Thursday, November 30, 2017

Tiga Benda Menarik Siti Nohaliza Kena Try Dekat JB.

Hi Assalamualaikum..

Lama jugak tak kena mintak update blog. Lapang dah dada sekali rupanya tak. Hahaha. Lapang dada tu more pada kadang tak reti nak susun ayat and ‘bercerita’. Dapat pulak boss jenis main suruh je macamkan kita blogger macam dia. Biasa short notice. Tapi untuk harini dari semalam dia dah bagitau. Takde pulak alasan nak bagi. Lagipon last week yang Siti Nohaliza balik kedah tu dia ada mintak update blog, tapi memandangkan Ain pon dah register jadik power rangers, ada masa busy jugak menyelamatkan dunia. Masa bagitau tak dapat update blog kaksu tanya lagi ‘so tak boleh update la ni?’. Pastu dia reply lagi ‘eksyen’. Pastu bila kita sorry dia reply ‘k’ je. Last sekali dia kata ‘takpelaaaaa, nak buat macam mana’.. Hahahahaha. Dia punya takpe tu memang langsung tak ikhlas. Nasib baik sejenis Siti Nohaliza yang mengalahkan bini betul Datuk K, dia ramai PA and author. Tu yang nampak Dyba pon sekarang dah terbabit. Sayang betul dia dekat readers dia, bila dia busy dia akan make sure jugak blog berupdate. So korang kena la balas sayang dia ok? Contohnya pergi la beli corset dia sorang lima helai. Macam-macam ada, waist bengkung ada, one suit ada, seperate ada. Dahlah murah. RM82-170 jeeeee. Ok habis mukaddimah and iklan.



Apapa kita up gambar makanan sedap dulu. Kalau Siti Nohaliza selalu belagak KL ada Victoria Station dengan Menate, orang JB pon ada jugak tempat makan steak sedap. Maging Steakhub nama dia. Ni sirloin medium rare. Kali kedua pegi makin sedap pulak. Yang tengah lapar bawak bersabar ok? Kejap lagi lunch time dah ni. Hahaha. 

Wednesday, November 29, 2017

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang (Lagi)

Assalamualaikum..

Macam biasa setiap kali balik Kedah, I akan ajak Sazli makan dekat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. If tak sempat singgah time pergi, kitorang akan singgah time balik. Jarak dari Kuala Sepetang nak ke kampung Tok dalam sejam macam tu. Tak jauh sangat. Macam haritu, kitorang sampai ngam-ngam waktu lunch hour. I tengok Mak Jah ni makin lama makin besar. Dia dah extend kedai dia sampai belah sana and siap ada gerai-gerai cenderamata and ada Rela jaga parking. Masa kitorang datang tu orang ramai jugak. Kira 70% kedai penuh dengan orang and I jangka as typical kedai Melayu, sure service lambat punyalah. Sekali lepas order, kurang 10 minutes first dish dah sampai. Service laju giler weh! Dah la tu, bila repeat order mintak tambah Telur Dadar lagi sepinggan poooooooooon cepat. Sangat mengkagumkan! Gitew bahasa hahahahha. Naseb baik la makan dekat Mee Udang Mak Jah. Kalau tak, sure hati ini bengkak sebab haritu kitorang amek masa almost 9 jam untuk sampai dari Kuala Ketil – Kuala Lumpur. I padahal tido je sepanjang jalan lagi nak bising eh biarlaaaaaaaaaaaaaa. Sazli siap amek gambar I tengaga tido and send dalam group family. Kentut betul. Jatuh la reputasi I sebagai Siti Nohaliza. Buruk sangat rupa I tido. Patut la bila dah terjaga, I rasa mulut I lengoh rupanya I tido terngaga berejam mana la tak lengoh. I rasa drama Korea yang pempuan tido lawa tu semua penipu sebab I tido buruk. Hahahahhahaha. Padahal aku sorang tido buruk, lagi nak tuduh semua orang tido buruk. Macam Shein, dia tido muka nampak damai je. Serious comel. Rasa sayang sangat sebab cute. Tapi ko tunggu bila dia jaga, perrrrghhhh. Sakit jantung. Anyway, haritu masa dekat Mak Jah kitorang makan Nasi Putih + Lauk Udang. Mee Udang kita tak makan tapi take away la bawak balik KL. Nasi putih 3, telur dadar 2, Sambal Udang Special 1, Udang Goreng Tepung Special 1, Mee Udang Special 4, Air Teh O Ice, Air Milo and air kosong total bil RM99.00 bagi I consider affordable. Udang Special = Udang Besar.


Kitorang amek lauk ni je. Udang Goreng Tepung + Sambal Udang + Telur Dadar. Sazli memang jenis tak makan kuah so ok la. Sedap wei makan lauk simple macam ni.


Tuesday, November 28, 2017

Resepi Shin Ramyun Yang Sedap

Publish : 22.9.2014
Re-publish : 28.11.2017

Assalamualaikum.

Stress pulak pagi-pagi ni teringat Ramen yang Kaklong Ellis buatkan the other day. Sedap giler ok? Sedap dari yang I pernah makan dekat Food Court Pavilion tu. Dah la kosong je cuma ada tulur tapi charge sampai RM12.00 semangkok, Sentut dia la. Padahal instant noodle je ponnnnn. Walaupon dia instant noodle tapi sebab dia Korea punya, kiter kena la panggil ramen bagi nampak up sikit. Tapi ramen tu sebenarnya dia bahasa Jepun kan? Ah lantak la. Sushi King pon biasa tipu kiter. Dia selalu pasang lagu Korea. Ingat kiter tak tengok Running Man la tak dapat beza lagu Jepun dengan Korea?

Ni kalau I cakap kat GF I ni, ‘Mak, today I masakkan U ramen’. Dia mesti bangga sebab rupanya selain dari pandai buat sambal air mata berdarah (Bloody tears chili paste kata Kaklong) rupanya anak dia pandai masak Korean dish. Tapi dia redha je la bila kiter cakap ramen. Sebab dia taktau pon sebenarnya ramen tu bahasa Jepun. Kalau bahasa Korea dia jadik ramyun. Eh? Noodle tu ramyun ke? Sapa Ongkorea kat sini tolong bagi pencerahan skek please.


Shin Ramyun Noodle Soup by Kaklong Ellis. Sedappppp sangat!

Tok Chak, Kak Azam and Merbau Pulas

Assalamualaikum.

I had a great time EACH TIME balik kampung Tok Sazli di Kedah. Seronok. Sebab ianya kampung maka jadi double seronok. Walaupon I asal Felda and kampung jugak tapi ni we talking about Kedah wei. Kedah dia lain sebab kiri kanan Bendang. Bendang tau bendang? Ada pokok padi. Bestnyaaaaa. Tingat dulu kali pertama pegang padi time menguning seorang Suraya yang jendol tanpa berlengah terus terjun masuk bendang nak petik padi sudahnya selut sampai lutut. Hahahahaha. Bongok. Kot ye excited cuba bawak bertenang sikit. Lepas tu dekat sini Ayam Goreng seketul RM1.00 and Nasi Lemak 5 kupang. Ada pekan kecik dekat luar Merbau Pulas bangunan sangat klasik sebab guna kayu. Pekan Kuala Ketil pon best. Ada kedai jual selipar RM3.00 and ada Pasar Sabtu jual makanan yang murah-murah. Sini macam suci. Pekan. Lepak kedai minum kopi and roti canai harga 5 kupang. Best kan? Bangun pagi udara sejuk and segar. Sini orangnya warm… Ada jugak yang koya tapi most of them memang baik. Shein pon enjoy dekat sini main kejar-kejar ayam (and anjing pon dia nak kejar ko dah kenapa). Dia main dekat tanah, pegang pasir, main buai and I know Shein pon enjoy dekat sini. Mandi takde water heater and tak pernah kisahkan untuk tengok TV sebab our schedule is always busy at kampung. No time for TV or what not. Kita entertain diri kita dengan apa yang ada disekeliling. Kita appreciate the nature and bonding with each other. Tido beralaskan Toto and pakai kipas angina ramai-ramai dekat hall. Eh, memang seronok lah! One more, sini kita always makan sedap-sedap. Dah kenyang pon still nak makan Maggie Goreng and Ais Kepal Kak Azam. Belakang rumah Tok je. Jalan ramai-ramai dengan kanak-kanak lepas tu buat hingaq dekat kedai Kak Azam. Makan berpinggan-pinggang sekali bill RM11.00 sahaja.


