Wednesday, March 30, 2011

Gemok Next Top Model

Baiklah.

Kesinambungan dari entry lepas yang I kata nak update gambar loncat-loncat tu kan kan? Maka terimalah... Jem jem jem! (Walaupun gambar dua bulan lepas, tapi tetap gigih nak masukkan jugak kan?)

Venue : Tepi pantai (so obvious la kan?) Pantai dekat Melaka.
Nama pantai? LUPA.
Gemok Next Top Model : Su (Ketua) Intan (Penolong Ketua)
Ahli Biasa : Sarah, Gee, Mas, Ira & Ros (ekteli I soram jek gemok, tapi sengaja nak drag yang lain pon gemok jugak. Mana aci kan? Dah aku jerk kalau lompat tu, sampai tanah dulu. Kata berat? Haha.

TERIMALAH !


Sapa yang pilih tema ni memang kejam. Putih sangat membuat diri ini tembam dan bertambah tembam. tapi naseb baik I pandai cover perut kembar tiga tu. Maka posisi lebih kepada mengiring, duduk, mahupun terselit dibelakang sahaja. Sila perhatikan mata I yang biasanya pagi-pagi buta kelopaknya hilang. Sian. Dunia pon nampak sipi-sipi jer penglihatan (tipu)

Gee & Ira yang dibelakang tu harap memberi kerjasama yang lebih utuh lagi di sesi forografi yang akan datang.

So obvious masa lompat, I yang terpaling dulu menjijakkan kaki ketanah kan? Ni memang gambar berani mati I tell U. Sepsi sikit-sikit. And Ira (next to me), motif nak posing ala-ala model dalam gambar ni kenapa? *Dengki padahal.

Hambek kau, terus jadik hantu.

Intan, semua orang lompat. Dah ko kenapa yang masih memijak tanah? Berat bontot kah?

Gambar vain lagi perasan seperti iklan tunjuk-tunjuk keindahan alam mesti ada barang sekeping.Untuk Intan diucapakan padan muka kerana muka dah kena block dengan lengan kepsi I.

Perhatikan perut. YES!


Toilet jauh sangat. Malas nak jalan kerana bimbang lemak akan terbakar, maka kain pelikat suami menjadi taruhan. Salin baju dalam kain pelikat di waktu kecemasan. Hebat bukan? *Lihat senyum Intan yang jahat. Dia ugut nak lepas kain pelikat ni. Mimpi ngeri la kalau tengok aku bogel. Haha.

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi terpaksa la membuat penapisan 4 5 kali supaya lelemak tepu atau dikenali sebagai babat tidak terlalu menonjol. Haha. tapi bak kata The Girls, 'Kaksu, gemok takper... Tapi kompiden'. Yer la adik-adik. Sangat la takper. Tu la yang rilex jer ni walau berat hampir 70 kg.

-EnD-

Sunday, March 27, 2011

Gaya Biasanya Tak Nak Kalah


Sila perhatikan skill mengambil gambar, bukan pada lengan yang meriah yer? Baiklah.

Memiliki camera DSLR sekarang ni macam dah satu trend kan? Selain dari ada BlackBerry dan jugak Ipad. Orang Malaysia sekarang memang semuanya kaya raya.

I setakat ini tidak la mempunyai cita-cita untuk memiliki kamera DSLR. Kenapa? Pasal bila ada camera, biasanya kiter lebih suka mengambil gambar. Ini sudah bertentangan dengan prinsip diri yang lebih suka diambil gambar. Kuat berangan. Dah kata pempuan kan?

Kalau tak, tidak la Sasha anak buah I yang umur lima tahun setengah tu sebok dengan kasut tinggi liplap siap handbag dan jugak lipstik merah sampai ke gigi setiap kali keluar rumah, termasuk hanya untuk kekedai membeli eskrem potong.

Eh. Sebenarnya nak share gambar yang I and colleague ambik masa dekat PD. Tapi network macam cilanat sahaja. So postpone la esok-esok. Pastu tetiba nak merepek pasal DSLR la. Haha. Nampak sangat takder menda nak cerita tapi sebok nak post entry baru. Heh!

