Wednesday, October 31, 2012

Haris Zuhaina kasik nasihat and Kedah... Here I come!!

Assalamualaikum..... Dok buat apa tu?? 

Kiter malam ni semput macam biasa. Bila perut tengah mengeras, Bapak dia pulak gosok perut kiter kuat-kuat bajet nak bermanja dengan anak sampai kulit perut rasa macam nak tersiat (amboi, over kan?) Rasa macam nak silambam jer... Tadi masa Bapak dia nak pegang, zasssssss!! Sepantas kilat beta menepis seperti Pendekar Mustar adanya.... Terus Bapak dia buat muka nak majuk, tutup muka dengan bantal kecik kaler merah. Eee. Geram jer! Kang kalau jotos kang jatuh derhaka pulak. Ngada!!!!

Kesinambungan daripada entry pasal sabun tu, ada sorang perempuan cantik bagi komen yang panjang lebar and banyak bagi ilmu pada I. Terus rasa macam nak share dekat sini. Mind her words style, rasanya Haris Zuhaina ni oghang utagha. Nak tanya suami, suami pulak sudah masuk tidur sebab kata dia, nak tidur awal sebab esok dia nak drive jauh. KL-Kuata Ketil. 

Oooh! Lupa nak bagitau, I'm away from KL dari esok sampai la ke Ahad. Sebab nak balik Kampung Tok Chak dekat Merbau Pulas, Kuala Ketil sesambil jakun ronda naik motor tengok sawah padi. Tapi persoalannya, dengan perut membuyut macam ni, Bapak kasik ker nak naik motor lagi? **Jalan tunduk, seret kaki.

Baiklah. Komennya berbunyi begini. 

Salam Su. 


Saya dulu pengalaman anak sulong suka mendaftar di blog mak-mak :P. Baiboo is the best so far. Pendaftaran free.. Dapat 1 kotak hadiah... Ada pencuci baju baby dalam tu-  nappikleen...So, asyik dok guna yang tu aja lah.. Sampai 3 tahun.. Lepas tu dah guna pencuci orang besaq.. Pak dia kata dah besaq dah.. Guna serbuk nih kena rajin membilas.. Takut sisa-sisa sabun serbuk tuh boleh sebabkan gatal-gatal walaupun organic product.

Su, jangan lupa tengok Ustaz Don punya video pasal najis bayi... Saya dulu banyak terlepas pandang. Walaupun kita bagi anak susu badan, sesungguhnya apabila baby dah diberi makanan lain selain susu ibu, najis dah kira najis besar-berat dah. Bukan najis ringan lagi.. Memang hukum ada kata sampai 2 tahun..Tapi itu kalau menyusu ibu sepenuhnya...

Kaedah mencuci, kalau dicampuq dalam 1 mesin tanpa dicuci bersih najis itu, terus 1 mesin dah jadi ronyeh (mak, apa menda ronyeh ni Haris Zuhaina, mati la. Laki aku orang Kedah jugak tapi I taktau apa makna ronyeh).. Mesin pun kena kita bersihkan sekali.. Just imagine, semua tuh kita bawa dalam solat!!!! Itu belum lagi cadar and tilam yang terkena.... Sedey ooooo. Sebab tuh anak selalu nangih-nangih, coz duduk dalam keadaan najis and kotoq... Time berpantang, kan kita dah terikut2 omputih, main palit ja....

Su, jangan lupa buat siap-siap minyak celak. Kalau saya (Kedah) buat guna minyak but-but (HPA), mintak ustaz/ahli agama bacakan ayat-ayat pendinding untuk di sapu/dipalitkan disendi-sendi dan di tuliskah nama ALLAH di atas dahi... Gangguan Iblis Syaiton ni... Apa-apa pun ikhtiaq dari awai. Supaya dalam pantang tak stress.. 

Mana dengan mulut-mulut yang tak dak insurans lagi.. Orang tua-tua suka suruh bagi air masak bila abih nyusu.. Padahal tuh tak perlu...Akan ada pulak yang kata susu badan tak cukup and suruh campuq susu tepung/nestum.. Bayangkan lah perut bayi hanyalah sebesar biji kacang sahaja.. Jenuh paksa perut tecit tuh sebab tuh depa kerap kembung coz selalu di paksa makan.. 

Baby BF ni suka di peluk, Di cium and suka ngoncoi - pengap (pemenda pulak ngoncoi - pengap ni??) Puting tetep... Isap kureng... Nak bau ibu and dengaq bunyi jantung tuh.. Good luck.. (Manyak plak dok leteaq) - Ni tukang komen yang kata, bukan mokcik. Hehe.

Begitulah komen Haris Zuhaina.... Omel dan sweet sangat komen dia. Macam mak-mak sangat. Kiter sangat menghargainya..... Memang I sangat-sangat hargai and appreciate kalau ada lagi petua/nasihat yang nak dishare pasal pregnancy, mommy dan ibu.

Dah. Blog aku ni dah bertukar jadik mak-mak jugak. Takder dah makan sedap-sedap lepas ni (Jangan harap la taknak share. Masih ada ok. Dont worry. Haha). Okbye!

-EnD-


Husin & Cik Nin. Kak Limah. Kak Limah! Kak Limah dah jadi zomba! Hahahahahaha.... Bodoh ni!

Tuesday, October 30, 2012

Sabun di bilik mandi... Sabunnnnn......!!!

Assalamualaikum...

Make it short atau jadikkan ianya pendek didalam bahasa Melayu kerana ini budak debab dalam perut dah tak main der nak tendang slow-slow okeh? Ini main flying kick sampai senak perut mak dia ni ha. So memang tak boleh nak mengadap lappy lama-lama, maka seoalannya berbunyik begini.

Ehem ehem.

Hadoi. Menda tadi nak tanya eh? Distracted by ini budak debab. Anak oi, kasik la mak ko ni chance kejap. Yang nak beria menendang ni ko protes menda nak? (Wah, gitu soalan dan gaya bahasa macam orang zaman dolu-dolu gitu). Terus keluar image diri ini pakai baju kurung kedah dengan kain batik, bertudung kain batik adanya dengan bunga raya terselit indah di telinga. Haha. Geli jubor membayangkan diri sendiri dalam keadaan sedemikian. Kah kah kah - **gelak mintak pelempang

Soalan soalan!

Ni ha... Sebab ada komen dari readers tadi. Dia tanya, baju baby dah basuh ker belum? Demi mengcover malu dan belagak pandai, I jawab belum lagi... Heeeee :D Padahal nak tanya, 'Kena basuh dulu ker?' Ni ha, kalau nak basuh, kena basuh macam biasa atau rendam celop manja-manja itik jer? Ke macam mana? Sila la memberi tunjuk ajar. Mengada ker manja ni? Pasal nak basuh baju baby pon nak tanya. Pang!

Aritu masa I shopping dekat One Baby World, Fatin yang kerja dekat situ suggest satu jenama ni. Kata dia bagus untuk basuh baju baby. Apa kemenda nama dia eh? Kejap. Mokcik nak check dalam bilik. ooooo namanya ialah Baby Organic - O'Clean. Katanya bagus sebab Organic. I nak beli jenis liquid, kata Fatin cepat habis and tidak ekonomi. Baiklah. Mokcik ikut sajork. Mana dia kata ekonomi, zaaaaaasssss!!! Sepantas kilat tangan mencapai.


Begini rupa Baby Organic - O'Clean. Pencuci khas pakaian baby. Mengada. Nak pencuci khas bagai. Kiter dulu tengok mak kiter basuh baju anak Kaklong guna fab buku kaler biru jer. Bau harum. Sampai rasa macam nak makan. Ada sekali, sebab teruja sangat, gigit and telan. Pui! Tak sedap. Boleh tahan bodoh masa kecik-kecik dulu. Sekian.

Apa lagi eh tips penjagaan baju baby and cara nak basuh baju denga betul? Memang tak dapat la nak harapkan suami basuh baju baby. Sebab suami I istimewa orangnya. Kalau basuh baju, semua pon boleh campur. Jeans, baju kerja, towel, sependa hatta stokin pon dia putar sekali. Habes sependa putih bersih I jadik kaler biru. Jimat air dan masa kata dia. Baiklah. Jangan nak komplen banyak kalau orang dah tolong nak buat kerja. **Redha.