Ni gerai Kak Azam. Bukak hari-hari dari pukul 11.00am sampai 7.00pm. Ada Laksa, Maggie Goreng, Ice Kepal. Best! Tudung biru tu Irah. Cousin Sazli. Beza umur 6 bulan je, lahir tahun sapa tapi dia panggil Sazli 'Abang Li'. Baik Irah ni. Terpaling rajin melayan I and memang baik sangat-sangat. Kaksu Saaaaaaaaaaaaayang Irah! 

Monday, November 27, 2017

Turun 10kg Lepas Bersalin dengan HOC

Assalamualaikum..

Straight to the point lah. Malas nak bebel banyak-banyak. Hehe. I nak share harini testimony dari Iyra one of my friend merangkap HOC user and now dah jadik among top seller agent sebab dia pakai HOC– dia berjaya turun berat – dia jual and dia dapat tambah income. I memang tengok, yang pakai lepas tu berjaya lose weight lebih tinggi sale dia. Sebab orang boleh tengok result depan mata and dia share experience guna product. Biasa macam tu la yang orang suka. Sama macam masa I memula pakai HOC I ambik masa 3 bulan sebelum reveal rahsia. Gitchewwww. Macam Iyra total weight lost is 10 kg. Masa lepas bersalin dia punya berat 85kg and now dah dapat 75kg. Sebab tu I suggest sesapa yang lepas pantang, elok pakai HOC je. Senang buat ganti bengkong biasa orang pakai lepas bersalin tu. Kain tak panas, lepas tu pakai pon tak leceh. Memula memang la rasa seksa but lama-lama dah get used to it InsyaAllah ok. Macam Iyra, dia memula memang dah beli dengan I HOC and start la beramai-ramai pakai Corset from memacam brand. Ada yang beli dengan harga way murah tapi end up akan carik HOC balik sebab quality matter. Nak yang berkualiti kena la labur sikit duit. Yang murah memang la ada, tapi nanti kalau cepat rosak, sendiri la tanggung. I ada ramai return customer yang memula beli HOC, tukar brand lain lepas tu return back to HOC sebab tak puas hati dengan quality corset yang nampak serupa tapi quality cap ayam.



Before 85kg, After 75kg.

What's Cookin at Kedah?

Assalamualaikum..

I kalau balik kampung Bapak dekat Merbau Pulas usually akan jadik Head Chef la. Depa semua suka la kalau Kaksu masak. Tapi Sazli and Bapak selalu pesan banyak kali. Jangan masin dengan jangan pedas. Yang nak makan ni semua veteran. Depa mana tahan masakan Jawa yang pedas-pedas. BAAAAAAAAAIK. I pun suka masak dekat sini sebab banyak assistant. Masak zup zap zup zap sekejap dah siap. Ada Irah and Masi Timah yang tolong dekat dapur. Naseb dedua jenis tak melawan. Kalau buat perangai macam ni dekat Jengka with Kaklong dengan De sure kena sound ‘Takat masak duduk je, Atuk aku boleh’. HAHAHAHA. Sebab I jenis masak je. Potong, cuci, basuh pinggan semua taknak. MALAS. Sebab I kan Boss? Kalau kat Kedah nanti ‘Irah, hang amek ni semua lepas tu blend. Lepas tu kuali tu hang basuh. Lepas tu nanti hang salin letaK dalam bekas. Kentang ni hang rebus dulu. Sampah tu nanti hang ikat letak kat luar’ and arahan goes on and on selagi tak siap masak. Kekadang upgrade sikit. ‘Irah, ambik eskrem kat Kaksu. Jagung naaa. Lepas tu basuh, potong atas dia. Bawak sini’. Gitewwwww Hahahahah. Masi Timah pulak kalau I masak apa semua pon sedap. I lah paling cantik, paling rajin, paling pandai masak, semua semua lah I yang paling dalam dunia ni tiada yang terpaling melainkan I seorang…. I just be myself masa kat kampung. Macam mana korang tengok loqlaq, macam tu la I dekat sana. Kalau kat KL mandi pukul 3.00pm, kat sana up pukul 5.00pm senang mandi untuk malam sekali. Jimat air. Ingat dulu Masi Timah pernah cakap dekat I ‘Su, gitu ka sapu bedak dekat muka, tak sakit ka? Hahahah sebab I jenis sapu bedak dekat muka (yang bedak baby tu) macam nak pelempang diri sendiri. I kerja memang kasar, tapi InsyaAllah cepat. Yang jadik lambat sebab semua nak masuk Instastory (tu yang Sazli berbulu je). Kah kah kah.



Ni I masak Ikan Kembong masak kicap. Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi. Tumis lepas tu masukkan kicap manis + sos tiram + asam jawa. Perasa dengan gula and garam and last sekali letak bawang besar. If korang nak letak cili hijau, tomato and tumbuhan lain pon boleh. Takde hal.

Friday, November 24, 2017

By Dyba : Kisah Bowling 23.11.2017

Assalamualaikum semua. 

Dipendekkan cerita, Dyba kena join group Boss Kak Su. Gentar jugak la wei sebab Dyba bukan pandai main pun.. Boss Kak Su tu terror so awal-awal Dyba cakap kat dia 'Sorry Boss Dyba tak pandai so Dyba baling jela janji kena..' Dia gelak je, hehehe (Kak Su tau la ni macm mane boss dia gelak). First game banyak ke longkang sebab takut.. Mampuss la kena gelak dengan budak-budak ni. Abang Pau saiko Dyba. Dah saiko terus la ke longkang. First game Dyba dapat total 55 je.. Hahahahahha. Memalukan betul. Yang team sama dengan Dyba semua 100 above. Tapi tak pe, Dyba ni menceriakan suasana je.. Bahan untuk dorang gelak.

Masuk 2nd game Dyba perform,


Nah, score board masa 2nd game.. First game kelaut so tak payah la tengok eh.. Hahaha

Thursday, November 23, 2017

Random Story

Assalamualaikum..