Lagipun, nak kasik otak korang berehat kejap. Dah asyik mekalau bukak blog ni besepah dengan gambar makanan, susah jugak nak buat kerja. Haih. Dah dah! Pegi tido ! Ni dah pukul seblas sentengah dah ni !

-EnD-

Wednesday, March 23, 2011

The Talented Salma Mentor 5

Ada tengok Mentor 5 tak? Protege Erra Fazira yang Naz Ahmad sebok nak argue tak cantik tu. Yang macam dia nak mengata orang tak cantik seperti dia hensem dan kacak sangatkah kan? Fedulikkan la pasal issue-issue drama tak cantik tak boleh jadik artis yada yada tu.

Tetapi marilah kiter beramai-ramai menyaksikan sendiri vc ni dan judge sendirik, semestikah rupa paras yang cantik menjamin kepada sedapnya suara. OK? Baiklah. meremang segala mala bulu yang ada.






Tapi bila tengok Charice ni nyanyi, I cebek-cebek muka lantas tears. Orang kuat makan selalunya beremosi kan?

-EnD-

Tuesday, March 22, 2011

Apa yang saya makan minggu ini (sahaja)

Nah ! Tanpa melengahkan masa, marilah menatap apa yang I dah makan minggu ni. Yang sempat I snap ekteli. Maklumlah, segan pulak nak letak banyak-banyak kat sini. (Sejak bila la segan pon taktau la. Nyampah)

Nanti korang kata I pelahap. Padahal ni ha I makan sipi-sipi jer taw? Sumpah tak tipu. Eh taknak la sumpah. Nanti dimakan sumpah (Maka terus kantoi la kan, pasal taknak sumpah. Haha) Betul, tak tipu ! Nak tulis alip lam lam ha kat dada :D

The second best after Molten Choc Cake dekat Chilis. Yang ni dekat Secret Recipe. Tajuk dia Lava Choc With Ice Cream. Kek ni berharga eh. Apa ni. Dah macam Jalan Jalan Cari Makan dah. Memang sedap dah agak menggoda. Sial la. Dah teringin skarang.

Ni lunch I tadi. I makan sehingga ke titisan yang terakhir. Jangan lupa perahkan lemon supaya potong rasa muak dia. Kalau nak pengsan, boleh minum dengan air nescafe or kopi. Kompem keluar semula. BTW, this is Seafood Curry Mee dekat Secret Recipe jugak. MAMPOS sedap ! Sialan lho! Bikin gua lapar di malam hari. Udah ku bilang, orang Indonesia pantes-pantes. Kalau tidak, masakan dapat ke terusan Suez. Dah. Motip tetiba keluar skrip Hantu Kak Limah?

Mengikut putaran jam, Chicken Teriyaki, Italian BMT & lupa dah menda. Ah. Tak penting semua tu, yang penting mesti bubuh semua sos kecuali mustard. Masam. Potong stim, I tak suka. This is our dinner malam kelmarin. Fikir punya fikir, last2 suami kata, marilah kiter memakan yang sihat seperti di Subway. Dah kalau segala mala jenis sos semua nak letak, bahkan roti pula yang enak lazat dan bukan oat, sihat celah mana? Celah bedah ko?

Secret Recipe Black Forest. Ni Sarah punya, I paw sikit-sikit. Setendet la tekak I. Memang kuajaq. Asal orang punya jer rasa sedap. Biadap sungguh. Dah takkan nak rembat makan sampai setengah kan?

Green tea ice blended ni rasa kumbang hitam dan minyak wangi. Ban seumur hidup. The best ice blended green tea ialah dekat Sushi King. Ingat. Jangan order.

Yang ni pulak Spicy Noodle dekat Food Court Pavilion. Spicy korok dia. Ni mee segera. Eh. Tapi dah tau rasa macam mee segera masih mau order, pasal nak feeling-feeling konon makan sama dengan pelakon dalam Boys Over Flower. Ko tengok? Pengaruh makanan ni bukan dekat budak-budak jer tau? Yang dah tua bangka juga takmau kalah. Haih.

Ni Sarah yang makan. Fish & Chips penipu. Ada ke chipsnya? Itu kan mash potato? Nak tipu tengok orang dulu ha.

