Friday, December 29, 2017

Live from Teloi Timur

Assalamualaikum..

Hi semua, rindu I tak? Sorry lama away and tak cukup masa nak update blog. I dekat Kedah since Selasa sebab Arwah Tok Chak meninggal. Alhamdulillah urusan pengkebumian smooth and Tok Chak dah selamat di kebumikan pada Hari Rabu before Zohor. TQ pada semua yang ucap takziah over whatsApp, email etc. Sazli pon cakap terima kasih jugak. I will be in Kedah sampai esok sebab now I continue buat stock take pulak dekat Kilang Getah Teloi Timur for my office. New experience untuk I. Best jugak sebab this time memang I take part, naik forklift nak check stock getah SMR dalam peti and panjat bin. Korang tak paham kan? Takpe nanti tengok gambar maybe boleh paham sikit-sikit. Sampai ke kilang getah ni I ada mixed feeling. Sedih, insaf semua ada. Kena selalu bersyukur kerja dalam office yang ada aircond, everyday makan sedap and pakai cantik-cantik. Pekerja dekat sini everyday bergelumang dengan getah yang bau tak berapa wangi and pekerja bergaji hari yang bahagian process tu, nak dapatkan handbag LV, Prada semua maybe kena guna 5 months gaji baru dapat. I menung je masa makan dekat kantin kilang ni and rasa bersyukur banyak sangat. Patut datang sini bawak Shein. Biar dia tau susahnya orang lain bekerja untuk sesuap nasi. Dia jenis suka menjahanam harta benda, tak suka campak buang. Perangai sangat. E! Tapi kata Intan kalau bawak Shein sekarang datang sini maybe dia tak insaf. Mungkin lagi happy ada. Entah hilang kemana-mana entah. Sini dengan lori besar-besar dengan segala forklift, backhoe ada memang samadengan dia suka la. Takde der dia nak insaf. Haha.


Yang I berdiri atas ni is getah sekerap. Banyak kan? Kata Intan kalau bau busuk macam mana pon Kaksu jangan tutup hidung nanti orang kilang terasa hati. Memula je I tak tahan tapi lepas tu dah ok dah. 

Thursday, December 28, 2017

Resepi Ayam Bali, Tenggiri Kicap and Peria Telur

Publish : 28/12/2015
Re-publish : 28/12/2017

Assalamualaikum..

Semalam kitorang sampai KL awal. Dalam pukul 8.00am macam tu. Memang purposely kitorang balik awal sebab nak elakkan jem. Kata menyahut saranan Menteri kan? ‘Keluar la awal pagi untuk elakkan jem’. Gitu. Sazli kejut I pukul 5.00am. Sebok I bangun, sebok la Si Sendong tu nak bangun jugak. Naseb dalam kereta dia tido balik so aman la Mama nak tido balik. Haha. Dekat highway, memang sebijik sebijik je kereta ada. Woo Hooo!! I suka giler. (Suka dia macamkan dia yang drive, padahal membuta je all the way). Lagipon kalau sampai KL awal, boleh la rehat-rehat betulkan urat. Sebab tu la semalam, langkah I panjang balik. MIL ajak teman beli langsir. Sipi-sipi dia nak tempah dekat Ampang Point, naseb I ingat Moon ada buat sale langsir dekat Sarah Hughes Globe. So semalam, kitorang ke sana je la beli langsir.

Thank you Moon sebab memang murah giler babas langsir dekat sini. Ada yang semeter RM49.90 jadik RM15.00 je palotak dia la. Paling mahal pon RM20.00 semeter. Kain yang after less RM5.00 pon dah cantik sangat-sangat dah. Korang nanti jangan lupa Follow Blog Moon and Instagram Moon untuk tengok perkembangan terkini Moon pasal VIP sale Blog Reader Moon dekat Sarah Hughes Globe. Nanti kalau dia ada buat sale, terus pergi beli ok? Sebab memang jimat giler! Semalam Mak sayang I lebih sebab I berjaya sep duit dia dalam RM2500.00 jugak la. Banyak tu! Imagine kalau dia tempah dekat Ampang Point, jadik double the price.

Balik dari beli langsir, I cakap kat Mak kiter makan dekat rumah je la. Sebab I ternampak dekat FB sekarang viral pasal Ayam Masak Bali ni. Tengok gambar macam sedap je. Tanya Mak bahan-bahan semua ada. Ayam ada 2 ketul T___T jadik la. Potong kekecik, nampak la banyak. Lepas tu ada Ikan Tenggiri so I mintak Mak buat Masak Kicap. Sayur pulak ada peria. Cantek! Boleh goreng campur telur. Tapi kan? Ayam kalau potong kecik-kecik lagi sedap la wei. Seriously. Sebab Mak Jengka kalau goreng ayam or masak ayam memang potong besar-besar, (kite ongjawa memang makan ayam potong besar) so lepas ni I mintak dia potong kekecik macam I buat semalam. Lagi sedap!

Sazli, Bapak, Mak and I makan bertambah-tambah. Pukul 5.00pm jugak la baru kami lunch. Hahaha. Semalam konsep dia, masing-masing jaga diri masing-masing. Bapak pon dia dah makan lepas habes golf. Sazli je la last breakfast dekat O’Brien pagi tu. Tu yang masing-masing menggigil suap nasik. Sazli cakap dia suka makan macam ni. Simple tapi sedap. Kalau sedap hulur la duit barang seratus dua sebagai pemberi semangat. Hahahaha. Anyway, jom tengok lauk-lauk yang kitorang masak semalam. I bagi sekali resepi kot ada yang nak cuba. Tapi Seriously Ayam Masak Bali (Yang I improvise sendiri dari resepi asal ni) memang la sedap hoi! Korang kena cuba ok? Sedap lain macam.


Ayam Masak Bali (My Way)

Wednesday, December 27, 2017

Year End Sale #houseofcorsetbychooyaya.

Hi Assalamualaikum..

This is short update sebab Ain just nak announce yang YEAR END SALE #houseofcorsetbychooyaya dah start! So mana yang selalu DM and whatsapp Siti Nohaliza bila nak buat sale, please grab this chance. SEMUA FREE POSTAGE. Mostly yang nak tukar size (sebab dah kurus. Cecece) akan mintak discount. Tapi this time punya price less boleh tahan banyak. Memang worth it InsyaAllah. Macam biasa lah, dah namanya year end sale so sampai hujung tahun jelah. So korang ada dalam 3 HARI SAHAJA. Lepas tu if boss kata harga back to normal jangan kompen ok? Tapi boss ni baik, biasanya kalau buat sale mesti drag time sikit. Dia kata tak sampai hati. Tapi kata lah, korang gaji lambat sikit ke apa tapi still nak harga YES boleh inform kitaorang. Benda boleh bawak bincang. Tapi jangan pulak beriya nak nak nak sampai masa krik krik krik. Tak baik macamtu. Cakap banyak tak guna, jom tengok gambar.

So untuk YES kali ni korang jimat sehingga RM40! Banyak tuuuuu. Now #houseofcorsetbychooyaya ada 4 item. Semua kita kasik less. 

Alfatihah to Arwah Tok Chak

Assalamualaikum..