Minggu ni I yang ambik Shein from school sebab Sazli teman Maktok buat retina operation dekat Pusrawi. Baba pulak balik Kedah sebab Nek sakit. Nek pon dah 98 years old. I nak mintak korang semua tolong doakan Nek Shein (Tok Chak) and Maktok Shein sihat dan dipermudahkan urusan. Sian tengok Sazli, mata pon dah tak boleh nak bukak. Pagi still kena siapkan Shein and hantar pergi school. Lepas tu visit Maktok and balik kerja singgah lagi hospital and malam 9.30-10.00pm baru dia sampai rumah. Rindu la Sazli pada Shein sebab usually pagi petang dia yang handle Shein. Gaduh berkuntau semua. Now missing 1 routine dengan Shein. Kata Sazli, rindu pada Mama and Ayang-ayang (Shein) tapi bila depan mata semua jarang yang nak berdamai. Manjang gaduh. I rasa Sazli suka gaduh dengan Shein, tapi kata Sazli I yang suka gaduh dengan Shein. Haritu Sazli pesan dekat I ‘Mama jangan garang-garang dengan Shein sebab takot dia phobia’. Eee I memang tak boleh sabar macam Sazli kot nak handle Shein? Dia dah masuk kategori lain. I memang sabar, tapi sabar I dia ada limit. Suara tu kalau dah menjerit, pitching Ziana Zain pon I boleh dapat. Kekadang naik serak tekak menjerit. Shein ni pon perangai memang mengundang. Bila tak puas hati, I pon nak ditamparnya. Haha. Kekadang saja nak test Mama yang bukan-bukan. Mama ni kekadang tak bersalah apa dia mintak tangan nak pukul lepas tu cakap ‘Don’t do that Mama. Stop it. Sit here!’ Amboi dia tu. Nak garang-garang dengan Mama kenapa? Mama innocent kot? Asal main game dekat iPad lepas tu kalah, nak marah Mama. Main semua nak menang, mana boleh. Adat la game ada menang ada kalah. Eh jap. Itu macam sound familiar punya perangai. Itu perangai Mama ko tu Shein. Hahahahhaha. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Tapi Shein banyak tu ikut perangai Mama. Takpe, nanti dia dah besar sikit boleh berfikir secara rational, nanti dia akan Ok. InsyaAllah.


Semalam BBI ada buat visit to National Planetarium untuk experimental learning and school finish at 4.00pm so Shariffah bawak la Shein balik rumah dia dulu. Bila Ms Shariffah cakap Mama is here to fetch him, dia taknak balik pulak. Ewah. That is Rayyan. One of Shein’s best friend. Hari-hari before sleep tanya ‘Where Rayyan, where Abdourahmen, where Ahmadi, where Adrial?’ Esok pergi sekolah, time nak mandi gaduh jugak dengan Mama. Malam sebelum tido nampak macam tak sabar nak pergi school. Whyy??????

Apa Perlu Buat Kalau Tayar Kereta (Selain Menanges)

Assalamualaikum..

Selasa haritu masa nak keluar makan dengan Dyba and Intan dekat KLCC naik kereta I, tetiba rasa tayar lain macam. Macam bunyik pelik. So I park dekat Level 6, keluar je kereta sekali tengok tayar belakang belah driver dah flat habes maka bercucuran la air mata I membasahi pipi sebab Red Velvet dah terasa dekat tekak dah. Si Intan selenga pulak dah la lambat, lepas tu bila I cakap 'Intan, tayar kereta Kaksu bocor'. Lepas tu dia boleh tanya 'Dah tu tak pergi la eh KLCC Kaksu?' Dah tuuuuuuuuuuu? Boleh la pergi jalan kaki. Dramatik sikit sebab ketiak basah. Tak pon naik OBike. Banyak ni I nampak ada dekat office. Dah pakai Siti Nurhaliza bawak OBike, cool jugak. Lagipon I dah lama teringin nak bawak basikal tu. Ok back to cerita pasal tayar. I tau yang kalau tayar kereta bocor, kita boleh call Insurance and dorang akan datang, tukarkan tayar spare lepas tu tayar yang bocor tu later boleh la kita hantar pergi workshop untuk check tapi dah namanya Suraya aka Siti Nohaliza, ingat beliau nak ke bersusah payah, renyah-renyah memacam kerja kena tunggu and buat macam-macam pulak lepas tu maka zaaaaaap, I call Lim Tayar suruh dia hantar orang check tayar I. Siap demand lagi, 'You datang lagi 40 minutes. I nak makan dulu Ok?' Sempaaaaaaaat! Hahah Sempat la I dengan Dyba layan Affogato and Cake dekat Le Petite Dotty's. I sebenarnya nak Red Velvet specificnya dekat Bisou tapi dah takde ni, boleh je la apapa janji namanya cake. Tak sampai 40 minutes, orang Lim Tayar dah call tanya direction macam mana. Bagus. Kerja Efisyen. I up gaji you. Kata Ain 'Kenapa Kaksu tak tukar sendiri tayar, tak pandai ke?' Bukan masalah tak pandai. Pempuan rare macam spesis ko tu je yang tukar tayar sendiri. I kan Pwincess? Takkan nak peluh-peluh? Kang elok bau apple sedap, lepas tukar tayar jadik apple masam.


Honda cenggini la. Dia takde kasik warning lost tyre pressure. So pepandai la check. Kata Sazli, maybe masuk paku sebab area office I banyak construction and kalau masuk paku usually angin dia akan keluar sikit-sikit and slowly. Takper, tunggu Lim Tayar datang and check later apa masalah beliau (tayar pon beliau)

Wednesday, November 22, 2017

Marie France 30 Days Challenge

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum

Bila usia dah meningkat, metabolism dalam badan dah low dengan lifestyle yang tak berapa nak sihat sebenarnya susah kot untuk I nak dapatkan berat badan yang ideal. Dengan I memang bekerja and jadi Mom at the same time sebenarnya agak susah untuk I dapatkan healthy lifestyle sebab too busy at work on day time and being a Mom at night (Alasan hahahaha). Bukan I tak cuba untuk lose my weight lebih-lebih lagi lepas lahirkan Shein. Macam-macam cara I buat untuk turunkan berat badan. Kira calories intake every day la, Atkins Diet la, GM diet la you name it. Semuanya I dah cuba but hasilnya masih tak memuaskan I. It’s either I akan rasa restless sebab too push of myself or badan I tak firm sebab lack of exercise walaupon I dah cut my calories intake on my daily diet and I dah lose some weight. I know something wrong somewhere about my diet plan until one day I try this Marie France Bodyline 30 Days Challenge then only I realize banyaknya yang I dah silap throughout my own diet program. Patutlah I tak dapat a good result. Dekat Marie France Bodyline I dibantu oleh Slimming Consultant dan Nutritionist bertauliah yang membantu I punya diet slimming progress seriously and closely. Memang dalam 30 days ni my Slimming Consultant dan my Nutritionist attend I dengan strict training courses until I dapat my ideal weight, badan pon firm and I 100% berpuas hati dengan this 30 Days Challenge. Losing weight is not about you lose your weight semata-mata tapi macam mana nak turunkan berat badan tapi at the same time do it right and be healthy. Nothing impossible pon dalam journey untuk menurunkan berat badan no matter how fat we are yang penting kena discipline and 100% committed.


Ni I punya survival kit. Pedometer Watch, 30 Days Challenge Dri Fit, RM100 Treatment Rebate Voucher*, RM50 Product Rebate Voucher* Worth RM299. Lepas tu ada jugak 3 customized nutritionist plans untuk I ikut bermula dari Detox on Week 1, Activate untuk Week 2 dan 3 dan Burning untuk Week 4.

Tuesday, November 21, 2017

Assemoga Intan 2017 - Part II

Assalamualaikum..