Sekian, harap tiada yang memaki I pada ketika ini. Maklumla, mungkin ada yang tengah craving sesuatu yang ada disini lantas air liur menitis di keyboard kan? Harap bersabar. Esok masih panjang. Umur jer yang taktau panjang ke tak (Lawak seram)

P/s: Jangan membawa makan sampai ke mimpi, kelak air liur penuh di bantal.

Yang Besar Benar,
Suraya Tengku Sabri.

Ewah!

-EnD-

Saturday, March 19, 2011

LAT Kampung Boy Muzikal

Sapa dah tengok LAT Kampung Boy Muzikal? I dah I dah ! *dengan nada vangga.. Apatah lagi gambar dekat bawah ni macam pempuan mengandung 5 bulan (padahal tidak) lagilah super vangga..

I tengok pada hari kedua pementasan. Ikut Sazli, dia nak pergi hari pertama, tapi isteri bizi ada game netball, maka postpone ke hari Khamis malam Jumaat. Malam untuk mencari pahala lebih. Amin.

LAT Kampung Boy Muzikal yang dipentaskan dari 16 Mac hingga 3 April 2011 - Must watch ! Kelihatan pempuan ala mengandung menunjukkan thumbs up di samping poster untuk membuktikan telah menyaksikan teater ini lantas gigih tidur pukul 2am untuk susun gambar dalam FB. Gigih kan?

Taknak kalah. Hehe. Thank U to Sazli pasal sponsor tiket malam ni *macam selalu. Dia kata, suruh I belanja. Tapi kalau I belanja, I mampu belikan tiket yang RM80 jek. Dah la tu, kena tunggu gaji... Sanggup ke nak tunggu? Taktik menjadi and terus I dapat tengok show pada malam kedua. YES!

I memang excited nak tengok teater musical ni... Sazli lagilah kan? Orang berjiwa seni. I datang awal pasal nak tengok exhibition yang ada dekat ruang legar Istana Budaya. Ada gambar original karya-karya Datuk Lat dekat sana. Ingat. Datang awal tau! *cekak pinggang.

I kasik 4 star untuk pementasan kali ni. Dont expect untuk gelak guling-guling macam Cuci The Musical, nanti hampa. Pasal ini pementasan kehidupan Lat dari kecik sampai la dia berjaya sebagai kartunis. But still, ada jugak babak-babak yang buat I gelak-gelak manja.

Yang paling penting, watak-watak yang ada dalam karya dia, dihidupkan dalam bentuk yang sebenar. Seluar ramping peha besar, rambut tinggi taknak kalah. Ada. Semua ada. Best best. Dan yang paling best, after show I dapat jumpa Abang Awie.. Pheeewit !!!!

Eh. Awie ! Meh gigit meh. Tengok tu, taring I dah keluar. Grraauuuu! *Mood gatal walaupun suami yang tukang snap gambar

Awie putih. Saz coklat.

Rambut sama tinggi nampak?

I jumpa kawan sekolah rendah I dekat sini. Dia kerja dengan ITNM. ITNM ada bukak booth dekat sini. As kata, kalau bagitau awal, dia boleh bagi tiket free masa preview night. *terus tumbuk dinding.

Lekas-lekas beli tiket. I dengar cerita, tiket is selling fast. Mekalau nak dapat less, pergi tengok malam rabu or khamis. Tak silap I ada potongan 20%.


Btw, 5 fakta yang anda perlu tahu tentang Lat copy from Nadia Omel

  • Watak utama dalam Kampung Boy, Mamat. Inspirasi daripada adik kandung pelukis, Mamat Khalid. Beliau kini merupakan pengarah filem tempatan yang berjaya. (e.g Zombie Kampung Pisang, estate, dll)
  • Kampung Boy telah diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 1979 dan telah dicetak semula sebanyak 14 kali sehingga tahun 2008, termasuk edisi Amerika Syarikat keluaran First Second Books pada tahun 2007. Sehingga kini, Kampung Boy telah diterjemahkan dalam 9 bahasa di seluruh dunia.
  • Apabila Kampung Boy menembusi pasaran Amerika Syarikat, ia telah mendapat pengiktirafan sebagai Outstanding International Book for 2007 dan Children’s Book Council and Booklist Editor’s Choice for 2006.
  • Siri animasi Kampung Boy dihasilkan di Los Angeles oleh Matinee Entertainment pada tahun 1997. Siri animasi Kampung Boy telah memenangi anugerah Siri TV Terbaik di festival animasi antarabangsa di Perancis, Annecy Award’99.
  • Kampung Boy telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan kritikan yang positif dari pelbagai pihak. Antaranya adalah pencipta kartun ‘the Simpson’ dan ‘Futurama’ yang menyatakan bahawa, “Sweet, funny and brilliantly drawn, Kampung Boy is one of the all-time great cartoon book“..
P/s : Dah tu? Lepas baca ni tak rasa vangga ke Malaysia ada such a wonderful and talented person like this?