So, itu ajer soalannya. Harap dapat membantu.

Yang ikhlas,
Chooyaya (Bakal Ibu Yang Manja) - Awwwwww

-EnD-

Monday, October 29, 2012

S E M P U T

Assalamualaikum....

Mintak maaf. Tak boleh nak cerita panjang malam ni. Sebab semput hoi. Tarik nafas dah pendek-pendek jer ni. Pastu duduk pon kejap menyandor kejap menegak. Hadoi la. Semua dah serba tak kena. Sendat sangat-sangat dah perut ni rasa. Makan idak la banyak mana (kot) :D

32 weeks dah. 8 more weeks to go. Semput semput! Tak sangka kan athlete pon boleh menghadapi simptom macam ni. Ini memalukan wei! I pemain simpanan team netball Felda KL tau? Kira stamina boleh tahan tapi seriously tak boleh nak handle semput ni. Semua menda kalau tengok, rasa nak sepak jer. Sebab susah nak bernapas.

Eh. Nak tanya. Time pretnen 7 months macam ni, hidung memang selalu berak eh? Manjang bertahik hidung. Kekadang bila naik syeh melombong, sampai berdarah-darah la idong. Ke aku sorang jer macam ni sebenarnya? Haha. Busuk kan perangai? Pui! Masin tekak aku!


SEMPUT!
-EnD-

Medela Freestyle Yang Murah Dari Harga Pasaran. Errr. Harga Runtuh!

Assalamualaikum....

Lai lai lai. Medela Freestyle  yang murah dari harga pasaran telah dijumpai! Berita baik untuk semua yang meminati model Medela Freestyle ni TETAFI sedikit terbeliak bijihik matehe melihat harganya yang beribuan ringgit ittewww. Jangan risau kawan-kawan. Izinkan saya memperkenalkan sahabat saya, Yashie...!!!! Jeng jeng jeng! Tetiba aku bersaya bagai kasik nampak formal sikit entry ni. Pui!

Ok sambung.

Dia adalah perempuan magik yang selalu saya perkatakan di dalam blog ini yang seperti kamus encyclopedia adanya sekiranya anda ada kemusykilan tentang apa sahaja. Gitu aku promote Yash. Kalo tak belanja Mee Raja William Subang ni tak tau la. Haha. 

Yash offer kepada sesiapa yang nak beli Medela Freestyle ni dengan hara RM1500 sahaja. Murah sangat kan dari harga pasaran? Untuk keterangan lanjut pasal tawaran ni, email terus pada Yashie yang cantik dekat email dia (daisy dot yashie at gmail.com). Nanti dia akan explen further macam mana nak mendapatkan Medela Freestyle ni okeh okeh?

Antara kebaikan Medela Freestyle ini ialah yang paling penting. Keduanya boleh melekap di tetep/nenen anda tanpa perlu pemerhatian khusus dan boleh buat kerja lain seperti melipat kain dan memasak at the same time. Sangat praktikal yaw! Memang best... Lebih praktikal dan lebih style. Style tu yang penting. Kata nak jadik Mama Hot? Kan?


Medela Freestyle Yang Amat Praktikal Dan Best Dan MURAH boleh didapati dengan Yashie.... Yay!!

Mee Raja Kegemaran Yashie. Tetiba nak jugak selit gambar makanan kan?

So, apa tunggu lagi???? Hubungi Yash sekarang and kepada 2 yang terawal order Medela Freestyle ni, I nak bagi dia hadiah saguhati. Sehelai tudung ala Fareeda. Ala Fareeda pon mahal jugak tau? Over RM50 jugak tu harga. Ha... Dah la dapat pam tetep/nenen berkualiti yang murah dari harga pasaran, dapat pulak tudung free.... Dapat pahala lagi sebab pakai tudung. **Petir sabung menyabung. Ok la. Bye. (Bye terus. Tak menahan)


Salah satu dari tudung ini bakal menjadik milik anda JIKA anda 2 orang terawal yang order Medele Freestyle dengan Yashie. Jangan Lepaskan peluang!!! Eh. Memang aku fail bab promotion kan? Haha. 

-EnD-

Wednesday, October 24, 2012

Kepok Lekor Please Come To Kakak Again

Assalamualaikum...

Kalau bagi kepok lekor original Terengganu 20 batang pon, ini resaksa gorgon boleh habeskan dengan selamat badak sahaja. Makan macam dalam badan ada jin. Seriously I never had enough of keropok lekor. Tapi musti cicah dengan kuah dia yang kaler merah hati yang ada rasa macam gula melaka tu la. Kuah pon nak specific jer kan? Demand. Mengada! Pui!

Susah la nak carik keropok lekor original Terengganu dekat Key El ni. Yang ada banyak pon, keropok biasa atau keropok penipu tu. Saper pernah makan? Luar nampak gemok, tapi isi dalam kosong dan rompong. Macam rompong rama-rama jer aku tengok.

Pastu bila tengok balik gallery dekat handphone ni, nampak pulak gambar keropok lekor original Terengganu ni, terus bergenang air mata. Lantas update blog nak mintak simpati, padahal baru-baru ni jer update pasal keropok lekor. Hahaha.

Oh. Btw, kepada sesiapa yang bakal balik ke kampung untuk beraya haji bersama keluarga, diucapkan semoga selamat pergi dan selamat kembali ke rumah eh? Jangan bawak kereta laju-laju dan rancanglah perjalanan anda sebab kalau balik nak stuck dalam jem sampai 10jam tak ok jugak kan?

Dah. Tu jer nak citer. Okbye.

My style my style...

Monday, October 22, 2012

Europe Tour - Day 8 (Milan Part II)

Hamboi.

Kemain update pasal kelengkapan baby sampai melupakan janji untuk update pasal Europe Tour yang masih lagi tergantung dan mengikut firasat tuan hamba, entry Europe mungkin akan berlanjutan sehingga lahirnya 'Baby S' nanti.... 

Mati la. Aku sorang-sorang yang stressed seperti pelajar sekolah menengah yang tidak menyiapkan kerja sekolah adanya jikalau entry Europe ini masih tidak setel-setel.

Dah. Straight to the point, now kiter move on ke Day 8 - Milan Tour baybeh!

Kerana sudah membeli belah dengan besuka-ria dekat Venice, maka Milan Kota Fashion hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja... Nutin much to do (shopping basically - melainkan la kalau kaya raya giler vabs nak mems boleh la kan ambik Gucci barang 2 3 beg lagi) Haha <- gelak tak ikhlas. 





So, most of our time, kiter lepak-lepak dekat Coffee Shop sambil menghirup cappuccino and hot chocolate yang harga RM25 secawan, sambil mengambil kesempatan on wi-fi free dan memerhatikan Ahli Rombongan lain memegang shopping beg Gucci, Prada and LV sambil bergenang air mata (Tapayah nak bergenang air mata sangat la kalau dah semalam paw bapak handbag Gucci kan? Aku tampar kang!) 


Oh. Dekat sini ada banyak merpati. Nanti ada la datang Mamat Niger yang bawak makanan burung paksa-paksa kiter kasik makan burung and kalau kiter taknak dia akan paksa-paksa-paksa jugak. And kalau ambik 10 bijik jer pon makanan burung tu, kiter akan bayar at least for 5 euro. Jahat kan? Kenyang dah kot burung-burung dekat sini? Nanti kalau burung ni semua obes sapa yang nak dipersalahkan?


Cuaca dekat Milan tidak la sejuk macam dekat tempat lain. I manage to buy purse/wallet and some baju cap ayam dekat sini. Tapi kata la kalau cap ayam pon kan? Masih jugak made in Milan. Kebanyakan patern baju cap ayam dekat sini lebih kurang macam dekat Cotton On and Uniglo la. Cap ayam pon cap ayam la kan? Janji Milan... Huh! (Nak jugak tu belagak kan?)

Banyak jugak I dapat beli baju cap ayam dekat Milan ni. Seronok sangat! Tapi tak sempat nak pakai semua. Tu ha, ada dalam almari molek jer bergantungan. Taktau la nanti lepas dapat baby, muat lagi ker tak. Kalau tak muat acaneh? Acaneh? Nanges didalam hati jer la jawabnya T___T


Tak banyak sangat I ambik gambar dekat Milan. Taktau la kenapa eh? Protes sebab tak dapat makan nasik dengan sambal air mata ikan bilis dan kicap atau bagaimanakah? TETAPI dengan kehadiran satu Japanese Restaurant sudah cukup menggembirakan walaupun harga sushi hamboi kemain mahal. Sushi and sashimi bongok macam ni pon kena bayar sampi 35 euro. Kira la sendiri berapa kosnya kalau dalam RM kan? Ni kalau dekat Jaya Jusco ni, orang pandang sebelah mata jer kot? Pui!