Sorry la dekat sebulan baru muncul balik entry birthday Intan. Dah basi dah pon kah kah kah. Untuk Part I boleh baca dekat sini. Ok? So, pagi tu kita dah arrange breakfast untuk Intan and satu office. Ada la makanan simple buat alas perut and cake yang I order dari Ana. Haritu pon kita semua dah lawa-lawa pakai baju light blue + white pants + purple tudung. Cost tau Intan punya birthday ni? Semua orang kena beli baju baru sebab nak kena sama warna exactly macam yang dia nak. Baju and seluar je dah RM200++ grrrrr. Suka la dia.. Lagipon this time Intan tak payah dah sebok-sebok nak blow candle orang sebab harini kita kasik chance untuk dia jadik Princess and blow her own candle. Tapi harini je sebab hari lain, Title Princess Kaksu ambik balik. HAHAHAHA. Setel bab pagi, tengahari tu kita cakap nak makan pulak sama-sama dengan Intan dekat Dolly Dimsum. Masalah sikit dekat sini sebab Dolly Dimsum tak boleh buat reservation on Friday lunch tak kisah la kalau kita kata nak buat surprise ke apa memang tak boleh. But nasib baik la ada Izzy. Dia datang awal, collect balloons dekat Lysha Flora KLCC and letak dekat Dolly Dimsum. Later baru dia datang bawak bunga untuk deliver pada Intan time kitorang makan. Thank you Izzy. You selalu je jadik penyelamat untuk kita semua. Haritu masa birthday I, dia jugak yang keluar awal untuk queue dekat Chili's. Korang kalau nak buat macam kitorang arrange for Intan ni, makesure kena sampai dalam 11.45am paling lewat. Izzy sampai, dia terus letak balloons dekat kerusi and terus order makan. So nanti kitorang takde la tunggu lama. By the time 12.45pm kitorang sampai, terus je makan. Jimat masa kan?


Simple je table arrangement. Kitorang just letak balloons je. Ni kitorang ambik dekat Lysha Flora KLCC. Helium balloons RM6.00 je satu. I suggest if korang nak buat birthday tempat yang ada jual helium balloons baik buat sendiri je. Jimat. Hehe. Ni kalau guna event planner tak dapat der RM6.00 satu. Ini semua cost ok? (Dasar kedekut) Hahaha

Monday, November 20, 2017

Boat Noodle With Kakyang Yang Mengandung

Assalamualaikum..

Haritu kitorang makan dekat Boat Noodle Avenue K. Lepas tu ada menu baru la wei. Nama dia ialah Fried Songtam. Dia Songtam tapi dia goreng. Paham? Sedap hoi! Ni sebenarnya menu baru atau menu dah lama tapi I yang dah lama tak datang sini? Hahaha. One more, chicken wings dia pon dah besar sikit. Last time alahai macam anorexia chicken je. Seiring dengan size dah besar, I tengok harga pon macam ada peningkatan jugak - bagus. Overall for visit kali ni Nora kasik 5 bintang! Selera kitorang makan sama naik dengan Mak Buyong. Next time I nak order Pad Kra Pow la pulak. Tengok Kakyang punya macam sedap jeeeeeeee. Nak mintak segan sebab member mengandung sure tingin nak makan banyak. Macam Intan tu lain la dia. Kesah pulak dia kan? Kakyang tanya ‘Kak Intan nak?’ Intan jawab ‘Makan dulu, tak habes nanti Kak Intan makan’. E! I paling pantang kalau orang jawab makan dulu, tak abes nanti baru makan kalau I pelawa. Sebab korang tau kan, kita kalau makan mesti yang best tu tinggal last. Tingat dulu masa I makan Maggie Korea dekat Pavilion. Simpan la kuning telur tu nak makan last. Seeeeekali Sazli ambik sudu, makan telur I takde tanya. Kata dia ‘Laaaa, nape tak makan? Meh I makan’. Zaaaap korek kuning dia lepas tu ngap. I rasa macam nak ambik pisau tikam je dada I. Hahahaha. Terkulat-kulat je I. Macam Ayang haritu, dia simpan kuning telur dia sekali Kaklong makan. Nak marah kang jatuh derhaka tapi bab makan kekadang jangan cari pasal wooo. Dulu masa sekolah, I pernah merajuk dengan Makcik Kentin sampai I tak makan. I dah queue lama lepas tu dia bagi orang lain dulu. Seharian moody. Eh tak sangka bab merajuk bab makan ni perangai dari zaman sekolah rupanya. Adeh. Perangai I banyak turun dekat Shein ni. Tapi Shein I tengok makan selera je. Debab je takde masalah. Haha. Takde lagi dia merajuk bab makan. Eh, ada! Masa dia merajuk pasal eskrem, lepas tu Sazli suap and dia sanggup tak telan walaupon dah dalam mulut dia. HAHAHAHA. Ikut perangai Mama rupanya!



Tasty Chicken Wing RM9.90 sepinggan ada 5 ketul. Apeni chicken wing tak kasik sampai ketiak dia? Hahaha.

A Peace of Mind with Tiger Balm Mosquito Repellent

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Dah lama dah Mama and Abah promise dengan Shein nak bawak dia pergi Turtle and Fish Feeding dekat KDE. Asal weekend je macam-macam nak buat and schedule memang pack untuk kitorang anak beranak mengalahkan YB hahaha. Susah benar nak selit time. Bila dah free cuaca pulak tak ok. Sekarang tak boleh nak predict cuaca. Tengah hari panas tiba-tiba bila masuk petang hujan pulak. Ku sangka panas hingga kepetang, tetapi hujan di tengah hari. Gitteewwww. Terus masuk peribahasa. Hahaha. So haritu lepas balik dari Bowling Tournament terus la I dengan Sazli bawak dia pergi KDE untuk melunaskan janji dengan Shein sebelum dia tuntut and come with another condition pelik-pelik. Budak ni bukan boleh percaya sangat. Kang tetiba di UP sendiri mintak eskrem 8 lah, excavator 4 lah. I tengok dekat luar ni hujan renyai-renyai tapi Shein doesn't care. I dah cakap dekat Shein, 'It's raining Shein. Turtle and Fish want to sleep'. Shein jawab 'No Mama, No No. Turtle and Fish want to eat'. Yerlaaaaah. I ni bukan apa. Kalau hujan renyai-renyai macam ni malas la nak masuk kawasan yang berpokok-pokok or dekat outdoor sebab banyak nyamuk. Kena gigit nyamuk nanti keluar bintat satu hal sebab gatal, buatnya kena gigit dengan Nyamuk Aedes tak pasal kena Denggi. I memang phobia sangat-sangat dengan Demam Denggi. Dah 2 kali I kena rasa macam nak mati. First time tu, I punya platelet turun sampai 50 kot? Time tu memang give up nak hidup. I sampai cakap dalam hati 'Kalau macam ni punya seksa la kena Denggi, baik mati je'. Imagine eh? Dengan satu badan and sendi sakit, tak lalu makan, sakit kepala, badan lemah selemah-lemahnya. Bertahan pon sebab drip je. 20 botol ada kot? Masa first time I kena, duduk hospital 9 hari sampai nak giler rasa. So, until now dengan Nyamuk memang I tak main-main. Tak sanggup fikir kalau Shein kena go through yang sama macam I. Denggi sangat-sangat bahaya. Boleh membawa maut. 