-EnD-

Thursday, March 17, 2011

Jom La Friendly Kalau Berani

Helloi..!!!

This gemok picture was taken by Syira. My team-mate dalam netball dekat tempat I kerja sekarang. Masa ni I sangat ghairah nak tangkap gambar, almaklumlah kan.. Bukan first seven, atau dengan kata lain, pemain simpanan sahaja. Tapi I tak kecik hati pon. Haha.


Double peace bermaksud, double chin dan double size. YES! Gemok takpa, yang penting konfiden. Itu yang selalu disematkan dekat dada ni.

So, bila second game, baru la dapat pakai menatang 'bip' ni and terus paksa Syira amek gambar, bubuh dalam FB. Caption - Ko memang hebat Su. And Syira ikut arahan jerk. Sekali betol dia bubuh caption macam tu. Bodoh. Haha.

I akan bizi dengan training netball sampai la dekat game nanti. Ada 3 game besar menanti which, Sukan Badan Berkanun dekat Terengganu awal bulan 5 nanti. Lepas tu Sukan Tahunan FRISB dekat Kuantan. Kena pulak tarikh dekat-dekat sangat. So, dari Terengganu tu, terus ke Kuantan dan bakal meninggalkan suami selama 8 hari. Nice.

Lepas tu, untuk SUFMA pulak. Tarikh tak pasti. Takda sapa yang bising-bising ajak pon. Entah-entah tak terpilih. Haha. Sian aku.

So now, I nak ajak kalau ada mana-mana readers blog ni yang nak buat friendly dengan team I, bagitau la eh? Email I dekat surayasulatin@gmail.com. Amacam, ada bran???? (Bajet hebat. Padahal pemain simpanan je) Tapi... AMK? Haha

-EnD-

Tuesday, March 15, 2011

Penduduk di Lembah Klang, Berhati-hati

Salam,

*MOOD SASPEN*

I terima email dari kawan I pagi ni, I copy paste jer la yer? Pasal orang pemalas memang macam ni. Nak share info tapi malas nak cerita banyak. So kat bawak ni copy dari email tu. Anyway, thanks Umi, walaupon ko selalu buli aku time main netball. *jahat tau!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar adik-adik sekelian pagi ni? Semoga sihat semuanya.
Kengkawan semua kak nor ada satu berita sedih tau pasal bos kak nor.
Ptg semlm masa bos kak nor balik dr pejabat beliau dah disimbah asid oleh seseorg,.
Beliau tak mengenali penyerangnya. Tp bukan bermotifkan dendam sbb menurut polis semlm je
Termasuk exec kak nor ni seramai 4 org dah kena sekitar tasik titiwangsa.
Penyerangnya menurut beliau seorg berbangsa India. Dan menunggang motosikal.
So berhati-hatilah kengkawan semua. Naik je keta tu terus kunci pintu.
Naik kereta jgn buka tingkap. Bos kak nor ni dia sedang memandu dgn tingkap terbuka.
Semoga ALLAH melindungi kita semua. Beliau sedang dirawat di HKL.

Reply dari yang lain

Polis sedang siasat….di Bangsar juga 6 mangsa simbahan asid petang semalam…mungkin bermotif provokasi….

Reply lagi

Farah kenal mangsa yang kena simbah asid tu, nama dia Alinur Ain Ali….Exec di TM Setapak, husband dia Exec kat Annexe.
Kesian….tak pasal2 kena simbah asid….
Takut la dengar kes ni sebab farah pun drive kereta sorang2 balik Shah Alam….
Semoga Allah melindungi ku & semua pemandu2 especially kaum hawa…

So, harap semua berhati-hati la yer? Kalau gemok boleh diet jadik kurus, kalau hitam boleh pakai BB Cream kasik putih, tapi kalau kena simbah asid and hidung semua tanggal macam mana?