I ada dekat Kg Bapak sekarang ni. Sampai dalam pukul 1.00am tadi from KL. Tok Chak dah takde. Dia meninggal petang semalam dalam pukul 4.05pm macam tu. I was in the office waktu Sazli call. I know Tok memang uzur sangat and ready for this tapi bila tengok Sazli and Bapak bengkak-bengkak mata menanges, I tumpang sedih. Bapak cakap dia redha Tok pergi dari Tok hidup seksa.. Organ dalam dia one by one slowly tak functioning. Dia pon dah lebih sebulan terlantar tak larat apa dah. Pejam mata ja. 2 weeks before dia meninggal, dia dah tak boleh manually makan and terpaksa guna tube. Kencing pon by tube jugak. Sian Tok.. Now that she passed away, Tok dah tak seksa dah. Dia meninggal pada usia 97 tahun. Cukup panjang usia Tok. Kata Irah these 2 days Tok tiba-tiba bercakap. Dia kata air manis.. and dalam 2.30pm macam tu dia cakap dia penat. Senang je Tok pergi. I nak mintak korang sedekahkan alfatihah pada Arwah Tok ye? Nama Tok is Chak binti Musa. Doakan supaya roh Tok ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..


Alfatihah to Tok Chak. 

Tuesday, December 26, 2017

Cekodok Pisang + Cucur Bilis + Shein and Adrieyl

Assalamualaikum..

Hujung tahun ni ramai eh yang sambung cuti? I takde bawak Shein pergi mana-mana lagi so far. Plan weekend ni nak spend time dengan ongkaya Aliah and Atiq pergi Holiday House memana sebab Altaav dah rindu Shein and jeles Shein ada best-friend lain hahaha. Lepas tu minggu depannya pulak baru outing dengan Adrieyl’s family maybe ke Melaka menggemukkan badan. Tak naik kapalterbang pun (selamat). Semua driving distance je. Harap jangan la jem beria sangat cuti-cuti sekolah ni. Malas nak mengadap jem walaupon I takde fungsi apapa pon kalau jem ke tak. Kerjanya membuta dekat seat belakang dengan Shein kah kah kah tapi duduk dalam kereta lama-lama pon penat jugak ok? Nanti balik nak kena basuh baju lagi. Lepas tu sidai, lepas tu kering kena lipat lepas tu kena susun. Haish! Baju baju baju!I memang becinta la rasa kalau involve kain/baju ni. Memang bermasalah betul. I tak suka basuh baju dekat dobi sebab nanti baju jadik warna gelap lepas tu nanti dia akan shrink. I don’t like. Minggu ni kitorang takde pergi mana-mana. FINALLY setelah sekian lama, weekend ada dekat KL. So on Saturday tu bawak Shein keluar dengan Adrieyl’s family pergi lunch dekat Bellamy makan ikan bakar and lepas tu ke MyTown. Ingatkan nak bagi Shein main robot yang dekat Level 2 tu, tapi dah tukar dengan mainan lain. Pun ok jugak. Siap tu, kitorang makan dekat Street Churos and lepas tu ikut CT beli fresh milk dekat Village Grocer and Si Shein pon sama naik nak shopping. Sejenis perangai apa yang dia kenal barang tu, semua letak dalam trolley. Haritu dia letak fresh milk, orange, strawberry, vitagen, banana and some toys. Sudahnya banana je I bayar kah kah kah. Naseb member tak perasan. This time ok sikit, haritu segala mala bawang, tomato, ginger dia belasah suruh I beli. E! Bukan nak makan pon.



Pisang yang Shein ambik tu macam dah riped so terus I buat cekodok pisang. Pisang tu ada dalam 6 biji. I letak tepung sikit and gula dalam sesudu sebab pisang tu tak manis macam pisang emas + secubit garam kasik lemak. Sedap wei!

AMMELTZ YOKOYOKO HEAT PATCH MENSTRUAL PAIN

STICKY POST

 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum

Excited I nak share dengan nkorang semua apa yang I guna sekarang untuk buat I punya period pain relief every month selain dari makan painkiller. I memang akan sebolehnya elak dari makan painkiller sebab painkiller tak elok untuk kita makan selalu sebab ada side effect. Memang la akan rasa lega and lebih senang sebab telan je ubat terus rasa lega tapi tak bagus untuk long-term sebenarnya. So usually I akan cuba guna cara lain. Dulu if nak kurangkan rasa sakit masa period pain, I akan masukkan air panas dalam hot water bag and letak dekat perut. Memang akan rasa lega sikit but then, memang tak berapa membantu sangat sebab pergerakan I terbatas. I taknak la all the time baring and tak buat kerja apapa sebab nak letak hot water bag atas perut untuk kurangkan rasa sakit. Semua kerja tak boleh buat. I rasa agak leceh kalau guna cara macam ni. But now with AMMELTZ YOKOYOKO HEAT PATCH MENSTRUAL PAIN I rasa lebih praktikal untuk digunakan and memudahkan kerja. This patch akan bagi kesan pemanasan up to 40' dan kesan panas berkekalan selama 8 jam. Of coz akan bagi perut I lega dari period pain, selesa and I tak  perlu la nak baring all the time layan sakit seggugut. Hehe. Lekat je patch ni nanti I boleh buat kerja lain so sesuai la dengan gaya hidup I yang aktif ni. Paling I suka sebab patch ni takde bau ubat. So I boleh guna dimana sahaja, pada bila-bila masa yang I nak guna without any hesitation. I nak bagi giveaway AMMELTZ YOKOYOKO HEAT PATCH MENSTRUAL PAIN ni pada readers blog I so keep on reading for the details ok?




So this is AMMELTZ YOKOYOKO HEAT PATCH MENSTRUAL PAIN look like. Satu kotak ni ada 2 patch. 

Friday, December 22, 2017

Selamat Menunaikan Umrah Emak and Kaklong

Assalamualaikum..

Selamat Menunaikan Umrah untuk GF I and Kaklong. Dorang ikut Felda Travel punya group so ada la yang Kaklong kenal dalam group tu and kebetulan dapat pulak satu group dengan Kak Zah Harun, ex-officemate dia. Dah pesan pada Kaklong, nanti dekat sana jangan tinggal Mak, jaga Mak. Dia cakap entah-entah Mak yang tinggal dia sebab Mak cakap ‘Ko jangan lambat-lambat Lina. Nanti Mak nak buat solat sunat dekat Masjid. Jangan kerja nak membuta je’. HAHAHAHA. Ikutkan kuat and cergas, memang Mak lagi kuat dari Kaklong. Kaklong pon ada masalah darah putih yang dia admitted dulu tu? Tu I risau sangat tu. Pesan pada dia kena jaga diri. Tadi sempat I cakap pada dia. ‘Kak, ko jangan la mati dekat sana. Susah aku nak datang nanti’. Lepas tu Kaklong jawab, ‘Kalau aku mati kat sana? Ko tak fikir kalau ko yang mati dekat sini? Macam mana aku nak balik tengok nko? Haaaa’. Lepas tu terus la dedua bantai gelak. Kaklong ni dia memang tau? Cakap apa pon ada je nak melawan. Ni ha dia cakap dekat I ‘Mak tu, Kaklong dah pesan jangan gurau-gurau main sorok-sorok atau hilang-hilang. Tapi dekat sini dia dah gurau macam tu dik. Berderau darah aku cari dia tak jumpa masa dekat Giant. Rupanya belakang tiang tengah nak sergah’. Haish la dua beranak ni memang suka bergurau. Mak pon sama kekadang menyakat tak kira masa. Kaklong tu dah la ada sakit jantung, Mak lagi nak main-main. Nak pesan-pesan dekat Mak takot dia merajuk pulak (sebab dia boss besar). Itu naseb takde Intan join sekali, kalau tak memang apa lah jadiknya dekat sana. Ada yang tak jadik umrah. Kerjanya nak bergurau je. Seronok pulak tengok dua beranak tu pack and shopping untuk umrah. Kalau la dapat pergi sekali kan best? InsyaAllah ye kak. Ada rezeki, kita pergi buat Umrah sama-sama nanti. Nko, Mak, aku dengan De. Kita ambik bilik berempat la senang nak gaduh hahahaha.


Amboi Mak, segaknya dia… Cantik la Mak ni. Petite je. Sebab tu la hurm.. Anak dia yang bongsu tu pon. Hurm… Takper lah, malas la cakap kbye. Hahahaha.

