress datang bawak bunga and prezen. Actually kitorang pon taktau kat sini siap ada lagu, tu yang dalam video kalau korang tengok (slide yang paling last) Si Intan pulak yang beria terkejut. Jangan kata Kaklong, kitorang pon surprise jugak. Glad that you happy Kaklong. TQ sebab selalu menceriakan kitorang dengan lawak-lawak bangang P Ramlee and slang Pahang Hulu nko tu. Tu kalau Orang Pahang dengar tu, dorang sendiri tak paham. Dia punya pekat sampai ke pon jadik ke’eh. Hahahaha. 


Happy Birthday Kaklong. Assemoga! Ni kalau Jamal Pak Tongkol nampak kitorang ni, sure dia suka. Eh jap, dia Geng Kuning ke Geng Merah eh? Hahahaha.