Sebelum masuk dekat KDE punya Turtle and Fish pond, I tampal Tiger Balm Mosquito Repellent Patch dekat baju dia. I memang keep patch ni dalam bag-pack Shein all the time untuk standby kot nak buat Outdoor activities. Best bau patch ni macam lemon. Takde la bau yang sampai kita pon tak selesa and bagus sebab dia melekat kuat and langsung tak ganggu Shein dengan activity dia. Baju pon tak rosak. Patch ni is Deet FREE and sesuai digunakan walaupon untuk baby. Patch ni takde skin contact. Just tampal je pada baju. Bila Shein pakai patch ni, I takde dah risau dia kena gigit nyamuk. Senang hati I.

Sunday, November 19, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Preloved Medela Freestyle, FREE Malish Bottle Sterilizer And FREE Nursing Cover

Slot Prelove Chooyaya - Preloved Medela Freestyle, FREE  
Malish Bottle Sterilizer And FREE Nursing Cover

Assalamulaikum Kaksu,

Saya nak jual preloved Medela Freestyle saya dibeli tahun 2014, guna dalam 7 bulan je, condition and performance bagus sangat-sangat lagi. Saya bagi 8/10. Suction masih bagus. Reason nak jual sebab anak dah sepasang, belum ada plan nak tambah anak lain lagi hahaha.
 
Items are:


1 - Freestyle pump
1 - Lithium ion battery - rechargeable
1 - AC adapter/charger
1 - Double pumping kit - includes: (2) breast shield bodies, membranes and back caps, 
(1) set of tubing
1 - Set of PersonalFit Breastshields
4 - 5oz bottles and lids
1 - Portable microfiber carry bag
1 - Medela cooler bag and ice pack 
2 - Handsfree kits
1- Nipple for bottle feeding.

Saturday, November 18, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Furla Piper Dome Large (New) and Duck Alhambra Square (PRELOVED)


Slot Prelove Chooyaya - Furla Piper Dome Large (New) and Duck Alhambra Square (PRELOVED)

Assalam Kak Sue yang santek... Saya nak letgo 2 items: 


Furla Piper Dome Large (New) 
   come with long strip and dusty beg
   Measurements : 15.5' W x 15' H x 6.8' D
   Colour : Pearl White 
   Reason : My Sil tersalah beli saiz.. dia buat utk hantaran tp over saiz..
   Price : rm1150 bole installment 3x... letgo sampai jadi :)

Friday, November 17, 2017

Melaka Trip - Bandar Hilir

Assalamualaikum..

Tengok balik gambar-gambar I dengan Intan and Dyba dekat Melaka ni, macam cantik jugak. Tak sangka Melaka cantik. Banyak ambik dari camera handphone Abang Azza. Dia pakai jenis jenis Samsung S8. Yang I share ni semua raw, takde edit apapa. Cantik kan?? Eh beria aku excited sampai dua kali tanya cantik ke tak. Hahahaha. Ke biasa-biasa je sebenarnya gambar ni? Kalau rasa biasa-biasa tak payah jawab. Dulu zaman I pakai Samsung, gambar semua level tahi je. Now S8 cantik giler ok gambar? Ni nak kena pakai Samsung balik ke acane ni? One more. I rasa macam difficult nak update blog pakai iPhone. Sapa iPhone user, ada experience tak nak update/edit blog? Kalau ada, korang guna app apa? Sila share and jangan buat I bangang forever. I dah forever failed sian sangat diriku ini. Kalau ada urgent nak edit entry sponsored biasa akan susahkan Ain, or I akan log in guna Samsung S5 I ni. But tu last choice la sebab kalau boleh nak Ain susah sikit hidup dia kena push dengan I. Hahaha. Anyway, tadi nak cerita pasal Melaka, ni aperhal tetiba masuk bab handphone pulak? Takde apa pon.. Office Trip ke Melaka pergi pagi balik malam je. This trip kitorang pergi MPO dengan Bandar Hilir je. Lunch lambat around 2.30pm lepas tu jalan-jalan area A Famosa/Dataran Pahlawan and kawasan sekitar dia and by 10.30pm dah sampai KL. To be frank, I had fun walaupon takde apa. Sesekali chill dengan kawan-kawan and ada 'me time' macam ni actually boleh release tension. Jalan ramai-ramai dekat A Famosa macam reminiscing back memories masa zaman I sekolah dulu time rombongan sekolah datang sini. Tahun 1992 tak silap I. Now 2017 so ada la 25 tahun I tak naik St. Paul Hill tu. Imagine now I 36 years Old and another 25 years if I umur panjang my age is 61 years old. OMG tu pon kalau panjang umur. Mau I naik hill ni dengan cucu pulak. Anak Shein. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sempat ke?


Kemain melaram spek baru. I beli dekat Focus Point MPO. Jenis Dior, after less harga tak sampai RM700.00 pon. Tingin nak pakai Aviator tapi kata Intan nanti muka I jadik sedih. I beli sebab I punya yang lama hilang dalam kereta Sazli. So beli pattern lebih kurang. Yang lama jenis Armani. Last week, Sazli cakap jumpa pulak dalam kereta T____T

Resepi Mee Goreng Basah Confirm Sedap

Publish : 15/6/2016
Republish : 17/6/2017


Assalamualaikum…

Dah tau dah ke nak bukak puasa apa harini? Kalau taktau meh I share resepi nak buat Mee Goreng. Kah kah kah. Mee Goreng pon nak bagi resepi ke? Lantak laaaa. Sebab ada je yang tak berapa tau macam mana nak buat Mee Goreng yang sedap. Ni I bagi basic recepi tapi korang boleh improvise jadik Mee Goreng Biasa, Mee Goreng Basah dan Mee Kuah. Basically bahan-bahan dia yang I guna sama jer cuma ada penambahan sikit here and there. Kalau nak buat Mee Hoon kena tambah sos tomato lebih, kalau nak buat Mee Kuah kena letak cube ayam lebih, nak buah Mee Goreng Basah kena tambah air lebih so cenggitu laaaaa. Yang terpaling favorite I ialah Mee Goreng Udang Geragau. Tu memang boleh makan bertambah-tambah. Makan panas-panas and perah dengan limau nipis perrrgh peeerghhh perrrrghh. Ni gambar I ambik dari dalam kuali je. Bapak tak senonoh tapi takper. Usaha nak masak tu ada so boleh la kita bagi pujian pada diri sendiri.


Mee Goreng. Sedaaaapnyaaaaa (Puji masakan sendiri pon boleh)

Thursday, November 16, 2017

Paling Sedap Dalam Dunia

Assalamualaikum..

Tak boleh nak get over rasa kesedapan Fish & Chips yang I malam tadi dekat The Magnificent Fish and Chips Bar, Changkat Bukit Bintang. Entry ni lahir sebab tak puas hati dengan Ain. I cakap dekat dia this is the best Fish & Chips ever on EARTH. Beria explain and describe sekali dia cakap 'Manjang the best on earth. Esok makan tempat lain jadik best on earth jugak'. Elleeeeeeeeeeh dengki la tu. Dia tu dah la makan sukun goreng cicah kicap lepas tu soggy berendam kicap pon cakap sedap. Eeeuwww makan la sukun goreng, gemok baru tau. Kita punya Fish & Chips yang dia dengkikan pulak kenapa? Johor ada ke Fish & Chips sedap macam ni, takde kan? (Kalau ada pon I nak cakap takde jugak sebab tak puas hati Ain tak layan I cerita pasal makan). Hahahaha. Yang I makan ni nama beliau ialah Barramundi Fish. RM44.00 je. Makan dengan chips gemok cicah Lingam Chili Sauce, perah lemon and makan dengan Tartar Sauce. Wallah! Dah. Tu je nak share. Okbye.