Choi !!!

-EnD

P/s : Ini bukan main-main. Hep!

Saturday, March 12, 2011

Mencarik Baju Tunang. Jem jem jem !

I baru jerk sampai umah, lantas update blog. Merajin kan? *Merajin ke kemaruk tapi?

Tadi I teman Sarah tempah baju tunang dia.. Dia tempah dekat Salikin Sidik, Ampang Park. Harga dia sangat reasonable. I memang recommend la pada mana-mana bakal pengantin yang nak tempah baju dengan designer dengan hasil yang cantik serta harga yang kiter mampu, so boleh datang sini. *Apa ayat aku ni? Haha. Malas nak fikir.

Sumpah puas hati ! Jeles pon ada. babi la sarah

Hasil dia nanti I update lepas Sarah bertunang eh? *melebih-lebih kan? Macam aku yang bertunang ke apa ntah. So what? I berak U jilat

Lepas tu, Sarah bawak I pergi ke Jakel Jalan TAR untuk beli lagi sikit lace dan jugak material untuk buat selendang dia. Tiba-tiba I jeles (lagi) pasal kenapa time I bertunang dulu, I tak buat macam ni.. Tak boleh jadi ni, nak ajak la Saz bertunang lagi sekali, boleh tak? *Pangg !!!! **Lempang diri sendiri.


Bekas pengantin dan bakal pengantin. Owh, Sarah punya theme colour pink. Sama macam kaler masa Erra Fazira kawen dulu, yang dengan Yusry masa dekat tepi tasik tu. Ingat tak?

Harini I tinggal Saz. Dia kawan dengan Aliah & Khatiq time I buat-buat sebok dengan Sarah. So, upah dia I kasik bebudak ni makan megi jerk. Megi ayam pulak tu yang Khatiq nak, macam budak-budak. Kiter orang besar kena makan megi tomyam atau megi kari. Paham?

Now, bebudak ni tengah layan movie cerita 'The Next 3 Days' and I dah bertekad, walaupun seharian berpeluh serta ketiak dah bau epal masam, I taknak mandi jugak. Mampos ah.

-EnD-

Thursday, March 10, 2011

Target 80kg nampaknya semakin hampir. Yes !

Dah. Malas nak cakap banyak. Brokoli ker, kobes ke semua boleh gotuhel. Kiter wanita penternak lemak cukup bagus dengan angan-angan untuk kurus selama 30 minit jer. So mari bersama-sama kiter menjadi gemok sedunia. Apa? Salad? Apa tu? Kiter malam biasa makan ketam dengan makanan berat-berat jer.

Ini ha nak duduk pon tak selesa. Kata perut kembar tiga kan? Arrgh... Persetankan itu semua. Selagi boleh makan, ada selera makan, makan jerk la.. Buat apa nak tahan-tahan? babi

So, malam ni I nak perkenalkan satu tempat makan superb yang direkemen oleh MIL yang gemar mengumpul keratan suratkabar tempat makan sedap-sedap lantas berpakat dengan I untuk membuat lawatan muhibah ke kedai makan seperti yang dibincangkan petang tadi secara berkumpulan. Maka, terimalah! Jem jem jem!!!


Ketam bercili. Perrrghhh!! Cakap banyak pon tak guna la kan? Meh la datang makan dekat sini kalo berani.



Set BBQ/Steamboat makan untuk 4 orang ni berharga RM48/++. Memang berbaloi-baloi sangat. Ada another plate penuh dengan sayur, mee, mushroom, crabstick, tauhu jepun, sawi mawi bagai yang tak sempat nak snap, bapak dah lebur dalam tempat steamboat. Harap maaf. Kami sememangnya rakus. Imejin la sendirik macam mana rupa satu pinggan tu lagi.