Review Sabun La Corvette Marseille - Eco friendly Soap

Assalamualaikum..

I teringat dulu masa pergi Tanah Aina Farrah Soraya. I’ve tried this soap yang memang eco-friendly. Sabun tu memang 100% bebas bahan kimia sampai tertelan pon takpe. Punya selamat. Lepas tu masa mandi dekat sungai dia yang air jernih giler and dah di declare oleh Jabatan Alam Sekitar boleh minum direct tanpa perlu dimasak (so we know level mana bersihnya air sungai dekat Tanah Aina), pun kitorang guna sabun tu jugak. Imagine by guna sabun tu, kita takkan harm pon Ikan Kelah yang ada dalam tu. Tau Ikan Kelah? Ikan yang only korang dapat dekat air sungai yang superb bersih sebab tu la susah nak dapat and harganya saaaaangat la mahal. I tanya Mr David, kenapa ada sabun dekat sungai ni? Maksudnya kita boleh guna la eh? Mr David said, sabun yang digunakan dekat Tanah Aina semuanya eco-friendly, free-chemical and safe for environment. Oooooo no wonder la boleh mandi dekat sungai dengan sabun tu. Seriously I sangat impressed masa tu. Was trying to find sabun yang sama macam the one yang I guna masa dekat Tanah Aina, memang takde. Puas I carik. Ada laaaa I jumpa dekat IG ‘so called’ ecofriendly soap semua tapi I nak yang ada umpphh and class. Ada jugak a few time I survey dekat hyper mall tapi non yang I berkenan and rasa macam tak puas hati until recently I ada jumpa this one brand yang I dah guna and yakin 100% this is exactly product yang I cari selama ni. 100% vegetable origin so I tau memang ecofriendly dan tak mencemarkan air. I rasa semua hotel/resort kena guna la product ecofriendly macam ni. Banyak sangat dah kita ni mencemarkan alam sekitar tanpa kita sedar. If korang nak jadik a part of people yang nak be kind to earth, we start from use this Marseille Soap. OK?


La Corvette Marseille

Thursday, December 21, 2017

Keria Gula Melaka Ada Dekat Ampang

 Assalamualaikum.

Ingat tak I pernah cerita pasal dekat area rumah I ada jual Nasi Lemak Kukus sedap kan? Korang boleh baca entry tu dekat sini. Sekarang ni bukan setakat tu je ada ok? Memacam menda lain dah ada. Existing ada Putu Piring, Nasi Lemak Kukus, Apam Balik, Laksa, Nasi Budget, Goreng Pisang Cheese now tetiba ada Jagung Manis Rebus, Keria Gula Melaka and ada Air Mangga | Air Teh Madu | Air Green Tea. Perrrghhhhhh semua rasanya memang tak menghampakan at all. Mengganas betul dah gerai-gerai dekat sini. Kalau tak kuat iman, memang boleh naik la badan. Serious. Naseb baik I pakai House of Corset. So bila nak makan lebih je dia marah I so menteeeeeen. Hahahaha. Yang Keria Gula Melaka tu memang rasa dia 99.9% sama dengan Keria Gula Melaka yang dekat Melaka tu. Same size, same fluffy. I suka yang ni better sebab makan time panas-panas. Harga RM0.60 seketul. Haritu I tanya if RM5.00 dapat berapa, dia cakap dapat 8 ketul. Patut dia kasik la belen 20 sen kan? Tapi tak bagi. Takper laaaaa I halal. Cuma I prefer next time dia meniaga kena jujur sikit je la. Bukan soal 20 sen pon berkira. You got what I mean? Ni soal integrity. Yang I beli ni semalam. Keluar rumah 1.00pm memang tengah panas-panas la makan. Sedapnyaaaaaaa. Tak cukup beli sekali, repeat pulak lagi petang tu dengan GF I. I taknak dah makan tapi dia keep on hulur dari belakang. Itu lah perangai Ibu sejati. Anak gemok ke, cholesterol tinggi ke dia peduli apa. Janji anak dia selera makan and makan banyak. Yang tu dia puas hati. Kan? Ke Mak aku sorang je perangai suka tengok anak gemok macam ni? Hahahahaha.


Debab-debab kan? Memang sedap. Now kalau tingin Keria Gula Melaka takyah dah susah-susah nak pergi Melaka. Ampang pon ada maaaaaa.

A Day With GF, Kaklong, Kaseh and Shein

Assalamualaikum..

GF ada dekat KL now. InsyaAllah esok dia dengan Kaklong akan pergi Umrah dengan group Felda Travel. 2 -3 bulan jugak dua orang tu dorang plan and finally dapat jugak pergi untuk trip ni. Korang doakan supaya Mak and Kaklong dipelihara Allah masa dekat sana, selamat pergi and selamat balik, OK? Semalam masa Kaklong cerita itinerary dia dekat Mak lepas tu I cakap ‘Kak, tu program kalau sampai sana eh? Kalau sampai la kan? Sebab ko pergi naik kapalterbang kan kak? 8 jam tuuuuu’. Lepas tu Kaklong jawab tuttttttttttttttt *censored. Hahahaha. Huish 8 jam dalam flight OMG I cannot imagine. Lama tuuuuuuu. Tingat last time Bapak pergi Mexico naik turun flight sekali transit almost 24 hours atas langit kalau I tu taktau la macam mana. I ni dah la penakot dah naik kapalterbang tambah dengan Si Sazli pulak sama naik dengan I makanya Shein, kita bercuti dalam Malaysia je la eh Mama rasa. Memang tipis harapan ni. Hahahaha. Kata Kaklong dia punya group ni special sebab pergi 2017, balik 2018. Dua tahun. Hahaha. Yerlaaaa sebab dia pergi 22/12/2017 – 1/1/2018 memang la 2 tahun. Ceh! Semalam kebetulan I cuti babysit Shein. Baba ada meeting and Maktok punya mata dalam recovering process and Shein tengah cuti term so sesambil babysit Shein, dapat la keluar dengan Mak and Kaklong dari tengahari sampai la ke petang. Kaseh pon ada so Shein happy la ada kawan. Dia suka je kawan dengan Kaseh. Kaklong pulak suka tickle Shein dekat telinga, member tak tahan geli maka berkuntau la semua dalam kereta. Semua duduk belakang OK? I driver. Hidup ini memang tidak adil. 



Sampai-sampai terus makan dulu. Bawak Mak makan dekat Cozy House Great Eastern Mall. Yang ni Egg Foo Yung – RM14.90 punyalah sedap. Makan dengan nasik je pon dah ok. Takyah lauk lain.

Wednesday, December 20, 2017

Resepi Step by Step Salmon Sashimi With Peach Salad

Assalamualaikum..

Lamanya tak pergi Greenhouse. Ever since Kuroshio Market (Japanese restaurant yang level bawah tu) tetiba naikkan harga melampau terus Sazli banned Green House and takde dah la kitorang makan dekat sana. Kata Sazli macam kena buli pulak sebab usually harga kalau naik singget dua kira ok la ni tetiba almost 100% on certain menu. But I tengok, people still datang sana pon no matter how much dia increase dia punya price. I rasa ada setahun dah kot kitorang tak ke sana. Dulu boleh dikatakan seminggu 2-3 kali sebab banyak menu dia yang I suka macam dia punya Makimono Unagi (sedapnya), Shoyu Ramen, Sukiyaki and Salmon Sashimi Salad. I Rasa, dekat sinilah yang paling sedap untuk these 4 menu yang I pernah makan. Now macam tingin nak makan Unagi Maki but takde lagi jumpa yang sedap macam dekat Greenhouse. Sedih... So I rasa macam mana pon kena pergi sana jugak la ni. Tengok macam mana kang, maybe bawak Mak dengan Kaklong sebab I coti harini kena babysit Sendong. Dia tengah cuti term and Baba Maktok ada emergency. Meanwhile I share la macam mana nak buat Salmon Sashimi salad yang rasa sebijik macam dekat Green House. OK?