Barramundi Fish. RM44.00 je.

THE MAGNIFICENT fish & chips bar
28 Changkat Bukit Bintang
50200 Kuala Lumpur
03-21427021

-eNd-

Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue

Assalamualaikum..

Seronok tau kalau dapat kakak-kakak and abang-abang office yang baik-baik. Macam Office I jugak la. Although tak close sangat tapi bila ada makan-makan, ada sports activities kita kawan and gelak sama-sama. Macam Office I Al-hamdulillah takde puak-puak, takde yang double standard and all. Kita kawan je semua. Semua pon baik. Sebab tu kita semua close to each other. I pon rasa macam ni after dekat 10 tahun kerja. Sebelum ni memang buat hal sendiri je kah kah kah. Dulu masa I dekat previous company lagi la tak bercampur. Sebab ada bilik sendiri. Hidup dalam bilik je. Masuk kerja, keluar lunch, balik. Takde nak berkawan sangat. Orang cakap sombong tau pulak marah. Tapi sebenarnya bila ambik tau sikit-sikit ni best apa? Ada yang sakit, kita datang visit. Ada kenduri and jemputan apapa kita cuba support dengan hadirkan diri InsyaAllah nanti ukhwah tu dia akan terbina sendiri. How kita appreciate people, in return InsyaAllah kita akan dapat yang sama. Dalam 2 3 minggu lepas, every week kita ada makan-makan dekat Office sebab ada birthday. Minggu ni senyap pulak. Tengok nanti kalau dah senyap lama, I nak plan la dengan The Girls, kita buat brunch. Kali ni nak makan Mee Kari dengan Soto pulak lah. Daaaaaaaaaaaaapnyaaaaa. Untuk entry kali ni, I nak share gambar-gambar masa birthday Kak Siti and Kak Jue. Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue! Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.....


Kek Brule sedap dari Ana wife Nape. Sedapnya Ana! Boleh check Instagram Ana dekat sini.

Wednesday, November 15, 2017

Hi Yashie, Johor Ada Ke VS?

Assalamualaikum..

Sempena dengan birthday I yang super belated, Nayang Wana ajak lunch sama. Dia punya treat sebab Birthday Pwincess kan? (Tak abes-abes OMG). Sebab now dia dah ada sorang staff/clerk dekat office dia maka I consider dia sebagai seorang yang kaya so this time around I pilih nak makan dekat VS la. Nak makan Ribeye yang harga RM99.90 excluded tax tu. I cakap pada Wana ‘Aku nak makan steak mahal la nayang tapi nanti order air kosong je. FREE’ – konon rasa bersalah sebab nak mahal mahal. Tapi bila sampai sana ter order Mango Juice kah kah kah. Tachiu Nayang! Dah la datang jemput dekat office, lepas makan hantar pulak balik office. Bestnya! Wana ni dia bijak and kerja memang bagus. Mintak check polisi or apapa sekejap dah siap. Jenis dedikasi dekat kerja and bagus sangat. Wana ni Mentor si Yash and Yash selalu cakap Wana ni bagus and boleh pergi jauh dalam kerja dia. Yang I tau, Wana tak boleh kerja office mengadap PC macam I. Dia ok la kalau kerja Insurance ni. Macam I, Insurance I ambik dengan Wana. Shein punya ambik dengan Yash. Kalau lepas ni tetiba Shanom jadik Agent Insurance jugak, anak kedua I ambik la dengan Shanom. Dia memang macam tu. Kena support semua kawan-kawan baru adil dan saksama. Sok nanti umah siap, bawah I ambik Water Filter Cuckoo (Yash – Agent Cuckoo) and atas amek Coway pulak (Shanom – Agent Coway anda). Hahahaha mampos. Ni I tak update lagi I punya polisi yang lama and still takde masa untuk nak sit dengan Sazli lagi pasal Takaful Warisan yang kalau partner meninggal boleh dapat RM500k – RM1million tu. InsyaAllah one fine day lah. Pasal Takaful Warisan (Hibah) ni, bila tengok balik pasal harta peninggalan rasa seram jugak sebab banyak yang boleh contest. Tak kena gaya, kalau ramai yang tuntut dekat Mahkamah mau miskin terduduk kot? Baca at the end of the entry, I ada share sikit.


Pempuan ni sekarang lain macam pulak. Pakai handbag, eye liner, lipstick, baju kembang-kembang. Cantik Wana sekarang. Dulu pon cantik, now laaaaaaaaaaaaaagi cantik. I want nobody nobody but U! (Tetiba lagu Wonder Girl) Haha.

Tuesday, November 14, 2017

Resepi Ayam Goreng Kunyit Pasti Sedap!

Publish : 16.6.2014
Re-Publish : 14/11/2017


Assalamualaikum.

Malam tadi I masak ayam goreng kunyit sebab teringin tengok gambar dalam Instagram sapa entah. Kata dia, the best nasik ayam goreng kunyit somewhere dekat Jalan Pahang area Pusrawi lama. Sapa pernah makan? Kata Kaklong, dekat pasar Ramadhan Jelatek tu pun, ada satu kedai ni hari-hari orang penuh. Dia jual nasik ayam goreng kunyit ni je la. Nasik putih + ayam goreng kunyit + kicap kipas udang merah. Beratur panjang giler! Harga dalam RM5-6 satu bungkus. I tak sure sangat. Tak pernah pergi.

So malam tadi I pon try la masak and memang masak sejenis je lauk and makan and hidang sama macam yang dalam Instagram tu jugak. Dia letak nasik and tabor je ayam goreng kunyit tu atas dia and letak kicap. And surprisingly masa makan memang sedap! Lagipon I dengan Sazli sesama jenis suka makan tadek kuah. 

Cukup sejenis lauk tu jer. I makan dengan kicap, Saz tak. Kata dia kicap ‘kill the taste’. Dia memang kurang makan kicap. I je hantu kicap. Semua menda mesti kena letak kicap hatta laksa and tomyam serta mee kari jugak. Hehe.I dah try satu resepi ni and I rasa sedap and kena dengan tekak I. So tak salah kalau anda pembaca diluar sana untuk mencuba resepi saya ni. Saya pasti anda akan sukakannya. (Tetiba nak saya saya). Poyo.

Bahan-Bahannya

  • Ayam bahagian dada potong dadu. Tadek tulang. I ambik dua keping
  • Dua sudu nampla (Sos ikan)
  • Sesudu gula
  • Sesudu kecik serbuk kunyit
  • Setengah sudu lada hitam (optional)

 Campur kesemua bahan ni and perap la sekejap. Lagi lama lagi sedap.