Perjalanan dari Milan diteruskan ke Nice, France yang mengambil masa selama 5 jam dengan bus. Tak keras pulak vontot aku kan? Malam tu kiter semua overnight dekat Nice (NH Hotel). Keterujaan bakal disambung ke Day-9 sebab kiter nak visit Cannes baybeh! Tempat filem star berkumpul setiap tahun untuk Cannes Film Festival. Ko giler? Sini tempat Aishwarya Rai amek gambar tau? Dari kurus ke gemut dan kekurus balik.

Nantikan sambungan cerita di Cannes yang entah bila mahu diterbitkan. Haha. 

Gudnite! Titew nak peyok Kayang titew. Hari ni dia dapat nama baru untuk titew selepas Bubu Momot, Lembik Macam Katak & Penguin Gemok. Nama tersebut ialah Burung Kakak Tua. Sesuka hati jer nak panggil titew burung kakak tua. Jahat tau! **Geli mat hoi bertitew bagai.

-EnD-

Sunday, October 21, 2012

Yay!!! Finally 80% Complete. Dua hari punya shopping. Kaki dah nak patah. Okbye.

Assalamualaikum....

Dua hari ni, I sungguh-sungguh membeli belah barang-barang baby. I can say that now, I dah 70-80 percent complete. Alhamdulillah. Tadi lepas maghrib, I nap and masa tengah tido, keluar dari mulut sendiri macam ni, 'huh!' sambil kaki terangkat. Haha. Kena gelak jer dengan Sazli. Punya la penat sampai jadik macam tu. Shiannnn Bubu.....

Semalam dari petang ke malam dekat KLCC. Sampai bersila memilih baju baby dengan pembantu peribadi (Syira and Fiezul) **Mati la tetiba 2 orang ni jadik pembantu peribadi. Haha. Semalam Sazli ada bola dekat Setia Alam, masuk league.. Macam biasa. Kalah 4-0. Cenggitu la, umur dah masing-masing dah nak masuk 30 tahun tapi opponent muda remaja rangup fresh sangat krup krap memang la kalah sebegitu rupa. Takper. Jangan putus asa ok? Minggu depan kasik menang. Kalau nak kalah pon, kalah 2-0 pon ok sikit kot? :D

Semalam setel bab baju. Semua I beli yang new born. Orang kata, jangan beli banyak-banyak. Sebab baby cepat besar. Tapi kalau dah semua pon hensem macam mana kan? Bukan kiter punya salah kalau terbeli dekat 40 helai. Salahkan la Mothercare, Poney, Baby Gap, Anakku dengan Guess Kids. Dorang yang jahat. Naseb baik masa dekat Pumpkin Patch semalam, diri ini sudah kefenatan. Kalau tak. Salahkan Pumpkin Patch jugak. Heeeeeee.

Menurut pemerhatian I, terdapat diskriminasi harga baju baby girl dan baby boy. Baby boy mahal sikit harga dia, dah tu tak banyak choice. Penjahat sangat. Siap promosi hanya untuk baju baby girl sahaja. Urgggh!!!! Penjahat penjahat! **Keluar kedai sambil hentak-hentak kaki.

Oh. Nak kasik tips sikit. Sapa-sapa yang merasai Mothercare, Baby Gap and another baby boutique tu mahal, periksa sekali lagi. Sebab biasa kedai-kedai macam ni akan buat promotion beli satu percuma satu. Macam dekat Poney. Dekat Baby Gap, beli 2 percuma 1. So, kalau bahagi-bahagi, harga dah sama dengan harga sehelai baju dekat Anakku. Selama ni, I tertifu T____T. Ingatkan Anakku jer kedai pakaian baby yang murah.

Tapi, kata Yash, dia beli baju baby yang cantik RM5 sehelai. Terbeliak dan tersedak la I. Sekali dekat Bandung. Oooo. Bandung. Tak aci la. Kalau nak gi sana baju memang murah, tapi dah kalau bayar tiket flight and hotel and belanja, bukan ke sama jer macam beli dekat KL. Jahat tau Yash. 

Korang kalau nak tau, Yash ni diibaratkan seperi my very own encyclopedia. Tanya la pada dia, semua dia tau.... Pastu semua pon dia beli murah, pastu semua pon beli dekat oversea. Bensi tau? Pastu kalau tanya dia apa lagi yang perlu, maka perbelanjaan akan meningkat naik dan naik dan naik. Clap clap. Bravo Yash!

Ooo. Sebab Yash and Aliah jugak, I hold dulu untuk beli Madela Free Style. Kata Yash, untuk elakkan pembaziran beli pam tetep/nenen mahal-mahal, molek la kalau kiter study badan kiter dulu. Beli dulu pam tetep yang murah atau manual. Nanti kalau susu memberansangkan, baru la beli yang paling bagus. Senang cerita Madela Free Style la yang bagus tu.

Bukan kata murah tu tak berkualiti. Ada. Kata Yash, dua jenis pam tetep manual ni memang sangat bagus. So, I'm looking forward to buy this pam tetep. Pastu, I ada berita baik untuk anda semua yang mahu membeli Madela Freestyle tapi macam rasa mahal sangat and terpaksa melupakannya. Ini projek terbaru I dengan Yash untuk membantu anda yang nak beli Madela Freestyle yang harganya jauhhhhhhhhh lebih murah dari yang anda boleh beli dekat mana-mana kedai baby and online store. (Projek? Bunyik macam poyo semacam. Haha)

Itu nanti kemudian I story. Dah semua nak citer dalam entry ni, aku tido pukul 2am la gamaknya.

Kata Yash, jenama pam tetep yang bagus tu ialah Halford Manual Breast Pump selain dari Madela Manual  Breast Pump of coz. Dia beli dekat Twins Baby. Kat mana Twins Baby? Google google. Haha. Informasi dihujung jari.

Yash kata dia memang suka giler dengan pam manual jenis Halford ni and masa dia pam tetep, takder la sampai nak putus puting dia. Eeee. Kalau kasik explanation nak yang ngeri-ngeri jer. Time tu I dalam jem masa borak dengan Yash. Otomatik pegang tetep sebab ngilu lantas kereta sebelah dah pandang-pandang kepelikkan. Maybe dia ingat I perempuan pervert mana entah yang horny masa tengah jem. Ni semua salah Yash.

Ok now, lets check it out baju-baju 'Baby S' yang I dah beli semalam. Hensem-hensem belaka.... Tak sabar nak tengok 'Baby S' pakai semua baju ni... :) Yang barang-barang lain, I beli semua dekat One Baby World dekat Taman Permata tadi petang dengan suami tersayang (geli). Senang. Sebab sini one stop baby centre. Kalau nak murah sikit, boleh beli online. Tu kalau jenis boleh bersabar la. Sebab nak order, makan masa dekat seminggu baru dapat barang lepas make a full payment. Maka jenis diri sendiri tak tahan sabar. Dah. Beli jer semua dekat sini.

Masa masuk kedai ni, I terpinga-pinga jer. Tak tau mana nak start. Mujur ada Fatin datang tolong. Dia banyak bagi I tips and bagitau which product yang bagus for baby :) Yang paling best, I beli shampoo baby, krim untuk ruam, and lotion organic jenis Buds. Ni organic tau? Memang la mahal sikit but sangat selamat untuk baby. Kalau nak beli untuk baby new born, beli yang infant tau? Sebab beza kalau untuk infant and baby.