Salmon Sashimi Salad With Peaches

Tuesday, December 19, 2017

TRESemme Expert Selection – Total Salon Repair.

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Semuaaaa orang nak ada rambut yang cantik dan kuat. Lepas tu kalau boleh, siap shampoo rambut je, biar nampak lembut cantik ala-ala keluar Salon terus. Kan? Haaaaa. I bet semualah perempuan nak macam ni. No more bad hair day and bersusah payah nak blow lepas cuci rambut sebab tu semua need time and energy jugak. Sapa yang taknak kan? Dah la rambut cantik, sihat dan kuat pulak tu. Package semualah! It’s not easy sebenarnya untuk jaga rambut. Lebih-lebih lagi yang jenis suka buat Hairstyle fashion-fashion ni. Kejap kang guna hot curl/iron, kejap kang braid, kejap kang sasak kasik nampak kembang semua. Kalau boleh semua jenis style kita nak try. Tak campur dengan buat coloring yang sah-sah guna banyak chemical lagi. Atas warna purple, bawah warna biru. Hadoiii memang merana la rambut. Tu tak kira pulak dari alam semulajadi. Cuaca panas, habuk, sinaran UV. Nak lagi tambah merosakkan rambut bila selalu mandi kolam yang ada tinggi klorin. Bercuti pulak dekat pantai. Peeerrgghhh you name it macam mana susah untuk kita maintain rambut yang cantik dan sihat dalam keadaan dunia macam sekarang ni. Lepas satu, satu kita torture rambut. End up sampai tak boleh nak beza mana satu rambut dengan penyapu sebab dah terlalu rosak. Hahaha. Actually kita boleh nampak kesan rosak pada rambut lepas kita buat something yang ada chemical process sebab nanti lama-lama dia akan rapuh, putus, nampak tak bermaya, keras kejung! Kan? I pon sama jugak ada masalah dengan rambut atas sebab-sebab yang I share dekat atas. Walaupon tak terlalu extreme tapi still rambut I nampak tak sihat. But tu dululah… Sekarang tak dah. Happppppy sangat bila I jumpa this TRESemmé Expert Selection – Total Salon Repair.


Ini lah Shampoo yang I gunakan sekarang. TRESemmé Expert Selection – Total Salon Repair.

Monday, December 18, 2017

Sushi Zanmai. Bukan Sushi Zamani.

Assalamualaikum..

Last week kitorang makan dekat Sushi Zanmai. Treat Intan and Kaklong. Belanja Intan sebab dia tolong jadik Photoghrapher untuk Nuffnang punya advertorial + siap jadik model lagi and Kaklong pulak sebab saja je nak belanja dia sebab dia cakap I kaya. Amin….. Hahahahaha. Siap makan dekat Sushi Zanmai, makan pulak dekat Baskin Robbins. I dah lama tingin nak makan Cotton Candy punya flavor, tak semua BR ada. My second option is Praline. Sedap jugak. Haish. Tingin pulak nak makan BR. Kejap lagi Dyba, Intan and I nak kena setel bab decoration office untuk Farewell and Birthday Celebration Office esok + nak kena tempah cake dekat Secret Recipe. Molek je 3 orang Committee and buat task bertiga ni memang ada yang tak jadik kerja jugak ni kang. Kah kah kah. Esok theme biru probably recycle je la baju yang pakai masa birthday Intan haritu. I dah cakap dekat Boss I masa Friday nanti Isnin and Selasa su busy tau boss? Dia tau dah I kalau bab makan + sports + menari memang beria sikit. Committed. Hahaha. Sapa cakap Secretary tak menyumbang apapa pada Syarikat? Please eh. Menda-menda sosial ni memang kita punya kepakaran. Nanti hujung tahun, I akan pergi ke North dekat one of kita punya Kilang untuk buat Stock Take. First time datang Kilang untuk buat stock take lepas 40 tahun kerja. Kata Sazli ‘Wow Mama’. Hahahaha. Tu macam nak nganjeng lagi tu tapi I buat muka serious so tak jadik la dia. Hahahaha. Dulu kan, Sazli ada call lepas tu I macam rush and I cakap ‘Papa, I call back. I ada meeting ni’. Lepas tu Sazli kata ‘Aik, Mama ada meeting? Meeting apa?’ I jawab ‘Meeting Sukan’. Lepas tu dia terus ketawa. Kata Sazli, I kalau meeting sukan, meeting menari. Tak meeting menari, meeting keceriaan pejabat. Lepas tu gelak-gelak. Eh, comel apa? I ada jugak eh kerja lain tapi taknak kecoh je. BOD paper I yang prepare. Please ok?


Ni Chicken Karage Don. Tingat dulu Fizul pernah cakap kat I. ‘Kaksu ni tipu saya. Kata nak makan Jepun. Ni apa ni? Ayam masak toyu’ (kicap in Kedah). Hahaha. Bongok Fiezul.

Friday, December 15, 2017

Tak Boleh Move On Forever

Assalamualaikum..


I memang suka Pulut Mangga. Lantaklah kalau orang cakap pelik ke apa I tak kisah. (Ain tu la suka kutuk I makan Pulut Mangga duluuuuuuu. Lepas I merajuk dia dah takde kutuk dah kah ka kah). I memang takkan move on forever. Haritu dah jumpa Pulut Mangga ni dekat Suraya Seafood Kampung Baru tapi rasa dia macam tak kick sangat but yang I makan dekat Restaurant takde nama Ampang ni, I boleh cakap rasa dia boleh pergi 75% sama macam the one dekat Phuket. Yang I pergi last time Phuket kan? Hahahahah boleh aku lupa. Harga murah pon murah. Ingat weekend ni nak pergi lagi la. This time, if I pergi lagi I ambik la gambar Restaurant takde nama tu eh? Senang nanti korang nak datang sana. Ok? Okbye. Tu je nak citer. Selamat Berhujung Minggu!


-eNd-

Irvins Salted Egg Fish Skin

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan Irvins Salted Egg Fish Skin angkat tangan! Semalam Shariffah kasik I rasa Irvins thing ni. Punyalah sedap! Kata Shariffah, menda ni dia kirim dekat Aina masa Aina pergi Singapore. Queue memang panjang giler lepas tu sorang max boleh beli 5 packs only. Dia plan nak bawak pergi Bangkok for holiday dorang nanti but unfortunately dah almost gone. I makan jugak malam tadi tapi makan sikit je la sebab segan. Harga dia I tengok dalam website $8 untuk small size and $16.00 untuk big size. Sian Kakyang tengok gambar ni dalam IG Story terus tingin. Jauh jugak nak pergi Singapore tapi tadi I Google tengok ada jual dalam 11st Street dengan Shoppee so kepada sapa yang tingin, boleh la try beli dekat sana. Siap ada discount tu. Info yang I tengok dalam Irvins official website dia cakap if nak beli online, kena choose an available calendar date in black. Sorang boleh reserve once per date. Reservation pulak boleh buat seminggu in advance and reservation hanya dibuat pada setiap hari Isnin 11.45 am and sorang boleh reserve 5 pax only. Kalau dates tu dah grey maksudnya dah fully reserve and tak available dah. Lepas tu kalau nak, kena tunggu minggu depan Isninnya pulak. Dah la tu, kalau nak back to back order to the same address kena ada gap pulak at least 2 weeks between consecutive orders. Bapak la susah nak mendapatkan Irvins ni. Dah sama level dengan duCk Scarf dah ni.Fuh! Soal beratur ke, nak book online ke takde masalah sekarang ni yang menjadi masalah ialah Irvins Salted Egg ni cuma ada dekat Singapore je. Kah kah kah. Mesti semua orang dah bergenang air mata masa ni kan? Macam ada harapan je nak beli sekali dang! Singapore daaaaaaa. Tapi tu dekat Shoppee and 11 Streets ada jual tu apa laaaaaaaaaagi. Try la. Especially Kakyang. Dah berjaya, bagitau I. I pulak nak order ok?