  • Selabu setengah bawang besar gemok macam Shein - dihiris
  • 6 tangkai cili padi. Kalau nak lagi pedas letak la 10 tangkai tadek sapa marah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Sebatang serai -  dihiris
  • 10 tangkai kacang buncis dipotong seinci
  • Setengah batang carrot dipotong memanjang
  • Setengah cube ayam
  • Sedikit garam/nampla
  • Sesudu cuka makan
  • Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya

  1. Mula-mula panaskan minyak and goreng la ayam yang dah diperap tadi tu. Goreng garing boleh, nak goreng garing manja pon boleh. Nanti bila ayam tu dah masak, kiter boleh nampak ayam akan kering and bubble-bubble buih air tu dah tadek. Angkat ayam. Toskan.
  2. Menggunakan minyak yang sama tapi kuali yang lain untuk elakkan kesan hanget (sebab ayam tadi ada gula, so nanti ada kerak-kerak nanti tak hensem la ayam kiter) masukkan dulu bawang putih yang diketuk.
  3. Pastu masukkan semua bahan hiris macam bebawang and sayur mayor. Masuk sekaligus. Ada orang suka letak kacang panjang and bunga kobes. Terpulang. I tak letak sebab tadek. Padahal ada nampak semalam kat Max Value tapi sengaja taknak beli sebab itu semua kos!
  4. Pastu masukkan ayam yang kiter goreng awal tadi. Perasakan dengan garam or nampla, setengah cube ayam, gula lagi skek and cuka makan. I letak rice vinegar je. Balance buat sushi dulu. Belasah. Sedap jugak pon. Haha.
  5. Last skali masukkan la dalam setengah bijik lagi bawang besar sebab bawang besar awal-awal tadi dah layu. Sazli dia suka makan bawang.

Siap!

Letak nasik atas pinggan and taburkan la ayam goreng kunyit ni and percik kipas udang merah. Simple satu lauk je and sedap. Sangat sesuai untuk isteri yang malas nak masak 2 3 jenis lauk tapi masih jugak nak impress suami.

Selamat Mencuba!


Nasik putih dengan ayam goreng kunyit. Perrrrghhh!

Monday, November 13, 2017

Because I Am Power Rangers Kuning

Assalamualaikum..

Kalau I cakap I busy menyelamatkan dunia sebab I kerja Power Rangers Kuning, korang tak caya tapi memang dah direct ok 5-6 minggu weekend pack? Event, wedding, sports/office activity and all termasuklah plan bawak Shein bersuka-ria sebab dia sejenis Mama tak boleh nak duduk rumah (nanti meroyan). Minggu ni pon sama jugak dah full dah. Sabtu Shein ada birthday party Salma and kena pakai costume (ni semua cost) and Ahad pulak ada birthday Qaleesya dekat MAEPS - Goat2Go Farm. Amenda la activity ni sebab siap Mama and Abah involve pakai Tshirt sama ni. Adeh, Shein punya kawan kelas kalau birthday ni seram if nak letak benchmark. Ingat tahun ni I nak buat birthday Shein yang best sikit. See how… Kena bincang dulu dengan Sazli macam mana sebab Shein suka blow candle and dah faham dah erti birthday macam mana. Macam last week on Saturday I ada Badminton Tournament under LO Cluster. Macam biasa lah, kalah. Kah kah kah. Racket dah RM1,000 pon kalah jugak. Tak paham aku (Racket pinjam Abang Long punya – Bila nak pulang?). Masa last game, main for fun je. Partner dengan En. Herman, lawan dengan Abang Amin and Atin. Main gelak-gelak je. Tergolek-golek atas court sampai terkepit-kepit tahan nak terkencing dalam seluar. Tapi I enjoy je main. Takde stressed apa sebab memang dah tau kalah. Kalau orang tanya, ‘Memang ke kalah?’ Jawapan : ‘Eh, mestilah kalah’ (Muka Bangga) atau ‘Kitorang saja bagi opponent menang sebab semangat kesukanan’. Hahahaha. Semangat kesukanan Opah kau?


Ni la team I. Ikutkan kuat je (cecece) tapi sukan biasa lah ada menang ada kalah. Double Lelaki A, Double Lelaki B, Double Wanita, Veteran and Mix Double. I main Mix Double. Sampai lambat sebab biasalah Star kena sampai lambat, you know?

Friday, November 10, 2017

Selamat Pengantin Baru Elinor and Yusuf

Assalamualaikum…

Selamat Pengantin Baru untuk Elinor and Yusuf… Semoga kekal hingga ke Jannah, InsyaAllah... I Love you so much El and I’m so happy for you. FINALLY you be with someone that you love with all your heart and who love you so much and I yakin Yusuf boleh bimbing you ke jalan yang diredhai Allah… I selalu cakap pada Elinor, you deserve to be happy.. I yakin Allah akan temukan you dengan orang yang baik yang macam you nak. You just sabar je. Biasalah kita dalam hidup ada ups and down, jumpa yang salah sebelum found the right one and pernah melalui fasa heartbroken tapi kalau kita doa and mintak dengan Allah dengan bersungguh… Allah dengar and akan bantu. Doa doa doa doa jangan henti, jangan give up. Billion orang dalam dunia ni, takkan la takde satu pon untuk kita kan? Tengok macam Elinor, I know dia jenis macam mana. Solat sampai tertidur atas sejadah mintak Allah bagi dia kekuatan, mengadu pada Dia, mintak pada Dia and now dia dah kawen and happy pon. Takde dekat Malaysia, jodoh datang dari Santiago sana tu. Siapa sangka kan? Dah la Yusuf and El ni memang dalam same league yang letak Allah number 1. Sama-sama usaha mencari redha Allah and mendalami Agama Islam. Yusuf ni Mualaf but dia dah converted to Islam a few years back before he met Elinor pun. Love story dorang sangat menarik, boleh buat novel lah bagi I. Berborak hanya dalam Skype and jumpa only one week before the wedding. Nanti if Elinor kasi lampu hijau, I akan cerita macam mana dorang jumpa and finally decide to kawen ok?


Mr and Mrs Yusuf. Cantik you El… This one Elinor pakai on her reception dekat Dewan Kosmos, Bukit Jetulong Ahad lepas.

Thursday, November 9, 2017

Beza Ketam Nipah Dan Ketam Batu

Publish : 4 April 2014
Republish : 9 November 2017

Assalamualaikum.

Harini kiter belajar pasal ketam eh? Sebab semalam macam ada banyak plak inquiry pasal ketam Nipah and Ketam Batu. So today I share apa beza dia eh? And lepas ni semua orang boleh makan ketam gemok ini dengan gembira dan bersuka-ria tanpa rasa was-was. Sebab sebenarnya I pon sebelum baca pasal beza ketam nipah and ketam batu ada la macam was-was but now lepas penuh ilmu didada I dah tadek rasa was-was lagi. I rasa hebat. (dan dan)

Ok. Ni ada soalan pasal status halal-haram ketam nipah ni.

Soalan:
Apakah hukum memakan ketam nipah? Ada dua pendapat yang pertama hukummya boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan air.. Minta jelaskan. sekian..

Jawapan :
Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.

So Ketam Nipah ialah halal. Yang kiter dok makan kat Thai Restaurant and Chinese Muslim Restaurant tu ialah halal. Now kiter tengok apa perbezaan fizikal kedua-dua jenis ketam ni. Cecece dah macam dalam segmen National Geographic plak dah harini. Pang nak?


Resepi Maggie Goreng Bodoh

Assalamualaikum..