Starter pack ni ada Infant Top To Toe Cleanser, Infant Cream and Nappy Time Change Cream. I beli size yang besar terus sebab nanti kalau dah habes, malas nak mengulang ke kedai. Bagus tau jenama Buds ni instead of Baby Johnson, Pureen etc. Sebab 100% organic. I beli 3 jenis barang tu dalam RM80. Kalau nak murah and jenis sabar, boleh beli online. Google la. Bersepah ada jual. Size besar kecik semua ada. **Sakit hati pulak aku tengok online lagi murah-murah. Haha. Takper. Anggap jer takder rezeki.
Yang ni pulak Nipple Butter Cream. Letak dekat nipple untuk elakkan dari crack. Bagus sebab jenama ni pon organic jugak. Kalau lepas sapu krim ni and pastu bapak baby isap tetep/nenen pon takpe. Tak bahaya. Kalau pergi farmasi, dia akan bagi yang jenis ada alkohol. Pon bagus. Tapi kena sapu time baby tak menyusu jer la. Harga Nipple Butter Cream ni I beli RM44.90 untuk 30 ml. Harga online? Entah. Malas aku nak check. Sebab taknak sakit hati.

Hensem-hensem belaka kan? Tu yang romper lengan pendek dah jadik 15 helai kesemuanya. Sabar jer la. Eh. Tapi kenapa eh? Kalau baju baby boy mesti kebanyakkannya akan tulis, 'My Dad Is My Hero' takpon 'I Heart My Dad'. Amboi. Tak aci la macam ni. Dah tu mak dia tak heroin la? 'My Mom Is My Heroin'. Haha. Tak kena pulak. I jumpa jer mana baju-baju yang nak up-up kan bapak dia lebih-lebih, terus letak balik. Sebab I menjeles. Amboi. Mak engko yang sampai bersila pilih baju tetiba My Dad Is My Hero. Banyak cantik?

Omel nak mampos. Sampai la si Papa dia asyik la bekepit dengan baju-baju ni. Peluk, cium, timang siap. Sian pulak aku tengok.

Gerammmmm!!!! Ni pakai untuk tidur ni. Pastu bangun pagi mesti bau masam giler!!!

Anyway, thanx to Syira sebab teman shopping masa hari Sabtu. Siap jemput/hantar kat rumah. Sebab dia kata I kan perempuan mengandung. Kena la bagi special treatment. Teringat time nak dinner dekat Ben's, masa kitorang nak makan tu, kitchen dah close. Tapi sebab I mengandung, orang tu kasik masuk. Orang mengandung ni memang semua akan jadik kesian jer kan? Best sangat! Gambar ni time dekat Charles & Keith. Syira nak beli kasut. Sabar jer I tengok banyak kasut yang cantik. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila pandang bawah, tengok kaki gemok semacam. Terus melupakan hasrat. Letak balik kasut, sambil menangis didalam hati T_____T

Tabah jer muka budak ni kena pegang shopping bags. Redha sangat muka dia tu sampai rasa nak lempang. Haha. Tenkiu Fizul tolong Kaksu. Baik budak ni.... Tadi dia dah tambah satu lagi ciri-ciri wanita idaman, 'mesti suka sukan permotoran' lepas balik dari tengok Motor GP. Dia up status dekat FB. Amboi. Kemain kan?
Yash. My very own encyclopedia. Cantik dan kadang-kadang bongok sikit-sikit.

Ha.... Dah la tips untuk hari ni eh? Esok-esok cerita lain pulak. Banyak lagi ni nak share and banyak lagi nak tanya. Kali ni soalan berbunyi, 'Kat mana nak carik beg letak barang-barang baby and pampers etc yang bagus and dimana?' I tak beli lagi. Sebab taktau apapa pon pasal beg baby ni. Pegang letak, pegang letak sampai kesudah tak beli.

Lagi satu, set berpantang apa yang bagus? Perlu ke tak perlu set berpantang ni? Apa keburukan dan kebaikannya? Sekali ada orang jawab macam ni, 'Google jer la, kata U tadi informasi dihujung jari kan?' Haha. Kena sebijik dekat batang hidung. Padan muka diri sendiri.

P/s: Komen-komen anda semua amatlah dihargai. Esok I reply semua eh? Ni jubur dah ketar-ketar tak sabar nak tidur ni. Esok dah kerja. Malasnyerrrr!!!!!!!

-EnD-

Jap jap. Gambar last untuk memberi semangat. Lasagna. Dekat Ben's KLCC. Zedap!!! Salad tu yang terpaling zedap. Nanti datang Ben's, order ni taw?


Friday, October 19, 2012

Breast Pump Tapi Gambar Banana Kataifi. Pon Boleh.

Assalamualaikum sayang's!

Kata Intan dalam FB status dia semalam, masa dia kat kolej dulu, biasa kena ngorat **entah betul entah tak**. Nanti ada la mamat-mamat kolej bagi salam pastu cakap macam ni, 'Jawab gatal, tak jawab dosa'. So acaneh tu? Haha.

Tenkiu a zillion time pada semua yang kasik komen and pendapat pasal pam tetep/breast pump mana yang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan anak. Banyak pulak jenis eh? Nak tergelak baca komen Mimie Fahmi yang suggest beli Madela free style. Katanya memang free style habes. Boleh pam tetep kedua-dua belah at the same time and pam tu dia akan melekap sendiri kat tetep macam ala-ala peluru pistol plastik tu. Fuiyooooo!!!

Cool nak mampos la kalau macam tu, tak payah dah nak pegang. Sambil pam tetep, sambil sidai kain, masak, sapu sampah kemas umah. Takyah nak perati sebok-sebok sangat dekat tetep. Tau-tau jer dah penuh botol. Haha. Bodoh ni! Sebab terbayang diri sendiri dalam keadaan macam tu. Yang pam tu aku tengok dah macam Pingu punya moncong pon hader. Haha. Geli  ari-ari pon ada. Awwww tak dapat bayangkan nak ada anak macam mana nanti.

Si Ira la cakap, tak dapat nak bayangkan Kaksu nak ada anak macam mana. Si Sarah yang tengah mabok sekarang ni, siap dapat baby kembar lagi tak pulak dia nak kata apa. Kenapa eh? Muka kiter ni takder ciri-ciri keibuan ke? Cais!

Next entry I akan buat pasal breast pump pulak. Bila dah beli Madela Free Style yang harganya beribuan ringgit tu, baru la serasa bersemangat nak totally bagi baby susu badan. Exclusive sampai 2 tahun. **Cita-cita kemain tinggi melangit. Kata Aliah, kalau bagi baby susu badan nanti badan susah naik and cepat kurus. Wah! Terus semangat.

Makin bersemangat sebab kata Filla, harini baju peplum dia pos. Mangkali Isnin sampai la kot? Tak sabar nak pakai! Tapi membayangkan yang si Elly yang keding peha mancis tu pon pakai size M, I amek L. Macam tipis harapan jer nak pakai. Acaneh T_____T

Tapi ko penah jumpa orang jual baju macam ni tak? 'Wei, ko nak ke baju peplum tu? Takyah la eh? Ko kan mengandung'. Pastu I kata pada Filla, 'Kenapa, ko target aku akan gemok ke lepas vesalin?' Pastu dia tak jawab, bukak cerita lain. Kwahaja. Tunggu la nanti kaki aku lagi kecik dari kaki Elly.... Tapi macam mustahil pon ada. Ah lantak la. Whatever. Kata I pada Filla, 'Ala, ko anggap jer la aku support bizniz ko, sebab tu la aku nak beli baju tu' (Tak sedar diri tengah memboyut macam ni, nak jugak berpeplum bagai).

Oh btw, harini I nak share satu dessert hebak lazak lagi murah harganya. Tengs Alia and Wana Nayang mucuk yang bawak I pergi makan dekat 10 Bijai PNB Darby Park malam tadi. Tempat exclusive tapi murah ya hamat oi. Afordable sangat. Sirloin steak RM20.00, mee goreng/nasik goreng RM8.00, Fish & chips RM16.00 and ada many more makanan western/local and dessert yang lazat-lazat dan santek untuk dipilih.

10Binjai ni dekat PNB Darby Park yang dekat tabung Haji, yang dekat dengan Hotel Nikko dulu tu. Keluar jer lobby, kona kiri and restoran tu ada dekat situ. Bukak 24 hours everyday. Wah best!!! Tapi jangan la expect steak dia rasa macam premium steak dekat Victoria Station. Memang aku tampar muka kalau ada yang compare.

But now, Im talking about a very cozy, exclusive restaurant yet with the affordale price. Makna kata kalau kiter golongan yang marhaen biasa-biasa jer (macam I) tapi teringin nak bawak GF makan tempat ala-ala hotel, well. Disinilah tempatnya.... Gigih aku explen bagai kan?