Irvins Salted Egg Fish Skin

Thursday, December 14, 2017

Happy Birthday Salma!

Assalamualaikum..

This entry is dedicate to Salma. Happy Birthday Salma! Salma’s birthday supposed to be on 16th December but since her aunty is here in KL (She’s from Jordan) so they decided to celebrate it early. This birthday party happened 3 weeks ago. Promise to Ms Reham to make an entry for Salma and she asked for English entry so here am I, try to write in English 100% special for you Ya Habibti. I don’t care if my grammar is not OK and wrong  a bit here and there because we’re not in exam hall but confident is important. Right? Talking about confident, I remember this one incident at Mr Lee house. There was a ‘Ciku’ at the table. I was so confidence that time telling everyone that I have hernia. My mom said, we cannot eat Ciku if we have hernia. Everyone was shocked and suddenly be in a deep silent. Mr David asked me, ‘Ms Su, are you sure you have hernia?’ I said YES! It’s not serious but I had it. Mr David was smiling and ask Sazli, ‘So she have hernia. Are you sure you’re married to the right person?’ Then Sazli replied ‘Now, I’m not confident Mr David’. Mr Lee was laughing his ass out loud but being me who still didn’t realized that I am confuse between hernia and hemorrhoid just raised my eyebrow and said ‘WHAT????’  (Like nothing is wrong). They just can’t stop laughing (it’s so annoying). Feel like I just want to push the table down to their face and at that moment I realized something must be wrong somewhere and start to Google ‘Hernia’. The moment when I realized I’m not supposed to have Hernia (Woman cannot have hernia) then only I join to laugh. I was laughing to myself. I think being confidence is cute so I am cute (^_^). Hehe. I tell Mr David, ‘you know, I was telling everyone about I have hernia since forever OMG’. That is the moment when they realized my confidence level is so high and make fun of it each time even though I know that I am damn right at that particular moment. They still raise about it till now but I don’t care. So what? At least they have me to make them laugh. Literally it’s a good thing right guys?



So back to the Salma’s Birthday. She wanted a spooky theme. So today she is a Vampire I suppose? Doesn’t look scary Salma. You are the most beautiful vampire ever. Hurm.. I don’t think we have vampire in black in Malaysia. Here, they wear white uniform with a bit of mud here and there. I don’t want to see them at all please *finger cross

Wednesday, December 13, 2017

BLVD Nina (My Manager) - Tajuk Nak Gempak Je

Assalamualaikum..

One of persamaan I dengan Nina is kitorang ni jenis suka makan and share experience pasal food. Nina ni tau je mana pastry and restaurant yang cool area KL. So if salah sorang update story pasal foods dekat FB or IG, menggelupur la yang sorang lagi. Hahaha. Last time I ada ajak Nina try Salted Egg Series dekat Dotty’s, dia suka. Lepas tu masa I treat Ellis birthday dekat BLVD, Nina kasik icon cry je dalam IG alololo. Siaaaaan dia. So hari semalam, I ajak la Nina lunch dekat BLVD bila kita both dah Free sebab well you know I kan Power Rangers Kuning? Memang busy all the time. Kekadang nak set appointment apapa kena advance 2 minggu macam tu. I pulak once a week memang ada office punya sport activities so nak jumpa after office rasa macam kesian pulak dekat Shein and Sazli sampai 2 kali kena tinggal dalam seminggu.  So semalam dekat BLVD I treat her for birthday dia lah tapi super belated. Dah masuk Disember pon tapi klra aci jugak la. BTW Nina pon Libra jugak. Sama macam I. I 12/10, Nina 16/10. Beza umur kitorang 11 tahun. Keluar dengan Nina, mesti I rasa macam ongtueeeee. OMG tahun depan I 37 tahun. Kalau ikut umur GF I, 40 tahun dia dah jadik nenet ok? Tuweeeeeeeee. Masa borak dengan Nina, I terfikir balik. Umur 25 tahun apa achievement I eh? Macam takde apapa je. Masuk Gadis Metro and runner up kira achievement tak? Kah kah kah. Those days. Tu I cakap pada Nina, ‘Kawen awal Nina. Lepas tu dapat anak 3 orang before 30 and lepas tu dah boleh enjoy sebab anak dah besar-besar. Macam Kaksu ni, ada potensi ni umur 39 tahun dok tolak stroller lagi’. Adeh. But then, apapa kita kena bersyukur. Kena ingat, apa Allah bagi tu, memang dah terbaik dah buat kita. Sebab apa? Sebaaaaaaaaaaaaaaab Allah tau perkara yang tersembunyi yang kita taktau. Dia dah susun cantik-cantik dah. So apapa kena back to Him and kena trust Him apa yang Dia dah aturkan untuk kita. Paham? Ok kalau paham bila nak pakai tudung elok-elok? *petir sabung-menyabung.


This is Nina. Manager I. Macam artis ada manager. Ko ada? Hahaha. Nina ni Talent Manager Nuffnang. Bawah dia ada 50 orang talent kot? I pon tak sure. TQ Nina selalu make it easy for Kaksu bila ada job yang leceh-leceh. Semua pon dia buat untuk memudahkan talent dia. Sayang Nina!

Tuesday, December 12, 2017

Assemoga Sheindong!

Assalamualaikum..



Happy 5th Birhday sayang Mama.. Dah 5 tahun dah dia. Lagi dua tahun InsyaAllah boleh masuk darjah satu. Mama dah wish dekat Shein pagi tadi. Tapi Shein still tido. Malam tadi Mama and Abah sing a birthday song for you tapi Shein malu tanam kepala dalam blanket and ask Mama and Abah to stop. Alololo anak Mama dah pandai malu dah ni…. InsyaAllah untuk tahun ni, Mama plan nak buat birthday Shein meriah sikit. Ajak kawan-kawan you datang, naik fire truck. InsyaAllah ok sayang…? Doa Mama panjang umur je. Can’t wait to see your face nanti bila your friend sing a birthday song to you. Tadi Ms Shariffah send a video of you malu-malu bila your friend at BBI sing a birthday song to you. Mata melilau ke kiri kanan sambil senyum simpul. Mengadaaaaaa. Tapi lepas tu kata Ms Shariffah bila semua dah huru-hara and making noise, you scolded everybody to keep quiet. Amboi, garang tu! Hahahahaha. Mana boleh garang-garang… It’s your birthday kan? Kena happy je… Nanti balik, kita potong cake and take photo sama-sama and keep that as memory. Nanti bila Shein dah besar, tengok balik gambar you masa each of your birthday every year then you know how much Abah and Mama love you. Ok? Happy 5th Birthday Shein. Always be my baby ok? Love youuuuuuuuuuuu!!