Kerana kerakusan jugak, tidak sempat dah nak amek-amek gambar macam mana rupa Steamboat/BBQ ini. Maka google sahaja. So, rupa lebih kurang macam ni la.. Ada tempat steamboat, ada plate bbq jugak. Jakun woh! Sedap tak payah nak cakap la. Perrrghhh! Ini memang puas hati. Gemok pon gemoklah. Janji dapat makan steamboat bbq.


Nama tempat makan ni ialah TANJUNG BBQ AND STEAMBOAT AMPANG WATERFRONT. Dekat sangat-sangat dengan rumah. Cuba la wei, memang seronok la... Taktau la kalau semua orang dah tau, tapi aku sampai sudah jakun tak habes-habes lagi ni, siap plan, next time nak datang, nak bawak daging dari rumah. Hahaha. Nak bawak sayur jugak. Bunguks sungguh. Beli jerk la menatang plate tu.

Tapi masalahnya, nak beli kat mana. Mana online shop yang ada jual tolom bagitau. I nak beli lapan.

-EnD-

Tuesday, March 8, 2011

Punca Lemak Dalam Badan

Mana la Chooyaya punya entri makan-makan eh? Dah insafkah dia? Ishk... Tak mungkin. Kalau insaf tak mungkin la I punya berat kurang 5kg nak ke 70kg kan? Hebat. Tepuk tepuk.. *Macam bangga kan? Haha. Bangga giler kot??? Hello??? Who doesn't?

Yang pergi Wellness Program ialah ME. Yang tau banyak info pasal good and bad food is ME. Tapi yang terlebih semangat is SUAMI. Yang taknak makan nasik dengan gigih serta tak makan malam ialah SUAMI. Yang lose 5kg within 6 weeks ialah suami. How nice is that? Yer... Nice berganda-ganda.

Jadi marilah sekarang kiter menyaksikan apakah penyumbang kepada kenaikan berat badan selain dari kadar metabolism yang menurun kerana errr.. Faktor umur. Yes. I menyalahkan diri yang semakin tua walaupun De (kakak I) yang ada anak dua, terdapat kolam di bahunya serta mampu menakung air serta ketidakhadiran selulit dan stretch mark pada perut. Yes. Kakak yer? Maka, faktor umurkah yang bersalah?

NO NO NO. Yang bersalah ialah KL. Sapa suruh ada banyak makanan sedap-sedap??? sial!

Nasi Mandhi Dewan Perdana Felda yang I makan masa farewell mantan Chairman Felda. Diantara nasik mandhi yang paling sedap I pernah makan. I love the cucumber with yogurt tu, so very much. Macam nak ajak kawen. Iya. Kawen dengan timun. Bongok jugak.

Janganlah memandang hina pada kek coklat yang I beli dari kedai Mesra Petronas ni. Walaupun bukan dari mana-mana kedai kek tapi rasa dia, hurm... Inzal lapan kali siot! Harga? RM5.30 kot. Besar, lazat, sedap, meleleh !!!

Tennessee Chicken TGiF. Bahagian dada. Grill chicken kalau bahagian dada is healthy but deep fried, dada ialah bahagian yang paling banyak serap minyak and jadik paling unhealthy. So next time makan kepsi, ambik bahagian peha or selain dada ok? (Giler tak sedar diri nak cakap pasal makanan yang sihat dengan berat badan sekarang kan? Tapi AMK - Ada Mak Kisah?)

Tennessee Salmon yang sure I akan order lagi lepas ni. Sos dia memang sedap la. Ada rasa manis-manis sikit and cukup purrrfect di tekak I ni. It suppose to serve with kentang putar tapi DASAR sayangkan lemak kan? Nah hambek kau fries! *Makan sampai habes tanpa rasa bersalah langsung. Pergh!! Hebak hebak.


Tenderloin steak TGiF jugak. Tak suka. I prefer steak dekat VS.

Menu lunch tadi selepas insaf. Brokoli rebus. Haha. Yang paling best, lepas Wana ambik I dekat rumah and kitorang pergi Pavilion untuk tengok movie cerita The Adjustment Bureau, Si Wana nak makan Bi BimBap. Dah??? Haku nak tengok jer? Maka I pon makan spicy noodle dalam bahasa Korea. Dalam bahasa Malaysia Mee segera perisa kari. Dah la RM9.00, bak balek duhet aku!