Gambar suasana restoran pepandai la google sendiri. I makan banyak malam tadi. Cam biaso la. Tapi kat entry ni, I share gambar Banana Kataifi ni jer. I makan satu, Aliah makan satu. Nanti la next entry I bubuh gambar makanan yang lain. Ok? Janji!

Memperkenalkan!!! Jem jeng jeng! Banana Kataifi! Sedap nak mamfos ok? Eskrem vanilla dengan kacang merah and strawberry with strawberry sos and yang macam sabut kelapa (bak kata Syikin) tu, dalam dia ada pisang masak. Macam pisang goreng pon ada, tapi yang macam sabut kelapa tu, rasanya sedap and susah nak explen macam mana la hoi sedapnya. Harga? Murah sajok. RM8.00. Makanan ala hotel, tapi harga ala kedai mamak. Ko giler tak best?

Ok. I up satu lagi gambar. Sajer. Nak carik pasal. Haha. Tapi kata Aliah, makanan dekat sini tiap kali datang rupa dia akan jadik berlainan. Rasa sama jer. Tengok jer la Banana Kataifi kitorang ni, mana sama rupa dia. Macam kaedah kembar tak seiras la. Dua baby, dua uri. So jadik kembar tak seiras. Haha. Belasah la. Janji zedap...

Ok. Dah. Cerita pasal Pam Tetep pon dah. Pasal Makanan zedap pon dah. Complete. Gigih jer I curik masa nak tulis entry ni. Sebab takot ada yang rindu... (Ada ker?) Sebab malam tadi, balik jer dari dinner teros menuju ke tilam. Sebab sekarang musim hujan kan? Besttt sangat kalau tido. Pastu selimut sampai kat dagu. Nyaman sangat rasa....

Adoi. Dah rindu tilam dekat rumah. Maka sekarang baru pukul seblas. Acaneh?

-EnD-



Thursday, October 18, 2012

Yay! Akhirnya Stroller Telah Dipilih. Dipilih Kak, Dipilih!

Assalamualaikum....

Phew!! **Lap peluh dekat dahi.

Kesinambungan dari kadar stress yang tak tentu hala sebab fenin nak stroller yang mana satu diantara yang telah di short list kan dekat entry ini telah terjawab akhirnya. I made up my mind people! *Silang kaki belakang, tangan kanan letak dekat perut, tunduk suku darjah je sebab perut dah demok. Clap clap clap!

I chose Quinny Moodd. Yay lagi sekalik! Memang ada yang bagi pendapat kata tayar besar and penuh bonet etc and ada yang kasik cadangan 2 3 jenis stroller yang lain tapi setelah 2 kali kuar masuk Mamours, maka I dengan sebulat suara dengan diri I sendiri sorang-sorang jer telah memilih Quinny Moodd ni. (Sebab Sazli kata, yang mana U suka, I suka la) Ha.. Senang kerja mokcik.

Dah tengok cara dia fold. memang best sebab Quinny Moodd menggunakan sistem hydraulic. Sekali tekan, zappp!!! Terus penyet and cool giler macam Robot Transformer. Kalau rasa tayar dia besar, boleh cabut and senang giler nak assemble semudah ABC. Gitu. Hehe. Exaggerated sangat I kan? Haha. Yang penting, sangat muat nak masuk dalam bonet Snow White and Encik Ahmad. 

Sazli tadi cakap macam ni setelah I masih dok mengadu dekat dia yang ada a few yang kata penuh separuh bonet etc. 'Takper, kalau tak muat masuk bonet, kiter beli jer stroller yang U nak tu. Pasal tak muat bonet, jangan risau. Agak tak muat, kiter beli kereta baru'. Yelah yelah! Dah malas nak melayan aku la tu. Haha. **Jalan menunduk seret kaki.

So, kepada yang masih tercarik-carik stroller... Pergi la ke mana-mana cawangan Mamourse sebab sekarang tengah ada promotion (until further notice) takde specific date sampai bila. Kalau ambik travelling set dapat la less dalam RM1,126. Macam travelling set yang I nak ni, harga asal stroller RM3,600, car seat RM1,200 but sebab ada promotion both jadik RM3,674 jer. Untungnyerrrrrr.....!!! RM1k tu pon duit jugak tuuuuuu... **Orang kedekut penjimat macam ni la. Selagi nak murah. Haha.

Mesti Saz bangga sebab isteri dia berjaya menjimatkan duit dia sampai that amount. Hnsss Hnssss (OO) <-idong jawa. Oh btw, also. Please check out page ni dekat FB. Twinlilcupcakes.blogspot sebab ada buat promotion jugak untuk Quinny Moodd. Ada less up tp 25% from Retail Price yang RM3,600 tu, but promotion end on 19th October ni. Kena bank in half dari harga after promotion untuk dapatkan 25%  less tu. Jimat dalam RM900 jugak la. Haa....... Jimat kan?



Quinny Moodd kaler kelabu but rangka dia kaler hitam. I choose this colour sebab kata promoter tu, warna hitam memang la cool but usually kaler hitam ni dia attract nyamuk. Tak bagus untuk baby. Kalau kaler pink pulak memang omel but as we know, pink ni specific untuk baby girl and blue untuk baby boy. So kaler yang selamat ialah merah, hijau or kelabu. Esok lusa kalau dapat baby girl pulak, senang kan? Sebab kaler merah, hijau dan kelabu ialah kaler universal :) Ok. Dah boleh submit resume dekat Mamours dah ni. Pengetahuan basic pasal stroller di tahap membanggakan dah ni. (Tapi kalau tahap membanggakan diri sendiri jer tak guna jugak kan?) Haha.

Untuk car seat pulak I pilih Maxicosi Pebble instead of Maxicosi Cabriofix. Beza dia? Pebble lagi better padded and spacious sikit berbanding Cabriofix. Itu ajer. Function dia sama jer.. Harga Pebble ada lebih sikit... Tapi selesa untuk baby la kira. Hamboi. Baby zaman sekarang macam-macam kan? Kiter zaman dulu takder der nak Pebble Cabriofix bagai. Duduk atas peha mak sudah. Idup jugak. Gemok debab lagi.

Last but not least, I reward myself tadi dengan this Madam Kwan's Mushroom Chicken Rice yang lazat ni kerana berjaya firm kan diri sendiri untuk memilih stroller yang macam mana. Kira macam self-reward la. Tapi self-reward ni, biasa orang guna duit sendiri. Tapi I guna duit suami. Yes. Itulah ciri-ciri isteri solehah. I bangga sangat.

Dah. Sekian. Setel bab stroller. Esok lusa jom sama-sama pening kepala untuk pilih pam tetep pulak. Mana satu jenis yang bagus. Ikut kedekut, I nak ambik yang jenis pam manual jer. Haha.  Tapi macam tak praktikal pulak. Any idea sayang's???

-EnD-

Tuesday, October 16, 2012

Tragedi Nasik Ayam Kampung Restoran Minang Kampung Baru

Assalamualaikum....

Memang tragedi habes la harini. Semua gara-gara gambar dekat bawah ni la. Nasik ayam kampung minang dekat Kampung Baru ni ha la. Kalau la tau begini nasib malang menimpa, maka molek la kalau makan dekat area opis jer. Panas pon panas la. Ketiak basah pon takper la. Gatal tetep sebab lotion dah cair pon rela dari menempuh cabaran macam tadi.

Tapi kelakar pon ada jugak. Haha. Mesti Intan blame I sebab sebok-sebok nak makan kat Kampung Baru. Bebudak ni la, katanya sampai gaji tak mau makan dekat tempat aircond dah. Mahal. Merana la I sebab memilih tempat makan ikut majoriti tau? Good Bye Shushi King. Kiter terpaksa berpisah buat sementara waktu sebab mendapat tentangan dari orang terdekat.

Matik la aku makan ikan keli setengah bulan kalau ikut idea Intan. Haha. Sebab kedai tu jer murah. Tapi lauk zedapppp wooo. Cuma hazab sebab kalau waktu tengah hari memang panas melentik. Eh. Bukan vontot sahaja melentik, panas jugak mampu melentik taw? Awwwww....