Love,

Mama

Pengalaman Berada Di OT - Part II

Publish : 18/12/2012
Re-Publish : 12/12/2017

Assalamualaikum

Harini 12 Dec 2017 anak Mama and Abah, Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli dah 5 Years OLD! Dah besar dah dia… HAPPY BIRTHDAY SAYANG! Malam tadi Sazli and I nyanyi birthday song pada Shein tapi dia cakap ‘No song Mama. Stop it’. Daaaaaah taknak pulak. Dok bergulung-gulung dalam blanket dia. Malu la tu. Tak sangka sangat Allah dah bagi this precious to Mama 5 tahun dah. Tak lama lagi dah darjah satu dah dia. So, for today I nak share balik pengalaman I dekat OT masa bersalinkan Shein dulu. Maybe some of you ada yang dah baca, but new readers maybe takde baca lagi. Nanti bila Shein dah boleh read, Mama want you to read this and think back if you ever want to hurt Mama or smack Mama walaupon Mama innocent. Dah la mabuk big time. Aduhhhh phobia kalau ingat. Tapi bila tengok Shein depan mata, all the morning sickness drama dulu, Mama rasa berbaloi. Alhamdulillah…. TQ Sheindong sebab comel, sihat, debab and sudi jadi anak Mama and Abah. We love you so much! Untuk birthday tahun ni, kita buat lambat sikit but Mama promise, you gonna like it. InsyaAllah…. Love you Son!



Mama and her precious. Mohamad Shein Iskandar.

Monday, December 11, 2017

Esok Shein 5 Tahun

Assalamualaikum..

Dengar cerita harini ada orang kena denda tak boleh pegang iPad at all. Hahahaha. Padan mukeeeee. Rindu pulak dekat Shein. Now dah la makin garang. Dengan Mama lagi lah garang. Kadang-kadang Mama tak salah apa pon kena marah. Perangai menjadi-jadi. Kalau cenggini punya perangai, Mama ucapkan good luck la pada bakal isteri Shein nanti. Hahahaha. Tapi dalam garang dia, Shein also rajin (but ikut mood). Dah boleh harap la kalau nak mintak tolong apapa. Mintak tolong ambik air ke, tutup lampu ke, ambik remote ke semua dah boleh harap. Tapi sampai perangai SamDol, blanket dia sejengkal pon sanggup nanges yang tak keluar air mata sebab nak suruh Mama ambikkan jugak-jugak. ‘Mama, take that blanket. It’s Shein. S H E I N’. Siap eja nama dia, macam Mama taktau Shein tu sapa ewah engkau? Esok 12 December Shein 5 tahun dah. Alhamdulillah… Tak sangka dah 5 tahun dah ko Shein. Rasa macam baru je semalam Mama lahirkan Shein. Now dah 5 years dah. Lagi 2 tahun masuk darjah satu dah dia. Baba punya cita-cita nak masukkan Shein Sekolah Kebangsaan. Biar dia hidup macam mana Baba besarkan Abah dia dulu. Abah and Mama pulak tak harap takot dia kena buli. Abah lagilah risau. Abes kalau dah vocab Melayu pon very limited macam mana? Tanak, busuk, sakit dengan mana je dia tau acane? Hahaha. Shein kan speech delay, so dia banyak cakap/learn dalam English. Lebih mudah untuk dia and dekat BBI pon memang ramai kawan from different country so kena la cakap English. Hari semalam masa pergi kedai dekat kampung risau jugak orang cakap Poyo ke apa sebab Shein mana nak cakap Melayu but then, orang tau ke apa masalah anak kita? I ada pernah terbaca status friend list dalam FB ‘Sian aku tengok Mak beria cakap English dengan anak, padahal anak entah paham entahkan tak. Diam je aku tengok’. Mudah benar orang nak judge kan? Dia tau ke masalah orang lain macam mana. 


Last week did a haircut dengan Abah. Mama cakap, ni last buat macam ni punya hairstyle. Style tempurung ni. Nanti next, kita buat haircut yang matang sikit sempena Shein dah 5 years Old.

Random Story Je (Tapi Banyak Gambar Foods Lah)

Assalamualaikum..

Untunglah orang Selangor today cuti. I kena kerja sebab office dekat KL. I rasa lepas ni untuk cuti kan, kira kat mana kita tinggal lah baru adil. Macam I, duduk Ampang so patutnya cuti la sebab Ampang kan Selangor? Kepada yang bercuti, selamat bercuti di ucapkan. Kepada yang bekerja jangan nak dengki pada orang Selangor yang cuti (padahal aku yang dengki). Untuk Sazli dan Shein dirumah, Mama berharap supaya dapat mengurangkan pergaduhan dan hiduplah dalam situasi yang harmoni especially pada Sazli yang selalunya merajuk lebih panjang kalau ada issue dengan anak beliau yang sorang tu. Orang, kalau dia sayang lebih memang dia lebih bermain dengan emosi. Macam Sazli, lebih banyak spend time dengan Shein so I tau lah kenapa dia lebih beremosi kalau Shein buat perangai. Macam Mama jenis malas nak fikir sangat. If Shein cakap 'Sorry Mama' so kira close case la walaupon dia yang slap Mama walaupun Mama innocent. Macam malam semalam dekat kampung time Shein play monkey dekat Atok punya curtain, lepas tu rod curtain tu patah he came to me and said 'Mama, I slap myself. Look' Lepas tu tampar manja pipi dia. Lepas tu slap tangan dia sendiri sebab dia tau dia buat salah. I nak ketawa sebenarnya tapi ku tahan Jebat. Hahaha. Tau pon bersalah. Macam harini and semalam Sazli denda dia. 'No Ipad Day' so dia takkan dapat main dengan Ipad sampai Abah dia rasa dia dah jadik manusia sikit then baru dapat lah. Shein memula macam marah jugak tapi now dah boleh accept. Dia sendiri cakap 'No Ipad ok Abah?' Baaaagusss. Kekadang technology ni buat kita jadik less human. Takde communication and dok sebok mengadap gadget je. Shein tu kekadang sampai meroyan main Mobile Legend, berjalan pon tak focus sebab sebok mata dekat Ipad. Mama pon harap No Ipad day ni akan berkekalan lama sikit. 


Semalam buat Mihun Goreng for breakfast. GF tak suka letak ayam, daging semua and request nak letak Ikan Bilis je so there you go sayang. Mihun Ikan Bilis for you. Mak and Sazli cakap sedap. Well of coz. Pernah ke I masak tak sedap? Kah kah kah

Friday, December 8, 2017

Seafood Sedap dan MURAH di Dol Mat Seafood dekat Medan Selera Ungku Petri, JB

Assalamualaikum..

Haritu masa pergi JB , I makan dekat this one restaurant recommended by kawan ni nama Dol Mat Seafood dekat Medan Selera Ungku Petri. Masa update dalam Instagram I pon, ada Johorean cakap dorang pon taktau kewujudan restaurant ni. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa. I yang duduk KL pon tau.. Keh keh keh. Sini sedap wei, and harga sangat berbaloi. Masa sebelum dapat bil, Sazli cakap ‘Ni mesti ribu-ribu ni’ sebab kitorang pernah jugak makan Seafood macam ni lebih kurang lauk for a group ramai macam ni jugak and bill memang RM1000++.00 but masa kitorang makan sini cuma RM560.00 je siap 3 jug of Fruit Juice. Total lauk for 3 hidang each so memang murah la sangat. Seafood dia also fresh and rasa memang puas hati la makan. Service pon cepat giler and takde tunggu lama. I ada jugak Google pasal tempat ni tapi result macam tak berapa nak ada. But korang don’t worry, I akan provide nama tauke dia and if korang nak pergi, just call dia mintak share location. Better to reserve jugak la tempat sebab sini I tengok memang penuh and agak happening sebab siap ada Buskers as well. Hingaq la sikit but bersih and comfortable jugak. Base on Waze result ni, alamat keluar is Jalan Mohd. Amin 80200 Taman Tasek, Johore. So korang boleh Waze je alamat ni (kalau Medan Selera Ungku Petri tak keluar) or Call Tauke dia dekat 017-7481626 ok? Besungguh ni aku kasik semua info. Hahahaha. Orang JB kena pergi tau? Rugi tak pergi. Dia punya level puas hati tak tau nak cakap macam mana. S E D A P paham tak sedap? Eeee pakkal la JB. Kalau KL, malam ni jugak I repeat. Macam masa nak makan dekat sini, Auntie Tauke ni yang suggest semua lauk. I ikut je apa dia cakap sedap. Sebab yang dia rekemen semua popular dishes dekat sana. Wajib try is Crispy Honey Baby Squid. If tak makan yang tu rasa macam tak complete la visit to this Dol Mat Seafood ni.