So sekarang, ingat ! Kalau rasa nak komplen tentang babat-babat dalam badan, tengok dulu apa yang kiter dah makan dalam masa seminggu. Lepas tu calculate la sendiri berapa banyak lemak yang menghuni dalam badan or kira berapa ribu juta kalori yang kiter dah ambik.

I? Tak. Tak pernah kira pon. Biasa insaf setengah hari. Lepas tu gone with the win. Target, nak berat 80kg alang-alang. Baru puas hati kan? Bahbee!

-EnD-

Mahu cantik omel masa tawen? AyangKamell ada jawapannya

Ewah, tajuk entry taknak kalah. Dah macam promosi iklan ubat kurus pon ada. Haha.

Btw, I'm helping my make-up artist friend untuk mempromosikan mekap dia dekat blog yang serba pemalas untuk diupdate sekarang ni. Taktau la apa motip si AyangKamell ni, padahal FB page dia dah 14k++ kot like, nak promosi apanya? Hish. Tamak betol :p

Tapi disebabkan dia memberi ganjaran berupa RM yang berkepuh-kepuh kepada I (saja buat cerita), maka zaaaasss!! Sepantas kilat I tolong promote. Dasar pempuan mata duitan ! Heh ! So, kat bawah ni I letak la random picture yang I ambik dari page Ayang dekat FB. Dah. Kalau aku kena saman dengan pengantin-pengantin gorjes ni, ko bayar sendirik. Haha.


Cantik kan? Ha ah. Cantik. *Aik, bermonolog dengan diri sendirik lagi?

Simple make up yet gorjes

Bright and bold

Ayu dan jelita. Rambut klasik sesuai dengan make-up dan baju. Ayang know the best for his customer

Anggun

Taknak kalah

So, pada sesapa bakal pengantin yang nak nampak cantik di hari perkahwinan, pernikahan or pertunangan boleh la ambik AyangKamell yer? I jamin anda akan berpuas hati. Untuk yang pakai tudung or free hair both can.

Tangan Ayang ni pon berseni tau? Dia tau apa yang terbaik untuk pengantin dia. Pengalaman I kerja dengan Ayang pon best. Dia very punctual, aku yang selalu lewatnya nak bermekap. Dia mekap pon relex jer. Tak tergopoh gapah pon.

Ayang memang biasa make-up artis pun. Banyak masuk dalam magazine. Awak orang semua boleh check dekat FB page dia dekat sini and dekat sini jugak. Ada banyak lagi gambar-gambar pengantin yang cantik jelita dekat sini.

Baru-baru ni pon Hani kawan I pon ambik dengan Ayang jugak. Memang cantik giler. Tu nanti I update kemudian. I pon masa wedding belah KL serta nikah, I ambik dengan Ayang. Klik sini jika tahan muntah dengan pose taknak kalah I yang serba verangan tu.

Harga? RM55o sahaja. Mana ada make-up artis profesional yang offer dengan harga ni? Bak kata Ayang, semua golongan mampu dengan harga dia ni and I jugak bersetuju. Kan? So.. Kepada sapa yang berminat, boleh email I dekat surayasulatin at gmail dot com dot my. Sila bagitau tarikh, masa dan tempat. Atau boleh berhubung sendiri dengan Ayang dekat FB dia. Tapi bagitau yang nkorang tengok promotion mekap dekat blog pemalas ni. I ada share sikit. Cececece. Tetiba tukar profesyen jadik PA Ayang. Haha

-EnD-

Friday, March 4, 2011

Kucing & Katak

Tadi masa tengok iklan Whiskas dekat telibisen, Sazli kata macam ni... 'Omelnya kucingggg.... Macam kayang jerk! Alololo.... Geram Geram ! Meh sini meh...

Pastu I pon rrraaauuuuuu, bergaya ala kucing gatal datang kat dia.. Meleser-leser serba sedikit.. Bajet omel kan? Harusnya badan melentik bagai. Dah macam penari balet version gemok.