I kata pada Intan, jom la kiter makan dekat Kedai Minang Kampung Baru. Ambik ayam kampung sambal, pastu nasik and air sejuk baru enam ringgit. Jangan order air avokoda (avocado) bagai, hatta air sirap limau sekalipun. Nanti mahal. Maka semuanya bersetuju la.

Gigih dan bertabah la kami merempuh KL yang jem ke Kampung Baru tu. SEKALI ada construction pulak dekat situ and masa nak masuk simpang ke Restoran Minang tu, jalan tutup. So, redha jer la kitorang ikut jalan jauh, gigih jugak nak ke restoran tu. Padahal dari segi logik, kalau ada construction maka akan banyak debu, takkan kedai bukak kan?

Walaupun Kampung Baru jer, tapi macam jauh jer nak pusing. Lepas satu simpang ke satu simpang tak jumpa jugak jalan besar. Dyba dah bising-bising benci dengar lagu omputih dalam kereta Intan, tapi I pujuk Intan, takper. Tak sesat punya sebab Kaksu rasa kiter dalam KL lagi. Haha.

Lepas dah tawaf satu Kampung Baru, sekali kedai tu memang tutup. Uwaaaaaaaa. Ni kalau Yatie tau kedai tu tutup mesti dia suka sebab kedai tu memang kedai favorite dia masa dia tak pindah JB lagi. Dia siap warning, kalau I upload gambar nasik ayam kampung tu dekat Instagram dia nak putus dengan I. Hahaha. Maka, kitorang pon buat satu round and terus la makan dekat Wong Solo.

Tak hangen pulak I sebab dapat makanan bapak la lama. Setengah jam ok? Ni ketiak dah berpeluh ni. Siap I buat-buat merajuk tekup muka dekat meja, dengan cekak pinggang dekat ketiak konon protes. Pastu Ira dengan Intan dah gelak-gelak sebab cover malu dengan perangai tak senonoh ketua rombongan ni. Dah la meja sebelah ada sepasang warga emas yang tengah berborak rancak pasal office politic menggunakan broken English dan berbau belagak adanya. Lagi-lagi Pakcik tu.

'U know what? Datok Ariff dont like me coz I always speak my mind up in the meeting. I said it out loud in front of his face that he don't have a credibility as a leader. No leadership, no integrity and bla bla bla' And Makcik  depan nak ambik hati pon cakap macam ni. 'Seriously??? I still cant believe it U can say like that'. Yer la Pakcik. Hebat sangat dah tu.

Pas makan. Terus ke kaunter. Dekat Wong Solo takder tax and service charge so ambik set lunch harga RM10.90. Intan bebel-bebel sebab dah lebih budget. Hahaha. Aku tapaham la bebudak ni. Tadi makan kemain selera. Tak kunyah dah. Telan jer. Dengan panas, pedas semua ada. Service lembap plak tu. Aper la nasib...

Nasib malang tak terhenti disitu yer kawan-kawan. Masuk jer kereta Intan, sekali kereta tak boleh nak start. Uwaaaaaa.... Dah lambat ni ha. Dah pukul 2. Masing-masing boss ada. Panas terik macam ni. Time ni lah ko tak boleh start??? Bateri kong la kitorang saspek. I tanya Intan, bila last tukar bateri? Kata dia. Dari mula beli. Tarikh 27.10.2009 T______T 

Dah 3 tahun tak tukar bateri. **Urut tetek dada.

Naseb baik la kitorang parking dekat Hospital Al-Islam Kampung Baru. So, kitorang tumpang la duduk dekat kaunter pendaftaran hospistal tu. Ada aircond. Lega sikit. Masa Pakcik Guard tanya, 'Adik, nak melawat atau jumpa doktor?' I jawab, 'Nak tumpang duduk jer Abang Pakcik, sebab kereta bateri kong. Kiter semua tengah menunggu bantuan. Peramah terus. Hahahahaha. Naseb baik Abang Pakcik tu bagi masuk. **Panggil Abang Pakcik sebab dia sebenarnya Pakcik, tapi nak ambik hati, panggil Abang la jugak.

Dipendekkan cerita, akhirnya kitorang selamat sampai ke office dalam pukul 3 selepas sejam stuck dekat Kampung Baru tercinta. Kereta Intan kena tinggal jer dekat sana sementara waktu sebab tak boleh nak start langsung. Bateri memang kong habes. Kong kong kong kong habes!!!! Masa start, tadek bunyik langsung. Bisu terus. Phewwwww basah ketiak wooooo!!! Naseb baik ada Abang Adam driver datang selamatkan kitorang.

Kata dia, 'Abang ingat Ira sorang jer, tu abang datang'. Hamboi. Kalau tau kitorang berempat maka Abang taknak datang tolong la eh? Berani abang? Intan tu secretary VP tau? Jangan main-main. Ewah. Dah susah macam ni pon ada hati nak belagak lagi kan? Hahahahaha.



Nasik ni punya angkara. I dendam dengan U untuk seminggu. Hetchu!



Masa ni hujan rintik-rintik. Demi kecintaaan pada kereta oren dia tu, Intan sanggup berhujan rintik tau? Tu Pakcik kerja hospistal tu baik jer nak tolong Intan, terus Intan tanya, 'Ayah, ayah ada anak lelaki tak?' Haha. Pastu I kata, 'Intan, positif ok? Mungkin Intan akan jumpa calon suami dekat sini. Entah-entah Pakcik tu ada anak lelaki hensem'. Gitu. Haha. Desperate benar bunyiknya.

-EnD-

Monday, October 15, 2012

Nasik Ayam Emak, O'Brien, Intan & Mimie. Bergabung. Meletop!

Assalamualaikum....

Ngomong-ngomong kosong ajer eh malam ni? Tanpa specific topic... Sebab macam malas nak update entry pasal Europe yang masih tertangguh dan jugak otak jem pasal entah sapa la malam-malam buta ni pergi bakar belacan. Bau kaw-kaw punya menusuk ke lobang idong serombong kapal jawa ni ha. Naseb baek la I dah ok sikit dengan bau-bauan. Kalau macam masa awal-awal mengandung time tengah mabok dulu, mampos aku muntah sebaldi agaknya kalau bau macam ni.

Hadoi la. Bila ingat pasal mabok masa first trimester dulu, rasa taktau nak cakap macam mana... Aaaaa seksanya... Now dah ok dah. Tapi penyakit baru pulak sampai. Semput. Lagi-lagi kalau naik tangga. Semput semacam ok? And one more thing, secara tak sengaja, I perasan I jalan sekarang ni macam penguin. Haha. Omel giler bejalan macam penguin. Hari semalam Saz ejek I jalan. Gewaaammmmm jer nak jotos kepala dia. Kemain nak ejek orang taw? I buat-buat tak nampak sebab nanti makin dilayan, makin menjadi-jadi dia mengejek. **Urut dada.


Hari Ahad Mak buat nasik ayam and dia ajak lunch dekat sana. Sedapnya Mak masak! Lagi tambah sedap sebab masa datang tinggal makan jer. Haha. Tapi apa yang terhidang ni, tu jer la yang ada. Sazli anak tunggal. Dorang bertiga jer kat rumah. Mak dia memang biasa masak sikit-sikit macam ni. Cukup-cukup untuk makan 2 kali jer. Ni kalau masak portion banyak macam ni kat Jengka belah family I, memang orang keempat cedok nasik, makan daun dengan sambal jer la kot? Takpon makan nasik jer. Dengan kicap T___T

Masa pagi Ahad, I tingin nak makan dekat O'Brien. Bila minum hot choc teringat masa dekat Europe. Pastu kembang tekak sebab tingat masa lepas balik dari Europe la yang I mabok teruk. So, apapa related to Europe I akan kembang tekak. Tengok leather jacket kat dalam blik baju pon I kembang tekak. Mengada sangat diri ini. Kan?


Sabtu malam I pergi Wangsa Walk. Makan dekat Octopus. Dengan Intan. Dia teman dinner. Saz ada bola dekat Setia Alam. Malas nak ikut. Masa sampai dekat sana pon, kedai dah nak tutup. Pastu I buat muka kesian, kening hampir bertemu sambil usap perut. Ayat tak yah buat. Buat muka kesian jer. Sepppp!!! Lepas aku masuk. Hahaha. Tapi tu la. Kiter tengah makan, semua pekerja kat situ tukar baju, kemas-kemas meja. Stress haku!