Salted Egg Crab. Ketam besar, bukan ketam bunga yang cinonet tu. It’s ketam yang biasa kita makan dekat Chinese restaurant tu. Ketam Nipah. Puas hati giler. Cukup lemak, cukup rasa. Superb!

Thursday, December 7, 2017

Latest Promo ANNESURAYA Skincare + Transbella

Assalamualaikum…

Year END Sale kembali lagi! Alhamdulillah, ramai dah yang percaya pada AS sebab ramai return customer yang beli lepas tu nak bayar harga bukan Promo maksudnya dorang beli bukan sebab Promo semata-mata tapi sebab memang dah pakai. Untuk yang baru nak cuba, nanti boleh WhatsApp I dekat 0129184042 untuk I consult macam mana nak pakai Set AS ni mengikut kesesuaian jenis kulit korang ok? Untuk I sendiri, I memang consistent guna Set AS especially my favorite Day Cream. Day Cream AS ni also menghalang kulit dari sinaran UV (SPF 45) so memang best buat pakai daily. Kulit I pon tak berminyak sebab kebanyakan day cream dia akan buat kulit kita berminyak tapi AS Day Cream amat OK. Untuk yang 30 tahun ke atas, Day Cream kena pakai daily tau untuk elak dari kulit kita naik jeragat so kena pakai dari sekarang. Jangan malas. Sehari sekali je pon. Dah la tahan lama, so memang berbaloi la. I sejak tahun lebih lepas, Day Cream baru masuk botol ketiaa. Padahal dah setahun dah kita dalam market. Punya jimat…


Beli 1 set AS dengan harga RM90 and dapatkan percuma 1 Bar Cleanser atau beli mana-mana 3 item keatas boleh dapat discount 30%

From Kg Paya With Love

Assalamualaikum..

Haritu masa balik Kedah visit Tok, kami sempat la pergi singgah rumah John dekat Kg Paya, Bertam, Kepala Batas - Penang. Seronok sangat! Sini area kampung rumah dekat-dekat tapi bersih and sejuk je. Shein pon happy dapat main dengan Umar Firas naik basikal roda dua (tapi bonceng je la sebab nak bawak tak pandai). John is a brother from another mother of Sazli. Depa close sejak sekolah Teknik Kulim dulu dah macam adik-beradik dah. Kawan lain macam Cikgu Khairi, Pidaus, Apit and ada lagi 2 3 orang. Keot dengan Kashfi ke sapa entah I pon tak ingat sangat. John tu nama Khairul Najmi. Jadik John sebab konon-konon dulu muka dia macam John Travolta tu yang lekat nama tu. Hahahaha. I tengok macam takde rupa John Travolta pon. Tak paham aku. Dulu John duduk Serdang (Ke Bangi? Hahahaha) tapi kami jarang jugak jumpa sebab maybe baru kawen, baru dapat anak and baru nak settle down. Dalam last year Sazli selalu masuk Run dengan John and selalu jumpa. Bila dah selalu jumpa jadi close balik, tapi John pulak lepas tu pindah for good ke Penang. Rumah peninggalan Arwah Ayah dia. Itu pon I rasa decision yang hebat. Dari Bandar pindah ke Kampung. Wife dia Cikgu Murni pon pindah sana so dorang now dah jadik warga Penang lah. I seriously segan sangat dengan John and Cikgu Murni ni sebab dorang ni baaaaaik sangat. Rasa macam tak padan je nak kawan. Duluuu masa memula kawen, ada jugak I pergi rumah John. Tengok dia dengan Cikgu Murni dekat rumah, balik tu I diam je dalam kereta. I rasa segan. Dorang baik. Sederhana segalanya tapi macam harmoni je hidup. Sejuk bila tengok. Kata Sazli, jangan compare macam tu. Bubu pon baik jugak… Hehe. Tetiba rasa macam I ni selalu ask for more padahal orang lain selalu bersyukur dengan apa yang ada. Paham tak apa I cuba cakap ni? Tak paham sudah. 


Ni anak sulong John. Umar Firas. Adik dia Umar Razin pergi sekolah sebab ada practice menyanyi. Sekolah tadika. Umur 7 tahun tapi Shein nampaknya macam lagi debab. U two, nanti kawan sampai lah ada family masing-masing. InsyaAllah kita kekalkan silaturrahim ni sampai ke anak cucu.

Wednesday, December 6, 2017

Ellis's Birthday Lunch at BLVD

Assalamualaikum…

Happy Birthday Ellis! I tak biasa panggil Ellis as Ellis. I called her Baby. Lepas tu tetiba kawan-kawan I pon panggil dia Baby sampai kekadang kita shopping sama-sama pon Promoter panggil dia Baby. Hahaha. Kemain dah tuwe-tuwe nak berbaby bagai. Semalam sempat treat her birthday lunch dekat BLVD. Why BLVD? Sebab paling dekat dengan Office I and kita pon dah lama plan nak lunch sama-sama dekat sini but tak kesampaian. Bukan BLVD tak best tapi dekat sangat dengan office I sampai rasa macam tak special dah + I biasa jugak lunch dengan Kak Kiah dekat sini sampai taktau dah nak makan apa but recently dorang ada ubah menu lagi so yeah dapat try la makanan baru this time. Dah Ellis cuti, I ajak la dia lunch sama. Dia cakap dia cuti semalam sebab malu nak datang kerja nanti semua orang wish dia alololo sejak bila pemalu entah. Memula I macam nak send flower bouquet je dekat Office dia macam last year tapi since dia cakap dia cuti, so hantar terus ke BLVD lah. Suka la Birthday Girl dapat Flower. Last year I hantar Flower + Chocolate Bouquet different delivery. Saja nak bagi dia rasa special on her special day.. Happy Birthday once again Baby! Yang keberapa tu? Hahaha. If I tanya umur dia berapa mesti dia shut up kan I. Alaaaa tak kisahla. Age doesn’t matter but kena ada quality of life and look young. Makan kena jaga so that badan kekal sihat and tak gemok. Kena check lah BMI sesuai tak dengan umur + tinggi and dah masuk 30-an jangan lupa start makan supplement + drinks lotsa plain water + diet. If dapat, exercise at least twice a week. Yang ni I pon susah nak buat tapi haritu ada cakap dekat Sazli macam nak beli 1 gym punya equipment. Tak kisah la treadmill or yang cycling punya janji dapat 30 minutes sehari pon dah ok. Macam Ellis dia sama cam Dyba. Makan la sekor lembu pon, cake sebijik sorang takyah share, nasik siang malam TETAP kurus. Mana la keadilan dalam dunia ni. Benci. 


Semalam kita lunch tiga orang. Ellis, I and Kaklong. Ellis tanya, nape tak ajak Dyba, Intan and kawan-kawan I lain. Meriah sikit. I cakap Ok je nak ajak. Bak RM700.00. Hahahaha.