Walaupon cita-cita nak jadik pembaca berita sebenarnya tapi jadik penari balet agak cool jugak. Macam Natalie Portman dalam Black Swan. Tapi tak senonoh kot, pasal dia masturbate dalam citer tu. Haihs. Membocorkan rahsia kaum perempuan. Naseb baik dulu I tak macam tu. EH? Haha

MMMeeeeeowwwww... Omelnya! Dulu kalau ada kucing omel-omel macam ni, biasanya I akan tekan kaki dia. Tak bagi dia gerak. Padan muka. Sikit pon tak menyesal. Sapa suruh omel sangat kan? Naseb la.

Skali orang rumah dah tukar fikiran, dia kata I macam katak. Pasal???



Pasal katak lembik dan sejuk. Lembik dikatanya I? Baiklah. Redha.

Elok-elok dah macam kucing, jadik macam katak. Hurm.. Katak pon kataklah... Janji lumayan. **Apa yang lumayan entah. Haha.

Dah. Tu jerk. Sekian cerita katak dan kucing.

Boring kan?

Ha ah. Boring la serba sedikit. *Orang giler asalnya dengan bermonolog dengan diri sendirik la. Mati la, dah ada tanda-tanda nak giler ni. Coi !!!

-EnD-



Wednesday, March 2, 2011

Tak Kisah

Tadi masa dekat opish, ada soram kawan kata, 'Eh Sue, daringnya kawan nko eh masa besday party tu... Nko pon boleh jer join kan? Macam party liar jerk aku tengok'.

Well, omputih kata, masuk kandang kambeng mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Tapi tadi kata peribahasa omputih, now mengapa pulak berkambeng mengembek bagai ni? Hahah.

Back to the topic, being me seriously memang I tak judge people by apa yang dia pakai. Hisap rokokkah dia, minum arakkah dia or beramai ramai lelaki yang dia dah tido.. Tetapi I lebih kepada memandang pada tinggi budi bahasanya pada orang-orang tua, pandainya dia menjaga hati orang disekeliling dia dengan menjaga bahasa dan perbuatannya serta baik hatinya yang kiter kadang-kadang boleh tengok degan mata kasar pon.

Huraikan la sendiri. Universal sangat ni. Tapi secara ringkasnya, 'cantiknya didalam hati' lebih bernilai daripada 'rupanya' sendiri. Paham? Ke tak paham-paham lagi? **Tetiba garang.

Menda ni kadang-kadang dah jadik subjektif. Kang lepas ni kalau ada yang nak sekolahkan I pon, I redha jerk. Tadah jerk telinga. Kata subjektif kan kan?

Apa-apa yang kiter buat, kiter mesti ada limit. Kalau mula-mula kiter tak hisap rokok, and bila kiter try, kiter rasa isap rokok tu nothing... Atau, memula kiter rasa minum arak tu macam orang takda agama but bila kiter try kiter rasa macam, 'eh, rasa cool pulak'. So. Dah macam takder limit kan?

Now u got me or not? Hidup mesti ada limit ok? Kiter tau setakat mana yang kiter boleh pergi. BUT, kiter tak boleh nak judge orang ok? Never. Jangan jangan jangan. Kiter siapa lah kan untuk menilai baik buruknya hati orang tu. Sapa tau, pakai sepsi nak mampos tapi punya hati yang suci sesuci lebaran?

Sesuci dihening subuh sunyi... Sesuci sesegar nurani... Sesuci salam untuk Ilahi... Bagaikan memanggil insafi pada diri (wah, memandai ubah lirik lagu sesuci lebaran versi sesuka hati)

Ewah.. Semenjak dah masuk dalam segmen 'apa kata orang ramai' dalam Semanis Kurma dah pandai nak ceramah-ceramah orang pulak eh? Hahahah. Dah la aritu kena topik pasal tebus talak. Giler keluar tajuk dowh! *Dowh?? Errr.. Sangat kanak-kanak remaja.


Sejuk seperti didalam lemari es sahaja

Orang putih kata, Dont Judge The Book By Its Cover and I setuju dengan peribahasa tu.. Terpulang la pada penilaian masing-masing. But bagi I, apa yang dia buat, itu antara dia dengan Allah..

Siapa kau, siapa aku untuk menghakimi hidup orang lain?

Zzzzzzzz

Ngantuk tetiba. Biadap sungguh mata ni, bila bercakap hal ilmiah mula la nak katop. Haip!

-EnD-