Intan teman. Tenkiu Intan! I kata pada Intan, 'Cantik Intan!' Lepas snap gambr ni. Pastu Intan kata, 'Kalau cantik kenapa takde orang nak?' Haha. Sedih giler kan? Rasa macam nak buat promosi Intan dekat blog ni. Lai Lai. Sapa mau Intan, sila isi borang. Single and available. I kata pada Intan, 'Perangai jahat takper Intan, sebab tu perbuatan. Boleh berubah kalau nak, tapi hati mau baik....' Sebab dia selalu kata, dia tak perfect. Huh! Nobody's perfect dalam dunia ni Intan. Yang penting partner kiter kena menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kiter takkan dapat apa yang kiter nak 100%. Macam Abg Saz, taste Kaksu sangat. Sebab dia tinggi. Tapi tu rambut kenteng kembang. Bukan dalam list pon. Tapi nak kata apa? Redha jer la. Janji hati dia baik. *Terus masuk bilik, wish good nite dekat Saz. Skali dia kata, 'Nanti Bubu pok-pok Papa yer?' Aik. Aku ke dia yang mengandung ni? Haha. Melampau taw?


Masa nak balik, I nampak seorang baby yang sangat la omel muka kerek jer. Tengok betol-betol. La.... Ini Fayel !!! Anak Mimi! Kitorang tak pernah jumpa pon tapi selalu in touch dekat FB, Instagram and Blog jer. Lain benar muka dia dari dalam blog. In real life lagi manis orangnya :) Klik sini untuk check out Blog Mimi.


Oh. Ini aktiviti wajib every Sunday. Cuci rambut dekat salon. I pergi dekat Lavina's Ampang Point. Tu yang dalam gambar tu, Moon. My fav shampoo girl. Baik sangat orangnya. Last 2 weeks Moon balik Sabah sebab Mak dia sakit, sekali Makcik tukang urut yang dah tua tolong cucikan rambut I. Sebab masa tu ramai customer. Boleh tak? Makcik tua yang shempukan aku. Sabar jer la. Haha. Oh. Saper yang carik tempat nak threading yang murah and cantik, Lavina's la tempatya.

Dah. Tu jer nak cerita. Konon tadi nak update sikit, sekali panjang berjela. Skarang ni cuaca sejuk jer kan? Sejuk ni... Katil sudah memanggil. Budak demok tu dah lama berdengkor. Best jer tengok dia tidur, selimut sampai ke dagu. Syoookkk jer nampak. Tunggu Papa, Bubu coming!!!!

-EnD-

Sunday, October 14, 2012

Happy Birthday Bubu Momot Yang Menandung - Part II

Assalamualaikum...

Taip, delete, taip, delete. Tak dapat aku nak kosentret tulis pasal entry kali ni sebab tengah kusyuk tengok Live As We Know It. Lakonan Josh Duhamel & Katherine Heigl ni. Mengisahkan tentang  couple yang asalnya try to di mix match dengan kawan baik mereka tetapi gagal, yang akhirnya kawan mereka tu meninggal and  left their only daughter to them. 

Kret kret kret. 

Yang I gigih sangat nak menceritakan pasal ni kenapa? Ni nak cerita pasal besday diri sendiri ker apa ni? Ok. Baiklah. Back to the topic. Maka, dekat office hari Jumaat ialah birthday I kan kan? So, masuk jer pintu office, dah nampak Dyba and Intan chit-chat dekat meja. Untuk mengelakkan rasa malu, maka sebelum orang wish, I cakap awal-awal. Happy Birthday! Haha. Tak sempat dorang wish.

Pastu Suhada datang sengih-sengih dari jauh pon, I dah wish awal. Ros call, angkat jer phone terus I cakap, 'Happy Birthday!' Haha. Pandai kan I cover malu kan? Memang cenggitu la I. Rasa macam malu-malu ayam kalau orang wish. Habes semua orang lalu aku cakap Happy Birthday termasuk Bung (Pakcik Indon peghantar suratkabar) pun I wish. Dia pon tersengih-sengih malu jer.... Haha. Dah macam senteng. Bodoh ni! Haha.

Tak kira lagi kalau each time Saz call, mesti I akan cakap, 'Happy Birthday Bubu!' Haha. Bongok sangat rasa. But well, that's me (Ni yang bunyik poyo sangat ni kenapa?). Perangai ni tak ubah-ubah semenjak dari dulu and semakin menjadik-jadik bila dah kenal Sazli sebab dia la yang paling merajin layan I. Tingat lagi pagi semalam (Sabtu) Sazli bangun, dia kata, 'Dah abesh da Bubu, Beshday Bubu... Dah abesh dah...' Gitu. Sendiri yang cakap, lagi nak tuduh suami. Haha. Blog aku. Suka ati aku la nak tuduh Sazli kan? Haha.

Jumaat kan lunch time lama. Intan dah bagitau awal-awal, harini dia dengan Dyba nak book I. Nak belanja makan katanya. Dekat Sushi King. Baiklah. Seriously I feel honored. Kawan-kawan appreciate kiter time birthday kiter kan? Tapi Intan ni selenga jer. Asyik jer kira duit. Macam tak cukup duit nak belanja I ker apa. Pastu Intan citer, Dyba kata, 'Kak Intan, nanti kiter tengok jer la Kaksu makan eh? Sebab duit dah tak cukup ni'. Hahaha. Bodo! Buat cerita sedih pulak kan?

Ingat aku nak kesian? Jangan harap! Pastu kata Intan, nanti minggu depan straight dorang kena makan dekat Restoran Ikan Keli yang panas tu sebab duit dah cukup. Boleh tak???? Sabar jer la aku. Hahahaha. Sushi King jer kot? Bukan nak belanja makan dekat Starhill ker menda. 

Maka, gerak la kitorang berempat termasuk Ira ker Sushi King JJ Au Setiawangsa. Masa dah siap order, budak dua orang tu (Dyba and Intan) keluar sebab katanya nak pergi cucuk duit. Lama giler cucuk duit. I tak la saspek dorang nak surprise kan I dengan kek ker apa sebab dah tadi nak belanja makan pon dok kira-kira duhet, takkan nak beli kek pulak kan? 

Sekali....!!!

Dyba dengan Intan datang nyanyi Happy Birthday To You sambil bawak Kek Eskrem Baskin Robbins ni masuk ke dalam. Homaigad, I malu giler sebab orang memang ramai dalam Sushi King, kena pulak nyanyi-nyanyi macam ni. Maluuuuuuu (Tapi suka sebenarnya kan?)

 Strawberry ada 4 pasal kitorang ada 4 orang. Intan mintak dekat orang Baskin Robbins nak 4 strawberry, sebab asalnya dorang bagi 3 jer.  Sabar jer la. Kata I sendiri, strawberry ada 4 tu sorang satu. Kiter akan dapat mengikut size badan maka ternyata la stawberry gemok aku yang punya! Kek eskrem ni tersangatlah sedapnya... Walaupun kecit tapi seperti kecik-kecik cili padi. Apa yang dimerepekkan ni. Tadi eskrem, ni cili padi pulak. 


All of us! Tengkiu sayang's coz prepare this for kakak gemok. Bak kata Intan, 'Kenapa eh each time birthday Kaksu kiter semua sebok nak buat surprise, bagi kek, bagi kad?'. Hamboi! Ada jer argument dia. I jawab, 'Yer la... Kaksu kan kakak, paling tua.... Kena la ada special treatment'


Kad dari Dyba. Colorful sangat. Macam kad kiter bagi pada Mak masa Hari Ibu yang cikgu paksa buat masa sekolah rendah dulu kan? But I like it! Kad buatan tangan macam ni la yang I terpaling hargai. Nampak effort orang nak happy kan kiter kan? Heeeee :D


Ni kad dari Intan. Omel siap ada gambar Ibu mengandung. Yang tak tahan, gambar dia pon nak ada jugak kan? Kecit cinonet rite at the corner. Haha. Taknak kalah! Kata dia sebab nak bagi Kaksu ingat Intan each time Kaksu tengok kad ni. Ok. Baiklah.


Ni pulak adik Fifi bagi. Tadek kad-kad. Sticky note jer. Kaler peberet pulak tu! Sayang sangat... Heeeeee :D

Begitulah akhirnya birthday I untuk siang hari di pejabat. Awwwwww. Pejabat tu! Macam orang kerajaan sangat kan? Instead of office. Malam time with family. Bapak belanja makan. Together dengan Mak and Sazli sekali. Tu later I update. 