Tuesday, December 5, 2017

Assemoga Intan 2017 - Part III



Assalamualaikum

Masuk bulan doblas dah ni. Baik setelkan Intan punya birthday sebelum masuk 2018. Kemain birthday dia sampai ada Part III tau? Melampau lawan Tauke. Tapi takper la, birthday setahun sekali je so kita kasik chance. Janji jangan sampai 7 Part macam birthday I dah. Untuk Dyba tahun depan kita buat 5 Part pulak Ok? Hahahahaha. Tahun ni I rasa birthday Intan paling meriah compared dengan tahun-tahun lepas. Dulu dapat bunga + cake jenama King je (Lepas tu Intan cakap – Ni je?) Hahahaha. Sekarang dah makin tuwe, baru la meriah sebab now pon dia ada peminat jugak walaupon bukan blogger. Hope Intan happy apa yang kita arrange untuk dia and jangan nak jeles dengan Kak Ani dah. Kak Ani mana ada photoshot tetengah hujan macam ni? Ni kalah Amelina dengan Ewan dalam lagu Memori Daun Pisang. Photoshot guna camera phone Izzy ni kita buat dekat area office I je. Dekat assembly area tingkat 1 kalau tak silap. Tengok kawasan luas ni if arrange ala-ala candle light dinner memang cantik, tapi kalau hujan nanges la nko kat situ. Ada jugak I berangan if I buat concert dekat sini pon ok ni. Concert yang tak tahan tu. Padahal ada anxiety ada hati nak buat concert. Suara pon ala kadar tapi dia punya cita-cita kemain. Anyway, TQ to husband Izzy, Mr Ady Lazarus sebab tak pepasal terlibat. Dia la yang menyelamatkan kitorang haritu. If takde Ady, maka nanges lah tak dapat nak amek gambar cantik-cantik. Baju + Seluar dah baru ni melibatkan kos beratus RM, kalau takde gambar rugilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Bila tengok dalam gambar cantik pulak combination baby blue + white + purple ni. Memula dia request tudung corak, tapi kata Dyba tak cantik sebab tak sama so kita tukar tudung purple. Purple macam mana pon tak kisah janji purple. Hasilnya cantik! Caption untuk each gambar is from Intan. Enjoy reading peminat Intan semua.
 

Tak sangka umur dah 33 ni kawan-kawan masih setia treat Intan macam princess walaupun sementara… Bolehhhhhh la…

Go Berangan Now - Pesan Abah Shein To Mama Shein

Assalamualaikum..

Shein’s Birthday is just around the corner. Lagi 8 hari je pon 12/12/2017. InsyaAllah untuk tahun ni, Mama beliau macam ada plan nak buat something special sikit involve Shein’s close friends and schoolmates for his birthday + dia pon macam dah faham sikit kehidupan so boleh la celebrate birthday dia so berbaloi sikit usaha haha. Memula Mama beliau fikir nak buat macam outdoor dengan theme Army yang ada meniarap-niarap atas tanah and was thinking nak buat dalam hutan macam Kemensah tu ke. Maybe naik ATV or main Paintball ke tapi macam too little time to plan and susah nak cater foods masuk hutan + hutan itu sendiri tak sesuai dengan jiwa Mama beliau sebab you know Princess kan? Hahahahaha. So angan-angan seolah-olah terbehenti disitu until recently dia dapat call dari Kak Kiah, cakap dia baru je experience naik Fire Truck dengan anak-anak beliau. I dengar macam exciting je naik firetruck and dah start survey and ask around pasal nak buat birthday dekat Fire Station. Nak pulak Fiezul memang Officer Bomba so lagi senang kerja sebab dah ada contact… 


Huda Baby, Please buat Cake ni for Shein (^_^)

I dah check date and all, January ni ada available so nanti InsyaAllah for 5th Birthday Shein kita buat lain sikit and special lah sikit. Wuuuuuu excitednya! Tadi masa call Sazli dia cakap Ok je. Dia leave it to Mama untuk handle semua siap sebelum letak phone dia pesan 'Ok Mama, pergi la berangan dulu macam mana Mama nak buat Birthday Shein'. Dia tau Mama suka buat semua ni and I pon rasa excited macam nak buat kenduri kawen je. So now dah boleh pick date and choose theme lah. Was thinking Black + Orange sesuai dengan warna Bomba. Catering dah Ok, Clown kena carik yang boleh buat Magic Show + Face Painting. Goodies Bag Upah je. Photographer dah ada list, Cake by Huda (Mandatory) and guest list pon dah ada cuma need to finalized je. Mama is EXCITED! Doakan Mama Shein berjaya untuk her prince 5th Birthday Party ok? 

-eNd-

Monday, December 4, 2017

Slot Prelove Chooyaya – Jam Tissot + Jam Bonia + Sembonia Handbag + Charles and Keith High Heels + TV Samsung led 40 inch Series 5

Slot Prelove Chooyaya – Jam Tissot + Jam Bonia + Sembonia Handbag + Charles and Keith High Heels + TV Samsung led 40 inch Series 5


Assalamualaikum..

Bersiaran cepat pulak untuk Slot Pre-Love Item. Usually Sabtu/Ahad. Macam biasa, sapa nak jual Pre-Love Item korang boleh check dekat at the end of the entry for the term and regulation ok? Untuk harini, I’m helping out a reader’s yang nak letgo barang dia sebab dia nak guna duit urgent. Nak guna esok, harini baru nak iklankan T____T Adeh. But I cuba mana yang boleh je la eh? Sapa yang rasa berminat boleh terus contact direct dengan Sya dekat 0173431273. Ok? Gambar dia bagi a few dekat I but here I tak letak semua lah. Dengan TV segala ada dekat sini. Nak gelak pon ada tapi kalau gelak nanti dosa. Hehe. 

  
Jam tissot, bought last year October.
Bought at RM 1,600.00 
Cagar/ selling price : RM1,000.00 (negotiable)

Makan Sedap - Selera Johor Larkin

Assalamualaikum..

Pagi ni timbang, I nak 1.5kg woo hooo. Ni tau dek Kak Kiah korang mampos dia bising dekat I but no regret. Sesekali kita kena la enjoy makan. Ye dak? Start today kena diet balik and kena pakai Bengkung Ramping everyday lah (Sehelai RM80.00 Include postage – sesambil promote). Dekat sana I mengelat tak pakai bengkung sebab nak enjoy the foods. Hehe. I rasa happy pergi Johor this time and makan semua pon sedap-sedap. Tak sempat nak explore banyak sebab a matter of time and tak boleh nak decide which and which yang sedap. Macam today, I rasa tak boleh nak get over dengan Kacang Pool. Selama ni tengok dalam IG, FB, TV tak pernah terliur pon sebab rasa amendaaaa la roti cicah dengan kuah kacang. Tapi bila dah rasa perrrrghhhh apeni apeni sedap bubuh sependa ke apa? I suka yang dekat Selera Johor Plaza Larkin tu. Yang tu SUPERB. Yang dekat Kilang Bateri tu biasa-biasa je tapi untuk lepas gian boleh la. Bagi I, makanan dekat Selera Johor tu semua pon sedap. Mee Rebus dia WORLD level la. Pakkal I dah makan Kacang Pool, Asam Pedas dengan Goreng Pisang kalau tak memang nak je makan lagi tapi Sazli macam dah nak azan dekat telinga so kena mengucap banyak. Sazli pon makan banyak jugak tu. I peratikan aje dia. Haritu beria setahun lose 14kg sekarang nko tengok balik dia punya badan dah macam belon mengembang. Nak diet and jaga makan memang kena istiqamah. Takat 2 3 bulan je takyah la. Hahahahaha. Now I a bit saiko la, banyak scroll gambar-gambar makanan dalam Handphone Gallery sebab nak tengok balik makanan-makanan yang I makan. Dalam banyak-banyak tu, boleh Goreng Pisang pon aku terliur. Ko dah kenapa? Kepada OngJohor korang memang untung sebab surrounded by delicious foods every day. Patut la Ain and Yatie debab. Tak pelik la. Kah kah kah.


Nin dia! Kacang Pool. Roti sedap, Kuah sedap. Kata Sazli kalau perah limau lagi kick. I takde der nak perah-perah limau. Tak tahan nak ngap.