Petang semalam, sampai je rumah Bapak tengok Sazli tengah buat scramble egg. Maggie dah siap berendam. Bekas bawang dah bawak keluar acewah macam pandai je nak masak. Kata dia, ‘Papa tingin nak makan Maggie Goreng macam Kak Azam la Mama’. Kak Azam tu bukak kedai makan simple-simple macam Maggie Goreng, Laksa, ABC dekat belakang rumah Tok Chak di Merbau Pulas. Memang favorite kitorang tu. Sampai je kampung, letak bag semua terus serbu kedai Kak Azam tak menyempat-nyempat. Hahaha. Sedap Kak Azam masak. Kalau ais sagat pon sedap. Boleh mintak ais sagat oren, ais sagat sirap. I sukaaaaaaaaaaaaa. So sebab Sazli mintak, I pon buat la semalam. Zap zap zap kurang 10 minutes dah siap. I berangan macam I tukang masak dekat kedai Mamak. Mamak kan kalau masak main campak-campak je? Hahaha. Tak sangka I masak sedap (boleh je puji diri sendiri). Lepas tu Bunda pon tingin jugak so I buat untuk Bunda and Bapak skali lah. Version tak pedas. Untuk Sazli I letak 3 biji Cili Padi. Untuk Bunda and Bapak tak letak at all sebab depa memang tak makan pedas. Letak dalam IG terus dapat ratus-ratus like. Korang memang menantikan ajer kan #chooyayamasak punya posting? Kekadang kalau merajin I akan letak la dalam IG. Basically makanan yang simple-simple je. Sazli pulak jenis suka makan yang kering-kering. Petang kang ingat nak cari croissant or ciabatta la untuk buat sandwich. Macam dah lama tak buat. Sapa nak resepi Maggie Goreng I share dekat sini. Untuk tengok yang I masak-masak dekat IG, korang boleh tengok dekat sini. Ok? Okbye.


Maggie Goreng bodoh je. Takde any ayam, daging. Cuma telur je. Tapi Sazli cakap sedap. Heeeee.

Wednesday, November 8, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part VI

Assalamualaikum..

Dah nak masuk sebulan birthday Siti Nohaliza tak sangka ada part VI kah kah kah. Ada lagi one more lepas tu habes la, InsyaAllah. Tunggu tahun depan pulak kita bukak buku baru. Ini kira baik I tak update back to back. Kalau tak aje muntah korang. Hahaha. Tapi kata Kak Kiah - ada nak dinner untuk Super Belated Birthday I, maksudnya kalau perkara tersebut terjadik so terpaksa la I up lagi 2 part ok? Kalau korang sayang I, kena redha. Lagipon I kan Pwincess and I like USA Summer Black, Royal Seedless Grapes and Royce Chocolate at Isetan (Tetiba). Maka terimalah my Birthday Story Part VI bersama dengan kesayangan Ellis dekat Tamarind Spring Jalan TAR Ampang. Bapak dekat kitorang punya dinner dengan rumah I. Jalan kaki pon sampai. Naseb baik sini ambient dia ala-ala dalam hutan, romantic lampu malap-malap. Sangat sesuai untuk mengawan la dekat sini hoyeah. I rasa konsep Samadhi memang mengawan la. Tamarind Spring ni bawah satu management dengan Villa Samadhi yang I pernah pergi last time. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Konsep dia memang lampu terang tak terang, bau aromatic oil and hutan-hutan sikit. Pada yang rasa nak beromentik dengan Suami/Isteri boleh la makan dekat sini. Suami/ISteri je tau? Kalau bawak BF/GF sebarang masalah salah parking ke apa bawah tanggungjawab sendiri. Hahahaha. Bongok.


I sayang you Baby. The only woman yang I kenal rapat, tak pernah marah-marah. Memang I tak pernah tengok Ellis marah lah. Kalau dia marah anak dia Raif pon, I rasa Raif tak takot.

Sale November Special by Event4U

Assalamualaikum

Korang kalau ada budget lebih, boleh la ambik package-package dari Event4U yang murah sempena dengan Sale November Special. Discount banyak kot? Dekat 40% jugak la. Hasil kerja Event4U memang kemas and ada class. Kitorang memang biasa ambik service Event4U ni, memang tak pernah mengecewakan. Kalau ada diantara kawan-kawan or family yang lahir bulan November, boleh la korang consider untuk ambik package ni. Kitaaaaaaaaaaaaaaaaa kalau buat orang lain happy, nanti dapat pahala tau? In return mesti ada orang yang buat kita happy pulak. InsyaAllah… Untuk package yang I share ni harga sah dari 1 -11 November 2017. Penghantaran pulak dari 1 -30 November 2017. So ada masa lagi ni. Kena cepat-cepat la book sebab kata Lien, limited slot. Maybe dia tak menang tangan kot nak buat delivery. Yang I share ni contoh je. Korang Boleh pilih warna tema. Belon foil percuma diberi secara random mengikut kesesuaian & selagi stok masih ada. Dah la murah, lepas tu korang jangan nak macam-macam. Tumbuk baru tau. Eh. I apehal nak garang-garang? Hahahahah.


Ferrero Rocher (10pcs) mini bouquet
Free Small Balloon
Free Wish Card

RM110 RM65

Tuesday, November 7, 2017

Burger and Lobster Malaysia at Genting Highland

Assalamualaikum

I dah deal dengan CT nanti dia abes confinement kita pergi makan sedap lah. Kata CT, dia nak makan Burger & Lobster dekat Genting Highland. Dia dah cakap dekat Zairi, If tak nak bawak dia pergi makan dekat Genting, dia nak pergi London untuk makan Burger & Lobster. Pergi 4 hari je. Pergi London – Makan Burger & Lobster – Balik Malaysia. So kata Zairi, dari CT ajak pergi London yang macam belakang rumah dia tu je and abes duit puluh ribu untuk flight ticket (sebab CT nak naik business class je), baik la pergi Genting Highland (sebab dia tak suka Genting) tapi terpaksa lah kan hahahah. I pon selalu jugak dengar orang cerita pasal Burger & Lobster ni cakap sedap sedap sedap. Ellis pon cakap sedap. Kata dia, masa dia dekat London, dia makan Lobster Sandwich punyalah sedap macam nak pengsan. Exaggerate sangat. I ni pulak jenis very hard to please if pasal makan. If I cakap sedap maksudnya sedap lah. Kalau I teringin sampai meroyan, merajuk, takde mood tu maknanya makanan tu memang sedap. So masa Ellis cakap sedap, I macam terfikir sedap sangat ke? Lobster I pernah la makan tapi takde la favorite mana. I suka lagi Steak dengan Japanese Foods. Dulu masa pergi Sabah, makan Lobster cicah dengan sour plum I rasa biasaaaaaaaaaaaaaa je. Ada a few time makan dekat hotel pon ada Lobster tapi I gitu-gitu je la, takde excited mana. Tak boleh imagine dia punya sedap yang macam nak pengsan tu macam mana. Until I sendiri try makan dekat sini terus rasa macam nak pinjam duit Bapak, nak bukak 1 branch Burger & Lobster dekat Pavilion supaya bila teringin, I boleh makan 8 pcs Seven Samurai Lobster Roll sampai puas tak payah share. Wei people, please. Seumur hidup sekali, korang KENA MAKAN DEKAT SINI. Ok? Kumpul la duit letak dalam tabung ayam ke apa, pergi kerja pakai sepanda ke, makan Maggie direct seminggu ke tak kisah la macam mana tapi korang kena makan dekat sini OK? Pweaaasseeeee (Bak kata Shein). Burgers, Lobster, Rolls SEMUA SEDAP! **untuk Faiz Rashid, ini bukan sponsored post eh, lempang nak?


Chili Lobster - Serve with signature brioche. RM175.00. Yang ni killer la. PALING SEDAP DALAM DUNIA I PERNAH MAKAN. Kuah dia sedap, roti dia sedap. Sambil makan tu menung je and rasa bersyukur Allah bagi I rezeki untuk makan makanan sesedap macam ni dalah hidup. Insaf terus. Thank you Allah, thank you Papa. (Over hahaha)