Ini budak kecik dah tendang-tendang dalam perut sampai senget-senget perut I. Protes menda pon taktau la. Hadoi!

-EnD-

Friday, October 12, 2012

Happy Birthday Bubu Momot Yang Menandung!

Assalamualaikum sayang sayang semua!!!

Happy Birthday To Me :)

Tahun ni dah takder drama kejar-mengejar mencarik kek tersembunyi macam tahun-tahun lepas sebab dah tak selamat kot? Ni ha. Ada 'orang' dalam perut ni. Mana boleh nak lari-lari dah. Hehe. Teringat kisah tahun lepas macam mana bila Sazli dengan muka kesian and serba salah bila I tanya mana kek I.... Dia punya stressed sampai beli kek bodo jer dekat kedai runcit dekat bawah apartment I duduk ni. Haha. Full strory dekat sini.

Kisahnya dia tak belikan kek macam biasa sebab esoknya dekat office dia dah pakat dengan Sarah, Huda and Intan untuk buat surprise. Klik sini untuk mengimbau kembali drama air mata I dalam bilik meeting. Heeeeeee....

Sazli tanya Huda, apa kek yang I suka. So Huda memang tau I suka RV and cupcake ciptaan terbaru Huda! Nanti next time I share eh? Kad tu... Grrrrrr.... Tak sabar nak bukak. Tapi kata Sazli, kena tunggu sampai pukul 12.00am. Ok. Baiklah! TQ Kayang, still ada jugak cake dengan kad. Padahal masa birthday dia tahun ni, I tak bagi apa pun sebab masa tu sebok bersuka-ria dekat Europe T____T

Ni la dia advance birthday prezen yang dah diberi sebulan awal. Kes I dah tak sabar-sabar sangat. Haha. Sazli still buat surprise. Letak atas katil molek-molek siap ada monyet gemok. Aaaaaa. Suka!!! Balik kerja, masuk bilik tengok ada S3 atas katil. Heeeeee....
Now tengah counting time nak tunggu midnite. Mata dah kelat. Tapi gigih jegak tu nak tunggu pukul doblas malam. Mengada sangat kan? :D 

-EnD-


Wednesday, October 10, 2012

7 months check-up. Mama and baby both ok. Pavlova Serai pon ok jugak. Heeeee :D

Assalamualaikum.....

Harini memang full of activity dan sangat menggembirakan sangat! Sebab harini kan titew (titew? hamboi. ngada betul) ada date dengan Baby 'S'. Appointment at 11.00am tapi tunggu turn jumpa Tuan Doktor pukul 1.00pm. Hebat sangat rasa hidup ini. Nasib baik I pon lewat masuk klinik tadi, around 11.30am. Baru nak rasa bersalah sebab lewat register sekali hamek ko! Naik kebas vontot menunggu hoi!

Naseb baik ada Sazli teman kali ni. Dia ada kat sebelah pon dah rasa ilang bosan. Anyonyo sweetnya diri sendiri bila cakap macam ni. Bak kata Sazli, 'Bila jumpa, semak. Geram. Nak carik pasal jer.. Bila takder depan mata, rindu pulak'. Haha. Gitu la I dengan Saz. Baik gaduh baik gaduh. Gaduh-gaduh manja jer la. Basically sebab menda bodoh seperti berebut channel tv dan jugak berebut makanan. Well. nak berebut makanan dengan otai. Memang ko kalah la kan?

Nak tau tak? Ada kisah lucu/busuk masa dekat klinik tadi... Haha. Budus sungguh! Kisahnya macam ni. Dari semalam, perut dan taik banyak memainkan perasaan I. Sekejap sakit, sekejap tak. Masa dekat meja kemain lagi perut memulas. So dengan perut voyot ni, I pergi la ke toilet tingkat bawah. Jauh kot. Turun tangga. Sebab toilet opis yours truly yang duduk ni, boleh wee-wee jer, poo-poo tak boyeh. Tersumbat.

Skali bila dah mengah-mengah turun tangga, taik pon dah taknak keluar sebab merajuk barangkali. Takkan la nak bertapa dalam toilet.Tempat syaiton nirrojim kan? Hadoi la. Bengkak jer hati I. Susah payah meredah kesusahan, sekali taik memainkan perasaan gua pulak. Tak cukup dekat office, sampai dekat rumah jejak ke malam, sampai ke pagi tadi masih jugak taik taknak keluar.

Skali. Masa nak buat urine test dekat klinik tadi, perut memulas dan sekianlah dimaklumkan, taik wanita megandung busuk tahap loji taik bak kata Sazli. I flush 5 kali kot? Tapi bau masih tangkap kepala hoi. Ditakdirkan.... Tetiba ada orang pulas tombol pintu toilet. Haha. Macam mana ni? Ada yang mati keracunan hidu gas taik I ni kang.

I dah saspen. Kehulu kehilir dalam toilet. Acaneh ni? Ini memalukan ni. Dan dan la kan, masa ni jugak la ada orang lain nak guna toilet. Skali. Tinggggggg!!!!!!! Ada air freshner! Haha. Macam tau-tau jer akan berlaku kes vongoks macam ni. Lepas sembur 15 saat baru la udara kembali segar.

Maka, I melangkah keluar toilet dengan kompiden. Lalalalala. *skipping skipping.

Minggu ni cukup dah I masuk 7 months. Baby progress semua ikut graft Tuan Doktor. Molek jer naik. Berat badan Ibu jugak within range. Biasa la, pempuan mana-mana time mengandung saiko lain macam. Asyik cakap gemok jer. Diri ini tidak terkecuali. Dari last visit sampai la visit kali ni, I gain 3kgs. Lalalala. Paling berat naik so far. Blood pressure ok, diabetics takde. Semua ok. Alhamdulillah....

Baby pon ok. Pipi dah tembam. Idung ikut papa. Besar. **Redha. Pastu berat dia dah 1.5kg. Kata Tuan Doktor, masuk 7 months ni la baby weight progress akan cepat naik sangat-sangat. Mengikut perkiraan Tuan Doktor, maybe masa I deliver nanti, baby boleh capai ke 3kg. Tak kisah la macam mana. Yang penting baby bucuk cayang mama cayang papa sihat semuanya. Kalau putih itu bonus. Walaupun mak bapak coklat cair, nak jugak anak putih. Haha. Berdoa berdoa berdoa.

Siap check up, Sazli ajak pergi survey stroller. Kata dia, dekat area office dia ada kedai stroller 3 tingkat. Skali bila masuk, mengecewakan sebab yang I listkan dalam entry semalam satu pon takder. Pastu google Mamours yang terdekat and ada dekat Empire Subang. Zuuup!! Sepantas kilat ke Empire Subang. 


Sazli dah lapar. Dia ajak makan dulu. So, kitorang makan dekat Serai. I yang nak makan dekat sini sebab ada pavlova. Ambik satu jer. Share dengan Sazli. Sazli makan banyak. I makan sikit jer..... :( *Tipu

Lepas makan, kitorang terus gerak ke Mamours. Quinny Moodd ada. Cuma yang takder, kaler yang kitorang nak. Mamours ada promotion. Ambik stroller sekali dengan Maxi Cossi car seat harga dia dalam RM3,699. Ada less dalam 1,000++. Berbaloi untuk wang anda! Kaccccing kaccinggg!!!! Tapi kaler yang I nak takder, so nanti kalau ada stock kaler yang I nak, dia akan call. Baiklah. Jangan tipu taw?

Moh ler balik. Tak larat nak bawak perut dah ni. Dari dalam kereta dekat Subang lagi I dah tido. Penat lain macam la walaupun dulu 'abang' seorang athlete. I kata dekat Saz, 'U, I nak pejam mata jer yer?' Yer la. Pejam mata la sangat. Dari Subang, sampai la ke parking kereta rumah I pejam mata. Haha.

Pastu pejam mata sampai la nak masuk maghrib. Molek sungguh perangai kan?


Decoration dalam Klinik Dr. Ravi Gleneagles Intan Medical Centre. Macam dalam spa. Sipi-sipi dicemari dengan bau gas taik I. Haha. 

-EnD-